Selasa, 19 Februari 2013

BENCI YANG TAK BOLEH DITUTUP2 LAGI

Mai kita tengok perbezaan antara dua himpunan ini...
Posted on Monday, February 18 @ 15:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Aiman Rasist

Perbezaan yang paling besar ialah nawaitu... satu kumpulan datang dengan niat untuk mempertahankan kerajaan Kedah Sejahtera demi mendaulatkan Islam di bumi Kedah ini. Manakala satu kumpulan lagi berniat untuk dapat upah, sedangkan sebahagian besar mereka datang tanpa tahu apa-apa tujuan. Orang atas buat kerahan tenaga... orang bawah ikut secara membuta tuli.

Perbezaan lain ialah yang satu hadir dengan ikhlas dan hati yang sukarela, minyak motor kereta sendiri isi. Yang satu lagi sudahlah berangkut dapat upah lagi maka ikhlas tak tau dok tang mana, lagi pun nak ikhlas apa kalau tak tau apa-apa tujuan berhimpun.



Lagi perbezaan ialah jumlah kehadiran... yang satu, asal kereta boleh isi.. full punya isi. Manakala yang satu lagi bas saja besaq tapi setiap bas ada 5 orang, ada sepuluh orang.. takdak yang isi penuh. Kehadiran HKR kira-kira 20 ribu manakala kehadiran Perkasa Umno kira-kira 2000 orang saja.

Perbezaan lain... pakat2 cari sendiri nooo, pasti jumpa punya.

Sumber: kedahla.blogspot.com


  Inilah Wasatiyyah
Posted on Monday, February 18 @ 14:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: kalashnikov

"Oleh: Abdul Mu'izz Muhammad

Apa yang berlaku kini, ramai yang gemar memetik istilah-istilah yang telah diperkenalkan oleh al-Quran. Contohnya konsep wasatiyyah. Tetapi mereka amat degil untuk merujuk nas wahyu tentang apa sebenarnya kehendak konsep-konsep ideal yang dicanangkan. Akhirnya mereka menafsirkan konsep-konsep yang diperkenalkan oleh al-Quran tanpa merujuk al-Quran.

Oleh kerana itu jika dilihat, ramai yang beranggapan Islam adalah agama sederhana diterjemahkan dengan tidak terlalu baik dan tidak terlalu jahat. Dipilih-pilih ajaran Islam. Mana yang dilihat sesuai dengan kehendak nafsu baru timbul selera untuk diikuti.

Al-Imam Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah menyatakan pemahaman cacat umat Islam terhadap agama mereka dengan, “Ramai umat Islam yang beranggapan bahawa Islam sebagai agama yang sejahtera tetapi tiada jihad. Islam sebagai agama yang ada aqidah tetapi tiada undang-undang. Islam sebagai sebuah agama tetapi dinafikaan hak untuk bernegara. Islam sebagai agama yang benar tetapi tiada ruang untuk mempertahankan kebenaran. Islam yang ada al-Quran tetapi tiada pedang.”

Jika dilihat realiti yang berlaku, inilah pemahaman umat Islam terhadap agama mereka. Inilah sederhana bagi mereka. Maka dicanang istilah wasatiyyah, sedangkan yang ditegakkan adalah taghut. Yang disebut-sebut Islam sederhana, sedangkan merekalah petualang yang melampau menolak Islam.

Hari ini mereka menyambut Maulid al-Rasul, minggu depan mereka sambut Psy dengan Gangnam Style. Ghairah dilagukan al-Quran, pada masa yang sama turut ghairah menafikan hak al-Quran untuk dilaksanakan. Di stesen televisyen beberapa ketika ada kuliah agama, yang berbaki kempen hedonisme. Dibanggakan Islam agama rasmi, namun dicari sumber lain sebagai solusi.

1001 contoh lagi yang boleh difikirkan oleh pembaca untuk membuktikan betapa cacatnya pemahaman umat Islam terhadap konsep sederhana. Lihat realiti sekeliling, itulah kesan perang pemikiran yang menjajah minda dan pemikiran umat Islam, sehingga mereka tidak mengerti apa yang dianjurkaan oleh agama mereka sendiri.

seterusnya : blog.tarbawi.my"


 Ubahlah Walau Untuk 1 Penggal
Posted on Monday, February 18 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: Amir_ziyad

"Change Yes Change.

There are always 2 consequences from CHANGE Better or Worse/Worst.

Ok?

Kebimbangan atau ketakutan untuk berubah (Change) atau diistilahkan dalam Bahasa Inggeris sebagai ‘Fear of Change’, sering menghantui kita.Kita tidak mahu melakukan sesuatu yang berlainan dan juga berbeza dari apa yang kita ada, miliki, rasai, nikmati dan juga cuba menghindari suasana atau pun keadaan yang kita belum tahu bagaimanakah rupa bentuknya.

Justeru itu, kita sering bimbang, takut, ragu-ragu, khuatir,risau,cuak,bersifat mengesyaki dan juga mudah mengambil kesimpulan awal dan bersikap mudah membuat telahan/tekaan yang bukan-bukan atau negatif.Bersikap berfikiran negatif ini perlulah dihindarkan jika kita mahu benar-benar BERUBAH.

Sebenarnya, dalam hidup kita ini semenjak kita dilahirkan hinggalah kita dewasa seperti sekarang, kita tidak dapat lari dan elak dari PERUBAHAN/BERUBAH (CHANGE).Umpamanya, dari kanak-kanak kita menjadi remaja, dari remaja kita menjadi dewasa.Dari merasai alam persekolahan berubah ke alam pendidikan tinggi/universiti, dari bujang berubah ke alam berumahtangga dan sebagainya.

Lalu, kita berjaya melaluinya walaupun getir.Kita berjaya menyesuaikan diri dengan PERUBAHAN.Kita sanggup BERUBAH.Kita boleh saja dan mampu untuk mengadaptasikan diri kita dengan suasana yang juga turut berubah.

Kita sering mendengar daripada mana-mana ahli motivasi dan juga ahli psikologi mengatakan perubahan akan membawa 2 kesan sama ada buruk atau baik.Namun risiko yang kita telah ambil dalam hidup ini sehingga saat kita menjadi diri kita sekarang ini, apa hasilnya ? apakah ia bertambak baik atau bertambah buruk ? kita tahu jawapannya.

Jika kita mampu untuk melakukan perubahan yang berkaitan dengan diri kita sendiri sebelum ini, mengapakah kita tidak mahu untuk cuba berubah demi negara kita ?

Di Malaysia ini, kurang lebih 1 atau 2 bulan lagi akan diadakan Pilihanraya Umum buat kali yang ke-13.Anda rasa sanggupkah anda berubah dengan memberikan peluang kepada pertubuhan parti lain pula untuk memenangi pilihanraya dan menjadi pemerintah kerajaan Malaysia yang baru ?

Sanggupkah anda ? atau anda masih takut, risau, bimbang, tak berkeyakinan,mengesyaki dan juga berasa cuak untuk memilih alternatif yang lain ?

Soalan ini saya tujukan kepada rakyat biasa kerana saya juga rakyat biasa dan rakyat kebanyakan.Kita bukanlah golongan berkepentingan seperti perebut tender, peniaga korporat, NGO berkepentingan, penjawat awam berpangkat tinggi dan juga kita tidak mempunyai dan memiliki pun saham-saham bernilai jutaan Ringgit Malaysia.

Jadi seharusnya kita boleh saja tidak ambil kisah jika cuba diugut atau diberikan amaran oleh sesiapa pun untuk menentukan parti manakah yang kita akan undi.

Kita sebagai seorang individu yang telah pun berusia 21 tahun atau lebih dan layak pula untuk mengundi setelah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, seharusnyalah memikirkan dan mempertimbangkan perkara ini dengan jelas.

Kita perlu berfikiran rasional dan bersikap ‘check and balance’.Terus-terusan dengan memberikan mandat kepada kerajaan sedia ada kah atau memilih dengan berani untuk berubah ?

Adakah menjadi kerisauan tahap tidak terhingga kepada kita dan menjadi kudis sopak bernanah yang tidak mungkin akan sembuh jika kita membuat keputusan untuk berubah ?berubah dalam ertikata memberikan undi kita untuk parti lain memenangi dan menjadi pemerintah di Malaysia.

Adakah amat-amat sukar dan menjadikan kita begitu kecut perut dan penakut tahap seolah-olah diletakkan dan di’sua’kan diri kita ke mulut harimau atau ke rahang buaya ?

Tak sanggup kah untuk berubah ? walaupun cuma untuk 1 penggal atau kurang lebih 5 tahun sahaja?

Agak-agak boleh atau tidak ? Jika dalam 5 tahun itu, pentadbirannya begitu teruk dan menindas rakyat, kita gunakan semula kuasa rakyat kita untuk kembalikan pemerintahan sedia ada seperti sekarang ini.

Bagaimana ? setuju ?

Tak rugi pun mengambil risiko untuk berubah, kan ?

Pemikiran mengatakan ‘jangan memperjudikan nasib dan masa depan negara’ haruslah dibuang jauh-jauh.Ini kerana, ia bukanlah sebuah perjudian atau pertaruhan yang kita tidak tahu pun buruk baiknya, untung ruginya.Kita telah jelas dan maklum apa yang diutarakan dan dibentangkan.Apa yang ditawarkan untuk rakyat dan apa yang kita sudah dapat dan rasai.Kita bisa saja membezakan dan membuat perbandingan kelebihan dan kekurangan di antara kedua-dua blok parti yang bertanding.

Jadi, kita sebagai rakyat kebanyakan, gunakan lah peluang ini.Peluang dan kuasa undi di tangan kita.

Ubah lah, walau untuk 1 penggal !

Kita mampu melakukannya…."


 Profesional Melayu benci umno?
Posted on Monday, February 18 @ 13:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: anaabdullah

"Antaranya ialah daripada seorang pakar bedah Melayu yang bermastautin di Silicon Valley California, Dr Bakri Musa.

Beliau menulis mengenai masa depan Melayu dalam blognya. Dia memberi pandangan pilihan kali ini ialah antara suatu pihak yang sudah monyok, tua dan kebangsatan modal dengan pihak yang cekap, muda dan bertunas baru.

Sesetengah tidak setuju dengan gelaran pada umno dan tidak setuju juga gelaran monyok dan gelaran cekap diberi kepada pakatan rakyat. Malahan sesetengah mentempelak kerajaan PAS Kelantan yang memerintah selama 22 tahun itu.

Kerajaan PAS Kedah, kerajaan DAP pulau Pinang dan keadilan Selangor dianggap sangat tidak cekap sehingga banyak perkara tidak dapat diselesaikan.

Maka PRU 13 yang bakal diadakan Mac 2013 depan akan berlaku pertarungan sengit antara umno dan Pakatan Rakyat.

Umno dianggap pihak sudah monyok, tua dan kebangsatan modal. Manakala Pakatan rakyat dianggap pihak yang cekap, muda dan bertunas baru.

Oleh itu. Bolehlah kita buat kesimpulan umno parti yang monyok, tua dan bangsat modal akan kalah dalam pertarungan dua penjuru dan pakatan rakyat parti yang cekap, muda dan tunas baru akan memerintah negara.

Sememangnya parti umno sudah tua. Ada yang tua tetapi masih gagah macam Tun Mahahtir Mohamad dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih proaktif dalam arena politik.

Sesungguhnya pakatan rakyat parti yang dikatakan cekap, muda dan bertunas baru miskipun ada orang tua sebagai pucuk kepemimpinan berkeyakinan boleh memerintah lebih baik dan cekap berbanding umno/BN."


 Pemimpin Pas kena berani, kata Salahuddin
Posted on Monday, February 18 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: imamsurau

"SHAH ALAM - Pemimpin-pemimpin Pas perlu berani tampil bagi menjelaskan kerjasama politik parti itu dengan DAP dan PKR tidak bertunjangkan kepada cita-cita politik semata-mata -  memperoleh kemenangan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, pemimpin parti itu tidak perlu takut untuk menjawab apabila timbul dakwaan dan persepsi kononnya Pas sudah tersasar daripada landasan perjuangannya serta menjadi kuda tunggangan DAP dan mahu terus kekal bersama Pakatan Rakyat.

"Tidak ada apa yang kita perlu takut dengan DAP ini. Saya boleh bercakap dari segi objektifnya, DAP ini bertanding pun tidak sampai 50 kerusi parlimen. Jadi apa yang perlu kita takutkan dengan DAP?

"Sebenarnya momokan itu datangnya daripada propaganda BN, Cina akan jadi PM, DAP akan jadi menteri besar. Itu sebenarnya fakta yang tidak ada asas sama sekali," katanya dalam satu wawancara bersama Sinar Harian Online.

Mengakui begitulah cara Umno dan medianya berfungsi dalam menjatuhkan seteru politik mereka, Salahuddin mahu pemimpin Pas lebih bersikap terbuka dan proaktif dengan menerangkan kepada rakyat akan situasi sebenar dalam perikatan itu.

"Saya rasa, kita harus tampil menerangkan kepada masyarakat, tidak ada apa yang mereka perlu ditakutkan dengan DAP ini," katanya yang akan bertanding di Johor pada PRU13.

Bahkan perlu diingat katanya, Pas sama sekali tidak pernah menggadai prinsipnya apatah lagi jika ia melibatkan Melayu dan Islam.

"Tidak ada apa yang perlu dibimbangkan. Kita tidak gadai dasar Islam kita. Kita tidak tinggal prinsip-prinsip asas tentang moral, akhlak, tentang apa sahaja yang menjadi pegangan Pas selama ini," ujar Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Sebaliknya, kata Salahuddin, Pas pada hari ini bersama-sama dengan rakannya dalam Pakatan Rakyat telah pergi ke suatu dimensi yang lebih luas bagi menyediakan kehidupan jauh lebih selesa kepada rakyat.

"Kita tidak terikat kepada sentimen perkauman, Pas tidak duduk dalam kelompoknya sendiri pada hari ini. Tetapi kita telah mula keluar, kita telah mencipta satu platform yang lebih luas. Kita hari ini sudah bercakap tentang negara," kata Salahuddin.

Malah katanya, Pas terus mendapat dokongan daripada masyarakat khususnya Melayu berdasarkan kepada penyertaan dan komitmen ahlinya yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti yang ditonjolkan dalam Himpunan Perdana Ummah bersama Pas dua minggu lalu.

"Ini membuktikan bahawa kelompok-kelompok teras Melayu itu terus memberi dokongan kepada Pas. Tidak timbul isu Pas ini ditinggalkan oleh penyokong tegar mereka kerana tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ke atas Pas, tidak benar sama sekali," tegasnya lagi.

Pada majlis itu, lebih 200 ahli baru Pas dari pelbagai latar belakang menyertai himpunan tersebut yang diadakan di sebuah hotel di Ampang dekat ibu negara.

Mereka berhimpun sebagai tanda sokongan kepada perjuangan Pas bersama pimpinan parti menjelang pilihan raya umum akan datang ini.

Mengulas mengenai penegasan daripada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu sama sekali tidak akan mengulangi kerjasama politiknya dengan Umno, adakah itu bermakna Pas menolak perpaduan ummah, Salahuddin berkata, "tidak timbul pula satu teori yang mengatakan hanya bersama Umno sahajalah maknanya boleh membuktikan kita berpadu."

"Tidak betul sekiranya ada yang mendakwa begitu," katanya.

Tambah beliau, isu perpecahan ummah seperti satu kariah dua imam, suami isteri bercerai kerana perbezaan fahaman politik hanyalah kes terpencil yang berlaku di negara ini.

"Sebenarnya tidak pernah berlaku perpecahan ummah. Yang berlaku hanya perbezaan pandangan politik.
"Ummah khususnya orang Melayu pada hari ini tidak pernah berpecah memutuskan silaturrahim.

"Pas tidak memusuhi orang Melayu, kita hanya berlawan dengan Umno sebagai parti politik tetapi apa yang menjadi kekuatan Melayu, asas perjuangan Islam, tetap kita perjuangkan bersama," tegasnya lagi.

Pas pernah bersama Umno di tahun 70-an dan menubuhkan kerajaan bersama BN. Hubungan itu retak pada tahun 1978.

Pas juga pernah mengadakan tahaluf siyasi dengan Parti Melayu Semangat 46 (S46). Parti S46 pula mengadakan kerjasama dengan DAP. Parti ini tidak ada lagi dan gagasan yang dinamakan Angkatan Perpaduan Ummah yang menggabungkan Pas, Parti Melayu Semangat-46, Berjasa dan Hamim sudah tamat.

Akhirnya Pas mengadakan tahaluf siyasi bersama PKR diikuti dengan DAP sejak PRU12.

sumber"



Debat Palsu - Dr Asri Perli Fathul Bari
Posted on Monday, February 18 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Blog Bloglist Politik


Klik


"Debat tipu2 ? Lucu. Kalau nak jadi wira x boleh main tipu n palsu."



Sumber: bloglistpolitik.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan