Jumaat, 25 Januari 2013

NAK KATA APA LAGI...SEGALANYA ADA TEMPUH KECUALI ALLAH YANG MAHA AGONG

4 nama besar dinasihat tak tanding PRU13
MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN dan NORSHAHZURA MAT ZUKI
25 Januari 2013
MUKA DEPAN
Muka depan Sinar Harian hari ini
SHAH ALAM – Beberapa parti politik dijangka terpaksa menggugurkan nama-nama besar daripada menjadi calon mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Pengguguran itu tidak boleh dielakkan kerana beberapa tokoh itu gagal dalam ujian tapisan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mempunyai masalah dengan undang-undang.

Antara nama-nama besar yang disebut sebagai mereka yang dijangka tidak akan dicalonkan semula akibat masalah berkenaan ialah seorang menteri besar, seorang ketua menteri dan dua pemimpin tinggi sebuah parti.

Difahamkan, perkembangan terbaru ini disedari setelah urusan awal tapisan senarai calon yang diserahkan beberapa parti kepada SPRM untuk tapisan menjelang PRU13 selesai, baru-baru ini.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, ratusan nama calon sudah diserahkan kepada SPRM dan berikutan tapisan yang dilakukan, beberapa nama-nama besar telah gagal saringan.

Berdasarkan hasil ujian tersebut, parti-parti yang terlibat telah dinasihatkan tidak meletakkan nama-nama besar yang bermasalah itu sebagai calon mereka.

Maklumat yang diterima Sinar Harian menunjukkan nama-nama besar yang gagal ujian tapisan tidak boleh diletakkan sebagai calon dan jika dicalonkan juga, ia akan memberi implikasi kepada parti terbabit.

Ketika dihubungi Sinar Harian, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdul enggan memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut.

Beliau sekadar menegaskan bahawa Cawangan Tapisan Keutuhan, Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat SPRM masih membuat tapisan ke atas senarai calon yang dihantar parti-parti politik.

Katanya, parti-parti yang akan meletakkan calon dalam PRU13  masih terus menghantar nama-nama calon masing-masing untuk tapisan dan ada yang akan terus menghantar senarai tersebut walaupun selepas Parlimen dibubarkan nanti.

Marah menteri besar, 9 bilik gerakan Umno Pasir Gudang, Johor ditutup




Iklan - Tapak Car Wash untuk disewa lokasi Sekinchan tepi jalan hubungi 016-7383847
SEBAHAGIAN besar bilik gerakan Umno cawangan di sembilan kampung setinggan, dekat sini ditutup tanpa sebarang aktiviti persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), meskipun tarikh yang ditunggu itu semakin hampir.



Pengerusi Tetap Umno Bahagian Pasir Gudang, Abu Bakar Alibi berkata, pihaknya tidak akan menjalankan sebarang kerja-kerja persediaan PRU13 kerana terlalu kecewa dengan tindakan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang masih gagal menunaikan janji pemberian hak milik tanah kepada penduduk setinggan.

Menurutnya, pihaknya juga tidak akan bertanggungjawab dengan tindakan pengundi yang boleh menjejaskan calon Barisan Nasional (BN) pada PRU13, sekiranya janji yang ditaburkan sejak lebih 10 tahun lepas belum dilunaskan.

“Apa sahaja tindakan pengundi dan apa sahaja yang bakal berlaku kepada calon BN pada PRU13 nanti, kami selaku Ketua Umno Cawangan tidak akan bertanggungjawab.

“Sekarang sudah lima bilik gerakan ditutup, kami difahamkan empat lagi bilik gerakan di kampung setinggan akan menyusul tanpa sebarang persiapan berdepan PRU13,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Senibong, Yacob Sahadan, 68, berkata, isu pemilikan tanah itu diperjuangkan sejak 1999 bersama lebih 400 penduduk, namun masih gagal menemui jalan penyelesaian.

Menurutnya, penduduk sehingga kini masih setia menuntut janji yang ditaburkan sejak 13 tahun lalu yang disifatkan sebagai janji tinggal janji.

“Masalah setinggan keseluruhannya melibatkan orang Melayu, jadi kami bimbang kekecewaan ini boleh menjejaskan undi Melayu dalam PRU13 nanti.

“Kami tak tolak pembangunan yang dirancang kerajaan, tapi tolong jangan sampai pinggirkan penduduk asal yang bersusah-payah meneroka tanah ini selama ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Plentong Baru, Mohd Saleh Arsad, 59, pula berkata, kepimpinan utama negara, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sedang rancak menjelajah ke seluruh pelosok kawasan melancarkan janji ditepati, namun malang bagi rakyat di Pasir Gudang yang negerinya kononnya menjadi kubu kuat Umno masih menanti janji yang belum pasti.

“Ini perkara yang pernah dijanjikan Menteri Besar, kalau tak janji dan tak keluar dari mulut Menteri Mesar, kita pun tak memandai-mandai nak menuntut.

“Kami akan tunggu jawapan Menteri Besar, kalau masih bermain teka-teki, kita rancang akan buat rombongan berjumpa Perdana Menteri dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Seri Makmur, Nordin Kasri, 49, berkata, kekecewaan lebih 400 penduduk kawasannya jelas ketara apabila janji pemberian tanah kurnia baru-baru ini telah ditukar kepada tanah tol.

Menurutnya, Abdul Ghani berjanji selepas pengurniaan tanah di Kampung Pasir Gudang Baru dan Masai akan menyusul ke Kampung Seri Makmur, namun saat akhir telah ditukar pemberian kepada tanah tol.

“Kegembiraan penduduk menunggu janji lebih 10 tahun lepas telah bertukar kecewa kerana tiba-tiba kerajaan nak bagi tanah tol yang bersifat sementara dan boleh diambil kerajaan bila-bila masa sahaja.

“Surat rayuan tidak setuju penduduk telah dihantar, kita minta selesaikan perkara ini segera kerana bilik gerakan PRU13 yang hambar ketika ini tidak mustahil akan turut ditutup,” katanya.

ReJaM© "Ini namanya Janji Dicapati... "

Sumber: Sinar

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2013/01/marah-menteri-besar-9-bilik-gerakan.html#ixzz2IwVuTHcg
Ahmad Maslan: Tutup bilik gerakan Umno Johor kes terpencil

24 Januari 2013
Ahmad Maslan
Datuk Ahmad Maslan
KUALA LUMPUR - Penutupan beberapa bilik gerakan Umno di Johor hanya kes terpencil, kata Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.
Sambil menyifatkan kes itu tidak serius dan hanya melibatkan masalah di kalangan segelintir individu tertentu, Ahmad tidak menolak kemungkinan kejadian itu berunsur cubaan memboikot dan sabotaj parti atau calon menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Memang ada bilik gerakan yang masih lagi ditutup sebab kita belum berkempen lagi. Kalau ada yang tutup, kita boleh buka di tempat lain dan kita ada banyak masa untuk buat perubahan.

"Tidak menjadi masalah kalau ada cubaan memboikot. Kita ada 35 hingga 40 bilik mengundi (di satu kawasan)," katanya ketika diminat mengulas laporan sebuah akhbar mengenai penutupan bilik gerakan Umno di Johor yang kononnya
memboikot kempen pilihan raya umum kerana kecewa dengan kerajaan negeri.

Beliau menegaskan tindakan tata tertib dan disiplin akan diambil jika didapati ada anggota Umno menjadi dalang sabotaj dan pemboikot kempen.

"Mereka boleh cari badan bukan kerajaan (NGO) lain. Kami serius dalam parti. Kami tiada masa melayan kerenah segelintir individu yang tidak baik dan sakit ini. Kami masih ada ramai lagi ahli yang setia pada parti," katanya.

Ahmad yang juga Ketua Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional (BN) berkata, Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) BN di seluruh negara mesti dibuka selewat-lewatnya 1 Februari.

Ditanya mengenai cubaan pembangkang berkempen di kawasan Felda, Ahmad berkata, waktu berkempen secara matang belum tiba dan pembangkang perlu mematuhi
peruntukan yang ditetapkan Felda.

"Dalam PRU lepas atau pilihan raya kecil Kerdau (Pahang) atau Tenang (Johor), semua pihak dibenarkan masuk ke Felda untuk berkempen bila waktunya tiba. Sekarang ini belum lagi waktu berkempen yang sebenar.

"Felda ada Akta Kawasan Penempatan Berkelompok dan ada undang-undang yang perlu dipatuhi," katanya.

Terdahulu Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyaksikan majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman Usahasama antara Permodalan YBK
Sdn Bhd dan Paragon Matrix Sdn Bhd di sini hari ini.

Perjanjian itu antara lain membabitkan projek pembangunan untuk menubuhkan pusat berkonsepkan kesihatan dan kesejahteraan di Serendah, Hulu Selangor untuk
pasaran tempatan dan antarabangsa.
Projek yang menelan belanja kira-kira RM2 bilion dan dijangka siap sepenuhnya antara tempoh lima dan lapan tahun itu, melibatkan beberapa kemudahan infrastruktur seperti penubuhan hospital, kondominium dan pusat rawatan kanser. - Bernama
MB kena tanggung jika BN kalah di Pasir Gudang
AZIZAN INCHE HARUN
25 Januari 2013
 Rohazam Shah Ahmad
Ketua Pemuda Umno Bahagian Pasir Gudang, Rohazam Shah Ahmad
PASIR GUDANG – Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman akan dipertanggungjawabkan sekiranya calon Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), sekali gus menyebabkan kerusi Parlimen Pasir Gudang jatuh ke tangan pembangkang.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Pasir Gudang, Rohazam Shah Ahmad turut menyokong tindakan menutup sebahagian besar bilik gerakan di sembilan kampung setinggan kelmarin, seperti yang dilaporkan Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, masalah setinggan yang dibangkitkan penduduk telah empat tahun diperjuangkan Pemuda Umno Pasir Gudang, namun tiada tanda-tanda isu itu akan menemui jalan penyelesaian.

“Tindakan ahli parti sehingga sanggup menutup bilik gerakan dalam saat-saat PRU13 semakin hampir, itu sebenarnya rakyat sudah bosan menunggu janji yang sudah terlalu lama dinanti.

“MB sudah janji nak selesai...sudah turun padang bertemu penduduk setinggan, tapi masih bermain teka-teki. Sampai bila? Sedangkan rakyat hari ini sudah pandai menilai janji yang ditaburkan pemimpin,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Rohazam berkata, tindakan menteri besar itu dikhuatiri menggugat jumlah undi membabitkan 100,000 pengundi di Pasir Gudang akibat kekecewaan penduduk, sedangkan jentera BN selama ini telah bersusah-payah meyakinkan lebih 54 peratus pengundi Melayu di situ.

Menurutnya, sudah tiba masanya perkara berkenaan diselesaikan kerana rakyat telah terlalu lama disogokkan dengan janji yang dibuat oleh pemimpin utama negeri ini.

“Kita tidak mahu kerana nila setitik, rosak susu sebelanga kerana jentera BN di Pasir Gudang sudah lama bersiap-sedia dengan pelbagai program mendekati rakyat, termasuk Pemuda bersama orang muda.

“Jika perkara ini tak selesai, jawapannya akan dapat kita tengok pada PRU13. Apa sahaja tindakan pengundi dan apa sahaja yang bakal berlaku kepada calon BN di Pasir Gudang pada PRU13, MB kena bertanggungjawab,” katanya.

Rohazam yang juga Ketua Penerangan Pemuda Umno Negeri turut menyelar tindakan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang ingin mengambil tindakan tata tertib dan disiplin terhadap ahli Umno yang menjadi dalang boikot kempen.

Menurutnya, Ahmad diingatkan supaya tidak hanya menunjukkan kuasa dengan kenyataan sedemikian, sebaliknya turun menyelami rintihan penduduk setinggan di Pasir Gudang dan mencari jalan penyelesaian.

“Jangan cabar kami dengan kenyataan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan. Kalau beliau pemimpin yang berjiwa rakyat, turun ke kawasan kami dan lihat sendiri rintihan penduduk setinggan di Pasir Gudang yang setia menagih janji sejak 13 tahun lepas.

“Bantu kami selesaikan kemelut ini, bukannya cuba menunjuk kuasa yang diamanahkan,” katanya.

Cium tangan Pak Lah, Ustazah Mashitah langgar Fatwa Kebangsaan




Iklan - Tapak Car Wash untuk disewa lokasi Sekinchan tepi jalan hubungi 016-7383847
TINDAKAN Ustazah Umno, Dr Mashitah Ibrahim yang dilihat cuba mempertahankan perbuatannya mencium tangan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah sebelum ini jelas sekali memakan diri rujuk sini ~ Mashitah

Beliau nampaknya cuba memutar belitkan hukum apabila terkena batang hidung sendiri. Bila sendiri yang salam dan cium tangan bukan mahram, maka nampaknya hukum "harus" cuba digunakan untuk menghalalkan tindakannya.



Gua tak mahu ulas tentang ilmu, dan hujah beliau di dalam menghalalkan tindakannya bersalam dan mencium tangan Tun Abdullah sebelum ini. Apa yang gua nak tunjuk di sini ialah berkenaan fatwa kebangsaan yang telah dikeluarkan tentang perkara ini.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-79 yang bersidang pada 6 - 8 September 2007 telah membincangkan Hukum Berjabat Tangan Dengan Wanita Ajnabi (wanita bukan mahram).

Muzakarah telah memutuskan bahawa pada prinsipnya hukum berjabat tangan dengan wanita ajnabi adalah haram. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu yang sukar dielakkan, ianya dibolehkan tetapi dalam keadaan terkawal supaya tidak dijadikan budaya dalam masyarakat Islam ~ e-Fatwa



Apakah yang terlalu memaksa Ustazah Mashitah sampaikan beliau terpaksa mencium tangan Tun Abdullah Badawi? Adakah kepalanya akan dipancung sekiranya tidak mencium tangan Pak Lah?

Kalau pun terpaksa salam, kenapa mesti sampai cium?

ReJaM© "Nak ikut Fatwa Kebangsaan atau Fatwa Mashitah? "

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2013/01/cium-tangan-pak-lah-ustazah-mashitah.html#ixzz2IwXMPoux

Ibu tunggal curi lembu ditahan
RUBIAH OMAR
25 Januari 2013
 Ibu tunggal curi lembu ditahan
Keempat-empat suspek ditahan kerana dipercayai mencuri dua ekor lembu milik penduduk kampung di jirat Cina, Jalan Pusara, Kuala Terengganu, awal pagi semalam
KUALA TERENGGANU - Seorang ibu tunggal enam anak antara empat orang yang ditahan ketika cuba melarikan dua ekor lembu milik penduduk kampung di jirat Cina Jalan Pusara, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 pagi itu, janda berusia 30 tahun dari Kampung Paya, Balai Besar, Dungun, itu ditahan bersama kekasihnya yang berusia 47 serta dua lagi rakan mereka yang berusia 48 dan 23 tahun ketika mereka cuba memasukkan haiwan itu ke dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), jenisNaza Ria.

Menurut sumber, perbuatan keempat-empat suspek itu disedari seorang lelaki yang secara kebetulan melalui kawasan berkenaan.

“Pemuda itu, yang juga anak seorang anggota polis di Balai Polis Kuala Terengganu, telah ternampak kelibat empat orang dalam keadaan mencurigakan di kawasan  kubur berkenaan. Dia lalu menghubungi polis,” katanya.

Menurutnya, ketika disoal siasat, kesemua suspek mengaku hendak mencuri dua lembu milik penduduk kampung untuk  dijual dengan harga RM500 seekor bagi anak lembu sementara RM7 sekilogram bagi daging lembu yang siap diproses.

Beliau berkata, polis turut menemui beberapa peralatan termasuk dua batang besi tajam, pisau dan tali dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah berkenaan.

Selain itu, katanya, cukai jalan MPV Naza Ria dipercayai milik salah seorang daripada mereka yang digunakan untuk membawa haiwan ternakan itu turut tamat tempoh.

Difahamkan, keempat-empat suspek turut mempunyai rekod jenayah lampau iaitu penyalahgunaan dadah dan mencuri serta hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua mereka positif dadah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin mengesahkan tangkapan berkenaan ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, kesemua suspek kini direman selama empat hari sehingga Ahad depan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan