Jumaat, 25 Januari 2013

BILA KITA TAK UTAMAKAN AKHLAK SERTA TAK KISAH LAGI KITA BERSIKAP JAHAT DAN LUPA HARI DIBANGKITKAN ....LUPA JUGA DAKWAAN2 DIAKHIRAT KELAK

Kantoi! Cybertrooper Umno like sendiri komen di Malaysiakini




Iklan - Tapak Car Wash untuk disewa lokasi Sekinchan tepi jalan hubungi 016-7383847
SEJAK kebelakangan ini ramai yang mengadu kepada gua bila kebanyakkan komen-komen di portal berita nombor satu Malaysia, Malaysiakini dipenuhi oleh cybertrooper (askar upahan) Umno terutama berita berkaitan dengan Rosmah Mansor.

Sebenarnya cybertrooper Umno menggunakan taktik kotor untuk membolehkan komen-komen mereka berada pada kedudukan paling atas di Malaysiakini iaitu dengan cara mendapatkan like paling banyak. Namun mereka mendapatkan like-like palsu.

Sebagai contoh lihat screenshot di bawah ini. Komentar bernama Anuwar Kasih ini adalah salah seorang cybertrooper Umno dan komennya berada paling atas di Malaysiakini kerana mendapat 170 likes palsu.



Bagaimana kita nak tahu sama ada likes tersebut palsu atau sah? Mudah sahaja, klik pada namanya Anwar Kasih itu anda akan terus ke profile beliau. Komen beliau di Malaysiakini turut terpapar di profile milik beliau. Seterusnya klik pada like yang diterimanya.



Selepas klik anda akan ditunjukkan kepada akaun-akaun yang telah memberikan likes kepada komen-komen cybertrooper Umno ini. Lihat, bukan manusia yang likes, sebaliknya page-page kosong yang dibuat oleh mereka.

Mereka sendiri komen, mereka sendiri like menggunakan halaman-halaman yang dibina oleh mereka sendiri. Taktik ini membolehkan mereka likes komen sendiri tanpa log in kepada banyak akaun. Tapi kantoi kah kah kah...



Anda boleh periksa sendiri akaun-akaun cybertrooper seperti ini. Mereka benar-benar terdesak untuk mempertahankan Rosmah Mansor. Lebih malang, ada juga cybertrooper yang malas buat kerja, makan gaji buta apabila nama-nama page yang dibuat langsung tak realistik seperti di bawah ini kah kah kah...




Alahai Umno, semua benda nak menipu, sampaikan likes pada komen pun nak juga ditipunya macam mana rakyat nak sokong kamu?

ReJaM© "Tak payah bohonglah, mana ada orang nak likes komen sampah... "

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2013/01/kantoi-cybertrooper-umno-like-sendiri.html#ixzz2IwRchZLQ

Isu Kalimah Allah, Nazri Aziz benarkan bukan Islam guna di Pulau Pinang




Iklan - Tapak Car Wash untuk disewa lokasi Sekinchan tepi jalan hubungi 016-7383847
MENJELANG pilihanraya umum ke 13 yang semakin hampir, maka isu kalimah Allah perlu dimainkan semula oleh Umno bagi meraih sokongan orang Melayu untuk mengundi parti itu. Ingat! Propaganda Umno meraih sokongan menggunakan elemen 3R (Race, Religion, and Royal).

Namun ramai yang terlepas pandang bahawa pada tahun 2010, Umno sendiri melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz telah mengumumkan bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam di negeri-negeri yang tiada sultan seperti Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang.

Sila rujuk laporan akhbar The Star di bawah ini.



Para pembaca yang budiman, lihat bagaimana rakyat Malaysia terperangkap dengan isu agama  (kalimah Allah) dimainkan oleh Umno untuk terus berkuasa. Cuba lihat di dunia dan seluruh dunia Islam tiada satu pun negara lain yang kecoh dengan isu kalimah Allah.

Malaysia satu-satunya negara yang kecoh dengan isu kalimah Allah di dunia ini kerana apa? Kerana hanya di Malaysia ada United Malays National Organization, Umno.

Isu kalimah Allah adalah isu Umno untuk menang pilihanraya, dengan tersebarnya isu ini maka rakyat akan sibuk mengamuk tak tentu pasal dan tidak sedar bahawa mereka dipermainkan oleh Umno dan Barisan Nasional.

Kerana itu pada waktu ini media-media kongkongan Umno sedang sibuk menjaja isu ini.



ReJaM© "Israel pun akan kecoh isu kalimah Allah jika Umno ada di sana... "

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2013/01/isu-kalimah-allah-nazri-aziz-benarkan.html#ixzz2IwRvwRyO

Utusan Malaysia diberi percuma di UIAM, tapi orang tak mahu baca


Iklan - Tapak Car Wash untuk disewa lokasi Sekinchan tepi jalan hubungi 016-7383847
SEBELUM ini pernah didedahkan di MiLo SuaM bagaimana Utusan Malaysia diedarkan secara percuma di Kedah dengan tajaan pihak tertentu memandangkan jualannya sudah merudum teruk rujuk sini ~ Utusan Malaysia percuma.

Difahamkan akhbar pemegang rekod paling banyak kalah saman di mahkamah kerana memfitnah itu rupanya turut diedarkan di Universiti Islam Antarabangsa, UIAM dengan tajaan pihak tertentu.

Almaklumlah, kalau nak jual sudah tiada lagi orang nak beli, siapa nak beli akhbar kaki fitnah betul tak? Mahu tak mahu terpaksalah edar secara percuma. Namun apa yang lucunya, sudah diberi percuma pun, orang masih tak mahu baca kah kah kah...

Perkara ini didedahkan oleh salah seorang sahabat pembaca yang barangkali merupakan pelajar di UIAM. Beliau menyaksikan sendiri, banyak longgokan akhbar Utusan Malaysia yang tidak diusik di salah sebuah kolej di Universiti tersebut.



Beliau sempat mengambil gambar sebahagian daripada longgokan-longgokan akhbar Utusan Malaysia itu. Menurutnya lagi,  longgokan-longgokan yang, lain sudah dibawa keluar oleh pekerja pembersihan (makcik cleaner) di situ barangkali untuk dijual di pusat kitar semula.


Semalam, sekali lagi Utusan Malaysia menanggung akibat di mahkamah hasil daripada fitnah isu LGBT akhbar milik Umno itu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim awal tahun lalu.

Hakim Datuk VT Singham dalam penghakimannya mendapati, laporan di muka hadapan dan halaman 10 Utusan Malaysia pada 17 Januari itu menjejaskan reputasi Anwar dan menyebabkan beliau dicemuh dan dipandang hina.

Mahkamah menetapkan kos sebanyak RM45,000 manakala ganti rugi akan ditetapkan pada 15 Februari. Hakim turut marah kerana akhbar Utusan Malaysia gagal untuk mengamalkan etika kewartawanan yang bertanggung jawab.

Utusan Malaysia memfitnah kononnya Anwar Ibrahim mempersoalkan undang-undang anti-homoseksual di negara ini dan menuduh Anwar mahu menghalalkan lesbian, gay, biseksual dan aktiviti transgender (LGBT)

ReJaM© "Kita doakan moga-moga Utusan Syaitan ini cepat muflis..."

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2013/01/utusan-malaysia-diberi-percuma-di-uiam.html#ixzz2IwSAuY5J


Blogger Umno dedah video muslimah PAS diraba bergilir-gilir di #KL112


Iklan - Tapak Car Wash untuk disewa lokasi Sekinchan tepi jalan hubungi 016-7383847
BLOGGER United Malays No Otak, Umno nampaknya sudah kehabisan idea untuk memburuk-burukkan Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 yang dianjurkan di ibu negara tempoh hari. Kita faham taktik mereka tidak lain dan tidak bukan, menggunakan isu lucah berulang-ulang kali.

Lihat sebelum ini bagaimana mereka menggunakan gambar yang dicedok dari laman sesawang luar negara mendakwa kononnya ada muslimah dari Parti Islam, PAS yang diraba di himpunan tersebut rujuk sini ~ blogger Umno.

Kemudian mereka menyebarkan pula gambar yang diedit kononnya ada peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 yang membawa bendera dan menyokong Israel rujuk sini ~ Bendera Israel.

Terbaru, mereka menyebarkan video pula kononnya muslimah dari Parti Islam, PAS telah menyerahkan punggung untuk diraba bergilir-gilir oleh pemuda dari KEADILAN (PKR). Di bawah ini screenshot yang diambil dari salah seorang blogger Umno.



Lihat, mereka seakan ada centre of command (pusat arahan) untuk mengulangi isu-isu lucah bagi meraih sokongan politik. Difahamkan "bilik perang" Umno PWTC kini diketuai oleh bekas menteri yang pernah dilaporkan mabuk dan mencabul kehormatan seorang gadis di kelab malam. rujuk sini ~ Jamaluddin Jarjis

Maka tak hairanlah strategi meraih sokongan politik mereka semuanya berbaur lucah kerana pengarah propaganda mereka adalah menteri kaki raba.

Tambah lebih lucu lagi, salah seorang pemimpin India yang mengepalai NGO Nambikkai yang menyokong Barisan Nasional kini dilihat sudah mula mempraktikkan amalan lucah yang selama ini dibawa oleh Umno rujuk sini ~ Kalai Vanar

ReJaM© "Umno dan lucah bagaikan tahi dan kentut... "

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2013/01/blogger-umno-dedah-video-muslimah-pas.html#ixzz2IwSwiUd6

#KL112 Wanita lapor polis terhadap fitnah blog Papa Gomo


Iklan - Tapak Car Wash untuk disewa lokasi Sekinchan tepi jalan hubungi 016-7383847
SEBELUM ini ada disiarkan fitnah yang dileparkan oleh blogger kaki lucah Umno, Papa Gomo terhadap salah seorang muslimah di Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112. Kononnya peserta tersebut menggadaikan punggung untuk diraba oleh jantan PKR rujuk sini ~ Muslimah PAS diraba bergilir-gilir

Di bawah ini printscreen fitnah yang dimaksudkan dari blog Papa Gomo. Papa Gomo mendakwa kononnya wanita ini sedang bertukar-tukar nombor telefon dengan salah seorang peserta #KL112 berbaju kuning.



Wanita ini tampil menerangkan hal sebenar. Lelaki berbaju kuning yang didakwa oleh Papa Gomo itu kononnya mahu bertukar-tukar nombor telefon sebenarnya adalah suami wanita terbabit dan mereka bersama-sama mengambil gambar di himpunan tersebut.



Lantaran fitnah berniat jahat dilemparkan oleh blogger Umno si Papa Gomo, wanita tersebut telah membuat satu laporan polis semalam dan beliau memaklumkan hal itu di laman facebook peribadi miliknya.



Seperti sebelum ini kita faham benar perangai blogger lucah ini. Sebelum ini ketika perbicaraan saman di mahkamah, dia menyorok dan tidak mengaku bahawa blog papagomo.com itu adalah miliknya kah kah kah...

ReJaM© "Baling batu sembunyi tangan... "

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2013/01/kl112-wanita-lapor-polis-terhadap.html#ixzz2IwSPOCVM

Tiada wali, Ummi Hafilda terpaksa bernikah di Pakistan




Iklan - Tapak Car Wash untuk disewa lokasi Sekinchan tepi jalan hubungi 016-7383847
KELMARIN Ummi Hafilda perempuan yang gemar menyerang Anwar Ibrahim dengan isu-isu lucah baru sahaja selesai melangsungkan majlis perkahwinannya di Dewan Negara, PWTC bersama dengan lelaki warga asing pilihannya Zaman Khan ~ Majlis Perkahwinan Ummi Hafilda

Sebaik sahaja berita tentang majlis perkahwinan perempuan ini tersebar, ramai pihak terutamanya di blog-blog mempersoalkan bilakah Ummi Hafilda menikah?

Sebelum ini Ummi Hafilda ada membuat satu sidang media khas untuk memberitahu bahawa lokasi dan tarikh perkahwinannya adalah dirahsiakan selain itu dia turut mengumumkan YB Azmin Ali abangnya tidak akan dijemput di majlis perkahwinannya.

Pengumuman untuk tidak menjemput keluarganya ini menyebabkan ramai pihak mempersoalkan siapakah yang akan menjadi wali bagi perkahwinan Ummi Hafilda bersama Zaman Khan seorang warga asing dari Pakistan ini?

Akhirnya terbongkar segala persoalan tersebut apabila portal myStar mendedahkan bahawa Ummi Hafilda telah bernikah di Pakistan seminggu sebelum majlis perkahwinannya. Gara-gara tiada wali maka Ummi Hafilda terpaksa menikah di perantauan.



Biasanya orang kahwin lari kerana wali tak restu perkahwinan, tapi perkara sebaliknya berlaku kepada Ummi Hafilda, dia terpaksa berkahwin di perantauan kerana dia sendiri yang tidak restu kepada walinya.

Apa pun selamat pengantin baru diucapkan kepada kedua-dua mempelai, semoga selepas berkahwin suami Ummi dapatlah menasihatkannya untuk berubah ke arah yang lebih baik.

ReJaM© "Harap selepas ini, Ummi Hafilda berhentilah menjaja cerita lucah... "

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2013/01/tiada-wali-ummi-hafilda-terpaksa.html#ixzz2IwSf0JLW

Majlis perkahwinan Ummi Hafilda malam ini ditaja oleh Najib Razak?


Iklan - Tapak Car Wash untuk disewa lokasi Sekinchan tepi jalan hubungi 016-7383847
SRIKANDI harapan Rosmah untuk menyerang Anwar Ibrahim dengan isu-isu lucah, Ummi Hafilda menjadi bahan gelak baru-baru ini apabila membuat satu sidang media khas semata-mata untuk memberitahu bahawa lokasi dan tarikh perkahwinannya dengan seorang warga asing sebagai rahsia.

Kalau memang ada niat untuk rahsiakan tarikh dan lokasi perkahwinan, yang kamu pergi buat sidang media tu kenapa? Kah kah kah...



Tambah lebih pelik, Ummi Hafilda dikatakan turut mencanangkan bahawa perkahwinan beliau akan berlangsung secara mewah dan gilang gemilang di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC malam ini 18 Januari 2013.

Pihak Putrade Property Management mengesahkan bahawa tetamu VIP yang akan hadir ialah Rosmah Mansor dan Najib Tun Razak. Contact person untuk penganjuran majlis ini ialah Yong Rahimah Johari dan boleh dihubungi di talian 0108981918.

Manakala pegawai Putrade yang bertanggungjawab ialah Nur Hidayah Safian. Tema warna yang diminta oleh Ummi Hafilda pula ialah Gold and Ivory untuk menyambut Rosmah Mansor dan Najib Tun Razak.

Menurut Nur Hidayah, Ummi membuat tempahan untuk 778 orang tetamu. Selain itu, menurut sumber dalaman, majlis ini ditaja oleh Najib Razak melalui Putrade Property Management dengan memberi diskaun yang luar biasa.

Bayaran yang dikenakan hanya RM 87.00 seorang dan kadar ini adalah terlalu rendah dan bukan kadar pasaran semasa yang dikenakan oleh Putrade. Deposit sebanyak hanya RM10,000 dibayar tetapi tidak diketahui sumbernya.


ReJaM© "Gua salah seorang yang dijemput malam ini, kah kah kah... "

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2013/01/majlis-perkahwinan-ummi-hafilda-malam.html#ixzz2IwTggU7R


Tiada ulasan:

Catat Ulasan