Jumaat, 28 Disember 2012

KALAU BENAR..BERANI BETUL MEREKA NI

Ahmad Lutfi Othman model "kewartawanan kapital"
Posted on Friday, December 28 @ 10:14:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


Oleh DR MOHD FAIZAL MUSA (FAISAL TEHRANI)



SALAH seorang sosiologis terkemuka dari Barat, E.E Schattschneider (1960: 15) menyebutkan “cara terbaik mengurus sesuatu konflik ialah sebelum ia bermula.” Tentu sahaja pepatah Melayu sendiri ada mengatakan cegah sebelum parah untuk mendokong kata-kata tersebut. Di tangan anda, setiap rencana pendek atau tulisan pojok yang dihasilkan Ahmad Lutfi Othman ini (dalam buku Detik Utopia) serba sedikit berkongsi kehendak, semangat dan tujuan tersebut, iaitu untuk menyelesaikan konflik dan mencungkil di mana ia bermula. Lutfi melakukannya dengan gaya dan caranya sendiri.


Saya ingin memperkenalkan konsep ‘Kewartawanan-Kapital’ untuk menjelaskan status, peran, sosok dan wibawa Ahmad Lutfi Othman sebagai seorang jurnalis alternatif. Capital atau kapital menurut Cambridge Dictionary merujuk kepada “money and possessions, especially a large amount of money used for producing more wealth or for starting a new business.”

Dalam hal ini menggantikan wang kepada sosok Ahmad Lutfi sendiri, ‘Kewartawanan-Kapital’ adalah satu bentuk khazanah dan kekayaan dalam bidang jurnalisme atau kewartawanan yang terhimpun sebagai aset. Khazanah ini lantas melimpah atau sengaja dilaburkan kembali untuk membina lebih banyak aset lain.

Saya berpandangan, tulisan-tulisan Ahmad Lutfi Othman meskipun bersifat popular dan tidak selalunya diiringi dengan fakta, pemerhatian atau data ilmiah ia masih berguna sebagai satu dokumen tongue wagging yang dapat menggambarkan ‘stable tension yang mencirikan masyarakat majmuk Malaysia’ (Shamsul AB, 2008: 7). Tulisan pojok beliau adalah cerminan serius seorang tokoh kewartawanan alternatif meski di beberapa tempat akan terzahir hasrat terpendam beliau untuk menjadi tukang ramal.
  hrkh_1
(Ahmad Lutfi bersama pimpinan PAS yang menerajui Harakah, Mustafa Ali, Kamarudin Jaffar dan Mahfuz Omar)
Saya mengenal Ahmad Lutfi Othman dalam tahun 1998 sewaktu mulai membina nama sebagai seorang novelis dalam persada sastera tanahair. Kurang dua tahun sesudah itu, Lutfi, dengan keyakinan tinggi telah menerbitkan novel pertama saya yang berjudul Perempuan Politikus Melayu (2000).
Novel tersebut membuka mata birokrat dan elitis sastera tempatan akan kewujudan saya selaku pengarang kreatif. Ia tercalon untuk Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000/2001. Secara kreatifnya, Perempuan Politikus Melayu adalah novel yang saya panjangkan dari sebuah cerpen berjudul Laungan Tanpa Suara (Penerbit Sasbadi, 1997). Saya pertama kali membawa Perempuan Politikus Melayu ke Dewan Bahasa dan Pustaka tetapi ia ditolak. Saya kira temanya, persembahannya dan wawasannya sulit dipertimbangkan oleh penerbit berpengaruh tersebut.
Saya faham benar, dengan nama yang masih rebung pada waktu itu, tidak akan ada penerbit mahu mengenengahkan kisah seorang politikus yang korup. Saya membawa Perempuan Politikus Melayu bertemu Ahmad Lutfi Othman di Penerbitan Pemuda. Secara peribadi saya tidak pernah mengenal beliau.
Hanya sesekali menulis untuk majalah fenomenal Tamadun yang mana beliau adalah editornya. Lutfi, dengan cepat memberi reaksi. Dinsman menjadi pembaca pertama manuskrip novel ini dan menyukainya. Di pejabat Penerbitan Pemuda saya mengenal beberapa wartawan muda lain. Yang paling berbekas dalam ingatan saya tentulah Fathi Aris Omar.
Tentu secara keuntungannya, Perempuan Politikus Melayu gagal di pasaran. Tetapi ia menjadi pelaburan Lutfi terhadap saya, untuk mencambah wawasan beliau dalam sarana dan wadah lain pula.
Apa yang ingin saya sebutkan di sini, Ahmad Lutfi Othman menjadi kapital atau ibu pelaburan yang sangat lumayan sehingga dengan keyakinan beliau terhadap tulisan-tulisan kecil saya, beliau membawa saya pergi lebih jauh. Untuk itu saya sangat berterima kasih kepada beliau. Sebetulnya, Lutfi sendiri menyedari kedudukan beliau selaku sang kapital. Membaca rencana pendek beliau tentang ‘Said Zahari dan Pengkhianatan Utusan Melayu’ saya terkesan dengan catatan Lutfi:
Bersembang dengan Pak Said terasa tidak lengkap jika gagal menyentuh suasana persuratkhabaran di negara ini. "Sekarang saya perhatikan orang sudah tidak bercakap soal kebebasan akhbar, termasuk oleh wartawan sendiri. Kalau dulu, wartawan itu sendiri seorang pejuang, sekurang-kurangnya aktivis. Mereka menulis dengan semangat perjuangan yang kental," tambahnya.
Sekali lagi saya terkedu. Ingatan Pak Said itu seperti menyentuh batang hidung sendiri. KAMI yang diasaskan bagi memansuhkan segala undang-undang yang mengongkong kebebasan berkarya, terutama peraturan "karut-marut" Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP), bagaikan hidup segan mati tak mahu. Ternyata nafas dan stamina KAMI pendek.
Jika mahu mencari dalih, saya meletakkan punca utama kepada "laihnya" komitmen wartawan sendiri untuk membebaskan belenggu itu. Mungkin Pak Said, yang menghabiskan masa muda bertenaganya di dalam tahanan persendirian (solitary confinement) kecewa dengan sikap saya yang mudah mengalah. Beliau ternyata mengidamkan iklim yang kondusif untuk wartawan beroperasi.
"Tapi, ia mesti diperjuangkan, bukannya hanya menunggu dan mengharapkan ...," tegasnya.
 
Dalam petikan di atas Lutfi mengeluh tentang ‘laih’nya masyarakat wartawan untuk memperjuangkan kebebasan akhbar. Dalam sedar Lutfi menjadikan Said Zahari selaku ikonnya, dan di luar sedar mereka (rangkaian Said Zahari-Lutfi) membentuk diri selaku jaringan kapital yang kukuh yang kemudiannya mengasuh, melahirkan, menjana aset Wartawan-Kapital yang lain, mungkin sekadar menyebut dua tiga nama, Fathi Aris Omar, Haris Zalkapli dan saya sendiri meski saya membentuk diri sebagai pengarang sastera kemudiannya.
Sebuah model ‘Kewartawanan-Kapital’ memerlukan tiga komponen yang saling berkait. Pertamanya, seorang Wartawan-Kapital hendaklah mempercayai dan memiliki tanggungjawab moral yang kukuh.
Keutuhan moral inilah yang menggerakkan seorang Wartawan-Kapital untuk berfungsi sebagai peribadi yang menggerakkan, yang menggocangkan dan menggencarkan massa serta masyarakat pembaca walaupun beliau sendiri mungkin berada dalam bahaya, risiko dan akan sentiasa berdepan dengan hambatan, ganjalan dan mara bahaya oleh sikap-sikap autoritarian sang penguasa. Nukilan beliau tentang ‘Kenapa Hanya Khir Toyo’ menunjukkan pertahanan moral tinggi  yang dimiliki oleh Ahmad Lutfi Othman:
Sesungguhnya "nasib" aduan saya itu tidak penting. Dari awal saya menyedari, usaha membongkar penyelewengan orang besar yang masih berkuasa tidak semudah difikirkan. Pegawai SPRM, dalam banyak hal, bukannya mahu membantu, apatah lagi untuk menghargai usaha kita, malah tambah menyukarkan inisiatif bagi menyelamatkan wang rakyat dan mengangkat integriti.  Pihak penyiasat terutama SPRM cawangan Selangor lebih berminat untuk mengorek rahsia siapa yang membocorkan dokumen sulit kepada saya. Beberapa usahawan dan peniaga yang disyaki menyalurkan maklumat itu telah disenaraihitamkan.
Saya telah melakukan segalanya dalam kes tersebut sehingga perniagaan penerbitan saya pun terpaksa ditutup ekoran terlalu banyak halangan melanda. Tidak kurang juga pelbagai "misteri" yang ditimbul sepanjang tempoh yang cukup tegang itu. Biarlah, saya tidak berhasrat untuk mengungkit segala kes lampau.
 (Gambar menunjukkan Ahmad Lutfi membuat laporan mengenai rasuah Dr Khir Toyo di Ibu Pejabat BPR, Putrajaya, sekitar tahun 2001) 
 
ACA REPORTS... Ahmad Lutfi urged the Anti Corruption Agency (ACA) to investigate Selangor Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, on the awarding road construction projects and state land to individuals and companies. 
Komponen kedua untuk sebuah Kewartawanan-Kapital adalah nilai-nilai sosial yang diperjuangkan sebagai inti kandungan Wartawan-Kapital tersebut. Seorang Wartawan-Kapital berniat untuk menyemai reformasi dan masyarakat madani (sivil) dalam setiap tulisannya, dan setiap wartawan anak di bawahnya akan akur malah mengazami iltizam tersebut sedaya upaya.
Bahkan dengan nilai-nilai sosial yang bermakna tersebut ia akan menjadi latar ‘kerajaan tempatan yang berperanan baik, ekonomi yang berkembang, aktiviti awam yang sihat dan saling bekerjasama di mana fenomena ini terjelma dari saling percaya antara masyarakat dan bukannya saling prasangka’ (Putnam 1993: 6-7).
Niat Lutfi supaya pembaca berbangsa Melayu menjadi lebih bijaksana dan celik politik seperti yang terlihat pada sebahagian besar masyarakat Tionghua menjelaskan hasrat nilai sosial yang ingin beliau kemukakan:

Ramai peneliti politik melihat bahawa kemerosotan pengaruh parti-parti berasaskan pengundi Cina dalam BN difaktorkan oleh salahlaku pemimpin Umno itu sendiri. MCA, Gerakan dan SUPP hanya menjadi "pak angguk" dan "tumpang semangkuk" kepada segala skandal, penyelewengan dan gejala korupsi yang semakin berleluasa itu.

Sedangkan rata-rata masyarakat Cina menuntut amalan politik baru, yang tercerna melalui agihan sumber yang merata dan adil, serta terlaksananya good governance yang bakal menjamin kesejahteraan untuk semua.

Komponen ketiga yang paling penting dalam model Kewartawan-Kapital ialah jaringan sosial untuk mencambah lebih banyak peribadi atau klon diri yang sama. Staf dibawah Wartawan-Kapital mempunyai keluarbiasaan yang serupa. Di luar jaringan kerja tersebut, Wartawan-Kapital turut membina kumpulan-kumpulan kecil yang sama, dengan keazaman yang tidak berbeza.

Jaringan sosial inilah yang menentukan Kewartawan-Kapital terus bergerak. Dan Wartawan-Kapital yang menjadi aset atau ibu duit akan terus menggandakan dirinya dalam bentuk dan sosok yang lain. Sehingga akhirnya jumlah mereka, Wartawan-Kapital ini menjadi alternatif untuk wartawan pengadu domba, wartawan pengampu dan wartawan arus perdana yang tiada wibawa:

Pada 26 Ogos lalu, ditemani Pengarang Berita Harakah, Mohd Rashidi Hassan, Wartawan Kanan, Wan Nordin Wan Yaacob dan Jurugambar, Wan Zahari Wan Salleh, saya mengunjungi rakan-rakan SK di Seksyen 13, Shah Alam. Selain bertanya khabar atas tekanan dahsyat pemerintah, saya berhasrat membincangkan langkah-langkah perlu untuk mencetuskan isu berkenaan agar "lebih didengar lagi" termasuk oleh pemimpin Pakatan sendiri.

Editor SK, Dzulkarnain Taib dan wartawan Mohd Najib Ibrahim menyambut kami. Saya perhatikan operasi penerbitan mereka masih berjalan seperti biasa, dengan judul yang bertukar-tukar, tetapi masih mengekalkan "Keadilan", seperti Sinar Keadilan, Obor Keadilan dan terbaru Metro Keadilan. Bagaimanapun, pengalaman saya semasa mengendalikan penerbitan tidak berkala selepas Detik dan Wasilah diharamkan, cukup perit terutama dari segi rangkaian pengedaran dan pengendalian perniagaan.

Saya ingin meraikan catatan-catatan pojok Ahmad Lutfi Othman ini dengan meriahnya. Seperti yang saya katakan kebanyakan tulisan beliau masih penuh dengan nilai pop, kurang sokongan ilmiah, bersifat nujum-nujuman; akan tetapi ketajaman pena beliau tidak tersangsikan lagi.

Tulisan Lutfi ini adalah rakaman sangat bermakna menjelang tsunami politik yang lain. Yang lebih penting, bukan tulisan Lutfi yang telah berjasa selama ini kepada ramai pembaca media politik yang menggemari kebenaran dan sumber alternatif. Tetapi, atau bahkan, tampang Ahmad Lutfi Othman itu sendiri adalah bagai bapa, bagaikan ibu, atau setepatnya kapital yang saling dan sering menggandakan kebaikan, kejujuran dan kehendak atau cita sempurna untuk negara bangsanya.

Kerana itu, dengan kerdil sekali saya memperkenalkan saudara-saudara, seorang ‘wartawan patriot’ yang tidak asing lagi. Selamat menghadami ‘jemput-jemput’ beliau ini.

RUJUKAN
AB, Shamsul. Hubungan etnik di Malaysia: mencari dan mengekal kejernihan dalam kekeruhan. Bangi. Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia. 2008.
Putnam, Robert D. Making democracy work: civic traditions in modern Italy. Princeton. Princeton University Press. 1993.
Schattschneider, E.E. The semi sovereign people. New York. Holt Rineheart & Winston. 1960.
 
------
Artikel ini merupakan kata pengantar dalam buku terbaru Lutfi, DETIK UTOPIA.
Buku ini boleh dipesan melalui pos kepada Penerbitan Pemuda, DL32,  Jalan Mutiara,  Taman Bukit Ampang, 68000 Ampang, Selangor. Bayaran atas nama Ahmad Luqman Hakim b Ahmad Lutfi, atau bank-in akuan Maybank 162179670906 (emel lutfi_detik@yahoo.com) Harga termasuk bayaran pos RM28.00


Note: Ada maklumat tempahan buku didalam - PK


 Wang Derma Palestin Tidak Diserahkan
Posted on Friday, December 28 @ 12:41:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: amkns

"Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari mendesak agar dana Palestin sebanyak RM680,747.00 yang dipungut pada tahun 2009 oleh kerajaan Melaka diserahkan sepenuhnya kepada rakyat Palestin dengan segera."PAS Melaka kesal dengan tindakan kerajaan Melaka yang sehingga kini masih gagal meyerahkan dana berjumlah RM680,747 yang dipungut pada tahun 2009 kepada Palestin.


"Kita mendesak kerajaan negeri supaya meyerahkan dana tersebut dengan segera, perbuatan mereka menyimpan dana ini selama 3 tahun adalah perbuatan khianat" ujar Adly dalam blog peribadinya, Adly berkata laporan Ketua Audit Negara mendapati sejumlah RM680,747.00 telah berjaya dikumpulkan hasil dari sumbangan Jabatan/Agensi kerajaan dan orang awam. 
"Namun laporan itu mendapati bahawa wang tersebut tidak disalurkan kepada rakyat Palestin sehingga April 2011" "Saya berharap Ketua Menteri, Datuk Seri Ali Rustam memberi penjelasan terperinci terhadap perkara ini yang dikira amat memalukan negeri dan negara kita. 
Menurutnya Ketua Menteri mesti menjelaskan bila wang tersebut diserahkan kepada Rakyat Palestin kerana sehingga kini kita tidak mendapat maklumat sahih tentang perkara itu.
"Sekiranya wang itu telah disalurkan, kenapa ia mengambil masa yang sebegitu lama"? soal Adly. Adly berkata penjelasan Ketua Menteri adalah dituntut kerana ia melibatkan sumbangan orang ramai. 
"
 Benarkah dakwaan SAR tidak mendapat bantuan Kerajaan Negeri Kedah hatta 1 sen?
Posted on Thursday, December 27 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya


 

 Jangan fitnah isu batu nisan - Hj Malik Kassim
Posted on Friday, December 28 @ 10:06:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog Sharpshooter



KERAJAAN NEGERI PRIHATIN MASALAH PERKUBURAN ISLAM
Perkara membabitkan soal agama lebih-lebih lagi fitnah tidak sewajarnya dipolitikkan mana-mana pihak.  Ia bukan sahaja perbuatan keji yang boleh mencetuskan api perkauman, malah  boleh mendatangkan musibah lebih besar dalam sebuah negara berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia.  Menyedari hakikat itu, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang sentiasa melayani keperluan rakyat secara adil tanpa mengira bangsa dan agama.

KERAJAAN NEGERI PRIHATIN MASALAH PERKUBURAN ISLAM

Perkara membabitkan soal agama lebih-lebih lagi fitnah tidak sewajarnya dipolitikkan mana-mana pihak.  Ia bukan sahaja perbuatan keji yang boleh mencetuskan api perkauman, malah  boleh mendatangkan musibah lebih besar dalam sebuah negara berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia.  Menyedari hakikat itu, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang sentiasa melayani keperluan rakyat secara adil tanpa mengira bangsa dan agama.

Keperihatinan ini terbukti apabila kerajaan negeri berjaya menyelesaikan masalah kesesakan tanah perkuburan Islam Jelutong yang membelenggu umat Islam negeri ini sejak 13 tahun. Dengan peruntukan sebanyak RM20 juta, kerajaan negeri telah berjaya dalam pengambilan tanah untuk tujuan pembesaran tanah kubur tersebut.   

Namun ada pihak cuba menafikan kejayaan itu, dengan cuba memutarbelit isu tanah perkuburan Islam Kampung Boundry, Ayer Itam yang kononnya telah diceroboh oleh pemaju untuk projek perumahan. Golongan berkenaan cuba membangkitkan api kebencian kaum serta agama dan cuba menuding jari kepada kerajan negeri. 

Hakikatnya, siasatan pihak berkuasa mendapati tidak ada sebarang pencerobohan atau pelanggaran sempadan tanah perkuburan oleh pemaju.  Tembok yang dibina pemaju adalah di atas tapak asal pagar lama sempadan yang wujud sejak sekian lama.

Kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAIPP), Majlis Agama Islam (MAINPP), Jabatan Mufti, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan beberapa pihak berkuasa telah mengadakan pertemuan dengan pihak Pemaju, Qaryah Masjid,  JKKK dan waris pada 21 Disember lalu.
Difahamkan terdapat  batu nisan lama telah 'hilang' dipercayai akibat tanah mendap dan hakisan. Terdapat juga batu-batu nisan lama yang diletakkan di tepi pagar sejak bertahun lalu, dipercayai selepas diganti dengan batu-batu nisan baru oleh waris. (Disertakan foto bertarikh 22 Jun 2010 sebelum pemaju memulakan projek berkenaan pada tahun 2011 ).

Bagaimanapun, seorang waris mendakwa batu nisan keluarganya telah hilang, dan bercadang untuk menyelesaikannya melalui saluran perundangan, meskipun pemaju telah memohon maaf atas kesulitan yang berlaku serta bersedia menanggung tuntutan gantirugi daripada waris. 

Dalam masa yang sama kerajaan negeri akan bertindak  tegas kepada mana-mana pemaju dan kontraktor yang melanggari syarat pihak berkuasa terutama yang membabitkan kepentingan umat Islam,  berkaitan tanah wakaf, kubur atau masjid.     

Saya berkeyakinan isu berkenaan boleh diselesaikan secara baik melalui rundingan berhemah tanpa dipengaruhi oleh emosi keterlaluan dan termakan hasutan pihak tertentu yang berniat menangguk di air keruh bagi mensasikan isu tersebut.



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ 


 Israel : Masyarakat Antarabangsa Adalah "BODOH"
Posted on Friday, December 28 @ 09:59:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: halimislam

"

Menteri Tenaga dan Perairan Israel mengatakan bahawa kecaman masyarakat antarabangsa terhadap rancangan pembangunan ribuan unit pendatang haram di Wilayah Pendudukan Palestin "menunjukkan kebodohan mereka."

Uzi Landau mengatakan kepada The Times Israel hari Isnin (24/12/12) bahawa Tel Aviv akan menjaga rancangannya untuk memperluaskan unit penduduk di wilayah pendudukan termasuk Timur al-Quds (Jerusalem).

Landau menepis kecaman luas dari rancangan penempatan dan mengatakan rejim Israel akan mengabaikan kecaman dan bergerak maju dengan rencananya.

Pada tarikh 19 Disember Tel Aviv juga meluluskan pembinaan 2,600 unit pendatang baru, yang dirancang akan dibina di Givat Hamatos, sebuah desa yang terletak di selatan al-Quds.

Pada tarikh 3 Disember, Israel mengumumkan bahawa pihaknya merancang untuk membina 1,600 penempatan haram baru di Timur al-Quds. Sementara pada tarikh 30 November, Israel meluluskan rancangan untuk membina 3,000 unit lebih di Timur al-Quds dan Tebing Barat yang diduduki.

Banyak negara, termasuk beberapa sekutu Israel mengutuk rancangan Israel. Negara-negara anggota Majlis Keselamatan PBB, kecuali Amerika Syarikat, mengutuk rancangan Israel pada 19 Disember, dan menyeru penamatan segera rancangan penempatan tersebut.
Pada hari yang sama, Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon memberi amaran bahawa membina penempatan di wilayah-wilayah pendudukan akan menjadi "pukulan fatal (kecelakaan)" untuk perbincangan masa depan antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin. Lagi SINI
 
 MESIR: Islam menang...
Posted on Friday, December 28 @ 08:46:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: abanag

"petikan forumer : SaKaRaTuLMaUt

MABRUK RAKYAT MESIR...
Terkini dan bersejarah !!

Tahukah anda ?
Esok merupakan hari pertama seorang Presiden Mesir mengetuai negara tanpa kuasa perundangan,

Esok akan menjadi kali pertama hari pertama Presiden Mesir bersama Kerajaan tanpa kuasa perundangan(tidak memiliki kuasa mutlak).

Esok merupakan satu fasa dari beberapa fasa perpindahan kuasa baru buat negara Mesir dan ia berjalan dalam masa yang agak singkat.

Esok juga menyaksikan semua pindaan perlembagaan sebelum ini akan digugurkan.

Esok Mesir merupakan negara bertamadun yang diiktiraf dunia bahawa ia berdiri di atas pilihan rakyatnya hasil undi kepada perlembagaan yang baru.

Presiden Dr Muhammad Mursi telah mengotakan janji beliau dalam proses memasuki pintu sejarah yang lebih luas.

Dan esok Mesir menjadi sebuah negara Madaniah yang sumber perundangannya daripada syariat Islam yang Syumul. petikan forumer mod skuad peninjau:
Ternyata pihak sosialis tak berdaya menahan kemaraan suara kebangkitan Islam di mesir apabila hampir 2/3 suara rakyat menyokong perlembagaan baru mesir.

keputusan ini hampir2 menyamai keputusan pilihanraya untuk parlimen mesir yang lepas, yang mana suara majoriti 2/3 datang daripada Ikhwan dan parti salafi, annur.

Amr Moussa, Mohammad Al Barada'ie, Hashim subhi, dan ramai lagi pemimpin sekular terduduk melihat keputusan referendum. mereka menjangkakan ramainya orang mesir yang berhimpun di dataran tahrir akan diterjemah melalui peti undi,
rupanya majoriti senyap lebih mahu kepada kestabilan di bawah perlembagaan yang berteraskan syariah.

kawan amber yang duduk di iskandariah kata, dia tidak menjangkakan penduduk di situ mengundi 'ya' pada pilihanraya yang lepas selepas melihat ramai keluar ke jalanraya membantah.

 rangkaian ikhwan yang sangat tersusun, boleh mengembleng para kader dan penyokong2 untuk keluar mengundi beramai adalah satu perkara yang tak boleh ditandingi oleh pihak liberal/sekular mesir.

disebarkan melalui usrah, melalui sebaran mulut ke mulut oleh para pendukung, termasuk juga galakan pejuang ikhwan muda kepada ibu bapa mereka untuk menyokong referendum.

pihak liberal dan sekular hanya dapat menggunakan siaran tv swasta, radio swasta, dan akhbar yang cenderung kepada mereka untuk menyebarkan kempen dan idea mereka.
mereka lost touch dengan orang kebanyakan. puak2 ini agak kuat di bandar2 yang terlalu moden kehidupan dan juga bekas2 penyokong husni 'murabak' yang masih berbaki.

satu lagi medium ampuh bagi ikhwan, adalah mimbar2 masjid. Hampir kesemua masjid di mesir menyeru penduduk mesir supaya menyokong referendum ini. para ulama' juga rajin menyelitkan sedikit sebanyak dalam kuliah mereka, kepentingan menyokong referendum ini yang mana kata2 orang alim sangat berpengaruh di mesir, lebih2 lagi di bahagian rif(pedalaman), masjid adalah tempat sumber informasi."
 
 Penguatkuasa & Beberapa Agensi Turun Meroboh Kandang Ternakan: Adun Diminta
Posted on Friday, December 28 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh YB Dr Shafie Abu Bakar

Jam 10.00 pagi Adun menerima aduan dari saudara Ari Krishnan Ketua Antara Kaum BBB meminta Adun segera turun ke West Country bagi menyelesaikan ancaman meroboh kandang-kandang ternakan penduduk West Country. Adun terpaksa meninggalkan urusan tumpuan dan bergegas untuk ke West Country. Masalahnya hari ini hanya ada seorang tenaga pekerja di pejabat, kerana saudara Shahrum bercuti. Adun menghubungi saudara Amir Othman untuk menyertai Adun dan bertolak ke kawasan kandang lembu dan kambing yang dikatakan akan dirobohkan oleh pihak penguasa.


Ladang lembu dan kambing serta tanam-tanaman di pinggir West Country di tepi Sungai Langat telah lama diusahakan oleh penduduk India seusia umur West Country itu sendiri. Tanah memanjang tepi sungai lebih dari 10 ekar adalah tanah JPS dan diusaha secara ramai-ramai oleh penduduk India di sini, ada yang menggunakannya untuk ternakan lembu dan kambing (secara kandang) dan ada yang menanam tanam-tanam. Mereka membayar cukai penggunaan sementara tanah kepada Pejabat Tanah Hulu Langat. Ancaman mau mereka kosongkan bukan kali pertama, tetapi telah beberapa kali. Hari ini sekali lagi penternak/petani menghadapi ancaman mengosongkan tanah berkenaan.


Ketibaan Adun berdepan dengan pegawai-pegawai penguatkuasa dan beberapa agensi. Buldozor sedang meruntuhkan sebahagian bangunan. Adun segera minta dihentikan kerja meroboh dan mau jumpa Ketua Operasi. Mereka yang datang ialah:
  • 12 orang anggota penguatkuasa
  • 10 anggota MPKj
  • 03 orang Polis
  • 04 pegawai Veteriner
  • 08 pegawai dari Pejabat Daerah
  • 03 pegawai dari JKR.

Adun minta bertemu dengan ketua-ketua antaranya dengan En. Hasmir dari Pejabat Tanah, En. Zainuddin dari Veteriner dan En. Zulkifli dari bahagaian Penguatkuasa. Adun bertanya, mengapakah tindakam meroboh diambil ? Mereka menjawab, mereka menurut arahan. Bukankah ternakan dan tanaman di sini sudah lebih lima puluh tahun diusahakan dan tidak menimbulkan masalah ? Mereka tidak menjawab. Sebenarnya lokasi adalah jauh dari kawasan perumahan.

Adun meminta agar dihentikan perobohan. Encik Hasmir meminta masa untuk menghubungi pihak Ketua penguatkuasa. Sementara itu Adun dengan saudara Amir mengambil peluang menghubungi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan menghubungi juga YB Dr. Ya`akob Sapari Exco Pemodenan Pertanian, meminta agar perobohan ditarik balik.


Selepas 15 minit, jawapan diterima, ``Perobohan ditangguh untuk satu minggu dan penternak dikehendaki mengalih kandang ternakan yang terlampau dekat dengan aliran sungai yang bahan ammonia langsung disalurkan ke dalam sungai yang menjadi punca minuman. Sementara itu Adun juga menerima jawapan dari Pegawai di Pejabat Y.B. Dr. Yaakob Sapari – En. Husin yang pihaknya juga membuat penyelarasan dengan Pegawai Daerah, memberi tempoh seminggu untuk dipindah.

Adun merujuk kepada beberapa pemilik, terutama En. Batumalai yang paling banyak mengusahakan ternakan, iaitu 28 ekor lembu dan 30 ekor kambing bersedia untuk mengusahakan perpindahan dan menggunakan kolam tadahan agar najis dan bahan ammonia tidak disalurkan ke dalam sungai.

Adun difahamkan, tindakan yang dibuat kepada penternak-penternak di tepi sungai adalah tindakan menyeluruh di negeri Selangor. Pada hari ini giliran turun di Bangi dan menurut jadual esok di Sepang. Demikianlah dengan jadual-jadual di tempat lain.


Kesimpulannya pihak Penguatkuasa dan pegawai-pegawai yang turun menerima arahan menangguhkan perobohan dan Adun juga berunding dengan pihak saudara Ari dan penternak-penternak untuk mengadakan pertemuan bagi mengatasi masalah yang dihadapi penternak-penternak akibat dari arahan yang dikeluarkan. Catatan turut hadir Y.B. Johan dari Semenyih dan Ungku Saleh Ketua Pemuda Umno Selangor. Mereka lebih bersifat sebagai pemerhati.

Sekian.

Sumber: drshafie.blogspot.com
 
  Waris Ditahan, Pertahan Kubur Nenek Moyang Digali Tanpa Persetujuan
Posted on Friday, December 28 @ 05:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: Kapten Haji Hasnul Bin Ahmad
Nusajayakini



PENGERANG: Pada tengah hari 26hb Disember 2012, Gabungan NGO Pengerang (GNP) dimaklumkan bahawa seorang penduduk Pengerang, Yahaya Bin Abd Hamid, atau lebih dikenali sebagai Pak Yah, telah ditahan Polis.

Beberapa orang ahli GNP turut menghadiri di Balai Polis Sungai Rengit apabila dimaklum mengenai perkara ini. Pada lebih kurang 1 petang, Pak Yah disaksi berada di atas Kereta Polis, dan pegawai Polis memaklumkan kepada pihak kami bahawa dia akan dibawa ke IPD Kota Tinggi untuk siasatan selanjutnya.

Mengikut makluman yang diberi oleh Pegawai siasatan, Pihak Polis telah menerima aduan seorang kontraktor yang bertanggungjawab atas pengagihan perkuburan Islam, bahawa pada 25hb yang lalu, Pak Yah telah dikatakan membuat ugutan terhadapnya, di tanah perkuburan Islam di Kampung Punggai. Berdasarkan tuntutan tersebut, Pihak Polis menahan beliau.

Selepas itu, kami menghubungi En. Mat Bin Daud, atau lebih dikenali sebagai Pak Yusof, dimana beliau telah menemani Pak Yah pada ketika perihal yang di atas berlaku, Pak Yusof berkata ketika itu, Pak Yah memang mengadakan pertilingkahan dengan si pengadu diatas, akan tetapi tiada ugutan yang dibuat oleh Pak Yah.

Ketika itu, Pak Yah dengan lima orang rakan dari GNP sedang membuat pemerhatian terhadap kerja-kerja pengkuburan semula, dan kebetulan mendapati kubur neneknya dialih ke tapak perkuburan baru tanpa pengetahuan beliau, lalu beliau berasa sedih, dan ketika beliau ingin meninggalkan tapak perkuburan, pegawai catatan pengagih perkuburan menambilkan diri untuk bertanya berkenaan perkuburan baru, Pak Yah cuma berbalas "Ini kubur nenek saya,....mengapa kamu membuat demikian?.....bukankah cuma memindah kubur yang tiada waris?"

Menurut apa yang disaksikan oleh mereka, Pak Yusof dan rakan-rakannya telah pergi ke Balai Polis Sungai Rengit pada pukul 4 petang untuk membuat laporan polis .

Namun demikian, Pegawai polis enggan menerima laporan polis daripada mereka dan mencadang supaya hanya seorang dari kumpulan menwakili rakan-rakan yang lain untuk laporan polis. Pak Yusof stuju dengan candangan tersebut dan dalam laporan polis tersebut, beliau telah menyatakan bahawa beliau merupakan saksi dalam pertelingkahan di atas, dan masih jelas isi kandungan pertelingkahan Pak Yah dengan Pengagih Kubur tersebut.

Selepas Pak Yusof membuat laporan polis, kelima-lima orang ahli GNP bertolak ke IPD Kota Tinggi untuk mengetahui perkembangan lanjut. Apabila sampai ke IPD Kota Tinggi pada 5 petang, memerka tidak dapat menjumpai pegawai siasatan dalam kes ini dan terpaksa tunggu sehingga 8.15 malam. Pegawai siasatan mengambil kira-kira 3 jam untuk mencatat testimoni dari setiap penyaksi dalam insiden tersebut.

Kami dimaklumkan oleh pegawai polis bahawa Pak Yah sudah disiasat dibawah Seksyen 506 (ugutan jenayah) Kanun Keseksaan dan baliau akan ditahan sehingga hari esok.

Pada lebih kurang 10 pagi 27hb Disember 2012, Pak Yah telah dijamin oleh Ahli GNP, Yahya Bin Maspie dan telah dibebas.

Gabungan NGO Pengarang amat mengambil perhatian terhadap dua kes penangkapan berkenaan kubur nenek moyang diagih oleh Pihak Polis.

Dalam kes pertama yang berlaku pada 5hb bulan ini, seorang penduduk Kampung Sungai Kapal, En.Hong Lai Hock telah ditahan Polis selama 12 jam kerana disyaki membuat ugutan terhadap Kontraktor DIALOG, akan tetapi pada bulan Fabuari yang lepas En. Hong telah membuat laporan berkenaan Kubur neneknya digali tanpa pengetahuannya, sehingga kini tiada tindakan selanjutnya oleh Polis dalam perihal ini. Insiden semalam merupakan kes kedua. Gabungan NGO kami amat mempertikaikan perbuatan polis yang cuma mengambil tindakan terhadap pihak yang kubur nenek moyangnya yang digali, dan tiada tindakan terhadap pihak yang menggali kubur orang lain.

 

*Penulis merupakan Naib Presiden Gabungan NGO Pengerang.

Sumber

Isu tanah Sg Rotan Perak: YB Rosli Hussin jadi tikus hitam angkara Rafidah Aziz
Posted on Friday, December 28 @ 04:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Blog Orang ni

Kampung Sg Rotan,Trong Perak: 160 individu peneroka tanah dari pelbagai bangsa di ditipu UMNO sejak sekian lama.

Kisah bermula dari 1986 di-zaman Tan Sri Rafidah Aziz menjadi Ahli Parlimen Kuala Kangar (Sekarang Kg. Sg. Rotan dalam Parlimen Bukit Gantang).

Penduduk kampung telah ditabur janji Pilihanraya oleh UMNO konon akan memberi hak milik kepada individu yang membuka tanah yang dikatakan Tanah Hak Kerajaan Negeri di kampung tersebut.

Maka seramai 160 individu peneroka awal telah membanting tulang,memugar ,membuka tanah yang dijanjikan dengan keluasan 1 lot (3 ekar) setiap seorang.

Menurut sumber 160 peneroka ini telah pun mengajukan borang permohonan bagi memiliki hak tanah ini kepada Pejabat Tanah.

Setelah sekian lama tahun demi tahun, PRU demi PRU. Ungkapan "Kami akan beri geran " diulang-ulang oleh UMNO hingga sekarang.

UMNO Perak khusus-nya UMNO Bukit Gantang (Parlimen Sekarang) mengunakan tektik tabur janji di capati ini sejak sekian lama untuk menjerat pengundi di musim pilihanraya. Kejadian di Sungai Rotan ini menjadi contohnya.

Tapi sekarang perkara ini telah meletup dan terbongkar kerana beberapa orang UMNO BN sendiri mendedahkan segalanya.

Isu ini menjadi panas apabila hari ini satu kejadian yang mengemparnya berlaku, sebuah lot tanah di kampung Sg. Rotan telah dicerobohi sebuah jentera berat berantai bagi menolak dan membersihkan pokok-pokok (Getah dan Sebagainya) untuk ditanah semula oleh seorang individu bernama Mr Lee (Gambar dibawah: No-8) yang mendakwa lot tanah tersebut dibeli dari sebuah keluarga mantan Tok Sidang Kampung Padang Gajah dengan harga RM115 ribu.

Sedangkan lot tersebut diusahakan sekian lama dan dimohon oleh seorang individu lain sebelum ini.

Nah...!!! Sekarang sudah terbongkar..!!! Rupanya-rupanya selama ini Lot-Lot tanah yang dijanjikan akan diberi geran hak milik sudah pun dimiliki oleh individu lain.

Seramai 25 nama individu disahkan telah mendapat geran hak milik tanah diatas lakasi lot-lot tanah yang diusahakan oleh 160 peneroka asal.




No.9- Encik Rosli Bin Isa dikatakan bakal calon UMNO Bukit Gantang juga miliki tanah ini




Celaka..!!! celaka..!!! celaka..!!! itulah ungkapan yang sesuai untuk UMNO dalam kes ini. Tanpa diberi tahu dan secara senyap-senyap lot-lot tanah ini diberi kepada beberapa individu yang dikatakan kroni UMNO disini.

Kebanyakan individu yang berjaya memdapatkan geran hak milik tanah ini dikatakan orang luar dari Kampung Sungai Rotan. Haji Rosli Isa bakal calon UMNO bagi Parlimen Bukit Gantang pun ada dalam senarai pemilik tanah tersebut. Sedangkan anak jati Kampung Sg Rotan yang usahakan tanah ini seorang pun tidak menerima geran hak milik tanah hanya berputih mata saja.

Dimana YB Dato Rosli Hussin ADUN Terong merangkap Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang.? Seorang AJK MIC Bukit Gantang sendiri mengesahkan beliau ada menghububgi YB Rosli dan cuba menemui YB Rosli,namun amat sukar menemui YB Rosli bagi menceritakan permasaalah Kampung Sg Rotan ini.

YB Rosli Hussin dilihat menjadi tikus hitam dalam isu tanah Kampung Sg Rotan ini. Beliau terpaksa melarikan diri dari isu ini kerana yang mendajalkanya ialah rakan se-UMNO-nya juga iaitu Rafidah Aziz.


Sebahagian yang terlibat dalam isu ini mengadu kepada Pusat Khidmat Ahli Perlimen Bukit Gantang


Jentera ini yang mencetuskan pembongkaran segala isu tanah Sungai Rotan yang berkaitan dengan janji kosong UMNO. Jentera ini telah dibawa keluar dari lokasi atas bantahan individu yang membantah pencerobohan tanah yang telah mereka usahakan.


Wakil AJK MIC menunjuk-kan satu laporan Polis telah dibuat mengenai isu ini. Beliau banyak mendedahkan tektik kotor yang UMNO mainkan dalam isu tanah ini.

sumber: orangni.blogspot.com

Kantoi ! Rebat Telefon Pintar Dah jadi Rembat Untuk Kroni...?
Posted on Friday, December 28 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Blog Kedah Kini

Anda hanya boleh membeli telefon pintar 1malaysia pada harga itu!

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mendedahkan bahawa rebat RM200 smartphone yang diumumkan dalam Bajet 2013 adalah hanya untuk telefon pintar yang berharga di bawah RM500.

Rebat telefon untuk tolong syarikat kroni Umno, bukan anak muda
Syarat rebat telefon pintar bernilai bawah RM500 menunjukkan Datuk Seri Najib Razak bukan mahu membantu anak muda sebaliknya mahu mengkayakan kroni yang terlibat dalam syarikat komunikasi.

“Ini bukan mahu tolong anak muda tapi nak tolong kroni syarikat telekomunikasi. Mereka yang akan dapat faedah. Pasti banyak untung daripada rebat ini.

“Kalau syarat macam ini, siapa anak muda yang hendak beli telefon pintar sedangkan harganya ribuan ringgit, bukan RM500,” kata Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon.

Perdana Menteri ketika membentang Bajet 2013 pada 28 September lalu, mengumumkan pemberian rebat RM200 pembelian telefon pintar kepada belia berusia antara 21 hingga 30 tahun.

Ia terbongkar selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam laman webnya, menyatakan itu hanya untuk telefon pintar yang berharga maksimum RM500 sebelum kenyataan berkenaan dipadam hari ini.

Khai Loon juga menyifatkan kerajaan Umno BN tidak ikhlas memberi rebat RM200 itu berikutan mereka mengenakan ketat yang tidak masuk akal.

“Syaratnya tidak ikhlas. Langsung tidak bertepatan dengan keadaan semasa. Sekarang telefon pintar mahal, mana ada harga RM500? Nampaknya, rebat itu hanya gimik kerajaan Umno BN, bukan serius mahu tolong orang muda,” katanya.

Justeru, beliau menyarankan kerajaan supaya bertindak lebih ‘pintar’ dengan melebar saluran internet percuma.

“Lebih baik internet dinaik taraf dengan menambah jalur lebar internet setiap kawasan,” katanya.

SKMM telah menerbitkan kriteria berikut dalam laman webnya:

- Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun.

- Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah.

- Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500.

- Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baru.

- Hanya satu telefon pintar untuk seorang belia.


Menurut notis yang disiarkan semalam, program rebat di bawah Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) telah diperuntukkan sejumlah RM300 juta oleh kerajaan yang akan memberi manfaat kepada 1.5 juta belia, lapor Malaysiakini.

Permohonan untuk rebat adalah terbuka dari 1 Januari hingga 31 Disember 2013 dan para belia yang berminat boleh memohon melalui lamanweb SKMM

Sumber: pkrl.blogspot.com
 
 Kelibat Terkini Nur Amalina
Posted on Friday, December 28 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: laniismaa

"Nur Amalina, pelajar cemerlang 17A1 serta penerima Anugerah Maulidur Rasul 1426H/2005 pernah menjadi kontroversi sebelum ini [SINI].

Kini pelajar tahun akhir jurusan perubatan di Universiti Edinburgh, Scotland pertama kali tampil bersama rambur ‘kaler’ dan meluangkan masa kira-kira dua jam berkongsi pengalaman serta tips belajar bersama pelajar Kolej Perubatan Di Raja Perak Universiti Kuala Lumpur (UniKL RCMP) 25 Disember lalu.

NurAmalina

“InsyaALLAH pada satu hari saya akan pulang ke Malaysia dan berkongsi ilmu kepada anak tempatan yang bercita-cita untuk menjadi doktor,” kata Nur Amalina kepada Sinar Harian.

“Ini merupakan kali pertama saya adakan sesi interaksi bersama mahasiswa di negara ini selepas lapan tahun melanjurkan pelajaran di luar negara.

“Tujuan utama saya pulang ke Malaysia adalah untuk memperbaharui visa pelajar. Kebetulan, Pengerusi UniKL RMCP, Datuk Dr Adham Baba tawarkan saya mengadakan sesi ini,” katanya.

Gambar Nur Amalina dan ibunya, Sabariah Hassan bersama pelajar dan pensyarah UniKL RCMP serta bagaimana Arash Mohdbantai Zed Zaidi di FB [SINI].

EkELEH.COM"

Benteng Empangan Paya Peda dipecah, punca banjir teruk
Posted on Friday, December 28 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: mohdnoorawang

"Kerajaan Barisan Nasional (BN), UMNO Terengganu dan menteri besar Dato"Sri Haji Ahmad Said bertindak tidak cerdik (bodoh) kerana tidak menghebohkan atau memberi amaran awal kepada rakyat seluruh Terengganu dalam kes memecahkan bentang tahan air di Empangan Paya Peda Besut Terengganu.

Tindakan memecahkan benteng Empangan Peda mengakibatkan banjir besar disekitar kawasan Hulu Besut dan sebahagian besar daerah Kemaman. Timbul tandatanya mengapa kerajaan UMNO Terengganu khasnya Ahmad Said tidak memberi amaran awal kepada penduduk dikawasan yang berkenaan tindakan memecahkan bentang Empangan Paya Peda.

Untuk rekod kerajaan UMNO Terengganu mempunyai radio sendiri "Manis FM yang dibeli dengan harga RM7 juta. atau Radia manis FM juga dikenali radio Mat Said. Untuk pengentahuan umum pembelian radia manisi fm penuh dengan rasuah dan penipuan.

Disamping juga Terengganu ada RTM dan saluran TV1 samapi Tv10? mengapa tidak menggunakan saluran tersebut membuat hebohan lebih awal keoada rakyat Terengganu sebelum memecahkan benteng Empangan Paya Peda Besut?.

Mungkin satu tindakan sabotaj untuk mendapat simpati kerajaan BN pusat dan BN/UMNO Terengganu sebelum menghadapi PRU13. Kononnya pemimpin dan kerajaan UMNO Terengganu sayang dan janji ditepati.

Ahmad Said sekadar memberi ucapan dalam media tv dan akhbar milik kerajaan kerajaan terpaksa memecahkan benteng Empangan Paya Peda Besut kerana hujan diluar jangka. Jawapan UPSR.

Kita agak sangsi mengapa tiada maklumat dari pehak yang membina empangan termasuk jururunding empangan dalam masa dua hari hujan tanpa henti?...... mungkin ada sabotaj kerajaan UMNO dan Ahmad Said agar wajah pemimpin UMNO yang korup sentiasa berada dihati rakyat dalam mengahdapi banjir yang direka olehnya."
 
 Sedih, ramai pemuda Melayu tak sayang bangsa sendiri
Posted on Friday, December 28 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: rozmal

"Tak kenal maka tak cinta, mudah saja. Tak kenal Islam, maka tak cinta Islam. Tak kenal Allah, maka tak cinta Allah. Tak kenal bangsa sendiri, kalau orang Melayu, tak cinta bangsa sendiri. Untuk orang Negeri Sembilan pula, khususnya orang Rembau, kalau tak kenal suku, maknanya tak cinta bangsa dan tanahair sendiri.


Lepas solat Maghrib sebentar tadi di Masjid Kg Bongek yang imamny anak almarhum Tuan Guru Hj Mohd Yatim (ulama terkenal di daerah Rembau), saya singgah di satu-satunya gerai burger di pekan Chengkau.

Peniaga burger tadi namanya gelarannya Aboi atau Botak, asal Mampong, kini menetap di RR Chengkau. Seorang pemuda yang sentiasa tersenyum kalau ditegur, burgernya pun sedap dengan harga yang telalu amat berpatutan. Kemudian ada pula seorang pemuda yang memakai t-shirt merah berlogokan Umno, Syafiq namanya dari Nerasau yang menemankan Aboi.

Sah dua-dua pemuda ini orang Rembau. Saya tanyalah kedua-dua pemuda tadi mereka dari suku mana. Mereka kata tak tahu, dan tak pernah ambil tahu.

Lalu saya ceritakanlah kepada mereka sejarah Rembau, Undang Rembau dan suku-suku di Rembau. Saya ceritakan kepada mereka tentera penjajah Portugis amat takut bertempur dengan tentera Rembau. Sultan Melaka yang terakhir juga mengambil perlindungan di Rembau selepas kejatuhan Melaka. Kemudian saya ceritakan pula antara Undang Rembau yang paling hebat ialah Undang Dato Abdullah, yang pemikiran Dato Abdullah ini masih tidak dapat ditandingi di era moden ini. Dato Abdullah telah mendirikan sekolah perempuan yang pertama di Kg Tanjung pada tahun 1928.

Undang Rembau jugalah dengan sahabat karibnya Sir Raja Chulan dengan Yamtuan dan Sultan Perak telah menubuhkan Askar Melayu.

Tercengang kedua-dua pemuda tadi yang tidak pernah didengarkan mengenai sejarah Rembau sebelum ini.

Lalu pemuda tadi kata, karang balik rumah nanti nak tanya emak dia , dia suku apa. Bangga sungguh mereka bahawa orang Rembau ini tidak kurang hebatnya di mata glokal.

Antara uniknya adat Rembau ini ialah ianya menghidupkan sunnah Nabi yang tidak terdapat pada bangsa lain, iaitu mengekalkan nasab ibu, sepertimana nasab cucu Nabi saw , Saidina Hasan dan Husin melalui ibunya Saidatina Fatimah ra.

Jangan malu mengaku orang Rembau dan jangan merendahkan bangsa lain."
 
 BN & cita-cita 2/3.
Posted on Thursday, December 27 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh newkk

Pilihanraya ke 13 akan menyaksikan pertembungan agenda yang memikat diantara kerajaan BN dan parti pembangkang iaitu PR. Ini dapat dilihat dalam percaturan startegi parti-parti politik yang akan mengambil bahagian dalam pilihanraya umum kelak.

Pihak BN akan mengerakkan jentera partinya dengan berlandaskan kepada empat perkara penting yang menjadi idaman. iaitu menang 2/3 mejoriti kerusi parlimen, menawan kembali empat negeri yang diperintah parti PR dan menambah undi mejoriti.

Manakala PR berminat untuk menawan PUTRAJAYA. menambahkan bilangan ahli perlimen dan menambah bilangan negeri untuk dimiliki oleh PR seperti Negeri Sembilan dan Sabah disamping mengekalkan negeri Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

Hasrat kedua-dua pihak BN dan PR ada alasan yang menasabah dan masih menjadi perhitungan dikalangan pengundi yang tidak tegar. Adalah didapati kedua-dua pihak telah dapat meyakini 80% pengundi bagi memberi sokongan kepada parti masing-masing, sebagaimana didapati 40% akan memberi sokongan kepada BN dan 40% akan memberi sokongan .kepada PR

Rata-rata rakyat Malaysia hari ini memberi pendapat, bahawa keputusan PRU13 nanti adalah sangat sengit dan tidak akan berlaku kemenangan yang totol akan diperolehi oleh BN atau pun PR walaupun BN dan PR mengatur startegi yang lebih lasak untuk mencapai kemenagan yang mutlak.

BN merancang untuk tambah 25 kerusi lagi iaitu untuk menang dan ambil kembali yang telah ditawan oleh PR pada pilihanraya 2008 lalu untuk mencapai impian mendapat 2/3 mejoriti sedangkan gerakan yang dilakukan oleh PR kini untuk ke PUTRAJAYA hampir tercapai.

Idamana BN untuk menambah kerusi Parlimen juga ada resionalnya sekira BN dapat pertahankan kerusi yang telah dimenangi kini dengan menukar calun-calun yang dilihat sudah tidak relevan dan menjadi penyakit kepada BN, begitu juga dengan PR.

Persoalannya mampukah PR mempertahankan kerusi Perlimen yang sedia ada, kerana sebelum ini pun PR tidak mampu untuk menghalang ahli Perlimen yang menang atas tiket PR terus kekal menyokng PR tapi apa yang terjadi beberapa orang yang dulunya menang atas tiket PR tapi lari meninggalkan PR dengan wajah yang dayus. Sedangkan dalam BN tidak berlaku.

Tambahan pula kini nampak jelas, PR masih tebal memegang prinsip setiakawan untuk pembahagian kerusi yang mana tidak akan ada pertukaran kerusi walaupun kerusi itu dilihat akan kalah. Bagaimana akan ke PUTRAJAYA apabila kerusi yang telah dimenangi pada tahun 2008 tapi akan menerima kekalahan pada PRU 13 sedangkan untuk menambah 32 kerusi bukan kerja yang mudah bagi PR ke PUTRAJAYA.

Disinilah kelebihan yang ada pada BN untuk percaturan politik terkini walaupun nampak jelas rakyat sedang menolak kerajaan BN tapi kepimpinan BN masih berusaha dan mahu mendengar rintihan rakyat dan sanggup korbankan keputusan yang dicapai terdahulu demi menentukan semua kerusi dapat dimenanginya. lain pula dengan PR.

PR masih buntu bagi mempastikan supaya kerusi yang telah dimenangi akan terus kekal menang, masing-masing parti dalam PR bermegah untuk bertanding banyak kerusi dan mengekalkan pengagihan dulu walaupun sudah jelas kerusi tersebut susah untuk menang sekiranya tidak berlaku pertukaran parti yang bertanding.

Kekalahan BN dalam PRU 13 nanti bukan kerana salah startegi tapi kerana rakyat sudah muak dan mahu mencuba kerajaan baru dibawah PR sebab perlembagaan Malaysia membenarkan rakyat memilih pembentukan kerajaan selama 5 tahun sekali, sekiranya janji-janji kerajaan PR tidak ditepati rakyat tentunya akan menukar kerajaan pada pilihanraya yang ke 14 dijangka tahun 2018 iaitu dua tahun sebelum berakhirnya wawasan 2020.

Skiranya PR gagal menang bagi membentuk kerajaan pada pilihanraya nanti, itu tandanya bukan rakyat tidak mahu pada PR tapi rakyat menolak PR kerana kedegilan para pemimpin PR dan tidak mampu mengantur startegi kerana lebih kepada menjaga diri sendiri dari mengambil risiko untuk mencapai kemenangan.

PR sepatutnya memikirkan cita-cita ke PUTRAJAYA kerana masanya dah hampir tiba. Biar bertanding sedikit kerusi tapi menang semua daripada bertanding banyak kerusi tapi banyak yang kalah. Dalam arus perjuangan yang maha getir ini adalah diingatkan kepada mereka-mereka yang berminat jadi jaguh jangan amalkan keputusan yang berlandaskan mahu popular tapi buatlah keputusan yang tidak populor tapi mencapai kejayaan. Ertinya jangan 'agah dan jangan kedekut'.

Tentunya menjelang PRU13, apabila parlimen dibubarkan watak-watak syaitan akan memenohi pentas-pentas ceramah BN bagi menghalang PR dari terus mara ke PUTRAJAYA. Gambar-gambar yang diposting ini adalah diantara mereka yang akan diperalatkan untuk mematah kemaraan PR.

Sumber: newkk.blogspot.com

Banjir di Kemaman:Mangsa dibiarkan meredah air tanpa bantuan kerajaan
Posted on Thursday, December 27 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh: senik

"Assalamualaikum,..
Pasa pertama banjir di Kemaman menyaksikan mangsa dibiarkan meredah air bersama sama barang barnag keperluan dan anak kecil.Ada mangsa yang terpaksa meredah sejauh 5-6 km untuk ke pusat pemindahan dan ada mangsa yang hanya mendapat bantuan dari penduduk yang prihatin serta mempunyai kemudahan yang memberi bantuan secara sukarela.Di mana pertahan awam?Di mana Bomba dan penyelamat?Di mana MPK?Di mana askar wataniah?Di mana Rela?Di mana JKK?

Mangsa juga terpaksa terkapai kapai untuk mencari pusat perlindungan,malah ada mangsa yang diminta pergi ke pusat pusat pemindahan tertentu dan di minta mendaftar di pusat itu untuk mendapat bantuan RM500.00, tetapi mangsa tidak diberitahu tentang bantuan pemindahan yang disediakan oleh bilik gerakan banjir yang kononnya telah ditubahkan.Akibatnya mangsa terpaksa meredah air yang ada sehingga separas pinggang dan sejauh 5-6km(anggaran penulis), ada yang mendokong anak kecil. ada yang memimpin anak kecil dan mengambil risiko tanpa adanya sebarang bantuan.Itulah senario yang dapat dilihat sepanjang hari sehingga malam dan sehingga selepas hampir semua mangsa berpindah.Di sinilah baru kelihatan adanya  bot bot diangkut ke tempat banjir dan bermulalah pasa kedua.Dan kelihatanlah bot bot meronda mencari mangsa yang sudah berpindah.Berlegarlah bot sampai pagi.
Pasa ketiga muncul keesokan harinya apabila Yidin dilapurkan datang ke Kemaman.maka berlegar legarlah helikopter dari pagi sampai petang menghabiskan duit rakyat.Penulis ialah antara salah seorang mangsa banjir yang turut meredah air bersama keluarga sepanjang lebih 1/2KM.Sepanjang hari penulis tidka melihat wajah Yidin, cuma sekadar melihat beberapa orang polis trafik dan askar wataniah atau rela di tepi jalan yang penulis percaya mengiringi Yidin, tetapi di mana Yidin?helikopter kelihatan berlegar rendah sehingga ke petang dan penulis percaya Yidin ada di dalam helikopter itu.Seorang rakan penulis berbangsa cina menyifatkan Yidin sebagai ULAR BESAR yang mesti dibunuh segera.
Paling menghairankan, balai bomba Kemaman terletak di kawasan yang dilanda banjir yang agak teruk.Kalau bomba mahu mengeluarkan botnya tak perlu mengangkutnya dengan jip, terus boleh mengeluarkan botnya kerana air yang seperti sungai di depan pejabatnya tetapi tidak sebuahpun bot bomba dan kakitangan bomba kelihatan di pasa pertama.
Yang ada cuma beberapa buah lori MPK dan beberapa jip Flying melawok(squad)nya kelihata meronda di pasa pertama tetapi bukan untuk memberi bantuan, tetapi di pasa ketiga kelihatan pelawok(squad) penyayang menaiki lori MPK kononnya melawat dan memberi bantuan kepada mangsa banjir.
Pusat pusat pemindahan pula jauh dari mencukupi.Mangsa yang berada di pusat mungkin tidak sampai 50% kerana ada mangsa yang tinggal bersama saudara mara dan ada mangsa yang diberitakan tinggal di hotel.Kerajaan hanya berbangga dengan bantuan RM500.00 itu sahaja,sementara bantuan yang lebih diperlukan mangsa tidak diberi perhatian.penulis yakin malam ini Berita TV 3 suku dan TV lain termasuk TV hijrah akan menyiarkan klentong yidin dan esok utusex,berita hairan dan lain lain akhbar pengampu akan turut berbuat sama.
Sekian lapuran Penulis mengenai pasa pasa banjir di Kemaman yang sedanga memasuki pasa tiga, bukan pasa pasa perlaksanaan hudud.

 
Warga Internet perolok kriteria telefon pintar RM500
Posted on Thursday, December 27 @ 20:42:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh M'kini

Pengumuman Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bahawa rebat RM200 hanya boleh digunakan untuk telefon pintar berharga RM500 ke bawah mengundang gelombang kritikan di ruang maya.

SKMM semalam mengumumkan dilamanwebnya lima kriteria untuk mendapat rebat RM200 itu, termasuklah harga siling telefon pintar sebanyak RM500.


NONESeorang penulis blog, Pradeesh menyuarakan kebimbangannya
dalam blognya bahawa harga RM500 untuk telefon pintar terlalu "murah dan lemah" dan harga silingnya perlu dinaikkan kepada RM1,000.

Beliau merungut bahawa telefon dengan harga sedemikian kebanyakannya adalah versi lapuk Android dengan skrin sentuh yang kurang memuaskan.

Pradeesh mencadangkan agar Malaysia menghasilkan telefon pintarnya sendiri yang khusus untuk program rebat itu dengan usahasama dengan pengeluar telefon.
Ruang Twitter Malaysia yang dikenali dengan jolokan Twitterjaya turut sarat dengan kritikan dan jenaka terhadap had harga RM500 itu - menggunakan tanda pagar #1MalaysiaPhone dan #PakejKomunikasiBelia.

Luqman the Human misalnya berkata, "Telefon 1Malaysia Phone akan dilengkapi applikasi istimewa membolehkan anda menampal gambar Najib dan Rosmah ke atas gambar anda untuk kelihatan lebih cool".

Muhd Shafiq Hassim pula berkata, "Nada dering: Lagu Umno. Gambar penghias skrin: Gambar Najib. Warna pilihan pula merah, biru, kuning dan putih sahaja".

Syed Azral Salim pula berkata, "Telefon 1Malaysia akan disahkan halal oleh Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)".

 Akhbar tiada ‘masa lebih’ untuk semak kebenaran, kata peguam Utusan
Posted on Thursday, December 27 @ 20:35:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Ida Lim dan Toh Chin Hong

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Peguam Utusan Malaysia Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa akhbar berbahasa Melayu itu “tidak mempunyai masa yang lebih” untuk menyemak kebenaran laporan, apabila melihat kepentingan laporan tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Januari lalu.

Firoz membuat penerangan tersebut dalam kes saman Anwar (gambar) terhadap akhbar tersebut pada Januari lalu bahawa menuduh beliau menyokong pergerakan gay, dan mendakwa beliau berkata demikian dalam temuramah di televisyen British Broadcasting Corporation (BBC) awal tahun ini.


Firoz berkata berita mempunyai “jangka hayat yang pendek,” berkata televisyen dan radio mungkin akan membawa berita sama.
“Jika akhbar perlu menyemak proses untuk memastikan kebenaran secara teliti, mereka sudi untuk melaporkan pada keesokan hari,” kata Firoz.
Firoz mengatakan bahawa media tidak mempunyai “masa lebih” untuk menyemak kesahihan “fakta” dalam setiap berita yang disiarkan, dengan berkata “tidak ada apa yang dapat disiarkan” jika melakukan sedemikian.
Tetapi peguam Anwar N Surendran mengatakan walaupun “berita penting” dan “tidak boleh basi” tidak bermakna “akhbar boleh melaporkan kenyataan yang salah.”
Surendran mengatakan Utusan Malaysia tidak bertanya pada Anwar tentang komennya sebelum meletakkannya di dalam akhbar mereka.
Firoz turut berkata laporan Utusan terhadap bekas ahli PAS, Datuk Dr Hasan Ali adalah “salinan yang tidak menyebelahi mana-mana pihak tanpa sebarang penambahan”.
“Orang ramai perlu tahu apa pandangan beliau (Hasan), dia seorang ahli politik. Tidak ada apa yang peribadi di sini.”
Firoz berkata Utusan harus mempunyai hak untuk mempertahankan laporan tersebut, kerana menyiarkan “laporan secara verbatim” terhadap apa yang dikatakan Hasan.
Beliau mempertahankan akhbar tersebut dengan berkata Utusan mempunyai “tugas untuk menyiarkan isu yang melibatkan orang awam,” seperti undang-undang dan pandangan ahli politik mengenai isu ini.
Tetapi Surendran mendakwa terdapat unsur-unsur fitnah, dimana kedua-dua ketua pengarang dan ketua pengarang berita telah gagal memberitahu jawapan sebenar dalam sesi soal jawab sebelum ini samada laporan itu adalah benar atau tidak.
Pada 23 Oktober, ketua pengarang berita Zulkiflee Bakar memberitahu mahkamah beliau “tidak pasti” sama ada laporan itu benar atau tidak, dengan berkata Utusan hanya menyiarkan berdasarkan “salinan penuh” yang tidak diubah berkenaan dengan kenyataan Hasan.
Surendran bertanya jika Zulkiflee bersetuju terdapat “elemen benar, atau mungkin tidak benar”, dimana Zulkiflee menjawab kedua-duanya sekali.
Zulkiflee turut memberitahu Firoz bahawa laporan tersebut berdasarkan kenyataan Hasan, dan Hasan seharusnya mengetahui bahawa kenyataan itu benar atau tidak.
Hari ini, Surendran mendakwa bahawa ketua pengarang Datuk Abdul Aziz Ishak “cuba mengelak” dan “tidak yakin” apabila ditanya pada 13 Ogos sama ada berita tersebut adalah benar.
Anwar pada Januari lalu memfailkan saman malu berjumlah RM50 juta dan injuksi untuk menghalang Utusan Malaysia dan ketua pengarangnya dari meneruskan laporan berita tentang beliau menyokong pergerakan hak asasi gay.
Pada sesi pendengaran pada 18 Julai, Anwar memberitahu mahkamah bahawa “sudah menjadi pengetahuan orang ramai” bahawa Utusan Malaysia adalah akhbar yang dimiliki Umno dan menerima arahan dari presiden parti.
Anwar bersetuju bahawa homoseksual perlu ditentang untuk melindungi kesucian perkahwinan, tetapi memberi pandangan bahawa undang-undang yang ada sekarang perlu dilihat semula bagi mengelakkan orang yang tidak bersalah dari dihukum.
Awal tahun ini, Anwar didapati tidak bersalah terhadap dakwaan meliwat bekas pembantu lelakinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, apabila Mahkamah Tinggi mendapati dakwaan tersebut tidak cukup untuk membuktikan Anwar meliwat Saiful.
Selepas beberapa hari Anwar dibebaskan, akhbar Utusan Malaysia menyiarkan berita bertajuk “Anwar ulas isu gay”, mendakwa pemimpin de-facto Pakatan Rakyat (PR) memberitahu BBC bahawa undang-undang terhadap homoseksualiti di Malaysia sudah “lapuk” dan “tidak relevan”.
Dalam dua artikel yang disiarkan Utusan Malaysia, Hasan melaporkan merujuk kepada temubual BBC apabila menghentam Anwar kerana menuduh beliau bersetuju homoseksualiti harus dibenarkan dalam negara ini.
Hakim Mahkamah Tinggi VT Singham berkata kedua pihak perlu menyampaikan keterangan mereka hari ini dan akan membuat keputusan pada 21 Januari tahun hadapan. - Malaysiainsider

Menyusuri minda pemimpin ( Bahagian 1 )
Posted on Thursday, December 27 @ 20:30:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: setisab

"tunku abdul rahman merdeka merdeka merdeka

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !!!, laungan Tunku Abdul Rahman diikuti rakyat berbilang bangsa pada malam 31 Ogos 1957. Siapa yang merdeka?, tiada siapa yang ambil kira. Apa yang nyata, British dengan rasminya meninggalkan Tanah Melayu dan mengizinkan rakyat Malaya untuk mentadbir negaranya sendiri.

Maka banggalah rakyat Malaya ketika itu, malah bertambah bangga pabila Sabah, Sarawak dan Singapura, pada 16hb September 1963 turut sertai Malaya untuk membentuk sebuah negara merdeka dipanggil Malaysia.

Seperti lazimnya, maju setapak, Melayu bersorak; mundur sebatu, Melayu membisu!!! Tanggal 9hb Ogos 1965, Singapura meloloskan negerinya keluar dari Malaysia untuk membentuk sebuah negara republik, Melayu tertipu dan semua pemimpin Umno terus membisu!


Walau seribu satu alasan diberikan, sejarah telah membukti; dalam perbincangan diplomatik tahap tertinggi, antara Melayu Umno dan Cina, Melayu Umno tewas!

Pemimpin Umno kerap menyatakan; yang tinggal pada Melayu hanyalah kuasa politik! Haha... perbincangan pengurusan antara negara adalah wacana politik, dan mereka tewas dalam perundingan isu Singapura. Apakah mereka masih menyangka mereka bijak dalam susun tutur helah bicara warna politik?

Sejak tarikh itu, Singapura menjadi sejarah hitam dalam sejarah politik negara. Sejarah hitam itu berulang lagi di sini dalam derita terpendam.

Pasca 9 Ogos 1965, negara Malaysia yang kaya raya dengan hasil buminya terus ditadbir urus oleh Melayu Umno bersama rakan-rakan mereka dalam perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional sehingga kini.

Pra pilihan raya umum ke-13, kita, rakyat Malaysia wajar mendiskusikan sejauh manakah ketelusan, kejujuran, keikhlasan, kebijaksanaan dan keberkesanan urus tadbir para pemimpin Melayu Umno terhadap amanah yang mereka sendiri berebut untuk menggalasnya.

InsyaAllah, bicara minda ini akan disambung sekiranya esok parlimen masih belum dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13. - http://kerajaanrakyat.blogspot.com/2012/12/menyusuri-minda-pemimpin-bahagian-1.html

Kerajaan Rakyat."


Tiada ulasan:

Catat Ulasan