Selasa, 25 Disember 2012

DAH YAKIN....DAH BANYAK PENYOKONG...DAH NAIK SOKONGAN DAN MACAM2LAH...APA LAGI UMUMKAN PRU13...ASYIK SEMBANG JE LEBIH...BODEK JE LEBIH

Bandar Kuantan lumpuh dilanda banjir kilat
5:49PM Dis 24 2012  
Beberapa kawasan di sekitar bandar Kuantan hari ini dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat yang berlarutan sejak malam semalam.

Kejadian itu juga menyebabkan beberapa jalan utama di pusat bandar mengalami kesesakan lalulintas setelah jalan raya dinaiki air sedalam 1.5 meter.
  
NONEAntara jalan yang ditenggelami air setakat pukul 3 petang ini ialah Jalan Tun Ismail Satu, Jalan Beserah, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Abd Aziz, Jalan Mahkota, Jalan Bukit Ubi, Jalan Air Putih, Jalan Pasar dan Terminal Makmur.
  
Tinjauan Bernama di beberapa kawasan sekitar pusat bandar mendapati banyak kenderaan yang terkandas di jalan raya dan beberapa premis serta pusat beli-belah utama terpaksa menutup perniagaan akibat situasi yang tidak terduga itu.
  
Di kawasan Air Putih dan Semambu, orang ramai mula meninggalkan rumah masing-masing seawal pukul 10 pagi dan menyelamatkan barangan keperluan utama setelah paras air sebatang anak sungai di Kuantan melimpah dan naik sehingga 1 meter.

NONETinjauan juga mendapati beberapa taman perumahan iaitu di Sungai Isap, Taman LKNP, Bukit Setongkol, Taman Perumahan Transit Quarters dan Taman Teratai turut ditenggelami air antara 0.1 meter dan satu meter.
  
Sementara itu di Jerantut, polis menasihati 10,000 penduduk yang tinggal di kawasan rendah sepanjang Sungai Tembeling dan Sungai Pahang di daerah itu supaya berpindah segera jika paras air kedua-dua sungai naik.
  
Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Azid Ismail berkata keadaan cuaca yang tidak menentu dengan hujan setiap petang sejak tiga hari lalu boleh menyebabkan air Sungai Tembeling dan Sungai Pahang naik bila-bila masa.
  
Bercakap kepada Bernama hari ini, beliau turut menasihati 50 pengusaha bot pelancong ke Taman Negara supaya menghentikan segera perkhidmatan jika paras air Sungai Tembeling naik.
  
NONEIni, katanya sebagai langkah berjaga-jaga dan bagi mengutamakan
keselamatan penumpang.
Sementara itu, Kuantan hari ini lumpuh akibat banjir teruk yang disifatkan penduduknya paling teruk sejak empat dekad lalu.
Ia dilaporkan bermula sebelum tengah hari tadi selepas hujan selama lebih 10 jam. China Press menyifatkannya sebagai banjir paling teruk melanda Kuantan sejak 1971.

Menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Pahang, 14 simpang jalan utama di Kuantan ditenggelami air setinggi kira-kira 1 meter pada jam 11 pagi tadi.

"Operasi menyelamat masih lagi berlangsung," kata seorang petugas di pusat kawalan itu sambil menambah air telah mula surut secara perlahan-lahan.

Menurutnya, petugas-petugas banjir sedang memantau paras air di Sungai Galing dan Sungai Isap dan kenyataan rasmi mengenai perkembangan terkini bencana itu bakal diketahui jam 8 malam nanti.
Beribu-ribu orang dipercayai terjejas akibat banjir tersebut dan gambar-gambar kenderaan tersadai akibat banjir itu sudah mula dikongsi dengan pantas di laman media sosial.

Seorang penduduk Kuantan, Hasnul Hisham memberitahu Malaysiakini bahawa Jalan Beserah adalah paling teruk terkesan akibat banjir itu.

"Air Sungai Galing melimpah keluar dan tembok penahan di Sekolah Kebangsaan Galing juga telah pecah," kata Hasnul.
Amaran hujan lebat di K'tan, T'ganu dan Pahang
 
Penduduk di beberapa daerah di Kelantan, Terengganu dan Pahang dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga ekoran amaran hujan lebat peringkat jingga yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) hari ini.    
Menurut JMM hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat di beberapa jajahan di Kelantan seperti, Tumpat, Pasir Mas, Machang, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh erta di beberapa daerah di Terengganu seperti Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman, dijangka berterusan sehingga esok.
  
Keadaan itu akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah, kata JMM dalam kenyataan.
  
Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat di Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang juga dijangka berterusan sehingga Rabu ini dan keadaan itu akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.
  
Dalam pada itu, JMM turut mengeluarkan nasihat hujan lebat peringkat kuning di beberapa kawasan di Pahang seperti daerah Jerantut, Maran dan Bera serta beberapa daerah di Johor seperti Mersing dan Kota Tinggi yang dijangka akan mengalami hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana sehingga Rabu ini.
  
Keadaan itu juga boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah, menurut kenyataan itu.
  
Portal JMM pula menyatakan beberapa kawasan di Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Putrajaya, Selangor dan Wilayah Persekutuan dijangka mengalami ribut petir pada sebelah petang manakala hujan sementara dijangka berlaku di Kudat dan Tawau, Sabah.
  
Amaran peringkat kuning ialah kemungkinan berlaku luruan monsun dalam tempoh 24-48 jam, amaran peringkat jingga ialah hujan monsun sederhana yang berlaku untuk beberapa jam dan amaran peringkat merah pula ialah hujan monsun yang lebat dan meluas berlaku atau dijangka berlaku dalam beberapa jam.

- Bernama
PKR tampil pertikai air mineral BN Selangor
1:42PM Dis 24 2012  
Demam pilihan raya kebelakangan ini semakin dirasai apabila PKR hari ini tampil mendakwa air mineral yang diedar BN Selangor semasa program-programnya tidak mematuhi peraturan air mineral.

NONEPengerusi biro kepenggunaan PKR, Yahya Sahri mendakwa air dengan label Barisan Nasional dan bertulisan 'Nurani Rakyat' serta mempunyai bendera Selangor itu, tidak mematuhi Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Halal dan Akta Makanan.

Menurutnya di bawah Seksyen 360 Akta Makanan, mana-mana air yang dibotol dan dilabel sebagai air mineral perlu dinyatakan sumber perolehan dan alamat kilang yang membotolkannya.

Yahya kemudian menunjukkan botol yang didakwa sebagai air mineral BN yang tidak mempunyai kedua-dua butiran itu pada labelnya.
 
Menurutnya, tindakan itu boleh menyebabkan pengguna bakal berhadapan kesukaran untuk membuat tuntutan kepada BN jika mengalami kejadian tidak diingini akibat meminum air berkenaan.

"Kalau kita minum air (ini), kita sakit, tuntutan itu boleh dibuat kepada syarikat yang menjualnya," katanya mempersoal ketiadaan alamat pengilang pada air berkenaan.     

Beliau turut mempertikai air mineral itu yang didakwanya menggunakan logo halal tanpa kebenaran daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Beliau menggesa Jakim bertindak kerana langkah itu didakwa menyalahi Seksyen 28 Akta Halal dan sekaligus menyalahi Akta Perihal Dagangan 2011.

NONEPenyelaras BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed sewaktu dihubungi terkejut dengan tindakan PKR mempertikaikan air mineral yang diedarkan BN Selangor pada programnya.

Tegasnya, air mineral itu diberikan percuma kepada rakyat dan beliau yakin ia bukan barang dagangan yang tertakluk kepada Akta Perihal Dagangan seperti didakwa PKR.

"Kami tak jual, (air ini) kami bagi percuma. Ia bukan barang dagangan dan saya tak rasa air mineral Nurani Rakyat ini tertakluk kepada akta ini," katanya dalam SMS kepada Malaysiakini.
Ngeh: Kami peroleh tanah K'tan melalui pasaran terbuka
7:00PM Dis 24 2012  
Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Khoo Ham menafikan dakwaan bahawa kerajaan Kelantan telah memberi tanah kepadanya sebagai pertukaran sokongan, dengan menegaskan bahawa syarikat itu diperoleh melalui pasaran terbuka.

Tanah tersebut, kata Ngeh dalam satu kenyataan hari ini, telah diperolehi melalui pembelian syarikat yang dianugerahkan 10,526 hektar tanah oleh kerajaan negeri, maka oleh itu, tidak ada unsur rasuah yang terlibat.

Beliau menambah bahawa perjanjian perniagaan itu bukan satu rahsia kerana DAP dan kepimpinan Pakatan Rakyat negeri, serta kerajaan persekutuan, telah dimaklumkan mengenai pembelian itu.

"Saya ingin mengulangi bahawa Nga Kor Ming atau saya, tidak diberikan sebarang tanah oleh kerajaan Kelantan.

"Pengambilalihan Upayapadu Plantation Sdn Bhd bersama-sama dengan pelabur lain pada April tahun ini adalah satu transaksi komersial yang dibeli di pasaran terbuka," kata Ngeh.

Ngeh menyediakan trasisi terperinci siapakah pemilik tanah tersebut, sebelum beliau dan Ngab - ADUN Pantai Remis dan MP Taiping - mengambilalihnya.

1. Pada 13 September 2000, kerajaan Kelantan meluluskan tanah itu kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK).

2. Pada Disember 2000, tanah itu telah diluluskan kepada sebuah syarikat untuk dibangunkan tetapi syarikat itu gagal berbuat demikian. Tanah itu diambil balik oleh YIK pada 18 Ogos 2004.

3. YIK menganugerah tanah itu kepada Upayapadu Plantation untuk dibangunkan pada 28 Ogos 2005 dan perjanjian itu telah ditandatangani pada 3 Mei 2006.

4. Upayapadu Plantation juga tidak berjaya membangunkan projek itu dan pemegang sahamnya memutuskan untuk menjual syarikat tersebut.

5. Ngeh, Nga dan lain-lain pelabur membeli syarikat itu pada April 2012.

Dalam satu kenyataan awal yang dikeluarkan oleh setiausaha akhbar Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat, mendedahkan bahawa Upayapadu Plantation sebelum ini dipengerusikan oleh Wong Yeon Chai - hartawan kayu di Pekan dan dikenali sebagai "Tengku Wong".
BN yakin rampas 20 kerusi pembangkang
6:23PM Dis 24 2012  
Barisan Nasional (BN) mampu merampas 20 kerusi Parlimen yang dimenangi pembangkang, sekaligus meraih kemenangan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum ke-13.
  
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata beliau yakin BN dapat mempertahankan 140 kerusi Parlimen yang dimenangi sekarang serta merampas lima daripada 23 kerusi PAS, lima daripada 29 kerusi DAP dan 10 daripada 31 kerusi PKR.
  
Beliau berkata keyakinan tersebut berdasarkan pelbagai faktor termasuk masalah yang dihadapi pembangkang di beberapa kawasan yang dimenangi mereka sebelum ini.
  
"Semua perkara ini logik kerana sebagai contoh, tujuh kerusi PKR sudah bermasalah di mana enam daripadanya telah cabut masuk bebas sementara satu lagi kalah di Hulu Selangor," katanya kepada pemberita selepas Program Pemukiman Pemantapan Profesionalisme Kelab Kebajikan dan Rekreasi Penerangan (KKRP) yang dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Melaka.
  
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga bakal menjadi faktor utama kemenangan BN.
  
"Rakyat telah menikmati pelbagai insentif dan keistimewaan yang
 diperkenalkan Perdana Menteri termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Baucar Buku 1Malaysia serta program transformasi," katanya.
  
Selain itu, beliau berkata faktor calon boleh menang yang dimiliki BN akan turut membantu merampas kembali kerusi pembangkang.

Bagaimanapun, katanya kemenangan tersebut hanya akan dicapai sekiranya anggota BN tidak melakukan sabotaj atau 'cah keting' terhadap parti.
  
- Bernama
BN Selangor kenal pasti 5,000 individu minat sertai BN

23 Disember 2012
KLANG - Barisan Nasional (BN) Selangor dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) mesra BN telah mengenal pasti 5,000 individu di negeri ini yang berminat menyertai BN.  
  
Penyelaras BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata mereka akan menyertai BN secara keahlian terus pada majlis yang akan diadakan sempena Karnival Sayangi Selangor di i-City di sini.
  
"Ini adalah salah satu usaha BN bekerjasama dengan NGO untuk mendekati rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri ulang tahun ke-11 Kuil Hindu di Kapar di sini hari ini.
  
Mohd Zin berkata BN telah banyak menyelesaikan kes rakyat tanpa negara membabitkan India Malaysia dan meminta pihak-pihak tertentu tidak mempolitikkan isu itu.
  
Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi harapan baru kepada rakyat melalui program kerajaan dan transformasi ekonomi untuk meningkatkan kualiti hidup di negara ini.
  
Mengulas mengenai karnival selama empat hari yang akan diadakan 29 Dis ini, Mohd Zain berkata orang ramai
BN boleh menang di Gelang Patah jika tiada sabotaj
Wartawan Sinar Harian
21 Disember 2012
Fokus PRU 13
Fokus PRU 13
PENGERUSI BN Gelang Patah, Datuk Abdul Aziz Sapian opitimis, BN boleh menang cemerlang di kerusi Parlimen Gelang Patah, Dun Skudai dan Dun Nusajaya sekiranya tiada insiden sabotaj ke atas parti.

Katanya, jika sabotaj berlaku pembangkang dengan mudah akan mengambil kesempatan sekali gus menewaskan BN.

“Jangan sabotaj parti hanya kerana mahu tercalon.

Saya nasihatkan sesiapa yang berhajat menjadi wakil rakyat supaya melengkapkan diri dan bersedia untuk menggalas tanggungjawab kerana bukan mudah menjadi pemimpin lebih lebih lagi mewakili kerajaan.

“Setiap gerak geri kita sentiasa diperhatikan malah pembangkang sentiasa cari peluang untuk jatuhkan kita.

"Pesan saya, jangan kerana mahukan jawatan kita sanggup menjatuhkan sesama sendiri sehingga memecahbelahkan parti,” katanya.

Menjadi wakil rakyat bagi Dun Nusajaya bukan satu tugas mudah, tegasnya. Ia berikutan kawasan itu merupakan pembangunan pelbagai projek mega Iskandar Malaysia.

“Saya berdepan dengan pelbagai cabaran termasuklah isu pengambilan tanah dan keengganan penduduk berpindah.

"Walaupun ada tentangan, selaku wakil rakyat, saya menangani ia secara bijak kerana tidak mahu pembangkang mengambil kesempatan. Ini termasuk masalah penempatan nelayan di Pendas Laut.

“Bagaimanapun , Alhamdulillah, Nusajaya kini melalui pembangunan holistik di bawah pentadbiran kerajaan pimpinan BN," katanya.

Bagaimanapun beliau sedar, pembangkang tidak pernah berhenti memburu kerusi Dun Nusajaya kerana terletaknya pusat pentadbiran Kerajaan Negeri selain mengalami transformasi ekonomi secara besar-besaran.

“Disebabkan faktor pembangunan di kawasan ini juga, jumlah penduduk juga bertambah secara ketara sekali gus jumlah pengundi yang berdaftar turut meningkat iaitu 29,755 orang pada tahun 2004; 34,000 pada tahun 2008 dan jumlah terkini adalah seramai 48,000 pengundi.

“Saya tidak khuatir kewujudan pengundi baru mampu menjejaskan sokongan terhadap BN.

"Apa yang penting dan perlu kita tahu adalah ‘sentuhan’ yang perlu dilakukan iaitu memberikan servis terbaik seperti diperlukan rakyat. Jika kita lakukannya, maka tiada masalah mereka akan beralih kepada pembangkang,” katanya.

Beliau turut menyerahkan kepada pucuk pimpinan sama ada mahu terus mencalonkannya untuk kerusi Dun Nusajaya pada PRU13 atau tidak.

“Tercalon atau tidak, saya serahkan kepada peringkat pucuk pimpinan. Jika dipilih sekali lagi, saya terima hati terbuka dan sentiasa memberikan servis terbaik,” katanya.

Beliau turut yakin BN akan terus kekal di Dun Nusajaya dan Parlimen Gelang Patah selain optimis mampu merampas semula Dun Skudai.

“Jentera pilihanraya telah bersedia turun ke semua peti undi di Parlimen Gelang Patah, kita yakin terus kekal. Soal keyakinan pembangkang untuk merampas Nusajaya hanyalah satu provokasi,” katanya.
Pengundi muda kini bersama BN, kata Muhyiddin
Wartawan Sinar Harian
22 Disember 2012
Muhyiddin Yassin
Tan Sri Muhyiddin Yassin
KUALA TERENGGANU - Sokongan pengundi muda, sebagai tunjang negara untuk mencapai  matlamat negara maju menjelang tahun 2020, kini dilihat sudah memihak kepada Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Beliau berkata kesedaran pengundi muda terhadap kemampuan BN untuk kekal menerajui negara ini kini semakin kuat kerana mereka tahu hanya BN yang dapat memberi jaminan masa depan yang lebih baik kepada negara.

"Bila dah dekat-dekat pilihan raya ni, nampaknya gelombang kesedaran itu sudah dapat kita rasakan, saya ucap syabas kepada orang-orang muda... tadi saya nampak poster "Orang Muda sokong BN"...mereka mahu Datuk Seri Najib Tun Razak kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia di Kampung Pulau Bahagia Manir di sini hari ini. Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Katanya BN memberi jaminan tidak akan ada kumpulan rakyat sama ada di Semenanjung, Sabah mahupun Sarawak yang tertinggal ataupun tercicir daripada perhatian kerajaan jika BN kekal memerintah menjelang tahun 2020.

Menurutnya pemerintahan BN hari ini adalah amanah untuk membela dan menjaga kebajikan rakyat supaya dapat menjalani kehidupan dengan baik dan selamat.

Katanya dalam melaksanakan amanah tersebut kerajaan sentiasa memastikan ekonomi negara berkembang, peluang kerja bertambah, industri bertambah maju, kemudahan sosisal seperti kemudahan kesihatan dan pendidikan lebih baik.

"Dalam lapan tahun lagi janji kita kepada rakyat adalah untuk menjadi negara maju...setiap  peringkat rakyat...tua muda semua kaum...Semenanjung Sabah dan Sarawak akan dapat diberikan perhatian dan pembelaan secukupnya," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata ia bukannya janji kosong kerana BN memberi jaminan bahawa menjelang fajar 2020, Malaysia akan menjadi negara maju yang sebagaimana yang rakyat idamkan.

Beliau menegaskan parti Pas tidak akan dapat menjadi pembela nasib orang Melayu dan Islam di negara ini sebagaimana yang Umno lakukan selamanya.

"Bila kita bantu rakyat, Pas kata ini rasuah, saya tidak tahu fatwa mana yang mereka pakai, ini tanggungjawab kerajaan kepada rakyat," katanya dan menurutnya kerajaan BN tidak pernah pilih kasih dalam membantu rakyat.

Dalam pada itu, Muhyiddin yakin Terengganu akan kekal diperintah BN pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang dengan adanya sokongan setiap lapisan rakyat jelata yang ingin melihat perubahan dan pembangunan berterusan di negeri ini.

Katanya sokongan rakyat Terengganu kepada Umno dan BN dijangka meningkat pada PRU-13 berbanding pilihan raya umum yang lepas.

"Marilah kita sama-sama tekad dan berazam untuk membawa perubahan kepada masyarakat Islam di negeri kita ini di bawah Umno dan BN," katanya.

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 15,000 rakyat itu, Timbalan Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM2.9 juta untuk membaik pulih rumah orang miskin dan beberapa projek kemudahan rakyat di  kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir. - Bernama
Undi orang muda: Muhyiddin hanya sedapkan hati BN, kata Pakatan
JAMILAH HAMZAH
23 Disember 2012
Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) menyangkal kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pengundi orang muda kini bersama dengan Barisan Nasional (BN) sedangkan belum bersedia untuk membubarkan Parlimen bagi mengadakan pilihan raya umum peringkat pusat.

Sehubungan itu, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, apa yang diperkatakan oleh Muhyiddin semalam bukan sesuatu yang baru, sebaliknya seringkali didengar.

Menurutnya, sejak tahun lepas Muhyiddin sering mengumumkan golongan muda telah mula menyokong kerajaan BN, namun keengganan pemerintah membubarkan Parlimen menggambarkan situasi sebaliknya.

Beliau juga berkata, kenyataan Muhyiddin semalam hanya bertujuan mahu meyakinkan rakyat dan juga parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

"Pengumuman ini selalu dibuat oleh Muhyiddin, kalau betul golongan muda memang telah memihak BN, kenapa Parlimen belum dibubarkan.

"Setiap parti akan bercakap begitu, kalau kita (pembangkang) melalui Himpunan Kebangkitan Rakyat tak lama lagi juga boleh kita katakan golongan muda ramai telah menyokong kita," katanya kepada Sinar Harian Online.

Dalam pada itu, dilaporkan sokongan pengundi muda, sebagai tunjang negara untuk mencapai  matlamat negara maju menjelang tahun 2020, kini dilihat sudah memihak kepada BN, kata Muhyiddin.

Beliau berkata, kesedaran pengundi muda terhadap kemampuan BN untuk kekal menerajui negara ini kini semakin kuat kerana mereka tahu hanya BN yang dapat memberi jaminan masa depan yang lebih baik kepada negara.

Mengulas lanjut, PKR turut menyatakan pengumuman Muhyiddin itu hanya sekadar mahu menyedapkan hati BN.

Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh berkata, sebanyak 25 peratus pengundi yang berumur 30 tahun telah mendaftar sebagai pengundi.

Fuziah berkata, golongan muda ini adalah penentu dalam menentukan kemenangan sesebuah parti dan calon.

"Saya yakin golongan muda cukup bijak memilih dan tidak termakan dengan gula-gula yang ditawarkan BN," katanya.

Beliau juga berkata, tinjauan dan kajian media memainkan peranan dalam mempengaruhi golongan muda untuk membuat pilihan.

Namun beliau berkata, golongan muda tidak lagi hanya merujuk kepada media arus perdana, sebaliknya mencari media alternatif dalam merujuk sesuatu perkara.

"Tinjauan saya dan survei dengan anak muda dari pelbagai latar belakang menunjukkan bahawa anak muda tidak terpengaruh dengan media arus perdana.

"Anak muda terdedah kepada media alternatif dan ada akses kepada sosial media seperti blog, Facebook dan Twitter dan mereka akan buat pertimbangan," katanya lagi.
Umno dijangka kekal majoriti
Wartawan Sinar Harian
18 Disember 2012
Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13
SHAH ALAM  -  Barisan Nasional (BN) dijangka kekal memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) seperti mana kedudukan sekarang iaitu 96 kerusi manakala 68 Pakatan Rakyat (PR).

Selebihnya akan menjadi perebutan sengit di antara pemerintah dan pembangkang kerana ia ditentukan oleh majoriti pengundi 20 peratus yang merupakan penduduk berbangsa Cina.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, parti politik perlu berhati-hati melaksanakan strategi dan kempen untuk menarik perhatian pengundi pada PRU13 nanti.

“Umno akan kekal menjadi parti dominan yang akan memenangi PRU13 tetapi dijangka akan berlaku sebanyak lima kekurangan atau penambahan kerusi. Minimum kerusi yang akan dimenangi oleh Umno adalah 72 dan maksimum sebanyak 82 kerusi.

“Berbanding pada tahun 2008, Umno memenangi 78 kerusi namun pada pilihan raya kecil yang diadakan di Kuala Terengganu, Umno kalah. Ini menyebabkan Umno hanya tinggal 77 kerusi Parlimen sahaja,” katanya. 

Beliau berkata, BN dan PR berebut memenangi pilihan raya kali ini dan jika melihat senario politik pada hari ini, kerajaan minoriti akan dibentuk selepas PRU13.

“Saya yakin ada perubahan jika kerajaan minoriti dibentuk dengan penyertaan parti-parti daripada PR sama ada Pas, PKR atau DAP dalam BN.

“Perkara ini mustahil untuk berlaku tetapi dijangka ia akan terjadi. Dalam politik tidak ada musuh atau parti lawan yang kekal,” katanya.

Menurutnya. setiap parti perlu membuat lonjakan dan strategi yang terbaik untuk memenangi PRU13.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan