Selasa, 25 Disember 2012

ADAKAH NG SWE LIM PERNAH BELAJAR DI SMTIS@SEK MEN TENGKU IDRIS SHAH,KAPAR SELANGOR

Masalah air rakyat Sabah yang dipinggirkan media
Posted on Monday, December 24 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: amkns

"Kami tak tahu kenapa ianya terjadi. Air merupakan keperluan asas tetapi sering berlaku dan amat mengecewakan. Sebelum ini kita sering dihidangkan dengan isu air di Selangor tetapi tempat kami bagaikan diabaikan.

Masalah air di Kg Maraba, Beaufort dalam DUN Lumadan dan Parlimen Sipitang amat membimbangkan. 

Kami hanya menerima air pada jam 2.00 pagi (itu pun kadang-kadang) dan akan ditutup sebelum jam 6.00 pagi.

Masalah air ini berpunca apabila dibinanya water pam di Kg Inuman bertujuan untuk menarik air ke Kg Lingkungan, Kg Lubok dan Kg Weston.

Sebelum ini jurutera daerah telah menyatakan masalah air akan diselesaikan jika loji air baharu di Beaufort telah siap.  Hal ini umpama menanam tebu dibibir sahaja.

Acapkali kali melaporkan masalah kami ini tetapi tidak diendahkan. Diharap pihak berwajib mengambil tindakan dengan segera.

Apa guna ungkapan janji ditepati jika ianya tidak dikota. By: rasa terkilan

Aduanrakyat.com 24 Dis 2012. 


Sumber; aduanrakyat.com.my"


 Fasa fasa perlaksanaan hudud versi Yidin.
Posted on Monday, December 24 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: senik

"Assalamualaikum,,..

Lanjutan kepada artikal, Muhyuddin merapu di Kuala Terengganu, penulis tertarik untuk memperkatakan lebih lanjut kata kata atau lebih tepat pembohongan Yidin berkaitan isu hudud dan fasa fasa perlaksanaannya.

Pertamanya, inilah kali pertama penulis dengar pemimpin atasan UMNO bercakap mahu melaksanakan hudud, selepas lebih 50 tahun memerintah. Keduanya kenyataan ini muncul selepas berbulan bulan atau mungkin juga setahun, Yidin mengatakan suasana dalam negara tidak kondusif untuk perlaksanaan hudud di mana ditakuti perlaksanaannya mungkin menyebabkan ketidakadilan, tidak langsung disentuh mengenai fasa fasa yang diusahakan kerajaan untuk mengujudkan suasana kondusif untuk hudud.

Lebih mendalam, timbul persoalan apakah hudud perlu fasa fasa yang disebut Yidin? Bukankah hudud itu mikil ALLAH, dari ALLAH dan tugas orang orang Islam yang diberi amanat untuk memerintah negara ialah melaksanakannya tanpa bantahan atau mengolah semula perintah itu? Lagipun ALLAH turut memberi jaminan akan menjaga negara dari huru hara sekiranya hudud dilaksanakan. Jadi siapa yang beri hak kepada Yidin untuk mengolah semula perlaksanaan hudud sehingga perlukan fasa fasa tertentu untuk memberi kefahaman kepada rakyat?

Yidin tidak menyebut tarbiyah menyeluruh mengenai Islam di mana hudud menjadi sebahagian daripadanya. Yidin juga tidak menyentuh tentang usaha yang pernah dibuat oleh Ust Syamsuri Ahmad satu ketika dulu mensyarahkan kitab hudud tulisan ulamak jawi yang kemudiannya ditangkap di bawah ISA dan kitab itu dirampas. Yidin langsung tidak menyebut tentang usaha UAI yang memberi syarahan dan ceramah serta menjawab persoalan yang ditanyakan kepadanya mencakupi seluruh aspek kehidupan. Kehidupan yang berpandukan syariat, kehidupan yang berlandaskan carahidup berugama. carahidup Islam.

Apakah Yidin ingat dengan menyebut fasa fasa perlaksanaan hudud ini, umat sudah patut menerimanya seolah olah umat ramai tidak faham apa erti ugama, apa erti hidup bersyariat. Ini bermakna perjuangan PAS, satu satunya jemaah Islam yang lengkap bukan sahaja mahu melaksanakan hudud tetapi lebih tepat untuk melaksanakan carahidup bersyariat, carahidup berugama, carahidup Islam.

Di sinilah duduknya kebebalan dan pembohongan Yidin, menekankan kejayaan kerajaan UMNO dalam membela ugama dengan menggunakan kayu ukur pembinaan masjid, menganjurkan pertandingan membaca quran peringkat dunia sehingga ada negara yang mahu mencontohi Malaysia. itu kebanggaan Yidin yang mahu disokong oleh rakyat.

Yidin tersilap kerana mengatakan dakwaan UMNO membela ugama di negeri yang majoritinya berugama Islam dan negeri kelahiran UAI. Pengajaran UAI yang sekarang sampai ke seluruh semenanjung sudah lama disampaikan kepada rakyat Terengganu dan ramai yang memahaminya secara jelas bahawa kehidupan ini adalah untuk mardhotillah bukan untuk dipuji oleh makhluk atau mencari kemewahan dengan menjadi ikan haruan tasik yang berlegar di sekeliling jerung.

Bertanding dalam pilihanraya bukan untuk merompak harta rakyat tetapi untuk menawarkan diri demi menjaga ugama ALLAH. Sebaliknya, Yidin sendiri terlibat dengan beberapa kes rompakan seperti kes NFC serta mr 10 % ketika menjadi MB Johor dulu. Makna kata, tak ada seorangpun pemimpin dan wakil rakyat UMNO dan BN boleh dianggap benar benar bersih dari penyelewengan yang ditegah ugama. Jadi di mana betulnya dakwaan Yidin tentang pembangunan umah yang UMNO bina? Dan apakah rompakan harta rakyat menjadi sebahagian fasa fasa pelaksanaan hudud?

Yidin jelas berbohong ketika mengatakan fasa fasa perlaksanaan hudud yang tidak pernah disebut serta tidak pernah dimulakan usahanya sebelum ini. Lagipun kalau betullah ada fasa fasa perlaksanan hudud, panduan siapakah yang Yidin dan kerajaan UMNO ikut? Panduan ulamak manakah yang digunapakai?

Setakat ini tidak ada, malah tidak pernah disebut dalam parlimen atau mana mana DUN kecuali perbincangan hudud yang pernah kedengaran di DUN Kelantan dan Terengganu. Sebaliknya Yidin mengulangi kata kata bossnya bahawa hudud ini hudud PAS. Sekali lagi Yidin tidak sedar dia berbohong di tempat yang salah. Salah Kerana Terengganu sudahpun meluluskan undang undang hudud, qisas dan takzil. Undang undang ini dluluskan ketika PAS menjadi kerajaan dan sudah ditandatangani oleh Sultan tetapi masih belum dilaksanakan sehingga hari ini oleh kerajaan yang mengambil alih dari PAS ia itu UMNO. Apakah Yidin kata ini hudud PAS? Kalau hudud PAS kenapa kerajaan UMNO tidak membatalkannya? Sedangkan UMNO punya suara yang cukup untuk berbuat demikian.

Sebaliknya tidak melaksanakan undang undang yang sudah dilulus dan ditandatangani oleh Sultan amat bertentangan dengan peraturan urustadbir negeri serta menderhakai Sultan. Malah undang undang syariat yang digunapakai di Terengganu sekarang ialah undang undang yang terbatal dan lapuk. Kenapa Yidin tidak menyentuh pasal itu?

Sebab Yidin berbohong, orang berbohong akan sentiasa cuba mengelak dari mempekatakan sesuatu yang tidak mampu diputarbelitnya sebaliknya akan sentiasa menyembunyikan fakta seperti banyak boleh dilihat di blog pencacai. Yidinpun setaraf pencacai, jadi kalau Yidin jadi PM nanti, maka terciptalah rekod baru untuk Malaysia kerana memilik seorang PM dari kumpulan pencacai!"


 Video samseng upahan Umno menyerang rombongan Kembara Oren Negeri Sembilan
Posted on Monday, December 24 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: lipasmalas

"UMNO memang terkenal dengan samseng-samseng upahannya yang sering kali mengganas di dalam program-program mahupun ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat. Lihat sahaja sebelum ini, berpuluh kali samseng Umno dilaporkan mengganas.

Anak muda yang menganggur namun menyokong Umno, diupah beberapa puluh ringgit untuk melakukan provokasi dan menyerang mana-mana program dan ceramah-ceramah Pakatan Rakyat.

Terbaru, Rombongan Kembara Oren selamatkan Felda, di Negeri Sembilan diserang oleh samseng upahan United Malays No Otak, Umno sehingga menyebabkan salah seorang peserta rombongan cedera di kepala akibat ditikam dengan kayu bendera yang patah dan runcing.



Dimaklumkan salah seorang anak muda upahan Umno membawa bendera Barisan Nasional, yang sedang mabuk selepas menghisap gam telah menyerang salah sebuah kenderaan Rombongan Kembara Oren - Selamatkan FELDA.

Serangan itu diikuti oleh beberapa orang lagi rakannya yang dikatakan turut mabuk gam terus menyerang dan menghentak-hentakkan kayu bendera Barisan Nasional yang dibawa oleh mereka.

Selepas berjaya memecahkan cermin kenderaan, samseng upahan itu terus menikam penumpang dengan kayu bendera runcing yang telah patah akibat serangan sebelum itu. Kesan serangan tersebut boleh dilihat dalam gambar di bawah.



Di bawah ini pula, saksikan sendiri dengan mata kepala anda video rakaman detik cemas yang sempat diambil ketika samseng upahan United Malays No Otak, Umno itu sedang menyerang aktivis Kembara Oren - Selamatkan FELDA.

Klik untuk menonton video: MiLo SuaM"


 Orang Melayu yang tak solat kafir?
Posted on Monday, December 24 @ 15:05:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: amkns

"

Adakah ini bermakna orang Melayu yang tidak menunaikan solat adalah kafir? Islam solat, bukan Islam tak solat?

Solat tonggak pemisah Muslim, kafir
BERITA HARIAN 24 DIS 2012

Solatlah yang dapat membezakan antara orang Islam dengan orang bukan Islam.

Apabila solat fardu telah menjadi wasiat terakhir Nabi SAW, maka kita sebagai seorang Islam yang cintakan Rasulullah SAW sepenuh hati haruslah selalu menjaga dan memeliharanya sepanjang perjalanan hidup yang masih tersisa ini. 

Perhatikanlah sabda Baginda yang bermaksud: “Tonggak pemisah antara seorang Muslim dan kafir adalah solat” (H.R. Muslim)

Sumber: bharian.com.my"


 Tekanan Adalah Penggerak Ke Arah Kecemerlangan
Posted on Monday, December 24 @ 15:00:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: antirust_man

"Alhamdulillah, hari ini berpeluang jua saya menulis sedikit pandangan buat insan-insan di luar sana. Tulisan ini hanya sekadar pandangan dari insan yang amat fakir. Mudah-mudahan ianya dapat memberi sedikit manfaat buat anda.

Secara peribadi saya bersetuju dengan kebanyakkan pandangan yang mengatakan tekanan itu begitu membebankan jiwa. Kadangkala tekanan menyebabkan seseorang itu begitu sukar berfikir dengan betul. Malah tindakannya juga menjadi tidak betul.

Menasihati orang lain supaya mengawal tekanan memanglah mudah. Tetapi untuk mengawal tekanan yang melanda perasan tidaklah semudah menasihati orang lain. Ia samalah seperti menerangkan kepada orang lain bagaimana memasak nasi dengan betul. Tetapi apabila yang manerangkan itu memasaknya secara praktikal, barulah dia mengerti bahawa menerangkan itu tidak sama dengan merasainya sendiri.

Sebenarnya kita boleh mengambil tekanan itu sebagai alat yang bisa menggerakkan kita ke arah kecemerlangan. Saya selalu menyebut bahawa orang bijaksana mampu mengubah sesuatu yang negatif menjadi positif. Inilah yang sukar untuk dilakukan. bagaimana mungkin kita mampu mengubah sesuatu yang negatif itu kepada positif. Bagaimana hendak mengubah tekanan kepada kecemerlangan. Bekerja dalam keadaan tertekan, mungkinkah hasilnya cemerlang?

Itulah yang membezakan anda

Jika anda mengatakan tekanan akan meracun jiwa anda. Tekanan akan menyebabkan anda bertindak tanpa kematangan. Tekanan akan menyebabkan manusia hampir-hampir menjadi gila. Malah sudah ramai yang menjadi gila. Bukan itu sahaja, tahap yang paling kritikal sehingga membunuh diri atau membunuh orang lain. Jika semua alasan tersebut atau ada lagi alasan yang lain yang tidak disebutkan di sini yang anda sandarkan pada hujjah anda, ya saya bersetuju. Namun tidak mungkinkah tekanan itu mampu menjadikan anda insan yang cemerlang. Sebenarnya tekanan akan mendidik anda tabah dalam kehidupan. Sebenarnya tekanan akan mendidik anda bertindak pantas untuk menyelesaikan masalah.

Sebenarnya tekanan sedang memberi anda pengalaman supaya anda bisa menggunakan pengalaman tersebut ketika mana anda sedang merebut sebuah kejayaan. Sebenarnya tekanan sedang bertindak membentuk antibodi dalam diri anda supaya anda kuat untuk berhadapan dengan tekanan yang lain kelak.

Apabila anda berjaya menghadapi tekanan yang hebat, anda sebenarnya sedang bergerak ke arah kecemerlangan dalam hidup. Percayalah.....Hadapilah dengan tenang tekanan yang mendatang....Berfikir positif dan lihat tekanan itu sebagai sumber motivasi dalam diri anda...InsyaAllah anda akan cemerlang...Mengertilah..

Sumber : teratakmuslim.blogspot.com"


 Bantah AES di TV3 : Situasi Sebenar Zizan Raja Lawak Berada di Sana
Posted on Monday, December 24 @ 00:05:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: laniismaa

"Zizan Rajalawak
Post sebelum ini Zizan Raja Lawak Turut Serta Halau Mazidul Akmaltelah memdapat komen seorang pembacaJerung Jepunmemberikan situasi sebenar kenapa Zizan turut serta berada di hadapan Sri Pentas hari ini.

PLEASE SHARE: TUDUHAN BUAT ARTIS DAN PELAWAK POPULAR ZIZAN RAZAK ADALAH FITNAH DAN DISALAH ERTI.
Zizan baru menjelaskan kepada saya sebentar tadi dan meminta bantuan agar kes beliau difitnah memegang kertas AES itu kerana selepas beliau mahu masuk ke Seri Pentas Tv3 untuk mengacara racangan siaran langsung MELODI dan beliau telah lambat kerana di Demonstrasi oleh orang yang merusuh kerana Mazidul Akmal dari 999 memfitnah penunggang motor berkuasa tinggi. Zizan keluar dari kereta dan mahu masuk ke studio kerana kereta beliau tersangkut di tengah-tengah demonstrasi depan itu dan tidak mahu kelewatan. Sebagai seorang artis paling popular beliau di datangi dan diserbu oleh ahli demonstrasi yang mengenali beliau dan juga orang berebut untuk bergambar oleh orang yg membuat demotrasi dan tangan Zizan ketika dilihat dalam gambar amat banyak sekali barang dan ketika itu seorang ahli demontrasi itu telah memberi kertas yg Zizan tidak perasan apa itu dan terus mengangkat tangan dan masuk ke Studio tanpa mengetahui apa yg tertulis.
*dalam kenyataan bloger2 pembangkang mengatakan selepas melodi 1.45ptg dan itu adalah fitnah dan kejadian terjadi sebelum mahu mengacara Melodi.
*Mengangkat kertas boikot AES itu adalah tidak benar kerana beliau hanya melambai tangan kerana mahu cepat ke studio dan Zizan tidak mempunyai pegawai keselamatan.
Zizan meminta supaya pihak kerajaan mahupun rakyat tidak memanipulasi gambar itu dan memintanya menyokong dan menganggap ini satu kejadian yang tidak diketahuinya dan kerana populariti beliau telah disalah guna.
Thanks
Gambar Zizan sedang memegang kertas membantah AES mungkin telah diberikan kepada Zizan semasa kesibukan tersebut.


EkEleh.com"



Konvoi Kembara Oren di N.Sembilan diserang
Posted on Sunday, December 23 @ 23:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: amkns

"
Berikut beberapa petikan dan gambar dari “facebook” serangan terhadap Kembara Oren di kawasan Felda di Negeri Sembilan yang telah mencederakan ahli Kembara Oren dan tingkap-tingkap kenderaan peserta di pecahkan pada Ahad 23 Dis 2012

Kami di felda kepis skrg.disekat macai #$@#

felda bukit rokan utara.naraza cedera..xpasti samada dipukul atau dibaling batu..
Kembara Oren.,Kami diserang smasa difelda bkt rokan utara sbntr td,oleh skumpuln samseng #$@# yg mghalang laluan kami..mereka memechkan cermin hilux,n sdara naraza dipukul dikepala..sguh tidak berakhlak sikap samseng #$@#, mgeluarkn kata2 krg ajar pd kami.kami dtg dgn aman dgn mematuhi arahan.hak kebebasn bsuara adalh hak rakyat..stiap smpang laluan masuk ke felda,mereka menunggu untk mghalang kami..
Samseng umno dh naik gila.dgn batu,kayu halang kami masuk ke felda.sdara mazlan aliman akan bt laporan polis sebentar lg.mash di felda bkt rokan
Crmin yg dpchkan smseng #$@# di bkt rokan
Apa makna gambar ini??Mengibar2 bendera BN diatas kenderaan rasmi milik Felda ..begitu megah aksinya td semasa menghalang kembara oren di felda bukit rokan barat..

 Tahniahlah kepada Ummi Hafilda kerana bakal berkahwin.
Posted on Sunday, December 23 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: laniismaa

"Ummi HafildaTahniahlah kepada Ummi Hafilda kerana bakal berkahwin. Ummi Hafilda mengalahkan Rozita Che Wan kerana dia mendahuluinya kerana akan berkahwin dalam masa terkedat. Dr Zaman Khan berumur 33 tahun akan menjadi pasangannya. Mudah-mudahan Ummi Hafilda taklah bermulut celupar selepas ini kerana ada suami yang menjaganya.

Pakar terapi kecantikan, Dr. Zaman Khan menjadi pilihan ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali untuk dijadikan suami.
Ummi Hafilda, 45, berkata, majlis perkahwinan beliau dan Zaman, 33, berasal dari Pakistan akan diadakan dalam masa terdekat ini dan bakal dihadiri pembesar-pembesar negara.

“Terdapat dua perkara yang membuatkan saya tertarik kepada Zaman iaitu beliau seorang yang amat amanah dalam menjaga keluarganya dengan penuh kasih sayang. Menjadi anak sulung kepada tujuh adik-beradik, beliau tidak pernah melupakan tanggungjawab terhadap ibu dan adik-adiknya.

“Kedua, beliau sentiasa menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Beliau amat menjaga solatnya. Sunah Rasulullah SAW juga meminta umat baginda mencari suami yang mempunyai rupa, pegangan agama kukuh, berilmu dan berharta,” kata Ummi Hafilda kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini. – MM Rozita Che Wan juga bakal dapat pucuk muda...[SINI]

Ekeleh.com"


 Belajarlah Sesuatu Dari Ng Suee Lim
Posted on Sunday, December 23 @ 22:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh MSO

Saya tidak mengenali secara mendalam mengenai dirinya dan siapa dia. Sering juga saya konfius apakah dia wakil rakyat atau tidak, dan selalu juga bertukar apakah dia orang PKR ataupun DAP. Yang  saya tahu dia seorang yang mudah mesra dengan sesiapa saja. Wajah familiar dalam program-program besar Pakatan Rakyat.

Papan iklan Ng Swee Lim, ringkas dan tidak menunjukkan lagak. Bila ada demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur dia sering muncul. Dan selalu pula terserempak dengan saya dan pernah berjalan seiringan bersama demostran Melayu lain sama-sama melaungkan slogan mengubar semangat untuk menjatuhkan UBN. Kadang-kadang berlari sama-sama dari curahan water cannon oleh 'polis cis.' Dia tidak kekok berada dalam kelompok Melayu.

Sehinggalah semalam, baru saya mengenali lebih dekat sosok ini. Mengenali mengenai perjuangan dan kerajinannya dalam perjuangan. Dia yang saya maksudkan oleh Ng Swee Lim, 43 Adun Sekinchan Selangor. Ng begitulah panggil rakan-rakannya, dia merupakan wakil rakyat DAP kawasan Sekinchan. Memenangi kawasan itu dua penggal -  2004 dan 2008.

Menterjemahkan diri Ng dia seorang yang ringkas dan selamba saja. Kalau dia tidak menghulurkan kad namanya atau diberi tahu, orang tidak percaya bahawa dia wakil rakyat. Watak dan cara berbual seperti orang biasa, tidak ada belang dan rupa sebagai wakil rakyat. Wakil rakyat selalunya akan cuba seberapa boleh menunjukkan dirinya adalah wakil rakyat baik menerusi pakaian, gaya bercakap dan juga muncul di khalayak.

Begitu juga melihat kepada iklan-iklannya yang terpacak di sekitar pekan Sekinchan orang tidak menyangka dia wakil rakyat, tetapi akan menganggap dia adalah seorang petani muda yang sedang mempromosikan sawah padi di Sekinchan. Begitulah ringkasnya cara hidup Ng selaku wakil rakyat.

Semalam saya duduk semeja dan berdepan dengan Ng di sebuah meja makan di restoran eksotik di Sekinchan Selangor. Pertemuan itu tidak dirancang ia kebetulan saja. Saya diajak oleh bekas MP Jeli Apandi Mohamad untuk makan tengah hari. Dia bertanya saya, nak makan ikan tawar dengan budu atau makanan eksotik. Tentulah jawab saya masakan eksotik. Tanpa memberi tahu saya Apandi memandu menuju ke Sekinchan.

Sampai di Selayang Apandi menelefon seseorang. "YB.. apa khabar, ini sayalah Apandi Jeli.. bersama MSO, nak ke Sekinchan, dia nak makan rusa, la...," begitulah kata Apandi menjual murah nama saya menyebabkan saya terkejut. Kenapa harus jual nama saya? Saya tidak tahu YB mana dimaksudkan itu. Saya hanya dengar perbualan secara pandir saja walaupun di dalam hati terasa seronok.

Mendengar cara mereka berkomunikasi seakan ada masalah. Semacam YB itu tidak sempat kerana kesibukan tugas berjumpa rakyat. "Ok...ok... nanti saya sampai saya call balik,YB... terima kasih," Apandi mengakhir percakapan. Lepas itu baru saya tahu dengan siapa dia bercakap, rupa-rupanya YB Ng Swee Lim. Ketika itu juga wajah dan sosok Ng terbayang dalam mata saya. Saya cukup arif wajahnya kerana kerajinan dia turun ke KL bila ada acara demonstrasi.

Perjalanan untuk sampai ke Sekinchan menghadapi sedikit masalah, jalan jam. Ng menelefon bertanya kami sudah sampai di mana. Dia sudah sedia menanti di sebuah stesen minyak berhampiran dengan jarit (jalan) untuk menuju ke restoran dimaksudkan. Ruapnya dia membatalkan acaranya untuk berjumpa rakyat semata-mata menanti kedatangan kami. Apandi juga kenal rapat dengan Ng dan pernah membawa Ng berceramah di kawasannya di Jeli.

Menurut Apandi pendengar Melayu seronok mengikut ceramah Ng kerana beliau pandai bergurau dan tentulah juga kerana sesekali beliau menyelitkan perkataan Jawa yang mana orang Melayu sendiri tidak berapa memahaminya. Ada cerita kenapa Ng fasih berbahasa Jawa. Nanti saya ceritakan kemudian.

Ng ketika melayani kami makan di restoran eksotik.
Sebaik sampai di restoran dimaksudkan, masakan sudah terhidang; wah memang eksotik sungguh. Ada landak goreng, ayam hutan goreng, rusa gulai lemak, ikan baung, ikan puyu, burung wak-wak dan segala macam ulam-ulaman. Tidak sampai lima minit duduk kami menjamu selera. "MSO datang ke kawasan saya, saya kena jaga...," gurau Ng penuh mesra sambil mengakui dia adalah pengikut tegar blog saya. Sambil makan sambil berbual dan di sinilah mendedahkan maklumat kepada saya siapa dia Ng sebenarnya.

Saya teruja dengan YB bertubuh gempal dan dengan ketinggian sedarhana ini. Rupanya dia wakil rakyat DAP yang telah melalui berbagai rintangan sebelum berjaya di tempatnya kini. Ng bukan seorang hebat mana dari segi profesyennya. Dia bukan peguam, guru sekolah atau doktor. Ng hanya seorang rakyat cina berbahasa Cina biasa saja di Selangor. Kehidupan masa kecilnya agak tragis kerana terpaksa menjadi pembungkus air di kedai seorang Jawa untuk hidup.

"Saya orang susah, dan duduk pula dalam masyarakat Jawa di Kapar. Jadi untuk tambah pendapatan keluarga terpaksa membantu seorang pakcik Jawa menjual air. Kerja saya bungkus air saja," ceritanya sambil tidak habis-habis menyuruh saya merasai segala makanan dalam hidangan.

Biasalah keadaan itu beliau diejek dan dihina ataupun dipersendakan, maklumlah anak Cina menjadi pembantu orang Jawa. Namun beliau tidak menghiraukan segala macam penghinaan itu. Bahkan kata dia anggap sebagai cabaran buatnya. Ternyata apa yang berlaku itu ada hikmahnya, dari kerja dan pergaulan serta mengenali budaya orang Jawa itulah menyebabkan dia fasih berbahasa Jawa dan bermanfaat pula untuk kerjayanya hari ini.

Hari ini kalau Ng memasuki ke kampung Jawa dia tidak berbahasa Melayu sebaliknya berbahasa Jawa. Katanya bahasa Jawanya pula sangat baik. 

Ng pertama kali bertanding di kerusi Sekinchan atas tikit DAP pada tahun 1998. Percubaan pertama beliau itu tidak membuahkan hasil. Dia kalah ditangan calon MCA dengan majoriti besar juga. Namun itu tidak menghalang cita-citanya dan menawarkan semangat untuk terus menjadi pemimpin kecil. Mungkin Ng menyedari untuk mencapai cita-citanya menjadi pemimpin, membangunkan masa depannya satu-satu jalan ialah menjadi pemimpin - wakil rakyat. Disebabkan dia sedar beliau tidak mempunyai latar belakang pendidikan profesional, maka dia harus menguasi dari aspek lain.

Tahun 2004 dia mencuba nasib sekali lagi. Percubaan kedua ini berjaya. Ng mengalahkan calon MCA dengan majoriti 344.  Kejayaan Ng tahun 2004 ini menyebabkan namanya mula terukir dan menjadi sebutan. Paling mengejutkan beliau boleh menang dalam keadaan UBN ketika itu kuat. PIlihan raya 2004 hanya dua orang saja calon DAP menang antara beliau.

Mencerita macam mana beliau boleh bangkit tahun 2004 ia resipi yang sangat menarik. Ng mempelajar dan membuat postmortem dari kekalahan itu. Beliau sedar beliau kalah kerana orang Cina tidak mengundi beliau. MCA ada 7,000 ahli di Sekinchan sedangkan partinya tidak mempunyai ramai ahli. Dia juga faham bahawa orang Melayu tidak mudah menyokongnya. Jadi jalan terbaik beliau perlu memberi kesedaran kepada orang Cina.

Orang Cina yang terpengaruh dengan momokan dan propaganda Umno yang memburukkan kerajaan Kelantan agak skeptikal dengannya. Ini mendatangkan masalah buatnya kerana DAP berbaik dengan PAS. Kerajaan PAS Kelantan diberi gambaran buruk. Diceritakan MB Nik Abdul Aziz  hidupnya mewah dan kaya raya. Sedikit sebanyak cerita keburukan Kelantan dan Nik Aziz itu mempengaruhi masyarakat Cina di Sekinchan dan menolak DAP.

Apa yang dilakukan?  Beliau harus memberi maklumat tepat kepada orang Cina. Jalan yang diambil ialah dengan membawa orang Cina melawat Kelantan dan berjumpa dengan Nik Aziz. Dari perjumpaan itu akhirnya memberi maklumat sebenar kepada orang Cina di Sekinchan mengenai kerajaan Kelantan dan gaya hidup Nik Aziz. Mereka mengetahui kehidupan Nik Aziz sebenarnya dan bukan seperti mana yang ditokok tambah oleh Umno dan juga MCA.

Ng dan Apandi dan lain bergambar di tepi sawah.
Ternyata menurut Ng usahanya itu berjaya. Akhirnya masyarakat Cina tahu dan melihat sendiri apa yang dihumbankan kepadanya. Setelah masyarakat Cina tahu akan masalah di Kelantan dan kezuhudan Nik Aziz itu akhirnya menyebabkan orang Cina berubah angin kemudian menyokongnya. Hasilnya dalam pilihan 2008 Ng sekali lagi berjaya mengekalkan kerusi Sekinchan dengan majoriti 190, di mana beliau merupakan wakil rakyat DAP yang mendapat undi paling kecil.

Itu antara strategi yang diaturkan Ng untuk memastikan orang Cina menyokongnya. Selain itu beliau juga tidak pernah meninggalkan kawasan. Katanya semasa dia kalah tahun 1998, beliau tidak tinggal Sekinchan. Walaupun dengan tenaga kewangan kurang namun senantiasa mendekati rakyat dan sesekali mengadakan majlis makan malam dan himpunan kecil.

Bagaimana dengan pilihan raya akan datang? Ng yakin sokongan semakin padu. Kali ini katanya dia ada sedikit kelebihan berbanding dulu kerana DAP bersama PKR dan PAS kini menerajui Selangor. "Dulu kita bersalam tangan kosong dengan rakyat dan setakat melemparkan senyuman tetapi hari ini adalah sikit peruntukan kerana kita sudah jadi kerajaan," balas Ng sambil tersenyum dan membuat kelakar.

Menceritakan pengalaman awalnya untuk mengembangkan DAP di Sekinchan sesuatu yang memeritkan. "Kalau tidak tahan kita akan mengaku kalah, bang. Saya masih ingat ketika saya mengembangkan DAP bersama Pakatan Rakyat, orang Cina mengejek dan menghina saya. Bila saya nak jual tikit untuk adakan dinner, mereka hina, sambil kata tak payah juallah, tak laku..." cerita Ng. Tetapi kita kuatkan semangat juga melawan ejekan mereka.  Namun keadaan itu kini berlainan katanya, kalau dulu nak jual tikit RM25 orang tidak nak, tetapi tikit berharga RM50 pun orang sudah berebut," ujarnya.

Apa yang dapat disimpulkan dengan kejayaan Ng sebagai wakil rakyat ialah kerana kegigihan dan kerajinan beliau mendekati rakyat. Dia tidak mudah berputus asa dan mudah meninggalkan rakyat walaupun kalah. Kekalahan bukan bererti ketewasan buatnya. Dalam pada itu menurut Ng lagi...apa yang menjadi falsfahnya, mesti baik dengan semua orang tidak kira mereka dari parti mana, kaum apa dan bangsa apa. Falsafah ini saya nampak benar-benar diamalkan oleh Ng yang akhirnya menjadikan dia salah seorang wakil rakyat popular.

Semasa dalam restoran itu, Ng berjalan dan bersalaman dengan semua pelangan yang ada sama ada dia kenal atau tidak. Sikap dan sifat dilakukan itulah menyebabkan dia mudah dikenali oleh sesiapa saja. Dan penilaian saya atas kejayaan Ng juga ialah kerana dia adalah benar-benar menjadi wakil rakyat bukannya Yang Berhormat! [wm.kl.5:12 pm 23/12/12]

Belajarlah Sesuatu Dari Ng Suee Lim

 PANAS! Takkan Dah Tak Ada 'Dalam Senarai' Ali Rustam Mengamuk?
Posted on Sunday, December 23 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber Jalan Pulang

Beberapa perkembangan terkini seakan mengesahkan bahawa ketua menteri Melaka, Ali Rustam tidak akan dilantik semula ke jawatannya sekarang walaupun Umno dijangka kekal berkuasa di negeri itu.
Sumber terbaru mengesahkan Ali akan diletakkan bertanding di parlimen Jasin, secara automatik tidak lagi bergelar "Yang Amat Berhormat" dan kini beberapa nama sudah disenarai pendek bagi menggantikan Ali sebagai orang nombor satu di negeri Hang Tuah itu.



Tetapi yang tak seronoknya, Ali dikatakan berang apabila dia yang berada dalam 'kem' perdana menteri, Najib Altantuya, diasak mengenai lebihan wang zakat yang didakwa diberi pinjam sebanyak RM13.5 juta kepada sebuah syarikat, Regal Merger Sdn. Bhd.

Buktinya apabila pesuruhjaya PAS negeri, Adly Zahari bertanyakan ke manakah wang tersebut disalurkan.



Jawab Ali: "Dia bebal nanti saya saman dia" coret Ali dalam akaun Facebook nya sebagai respon terhadap isu zakat yang dikemukakan oleh Adly sejak setahun lebih dahulu.

Adly dengan bersahaja membalas " Datuk Ali kata kalau saya ulang isu zakat Melaka, dia akan saman saya. Saya akan ulang seribu kali lagi".

Setelah balasan Adly, nampaknya sehingga kini Ali terus diam membisu tanpa menjelaskan isu tsebut secara terpeinci, dipercayai bagi mengelakkannya dari terus terheret dalam persoalan itu.

Ali yang merupakan ADUN Bukit Baru menang dalam pilihanraya umum lalu tetapi dengan majoriti yang berkurangan setengah, daripada 5,992 undi pada 2004 kepada hanya 2,708 undi, menunjukkan kedudukannya yang semakin goyang di kubu kuatnya sendiri sejak 1995.

Apakah Ali mengulangi sejarah bekas menteri besar Perak, Ramli Ngah Talib yang cuma dilantik timbalan menteri pengangkutan selepas pilihanraya umum ke-10 pada 1999, dan speker dewan rakyat selepas itu, hanya masa yang akan menentukan.

JALAN PULANG
 
 
 Penunggang desak Mazidul, Majalah 3 mohon maaf
Posted on Sunday, December 23 @ 21:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber malaysiakiniTV
 
 
 
 Muhyidin yasin merapu di Kuala Terengganu semalam
Posted on Sunday, December 23 @ 18:06:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: senik

"Assalamualikum,,..

Muhyidin anak Pak yasin tak habis habis melalut. Kali ini di Kuala Terengganu sempena lawatan kerja 1 harinya semalam. Kebetulan penulis berada di kuala Terengganu menghadiri majlis perkahwinan anak suadara. Di majlis itu, turut sama hadir ialah sahabat baik penulis, seorang timbalan pengarah di salah satu agensi kerajaan negeri di Kuala Terengganu.

Menariknya ialah beliau sepatutnya hadir di stadium tertutup bersama sama Muhyidin pada ketika itu, tetapi menurutnya beliau malas nak pergi. Pemandunya ada memberitahu untuk menjemputnya di rumah pada pukul 1pm tetapi beliau memberitahu pemandunya tak perlulah datang jemput, beliau boleh pergi sendiri, sebaliknya beliau bersama isteri muncul di majlis perkahwinan anak saudara penulis pada waktu itu dan kemudian terus pulang ke rumah, melupakan temujanjinya bersama Muhyidin anak Pak Yasin. Peliknya, utusex dan berita hairan melapurkan kehadiran Muhyidin di Kuala Terengganu mendapat sambutan hangat!

Bermacam macam Muhyidin merapu. Kononynya UMNO mahu laksanakan hudud tetapi masih lagi melalui fasa fasa tertentu kerana ramai lagi tidak faham tentang hudud. Fasa otak kau? menganjur K-pop itu salah satu fasa perlaksanaan hudud gak ker? Kononya lagi hudud yang dicadangkan PAS itu bukan hudud Islam tetapi hudud PAS. kepala otak kau!Inilah lidah bercabang pemimpin UMNO yang baru saja diumumkan oleh Najib hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia kerana MCA dan Gerakan membantah.

DSAI pula dikatakan akan menyebabkan pembangunan ummah hancur kerana keinginannya mahu mengubah undang undang termasuk undang undang liwat serta menyokong LGBT. Muhyidin tidak sedar bahawa rakyat sudah cukup sedar bahawa yang paling ramai terlibat dengan liwat dan LGBT di kalangan orang ISLAM terdiri dari ahli UMNO termasuk pemimpin atasan mereka!

TGNA dikatakan celupar kerana mengatakan siapa yang menyokong UMNO menyokong kemungakaran dan TGNA dikatakan mengeluarkan fatwa sendiri tanpa mengikut hukum. UMNO tidak mungkar apabila mengabaikan waktu solat ketika PAU? UMNO tidak mungkar kerana berbohong dengan nyata? UMNO mengikut hukumkah ketika memperkenalkan konsep Islam hadhari dan wasatiayah sambil membenarkan individu seperti Syed Mokhtar membolot harta milik rakyat sambil menayangkan yayasan Bukharinya?

Muhyidin turut mendakwa orang muda semakin menyokong UMNO dan utusex melapurkan lebih kurang 10 ribu menyambut kedatangan Muhyidin. Patutlah jam gila bandar Kuala Terengganu semalam.

Muhyidin turut mendakwa hanya UMNO yang mampu mentadbir negara. Satu lagi dakwaan kosong, hampas dan tidak sepatutnya dipercayai. Kalau hanya UMNO boleh mentadbir negara kenapa harga minyak masih tinggi? kenapa kualiti kehidupan rakyat menurun. Kenapa masih ramai orang orang tidak berumah, melarat minta sedekah untuk sesuap nasi? Malah di Kuala Terengganu sendiripun senario orang orang tidak berumah boleh diliahat dengan jelas, bandar yang dibanggakan sebagai Kuwait Malaysia?

Muhyidin berkata pembangkang akan meruntuhkan asas pembangunan ummah yang mereka bina di negeri yang stadiumnya runtuh dan tidak dibaiki sehingga hari ini yang kebetulan bersebelahan dengan tempat Muhyidin bercakap. Dasar tak tahu malu!

Utusex turut melaporkan ikan kerapu Muhyidin apabila berkata kesedaran di kalangan penyokong PAS semakin memihak kepada BN pada ketika baru saja PAS menyelesaikan HKR dan PGU 6. 0 yang boleh disaksikan sendiri oleh sesiapapun. Bohong tak habis habis tetapi menuduh orang lain berbohong. Begitu juga dakwaan menjual agama, tak perlu dikaji lagi memang sah bohong!

Gambar gambar yang dipaparkan pula mengandungi unsur lawak lapuk apabila muka muka anak muda yang dikatakan menyokong BN masih belum layak mengundi serta rupa muka muka warga emas yang dikatakan turut mengalihkan sokongan mereka kepada BN kelihatan seperti muka muka yang menerima habuan dan tidak pernah mengundi PAS sebelum ni!Taktik lama masih dikekalkan oleh UMNO yang tidak sedar bahawa ramai penerima habuan mereka kini beralih arah kepada PAS. Hari ini Muhyidin semacam pekakkan telinganya untuk mendengar ungkapan "dia beri kita ambik, tapi masa pangkah sorry, naik lori". "
 
 Gambaq menarik menjelang pilihanraya...
Posted on Sunday, December 23 @ 17:52:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: paklongdin

"

Salam...

Macam-macam gambaq kita boleh jumpa, macam-macam jenih wayang kita boleh tengok sama. Terutama time nak pilihanraya... haha...

Tok sah kata Mak Long hang, Pak Long pun rimaih tengok pakai spek mata hitam susun bata. Patut pun atoq bata tak ketahuan hala.

Masaalahnya... yang ramai keliling depa tu buat hapa?
Takkan nak tengok saja pasai nampak ada kamera?
Boh tangan belakang sambil tengok wayang?

Kesian puak-puak ni...
Depa tak reti tapi segan nak mengaji.
Yang dok keliling, bodek ja reti.

Nak tegoq tak berani takut lepaih ke tepi.
Yang ataih tak mau tanya, walau tak reti apa.
Ulaq takut hilang bisa, bila menyuloq kot akaq biasa...

Cis, buat malu kat Mak Long hang ja neh...

Wassalam...

http://paklongonline.blogspot.com/"
 
 Antara Israel (Yahudi) dengan Syiah tidak pernah ada masalah - Ariel Sharon
Posted on Sunday, December 23 @ 14:11:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: detikislam

"Bekas Perdana Menteri Israel Ariel Sharon, dalam salah satu bukunya menyatakan dengan tegas bahawa, "Antara Israel (Yahudi) dengan Syiah tidak pernah ada masalah. Justeru musuh kami yang hakiki adalah sel-sel organisasi 'pengganas' Palestin, dan orang-orang Syria yang banyak membantu organisai-organisasi 'pengganas' ini! "


Dalam buku, Sharon mengeluarkan sebuah buku yang berjudul "Warrior", dia menulis bahawa Syiah mungkin sudah seperti saudara sendiri bagi Israel. Ap alagi dalam judul buku disebutkan "Aku akan bercakap tentang orang-orang yang aku cintai."

Sharon berkhidmat sebagai Perdana Menteri Israel dari 7 Mac 2001 hingga 14 April 2006. Kuasanya sebagai perdana menteri kemudian digantikan oleh Perdana Menteri (sementara) Ehud Olmert kerana terkena serangan stroke pada Januari 2006. Dia mengalami koma dalam waktu yang lama sehingga tidak mungkin untuk kembali menjalankan tugas-tugas sebagai pemimpin kerajaan.

Dia lahir di Kfar Malal (Mandat British Palestin) dan tampil sebagai pemimpin politik dan tentera berbangsa Israel. Sharon juga pernah menjadi pemimpin Likud, parti terbesar dalam gabungan kerajaan dalam parlimen Israel, Knesset, sehingga dia mengundurkan diri dari parti tersebut pada 21 November 2005. Dia kemudian membentuk parti baru bernama Kadima.


Selama tiga puluh tahun Sharon berkhidmat sebagai anggota Angkatan Bersenjata Israel. Pangkat tertingginya ialah Mejar Jeneral. Dia menjadi terkenal di Israel kerana penglibatannya dalam Perang Enam Hari pada tahun 1967 dan Perang Yom Kippur pada tahun 1973.

Ariel Sharon juga bertanggung jawab dalam tragedi pembunuhan Qibya pada 13 Oktober 1953 di mana ketika itu 96 orang Palestin dibunuh oleh Unit 101 yang dipimpinnya dan pembunuhan Sabra dan Shatila di Lebanon pada 1982 yang mengakibatkan antara 3000 hingga 3500 orang terbunuh, sehingga dia digelar sebagai 'Tukang sembelih dari Beirut '.
 
 Tak faham TV 3, patutlah orang gelar TV 3 suku!
Posted on Sunday, December 23 @ 13:58:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: senik

"Assalamualaikum,, ..

Malam semalam terlihat secara tidak sengaja satu rancangan siaran TV 3 tentang liputan kemusnahan GAZA akibat perbuatan ganas Israel. Dalam liputan itu, juruhebahnya bercakap dengan penuh tawadduk dan menampakkan ciri ciri iman yang teguh kepada ALLAH, di mana antara yang dipaparkan ialah keajaiban Al Quran yang tidak musnah dalam bangunan yang runtuh berkecai.

Keajaiban ini membuktikan kebesaran ALLAH dan benarnya janji ALLAH untuk memelihara Al Quran serta sepatutnya memberi keinsafan yang mendalam kepada semua umat termasuk pengendali TV 3 agar sentiasa mematuhi perintah ALLAH serta meninggalkan apa yang dilarang dalam semua perkara termasuk penyiaran. Antara yang dilarang ialah berbohong dan menyebarkan pembohongan serta mempertahankan kezaliman dan kebathilan. Akan tetap, TV 3 nampaknya langsung tidak mendapat tarbiyah dari rancangan siarannya sendiri. Tak ubah macam orang tiga suku!

Sebelum dan selepas siaran itu, TV 3 tetap bengap dengan gaya dan penampilanya yang banyak mengikut pengaruh yahudi. Pembaca berita wanitanya ramai yang mendedahkan aurat, berita yang disampaikan pula penuh dengan dakyah dakyah pemerintah. Pembohongan yang digalakkan pemerintah menjadi initipati siaran beritanya. Berita berita yang menyanggah pemerintah tidak langsung diberi ruang, seolah seolah pemerintah sentiasa betul dan benar. Apakah perjuangan rakyat Palestin itu selari dengan dasar pemerintah negara?

Kenapa penjualan minyak sawit yang diharamkan ugama oleh FELDA kepada Israel tidak dilapurkan?

Apa sebenarnya tujuan menyiarkan tentang kekejaman yahudi yang memang sudah dijelakan ALLAH dan RASULnya kalau enggan mangambil pengiktibaran darinya?Apakah ini merupakan sebahagian sikap pragmatis pemerintah yang diterjemahkan oleh TV3? Umat Islam tidak sepatutnya disogokkan dengan berita berita sebegini yang double standard. Di satu pihak menegaskan kepeluan jihad menentang yahudi, tetapi menyokong dan menggalakan umat menyokong orang orang yang berperangai dan bersikap seperti yahudi dari kalangan umat Islam dari rumpun melayu sendiri.

Enggan mematuhi perintah ISLAM secara syumul, menjadi slogan dan etika TV 3 serta mengesahkannya sebagai alat penyebar propaganda pemerintah dan sebagai stesyen penyiaran tiga suku yang seharusnya ditolak oleh semua orang orang yang beriman.

Kita mahukan penyiaran yang istiqamah. Menyiarkan berita yang benar tanpa mengira sumbernya dan menyeru kepada kebaikan serta menolak kemungkaran(yang turut termasuk kezaliman dan kebathilan). "
"
 
 Kenapa Di Hadapan Orang Bersolat Ada Objek?
Posted on Sunday, December 23 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: al-bahanj

"

Tuan/puan mungkin pernah atau biasa melihat seseorang yang bersolat berseorangan dan di hadapannya terdapat sebuah objek bukan?

Kadang-kadang objeknya adalah beg, tongkat, kayu rehal, kerusi, bangku, kipas angin atau bakul. Ia sengaja diletakkan di hadapan mereka sebelum bersolat. Perbuatan begini mereka lakukan jika bersolat di ruang yang terbuka.

Jika di sana ada dinding atau tiang, yakni objek yang kukuh dan lebih kekal, nescaya mereka memilih untuk melakukan solat mengadap dinding atau tiang itu.  Itu yang lebih utama berbanding objek-objek di atas.  Yang pastinya, mereka tidak membiarkan di hadapan mereka kosong tanpa objek.  Itu bagi orang yang bersolat seorang diri.

Bagi yang solat berjemaah pula, mungkin tuan/puan biasa melihat hanya imam sahaja yang melakukan perkara di atas, sedangkan makmumnya tidak.

Jika tuan/puan tidak pernah melihatnya atau tidak ingat, berikut beberapa gambar sebagai contoh (klik untuk besarkan saiznya):

Almari 
 
Tiang 
 
Peluru kereta kebal 
 
 
Kerusi 

 
Kenapa mereka perbuat begitu?

Hal ini berlaku demikian kerana mereka faham akan sunnah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam!

Sutrah adalah Sunnah Nabi SAW Ketika Bersolat
 
Meletakkan objek di hadapan sebelum mengerjakan solat adalah sunnah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.  Objek ini merupakan pengadang atau pembatas kawasan solat atau istilah yang digunakan oleh Nabi ialah sutrah.

Berikut adalah beberapa hadith Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam mengenai sutrah:

1)

كَانَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقِفُ قَرِيبًا مِنَ السُّتْرَةِ, فَكَانَ بَيْنَهُ وَ بَيْنَ الْجِدَارِ ثَلَاثَةُ أَذْرُعٍ

“Adalah Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam bersolat dekat dengan sutrah (pembatas), maka adalah di antara Baginda dan dinding tersebut adalah 3 hasta.”

(HR al-Bukhari dan Ahmad)

2)

بَيْنَ مَوْضِعِ سُجُودِهِ وَالْجِدَارِمَمَرُّ شَاةٍ

“Jarak di antara tempat sujud Baginda dengan dinding lebih kurang cukup untuk dilalui seekor anak kambing.”

(HR al-Bukhari dan Muslim)

3)

كَانَ اِذَا صَلَّى (فِي فَضَاءٍ لَيْسَ فِيهِ شَيْءٌ يَسْتَتِرُبِهِ) غَرَزَ بَيْنَ يَدَيْهِ حِرْبَةً فَصَلَّى وَالنَّاسُ وَرَاءَهُ

ِ”Apabila Baginda bersolat (di tempat yang tiada sesuatu pun menutupi yakni tempat terbuka), beliau menancapkan tombak di depannya lalu bersolat, dan para sahabat bersolat di belakangnya.”

(HR al-Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah)

4)

وَاَحْيَانًا كَانَ يُعَرِّضُ رَاحِلَتَهُ فَيُصَلِّى اِلَيْهَا

Kadang-kadang Baginda melintangkan haiwan tunggangannya di hadapan Baginda, lalu bersolat mengadap haiwan tersebut.

(HR al-Bukhari dan Ahmad)

5)

صَلَّى – مَرَّةً – اِلَى شَجَرَةٍ

“Baginda pernah bersolat mengadap ke pokok.”

(HR an-Nasa’i dan Ahmad dengan sanad yang sahih)

6)

اِذَا وَضَعَ أَحَدُكُمْ بَيْنَ يَدَيْهِ مِثْلَ مُؤْخِرَةِ الرَّحْلَ فَلْيُصَلِّ وَلَا يُبَالِي مَنْ مَرَّ وَرَءَ ذَلِكَ

“Apabila seseorang di antara kamu telah meletakkan benda atau barang setinggi kayu bahagian belakang pelana, solatlah dengan tidak perlu menghiraukan orang yang melalui di sebelah benda itu.”

(HR Muslim dan Abu Daud)

Itulah beberapa hadith yang sempat dikongsikan di sini untuk kita sama-sama fahami bahawa bersutrah iaitu meletakkan objek pembatas ketika bersolat memang suatu sunnah Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam.  Sayangnya, pengetahuan mengenainya sangat kurang di kalangan masyarakat kita.

Secara Ringkas
 
Secara ringkas mengenai hukum sutrah ialah seperti berikut:
  • Ulama berbeza pandangan mengenai hukum bersutrah, samada wajib atau sunat.  Yang terbaik dan dekat dengan sunnah Nabi ialah bersutrah ketika solat, iaitu dengan meletakkan objek sebagai pembatas kawasan solat.
  • Apabila bersolat seorang diri, sutrah diadakan oleh orang bersolat sendirian itu.  Apabila bersolat secara berjemaah, sutrah diadakan oleh imam sahaja.  Makmum tidak perlu mendirikan sutrah kerana sutrah makmum ialah sutrah imam yang diikutinya.
  • Jika tiada sutrah, bolehlah dibuat garisan sebagai ganti sutrah.
  • Jarak antara tempat sujud dan sutrah ialah sekadar saiz jarak yang membolehkan anak kambing melaluinya.  (bukan sebab hendak beri orang atau anak kambing melaluinya.  Ia adalah untuk anggaran jarak.)
  • Jika ada orang hendak melalui kawasan antara orang yang bersolat dan sutrah, maka hendaklah orang bersolat itu menahan dan melarang.
Semoga dengan mengetahui hal ini, kita semua dapat menghidupkan sunnah bersutrah ketika melakukan solat, in shaa’ ALLAH, amin.

Allahu A`lam.

 


*SUMBER:  muzir.wordpress.com 
 
"Polis Tubuh Pasukan Khas Siasat Budak Dibunuh Dan Dibakar
Posted on Sunday, December 23 @ 01:24:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber MyNewsHub


Polis Johor menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kes seorang kanak-kanak perempuan dipercayai berusia setahun yang dibunuh cara kejam dengan perutnya terburai sebelum dibakar.

Pemangku Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Superintenden Abdul Samad Salleh ketika dihubungi (pihak TV3) memaklumkan pihaknya sedang menunggu hasil bedah siasat. Mayat kanak-kanak perempuan yang dibungkus plastik dengan kesan terbakar itu ditemui di tepi Jalan Salleh, Taman Ungku Aziz, semalam.
Polis turut meminta orang ramai yang melihat kejadian tampil membantu siasatan.
Mereka yang kehilangan kanak-kanak juga diminta tampil membuat laporan di balai polis berdekatan.
Kanak-kanak perempuan dipercayai dibunuh sebelum dibakar secara kejam di kawasan bekas flat Bukit Chagar, Johor Bahru.
Tiada identiti ditemui pada bayi itu dan polis turut menemui kesan minyak petrol dan plastik yang dipercayai untuk membungkus bayi sebelum dibakar.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
P/S: Persoalan yang bermain di kepala…apalah dosa budak setahun sampai perlu dibunuh dan kemudian dibakar? Marilah kita berdoa pelaku yang bertangungjawab ditangkap dan dihukum gantung!
Sumber Berita: TV3.Com
Foto: Kosmo!
Polis Tubuh Pasukan Khas Siasat Budak Dibunuh Dan Dibakar
 
 
Cukai Pintu di Selangor Tidak Turun, Malah Melambung Tinggi (10 Kali Ganda)?
Posted on Sunday, December 23 @ 01:24:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber Berita Semasa Online

Cukai Pintu Selangor Cukai Pintu di Selangor Tidak Turun, Malah Melambung Tinggi (10 Kali Ganda)? RM1,470 Tahun 2011, RM23,040 pada 2013!Cukai pintu di Selangor : Kalau sebelum ini, kita ada mendengar laporan berita yang mana sebilangan rakyat Selangor yang menuntut rumah percuma di Selangor (KLIK SI INI) dan tidak lupa juga kepada golongan ibu tunggal di Selangor juga sempat membuat tuntutan saman (KLIK SINI) dek kerana kerajaan di Selangor di bawah kendalian Pakatan Rakyat tidak menunaikan janji-janji mereka. Dan, yang terbaru…..

Cukai Pintu di Selagor Naik?
Cukai Pintu Selangor Naik Cukai Pintu di Selangor Tidak Turun, Malah Melambung Tinggi (10 Kali Ganda)? RM1,470 Tahun 2011, RM23,040 pada 2013!
SHAH ALAM – Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak akan menurunkan cukai pintu di Selangor termasuklah di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) meskipun telah berjanji untuk melaksanakannya pada pilihan raya umum lalu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan mengenakan cukai pintu di Selangor berdasarkan kegunaan tanah yang mana kadarnya akan dinaikkan sekiranya tanah itu dibangunkan untuk tujuan tertentu seperti industri dan sebagainya.
“Kalau tanah itu tidak dibangunkan, maka cukai pintu yang dikenakan adalah rendah. Apabila tanah itu digunakan untuk bangunkan kilang dan sebagainya, maka cukai pintunya akan berubah (meningkat).
Adakah kalangan yang dikenakan cukai pintu yang rendah disebabkan tanah yang tidak digunakan, mula marah apabila cukai mula dinaikkan dinaikkan kerana mereka majukan tanah tersebut untuk mendirikan kilang sehingga menyebabkan cukai menjadi naik berkali ganda?
“Cukai pintu yang kita berikan itu adalah munasabah mengikut kegunaan tanah. Kalau tidak bayar cukai pintu, bagaimana kita mahu bangunkan Shah Alam,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.
Pada 15 Disember lalu, Pengerusi MCA Bahagian Subang, Lee Wei Kiat menyelar tindakan MBSA menaikkan cukai pintu sehingga 10 kali ganda ke atas penduduk Kampung Baru Subang dan Kampung Baru Sungai Buloh berkuatkuasa pada tahun depan.
“Lebih membebankan, kenaikan cukai ini berlaku hampir setiap tahun apabila ianya meningkat dari tahun 2011 dan 2012. Saya mendapat maklumat ada penduduk yang membayar cukai pintu sebanyak RM1,470 pada tahun 2011, menerima notis bayaran sehingga RM23,040 pada 2013“, katanya.
Naik berkali-kali ganda? Setahu kami, tanah kosong…cukai rendah. Tanah yang dimajukan untuk didirikan kilang, dan naik bangunan tinggi-tinggi, cukainya pun tinggi juga. Adakah ini sebabnya cukai pintu tersebut dinaikkan melonjak sebegitu rupa?
Sambil menyifatkan kenaikan cukai pintu di Selangor itu sebagai keterlaluan, Wei Kiat turut mendesak supaya MBSA dan kerajaan negeri di bawah pimpinan pakatan pembangkang menarik balik kenaikan cukai pintu tersebut.
Manisfesto : Cukai Pintu di Selangor
Manifesto Cukai Pintu Cukai Pintu di Selangor Tidak Turun, Malah Melambung Tinggi (10 Kali Ganda)? RM1,470 Tahun 2011, RM23,040 pada 2013!
Pada 17 Disember lalu, Koordinator Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed pula menyatakan kenaikan tersebut bercanggah dengan manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum 2008 yang mahu menurunkan 20 peratus cukai pintu bagi kediaman dan 10 peratus peratus bagi premis peniagaan di Selangor.
Sebelum buat rumah, kilang, bangunan dan sebagainya, ianya dinilai sebagai tanah kosong. Sememangnya murah cukai taksirannya. Apabila sudah siap bangunannya, lain pula nilainya.
Tanah pertanian seekar cukainya kadang-kadang sekitar RM7-RM20 sahaja. Andaikata tanah tersebut merupakan tanah status industri,  cukai yang dikenakan juga berkali-kali ganda. Dan…senario seperti itu sebenarnya bukan sahaja di Selangor, di negeri-negeri lain begitulah juga aturannya.
“Cukai naik apabila status tanah bertukar daripada tanah pertanian menjadi bangunan @ industri”
Cadangan kami, untuk mendapatkan semula cukai yang lama antara RM7-RM20 tukarkan semula status tanah kepada tanah pertanian dan tanam pokok getah/kelapa sawit/padi.
Andaikata setakat tapak kediaman, memang tidak sepatutnya naik kerana membebankan. Cukup kekalkan caj yang sedia ada…
Cuma apa yang kami lihat sekarang ini, mungkin pada masa akan datang terutamanya melibatkan pembentangan manisfesto baik daripada Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat menjelang Pilihanraya Umum ke 13 kelak, adalah lebih baik setiap rakyat Malaysia berhak dan sepatutnya bertanya sebarang persoalan supaya masing-masing sedia maklum hak mereka sebelum memberikan undi dan mandat kepada parti politik yang bertanding.
PP/S : Sekadar pendapat daripada kami, mungkin anda ada respon balas yang bertentangan dan berlainan daripada kami? Apa kata rakyat Selangor tentang cukai pintu di Selangor setakat ini?
Cukai Pintu Selangor Cukai Pintu di Selangor Tidak Turun, Malah Melambung Tinggi (10 Kali Ganda)? RM1,470 Tahun 2011, RM23,040 pada 2013!
Semak Berita Selanjutnya


Tiada ulasan:

Catat Ulasan