Ahad, 30 Disember 2012

BETULKE...KENA REDALAH...UJIAN ALLAH....ATAU MUSIBAH DARI ALLAH...MAKA MUHASABAH DIRILAH

Rumah Jamaluddin Jarjis dan Zulhasnan Rafique antara yang terlibat dalam insiden tanah runtuh di Setiawangsa rupanya..


Menurut Penolong Pengerusi Persatuan Penduduk Puncak Setiawangsa Fauziah Jamaludin, dianggarkan 20 banglo terdapat di kawasan puncak bukit Setiawangsa yang runtuh baru-baru ini.

Dan ada sumber mendakwa kebanyakkan rumah-rumah mewah yang berada dipuncak bukit Setiawangsa itu adalah milik Pemimpin-pemimpin UMNO.

Antaranya ialah bekas Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis, Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan bekas ketua Pemuda UMNO Setiawangsa Izuddin juga terletak di puncak berkenaan.

Rumah Zulhasnan Rafique (kiri)

Selain itu Pegawai tadbir dan diplomatik di Jabatan Perdana Menteri juga tinggal di Taman Puncak Setiawangsa itu.

Bagaimanapun menurut Jamaludin Jarjis beliau seolah-olah merasakan sesuatu kejadian buruk bakal berlaku di kawasan itu lalu membuat persiapan awal dengan memindahkan barang ke rumah lain sejak tiga bulan lalu. baca di ( SINI )

Haa.. korang tengok betapa hebatnya pemimpin UMNO tinggal diatas puncak bukit, dalam Bungalo, nak jumpa pun susah pasal nak kena daki bukit..

Tapi yang bermati-matian mempertahankan mereka dan mengambil upah RM30 untuk memaki hamun pemimpin Pakatan Rakyat hanya tinggal di flat saja.. sedangkan Lembu yang diternak suami Sharizat pun tinggal di kondo.. ha..ha..ha..

Kenapa runtuh agaknya??

Baca laporan lebih lengkap di sini ( Kebanyakan Rumah Di Puncak Setiawangsa Rumah Orang Umno )


Rasa hati jadi penyelamat

Oleh KALIDEVI MOGAN KUMARAPPA dan RAJA NORAINA RAJA RAHIM
am@hmetro.com.my

INI DIA...sebahagian benteng musnah akibat tanah runtuh  Taman Puncak Setiawangsa.
INI DIA...sebahagian benteng musnah akibat tanah runtuh Taman Puncak Setiawangsa.
KUALA LUMPUR: “Disebabkan rasa tak sedap hati, saya memindahkan sebahagian besar barang dalam rumah ini sejak tiga bulan lalu,” kata bekas Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis.
Beliau antara 88 penghuni rumah yang terpaksa berpindah akibat tanah runtuh yang mengakibatkan sebahagian besar benteng konkrit pada lereng bukit di Bukit Setiawangsa rosak, selain merosakkan beberapa rumah, jam 10 malam kelmarin.

Jamaludin berkata, beliau seolah-olah merasakan sesuatu kejadian buruk bakal berlaku di kawasan itu lalu membuat persiapan awal dengan memindahkan barang ke rumah lain sejak tiga bulan lalu.


“Saya tidak sedap hati untuk terus tinggal di sini dan membuat keputusan memindahkan barang sebagai persediaan awal.

“Ketika kejadian, isteri saya berada di rumah namun terselamat dan tidak cedera,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penghuni di kawasan berkenaan, Siti Mahfudzah Ashahril, 34, berkata dia melihat beberapa individu memeriksa tebing tengah cerun itu kelmarin, manakala pada waktu petang pasukan bomba melakukan pemantauan, menyebabkannya terdetik mungkin ada masalah dengan tanah.
“Jangkaan saya tepat apabila jam 10 malam, saya dengar bunyi siren. Beberapa minit kemudian, saya lihat jiran berpusu-pusu keluar dari rumah masing-masing,” katanya.

Beliau yang baru dua bulan menyewa di rumah itu tidak menyangka kejadian terbabit bakal berlaku.
“Saya dengar bunyi siren jam 10 malam. Pada mulanya saya sangka tiada perkara serius berlaku kerana rumah saya di bahagian belakang dan tidak dengar bunyi runtuhan.

“Jam 11 malam, saya dengar bunyi bising dan lihat jiran keluarkan kereta. Saya juga diarah keluar dan baru tahu ada tebing runtuh dan menjejaskan sebuah rumah,” katanya.

Mahfudzah yang bekerja sebagai pegawai tadbir dan diplomatik di Jabatan Perdana Menteri mengesyaki kejadian itu ada kaitan dengan penyelenggaraan saliran air.

“Memang sekarang sering hujan, namun saya tidak rasa kejadian ini (tebing runtuh) disebabkan cuaca.

“Yang saya bimbangkan ialah keselamatan kami sekeluarga, tambahan pula persekolahan bakal bermula tidak lama lagi. Anak saya bersekolah berhampiran tempat tanah runtuh,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Menurutnya, dia dan suami serta tiga anak berusia lapan hingga enam bulan terpaksa berpindah keluar jika pihak berkuasa mengarahkan mereka keluar.

Seorang lagi penduduk yang tinggal berhampiran kawasan runtuhan, Veronika Thoene, 45, berkata, ketika kejadian, dia mendengar bunyi bising dan menyangka ia bunga api sempena sambutan perayaan.


Kebanyakan Rumah Di Puncak Setiawangsa Rumah Orang Umno

PERISTIWA                                                                                                                      

Selepas kembali dari majlis meraikan perkahwinan anak Ahli Parlimen Tumpat Kamarudin Jaffar (Saiful Adli dengan Norita Syazana) di Kelana Jaya tengah hari tadi, saya bersama Dr Wan Suhaimi Wan Daud melencung ke tempat kejadian tanah runtuh di Bukit Setiawangsa, Kuala Lumpur yang berlaku jam 10 malam tadi.

Runtuhan dilihat dari jalan Jalatek.
Lokasi tempat kejadian itu berhampiran saja kawasan saya yang jaraknya tidak sampai 2 kilometer.

Semalam lagi saya telah mengetahui akan kejadian itu tetapi tidak berapa ada 'angin' untuk menjenguknya.  Tidak seperti biasa, kalau terdengar kejadian seperti itu saya akan 'berunga-runga' untuk mengetahuinya. Tetapi tidak kali ini, kenapa?

Kiri ialah rumah Zulhasnan Rafique.
Khabarnya di situ adalah kediaman orang-orang kaya. Orang bangsawan. Kalau orang miskin dan marhain mereka tidak menghuni di situ. Jadi kalau orang kaya dan bangsawan mereka tidak menghadapi apa-apa keuslitan selalunya pasukan penyelamat yang kebanyakan milik kerajaan akan bergegas segera ke tempat itu.

Bukan saja ambulan yang pakai van atau lori, tetapi helekopter juga mungkin boleh digunakan untuk mengangkut penghuni yang terkepong atau bermasalah kalau diperlukan.

Kerana berfikir (jahat) begitulah maka kejadian itu tidak menjadi sesuatu yang terdesak bagi saya untuk mempedulikannya.

Bongkah simen yang terumpil dan runtuh.
Pagi tadi lagi seorang kawan, Zulkefli Sulong telah menghubung saya menerusi SMS beliau bertanya apakah banglo yang terlibat itu milik ahli Parlimen Setiawangsa, Zulhasnan Rafique. Saya jawab tidak tanpa berselera untuk menyiasatnya.

Semasa berjumpa di majlis kenduri kahwin anak Kamarudin tadi, sekali lagi berjumpa dengan Zulkifli dan beliau sekali bertanya hal itu. Cara dia bertanya seolah-olah beliau tidak yakin dengan jawaban saya bahawa salah sebuah rumah yang terbabit dengan kejadian itu bukan rumah Zulhasnan Rafiqeu.

Tidak banyak cerita sekembali dari kenduri itu saya bersama Wan Suhaimi ke tempat kejadian.

Tempelan simen terkoyak.
Dari atas Jalan Jaletek (flayover) lagi sudah kelihatan kesan-kesan runtuhan. Di puncak bukit Setiawangsa itu tersergam dua buah banglo yang terletak betul-betul di pinggir puncak berkenaan. Di tengah antara dua banglo itu kelihantan kesan runtuhan, dan bongkah-bongkah simen yang terkopel, retak dan menggelunsur turun.

Setelah melihat itu baru hati teruntun untuk melihat dari dekat. Saya tidak fikir kejadian itu seserius itu dan membahayakan. Mungkin kerana tidak ada kemalangan jiwa menyebabkan ia tidak meruntun hati saya untuk segera ke tempat itu.

Sisah runtuhan menutup jalan utama di pinggir bukit.
Seperti dikatakan tadi kerana kediman itu bukan kediaman marhain jadi tidak sesuai dan sepantasnya orang marhain seperti kita untuk segera melihat?

Semasa kami memasuki ke puncak berkenaan, banyak kereta yang keluar masuk. Orang ramai yang datang untuk melihat kesan runtuhan atau melawat saudara marah.

Di kawasan itu kini sudah menjadi seperti kawasan perkelahan. Ia dipenuhi dengan orang ramai, wartawan dan juga pasukan penyelamat. Semua pasukan ada; bomba, polis, DBKL, JKR dan segala macam yang mengawal dan sedang membuat pemamtauan.
Dari kejauhan nampak banglo di atas puncak.

Masa ini runtuhan atau pergerakan tanah sedang berlaku secara perlahan-lahan. Ia berpotensi akan mengalami keruntuhan lebih parah lagi sekiranya hujan lebat melanda. Penduduk berhampiran puncak bukit berkenaan sudah pun dipindah. Pihak berkuasa juga menandakan kawasan yang dilarang memasuki kawasan berdekatan.

Beberapa ambulan siap sedia hadapi kemungkinan.
Siapakah yang mendiami rumah banglo di puncak berkenaan? Menurut seorang penduduk di Persiaran Setiawangsa 1, antara yang menghuni di puncak bukit itu termasuk beberapa orang ahli politik. Mereka, Zulhasnah Rafiueq di mana rumah MP Setiawangsa itu kelihatan dengan jelas terancam dengan rutuhan itu. Rumah Zulhasnah antara dua buah rumah yang terletak di pinggir puncak dan benar-benar diancam bahaya.

Selain rumah Zulhansah terdapat beberapa rumah orang tokoh politik lain. Rumah ahli Parlimen Rompin, Jamaluddin Jarjis juga berada dipuncak bukit berkenaan. Bagaimana pun menurut penduduk itu tidak dipastikan apakah Jamaluddin tinggal masih tinggal di situ atau tidak. Selain itu rumah saudara kepada wakil rakyat dari Perak. Manakala menurut Wan Suhaimi rumah bekas ketua Pemuda Umno Setiawangsa Izuddin juga terletak di puncak berkenaan.

Kebetulan rumah-rumah mewah yang berada dipuncak bukit Setiawangsa itu semuanya rumah orang-orang Umno. "Nasib baik rumah saya jauh di bawah bukan di puncak," kata penduduk itu sambil meminta berdoakan untuk kesejahtran beliau dan semua yang tinggal disitu.  [wn.kl.7:01 pm 29/12/12]

 Gambar Runtuhan Tanah Di Puncak Setiawangsa, Kuala Lumpur. Hebatnya Ciptaan Manusia Membuat Benteng Daripada Tanah Runtuh,,,, Namun, Ia Tidak Mampu Untuk Halang Kehendak & Kuasa Allah SWT... Peringatan Untuk Kita Bersama..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan