Rabu, 28 November 2012

NAK LETAK BALIK ORANG DAH ROSAK NAMA BAIK...YANG ADA PUN DAH TENAT BUSUK...MENANG MUDAH KE ATAU KALAH MUDAH.....HANYA ALLAH SAJA YANG TAHU

Kelantan berhak laksana tuntutan Islam - DHPP

Hazayani Zakaria, 28 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), N Balasubramaniam (gambar) berpandangan tidak salah jika Kerajaan Kelantan melaksanakan perundangan Islam untuk memelihara kesucian agama itu.

Beliau berkata, Kelantan yang diperintah PAS berhak melaksanakan perundangan Islam bagi mengelakkan orang Islam di negeri itu memandang remeh hukum hakam agama.

"Kelantan diperintah Kerajaan Islam, jadi mestilah nak laksanakan undang-undang Islam. Kadang-kadang mereka kata salun uniseks untuk orang bukan Islam tapi ada juga orang lelaki Islam yang pergi, jadi timbul isu ini," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Tinjauan satu sumber kelmarin mendapati bukan muslim di Kota Bharu selesa dengan peraturan kedai gunting dan salun yang mengasingkan antara lelaki dan perempuan sebagaimana disyaratkan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI).

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata kerajaan negeri bersedia menerima risiko untuk disaman oleh bukan Islam kerana setiap dasar yang dibuat kerajaan negeri selari dengan peruntukan Perlembagaan.

Balasubramaniam berkata, beliau bimbang jika Kerajaan Kelantan melonggarkan undang-undang, akan wujud premis-premis yang tidak disenangi orang Islam.

"Kalau undang-undang ini dilonggarkan nanti mungkin ada pihak yang nak buka kedai judi atau arak dan sebagainya.

"Jadi perkara ini harus diselesaikan secara baik, jangan jadikan isu politik pula," katanya.

Prestasi bola sepak Selangor masih dibangga

Harakahdaily, 28 Nov 2012
SHAH ALAM: Pencapaian pasukan bola sepak Selangor menduduki tangga ketiga dalam saingan Liga Malaysia 2012 disifatkan suatu pencapaian yang masih boleh dibanggakan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia dan Sukan negeri, Dr Ahmad Yunus Hairi (gambar) berkata, kejayaan pasukan Selangor itu lebih baik berbanding pasukan lain yang berbelanja tinggi tetapi tiada impak, lapor Selangorku.

Walau bagaimanapun, bagi musim 2013 seramai 11 pemain baru diserapkan ke dalam skuad bola sepak ini yang terdiri daripada bekas pemain Harimau Muda, bekas pemain pasukan negeri lain dan bekas pemain Piala Presiden Selangor.

“Seramai 12 pemain lama dan kurang berkesan ditukarkan dan diganti dengan pemain baru bagi menggalas misi pada tahun hadapan,” katanya yang juga Adun Sijangkang.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan daripada Dr Shafie Abu Bakar (PAS-Bangi) ketika sidang Dewan Undangan Negeri Selangor (DNS) mengenai prestasi skuad bola sepak Selangor hari ini.

Dalam saingan Piala Malaysia 2012 lalu, pasukan Selangor tewas di peringkat separuh akhir kepada pasukan Kelantan.

Dalam pada itu, Kerajaan Negeri turut bersetuju akan memberikan insentif kepada pemain bola sepak Selangor jika berjaya mendapat sebarang piala dalam setiap kejohanan yang disertai.

Selain itu, Dr Ahmad Yunus turut menyifatkan penglibatan ahli politik dalam sukan bola sepak di negara ini tidak menjadi suatu kesalahan besar jika komitmen yang diberikan sepadan dengan tanggungjawab yang dipikulnya dalam pasukan itu.

“Jika ahli politik dapat memberikan komitmen yang tidak dapat diberikan oleh orang biasa, pada saya, ia tidak menjadi suatu kesalahan demi meningkatkan mutu permainan bola sepak sesuatu pasukan itu,” katanya lagi.

Potongan cukai pintu 25% pangsapuri kos rendah

Harakahdaily, 28 Nov 2012
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor bakal memperkenal satu lagi inisiatif baru kepada pemilik pangsapuri kos rendah di negeri itu iaitu memberi potongan 25 peratus cukai pintu.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Iskandar Abdul Samad (gambar) berkata, potongan diberikan terus kepada pemilik ketika membuat bayaran cukai pintu di pejabat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bersama borang khas.
Katanya, potongan itu bukan sahaja tertakluk kepada permohonan semua pemilik di sesebuah pangsapuri, tetapi juga terpakai permohonan individu.
“Walaupun seorang pemilik membuat permohonan, beliau akan mendapat potongan 25 peratus.
“Setiap permohonan mestilah disertakan bersama borang khas yang disahkan oleh pengerusi JMC atau MC, Pesuruhjaya Bangunan (COB) PBT atau Ahli Majlis PBT,” katanya dipetik Selangorku.
Beliau menambah, potongan juga hanya untuk pangsapuri-pangsapuri yang didiami oleh pemilik atau waris pemilik.
Jelasnya lagi, Kerajaan Negeri masih belum ada bilangan pemilik yang diberikan potongan kerana polisi ini baru sahaja dikuatkuasakan pada bulan September lepas.
“Data-data ini akan diperolehi daripada PBT-PBT pada akhir tahun ini.
“Dari data ini, satu kajian juga akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk menentukan sama ada dengan potongan cukai maka lebih ramai pemilik membayar yuran penyelenggaraan pangsapuri mereka,” ujar beliau lagi.

 
'Hanya tinggal 15 minggu lagi sebelum p'raya'

Seorang perwakilan Pemuda Umno hari ini berkata anggota parti hanya mempunyai masa kira-kira 15 minggu untuk bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.Ketua Pemuda Umno Bahagian Cameron Highlands, Wan Azizi Ahmad berkata, presidennya Datuk Seri Najib Abdul Razak mengingatkan demikian dalam sesi taklimat tertutup bersama para perwakilan perhimpunan, semalam.
"Dari semalam kita mahu BN menang. Tapi percayalah dan bersetuju kalau saya katakan bahawa di peringkat cawangan dan bahagian ada perkara yang boleh mengalahkan BN.

"Jadi harapan saya, sepertimana yang dikata oleh presiden semalam, kita hanya ada lebih kurang dalam 15 minggu sahaja lagi untuk menghadapi PRU 13.
"Tolonglah pasukan pemantau turun segera. Jangan retorik sangat bahagian kita sudah selesa dan selamat. Tidak.

"Oleh itu sidang perwakilan, marilah sama-sama tadah tangan berdoa kepada Allah taala. Bukan untuk kehancuran parti orang lain tapi untuk pastikan parti kita terus kekal ke akhir zaman," kata Wan Azizi sambil membacakan doa.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Persidangan Pemuda Perhimpunan Agung Umno ke-66 di PWTC hari ini.
Selain itu, Wan Azizi turut berterima kasih terhadap kepimpinan Umno kerana menubuhkan pasukan pemerhati bagi mengawal tindak tanduk ahli parti di peringkat akar umbi.

"Terima kasih pimpinan yang tubuhkan pasukan pemantau. Tapi tak tahu benda ini (pasukan pemantau) dah berjalan ke belum. Sebagai ketua bahagian, mungkin tak dimaklumkan (bahawa) geng pemantau ini turun (memantau).

"Sebagai ketua, tolong tengok sikit kalau duit tak turun. Ini luahan hati seorang ketua pemuda bahagian. Bila tak buat kerja, salah siapa? Orang muda juga yang salah," katanya lagi.

Deepak dakwa bayar keluarga Najib bagi urusan tanah

EKSKLUSIF Ahli perniagaan Deepak Jaikishan mendakwa bahawa beliau membayar keluarga Datuk Seri Najib Abdul Razak sejumlah yang tidak didedahkan untuk campurtangan perdana menteri bagi membolehkannya menjadi satu pihak dalam satu perjanjian projek Kementerian Pertahanan.
Menurut Deepak, dia memeterai satu perjanjian dengan syarikat milik seorang pemimpin Umno Selangor di mana beliau menjadi pihak ketiga dalam projek tersebut.

NONEIni bermula, jelas Deepak, dengan satu perjanjian penswastaan pada
tahun 2005 di mana syarikat itu telah ditugaskan untuk mengendalikan satu projek Kementerian Pertahanan di Putrajaya.

Sebagai pertukaran bagi projek yang dianggar bernilai RM100 juta itu, yang akan dibina oleh syarikat itu dengan pembiayaannya sendiri, syarikat tersebut akan dibayar RM20 juta oleh kerajaan dan akan memperolehi 223.3 ekar tanah kerajaan di Klang.

Bagaimanapun, Deepak berkata, ahli politik berkenaan tidak mempunyai kepercayaan kredit pada masa itu untuk mendapatkan bon tanah RM72.5 juta yang diperlukan bagi projek tersebut dan oleh itu, telah menemuinya untuk mendapatkan bantuan.

Perjanjian itu, katanya, akan memerlukan beliau mendapatkan bon tanah RM72.5 juta dan ditambah RM23 juta dalam bayaran tunai kepada syarikat tersebut.

Sebagai balasan, kata Deepak, syarikat ahli politik tersebut akan memberinya pemilikan hartanah berkenaan, yang merupakan sekeping tanah prima bersebelahan dengan bandar Alam Setia yang kini pesat berkembang.

najib abdul razak in perth chogm 1Nama ahli politik dan syarikat terlibat dirahsiakan sementara
menunggu jawapan mereka kepada permintaan Malaysiakini bagi mendapat komen.

"Beliau gagal untuk mendapatkan kerajaan bersetuju bon tanah dikeluarkan kepada pihak ketiga kerana di bawah penswastaan, syarikat yang mendapat (projek) penswastaan, tanah mesti kekal di bawah nama mereka.

"Jadi, saya menganjurkan satu mesyuarat untuk beliau bertemu (Najib), yang pada masa itu adalah menteri pertahanan kita, untuk membenarkan tanah ini dipindahkan kepada syarikat pihak ketiga," katanya.

Deepak berkata pemindahan itu dapat dilakukan selepas beliau "menyumbang banyak" kepada keluarga Najib.

Berikut adalah petikan wawancara Malaysiakini dengan Deepak:

  • MA Iskandar MA Iskandar · · Pengulas Tertinggi
    Semua phk sdh tahu BN ada masaalah bsr dlm Pru 13, masing2 cb mendedahkan keburukan pemimpin2 Bn, dr peringkat peguamcara negara, bks KP, kini ahli perniagaan.Mgkin ada lg pendedahan akn berlaku, mgkin melibatkan Mantan PM dan peringatan pd Pemimpin2 politik, jauhilah perkara2 keji sb Allah dgn mudah terbalikkan hati manusia utk berckp bnr.Pru 13 akn mencatat era baru politik malaysia, pemimpin2 yg baik, amanah, bersih dr korup dan rakyat akn dpt nikmati hasilnya.Malaysia akn muncul negara paling berjaya diAsia.

    • UncleManai AR · · Pengulas Tertinggi
      Alhamdulillah semoga muslimin muslimat rakyat malayisa dianugerah limpah kurnia taufiq dan hidayah, yang pastinya selepas PRU-13 BN masih memerintah inshaAllah. Amin.....

    • Asri Aris Mohamed · · Pengulas Tertinggi · Kuli di Penarek Becha
      UncleManai AR ,Alhamdulillah semoga muslmin muslmat dianugerah limpah kurnia taufiq dan hidayah,yang pastinya selepas PRU-13 PR akan memerintah InsyaAllah..Amin..

    • Pertama Tengah Akhir Mati
      BALA BALA BALA -> BAGI UMNO DAN BN

      DEEPAK -> BAGI UMNO DAN BN

      Bencana sering diidentikan dengan sesuatu yang buruk

      Hakikatnya, semua fenomena ini merupakan Bala Bencana yang diturunkan oleh Allah taala di atas sebarang bentuk kekufuran, kemunafiqan, kefasiqan, dan kezaliman tangan-tangan manusia, samada yang bergelar Islam atau tidak Islam, samada rakyat atau pemimpin, samada orang yang tahu dalam hal agama ataupun jahil dalam hal agama. Semua kategori ini, antara penyebab kepada berlakunya segala permasalahan, kehuru-haraan, serta bala bencana yang kian menimpa manusia hari ini.

      Benarlah firman Allah taala di dalam Surah ar-Ruum, ayat 41 yang bermaksud: "Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia. Ini kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)".

    • Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
      UMNO(BN) PASTI KALAH DALAM PRU13..

  • Fadzel Sulaiman · Pengulas Tertinggi
    Jeng... jeng... jeng.... deepak sudah mari mau "ngap" itu najib dan rosmah... "mah...! mah...! tolong abang, mah...!!! waaa... waaa... waaa.... maaaahhhh..!!! abang takut, maahhhh...!!!" raungan najib bertalu-talu tak diendahkan oleh rosmah sebab dia pun kene "ngap" dgn deepak.... kakakakaka.... sila sambung cerekarama ni......

    • Pertama Tengah Akhir Mati
      BALA BALA BALA -> BAGI UMNO DAN BN

      DEEPAK -> BAGI UMNO DAN BN

      Bencana sering diidentikan dengan sesuatu yang buruk

      Hakikatnya, semua fenomena ini merupakan Bala Bencana yang diturunkan oleh Allah taala di atas sebarang bentuk kekufuran, kemunafiqan, kefasiqan, dan kezaliman tangan-tangan manusia, samada yang bergelar Islam atau tidak Islam, samada rakyat atau pemimpin, samada orang yang tahu dalam hal agama ataupun jahil dalam hal agama. Semua kategori ini, antara penyebab kepada berlakunya segala permasalahan, kehuru-haraan, serta bala bencana yang kian menimpa manusia hari ini.

      Benarlah firman Allah taala di dalam Surah ar-Ruum, ayat 41 yang bermaksud: "Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia. Ini kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)".

  • Wfauzdin Ns · · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Ex Army · 239 subscribers
    Satu demi satu bencana menimpa najib dan umno.....berkat doa kita utk hancurkan umno....mungkin juga kesan sumpah laknat najib di permatang pauh dulu sedikit demi sedikit mkn diri.....

    • Wan Rohadi · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Sendiri
      Umno ko..

    • Pertama Tengah Akhir Mati
      BALA BALA BALA -> BAGI UMNO DAN BN

      DEEPAK -> BAGI UMNO DAN BN

      Bencana sering diidentikan dengan sesuatu yang buruk

      Hakikatnya, semua fenomena ini merupakan Bala Bencana yang diturunkan oleh Allah taala di atas sebarang bentuk kekufuran, kemunafiqan, kefasiqan, dan kezaliman tangan-tangan manusia, samada yang bergelar Islam atau tidak Islam, samada rakyat atau pemimpin, samada orang yang tahu dalam hal agama ataupun jahil dalam hal agama. Semua kategori ini, antara penyebab kepada berlakunya segala permasalahan, kehuru-haraan, serta bala bencana yang kian menimpa manusia hari ini.

      Benarlah firman Allah taala di dalam Surah ar-Ruum, ayat 41 yang bermaksud: "Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia. Ini kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)".

  • Suparjo Supar · Pengulas Tertinggi
    BN belum kalah lagi dah ramai pihak tampil dedahkan macam macam kalau dah kalah PRU 13 nanti tak tahu nak cakap le..

    • Pertama Tengah Akhir Mati
      BALA BALA BALA -> BAGI UMNO DAN BN

      DEEPAK -> BAGI UMNO DAN BN

      Bencana sering diidentikan dengan sesuatu yang buruk

      Hakikatnya, semua fenomena ini merupakan Bala Bencana yang diturunkan oleh Allah taala di atas sebarang bentuk kekufuran, kemunafiqan, kefasiqan, dan kezaliman tangan-tangan manusia, samada yang bergelar Islam atau tidak Islam, samada rakyat atau pemimpin, samada orang yang tahu dalam hal agama ataupun jahil dalam hal agama. Semua kategori ini, antara penyebab kepada berlakunya segala permasalahan, kehuru-haraan, serta bala bencana yang kian menimpa manusia hari ini.

      Benarlah firman Allah taala di dalam Surah ar-Ruum, ayat 41 yang bermaksud: "Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia. Ini kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)".

  • Sabtu Ahad · Pengulas Tertinggi · UKM(Kej Awm)
    Nah tu dia no..disebalik kaitan Mr Deepak ni dlam kes akuan bersumpah bala berhubung pembunuhan sadis Altantuya, seperti terduga pasti ade kaitan tersembunyi.....moral ds najib terus merudum...bagaimane die mu mengurus negare dalam beliau menghadapi pelbagai isu yang tk sepatutnye tidak ade pade seorang perdana menteri beruagama Islam......!

    • Pertama Tengah Akhir Mati
      BALA BALA BALA -> BAGI UMNO DAN BN

      DEEPAK -> BAGI UMNO DAN BN

      Bencana sering diidentikan dengan sesuatu yang buruk

      Hakikatnya, semua fenomena ini merupakan Bala Bencana yang diturunkan oleh Allah taala di atas sebarang bentuk kekufuran, kemunafiqan, kefasiqan, dan kezaliman tangan-tangan manusia, samada yang bergelar Islam atau tidak Islam, samada rakyat atau pemimpin, samada orang yang tahu dalam hal agama ataupun jahil dalam hal agama. Semua kategori ini, antara penyebab kepada berlakunya segala permasalahan, kehuru-haraan, serta bala bencana yang kian menimpa manusia hari ini.

      Benarlah firman Allah taala di dalam Surah ar-Ruum, ayat 41 yang bermaksud: "Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia. Ini kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)".

  • Mohd Yusof Abdul Aziz · Pengulas Tertinggi · Universiti Malaya
    SPRM buat tak dengar sahaja ke?

    • Conspiracy Cavalera · Pengulas Tertinggi · Sekolah Rendah Tunku Putra
      SPRM BUAT X DENGAR PASAI MANGKOK NI ADIK ROSMAH...

    • Pertama Tengah Akhir Mati
      BALA BALA BALA -> BAGI UMNO DAN BN

      DEEPAK -> BAGI UMNO DAN BN

      Bencana sering diidentikan dengan sesuatu yang buruk

      Hakikatnya, semua fenomena ini merupakan Bala Bencana yang diturunkan oleh Allah taala di atas sebarang bentuk kekufuran, kemunafiqan, kefasiqan, dan kezaliman tangan-tangan manusia, samada yang bergelar Islam atau tidak Islam, samada rakyat atau pemimpin, samada orang yang tahu dalam hal agama ataupun jahil dalam hal agama. Semua kategori ini, antara penyebab kepada berlakunya segala permasalahan, kehuru-haraan, serta bala bencana yang kian menimpa manusia hari ini.

      Benarlah firman Allah taala di dalam Surah ar-Ruum, ayat 41 yang bermaksud: "Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia. Ini kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)".

  • AkuHamid Seman · · Pengulas Tertinggi · QUT, ITU
    Pulok doh........ Seperti biasa ada orang percaya dengan yakin, ada yang percaya separuh yakin, bahkan ada yang menidakkan dengan yakin......... Aku mulai was-was pada Najib.

    • Pertama Tengah Akhir Mati
      BALA BALA BALA -> BAGI UMNO DAN BN

      DEEPAK -> BAGI UMNO DAN BN

      Bencana sering diidentikan dengan sesuatu yang buruk

      Hakikatnya, semua fenomena ini merupakan Bala Bencana yang diturunkan oleh Allah taala di atas sebarang bentuk kekufuran, kemunafiqan, kefasiqan, dan kezaliman tangan-tangan manusia, samada yang bergelar Islam atau tidak Islam, samada rakyat atau pemimpin, samada orang yang tahu dalam hal agama ataupun jahil dalam hal agama. Semua kategori ini, antara penyebab kepada berlakunya segala permasalahan, kehuru-haraan, serta bala bencana yang kian menimpa manusia hari ini.

      Benarlah firman Allah taala di dalam Surah ar-Ruum, ayat 41 yang bermaksud: "Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia. Ini kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)".

  • Mohd Akhbar · Pengulas Tertinggi · Ipoh, Perak
    para mufti dan ulamak kerajaan terus mahu rakyat sokong umno,, walau sampai tahap ini kerakusan pemimpin2 nya, taktakut kah ulamak2 ini pd amaram ALLAH, agar tidak menyebelahi pemimpin2 korup,,, ulamak oh ulamak,, dimanakah kau campakkan ilmu yg kamu belajar tempoh hari, apakah yg kau akan jawab dihadapan allah diakhirat nanti?

  • Jalil Ghani · Pengulas Tertinggi · Segamat
    benarlah sekarangni bila tengok pakistan jual karpet dan india nasi kandar makin banyak kat bandar dan kampong kat malaysia ni......dah suap keluarga puak puak najib dan umporno.....hai...hai BN binasa negara

    • Pertama Tengah Akhir Mati
      BALA BALA BALA -> BAGI UMNO DAN BN

      DEEPAK -> BAGI UMNO DAN BN

      Bencana sering diidentikan dengan sesuatu yang buruk

      Hakikatnya, semua fenomena ini merupakan Bala Bencana yang diturunkan oleh Allah taala di atas sebarang bentuk kekufuran, kemunafiqan, kefasiqan, dan kezaliman tangan-tangan manusia, samada yang bergelar Islam atau tidak Islam, samada rakyat atau pemimpin, samada orang yang tahu dalam hal agama ataupun jahil dalam hal agama. Semua kategori ini, antara penyebab kepada berlakunya segala permasalahan, kehuru-haraan, serta bala bencana yang kian menimpa manusia hari ini.

      Benarlah firman Allah taala di dalam Surah ar-Ruum, ayat 41 yang bermaksud: "Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia. Ini kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)".

  • Kamarulzaman Yusof · Pengulas Tertinggi
    wahh,..!!!!! Deepak sudah baling itu bom tangan lah,..sedikit cerita sudah meletop,..mari kita tunggu adakah Deepak akan meletopkan C4 pula selepas ini..........

    • Azlan Alang · Rawang, Selangor
      Best oooo perang bermulaaa

    • Kamarulzaman Yusof · Pengulas Tertinggi
      meh kito tengok lan..hahahha

    • Pertama Tengah Akhir Mati
      BALA BALA BALA -> BAGI UMNO DAN BN

      DEEPAK -> BAGI UMNO DAN BN

      Bencana sering diidentikan dengan sesuatu yang buruk

      Hakikatnya, semua fenomena ini merupakan Bala Bencana yang diturunkan oleh Allah taala di atas sebarang bentuk kekufuran, kemunafiqan, kefasiqan, dan kezaliman tangan-tangan manusia, samada yang bergelar Islam atau tidak Islam, samada rakyat atau pemimpin, samada orang yang tahu dalam hal agama ataupun jahil dalam hal agama. Semua kategori ini, antara penyebab kepada berlakunya segala permasalahan, kehuru-haraan, serta bala bencana yang kian menimpa manusia hari ini.

      Benarlah firman Allah taala di dalam Surah ar-Ruum, ayat 41 yang bermaksud: "Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia. Ini kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)".

    • Azlan Alang · Rawang, Selangor
      Aku kt Tesco ni haaa...xmau tgk nnt korang load jo den baco...

  • Mus Mashkadov · Pengulas Tertinggi
    Najib tgh kena goreng dgn Yidin... hahahhahhahaha...

    • Pertama Tengah Akhir Mati
      BALA BALA BALA -> BAGI UMNO DAN BN

      DEEPAK -> BAGI UMNO DAN BN

      Bencana sering diidentikan dengan sesuatu yang buruk

      Hakikatnya, semua fenomena ini merupakan Bala Bencana yang diturunkan oleh Allah taala di atas sebarang bentuk kekufuran, kemunafiqan, kefasiqan, dan kezaliman tangan-tangan manusia, samada yang bergelar Islam atau tidak Islam, samada rakyat atau pemimpin, samada orang yang tahu dalam hal agama ataupun jahil dalam hal agama. Semua kategori ini, antara penyebab kepada berlakunya segala permasalahan, kehuru-haraan, serta bala bencana yang kian menimpa manusia hari ini.

      Benarlah firman Allah taala di dalam Surah ar-Ruum, ayat 41 yang bermaksud: "Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia. Ini kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)".

  • Abdul Manan · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Rakyat Marhein
    najib dah kena beb...aduiii..

  • Azrul Iskandar Isma · Pengulas Tertinggi · SMIP
    SIAPA NAK JAWAP???? SIAPA NAK SANGKAL???? SIAPA NAK TOLONG PERTAHANKAN????/ CEPET-CEPAT......... SENARAI CALON PRU 13 DALAM GENGGAMAN NI??? SEMPAT LAGI UBAH NI??? JENG JENG JENG JENG JENGGGGGGGGGGGGGGGGGGG........... KITA TENGOK SIAPA YANG KENA???

    • Pertama Tengah Akhir Mati
      BALA BALA BALA -> BAGI UMNO DAN BN

      DEEPAK -> BAGI UMNO DAN BN

      Bencana sering diidentikan dengan sesuatu yang buruk

      Hakikatnya, semua fenomena ini merupakan Bala Bencana yang diturunkan oleh Allah taala di atas sebarang bentuk kekufuran, kemunafiqan, kefasiqan, dan kezaliman tangan-tangan manusia, samada yang bergelar Islam atau tidak Islam, samada rakyat atau pemimpin, samada orang yang tahu dalam hal agama ataupun jahil dalam hal agama. Semua kategori ini, antara penyebab kepada berlakunya segala permasalahan, kehuru-haraan, serta bala bencana yang kian menimpa manusia hari ini.

      Benarlah firman Allah taala di dalam Surah ar-Ruum, ayat 41 yang bermaksud: "Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia. Ini kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)".

  • Normiza Safuan · Pengulas Tertinggi · Bekerja di N/A
    Satu satu perangai jahat umno telah terdedah. Memang sah umno pengkianat Ugama, Bangsa & Negara. Tanah melayu pun nak disedekah pada mamak karpet.

    Bodoh umno ni..

    Hancurkan umnobn diMalaysia.

    • Pertama Tengah Akhir Mati
      BALA BALA BALA -> BAGI UMNO DAN BN

      DEEPAK -> BAGI UMNO DAN BN

      Bencana sering diidentikan dengan sesuatu yang buruk

      Hakikatnya, semua fenomena ini merupakan Bala Bencana yang diturunkan oleh Allah taala di atas sebarang bentuk kekufuran, kemunafiqan, kefasiqan, dan kezaliman tangan-tangan manusia, samada yang bergelar Islam atau tidak Islam, samada rakyat atau pemimpin, samada orang yang tahu dalam hal agama ataupun jahil dalam hal agama. Semua kategori ini, antara penyebab kepada berlakunya segala permasalahan, kehuru-haraan, serta bala bencana yang kian menimpa manusia hari ini.

      Benarlah firman Allah taala di dalam Surah ar-Ruum, ayat 41 yang bermaksud: "Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia. Ini kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)".

  • Nazriaziz Alsheikh · Pengulas Tertinggi · Pemulung Hati dan Jiwa Rakyat Marhaen di Bangsaku
    Kalaulah benar pendedahan ini.....aku pun tak tahu nak cakap apa dengan pemimpin UMngokrpoNO ni. Kepada pencacai UMngokporNO.....lu fikirlah sendiri.

    • Sabtu Ahad · Pengulas Tertinggi · UKM(Kej Awm)
      malangnye nasib kite rakyat malaysia!!!!!rakyat dikabur dengan pelbagai RIM...RIM...RIM.....macam-macam RIM dengan muslihat seolah2 beliau seorang PM yang benar2 perihatin pde rakyat!

    • Pertama Tengah Akhir Mati
      BALA BALA BALA -> BAGI UMNO DAN BN

      DEEPAK -> BAGI UMNO DAN BN

      Bencana sering diidentikan dengan sesuatu yang buruk

      Hakikatnya, semua fenomena ini merupakan Bala Bencana yang diturunkan oleh Allah taala di atas sebarang bentuk kekufuran, kemunafiqan, kefasiqan, dan kezaliman tangan-tangan manusia, samada yang bergelar Islam atau tidak Islam, samada rakyat atau pemimpin, samada orang yang tahu dalam hal agama ataupun jahil dalam hal agama. Semua kategori ini, antara penyebab kepada berlakunya segala permasalahan, kehuru-haraan, serta bala bencana yang kian menimpa manusia hari ini.

      Benarlah firman Allah taala di dalam Surah ar-Ruum, ayat 41 yang bermaksud: "Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia. Ini kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)".

Deepak dakwa ditekan lembaga pengarah syarikatnya

Ahli perniagaan Deepak Jaikishan hari ini mengumumkan meletak jawatan pengarah dari kesemua 26 syarikatnya, didakwa ekoran tekanan ke atasnya oleh lembaga pengarah syarikat berkenaan.
Beliau mendakwa, lembaga pengarah syarikat tersebut berbuat demikian susulan siri wawancara yang diadakan bersama beberapa media termasuk Malaysiakini berhubung kontroversi yang menyelubungi pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

"Pagi ini saya diminta oleh lembaga pengarah saya untuk meletak jawatan daripada kesemua 26 syarikat yang mana saya merupakan pengarah kerana kontroversi melibatkan Altantuya dan penyiasat persendirian Bala," katanya.

Deepak yang mengenakan baju-T kasual berwarna kelabu kelihatan muram ketika mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Tambahnya, anggota keluarganya turut membantah tindakannya.
MP: Persoal taklimat Scorpene untuk hasut S'pura?

MP Kuala Krai Dr Hatta Ramli bimbang golongan yang mempersoalkan taklimat isu Scorpene di Singapura bertindak demikian untuk menghasut negara berkenaan supaya tidak mendedahkan kebenaran di sebalik skandal tersebut.

Katanya, keadaan itu berbeza sekiranya taklimat itu tetap diadakan di Singapura walau Malaysia membenarkan ia dijalankan di negara ini.

Namun, keadaan yang berlaku pada masa ini adalah sebaliknya, kata Hatta dalam satu sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

"Saya risau mereka seolah-olah menghasut negara lain bertindak sama.
"Kalau (suruh) Singapura tak payah layan (anjur taklimat), tapi (Malaysia beri ruang) tak apa.

"Ini seolah-olahnya mereka tak mahu langsung mengetahui kebenaran," katanya.

Beliau mengulas laporan yang mendakwa penganjuran taklimat berkenaan menunjukkan campur tangan Singapura dalam hal ehwal negara ini.

Dakwaan itu antara lainnya ditimbulkan ketua menteri Melaka, Datu Seri Mohd Ali Rustam yang turut mendakwa, penganjuran taklimat berkenaan menunjukkan tindakan "tidak demokratik" Singapura.

Mohd Ali dipetik laman The Malaysian Insider sebagai berkata, tindakan itu juga tidak menggambarkan semangat "kejiranan" negara itu.

Semalam, peguam Perancis mewakili NGO hak asasi manusia Suaram memberi taklimat perkembangan semasa kes itu di Singapura.

Sesi itu yang pada asalnya dirancang untuk ahli parlimen Malaysia dibuat di negara itu selepas Speaker Dewan Rakyat tidak membenarkan sesi itu berlangsung di Parlimen.

Dalam taklimat berkenaan, peguam Apoline Cagnat berkata hakim Perancis yang menyiasat kes itu tidak mempunyai pilihan tetapi akan menggabungkan perbicaraan pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu, dalam siasatan mereka.


  • Raja Mohd Shahrim · · Pengulas Tertinggi · Bukit Koman Village, Pahang, Malaysia · 226 subscribers
    Biasalah.. dari awal dah tau rancangan puak UMNO neh.. disebarkanlah bahawa ada cubaan memburukkan negara diluar negara.. yg bertujuan utk menjatuhkan kerajaan dgn cara kotor...Bull Eye's....dan itulah yg akan dicanang diseluruh negara dan akan berkemundang diPWTC.... teringat aku pada ayat lawak yg maha lawak......

    'UMNO itu Rakyat.'.. Rakyat itu adalah UMNO...'.... ini penipu Uno!!!
    UMNO itu Malaysia.. dan Malaysia itu UMNO..........ini bullshit!!!....

    Sokong pendedahan agar rakyat tahu siapa UMNO yg sebenarnya....!!

    • Hamid Aziz · Pengulas Tertinggi · Mara Institute of Technology
      Ketika mereka semuanya dibangkitkan oleh Allah (pada hari kiamat), maka mereka bersumpah kepadaNya (bahawa mereka adalah orang-orang mukmin) sebagaimana biasanya mereka bersumpah kepada kamu; dan mereka menyangka bahawa (dengan berbuat demikian) mereka akan mendapat sesuatu (yang berfaedah kepada mereka). Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya merekalah golongan pendusta.
      Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi.
      Surah Al-Mujadila Ayat 18-19

    • Нидзам Кхарул · Pengulas Tertinggi
      Bro...Kata2 tu aku tak berapa nak paham. Yang aku paham dulu kini dan selamanya...."INGAT NATANG INGAT UMNO"

  • Shahrul Zharif · Pengulas Tertinggi · Singapore City
    sidang tersebut berlangsung di Singapura dan tidak ada wakil kerajaan singapura di dalam panel tersebut, ibarat kursus pegawai kerajaan di london. adakah bermaksud England campurtangan urusan kerajaan Malaysia?

    • Niru Ssb · · Pengulas Tertinggi · Smk balai ringin serian sarawak
      shahrul zharif,betul tu bro......sama juga duit rm40 juta yg diseludup dari hong kong adakah kita mengetorikan hong kong terlibat sama......inilah rupa pemikiran ALI RHUH KHAN jang JUMUD........

  • Jinggo Al Kapoor Bravo · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
    mungkin singapura melalui perisikan mereka dah tau siapa akan lingkup dalam PRU ni..so, mereka beri ruang la...adakah begitu?

  • Lurus Bendul · Pengulas Tertinggi
    Pelaburan singapore TOP 5 di malaysia!!! so Ali jaga sikit mulut!!!! Bandar Iskandar di johor singapore adalah major invest !! harta tanah di Melaka juga kebanyakan milik warga singapore!!! .. cubit peha bini terasa peha suami!!!

  • Tun Perak · Pengulas Tertinggi · Tukang komen di Sendiri
    kerusi parlimen bn melaka pun byk yg nak gugur kih kih kih alahai ketam perapu.

  • Muhammad Hafidz Abdullah · Pengulas Tertinggi · Employee di AbyKamshar Enterprise sdn. bhd.
    Mereka takut rahsia terbongkar, sepatutnya berani buat berani tanggung.

  • Rosmaiza Daud · Pengulas Tertinggi · 37 years old
    KO BN , BN KO, HANCUR BN BN HANCUR AMIN YA RABBALALAMIN

  • Khir Rahman · Pengulas Tertinggi
    bodoh punya amno

  • Iskandar Zulkarnain · Pengulas Tertinggi · Universiti Putrajaya International
    semangat 'ali setan' dari pengikut syaitan yang dikenali...inilah bahananya pemimpin umno yg sentiasa memandang rendah negara lain seperti Singapura yg ingin mewacana bahawa demokrasi adalah ubat yg baik lagi mujarab untuk mengubat keburukan dan barah korupsi pemimpin pemerintah (aparat dari Umno/Bn) di Malaysia maka ali rustam ini tergolong kepada spesis yg membawa penyakit tetapi cuba mahu menutup penyakitnya yg telah berdarah menanah dan membusuk sampai ke usus. Skandal rasuah Scorpene dan pembunuhan Altantuya dari Mongolia sudah menjadi bangkai gajah jadi usaha untuk menutupnya dgn nyiru menemui jalan sukar dan ada baiknya berani menghulurkan kepala sedia untuk dipancung kerana kebenaran itu terserlah akhirnya lalu tidak mengenal keburukan dan pembohongan selama ini

  • Nazriaziz Alsheikh · Pengulas Tertinggi · Pemulung Hati dan Jiwa Rakyat Marhaen di Bangsaku
    Singapura tak mahu, no problem. Buat taklimat di Jakarta, confirm tidak ada masalah. Media Indonesia akan "bomb" UMngokporNO dan Ah Gor Jeep. Percayalah.....!!!!!

  • Anyandezts Jeres · Pengulas Tertinggi
    kenapa takut sangat..sampai tuduh singapura takda semangat 'kejiranan'..taklimat apapun blh diadakan dimana2..tentera, polis, imigresen dan lain2 jabatan pun buat latihan bersama antara negara takda hal pun..inikan plak demi kebaikan rakyat..rakyat nak tahu kebenaran dan jalan cerita sebenarnya kes..klo tak salah tak pyhla takut sangat!! rakyat takkan biarkan PR, UMNO dan BN dedahkan rahsia negara maupun jual negara ini..yg rakyat nak adalah kebenaran dan kejujuran..dedahkan semuanya!!

  • Leslie Chan · Pengulas Tertinggi
    Kah!kah!kah! Korang tak payah takut,dikhabarkan lee kuan yew ade simpan gambar najib mengentot dgn altantunya di sebuah hotel di singapura,korang ingat tak stesen tanjung pagar yg dijual pada singapura pd harga diskaun 50%,sb kuan yew gertak najib.kalu tak stuju jeng!jeng!jeng!

  • Muhd Fiqree Haqimie · Pengulas Tertinggi
    BN harussss ke depan menunjukkan kesungguhan utk menganjurkan....

  • Edy Yusoff · · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Self-employed · 204 subscribers
    kalau gitu buat taklimat di MELAKA lerr...

  • Ahmad Albab · Pengulas Tertinggi · SDH
    KENAPA PEGUAM DARI PERANCIS NI BERSUNGGUH2 NAK MENDEDAHKAN PERKARA YANG TAK UJUD.... BUKTI APA YANG MEREKA ADA UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN SEKARANG...? RASUAH...? DIMANA2 DLM DUNIA INI RASUAH BERMAHARAJALELA BUKAN AKU MENYOKONG RASUAH, SEDANGKAN MALAYSIA ADALAH DIANTARA NEGARA TERBAIK DALAM MEMERANGI RASUAH DIDUNIA....DAN RANGKING KE 3 TERBAIK DIBELAKANG SPURA DAN BRUNEI DALAM ASEAN...TETAPI KENAPA MALAYSIA YANG MENJADI SASARAN..? ATAU ADA AGENDA TERSEMBUNYI DARI PEMBANGKANG......

    • Nunuk Ragang
      bagaimana sdre ahmad albab tahu perkara ini tak wujud???

  • Latiff Haron · Pengulas Tertinggi · Sys batu gajah
    Berani kerana benar, takut kerana salah, beranikah perwakilan UMporNO bahaskan hal ini dlm perhimpunan agong.????? Jawabnya , pengecut dan bacul...
PM dirayu kembalikan 'peluang dan kedudukan' Shahrizat

Perwakilan Wanita Umno Kedah Halidah Putih merayu kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengembalikan "peluang dan kedudukan di tempat yang sewajarnya" kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, selepas pilihan raya umum akan datang.

Katanya, rayuan itu dibuat kerana pergerakan itu "sayang" ketua Wanita Umno itu yang menurutnya, cukup gigih memajukan sayap utama parti itu dan kaum wanita.

"Saya merayu kepada Datuk Seri Najib... Datuk Seri, kami sayang ketua pergerakan Wanita Umno Malaysia. Tolong kembalikan, Datuk Seri (Najib)... ketua kami di mana yang sewajarnya.

"Beliau berjuang tidak mengira waktu, masa.  Tak kira apa jawatan pun... Waima (beliau) tidak ada jawatan pun, maka Datuk Seri Shahrizat seorang yang cukup gigih.

"Kita merayu, tolonglah, berilah peluang dan berikan kembali kedudukan kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil, selepas pilihan raya umum ke-13 di tempat yang sewajarnya" katanya ketika menyampaikan ucapan menyokong ucapan ketua Wanita Umno itu.

Shahrizat melepaskan jawatannya sebagai menteri pembangunan wanita dan keluarga selepas dikaitkan dengan isu National Feedlot Corporation (NFC) yang diterajui oleh suaminya.

Bagaimanapun beliau kekal sebagai ketua Wanita Umno. Manakala teraju Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat didiambil alih oleh Najib yang juga menteri kewangan.

Selepas itu, perwakilan Wanita Umno Selangor Mesrah Selamat menegaskan pihaknya akan terus menyokong dan mempertahankan kepimpinan Shahrizat "hingga titisan darah yang terakhir" walaupun sayap itu berdepan dengan pelbagai "serangan" daripada dalam dan luar parti.

"Jangan bimbang... Demi apa? Demi cinta dan perjuangan kami rela mempertahankan (beliau) dengan apa cara sekalipun. Insya-Allah," ikrarnya mewakili seluruh lebih satu juta ahli wanita di negeri itu.

Sebelum itu, seorang perwakilan Wanita Kelantan merayu kepada Najib untuk memberikan 30 peratus calon wanita bertanding dalam pilihan raya umum dan sebagai pembuat dasar, memandangkan prestasi jentera sayap itu.

"Jentera wanita menerima pujian yang tidak putus-putus... Sekarang (aura) jentera (Wanita) sudah mula dirasai dan insya-Allah (presiden) tidak akan ragu-ragu dalam memberi 30 peratus kuota calon dan membuat dasar menjadi kenyataan," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan mencadangkan ucapan Shahrizat yang disampaikan sebelum itu.
'Wanita sokong PM, sedia hadapi p'raya'

Ketua Wanita Umno Malaysia Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata pergerakan itu bersedia menunggu "semboyan" dari Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak yang bakal mengumumkan pilihan raya umum pada bila-bila masa.
Wanita juga tidak akan memberi masalah kepada Najib seperti yang ditunjukkan dengan pengunduran beliau dari jawatan kabinet ekoran skandal National Feedlot Corporation sebelum ini, katanya.

"Kita tidak mahu bagi malu. Saya tidak mahu memberi masalah kepada PM, sebab itu saya keluar daripada kementerian.

"Kita sokong dan setiakawan, bersiap siaga, rajin dan berdisplin. Kalau itu disampaikan kepada Datuk Seri Najib, baru kita sampaikan salam kepada beliau. Seronok sikit Datuk Seri Najib," kata Shahrizat dalam ucapan penangguhan Persidangan pergerakan itu di PWTC.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tuntutan perwakilan Wanita yang membangkitkan mengenai kouta 30 peratus kepada Wanita sebagai calon dan pembuat dasar sewaktu membahaskan usul sebelum itu.

Menurutnya, Wanita perlu memahami perdana menteri dan menyarankan agar tuntutan berkenaan disampaikan melalui "kesiapsiagaan" mereka dalam menghadapi pilihan raya umum kelak.

Katanya, perkara itu sudahpun dalam dilihat dalam kehadiran dan perbahasan perwakilan Wanita hari ini.

Beliau juga berharap, anggota Majlis Tertinggi Umno yang memantau perjalanan persidangan Wanita itu hari ini supaya "tidak kedekut berhujah" berhubung persediaan sayap itu dalam mesyuarat jawatankuasa itu malam ini.

Dalam ucapannya itu, Shahrizat turut meminta media supaya lebih bertanggungjawab dan adil dalam laporan mereka.

Shahrizat berkata, beliau mengakui media sosial seperti Twitter dan Facebook turut memberi kebaikan, tetapi pengaruh itu juga boleh menjahanamkan, katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan