Jumaat, 23 November 2012

LAGI BANYAK TAK TUNAI KOD...AKHIRAT JAWAB...SONGLAP LAGI...DAN BANYAK LAGI KENA JAWAB DIHADAPAN ALLAH SWT


Wajib Baca: Janji Umno Yang Tak Ditepati

http://pejuang-rakyat.blogspot.com, 23 Nov 2012
Sekarang tak henti-henti UMNO BN mencari punca menyalahkan manifesto Pakatan Rakyat yang kononnya tidak menunaikan janji. Oleh itu, maka kaki bodek, cacai UMNO bekerja keras mengangkut sesiapa saja bagi menunjukkan konon rakyat marah tak tunai janji. Terkini, ibu-ibu tunggal di Selangor diangkut oleh puak-puak ini.  Sebagai timbal balas, penulis ingin siarkan semula menifesto Barisan Nasional 2008 yang lalu.  Slogan utamanya  SELAMAT , AMAN, MAKMUR cukup membuatkan kita ketawa gelihati dengan slogan ini. Hahaha.... sekarang korang nilaikan sendiri apa  janji yang telah ditunaikan oleh Barisan Nasional  tahun 2008. Kalau ada yang tak ditunaikan, boleh ke orang Pakatan Rakyat pula saman Kerajaan UMNO BN ni?....


Janji manifesto BN 2008

Bertemakan 'Selamat, Aman dan Makmur', dokumen itu Malaysia 2008: Laporan Kemajuan dan Manifesto boleh juga diperolehi di laman web rasmi BN untuk pilihanraya umum 2008 di alamat bn2008.org.my.

Manifesto dalam sembilan topik utama itu, antaranya, memuatkan janji-janji berikut:

bullet buttonEkonomi
- Menangani kesan kenaikan harga bagi menjamin kualiti hidup rakyat yang bermutu
- Memupuk dan membantu 1 juta syarikat dan usahawan IKS dalam masa 5 tahun
- Menjana lebih 2 juta peluang pekerjaan yang bermutu dalam masa 5 tahun
- Mengurangkan lagi defisit fiskal negara
- Melaksanakan pelan pembangunan lima koridor ekonomi

bullet buttonKeselamatan
- Mengurangkan indeks jenayah negara
- Menangani isu pendatang asing tanpa izin
- Menambah 60,000 anggota polis menjelang 2011 dan membina 150 balai
- Meningkatkan keselamatan di sekolah-sekolah, taman-taman permainan dan tempat-tempat awam
bullet buttonUrus tadbir kerajaan
- Memerangi rasuah tanpa gentar atau pilih kasih
- Mengukuhkan pemantauan dan penguatkuasaan oleh BPR, kastam, Lembaga Hasil Dalam Negeri, dan pihak berkuasa tempatan (PBT)
- Suruhanjaya Aduan Khas bagi menangani aduan berhubung salah laku agensi penguatkuasa

bullet buttonPendidikan
- Menaikkan tahap kelayakan minima guru dan membanyakkan peluang latihan,
- Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai pilihan; antaranya meluaskan pengajaran Mandarin dan Tamil
- Memelihara kedudukan sekolah jenis kebangsaan (SJK)
- Lebih banyak biasiswa untuk pelajar peringkat ijazah, dari keluarga miskin, tanpa mengira kaum

bullet buttonPembangunan
- Mengurangkan kadar kemiskinan keseluruhan kepada 2.8% menjelang 2010
- Menyediakan rumah lebih bermutu dengan harga yang mampu dibeli - Akses kepada perkhidmatan kesihatan moden dan bermutu
- Menaik taraf pengangkutan awam dan mengurangkan kesesakan lalu lintas
- Merapatkan jurang digital dan meningkatkan perkhidmatan internet jalur lebar
- Melaksanakan Pelan Induk Pembangunan Kampung-kampung Baru
- Pendekatan ”Kelantan Baru, Kelantan Maju” bagi penduduk negeri itu

bullet buttonPerkhidmatan awam
- Cepatkan pelaksanaan e-kerajaan
- Cepatkan pengeluaran lesen dan permit
- Budaya bertindak dan maklum balas dalam tempoh 3-7 hari bagi semua aduan awam

bullet buttonAgama
- Membina persefahaman lebih baik tentang Islam kepada seluruh rakyat melalui Islam Hadhari
- Meluaskan program J-QAF di lebih banyak sekolah
- Meningkatkan usaha dialog isu-isu antara agama

Di laman web itu, BN turut menggariskan tiga sebab pemilih harus memangkah parti itu, antaranya:

bullet buttonSistem perkongsian kuasa yang terbukti sejak zaman Perikatan.
bullet buttonKemakmuran serta keselamatan yang dinikmati sejak 50 tahun kemerdekaan.
bullet buttonKeberanian menghadapi cabaran, berwawasan menghadapi masa depan
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily. 

Khalid cabar MCA bawa isu Talam ke mahkamah

Hayati Umor Selangorku, 23 Nov 2012
SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mencabar MCA terutama Ketua Biro Pemuda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong menyaman kerajaan negeri berhubung isu penstrukturan hutang Talam.
Abdul Khalid berkata, ia merupakan cabaran Pakatan Rakyat (PR) Selangor kepada Umno-BN atau MCA untuk membawa perkara terbabit ke mahkamah dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata demikian selepas diprovok oleh Sulaiman Razak (BN-Permatang) ketika perbahasan kertas putih Talam di Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS).

Cabaran itu tercetus apabila, Sulaiman mempertikaikan usaha Kerajaan Negeri mengutip semula hutang Talam berjumlah RM392 juta selain membuat perbandingan perbezaan penilaian harga tanah di Bukit Beruntung oleh Sulaiman & Co dan JPPH.

“Kerajaan Negeri membuat penilaian itu berasaskan nilai komersial bukan nilai pertanian. Itu sebab saya galakkan MCA pergi ke mahkamah saman Kerajaan Negeri. Ini merupakan cabaran PR Selangor,” katanya.

Sebelum ini, Permerbadanan Menteri Besar (MBI) menyelesaikan RM4 juta pembayaran caruman perparitan pada 2010 bagi membolehkan penjualan tanah kepada Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) selepas Talam membuat permohonan menukarkan ‘pertanian’ kepada ‘pembangunan bercampur’ pada 1994.

“Kerajaan Negeri berpandangan bahawa nilaian yang dibuat oleh Suleiman & Co. adalah lebih menepati nilai sebenar tanah Bukit Beruntung itu,” katanya.

Jelasnya, penilaian oleh Sulaiman & Co itu menetapkan nilai tanah tersebut pada RM375 juta manakala penilaian oleh JPPH menetapkan nilai tanah pada RM113 juta.

“Perbezaan itu kerana Jabatan Penilaian mengambil kira status kategori kegunaan tanah sebagai ‘pertanian’ manakala nilaian Suleiman & Co mengambil kira kategori kegunaaan tanah terbabit sebagai ‘pembangunan bercampur’,” katanya.

Seramai 66 calon tanding 20 jawatan penting DAP

Roketkini.com, 23 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Seramai 66 calon yang layak akan bertanding untuk menduduki 20 kerusi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada pertengahan bulan depan.

Setiausaha Organisasi DAP, Teresa Kok berkata, sehingga pencalonan ditutup, terdapat 103 orang yang dicalonkan untuk bertanding tetapi 37 calon telah menarik diri dari bertanding, dan kini tinggal 66 calon sahaja yang bakal merebut jawatan.

Beliau yang juga pengerusi Kongres DAP Ke-16 yang akan diadakan di Pulau Pinang pada 15 dan 16 Disember depan menjelaskan, 20 calon yang dipilih oleh perwakilan kongres mengikut undi terbanyak akan memilih pula antara mereka pemegang-pemegang jawatan pari di peringkat nasional.

Katanya, CEC yang dipilih itu juga berhak, mengikut perlembagaan parti, melantik sehingga 10 ahli parti untuk menganggotai CEC.

Nama-nama calon yang layak adalah:

1
Ahmad Bin Ton
2
Apalasamy A/L Jataliah
3
Ariffin S M Omar
4
Boo Cheng Hau
5
Chong Chieng Jen
6
Chong Eng
7
Choong Siew Onn
8
Chow Kon Yeow
9
Ean Yong Hian Wah
10
Er Teck Hwa
11
Fong Kui Lun
12
Ganabatirau A/L Veraman
13
Gnanaguru A/L Ganisan
14
Gobind Singh Deo
15
Harun Bin Ahmad
16
Hiew King Cheu
17
Jagdeep Singh Deo
18
Jaya Balan A/L Valliappan
19
John A/L Fernandez
20
Kamache A/P Doray Rajoo
21
Karpal Singh
22
Khoo Poay Tiong
23
Kok Suh Sim (Teresa)
24
Lee Guan Aik
25
Leon Jimat Donald
26
Leong Ngah Ngah
27
Letchimanan A/L Thatharan
28
Liew Chin Tong
29
Lim Guan Eng
30
Lim Kit Siang
31
Lim Lip Eng
32
Liu Tian Khiew (Ronnie)
33
Loke Siew Fook (Anthony)
34
M. Kula
35
Manogaran A/L Marimuthu
36
Manoharan Malayalam
37
Ng Chin Tsai
38
Ng Wei Aik
39
Nga Kor Ming
40
Ngeh Koo Ham
41
Ooi Chuan Aun (Jeff)
42
P. Ramasamy A/L Palanisamy
43
Pua Kiam Wee (Tony)
44
Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji
45
Siow Kim Leong
46
Sivakumar A/L Varatharaju
47
Sivanesan S/O Achalingam
48
Sivasubramaniam A/L Athinarayanan
49
Soh Boon Hong
50
Solaiman Bin Op Syed Ibrahim
51
Su Keong Siong (Thomas)
52
Tan Kok Wai
53
Tan Lee Koon
54
Tan Seng Giaw
55
Tanasekharan S/O Autherapady
56
Teh Yee Cheu
57
Teng Chang Khim
58
Tengku Zulpuri Shah Bin Raja Puji
59
Teo Kok Seong
60
Teo Nie Ching
61
Wong Sai Hoong
62
Wong Sze Phin @ Jimmy
63
Wu Him Ven (Vincent)
64
Yong Wui Wui (Violet)
65
Zairil Khir Johari
66
Zulkifli Bin Mohd Noor

Saman ke atas Utusan perlu menyeluruh - Sayuti

Harakahdaily, 23 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Saman terhadap Utusan Malaysia harus juga dikenakan kepada agen-agen atau vendor yang mengedar akhbar dan menjual akhbar berkenaan.


Demikian pandangan penulis politik, Mohd Sayuti Omar di dalam blognya Merah Tinta http://msomelayu.blogspot.com.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada tindakan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini yang telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap akhbar Utusan Malaysia ekoran penyiaran berita berunsur fitnah terhadapnya berhubung pandangan ahli parlimen Lembah Pantai itu mengenai kebebasan beragama di bawah tajuk "Melayu bebas pilih agama: Rakyat tidak harus dipaksa amal ajaran tertentu - Nurul Izzah" bertarikh 5 November lalu.

Saman itu turut sama menamakan Ketua Pengarang akhbar berkenaan Aziz Ishak yang dibuat menerusi firman guaman Tetuan Mohamed Hanifa Associates.

Sebelum ini, kata Sayuti sudah berberapa tokoh politik oposisi telah menyaman akhbar berkenaan kerana berbagai bentuk fitnah dan kejelekan.

Katanya, kebanyakan saman itu menyebabkan syarikat akhbar berkenaan diperintah oleh mahkamah membayar ganti rugi bernilai jutaan ringgit.

“Bagaimana pun akhbar berkenaan tidak serik dan terus melakukan fitnah demi fitnah. Seolah-olah Utusan kebal dan sengaja membiarkan dirinya dan dikenakan tindakan undang-undang.

“Mengenai hal ini sukacita dicadangkan supaya sesiapa yang bermasalah dengan akhbar ini dan difitnah agar mengambil tindakan lebih luas dari itu,” katanya.

Baginya, saman jangan hanya dikemukakan kepada syarikat akhbar berkenaan dan individu bertanggungjawab mengelolakannya; menerbit, mencetak dan mengedar, tetapi ia harus juga dikenakan kepada agen-agen atau vendor yang mengedar akhbar dan menjual akhbar berkenaan.

“Hanya tindakan menyeluruh begini saja boleh memberi kesan ke atas akhbar berkenaan,” ulasnya lagi.

Menurutnya, sudah pasti kalau agen-agen kecil (vendor) dan penjual terdiri dari kedai-kedai besar dimasukkan sama dalam tuntutan ia akan memberi kesan kepada akhbar berkenaan.

“Vendor dan kedai-kedai besar tidak akan berani lagi untuk menjual akhbar berkenaan kerana tidak mahu mengambil risiko. Dengan cara itu saja Utusan akan lingkup dengan cepatnya apabila vendor dan kedai-kedai enggan menjualnya kerana takut berdepan dengan risiko,” katanya.

Nurul Izzah saman Utusan, sedia menghadap Sultan

Harakahdaily, 23 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini memfailkan saman terhadap Utusan ekoran laporan yang mengatakan beliau ‘menyokong’ kebebasan beragama kepada masyarakat Melayu di negara ini.

Ianya berhubung empat artikel pada 5, 6 dan 7 November 2012 diterbitkan akhbar Umno itu yang didakwa telah memfitnah beliau.

Saman itu menamakan tiga pihak iaitu Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak, penerbit Utusan Publising dan pencetak Utusan Melayu (Malaysia) Berhad sebagai responden.

Beliau memohon gantirugi am, teladan, teruk dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah, selain menuntut perintah injunksi terhadap Utusan Malaysia untuk tidak menerbitkan berita yang boleh menjejaskan reputasinya.

Beliau diwakili peguam Hanifa Maidin dan Sulaiman Abdullah.

Utusan pada muka depannya 5 November lalu, memanipulasi kenyataan Izzah dalam forum ‘Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab’ di Geraja Full Gospel Tabernacle di Subang Jaya.

Laporan tersebut bertajuk “Melayu bebas pilih agama? Rakyat tidak harus dipaksa amal ajaran tertentu – Nurul Izzah”.

Lanjutan itu, Izzah pada 9 November membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Utusan, dengan dakwaan bahawa akhbar milik Umno itu memutarbelit kenyataannya.

Sementara itu beliau yang juga Naib Presiden PKR turut menyatakan kesediaannya untuk menghadap Sultan Selangor bagi memberikan penjelasan berhubung fitnah Utusan itu.

“Saya sudah menyerahkan surat penjelasan kepada DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Saya juga telah mengadakan pertemuan dengan beberapa NGO Islam untuk mendapatkan pandangan dan bersedia menghadap Tuanku untuk memberi penjelasan,” kata yang dipetik KeadilanDaily.

Perwakilan Umno ditegah membuka mulut

Aspan Alias, 23 Nov 2012
Salah seorang Naib Presiden UMNO Dato' Seri Dr Haji Ahmad Zahid Hamidi, berkata UMNO telah mengarahkan perwakilan untuk menutup mulut dalam Perhimpunan Agung UMNO yang akan bermula 27hb November ini. Arahan ini bertujuan untuk perwakilan tidak menyentuh pandangan isu yang berbeza memandangkan pilihanraya luar biasa akan mereka hadapi tidak lama lagi. Perwakilan di arah untuk tidak menyentuh perkara-perkara yang sensitif kerana ia boleh melemahkan parti dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang ini.
Presiden dan Timbalan Parti itu akan bertemu dengan perwakilan sehari sebelum perhimpunan itu diadakan bagi menentukan apa yang boleh dibincangkan dan setiap Perhubungan Negeri akan menamakan siapa yang akan berucap dalam perhimpunan itu. Arahan ini adalah arahan yang tidak pelik dalam UMNO dan saya berharap mana-mana parti dalam PR tidak akan melakukan perkara yang dilakukan oleh UMNO itu. Apa maknanya Perhimpunan Agung jika perwakilan tidak boleh bercakap apa yang mereka ingin perkatakan untuk kebaikan parti.

Ini adalah budaya biasa dalam UMNO kerana apa yang diucapkan oleh perwakilan itu telah di tentukan oleh pucuk pimpinan. Dalam Perhimpunan Agong itu apa yang akan diucapkan sudah ditentukan dan semasa perhimpunan itu perwakilan hanyalah di tugaskan untuk bertepuk tangan dengan kuat sahaja. Selain dari itu perwakilan hanya membuat lawak jenaka untuk hiburan murahan bagi pimpinan yang berada di atas pentas nanti.

Budaya ini wujud hanya setelah penubuhan UMNO (B) pada tahun 1988 dahulu kerana pucuk pimpinan tidak gemar mendengar rungutan ahli-ahli dan rakyat di akar umbi. Pucuk pimpinanan hanya suka mendengar perkara yang baik-baik sahaja dan jika boleh mendapat pujian dari perwakilan yang berucap dan di ikuti dengan tepukkan gemuruh dari perwakilan yang menyelang-selikan ucapan dengan jenaka dan lawak yang mampu membuat pimpinan di atas ketawa besar sambil mengangkat tangan kegembiraan.

Itulah sebabnya UMNO yang baru berusia 24 tahun itu tidak berkembang kerana pemikiran ahli dan perwakilan telah di penjara oleh pucuk pimpinan. Mereka (perwakilan) hanya di arah untuk menyebut isu yang sedap-sedap sahaja. Perwakilan UMNO akan hanya di arah untuk memberikan kutukan dan cemuhan terhadap pimpinan PR seperti Anwar Ibrahim, Tok Guru Nik Aziz, LGE, LKS dan lain-lain. Ini merupakan isu yang sudah dijangka oleh orang ramai dan ia akan menjadi isu yang dianggap sudah basi dan menjemukan.

Kita boleh menjangkakan yang Najib akan berucap bergegar-gegar, sesuai dengan sifat seorang pemimpin yang pengecut dan penakut. Selalunya sesiapa yang bercakap dengan gegaran retorik yang besar-besar mereka ini adalah mereka yang terlalu banyak perkara yag hendak di tutupi. Mereka ini adalah dari gulungan yang penakut, ibarat orang berjalan di dalam gelap di kampung-kampung pedalaman. Di dalam gelap itu mereka selalunya akan menyanyi sekuat hati dari lagu Ahmad Jais, lagu Mat Sentul sehinggalah lagu P Ramlee dan semuanya itu untuk menghilangkan rasa takut dan ngeri mereka berada di dalam gelap itu.

Tetapi dalam pada menyanyi lagu P Ramlee itu, mereka juga merasakan seram sejuk di tubuh mereka kerana takutkan kepercayaan tahayul tentang hantu dan sebagainya yang berkeliaran di dalam gelap itu.. Begitulah juga yang sedang berlaku kepada Najib. Beliau akan berucap bergegar-gegar dengan nada yang tinggi dan kuat untuk menyorokkan perasaan takut beliau menghadapi pilihanraya yang akan datang ini.

Berbalik kepada arahan menutup mulut itu, ia melambangkan kelemahan yang banyak dalam UMNO itu. Mereka tidak memahami bahawa perwakilan setiap tahun itu adalah untuk perwakilan negeri-negeri menyampaikan masalah-masalah kepada pucuk pimpinan. Semasa Mesyuarat Agung seperti inilah masa yang baik untuk meluahkan perasaan tentang apa yang patut dan tidak patut dilakukan atau yang berlaku di dalam parti yang uzur itu. Dalam Perhimpunan Agung itulah masa untuk melambakkan apa yang perlu diketahui dan dirasakan oleh pucuk pimpinan secara bersama.

Kalau Ahmad Zahid mengarahkan perwakilan untuk menutup mulut maka tidak salah jika orang ramai menganggapnya sebagai mesyuarat agung orang-orang bisu sahaja. Ahmad Zahid mahukan agar perwakilan hanya ‘buat tidak tahu sahaja’ tentang apa yang berlaku di dalam UMNO. Ada telinga dengar, ada mata pandang dan jangan bercakap apa-apa. Kalau bercakap itu merupakan kesalahan. Maka tidak salahlah apa yang saya katakan selalu, dalam UMNO bercakap benar adalah satu kesalahan besar.

UMNO adalah sebuah parti dalam mana ahli-ahlinya dididik untuk tunduk dan mengangguk sahaja dan di dalam perhimpunan itu adalah tempat untuk mendengar lawak jenaka dan kita akan lihat Utusan Malaysia menyiarkan gambar-gambar Najib dan Muhyiddin ketawa besar dan akan di sertai oleh Khairy Jamaludin dan semua ahli-ahli Majlis Tertinggi parti yang lain.

Inilah kejayaan UMNO yang terbesar, iaitu memenjarakan pemikiran dan perasaan rakyat dan itulah sebabnya ada orang Melayu menganggap UMNO itu lebih tinggi dari agama. Chua Soi Lek boleh menghentam agama suci kita, tetapi jangan menghentam pucuk pimpinan tertinggi UMNO. Siapa yang berani mengecam pemimpin mereka, yang mengecam itu akan tidak mendapat kedudukan lagi di dalam parti dan kerajaan dan akan segera di sisihkan.

UMNO lebih buruk kerjanya dari penjajah British dahulu. Penjajah British dahulu mahukan orang Melayu untuk mudah berpuas hati dan tidak diberikan peluang untuk memegang jawatan besar-besar dalam kerajaan. UMNO pun begitu. Orang Melayu dididik untuk sentiasa berterima kasih dengan bantuan gigi palsu, dan pemberian lembu dan kerbau pawah kepada petani-petani kecil di kampung-kampung. Jika ada yang bercakap dan mengkritik, UMNO akan mengungkit-ngungkit apa yang mereka telah berikan walaupun pemberian itu hanyalah sebatang dua gigi palsu.

Jangan mengkitik UMNO kerana UMNO lah yang membawa api letrik ke kampung-kampung dan UMNO jugalah yang menyalurkan air paip ke rumah-rumah rakyat. Tetapi UMNO tidak pula memberi tahu yang semua negara dalam dunia ada api letrik dan bekalan air bersih walaupun di negara-negara tersebut tidak ada parti UMNO. Di Amerika Syarikat (AS) tidak ada parti UMNO. Begitu jugalah di Jepun dan di Britain tidak ada UMNO tetapi mereka ada bekalan air yang lebih baik dari yang ada di negara ini DAN rakyat mereka menggilir-gilirkan parti-parti yang memerintah mereka.

Maksudnya itu adalah tanggungjawab setiap pihak yang dimandatkan oleh rakyat dengan menggunakan sumber kewangan dari rakyat untuk melaksanakan semua projek pembangunan negara. Mereka itu sendiri di bayar gaji dan elaun untuk mentadbir rakyat dan tidak munasabah rakyat pula yang perlu berterima kasih kepada UMNO.

Kepada UMNO kita ucapkan selamat bersidang dan kepada para perwakilan yang berucap sediakan beberapa lawak jenaka untuk hiburan pimpinan di atas pentas itu nanti. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Memahami prinsip moral perjuangan sebelum PRU13

Akademi Tarbiyah DPPM, 23 Nov 2012
Beberapa waktu sebelum berlaku pertempuran penentuan di Yarmouk di antara umat Islam dan orang-orang Romawi pada tahun ke-13 Hijrah (634 M), seorang tentera Islam telah berkata kepada Khalid Ibnul Walid, "Alangkah banyaknya tentera Romawi dan sedikitnya tentera Islam!".

Lalu Khalid membalas soalan tersebut dengan menjawab, "Alangkah sedikitnya tentera Romawi dan betapa banyaknya tentera Islam! Tentera itu akan jadi banyak kerana kemenangan (bersikap optimis) dan akan sedikit kerana kekalahan (bersikap pesimis)".

Erti ucapan beliau (Khalid Ibnul Walid) itu ialah sesuatu pasukan tentera tidak boleh diukur hanya melalui jumlah dan kelengkapannya sahaja, tetapi 'moral' yang amat penting. Sesebuah angkatan tentera yang rendah moralnya tidak ada nilai dalam peperangan, satu pasukan kecil yang mempunyai moral yang kukuh akan dapat mengalahkan satu pasukan besar yang moralnya goyang.

Napoleon Bonaparte berkata, "Nilai moral jika dibanding dengan kekuatan kebendaan bersamaan tiga nisbah satu", yakni nilai sesuatu pasukan tentera itu adalah 75 peratus moral dan 25 peratus kebendaan. Kata-kata Napoleon itu telah diperkukuhkan lagi oleh panglima-panglima tentera masa lalu dan oleh kebanyakan panglima tentera sekarang. Walaubagaimanapun, General Faller pernah menulis di dalam bukunya "Weapon And History", bahawa ukuran moral dan kelengkapan material telah berbeza dengan pendapat-pendapat sebelum ini memandangkan terciptanya senjata neuklear, hidrogen dan kerana kemajuan besar pada bentuk dan penggunaan senjata sekarang.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa senjata-senjata moden mempunyai pengaruh tertentu kepada angkatan tentera hari ini, oleh itu nisbah nilai kebendaan dan moral diletakkan pada kadar 50 peratus bagi tiap-tiap satunya. Hal ini juga bererti bahawa dari segi moral masih lagi mempunyai nilai makna yang besar walaupun selepas munculnya senjata-senjata moden yang dahsyat, moral tetap kekal menjadi faktor penentu di antara faktor-faktor sesuatu kemenangan.

Angkatan tentera Itali semasa Perang Dunia Kedua (1939-1945) telah dilengkapkan dengan kelengkapan terbaik, mempunyai senjata yang berkesan, organisasinya mengikut bentuk yang paling mutakhir, mendapat latihan termoden, akan tetapi moralnya tidak cukup tinggi. Oleh sebab itu, pihak sekutu menganggap tempat-tempat yang diduduki oleh tentera Itali sebagai satu kekosongan, pasukan itu menyerah dengan mudah dan ini menyenang-kan pihak sekutu ketika menghadapinya.

Sekalipun segala segi material yang dimiliki oleh tentera Itali sangat istimewa tetapi dari segi moralnya amat lemah, oleh itu pasukan ini tidaklah boleh dianggap mempunyai nilai tempur dan kegagahan pasukannya. Apa-apa yang dikatakan tentang tentera Itali itu demikianlah juga halnya kepada pasukan tentera lain yang tidak mempunyai moral yang tinggi sama ada dahulu mahupun sekarang.

Dalam peperangan zaman dahulu, yakni peperangan yang ditempuh oleh berbagai bangsa sebelum Perang Dunia Kedua, hanya pasukan tentera sahaja yang bertanggungjawab penuh dari awal sampai ke akhir dalam usaha mencapai kemenangan. Akan tetapi, dalam peperangan moden yang bermula sejak Perang Dunia Kedua, peperangan telah bertukar bersifat menyeluruh. Sesuatu bangsa yang berperang akan mengerahkan keseluruhan kemampuan kebendaan dan moralnya. Oleh itu keseluruhan rakyat ikut sama bertanggungjawab penuh bagi mencapai kemenangan, dan bukan sekadar angkatan tenteranya sahaja. Walaubagaimanapun angkatan tentera rasmi dan pasukan sukarela masih berperanan menjadi mata tombak dalam sesuatu peperangan.

Peperangan yang menyeluruh memerlukan pengerahan kepada semua orang yang mampu membawa senjata ke dalam medan pertempuran dan hal itu hendaklah didukung seluruh kemampuan, kebendaan, dan kekuatan sokongan rakyatnya. Jadi apabila diisytiharkan sahaja peperangan bererti keseluruhan rakyat - bukan angkatan tenteranya sahaja - berada di barisan hadapan, khususnya setelah kemajuan angkatan udara dan terciptanya senjata nuklear. Di setiap tempat, di seluruh negara yang berperang akan menjadi medan pertempuran yang boleh meletus pada bila-bila masa.

Oleh sebab itu, moral rakyat pada era ini adalah sama pentingnya dengan moral angkatan tentera. Anggota tentera datangnya dari rakyat, jika moral rakyat tinggi maka moral tentera pun akan tinggi secara tidak langsung, dan demikian sebaliknya. Di sinilah letaknya pentingnya moral yang tinggi kepada keseluruhan rakyat dan nyatalah betapa perlu meningkatkan moral tentera dan rakyat sccara sama rata.

Apakah Moral Itu?

Definisi moral sebelum Perang Dunia Kedua ialah, "Sifat-sifat tentera terlatih yang diuji di atas asas kepatuhan mutlak yang membezakannya dengan kumpulan bersenjata biasa. Sifat ini ini dijelmakan dalam bentuk kepatuhan yang ditegakkan atas asas cinta yang menyuburkan keberanian dan melahirkan ketabahan di dalam menanggung kesulitan, serta menimbulkan ke semua sifat istimewa sehingga berupaya membuatkan seseorang tentera itu patuh, gagah, berani dan tabah".

Definisi ini hanya meliputi pasukan tentera sahaja kerana pada masa itu adalah peperangan yang hanya tercetus di antara tentera dengan tentera, bukan peperangan di antara rakyat seperti yang terjadi sekarang ini sehingga kadang-kadang melibatkan aliran, mazhab, dukungan, parti, amalan dan kepercayaan.

Manakala definisi moral hari ini ialah, "Kuasa yang tersembunyi di dalam tubuh manusia yang membuatnya sanggup berterusan bekerja dan memikirkan dengan penuh keazaman dan keberanian walau apapun keadaan persekitarannya".

Definisi yang kedua ini meliputi keseluruhan rakyat, bukan angkatan tentera sahaja.

Islam Dan Kemenangan

Firman Allah Taala yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu bertemu dengan orang-orang yang kafir yang sedang menyerangmu, maka janganlah kamu membelakangi mereka (mundur)".

"Barangsiapa yang membelakangi mereka di waktu itu, kecuali berbelok untuk (menyiasat) perang atau hendak menggabungkan diri dengan pasukan lain, maka sesungguhnya orang itu kembali dengan membawa kemurkaan daripada Allah, dan tempatnya ialah neraka Jahanam. Dan amat buruklah tempat kembali." (Surah al-Anfal: ayat 15-16)


Islam mendorong umatnya kepada nilai kepatuhan, dan kepatuhan itu adalah jiwa yang dimiliki oleh tentera yang mempunyai potensi besar mencapai kemenangan. Dalam surah al-Baqarah ayat 285 yang bermaksud, "..Dan mereka (orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya) mengatakan; Kami dengar dan kami taat. (Mereka berdoa); Ampunilah kami Ya Tuhan kami dan kepada Engkau-lah tempat kami kembali".

Firman Allah Taala lagi membenarkan ketaatan mereka (orang yang beriman), "Dan mereka berkata; Kami telah beriman kepada Allah dan Rasul, dan kami mentaati (keduanya)." (Surah an-Nur : ayat 47)

Kemudian Islam mengarahkan supaya bersabar:

"Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (memberikan pertolongan) kepada orang-orang yang telah berhijrah sesudah mereka difitnahkan (oleh kaum musyrik), kemudian mereka berjihad serta bersabar; sesungguhnya Tuhanmu – sesudah mereka menderita dan bersabar dalam perjuangan – adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah an-Nahl: Ayat 110)


Firman Allah Taala lagi yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (Surah Ali ‘Imran: Ayat 200)

Allah memberikan peringatan lagi kepada umat Islam tentang syarat mendapat kemenangan supaya tidak bersifat seperti orang munafik yang masih teragak-agak dengan janji kemenangan Allah Taala :

"(Ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang ada penyakit (syak) dalam hatinya berkata; Orang-orang (Islam) itu telah diperdayakan oleh agama mereka (sehingga mereka berani menentang kami yang lebih besar bilangannya). Dan (yang sebenarnya) sesiapa yang bertawakal kepada Allah (dengan sepenuh-penuh yakin, maka Allah akan menolongnya untuk mengalahkan musuh yang lebih besar bilangannya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Surah al-Anfal: ayat 46)


Demikianlah secara ringkas beberapa sifat keistimewaan individu yang dituntut oleh Islam iaitu merupakan sifat keistimewaan yang abadi bagi seseorang tentera pada setiap masa dan tempat. Dalam waktu yang sama, sifat ini akan mempengaruhi kepada keseluruhan kumpulan dan dapat membangunkan satu pasukan tentera istimewa yang gagah dan kukuh pendirian dan selama-lamanya tidak mungkin dikalahkan.

Sungguhpun begitu, Islam tidaklah hanya membataskan diri dengan hanya mendidik individu sahaja, bahkan pengajarannya juga meliputi keseluruhan umat. Islam telah memerintahkan supaya umat bersatu-padu, bersatu adalah asas kekuatan, manakala perpecahan adalah bibit keruntuhan. Seterusnya mendorong diri supaya bersedia menghadapi peperangan, adalah asas kemenangan. Mengarahkan supaya berjihad, ia adalah secara serentak merupakan asas bagi kekuatan dan kemenangan.

"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan daripada pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain daripada mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa-apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya." (Surah al-Anfal: ayat 60)


Allah Taala juga memerintahkan supaya berjihad dengan sepenuh jiwa raga:

"Pergilah kamu beramai-ramai - berjamaah - (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui." (Surah at-Taubah: ayat 41)


Sebagai tambahan daripada semua itu, Islam juga telah mengarahkan umatnya supaya bersiap siaga :

"Wahai orang-orang yang beriman, bersedialah dan berjaga-jagalah (sebelum kamu menghadapi musuh), kemudian (apabila dikehendaki) maralah (ke medan perang) sepuak demi sepuak, atau (jika perlu) maralah serentak beramai-ramai." (Surah an-Nisa': ayat 71)

Demikianlah pengaruh Islam dalam menyediakan syarat-syarat untuk menang sebelum dan semasa perang. Perlu diingatkan bahawa antara faktor penting yang dapat meninggikan moral ialah pencapaian kemenangan di medan perang. Seterusnya pengaruh Islam berterusan sehingga selepas perang juga, secara tidak langsung membuka peluang bagi menurunnya moral iaitu dengan bergerak menyekat usaha-usaha musuh mencari kemenangan melalui lapangan perang-psikologi dalam rangka menyempurnakan kemenangannya di medan perang.

Perang-psikologi - sebagaimana sedia maklum - bertujuan menjatuhkan moral kerana menginginkan kekalahan awal berlaku terhadap sesuatu kumpulan itu, sama ada dalam jangka masa pendek ataupun dalam jangkamasa yang panjang. Kita patut menyedari bahawa untuk mencapai matlamat kemenangan terdapat usaha awal yang akan dilakukan oleh musuh iaitu merosakkan moral saingannya, perang-psikologi berusaha menyebarkan berita-berita angin yang boleh memecah-belahkan, menimbulkan rasa putus asa dan rendah diri dalam kalangan rakyat, melebih-lebihkan hasil kemenangan, menakutkan berlakunya perang baru yang dalam anggapannya akan membawa kemusnahan, kematian, kemiskinan dan kebuluran.

Islam menentang khabar-khabar angin dan memerintahkan agar mencari kebenaran secara terperinci dan kajian yang mendalam, kemudian hal itu diserahkan kepada kepimpinan untuk memutuskannya. Firman Allah Taala yang bermaksud:

"Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada - Ulil-Amri - (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihan-Nya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu)." (Surah an- Nisa': ayat 83)


Firman Allah Taala lagi :

"Demi sesungguhnya, jika orang-orang munafik, dan orang-orang yang ada penyakit (syak ragu-ragu) dalam hatinya, serta orang-orang yang menyebarkan berita-berita dusta di Madinah itu tidak berhenti (daripada perbuatan jahat masing-masing), nescaya Kami akan mendesakmu memerangi mereka; sesudah itu mereka tidak akan tinggal berjiran denganmu di Madinah lagi melainkan sebentar sahaja." (Surah al-Ahzab: ayat 60)

Firman Allah Taala :

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." (Surah al-Hujuraat: ayat 6)


Islam berusaha mengemaskan barisan, menentang perpecahan tanpa ada sebarang tolak ansur mengenainya dan seorang Muslim sama sekali tidak akan berputus asa daripada rahmat Allah.

"Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa daripada rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat." (Surah al-Hijr: ayat 56)

Islam juga memperingatkan umatnya bahawa hari-hari itu digilir-gilirkan antara umat manusia, sehari untuk mereka dan sehari pula untuk kita. Jika kita mengalami kekalahan, insya-Allah kemenangan akan menyusul. Begitu juga apabila dikurniakan kemenangan, jangan terlalu gembira dan alpa, musuh akan sentiasa mencari kelemahan kita sehingga kemenangan dirampas semula.

Dari sini wajiblah pihak yang bertanggungjawab rasmi menjadi pemimpin keluarga menanamkan dasar agama yang suci ini mengalir ke dalam jiwa dan akal fikiran orang-orang yang berada di bawah jagaannya.

Kepimpinan Yang Baik Meningkatkan Moral

Kepimpinan yang baik, telus dan berintegriti mampu meningkatkan moral dan sebaliknya kepimpinan yang lemah akan menjatuhkan moral. Kepimpinan yang dimaksudkan di sini tidaklah terbatas kepada kepimpinan ketenteraan sahaja walaupun mereka mempunyai saham penglibatan yang paling besar di dalam peperangan. Kepimpinan yang dimaksudkan ialah keseluruhan kepimpinan di samping ketenteraan, politik, perusahaan, pemikiran, keluarga dan lain lain lagi.

Apabila kesemua pemegang tanggungjawab kepimpinan ini menjadi tempat keyakinan orang-orang bawahannya (rakyatnya) maka moral rakyat itu adalah dalam keadaan baik, jika sebaliknya rosaklah keyakinan moral itu.

Umat Islam sentiasa sedar dan cukup mengenali setiap pemimpinnya. Angkatan tentera Islam cukup sedar, mereka kenal siapa pemimpinnya dengan mendalam. Pekerja-pekerja Islam juga sedar, mereka mengenali pemimpinnya dengan penuh keyakinan dan keilmuan. Keluarga di rumah tahu siapa dan bagaimana kepala keluarga itu dan akan meletakkannya di tempat yang sebenar.

Maka, pemimpin yang menyangka dapat menyembunyikan hakikat dirinya daripada orang-orang bawahan adalah amat salah, sangkaan mereka amat waham kerana aktiviti mereka sentiasa terbuka dan hakikat diri mereka sentiasa diketahui oleh orang lain. Masalahnya sekarang ini ialah bagaimanakah hendak menjadi pemimpin yang menjadi tumpuan keyakinan rakyat?

Untuk mencapai tujuan itu, seseorang pemimpin mestilah dapat melupakan kepentingan dirinya demi kepentingan bawahan, mesti mengotakan apa-apa yang dikata, melaksanakan segala keputusan mereka terhadap dirinya lebih dahulu sebelum meminta orang lain mematuhinya. Seseorang pemimpin itu mesti sentiasa sedar akan tanggungjawabnya perlu dilunaskan dengan bersih sebersih-bersihnya, berpegang teguh kepada nilai-nilai akhlak yang tinggi, berusaha melaksanakan tugasnya dengan penuh amanah dan cermat.

Seorang pemimpin mestilah mengambil berat terhadap nasib orang bawahan, segera mengambil keputusan terhadap perkara penting, sanggup memikul tanggungjawab, tidak cuba meletakkan beban ke atas orang lain, saling kasih mengasihi dan percaya-mempercayai dengan orang-orangnya. Seorang pemimpin mestilah mempunyai pandangan hidup yang sahih dan muktabar, sihat dan beriman sepenuhnya serta tidak bermuka-muka (hipokrit). Pemimpin juga mesti tidak jemu dan bosan dalam bekerja, sanggup mempersamakan dirinya dengan bawahan di luar tugas rasmi, tidak mudah terpengaruh dan dipengaruhi, mempunyai personaliti yang kukuh dan mempunyai idea yang jelas dan sihat, mempunyai masa lalu yang cukup baik dan mulia.

Pemimpin yang seperti ini akan sanggup diikuti dan dipatuhi tanpa ragu-ragu oleh bawahannya walaupun berdepan dengan maut. Pemimpin seperti ini juga akan dapat meningkatkan potensi dan kemuliaan daripada Allah setinggi langit. Pemimpin-pemimpin seperti inilah yang akan membawa orang yang berada di bawah jagaannya menuju kemenangan dengan senang dan mudah, nusrah dan karamah.

Demikianlah para tentera yang berada bersama Khalid Ibnul Walid, mereka mampu melaksanakan beberapa tugas secara mengkagumkan di medan perang di bawah benderanya. Hal ini kerana, beliau tidak pernah lalai dan dilalaikan dengan ketinggian strata dan jawatan mulianya.

Maka tidak syak lagi bahawa kemenangan umat Islam pada zaman Panglima Rasul Sallallahualaihi wasalam dan pada masa masa Futuhal Islam dahulu itu adalah kemenangan akidah. Orang-orang Arab dan Islam tidak pernah mencapai kemenangan melalui jumlah tentera yang banyak, sekalipun musuh-musuh mereka sentiasa mengatasi jumlah dan kelengkapan dalam semua peperangan yang ditempuhi.

Kemenangan tidak boleh dicapai tanpa akidah yang membangun dan membina, moral yang jitu dibaluti keyakinan yang mantap sehingga dapat membuatkan umat dapat bertahan ketika damai dan tidak undur ketika perang, dan dapat menentang unsur-unsur perang-psikologi yang dicetuskan oleh musuh.

Islam pada umat Arab adalah senjata rahsia yang membuatkan mereka berupaya memimpin dunia untuk beberapa kurun lamanya dalam lapangan politik, peradaban dan peperangan. Jadi, adakah kita sekarang hendak menggunakan senjata ini sepertimana yang telah digunakan oleh salafussoleh, ataupun masih lagi hendak kekal di bawah tiupan angin taufan yang mencampakkan kepada kita dasar-dasar dan idea-idea yang mungkin juga dilumat-fahami oleh umat beragama yang lain?

http://tarbawi.my

Himpunan Kebangkitan Rakyat bakal gegar Sabah

Harakahdaily, 23 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Atas kesedaran dan sambutan hangat rakyat Sabah di setiap program anjurannya, satu perhimpunan aman akan diadakan di Kian Kok Middle School, esok.

Mengikut kenyataaan yang dikeluarkan Sekretariat Pakatan Rakyat Sabah, perhimpunan bertemakan ‘Kebangkitan Rakyat’ ini bertujuan memecah tradisi bahawa rakyat Sabah tidak lagi akan menjadi deposit tetap BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, lapor Roketkini.

Antara yang dijangka hadir menyemarakkan lagi perhimpunan itu adalah pemimpin utama PR seperti Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Pengerusi DAP Sabah, Jimmy Wong Sze Phin (gambar) berkata perhimpunan itu adalah sebuah kejayaan moral buat Pakatan Rakyat Sabah.

“Rakyat semakin terbuka dan ramai menghadiri program yang dianjurkan PR, himpunan ini diharap akan gegarkan Sabah,” katanya.

Wong yang juga ADUN Sri Tanjung adalah seorang daripada yang tersenarai dalam 66 orang calon yang akan bertanding untuk merebut Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Ditanya mengenai harapan dan aspirasi beliau sekiranya diberi tanggungjawab memikul jawatan itu, Wong berkata, Sabah perlu diberi perhatian memandangkan banyak masalah rakyat di negeri ini.

“Bukan itu sahaja, saya beriltizam untuk menyatukan semua peringkat pimpinan DAP negeri Sabah dalam kerangka menjadi sebuah parti yang kuat dan mampu menggalas amanah dan suara rakyat.

“Sebagai Pengerusi DAP Sabah, saya merasa amat baik sekiranya dapat bersama dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat dan bersedia menerima dan melaksanakan amanah parti serta rakyat dengan lebih berkesan,” katanya.

Sebarang pertanyaan mengenai himpunan ini boleh hubungi wakil DAP Sabah, Johnny Wong 016-8334855, wakil PKR, Dr Kelly Tham (016-8293999), wakil PAS, Saudara Ali (013-8715971), wakil PPPS Saudara Narawi (019-8805055) dan wakil APS, Stephen James (0198510280). - Roketkini.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan