Jumaat, 23 November 2012

ISLAM SEGALA PENYELESAIAN...KITA SEMUA BERGANTUNG PADA ALLAH...KITA SANGAT2 PERLUKAN KEREDAAN SERTA KERAHMATAN ALLAH...UNTUK MASUK SYURGA

Kamera Had Laju: Polis kata RM17K sebuah, Hishammuddin kata RM223K

http://darisungaiderhaka.blogspot.com, 22 Nov 2012

Kamera Had Laju, Polis kata RM17K sebuah, Hishamuddin kata RM223K sebuah.. cuba tengok harga sebenar ni..


Gambar di atas ialah jawapan bertulis kepada soalan lisan MP Jerai, Mohd Firdaus bin Jaafar, Hishammuddin menjelaskan kamera perangkap had laju dibekalkan secara berperingkat kepada PDRM sejak tahun1995.

Kamera yang dibekalkan itu terbahagi kepada dua jenis iaitu model laser Digicam sebanyak 85 unit berharga RM173,925 seunit dan model laser Truecam sebanyak 39 unit berharga RM223,500 seunit.

Dan jumlah keseluruhan harganya ialah RM23.5 juta.

Berikut pula adalah kenyataan dari ACP Mohd Fuad Abd Latiff dari Bukit Aman kepada The Star pada 21 September 2011 mengenai Kamera Laser Truecam tersebut.
Lihat http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/11/kamera-had-laju-polis-kata-rm17k-sebuah.html

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Umno tak guna politik agama?

Subky Latif, 22 Nov 2012
Dalam kenyataan di laman web partinya, Tengku Adnan Mansor, Setiausaha Agung Umno/BN menyindir parti yang menjadikan agama/Islam sebagai hayat hidup, sedang partinya – Umno/BN – ‘tidak gunakan sebaris  ayat al-Quran’ pun.

Ia bukan sekadar menyindir PAS, tetapi ia adalah satu jawapan dengan apa yang didakwa ulama muda yang sedang bertungkus lumus mahu menjadi sayap agama Umno.

Ia adalah kesaksian betapa ulama muda Umno itu bekerja membuang masa, ia tidak akan dapat apa-apa selain dari mencari rezeki sambil boleh meremehkan setiap yang PAS kata dan buat.

Jika betul pula tidak guna sepotong ayat Quran pun dalam politiknya – baik pernah guna dan akan guna – maka adakah ia selari dengan dasar Islam Hadhari yang pimpinan Tun Abdullah Badawi  yang pernah warwarkan dan program Wasatiyah dan maqasid syariyah yang Perdana Menteri Najib cuba perkenalkan.

Jika ikut Najib, seolah-olah perjalanan kerajaan BN selama 54 tahun ini adalah mengikut lunas maqasid syariyah. Maqasid syariyah itu adalah pelaksanaan Islam secara total baik hidup, mati, solat dan ibadat.

Baik ia ada menyebut ayat al-Quran dan hadis atau tidak, maqasid syariyah adalah politik agama. Apakah buat Umno ia sekadar satu propaganda atau itulah yang ia hendak buat, ia adalah politik pentadbiran Najib.

Jika betul sudah benar-benar transformasi dengan politik agamanya melalui wasatiyah dan maqasid syariyahnya, maka ia belum selari dengan fahaman Tengku Adnan yang menolak penggunaan ayat al-Quran dalam politik partinya. Atau Tenku Adnan betul, maka program wasatiyah dan maqasid syariyah  Najib itu adalah program yang tidak bersandarkan kepada al-Quran dan sunnah.

Atau maqasid syariyah yang sudah ditransformasi?
Jika tiada ayat Quran yang digunakan, maka tidak sebesar biji sawi pun ia berpandu kepada al-Quran sedang al-Quran itu ada panduan untuk semua semasa hidup dan semasa menuju akhirat.

Sebaik kita bukan al-Quran, ayat 2 surah al-Baqarah merakamkan maksud, ‘Inilah kitab – al-Quran – tiada sebarang  keraguan,  adalah panduan bagi orang yang  bertaqwa.’

Ertinya, untuk tahu orang itu taqwa, dia mesti berpandu dan menggunakan  al-Quran. Apabila al-Quran tidak diguna dan tidak jadi panduan, ialah tanda orang tidak taqwa.

Kalau kita guna semua ayat al-Quran kecuali satu saja, masih tidak taqwa. Sama ada kita dapat laksana semua dan ada yang belum  sempat dilaksana, asal kita mengaku semua isinya mesti dijadikan panduan dan mesti diguna, maka kita termasuk dalam golongan orang yang cintakan taqwa.

Tapi kalau satu ayat pun tidak pernah diguna dan tidak  akan diguna, tiadalah ia layak untuk  dikumpuli oleh orang Islam.

Mana-mana orang  Islam yang tidak mahu menggunakan mana-mana ayat al-Quran dalam hidup dan matinya, baik berpolitik, berniaga, bertani, berseni, bersosial dan lain-lain, maka belumlah betul Islamnya.

Barang siapa baik hamba atau raja menyeru ia sudah jangan campurkan agama dengan politik, maka dia adalah sekular. Jika dia  Islam tetapi  dia  juga sekular, dia pun tak betul Islamnya.

Dan ada orang Islam sudah semua isi al-Quran sebagai panduannya tetapi tidak setuju dengan hadis yang orang sekarang kata anti-hadis, maka dia kena baharui Islamnya. Kalau dia tidak baharui, tidak dapatlah dia nikmat Isalam.

Sebodoh-bodoh PAS, ia guna al-Quran. Sepandai-pandai Obama dan orang sepertinya, satu ayat Quranpun dia tak mahu guna.

Doa hancur Umno demi selamatkan agama dan negara

Tok Janggut,
Pada mulanya tersentak juga penulis apabila membaca kenyataan beberapa pihak akan doa yang dibaca dalam solat hajat anjuran PAS di Kelantan baru-baru ini. Antara yang didoakan ialah minta agar Allah tumbang dan hancurkan Umno kerana kezaliman yang lakukan sudah sampai ke kemuncaknya tanpa boleh dinasihat atau sudah tidak nampak tanda-tanda yang Umno ini akan insaf dan kembali ke jalan Allah dan Rasul.

Tidak timbul PAS mendoakan kehancuran kepada saudara seagama denganya. PAS hanya berdoa terhadap orang yang zalim dan PAS adalah golongan yang dizalimi dan ditindas selama ini. Bukankah Nabi pernah bersabda “takutilah kamu akan doa orang yang dizalimi kerana doa mereka tidak ada hijab dengan Allah”. Hal ini bermakna jika kita dizalimi, kita boleh berdoa kepada Allah untuk dihancurkan golongan zalim itu demi untuk keamanan, keselamatan dan kemakmuran kita.

Islam tidak pernah membenarkan kita melakukan kezaliaman sesama sendiri hatta dengan orang bukan Islam pun kita dilarang melakukan kezaliman.  Tetapi Umno tidak peduli semua itu, apatah lagi mereka sentiasa dibela dan dipertahankan oleh ulama upahan, puak mufti dan tok guru mereka sedangkan  golongan agama mereka ini tidak pernah pun dilihat menegur Umno melakukan kezaliman dan penindasan terutamanya terhadap PAS dengan merampas royalti dan menafikan hak yang sepatutnya dimiliki oleh rakyat yang meyokong PAS.

Dalam al-Quran Allah telah memberi amaran “Janganlah kamu cenderung kepada golongan yang zalim, kelak kamu akan disambar api neraka”.  Ini bukan sahaja membuktikan bahawa bukan sahaja golong yang zalim akan ke neraka bahkan sesiapa yang cenderung, menyokong dan menjadi sebahagian daripada mereka juga akan disambar api neraka.

Zalim hendaklah dilihat daripada kaca mata Islam, bukan daripada kacamata parti atau menggunakan logik akal. Kazaliman yang paling besar dan nyata ialah apabila sesebuah kerajaan yang mengaku beragama Islam itu tidak melaksanakan syariat Allah sebagai undang-undang tertinggi negara malahan mereka mempersendakan, memperlekeh dan mempermain-mainkan pula syariat Allah itu.

Selain itu, kezaliman dalam menafikan hak rakyat atas alasan tidak menyokong kerajaan yang memerintah juga adalah satu kezaliman. Hal ini kerana apa-apa sahaja rezeki yang ada di muka bumi adalah milik Allah, bukan milik kerajaan yang memerintah. Antaranya menafikan hak royalti minyak yang sudah pun mempunyai perjanjian dan persetujuan bersama tetapi telah dikhianati atas dasar dendam dan iri hati.  Dalam Islam, mungkir janji yang telah dibuat melalui lisan sahaja pun sudah dianggap melakukan kezaliman, apatah lagi yang telah pun dibuat perjanjian yang melibatkan hak sejumlah besar rakyat yang berhak ke atas royalti itu.

Bagaimana pula penafian dari segi peruntukan yang telah disahkan dalam undang-undang negara, menafikan hak mendapatkan biasiswa, tanah, rumah dan berbagai-bagai lagi.  Semua itu termasuk dalam istilah zalim yang Allah janjikan neraka kepada mereka yang melakukanya. Tidak timbul isu berdoa seperti ajaran sesat atau tidak boleh berdoa untuk kehancuran terhadap saudara seagama kerana doa ini terpaksa dilakukan terhadap golongan yang sudah terlalu jauh sesat dan juga tidak mungkin mereka akan melakukan kezaliman jika mereka merasakan mereka itu adalah saudara seagama.

Apabila sudah banyak nasihat, teguran dan kritikan diberikan agar Umno kembali ke jalan Allah tetapi mereka tetap dengan kesombongan, bongkak dan dengan sikap takburnya, maka tiada jalan lain kecuali berdoa kepada Allah agar Umno ini tumbang dan hancurkan demi untuk menyelamatkan lebih 20 juta rakyat.

Alternatif terbaik ganti AES, lebih 40 kmj dibaling batu

http://omakkau.blogspot.com, 21 Nov 2012

ALTERNATIF TERBAIK GANTI AES??????..LAJU MELEBIHI 40KM/J AKAN DIBALING DENGAN BATU!!!!!


Satu notis dan papan tanda yang menarik admin untuk dikongsikan.

Betapa penduduk tempatan menggunakan daya kreatifnya untuk memberi peringatan kepada para pengguna jalan raya agar jangan terlalu laju memandu kenderaan di kawasan perkampungan mereka.

Sekurang-kurangnya  memberi rasa gerun dan cuak pada tuan punya kenderaan supaya lebih menghormati penduduk kampung.


# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Terbaik... Umno pasti kecut

http://batuvskayu.blogspot.com, 21 Nov 2012






Billboard gambar DS Anwar Ibrahim di km 383.4 arah Utara Lebuhraya Utara-Selatan selepas kawasan hentian (R&R) Behrang.
Satu usaha serta idea yang baik. Pemasangan billborad seperti ini cukup berkesan untuk menyampaikan mesej kepada rakyat tentang manifesto serta hala tuju Pakatan Rakyat.
Ini juga merupakan satu alternatif baru, Kita sedia maklum oleh kerana ruang yang terhad untuk Pakatan Rakyat memberi penerangan segala isu atau maklumat di media masa negara ini maka billboard ini merupakan satu cara yang berkesan untuk menyampai maklumat kepada rakyat.
Diharap perbanyakkan lagi billbord seperti ini terutama di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat biar Umno BN gerun melihat iklan-iklan macam ini.
Dengan izin Allah dengan adanya billboard ini rakyat akan mendapat maklumat yang tepat  dan akan memilih Pakatan Rakyat pada pilihan raya nanti dengan menolak parti korup dari Umno/BN.
************************************************************************************
Hang pa tak mau harga minyak turun ka?? bukan setakat minyak turun harga kereta pun akan turun jika Pakatan rRkyat berkuasa di Malaysia malah bukan setakat itu  sahaja banyak lagi janji terbaik dari Pakatan Rakyat akan kita nikmati jika PR berkuasa.
Jadi apa tunggu lagi ayuh pakat TURUNKAN Umno BN pada PRU13 ini. Dah lama sangat merintah.

Koleksi gambar cantik Ustaz Azhar Idrus

http://greenboc.blogspot.com, 22 Nov 2012

Koleksi Gambar-gambar Cantik UAI



Seperti yang kita tahu, Ustaz Azhar Idrus atau UAI adalah seorang ulamak yang terkenal dengan gaya penyampaian kuliah ilmu yang bukan sahaja menarik, malah disampaikan dengan berani dan diselang-seli dengan lawak.

Beliau tidak gentar untuk menegur sesiapa pun termasuk menteri jika dirasakan sesuatu yang dibuat itu tidak tepat.

Dan sebagai seorang yang benar-benar memahami ajaran agama, UAI juga tidak pernahlah mendoakan kehancuran sesama umat Islam.

Kepandaian beliau menggunakan media sosial seperti Youtube menjadikan beliau bukan sahaja terkenal di kalangan golongan tua tetapi turut diminati golongan muda.

Satu yang berbeza dengan UAI berbanding dengan sebahagian ilmuwan Islam yang lain ialah beliau bukan sekadar bercakap mengenai Islam siang dan malam.

Seperti manusia lain, beliau ada minat dan hobi kepada perkara lain.

Satu contoh yang sepatutnya menjadi ikutan ilmuwan yang lain.

Hobi UAI yang paling diketahui ramai ialah minat beliau kepada bidang fotografi.

Kalau melihat kepada gambar yang diambil beliau, kita kena angkat topi tabik ustaz seorang ini yang nyata memiliki ketajaman dalam menentukan fokus dan sudut yang terbaik.

Lihat beberapa keping hasil kerja beliau di bawah:

UAI 2 300x300 Koleksi Gambar gambar Cantik UAI
UAI 3 300x300 Koleksi Gambar gambar Cantik UAI
UAI 4 300x300 Koleksi Gambar gambar Cantik UAI
UAI 5 300x300 Koleksi Gambar gambar Cantik UAI
UAI 6 300x300 Koleksi Gambar gambar Cantik UAI
UAI 7 300x300 Koleksi Gambar gambar Cantik UAI
UAI 8 300x300 Koleksi Gambar gambar Cantik UAI
UAI 9 300x300 Koleksi Gambar gambar Cantik UAI

sumber: -mynewshub

Tahniah dan terima kasih kepada Ahli Parlimen BN...

http://manjongmari.blogspot.com, 22 Nov 2012
Terbukti dari dulu, kini dan selamanya, Ahli-ahli parlimen BN terutamanya UMNO memang tak boleh diharap untuk nak membela atau menyelamat rakyat.. Sia-sialah pengundi-pengundi yang mengundi mereka memberi kemenangan pada PRU12 2008 yang lalu...

Sebelum ini kita semua tahu, ramai ahli Parlimen terutamanya UMNO meminta kabinet mengkaji semula perjalanan sistem kamera AES, ini termasuk Ketua Pemuda UMNO yang juga AP Rembau pun senada tak bersetuju...



# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Kamera Had Laju, Polis kata RM17K sebuah, Hishamuddin kata RM223K sebuah.. cuba tengok harga sebenar ni..


Gambar di atas ialah jawapan bertulis kepada soalan lisan MP Jerai, Mohd Firdaus bin Jaafar, Hishammuddin menjelaskan kamera perangkap had laju dibekalkan secara berperingkat kepada PDRM sejak tahun1995.

Kamera yang dibekalkan itu terbahagi kepada dua jenis iaitu model laser Digicam sebanyak 85 unit berharga RM173,925 seunit dan model laser Truecam sebanyak 39 unit berharga RM223,500 seunit.

Dan jumlah keseluruhan harganya ialah RM23.5 juta.

Berikut pula adalah kenyataan dari ACP Mohd Fuad Abd Latiff dari Bukit Aman kepada The Star pada 21 September 2011 mengenai Kamera Laser Truecam tersebut.

The Star On Line

Apa yang berbeza dengan kenyataan Hishamuddin ialah Hishamuddin mengatakan harga kamera tersebut adalah RM223,500 seunit.

Tetapi menurut ACP Mohd Fuad Kamera Had Laju LTI 20-20 TruCam berharga hanya kira-kira US$6,000 (RM17,000) seunit..

The Star On Line

Siapa yang berbohong sebenarnya?

Adakah Hishamuddin sepupu Najib yang berbohong atau ACP Mohd Fuad yang berbohong..

Untuk mengetahui siapa yang berbohong sila lihat sebut harga dari Laser Technology US tentang harga Kamera Had Laju ini..


Sebut harga ini untuk Michigan, US..


Jelas apa yang dinyatakan oleh ACP Mohd Fuad dari Bukit Aman adalah benar kerana harganya hampir sama.. tetapi sepupu Najib?

Sudahlah beli kapal selam kena bagi komisyen takkanlah beli Kamera Had Laju pun ambil komisyen juga kot?? kalau macam ni.. bangkraplah negara...

Pencacai UMNO tentu gembirakan?? sebab banyak komisyen tu.. tentu korang dapat merasa sorang sikitkan sebab menyokong pemimpin UMNO ni..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan