Isnin, 19 November 2012

KENYATAAN BERAT SEBELAH...TAPI ALLAH MAHA ADIL...KITA TUNGGU KEPUTUSAN ALLAH.SWT...SAPE YANG ALLAH AKAN HANCURKAN....YANG MAHA KUAT SERTA MAHA PERKASA IALAH ALLAH....'ALLAHUAKBAR'

Liga Arab hantar delegasi runding gencatan senjata

Terjemahan Mohamad Yahya, 19 Nov 2012
Ketua Liga Arab, Nabil Elaraby telah berikrar untuk menyokong rakyat Palestin menentang "pencerobohan Israel" dan untuk menamatkan sekatan Gaza semasa rundingan antara menteri luar Arab di Kaherah.


Para pemimpin berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Sabtu lalu bahawa ketua Liga Arab akan mengetuai delegasi ke Semenanjung Gaza pada hari Ahad dan menyokong usaha Mesir untuk berunding berkenaan gencatan senjata.

Agensi Berita Maan melaporkan delegasi yang diketuai oleh Elaraby akan disertai Riyad Al-Malki, Menteri Luar Palestin, dan empat menteri luar lain. Hamas tidak lagi mengesahkan penyertaan dalam lawatan tersebut.

Mesyuarat Sabtu lalu telah diadakan selepas Israel melancarkan serangan udara besar-besaran bermula Rabu lalu kononnya bertujuan menghalang Hamas, kumpulan Palestin yang mengawal Gaza, daripada melancarkan roket salvo merentas sempadan.

Pesawat Israel mengebom bangunan kerajaan Hamas Sabtu lalu di wilayah Palestin, selepas kabinet Israel memberi kebenaran mobilisasi sehingga kepada 75,000 pasukan simpanan, bersedia untuk pencerobohan darat.

Mesir telah menaja gencatan senjata tidak rasmi Oktober lalu, yang kini gagal. Mesir berkata mereka sedang mengusahakan satu perjanjian baru.

Presiden Mesir Mohamed Morsi berkata Sabtu lalu terdapat "beberapa petunjuk" gencatan senjata boleh dicapai tidak lama lagi antara Israel dan Gaza Palestin tetapi dia tidak dapat memberi jaminan yang pasti. - (aljazeera.com)

Kami sokong penuh Israel pertahan diri - Obama

Terjemahan Mohamad Yahya, 19 Nov 2012
Presiden Barack Obama berkata Ahad lalu bahawa Israel mempunyai "hak" untuk mempertahankan dirinya daripada serangan peluru berpandu oleh militan di Gaza tetapi memberi amaran bahawa memesatkan serangan dengan menggunakan tentera darat Israel akan menjejaskan harapan proses damai dengan Palestin.
(Gambar: Presiden Barack Obama berucap mengenai pergolakan di Timur Tengah semasa lawatan ke Asia.)
"Mari kita fahami kejadian yang merupakan punca krisis sekarang dan ia adalah kerana serangan peluru berpandu yang dilancarkan bukan sahaja ke wilayah tentera Israel tetapi di kawasan yang didiami orang awam, tiada negara di dunia ini yng akan bertolak ansur dengan serangan peluru berpandu merentas sempadan kepada rakyatnya," ujar Obama ketika sidang akhbar di Thailand, permulaan lawatan tiga negara beliau di Asia.

"Jadi, kami menyokong sepenuhnya hak Israel untuk mempertahankan dirinya daripada pendaratan peluru berpandu di rumah dan tempat kerja orang awam yang berpotensi membunuh orang awam."

Beliau menambah: "Israel mempunyai setiap hak untuk mengharapkan bahawa mereka tidak mendapat serangan peluru berpandu yang dilancarkan ke wilayahnya. Jika harapan itu dapat dicapai tanpa menambahkan aktiviti ketenteraan di Gaza, maka itu adalah lebih baik. Ia bukan hanya lebih untuk rakyat Gaza. Ia juga lebih baik untuk rakyat Israel, kerana jika tentera Israel berada di Gaza, mereka berisiko tinggi untuk mati atau tercedera. " (nbcnews.com)

Gambar PM Israel lari tak cukup tanah...

http://shalehudin.blogspot.com, 19 Nov 2012
TV Israel:
"Hamas mengejutkan kita kali ini dengan serangan terhdap Tel Aviv dan yang lebih jauh kemampuan mereka menyerang jajahan Israel di utara (Al-Quds)."
Sumber: Qassam Media
Gambar Benjamin Netanyahu sedang lari tak cukup tanah menyelamatkan diri...

Dikhabarkan juga roket Al-Qassam ini telah sampai menghampiri parlimen Knesset. Roket HAMAS ini juga telah sampai ke rumah Menteri Luar Israel. Sementara Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak pula kini sedang bersembunyi apabila roket yang dilancarkan Briged Al-Qassam banyak mengenai sasaran di Tebing Barat.

Allahu Akbar...

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Pengisian maklumat atas talian membebankan guru

Guru dedikasi,
Saya merupakan guru data sekolah yang bertanggungjawab menyelaraskan data dan maklumat guru di atas talian.

Yang mengecewakan ialah terdapat pelbagai aplikasi yang berbeza-beza dan guru perlu mengisi maklumat yang sama berulang-ulang kali. Contohnya, seseorang guru perlu melaporkan kursus dan seminar yang dihadiri dalam aplikasi eSPLG, e Operasi dan Emis Online.

Tiga aplikasi yang berbeza namun maklumat yang diminta lebih kurang sama sahaja. Di sini saya senaraikan pelbagai macam aplikasi yang diwujudkan oleh KPM untuk diisi oleh guru-guru.

1. Emis Online (Maklumat peribadi pegawai, bilangan murid, kelas dan sekolah untuk statistik dan analisa )
2. E operasi (Untuk kiraan hak perjawatan guru dan pertukaran guru )
3. E pangkat (Untuk kenaikan pangkat )
4. E SPLG (Laporan kursus dan bacaan ilmiah)
5. OPMEN (Operasi Menengah / untuk pengiraan hak guru di sekolah-sekolah))
6. HRMIS (Untuk kegunaan rawatan di klinik atau hospital kerajaan)

Setiap tahun guru-guru perlu menyemak dan mengemaskini maklumat masing-masing iaitu maklumat peribadi, perkhidmatan, gaji, elaun, kursus, sinopsis bacaan buku dan banyak lagi. Yang membebankan ialah sebahagian daripada aplikasi ini hanya boleh diakses untuk tujuan pengemaskinian data oleh guru data sahaja. Guru data perlu mengisi perkara yang sama berulang-ulang kali dengan capaian internet yang sangat perlahan di sekolah. Memanglah jumlah waktu mengajar bagi seorang guru data ialah separuh daripada guru-guru biasa, namun bagi sekolah yang bilangan gurunya 150 orang ke atas sangat membebankan.

Prosesnya sangat remeh iaitu mencetak maklumat guru dari sistem, menyerahkan kepada setiap guru untuk semakan dan mengemaskini data. Setelah data selesai dikemaskini, guru data perlu mencetak semula untuk setiap orang guru dan staf sokongan bagi tujuan pengesahan data.

Kenapa tidak diwujudkan satu sahaja sistem data yang selaras yang dapat dihubungkan kepada aplikasi lain yang diperlukan oleh unit lain di kementerian? Saya percaya semua guru yang memegang jawatan sebagai guru data sebolehnya ingin melepaskan jawatan ini kerana beban tugas yang melampau dan kami tidak mampu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pengajaran dan pembelajaran. Ini tidak termasuk statistik dan analisa data yang diminta oleh pihak Pejabat Pelajaran dari semasa ke semasa. Tumpuan kami terhadap P & P sangat terganggu kerana guru-guru sering merujuk dan bertanya hal-hal yang berkaitan dengan ICT, aplikasi di atas talian dan lain-lain perkara diluar bidang tugas seorang guru data.

Sepatutnya seorang pegawai dilantik khas (kerani) disetiap sekolah bagi menjalankan tugas ini. Minat saya hanya untuk mendidik anak-anak di sekolah
dengan sepenuh jiwa dan raga dan memberikan sepenuh tumpuan terhadap mereka.

Saya yakin pihak Pakatan Rakyat akan membela nasib para pendidik apabila berjaya menakluki Putrajaya selepas PRU13 nanti.

Pengisytiharan harta langkah pertama

Nasrudin Hassan, 19 Nov 2012
“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, Maka kami seksa mereka disebabkan perbuatannya.” (Al-A’raf: 96)
Dewan Pemuda PAS Malaysia, di dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja bertarikh 14 November 2012 telah bersetuju untuk mengambil ketetapan berkenaan langkah pengisytiharan harta di kalangan pemegang jawatan dalam parti politik seperti berikut:

  1. Secara prinsipnya, DPPM berpegang kepada nilai amanah dan integriti yang tinggi di kalangan pimpinan dan ahli dalam melaksanakan agenda siyasah, dakwah dan tarbiah;
  2. Amalan pengisytiharan harta di kalangan penjawat awam adalah sangat baik supaya unsur pecah amanah dan salahguna kuasa dapat dihalang dan dihapuskan, dan DPPM berpendapat amalan ini wajar dipraktikkan oleh pemegang jawatan parti politik yang bertanding untuk memegang tampuk pemerintahan kerajaan;
  3. Seluruh kepimpinan DPPM bersetuju untuk melaksanakan amalan pengisytiharkan harta secara sukarela demi menjaga nilai amanah dan integriti peribadi dan parti dengan mengambil langkah-langkah berikut:
    1. Menggunakan format yang digunapakai oleh Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai kriteria minima pengisytiharan harta oleh setiap pemimpin dan ahli keluarga;
    2. Pengisytiharan harta oleh setiap AJK DPPM diserahkan kepada Ketua Pemuda untuk disimpan dan dipantau oleh sebuah Badan Hisbah dalaman dan akan diserahkan kepada Presiden Pas dan Mursyidul Am PAS mengikut keperluan semasa;
    3. Selesai proses pemilihan calon pilihanraya, DPPM secara sukarela akan mempamerkan borang deklarasi pengisytiharan harta milik AJK DPPM yang dimanahkan oleh parti sebagai calon pilihanraya, untuk dinilai oleh rakyat keseluruhannya.

Justeru pada detik 1 Muharam 1434H yang penuh mulia, seluruh EXCO Dewan Pemuda PAS Malaysia telah menyerahkan borang deklarasi pengisytiharan harta kepada saya selaku Ketua Pemuda untuk disimpan dan dinilai dari semasa ke semasa, dan sebagai tanda komitmen kami dalam menjaga nilai amanah dan integriti peribadi dan parti, saya telah mengambil langkah pertama dengan mengemukakan deklarasi pengisytiharan harta saya secara terbuka pada majlis penutup Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia kali ke-53 yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, MPKB-BRI, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Mencorak Masa Depan.

Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Ketua Pemuda PAS

18 November 2012

Pejalan kaki anti Lynas hampiri sasaran

Khairil Abdul Rahim, 19 Nov 2012
TEMERLOH: Kumpulan Hijau Anti Lynas yang berjalan kaki sejauh 300 kilometer dari Kuantan untuk ke Dataran Merdeka dan parlimen, tengah hari semalam sampai ke Lanchang iaitu setengah perjalanan.
Rombongan disertai 200 orang itu memulakan perjalanan pagi Selasa dari Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 1, sebelum berhenti dan bermalam di beberapa lokasi iaitu Gambang, Sri Jaya, Maran dan Mentakab.

(Gambar: Sebahagian peserta jalan kaki anti Lynas berjalan kaki dari Mentakab ke Lanchang.)

Perjalanan tersebut dianjurkan oleh beberapa buah pertubuhan  (NGO) anti Lynas berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan 8 November lalu yang menolak permohonan injunksi interim ke atas Lesen Operasi Sementara (TOL) sekali gus memutuskan kilang tersebut dibenarkan beroperasi di Gebeng.

Menurut pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tuck, yang mengetuai kempen berjalan kaki itu berharap, kempen akan berlangsung  selama 10 ke 13 hari dengan sasaran jarak perjalanan ditetapkan sekitar 30 kilometer sehari untuk sampai ke Dataran Merdeka pada 25 November ini.

“Kami mendapat sokongan padu sepanjang perjalanan setakat ini termasuk disediakan makan minum, penginapan  dan penyokong setempat yang sanggup memberi sokongan moral berjalan sama. Setiap malam dianjurkan ceramah dan forum anti Lynas.

“Pagi esok kami akan meneruskan berjalan kaki ke Karak dan lusa ke Bentong hinggalah sampai ke Dataran Merdeka dan bangunan parlimen untuk menyampaikan bantahan,” katanya.

Turut menyertai kempen jalan kaki itu ialah NGO anti Rapid Pengerang, anti Sinida Raub, 12 orang Pribumi Sarawak yang membantah projek Hidroelektrik di negeri itu, ahli jawatankuasa Pemandu BERSIH dan wakil dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pahang.

PAS bukan parti kampung, sedia tadbir negara

Muhammad Yusri Amin, 19 Nov 2012
KOTA BHARU: PAS bukan ‘parti kampung’ bahkan sebuah parti yang kini bersedia untuk mentadbir Malaysia, kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Beliau berkata PAS kini didukung ahli dari pelbagai lapisan termasuk pegawai tinggi kerajaan dan pegawai keselamatan yang telah bersara.

(Gambar: Husam bersama petugas Harakah di muktamar.)

Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan berkata Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-58 meletakkan PAS bukan saja untuk PAS tetapi juga PAS untuk semua.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Muktmar Tahunan PAS ke-58 yang berakhir di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) dekat sini petang semalam.

“Hendak membentuk sebuah kerajaan mesti ada pelbagai aliran kekuatan termasuk pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan pegawai dari pasukan keselamatan yang telah bersara.

“Dan ini membuktikan PAS tidak lagi sebuah ‘parti kampung’ tetapi sebuah parti yang bersedia untuk mentadbir kerajaan secara yang baik,” ujarnya.

Katanya,, ucapan penggulungan Presiden PAS menunjukkan beliau seorang pemimpin sudah teruji, bahkan bersedia untuk memimpin rakyat Malaysia pelbagai kaum serta menguasai isu-isu governance dengan cekap.

Beliau turut mengulas isu ‘pengkhianatan Umno’  terhadap Melayu.

Husam mendakwa itu merupakan isu besar yang akan diikuti follow-up program-program yang lain selepas ini.

Ini, ujarnya penting supaya rakyat di luar bandar boleh faham bahawa sebenarnya selama ini mereka adalah terpinggir kerana kecuaian atau pun pengkhianatan Umno.

Mengenai calon PAS untuk PRU13, beliau berharap calon itu mestilah seorang berbudi baik dari perspektif Islam,  beriman, bertaqwa dan ada track record serta rapat dan mesra dengan pengundi.

Pemimpin wajar disiplin penyokong

Subky Latif, 18 Nov 2012
HARIAN tabloid Melayu dalam pengamatannya tentang gejala memarakkan kebencian di kalangan parti-parti politik menyarankan supaya pemimpin setiap parti mendisiplinkan penyokongnya.
Pandangan dua orang bekas Ketua Polis Negara, para cendekiawan dan penganalisis politik telah ditinjau, kesemuanya sekata bahawa gejala keganasan dan membenci satu puak dengan yang lain menjadi-jadi sekarang hingga polis sendiri gerun melihat perkembangan yang mulai payah dikawal.

Bekas KPN yang diketahui ganas dan khidmatnya telah ditamatkan kerana tindakan ganasnya mengaku apa  yang dikatakan gejala politik ganas sekarang menyebabkan ‘polis tersepit’ untuk bertindak. Buat  salah, tak buat lagi salah.

Antara gejala keganasan yang harian itu bangkitkan ialah melempar cat pada bas yang membawa orang politik, mengoyak dan memusnahkan poster parti lawan, membali batu  dalam majlis ceramah, membuat bising pada majlis ceramah yang tujuannya adalah mengganggu dan macam-macam lagi.

Semua itu adalah mengundang ancaman keselamatan. Maka yang dapat disarankan bagi membendung gejala itu ialah pemimpin politik setiap parti mendisiplinkan penyokong masing-masing supaya menjauhkan semua gangguan itu.

Tidak susah bagi pemimpin mendisiplinkan penyokongnya  dan memang parti-parti yang bertanggungjawab khususnya parti pembangkang memang menjaga tata kegiatannya supaya parti dan pemimpinnya difitnah dan tidak jadi agen kekecauan.

Tetapi adakah semua parti terutama parti yang berkuasa merasa perlu ia sendiri didisiplinkan?

Semua contoh yang dibangkitkan oleh harian tabloid itu adalah digejalakan oleh penyokong kerajaan sendiri. Bas yang disimbah cat yang digunakan oleh orang politik dan membawa pemimpin politik adalah dipunya atau disewa oleh PKR.  Belum pernah ada kempen dengan bas sebegitu sebelumnya. Yang menyimbah catnya siapa? Adalah penyokong parti yang memerintah.

Baling telur busuk dalam majlis ceramah pernah berlaku dulu. Selepas 13 Mei, 1969 ia tidak didengar lagi. Hanya menjelang PRU13 kempen Anwar dihalang termasuk kejadian membaling batu.  Angkara siapa? Apa kekecohan berlaku dalam majlis yang Anwar hadir, tentu yang mengacaunya penyokong kerajaan.

Dulu bolehlah yang menimbulkan kelam kambut itu disalahkan komunis. Apa  saja masalah semua gara-gara komunis. Sekarang komunis sudah lenyap. Maka yang menentang Anwar dan pembangkang ialah penyokong UMNO.

Semua yang disebut oleh tabloid itu adalah kegiatan yang dilakukan oleh golongan  anti Pakatan Rakyat khususnya yang melibatkan Anwar. Ertinya yang perlu didisiplinkan ialah penyokong parti kerajaan  dan parti-parti BN itu sendiri. Pemimpin politik pembangkang tidak perlu disuruh mendisiplinkan pengikutnya kerana mereka tidak buat apa yang berlaku itu.

Kiranya ada angkara penyokong pembangkang, ia adalah kejadian yang terpencil. Tetapi yang menjolok mata mengganggu kempen politik sekarang rata-rata angkara UMNO dan penyokongnya.

Terbaru kejadian di Kemaman. Anwar menjelajar dengan basnya ke situ. Berbelas NGO membantah, membuat laporan polis dan memasang poster mengecam kedatangan Anwar. Apa pelik sangat?

Siapa dalam NGO itu? Mestilah tentera upahan UMNO.

Bekas KPN yang ikut mengeluh tentang  perkembangan itu adalah orang yang  dipelihara kerajaan UMNO dan mereka buat apa yang kerajaan arah semasa bertugas dulu. Sekarang mereka juga bersungut. Perkembangan pelik itu sudah menjadi polis tersepit.  Hendak salahkan siapa?

Segala-galannya adalah gara-gara  UMNO  sendiri tidak berdisiplin. Sekarang UMNO sudah terdesak. Ia tidak dapat kawal penyokongnya. Yang mengganas itu adalah penyokong UMNO yang tidak lalu menghadapi perkembangan secara rasional dan beradab. Dengan harapan cara tidak beradab itu tuannya dapat dikekalkan.
Next &gt

Tiada ulasan:

Catat Ulasan