Rabu, 19 September 2012

HATI YANG BUSUK DIDALAM AKAN KELUAR JUGA DARI SEGI TINDAK TANDUK...PERBUATAN JUGA PERCAKAPAN...DIDUNIA DIRAKAM ALAT SEDIA ADA....DIAKHIRAT RAKAMAN LAGI TERANG@CANGGIH SERTA SISTEM SUARA YANG JELAS...PUAK JAHAT DAN DAJAL NI NAK PI MANA

Siapa pembohong...polis baru siasat Hishammuddin cakap sudah ditangkap

http://addin77.blogspot.com, 19 Sep 2012

Siapa Pembohong?.. Polis Baru Siasat Tapi Hishamuddin Cakap Suspek Sudah Di Tangkap

Susulan dari peristiwa "Pijak Gambar Pemimpin Negara Perbuatan Melampau" yang hangat dibincangkan sejak kebelakangan ini; saya telah dikunjungi oleh seorang pegawai Polis dari Gombak pada hari Khamis pada 13 September sekitar jam 3 petang.

Laporan dibuat di Balai Gombak oleh seorang yang sudah pasti meluat dengan sikap berat sebelah pihak berkuasa yang hanya mengambil berat persoalan gambar Najib dipijak tetapi tidak menghiraukan apabila gambar pimpinan PR dilakukan sedemikian rupa, malah lebih dari itu.

Atas laporan tersebut pegawai berkenaan telah bertemu saya kerana telah tersebar luas di Internet bagaimana gambar saya dan pimpinan utama PAS, DAP dan PKR pernah juga dipijak oleh para samseng politik.

Semasa pertemuan tersebut, pegawai berkenaan meminta maklumat berhubung peristiwa yang melibatkan gambar saya dipijak di perkarangan Masjid Negeri Shah Alam. Saya memaklumkan bahawa ianya berlaku pada awal 2010 dan bukan sekadar gambar, video pun ada.

Apabila ditanya samada saya kenal atau tidak samseng tersebut, saya katakan tidak, tetapi boleh mengagak dari 'cawangan' mana. Saya memberitahunya sekiranya diperlukan, saya boleh cuba dapatkan maklumat berhubung siapakah mereka ini.

Pada masa sama saya juga menunjukkan gambar budak upahan UMNO/BN yang kencing di atas gambar saya dan TGNA serta TGHH. Saya memaklumkan kepadanya bahawa banner yang dikencing itu adalah banner PRU 2008 yang dipasang oleh PAS Shah Alam. Pegawai berkenaan kemudiannya memaklumkan kepada saya bahawa ia adalah kes yang berasingan dan sedang disiasat oleh Polis dari Terengganu kerana laporan dibuat di Kerteh.

Dengan itu perbincangan berakhir dan saya berjanji untuk menghantarkan video dan apa jua maklumat berhubung peristiwa tersebut kepadanya. Oleh yang demikian, sekiranya saudara saudari kenal mereka ini, sila maklumkan kepada saya melalui email atau datang sendiri ke pejabat saya di Seksyen 13 Shah Alam.






Esoknya, pada hari Jumaat 14 September, saya mendapat panggilan dari seorang lagi pegawai Polis! Beliau dari Terengganu dan sudah berada di Shah Alam. Beliau ingin berjumpa saya juga berhubung peristiwa gambar TGNA dan TGHH yang telah dikencing itu. Saya berjumpa beliau pada jam 3 petang juga selepas solat Jumaat.

Beliau meminta maklumat dari saya berhubung peristiwa tersebut. Saya memaklumkan kepadanya bahawa ianya berlaku semasa tempoh kempen PRU 2008 iaitu pada awal Mac.

PAS Shah Alam telah memasang 5 sepanduk besar ukuran 10'x20' dan memasangnya dibeberapa lokasi strategik. Banner yg dikencing adalah salah satu darinya dan mungkin ianya banner yang dipasang di Seksyen 7.

Itu sahaja maklumat yang ada pada saya. Gambar itu jelas menunjukkan kumpulan berkenaan berpakaian baju BN dan mungkin juga merupakan para petugas yang pemasang bendera yang diupah untuk berkerja pada waktu malam.

Saya rasa mereka bukan warga Shah Alam tetapi adalah tenaga kerja dari luar. Selepas itu beliau minta diri dan meminta saya untuk memberikan apa jua maklumat tambahan kalau ada pada dirinya sebagai pegawai penyiasat.

Saya beranggapan siasatan baru sahaja bermula; maka saya amat terkejut apabila Hishamuddin memaklumkan bahawa ada yang telah ditahan pada hari Sabtu keesokan harinya. Betulkah perkara ini saya tertanya? Atau satu lagi helah politik mainan UMNO sepertimana biasa? ~ yb-khalidsamad

Hina Islam: Umno, hentikanlah hipokrasi

Muhammad Adam Lee bin Abdullah,
Saya mulakan ulasan ini dengan mengungkapkan setinggi-tinggi syukur saya ke hadhrat-Nya kerana menunjukkan saya jalan-Nya yang lurus ini, iaitu iman dan Islam. Namun begitu, saya turut ingin melahirkan rasa sedih dan kecewa atas sikap serta perangai buruk sesetengah mereka yang kononnya mengaku beriman dan seorang Islam tetapi dalam masa yang sama telah berkali-kali menodai kesucian dan maruah agama ini tanpa segan dan malu. Memang benar sekali, penghinaan terang-terangan terhadap Islam di negara kita dimulai sekitar tahun 1980-an lagi; malah, ketika pentadbiran sebelumnya, kalau adapun berlaku perselisihan faham PAS-Umno mengenai agama, tidaklah begitu tersiar secara eksklusif. Justeru, rasanya umum sudah tentu boleh mengagak, siapakah sebenarnya punca terhadap gejala tidak bermoral ini.

Juga, kenyataan Tun Mahathir yang pernah disiarkan dalam stesen televisyen pada Februari 1996 mempersenda hukum hudud jelas sekali mencerminkan kedangkalan penghayatannya terhadap rukun iman itu sendiri, apatah lagi sanggup mempersenda sunnah Rasulullah SAW menyimpan janggut, umpamanya. Walhal, dalam masa yang sama, mereka jugalah yang bersandiwara sehingga kini kononnya merekalah pemimpin dan pentadbir Islam agung yang patut dicontohi, dengan menyajikan slogan dan program-program kosmetik semata-mata.

Bukankah jelas pada zaman Tun Abdullah (Pak Lah) dengan pendekatan Islam Hadharinya, dan kini, YAB PM pula dengan konsep wasatiyahnya, masalah umat Islam kita tidak selesai, malah makin parah? Lebih menyedihkan, kedapatan pula mereka yang dipanggil "ulama" sanggup bersengkongkol.

Sedangkan pada masa yang sama ada kalangan mereka yang benar-benar ikhlas jiwanya ingin berbakti kepada negara hanya kerana Allah, apabila mengulas hukum-hakam dengan sebenarnya, boleh dimusuhi pula? Nah, bukankah ini tindakan hipokrasi (munafiq) namanya? Juga, bagaimana pula dengan sesetengah menteri yang berhujah menggunakan dalil naqli untuk menegakkan benang basah yang turut disokong para “ulama” ini, menyebabkan kita sekalian menjadi lebih keliru?

Oleh itu, pada hemat saya, hikmah di sebalik penerbitan filem 'The Innocence Of Muslims' yang tidak bertanggungjawab itu ialah, setidak-tidaknya membangkitkan kembali keinsafan umat Islam, khasnya kita di Malaysia ini, akan gejala buruk golongan kafir dan munafiq yang ingin terus memastikan nur Islam ini terhapus, sekaligus timbul rasa sensitif kita untuk mempertahankan kesucian nur Allah ini. Dengan itu, saranan Naib Presiden PAS itu sewajarnya direnung dengan penuh keseriusan, dan marilah kita bersama-sama mengenepikan sebarang perbezaan dan sentimen remeh-temeh serta bertaubat kepada-Nya. Semoga setelah ini, umat Islam dan negara Malaysia tercinta ini akan aman sentosa beroleh berkat, ampunan, rahmat dan redha-Nya dunia dan akhirat.
 

Pertahan Nabi dengan amal sunnah, akhlak terpuji

Mohammad Fazril Mohd Saleh ,
Nabi Muhammad SAW merupakan makhluk terbaik yang diciptakan Tuhan, diutus buat semua dan menjadi rahmat untuk sekalian alam. Kewajipan mentaati Nabi Muhammad adalah suatu yang tidak mungkin dapat disangkal oleh seorang Muslim yang beriman. Malah, mencintai Nabi Muhammad merupakan antara kewjiban seorang Muslim yang menjadi tanda keimanannya.

Perjalanan kehidupan Baginda Nabi SAW, tidak pernah sunyi daripada dugaan dan cabaran, penghinaan dan cacian yang dilemparkan oleh kaum musyrikin yang memusuhi Baginda.

Walau apa pun penghinaan dan cacian terhadap Baginda Nabi Muhammad SAW, sebagai Muslim, kita mengetahui akan hakikat kemuliaan Nabi secara yakin tanpa sebarang keraguan.

Berikutan insiden penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW oleh Nakoula Basseley Nakoula, 52 tahun dari California yang menghasilkan sebuah filem berjudul "The Innocence of Muslim" dan dimuat naik di laman sosial Youtube, para pelajar dan mahasiswa Muslim khususnya disarankan untuk memperdalam pengetahuan tentang peribadi sebenar Nabi Muhammad SAW.

Sebagai Muslim, kita wajib mempertahankan peribadi Nabi SAW daripada sebarang penghinaan. Walau bagaimanapun, tindakan ganas dan liar yang dilakukan oleh para demonstran dalam siri-siri tunjuk perasaan seluruh dunia sehingga meragut nyawa adalah tindakan yang tidak sewajarnya dilakukan.

Tindakan terburu-buru yang emosional seperti ini dapat mendatangkan pandangan buruk masyarakat dunia terhadap Muslim dan agama Islam dan membangkitkan fenomena Islamophobia sepertimana firman Allah:  “Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan”. (Al-An'am: 108)

Sekiranya kita ingin membantah dan melakukan perhimpunan aman, itu tidaklah menjadi masalah. Tunjuk perasaan dan demonstrasi yang dilakukan biarlah bertepatan dengan lunas-lunas syarak dan akhlak Islami.

Umumnya mengetahui penghasilan filem ini merupakan tindakan bodoh seorang pembikin filem yang mempunyai masalah integriti dan terlibat dalam beberapa jenis jenayah. Justeru, selain daripada menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap filem bodoh ini, apa lagi kesan luahan dan tunjuk perasaan kita?

Pastinya Nabi Muhammad SAW akan berbangga dengan ummatnya yang cinta dan kasih kepada Baginda. Namun, jika akhlak tidak terjaga, kebenciaan membara dalam hati dan tindakan luar batas sehingga mendatangkan fitnah kepada agama Islam, apakah semuanya ini akan menggembirakan Nabi Muhammad SAW?

Tanpa menafikan peranan aksi-aksi tunjuk perasaan dan demonstrasi membantah filem ini, penulis berpandangan, masyarakat dunia jangan melupakan pembantaian yang sedang berlaku atas ummat Islam dunia yang sedang merana dan memerlukan bantuan segera.

Tunjuk perasaan dan advokasi membantah pembunuhan bangsa Rohingya di wilayah Arakan, Myanmar, krisis berdarah Syria dan penindasan yang tidak berkesudahan di Palestin, Kashmir, Selatan Thailand dan lain-lain haruslah sentiasa konsisten.

Malah kempen-kempen kemanusiaan dan kutipan dana bantuan untuk mangsa-mangsa krisis kemanusiaan ini wajar terus berjalan dan diperhebatkan.   Sekiranya Nabi Muhammad SAW bersama kita, pastinya Baginda berbangga dengan tindakan ini kerana asas ajaran Baginda Nabi SAW ialah kasih sayang dan saling membantu.

Oleh yang demikian, masyarakat Malaysia harus bertindak wajar  dan bijak memberi fokus dalam setiap tindakan. Amalkan sunnah dan akhlak mulia seperti yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai manifestasi tanda cinta kasih kita kepada Junjungan Besar Baginda Nabi Muhammad SAW.

Penulis ialah Naib Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Talam oh Talam, senjata makan tuan

Dr Dzulkefly Ahmad, 19 Sep 2012
Kenyataan TPM TS Mahyuddin Yassin bahawa Umno telah menemui formula untuk menawan kembali Selangor dengan Talam adalah sangat melucukan.Bukan sahajaDato Chua Tee Yong (CTY) dan DS IrMohd Zin keliru tentang ‘Talam Debt Recovery Exercise’ (Pelan Pungutan Hutang Talam) ini, kini TPM Malaysia pun turut dikelirukan mereka berdua ini.


Dalam kekeliruannya CTY pernah mendakwa Kerajaan Selangor menggunakan dana rakyat Selangor sebanyak RM1 bilion dan Md Zain dengan segala ‘kejahilan’nya mempopularkan istilah “Talam-Gate’. Sekarang Mahyuddin nak guna ini isu Hutang Talam ini sebagai resipi dan formula kemenangan.

Saya mahu jelaskan hanya beberapa isu dahulu secara khusus sebab terlalu banyak yang hendak diDEDAHkan bersabit kebingungan TPM dan Umno-MC-BN ini.

Pertama

Ya, seluruh rakyat Selangor perlu tahu bahawa dalam pemerintahan Umno-BN di Selangor dulu lah, Pemaju Talam Corporation (kini namanya Trinity Corporarion) mendapat pelbagai projek pembangunan dari kerajaan mantan MB DS Khir Toyo sehingga menadapat jolokan panggilan “Super-Crony Selangor’ bawah Khir Toyo.

Pada waktu-waktu ‘kecemasan’nya yang sedang mengalami tekanan dari Bursa Saham supaya melunaskan hutang-hutangnya (syarikat tersenarai (PLC) di bawah PN17 (Practice Note 17), tahukah rakyat Selangor bahawa Talam Corp memilikki ‘Land Bank’ sejumlah 7000 ekar!

Jadi rakyat Selangor perlu tahu siapa yang berhutang? Bukan kami kerajaan Pakatan! Tapi zamanKhir Toyo lagi. Usaha pertama adalah menentukan HUtang-hutang ini (Confirmation of Debt). Berapa banyak dan kepda siapa?

Talam berhutang kepda berhutang kepada 3 anak syarikat negeri atas pelbagai sebab dan kegagalan melaksanakan projek bersama dengan PNSB (RM28.2 juta), PIYSB (RM248.7 juta -Unisel) dan KHSB (RM115.1 juta).Jumlah ialah RM392 juta!

Kedua

Berjaya kah Umno pungut hutang-hutang ini dalam pemerintahan KHir Toyo?

TIDAK! Umno GAGAL memungut hutang Talam walaupun RM 1juta dan tidak juga RM1 setelah mendakwa mereka MENCUBA sebanyak TIGA kali (2005, 2007 dan2008). Kenyataan dan hakikat KEGAGALAN ini mesti diberitahu kepada seluruh rakyat Selangor!

Rakyat Sealngor mesti persoalkan mereka KENAPA mereka GAGAL! Beban itu seterusnya ditanggong oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang mengambil aleh pemerintahan selepas PRU ke-13.

Ketiga

Apa yang Berjaya dilakukan oleh Kerajaan Pakatan? Berapa banyak yang dapat dipungut kembali?

Setelah audit dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dan Pengesahan Hutang Talam dibuat (Confirmation of Debt), “Kerajaan Selangor telah memasukki dua perjanjian untuk mendapatkan Talam membayar hutang mereka (Debt Settlement Agreement).

Proses yang dilakukan inilah yang sangat tidak difahami oleh CTY (MCA) dan Ir Mohd Zin (Umno) dan kini TPM sendiri. Hutang kepada anak-anak kerajaan negeri pun berpindah tangan kepada Menteri Besar Incoroprated (MBI) dengan proses ‘Round-Tripping’ melibatkan anak syarikat Selangor Industrial Corporation (SIC) yang setelah meminjam RM392 juta dari CIMB yang kemudiannya membayar kepada kerajaan negeri untuk mendapat hutang-hutang itu dari 3 anak syarikanya.

Dengan duit bayaran tersebut kerajaan negeri kemudian meluluskan penggunaan wang RM392 juta itu di Dewan Undangan Negeri untuk MBI (Menteri Besar Inc) membeli hutang tersebut dari SIC. SIC membayar kembali RM392 juta yang di pinjam dari CIMB. Itulah dia berakhirnya ‘Round-Tripping tadi ketika SIC bayarbalik RM392 juta yang dipinjam dari CIMB! Mana ada lagi wang rakyat Selangor yang CTY, Md Zain dan TPM dakwa diguna?. Jangan sampai rakyat kata mereka ‘Bengap’. Tak manis!

MBI kemudian memulakan proses “Pungutan Hutang” dari Talam.

Keempat

Berapakah yang dibayar Talam kepada kerajaan negeri dan dalam bentuk apakah bayaran tersebut?

Talam membayar dalam 4 bentuk. i. RM340.88 million tanah dan asset: 1,322 ekar di Bukit Beruntung bernilai RM150.28 million, 2,264 ekar di Bestari Jaya bernilai RM105.3 million, 400 ekar di Ulu Yam and 60% equity dalam saham Ulu Yam Golf & Country Resort dengannilai RM22.2 million, 134 ekar tanah di Danau Putra berharga RM52.1 million and 5 unit ofis di Menara Pandan bernilai RM11.1 million.

Selebihnya yang berjumlah RM51.12 million dibayar dalam bentuk tunai : RM12 million dari jualan tanah di Puncak Jalil, RM5 million ‘cash assignments’ dari EON, RM7.68 juta kerja ‘earthwork di Unisel, RM9.04 juta dari jualan 25.94 ekar dari tanah di Bukit Beruntung, and RM17.4 juta dari tanah di Bestari Jaya.

Kesimpulan

Kenyataan rasmi dari KPMG adalah amat jelas bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri adalah ‘a sound business decision’ – ‘satu keputusan yang bijak’.

Satu ‘bailout’ adalah ditakrif dalam kewangan sebagai ‘bantuan kewangan yang diberikan kepada sebuah syarikat yang sakit atau akan mengalami kebankrapan seperti kes Perwaja, IWK dan MAS yangdiberikan suntikan berbillion RM oleh kerajaan Pusat.

Kerajaan negeri, ditegaskan oleh KPMG tidak membayar walaupun RM 1 kepada Talam sebaliknya Talam telah melunaskan hutang berjumlah RM 392 juta kepada kerajaan negeri.

Umno-BN mempertikaikan sebahagian pembayaran tanah-tanah ini dan penilaiannya sementara mereka lupa bahawa yang melakukan penilaian adalah pihak “Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah (JPPH) yang merupakan agensi kerajaan Persekutuan! Tiga keeping Tanah Danau Putra yang ditertawakan oleh Ir Mohd Zin kerana 80% dibawah air, telah selesai dijual dan mendapat pulangan yang diharapkan.

Kini kerajaan Pakatan dapat kembali sebanyak 1,322 ekar di Bukit Beruntung bernilai RM150.28 million, 2,264 ekar di Bestari Jaya bernilai RM105.3 million dan 400 ekar di Ulu Yam. Tanah adalah sangat berharga dan tidak boleh di’gadaikan’kepada pihak swasta dan kroni mana-mana penguasa politik! Itu pengkhianatan terhadap rakyat di negeri dan negara ini namanya!

Jelasnya TPM gagal memahami seluruh proses “Pungutan Hutang Talam” dan kini berdepan dengan kenyataan beliau akan dimalukan seandainya Talam mahu dijadikan resipi dan formula untuk memenangi dan merampas kerajaan Selangir dari Pakatan Rakyat.

Umno-BN lah ‘pengkhianat’sebenar kepada rakyat Selangor yang i. telah memberikan kepada segala ‘pemberian tanah secara MUDAH’, ii. Gagal memungut Hutang pihak pemaju yang merupakan ‘super-kroni MCA’ dan mantan MB Umno itu. iii. mentohmah kami dalam usaha memungut hutang Talam.

Sangat Memalukan Tipu Belit Umno-MCA ini!

Inilah resepi yang hendak digunakan oleh TPM untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat yang menyelamatkan Wang Rakyat Selangor!

*Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP).

P'raya Kampus: Pro-M mohon pemantauan Suhakam

Harakahdaily, 19 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Pro Mahasiswa (Pro-M) Nasional semalam menghantar satu memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bagi memohon campurtangan badan itu memantau perjalanan Pilihan Raya Kampus (PRK) kali ini.
Pengerusinya, Edikoup Lakip berkata, memorandum yang diberinama 'Bersih Kampus' itu antara lain memohon Suhakam menubuhkan pasukan khas memantau perjalanan pilihan raya kampus kali ini agar ianya berjalan secara bersih, adil dan berintegriti.

Selain itu mereka juga mahu Suhakam menyiasat dakwaan camputangan asing termasuk parti politik yang di kenali sebagai 'Ops 2020' dalam pilihan raya kampus kali ini.

"Tiada penarafan dalam ketelusan sistem pilihanraya kampus sejak dahulu lagi, sepatutnya universiti menjadi cerminan demokrasi yang paling telus dan adil" kata Saudara Edikoup semasa sidang mediaselepas penyerahan itu semalam.

Aduan lain termasuk juga penetapan tarikh pilihanraya yang terlalu lambat, menuntut mahasiswa terlibat dalam mengurus pilihanraya kampus.

"Kita mahu sistem pengundian telus, kebebasan berkempen dan peruntukan  kepada calon dalam proses pilihanraya kerana  mahasiswa telah  membayar yuran kebajikan tetapi mahasiswa terpaksa menggunakan duit sendiri lagi"ujar saudara Edikoup lagi.

Turut hadir Saudara Presiden Gamis Akram Ikrami, Pengerusi SMM Muhamad Safwan Anang, Presiden PMIUM Syis Abdul Kadir dan Koordinator Aksi Ekhsan Bukhari.

Ulama Muda Umno bukan dari latar belakang agama?

http://milosuam.blogspot.com/, 19 Sep 2012
TERBACA tulisan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin di halaman twitter milik beliau. Nampaknya beliau ingin mendedahkan sesuatu tentang Ulama Muda Umno.

Bila sebut "Ulama Muda" dan dikaitkan dengan parti, parti mana lagi yang dimaksudkan kalau bukan kumpulan Ulama Muda yang ditubuhkan oleh Umno.

Dr Asri menulis,

"Ada parti trtipu dgn pnggunaan nama ulama muda. Padahal kbnyakan mrk bukan dr latar agama ttp mnulis guna nama ulama"



Rasulullah saw bersabda:

“Apabila amanah telah disia-siakan orang, maka waspadalah terhadap datangnya saat kehancuran”

Apabila ditanya “Bagaimanakah caranya disia-siakan amanah?”

Jawab Nabi saw, “Apabila suatu urusan (pekerjaan) diserahkan kepada orang bukan ahlinya, maka waspadalah terhadap datangnya saat kehancuran.

source: http://milosuam.blogspot.com/2012/09/ulama-muda-umno-bukan-dari-latar.html#ixzz26rt3wWAM



Sedap tajuk akhbar neh, HIDUP MELAYU... HIDUP MELAYU...

http://shalehudin.blogspot.com, 19 Sep 2012
Berhati-hatilah bagi anak yang melukakan hati kedua orang tua mereka. Janganlah sampai tindakan itu menyebabkan ibu mahupun bapa mendoakan keburukan terhadap anak kerana doa ibu bapa itu pasti makbul.

Rasulullah SAW bersabda:
“Tiga jenis doa yang pasti akan dikabulkan, doa orang yang dizalimi, doa orang yang sedang dalam perjalanan (musafir) dan DOA ORANG TUA KE ATAS ANAKNYA.”- Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi.
Menjaga ibu bapa yang sudah tua bukan satu urusan mudah. Kebiasaannya tubuh dimamah usia menyebabkan pergerakan mereka terbatas bahkan ada kalanya memerlukan bantuan daripada anak. Jiwa mereka juga semakin sensitif, kuat terasa hati, bahkan agak cerewet dalam banyak perkara....namun begitu berusahalah dan gembirakanlah kedua ibubapa kita kerana keredhoan ALLAH SWT terletak pada redha ibubapa.

Rasulullah SAW bersabda:
“Keredhaan ALLAH SWT terletak pada redho kedua ibubapa” - Hadis Riwayat Muslim
Bersabarlah dalam menjaga kedua ibubapa kita kerana kesabaran inilah yang akan membolehkan kita menempah tiket untuk ke syurga ALLAH SWT.

Renungkanlah firman ALLAH SWT:
“Dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa, jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia” -Surah Al- Isra’-ayat 23

[FITNAH BERAT] Pemuda Unit Amal PAS ditangkap khalwat?

http://greenboc.blogspot.com, 19 Sep 2012

Puak pencacai UMNO selalu kata PR menipu, fitnah dan macam macam lagi.. Tapi tak pernahnya diberikan apa apa bukti malah mereka bertungkus lumus mengalihkan fokus org ramai kepada isu yang mereka cipta demi menangkis serangan cyberwarrior PR. Kebiasaannya mereka akan cipta isu berkaitan seks.

Contohnya ni.. Mereka sebat gambar dari indon, pastu post kononnya orang PR kena tangkap basah.. Mudah kan? Dan apa paling mereka harapkan adalah cai cai trooper mereka mainkan isu ni habis habisan.. Kalau boleh siap masuk media lidah biawak milik pimpinan mereka.

Harapan mereka mudah, cyberwarrior PR tak dapat mengesan dari mana gambar tu dapat.. Alahaaaaaaaaaaaaaaiii.. kalau mereka dah dapat dalam internet, maknanya tak mustahil orang lain pun dapat.. Tinggal sekejap atau lama..

Dasar pencacai SYAITAN YANG DIKENALI.. -erapasca

FITNAH PENCACAI UMNO MEMAKAI NICKNAME
Mahkota Dewa



BERITA LAPUK SEKITAR TAHUN 2009 DI INDONESIA
YANG FOTONYA DICILOK PENCACAI UMNO UNTUK MEMFITNAH
UNIT AMAL PAS



Ulasan GB

Memang bukan manusia. Dia syaitan. Memfitnah tanpa ada rasa takut terhadap Allah yang telah menjanjikan neraka jahanam terhadap mereka yang memfitnah apatah lagi di dalam bab "berzina".

Firmanullah s.w.t:

Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10

FITNAH seks/lucah kini seakan sudah menjadi budaya dan darah daging UMNO, daripada presidennya, para menterinya, akhbarnya, bloggernya, para ulamak tua dan mudanya.

Komain lancang mulut mereka bercakap dan tangan mereka menulis fitnah-fitnah tersebut demi untuk mempertahankan nyawa parti mereka yang sedang nazak itu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan