Rabu, 19 September 2012

KITA MEMANG LEMAH TIADA DAYA UPAYA...KITA SERAH SEGALA PADA ALLAH SWT...ALLAH TAHU BAGAIMANA NAK BUAT ORANG2 YANG MENGHINA ISLAM NI

Pencalonan Anugerah Hak Asasi Manusia 2012 dibuka

Harakahdaily, 19 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa ia akan menganjurkan acara tahunan Anugerah Hak Asasi Manusia 2012 untuk memperakui usaha-usaha dan sumbangan yang cemerlang oleh individu dan kumpulan di Malaysia dalam bidang promosi dan perlindungan hak asasi manusia di negara ini.

Suhakam dalam satu kenyataan memaklumkan calon-calon untuk anugerah itu bersaing dalam tiga kategori yang berbeza dan kriteria pemilihan seperti di Lampiran A:

  1. Anugerah Komuniti (Individu) - dianugerahkan kepada individu yang mempunyai rekod prestasi yang cemerlang dalam mempromosi dan memajukan hak asasi manusia dalam masyarakat atas dasar bukan untuk keuntungan;
  2. Anugerah Komuniti (Organisasi) - dianugerahkan kepada organisasi bukan kerajaan atau berasaskan komuniti yang mempunyai rekod prestasi yang cemerlang dalam mempromosi dan memajukan hak asasi manusia dalam masyarakat;
  3. Anugerah Media - dianugerahkan kepada hasil kerja yang diterbitkan dalam majalah atau akhbar-akhbar Malaysia; atau untuk drama, berita atau program hal ehwal semasa, atau dokumentari yang disiarkan di TV atau radio pada dua atau tiga tahun sebelum ini sehingga 31 Ogos 2012 tetapi tidak terhad kepada tarikh tersebut.

Pencalonan ditutup pada hari Rabu, 10 Oktober  2012 untuk penghakiman dan pemenang akan diberi penganugerahan berkenaan pada satu majlis makan tengah hari yang adakan diadakan pada hari Isnin, 10 Disember 2012 di Kuala Lumpur.

Untuk layak dicalonkan, peserta mestilah telah membuat sumbangan kepada promosi dan perlindungan hak asasi manusia di Malaysia sekurang-kurangnya dalam salah satu daripada bidang-bidang berikut dan aktif dalam bidang tersebut dalam masa dua atau tiga tahun sebelum ini, sehingga 31 Ogos 2012 tetapi tidak terhad kepada tarikh tersebut:

i. Mengambil tindakan bagi mengatasi diskriminasi atau pelanggaran hak asasi manusia di Malaysia
ii. Menggalakkan keharmonian yang lebih besar antara rakyat berlainan bangsa atau asal usul etnik, agama, jantina, umur atau perbezaan lain di Malaysia
iii. Meningkatkan hak-hak Orang Asli/Asal di Malaysia
iv. Menggalakkan peluang yang sama untuk orang kurang upaya di Malaysia
v. Sumbangan cemerlang untuk mempromosi dan melindungi hak asasi manusia dalam masyarakat dan negara
vi. Peningkatan kesedaran tentang isu-isu ketidakadilan atau ketidaksamarataan di Malaysia

Borang pencalonan yang telah ditandatangani dan disertakan bahan sokongan hendaklah sampai pada/sebelum jam 5.00 petang 10 Oktober 2012.  Borang juga boleh diemelkan kepada  hrawards2012@suhakam.org.my atau faks kepada 03 2612 5673 atau 03 2612 5620.

Bahan-bahan sokongan hendaklah diposkan kepada:

Anugerah Hak Asasi Manusia 2012,Unit Perhubungan Awam, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUH AKAM), Tingkat 11, Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail, 50252 Kuala Lumpur.

Maklumat lanjut Hubungi Elza Nadiah bt Shaik Sulaiman (03-2612 5687) atau Nyak Baqi Kamaruddin (03 2612 5654) atau emelkan pertanyaan kepada hrawards2012@suhakam.org.my.

Borang pencalonan boleh diperolehi menerusi laman web www.suhakam.org.my atau sila hubungi Unit Perhubungan Awam untuk maklumat lanjut:

Tel:  +603-2612 5689/5687/5654 Faks:  +603-2612 5673/5620
Emel: hrawards2012@suhakam.org.my
Web:  www.suhakam.org.my atau www.facebook.com/suhakam atau www.twitter.com/suhakam.

Johor tetap jadi pusat gelombang perubahan

Abdul Aziz Mustafa, 18 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Walaupun tanpa jaminan keselamatan kepada Pakatan Rakyat (PR), Johor tetap menjadi pusat kepada gelombang perubahan dalam pilihan raya umum akan datang, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Keyakinan tersebut bukan sekadar berdasarkan kajian yang dibuat, tetapi diukur berdasarkan sambutan rakyat Johor kepada program-program PR.

"Itu keyakinan kita dan kita tidak beri keutamaan sama ada Menteri Dalam Negeri memberi jaminan keselamatan atau tidak," kata beliau.

Sebelum ini, ketika ditanya terhadap jaminan keselamatan terhadap PKR di Johor memandangkan sudah tiga kali bas jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang dan disimbah cat, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, "Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri".

Menghuraikan lebih lanjut, Salahuddin berkata, sebelum ini pemimpin-pemimpin PR tempatan memberitahu, hendak penuh 50 meja pun susah kalau mereka anjurkan majlis makan malam.

"Tetapi baru-baru ini, 8500 orang telah membeli tiket bagi memenuhi 850 meja yang telah dijual oleh PKR negeri Johor dalam majlis makan malam anjuran parti itu di Skudai," katanya.

Begitu juga dengan sambutan kepada rumah-rumah terbuka Hari Raya yang diadakan oleh PAS, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu lagi.

"Ada masanya, saya terpaksa menghadiri sehingga enam rumah terbuka Hari Raya yang dianjurkan oleh pelbagai pihak di dalam PAS.

"Dalam setiap majlis yang saya hadiri sambutan dan kehadiran masyarakat Cina dan India begitu memberangsangkan dan merupakan suatu fenomena yang tak berani hendak diimpikan oleh PAS di Johor dahulu.

"Sambutan masyarakat Melayu pula tentulah yang terbaik kini dan bukan lagi seperti dahulu di mana biasanya hanya puluhan orang sahaja yang hadir dalam program PAS di Johor," kata Salahuddin.

Beliau menyatakan PR kini menambahkan sasaran sehingga 18 kerusi di Johor.

Sebelum ini PR mensasarkan 12 kerusi Parlimen di Johor, namun susulan pelbagai perkembangan menarik di seluruh negara terutama di Sabah dan Sarawak, ia memberi impak baru yang membantu membantu PR di negeri itu, katanya.

PR akan mencipta momentum baru di Johor, katanya lagi.

"Terdapat tiga atau empat Parlimen baru kita yang akan kita fokuskan. Yang sebelum ini Gred B kita angkat jadi gred A untuk diberi fokus untuk membawa harapan yang besar mencapai kemenangan," kata Salahuddin

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan Parlimen yang menjadi sasaran PR itu, dan sama ada ia ditandingi oleh PAS, PKR atau DAP.

Orang asal Baram: Jangan tenggelamkan rumah kami
10:37AM Sep 19 2012
Sekumpulan kira-kira 50 Orang Asal dari Baram mengadakan protes di hadapan bangunan sekretariat negeri Sarawak di Kuching semalam, membantah projek mega empangan yang akan menenggelamkan rumah panjang mereka.

NONEMereka daripada 18 rumah panjang di Baram Hulu dan Tengah juga menyerahkan petisyen yang mengandungi lebih 1,000 tandatangan kepada Pejabat Ketua Menteri Sarawak.

Petisyen itu menyuarakan tentangan mereka terhadap rancangan membina empangan mega di Baram yang akan membanjiri kawasan tersebut seluas separuh saiz Singapura, serta menenggelamkan tanah nenek moyang mereka, rumah dan ladang-ladang di situ.

Dalam satu kenyataan semalam, Preiden Jaringan Orang Asal seMalaysia (Joas), Thomas Jalong, yang berasal dari Long Anap, Baram, berkata empangan itu akan menjejaskan kehidupan penduduk asal tempatan.

baram sarawak"Empangan akan pasti menenggelamkan tanah nenek moyang
dengan lebih 20,000 penduduk dan dalam proses itu, ia akan mengakibatkan kami kehilangan rumah kita," katanya.

Dengan itu, katanya, mereka secara tidak adil akan kehilangan tanah mereka, sumber mata pencarian dan rezeki, dan menghadapi masa depan yang tidak menentu,

Menurutnya, tanah itu bukan semata-mata sahaja menjadi sumber ekonomi bagi komuniti Orang Asal tetapi penting kepada identiti sosial, kebudayaan, kerohanian dan politik mereka.

12 empangan mega dirancang

Sementara itu, Rangkaian Selamatkan Sungai Sarawak (Save Rivers), sebuah gabungan yang dibentuk untuk menentang pembinaan 12 empangan mega yang dirancang bagi Sarawak, berkata bantahan itu diadakan untuk mendesak kerajaan mematuhi Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Orang Asal.

NONEPresidennya, Peter Kallang berkata kerajaan negeri Sarawak
perlu menghentikan semua kerja di atas jalan akses ke empangan kerana ia sudah pun menjejaskan masyarakat Orang Asal.

Malah, wakil Jawatankuasa Bertindak Lindungi Baram, Philip Jau berkata perancangan untuk pembinaan empangan Baram tidak pernah telus.

"Mereka tidak bertanya rakyat pandangan mereka mengenai rancangan membina empangan tetapi sebaliknya telah memulakan kerja mengukur jalan masuk ke projek itu," kata Philip.
PGSM kecam filem hina Nabi, tapi tolak demonstrasi melampau
7:19AM Sep 19 2012
Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menyokong bantahan orang Islam terhadap filem Innocence of Muslims yang secara terang-terangan menghina Nabi Muhammad s.a.w tetapi tidak setuju dengan tindakan segelintir pihak yang melahirkan bantahan melalui demonstrasi yang melampau sehingga merosakkan harta benda dan kehilangan nyawa.

Setiausaha Agungnya, Moeis Basri berkata, PGSM sebagai sebuah pertubuhan yang menaungi semua peguam syarie, melahirkan rasa kecewa dengan penerbitan filem tersebut yang tidak sensitif kepada orang Islam di seluruh dunia.

"PGSM bersetuju dan menyokong bantahan yang telah dibuat oleh banyak pihak terutama oleh orang Islam di seluruh dunia berkenaan filem tersebut.

NONE"PGSM menyeru kepada semua pihak untuk sama-sama berganding bahu mengadakan bantahan terhadap filem tersebut, dengan mengetepikan ideologi politik masing-masing, kerana isu ini adalah isu umat Islam keseluruhannya," katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, tegasnya, PGSM tidak bersetuju dengan tindakan segelintir pihak yang melahirkan bantahan melalui demonstrasi secara melampau sehingga melibatkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa.

"Tindakan sebegini boleh mengundang persepsi yang lebih negatif kepada agama Islam itu sendiri yang sebelum ini sering dikaitkan dengan keganasan," tegas Moeis.

Sehubungan itu, katanya, PGSM menyeru umat Islam supaya berhati-hati sekiranya ingin mengadakan demonstrasi bantahan terhadap filem berkenaan agar tidak terpengaruh dengan sebarang provokasi yang bertujuan "supaya kita bertindak agresif lalu memberi imej buruk kepada agama Islam".

"PGSM menganjurkan agar umat Islam bertindak lebih rasional dan intelektual dalam isu ini dengan memberi gambaran yang baik terhadap Rasulullah dan agama Islam kepada golongan bukan Islam sebagaimana anjuran daripada agama Islam sendiri untuk menyeru atau berdakwah dengan cara berhikmah dan contoh yang baik," tambahnya.
Mesej untuk Khairy dan Nasrudin
NORDEN MOHAMED
19 September 2012
 Liga Muslim mahu AS ambil tindakan
Orang ramai yang berhimpun di luar Masjid Kapitan Keling berdoa selepas membantah penerbiatan filem Innocence of Muslims.
FILEM Innocence of Muslims, yang mempersenda Nabi Muhammad SAW  membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Di negara kita, demonstrasi dianjurkan di merata negeri dan daerah. Selain  jemaah masjid yang  berdemonstrasi selepas solat, beberapa NGO turut menyuarakan bantahan.

Memang  banyak provokasi  dilakukan terhadap umat Islam.  Tidak lama dulu, akhbar Denmark, Jyllands-Posten memaparkan kartun yang mempersendakan Nabi Muhammad. Ahli politik Belanda, Geert Wilders, juga sering mencetus provokasi. Begitu juga, apabila Terry Jones, paderi sebuah gereja kecil di  Amerika Syarikat membakar al-Quran, demonstrasi demi demonstrasi bantahan diadakan.

Demonstrasi adalah salah satu cara memanifestasikan perasaan dan merakam bantahan mana-mana pihak yang menyokong atau menentang sesuatu perkara. Ia sihat dalam amalan demokrasi selagi ia tidak bertukar menjadi rusuhan tidak terkawal. Ia bagus selagi jawatankuasa anjur demonstrasi menjaga disiplin ahli. Ia baik selagi pemimpin demonstrasi itu sendiri tidak lepas tangan apabila sesuatu tidak diingini terjadi.

Demonstrasi yang berpaksi daripada sesuatu isu itu seharusnya disertai pihak yang mempunyai pandangan dan pendirian sama, tidak kira daripada kumpulan mana ia datang dan anutan fikiran apa yang diwakili. Sesuai dengan tujuan demonstrasi iaitu menunjuk kuat dengan penglibatan seramai mungkin pembantah, lagi besar kumpulan berdemonstrasi, lagi besarlah impak yang diperolehi.

Dalam konteks ini alangkah molek Pemuda Umno dan Pemuda Pas dapat sama-sama berjalan sederap kaki dan berganding bahu suarakan bantahan. Alangkah cantik jika mereka berarak dari dua arah  berbeza dan bertemu menjadi arus besar menuju ke kedutaan AS.

Isu yang ditangani adalah isu pertahankan imej Nabi yang dipersendakan. Yang ingin dirakamkan kepada  Amerika Syarikat adalah ketidaksenangan kita terhadap rakyatnya yang tidak sensitif terhadap agama lain. Yang lebih penting, apa yang hendak ditunjukkan kepada umat Islam ialah betapa perlunya kita membuang pakaian politik apabila soal agama menjadi mainan orang.

Pengikut akan ikut apa yang pemimpin buat. Apa yang patut dibuat pemimpin mestilah sesuatu yang boleh dilihat oleh pengikut. Retorik daripada permainan kata pemimpin politik sukar dimengerti oleh ahli. Tetapi, bila Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berjalan bersilang lengan dengan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan, ahli yang lain akan ikut serta.

Bayangkan betapa padunya semangat yang bernyala tatkala demonstrasi itu. Lafaz selawat senada dan laungan yang gegak gempita akan mengalirkan ukhuwah dan membarakan rasa persaudaraan yang akan meleburkan seketika hijab prasangka akibat berlainan pendirian dalam politik. Biarpun sekejap, ia adalah satu perasaan yang menegakkan bulu roma.

Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Kalau dah tentu handal, di mana pun seseorang itu berada, dia tetap kekal dengan kehebatannya. Kalau sudah tentu hebat, dengan siapa pun kita bergaul, keampuhan peribadi akan tetap terserlah.

Tidak kiralah siapa yang hendak bergerak dahulu atau kemudian asalkan kedua-dua pihak nampak peri pentingnya kita suarakan bantahan terhadap imej Nabi yang diperkotak-katikkan.

Tidak ada yang menang-kalah seandainya kedua-dua pihak membuka baju politik buat seketika dan mempamerkan pakaian Islam yang sememangnya sudah terlekat di kulit dan sudah mendarah daging di dalam tubuh.

Datanglah. Datanglah dengan hati yang terbuka lagi tulus dan suci. Bukalah tangan-tanganmu untuk menggenggam tangan-tangan saudaramu yang mungkin tidak pernah kamu sentuh. Rasakan roh persaudaraan yang menggetar dan mengalir di antaramu. Jadikan demonstrasi Innocence of Muslims sebagai permulaan.

Kita sudah tiada masa. Onar yang semakin banyak berlaku dalam arena politik yang kian membahang sudah menampakkan kedunguannya.

Tindakan merosak kenderaan, menyimbah cat kepada bas dan bangunan, membakar bendera dan memijak gambar pemimpin yang semakin kerap terjadi membayangkan ia makin tidak dapat dikawal. Jika tiada pemimpin yang menegur, menasihati dan menyuarakan kebencian kepada aksi bodoh yang semakin ganas ini., seolah-olah ia bukan dilakukan oleh mana-mana aktivis politik.

Para pemimpin boleh menyejukkan suhu politik membahang ini. Tunjukkan gambaran besar yang patut diperjuangkan. Fokuskan kepada perkara yang ada isi dan inti. Apakah kita layak bercakap tentang ukhuwah, tentang perpaduan, kalau diri sendiri tidak boleh berdiri dalam satu saf?
 Prosedur bawa banduan oleh polis perlu dikaji
Posted on Wednesday, September 19 @ 01:37:15 UTC
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Oleh: amkns

"

Prosedur membawa banduan terutama mereka yang dikaitkan dengan kes jenayah berat perlu dikaji semula. Dalam kes ini terdapat 3 anggota polis dalam satu kereta peronda bersama banduan tersebut. Ini bermakna wujud risiko, polis yang duduk di tempat duduk belakang kereta bersama banduan. Apakah perlu kereta peronda polis diletakkan penghadang besi dan kalis peluru antara tempat duduk hadapan dan belakang, serta tiada anggota polis duduk bersama banduan di tempat duduk belakang?


Kereta terbabas, banduan hilang19 Sep 2012  
KUANTAN - Seorang banduan yang baru dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan dadah bertindak agresif dengan bergelut dan menendang anggota polis yang mengiringinya menyebabkan kereta polis yang mereka naiki terbabas dan merempuh belakang sebuah lori. 
Kejadian pada pukul 11.45 pagi di Jalan Kuantan-By Pass dekat Taman Dato Rashid di sini itu menyebabkan tiga anggota polis cedera parah manakala banduan itu pula berjaya melarikan diri.  
Anggota polis yang cedera ialah pemandu kereta polis, Konstabel Filyx Lansaver Jinol, 25, Koperal Zulhairi Ramli, 24, dan Koperal Abd. Rashid Ahmad, 51. 
Kesemua mangsa yang cedera dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusuff berkata, ketika kejadian, kereta polis berkenaan dalam perjalanan membawa banduan terbabit yang baru dijatuhkan hukuman atas kesalahan mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1953.
Mereka bertolak dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Berang, Terengganu menuju ke Penjara Penor di sini. "Sampai di tempat kejadian banduan terbabit, Roslan Ismail, 32, tiba-tiba bertindak agresif dan bergelut dengan anggota polis sebelum menendang pemandu hingga menyebabkan kereta polis hilang kawalan. Kereta itu terbabas dan melanggar sebuah lori rosak yang diletakkan di bahu kiri jalan menghala ke Kuantan. 
"Selepas kejadian itu, banduan terbabit bertindak melarikan diri dengan tangan bergari menuju ke kawasan hutan berhampiran taman berkenaan," kata beliau kepada pemberita di sini. Menurut beliau, seorang saksi yang berada di tempat kejadian cuba mengejar banduan terbabit dan menyuruh banduan itu menyerah diri namun dia tidak mengendahkan arahan itu dan terus menghilangkan diri. 
Beliau berkata, pemandu lori berkenaan, Mohd. Zamri Abdul Kadir, 22, yang sedang menggantikan tayar sebelah kiri lorinya yang pancit di situ turut mengalami kecederaan di betis kiri akibat rempuhan kereta polis yang membawa banduan itu. 
"Polis kini membuat sekatan jalan di sempadan daerah Kemaman, Maran, Temerloh dan Pekan bagi memburu banduan terbabit," kata beliau. Polis pada pukul 10.25 malam tadi berjaya memberkas semula banduan itu ketika penjenayah terbabit pergi ke rumah penduduk di Taman Dato Rashid untuk meminta air dengan tangan masih bergari. 
Banduan yang berasal dari Terengganu itu dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan sepuluh sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu berkuat kuasa pada 28 Jun lepas. 

"

Tuduhan persenda al-Quran
Wartawan Sinar Harian
19 September 2012
Tuduhan persenda al-Quran
Muhammad Sombhas dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah, semalam.
SEREMBAN – Seorang lelaki dihadapkan di Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, atas tuduhan mempersendakan al-Quran, menghina Islam dan melakukan perbuatan serta ajaran salah di sisi agama.

Muhammad Sombhas Abdullah, 48, yang menghadapi empat tuduhan, dibawa ke kamar mahkamah oleh penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), kira-kira jam 3 petang.

Tiada pertuduhan dibacakan kerana pihak pendakwaan masih mengumpul bukti dan siasatan kes.

Muhammad Sombhas didakwa atas tiga kesalahan di Mahkamah Tinggi Syariah iaitu di bawah Seksyen 49 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 kerana mempersendakan al-Quran dan hadis, Seksyen 50 enakmen yang sama kerana mencela dan menghina agama Islam serta Seksyen 52 kerana perbuatan dan ajaran salah di sisi Islam.

Pendakwa Syarie, Wan Mohd Helmi Masran memohon mahkamah mengenakan Muhammad Sombhas jaminan RM5,000 bagi setiap tuduhan.

Mahkamah menetapkan 9 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.



Dr Siti Hasmah sedih kes campak bayi dari apartmen

18 September 2012
Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
Penaung Program Kenali Anak Kita PETRONAS, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali hadir bagi melancarkan Majlis Perasmian Program Kenali Anak Kita PETRONAS di Dewan Matrade hari ini.
KUALA LUMPUR - Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali hari ini melahirkan rasa sedih atas kejadian seorang bayi dicampak dari sebuah apartmen di Petaling Jaya, Ahad lepas.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan pendidikan termasuk pendidikan agama dan kaunseling ditekankan dalam mengatasi masalah membuang bayi.

Isteri bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu berkata, apabila wujud masalah sosial yang melibatkan kehamilan di kalangan remaja, ia akan menjurus kepada gejala pembuangan bayi.

"Rasa sedih, anak yang tidak berdosa, telah dicampakkan begitu sahaja. Kita ni bukan haiwan, bukan binatang, yang tak sayangkan anak," katanya kepada pemberita selepas melancarkan 'Program Kenali Anak Kita Petronas' di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kejadian seorang bayi perempuan yang cukup sifat dicampak dari tingkat tiga Apartmen Desa Mentari, Petaling Jaya dekat sini dan mayat bayi itu ditemui di tempat letak kereta Blok 1 pangsapuri itu.
 
Sementara itu, Dr Siti Hasmah yang merupakan penaung program 'Kenali Anak Kita Petronas' berkata, penglibatan ibu bapa adalah amat penting dalam mencegah penyalahgunaan dadah di kalangan golongan muda.

"Ibu bapa patut tahu peranan mereka dalam mencegah penyalahgunaan dadah dan dengan keadaan masa kini di mana ibu bekerja, mereka perlu diberi panduan bagaimana menguruskan masa bagi membolehkan mereka bersama anak-anak mereka.

"Saya masih merasakan bahawa anak-anak boleh dididik untuk mengelak daripada mengambil dadah jika mereka dididik ketika masih di usia muda sama ada di rumah atau sekolah," katanya.

Program 'Kenali Anak Kita Petronas' anjuran Petronas dan Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) itu bertujuan melengkapkan ibu bapa dengan kemahiran, maklumat serta pengetahuan bagi membantu mencegah penyalahgunaan dadah di kalangan anak-anak.

Yang Dipertua Persatuan Pengasih Malaysia, Datuk Mohd Yunus Pathi Mohd berkata sejak 22 tahun lepas, Pengasih telah memberikan rawatan kepada 5,422 bekas pengguna dadah, dan menjalankan perkhidmatan kemasyarakatan dalam pencegahan, rawatan dan pemulihan penagihan dadah.- Bernama

 Prosedur bawa banduan oleh polis perlu dikaji
Posted on Wednesday, September 19 @ 01:37:15 UTC
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Oleh: amkns

"

Prosedur membawa banduan terutama mereka yang dikaitkan dengan kes jenayah berat perlu dikaji semula. Dalam kes ini terdapat 3 anggota polis dalam satu kereta peronda bersama banduan tersebut. Ini bermakna wujud risiko, polis yang duduk di tempat duduk belakang kereta bersama banduan. Apakah perlu kereta peronda polis diletakkan penghadang besi dan kalis peluru antara tempat duduk hadapan dan belakang, serta tiada anggota polis duduk bersama banduan di tempat duduk belakang?


Kereta terbabas, banduan hilang19 Sep 2012  
KUANTAN - Seorang banduan yang baru dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan dadah bertindak agresif dengan bergelut dan menendang anggota polis yang mengiringinya menyebabkan kereta polis yang mereka naiki terbabas dan merempuh belakang sebuah lori. 
Kejadian pada pukul 11.45 pagi di Jalan Kuantan-By Pass dekat Taman Dato Rashid di sini itu menyebabkan tiga anggota polis cedera parah manakala banduan itu pula berjaya melarikan diri.  
Anggota polis yang cedera ialah pemandu kereta polis, Konstabel Filyx Lansaver Jinol, 25, Koperal Zulhairi Ramli, 24, dan Koperal Abd. Rashid Ahmad, 51. 
Kesemua mangsa yang cedera dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusuff berkata, ketika kejadian, kereta polis berkenaan dalam perjalanan membawa banduan terbabit yang baru dijatuhkan hukuman atas kesalahan mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1953.
Mereka bertolak dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Berang, Terengganu menuju ke Penjara Penor di sini. "Sampai di tempat kejadian banduan terbabit, Roslan Ismail, 32, tiba-tiba bertindak agresif dan bergelut dengan anggota polis sebelum menendang pemandu hingga menyebabkan kereta polis hilang kawalan. Kereta itu terbabas dan melanggar sebuah lori rosak yang diletakkan di bahu kiri jalan menghala ke Kuantan. 
"Selepas kejadian itu, banduan terbabit bertindak melarikan diri dengan tangan bergari menuju ke kawasan hutan berhampiran taman berkenaan," kata beliau kepada pemberita di sini. Menurut beliau, seorang saksi yang berada di tempat kejadian cuba mengejar banduan terbabit dan menyuruh banduan itu menyerah diri namun dia tidak mengendahkan arahan itu dan terus menghilangkan diri. 
Beliau berkata, pemandu lori berkenaan, Mohd. Zamri Abdul Kadir, 22, yang sedang menggantikan tayar sebelah kiri lorinya yang pancit di situ turut mengalami kecederaan di betis kiri akibat rempuhan kereta polis yang membawa banduan itu. 
"Polis kini membuat sekatan jalan di sempadan daerah Kemaman, Maran, Temerloh dan Pekan bagi memburu banduan terbabit," kata beliau. Polis pada pukul 10.25 malam tadi berjaya memberkas semula banduan itu ketika penjenayah terbabit pergi ke rumah penduduk di Taman Dato Rashid untuk meminta air dengan tangan masih bergari. 
Banduan yang berasal dari Terengganu itu dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan sepuluh sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu berkuat kuasa pada 28 Jun lepas. 

"

 Rasulullah dihina kerana iman umat Islam lemah
Posted on Wednesday, September 19 @ 01:36:27 UTC
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Oleh: rozmal

"

Antara punca Rasulullah dihina samada melalui filem murah atau apa jua sekali pun adalah kerana iman umat Islam itu sendiri semakin rapuh dan lemah. Umat Islam kita di Malaysia masih belum nampak jalan lagi untuk menyelesaikan masalah anak luar nikah, buang bayi, sumbang mahram, penagihan arak, judi dan dadah serta pelbagai kebejatan gejala sosial.


Dan antara masalah besar umat Islam di Malaysia ini ialah betapa banyaknya masjid-masjid yang mati di Malaysia ini seperti yang saya tulis sebelum ini di http://waghih.blogspot.com/2011/03/masjid-masjid-yang-mati-di-nsembilan.html
 
Sebelum kita hendak menyelamatkan akidah umat sejagat, pastikan kita sudah berusaha menyelamatkan akidah diri kita sendiri, akidah keluarga kita sendiri, akidah jiran-jiran kita.
 
Kalau kita sayangkan Rasulullah, buatlah semua yang Rasul suka, tinggalkan semua yang Rasul benci.
"


Gadis dirogol lelaki kemaruk seks dalam bilik air-sinar harian

>>>kes sebegini akan mudah diatasi seandainya kita sendiri bijak utk memilih pemimpin yg berkemampuan utk melaksanakan hukum Islam...oleh itu pilihan anda adalah ditangan anda...

KUALA LIPIS - Berikutan tidak mampu mengawal nafsu serakah, seorang lelaki sanggup menceroboh rumah seorang gadis sunti di Kampung Gemunchor, di sini, kira-kira jam 10 malam kelmarin.

Lebih menyayat hati, suspek bersama dua rakan sanggup mengikat ibu gadis terbabit sebelum mengheret mangsa yang berusia 17 tahun ke dalam bilik air lalu merogolnya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, sebelum kejadian berlaku, suspek bersama dua rakannya dipercayai pergi ke rumah mangsa dengan menaiki sebuah kereta.

“Suspek dan dua rakannya menaiki sebuah kereta dan berhenti di hadapan rumah mangsa sebelum memecah masuk melalui pintu belakang yang tidak berkunci.

“Suspek kemudiannya mengikat ibu mangsa di bahagian dapur sebelum mengheret mangsa yang ketika itu berada di rumah tamu ke bilik air untuk merogolnya,” katanya, di sini, semalam.

Abdul Razak berkata, selepas merogol mangsa, suspek bertindak merampas gelang tangan emas milik ibu mangsa sebelum melarikan diri.

“Namun dalam keadaan tergesa-gesa, gelang tangan itu terjatuh di pekarangan rumah mangsa. Mangsa kemudiannya bertindak berlari ke rumah kakaknya yang terletak kira-kira 500 meter untuk meminta pertolongan,” katanya.

Abdul Razak berkata, mangsa kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis untuk membuat laporan polis sebelum dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.

“Berdasarkan siasatan awal daripada mangsa dan ibunya, polis percaya suspek mengenali keluarga terbabit. Ibu mangsa juga dipercayai dapat mengecam suspek berdasarkan bentuk tubuhnya.

“Polis giat mengesan suspek yang dipercayai tinggal berhampiran dengan rumah mangsa,” katanya.

Manakala, mangsa pula menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, akibat cedera selepas bergelut dengan suspek.


Acu parang

Sementara itu, nenek mangsa yang mahu dikenali sebagai Wan ketika ditemui Sinar Harian memberitahu, dia turut berada dalam sebuah bilik di rumah sama ketika kajadian itu berlaku.

Wan berkata, anaknya berada di dapur, sementara cucunya pula sedang mengemas pakaian dalam bilik tidur kerana mahu kembali ke asrama sekolahnya, semalam.

Kemudian dia dikejutkan dengan kekecohan di ruang dapur sebelum mendengar anak dan cucunya meminta tolong.

"Saya keluar dari bilik selepas mendengar suasana kecoh di dapur sebelum melihat dua lelaki sedang mengacukan golok ke leher anak saya. Kemudian, saya nampak seorang lagi lelaki mengheret cucu keluar dari bilik dan dibawa ke bilik air," katanya.

Menurutnya, akibat ketakutan, dia masuk ke dalam bilik sebelum menolak katil ke pintu untuk menghalang penjenayah masuk.

"Penjenayah itu menendang pintu bilik, tapi tak dapat membukanya. Ketika itu, saya masih dengar jeritan anak dan cucu meminta tolong. Saya hanya mampu menangis sambil berdoa supaya keluarga tidak diapa-apakan penjenayah itu," katanya.


Mangsa pengsan

Wan berkata, lebih kurang 15 minit kemudian, keadaan kembali tenang apabila semua penjenayah melarikan diri. Menurutnya, dia memberanikan diri keluar dari bilik untuk melihat anak dan cucunya.

"Ketika keluar, saya dapati anak saya sedang menangis, manakala cucu sudah tiada dalam rumah kerana keluar meminta bantuan kakaknya yang tinggal berhampiran," katanya.

Manakala, kakak mangsa yang enggan dikenali berkata, adiknya berlari dalam keadaan separuh bogel ke rumahnya untuk meminta pertolongan.

"Saya mendengar jeritan adik meminta tolong dan memberitahu dia bersama ibu jadi mangsa rompakan. Namun saya terkejut apabila melihat dia dalam keadaan separuh bogel dan memberikan sehelai kain batik untuk dipakai sebelum dia pengsan di rumah saya," katanya.

Sinar Harian difahamkan seorang daripada suspek adalah bekas banduan berusia dalam lingkungan 50-an yang pernah menjalani hukuman penjara atas kesalahan rogol. Lelaki itu dikatakan sudah mengamati pergerakan mangsa ketika bertemu di sebuah kenduri beberapa hari sebelum kejadian .

Filem hina Nabi: Saudi mahu larang YouTube

19 September 2012
Innocence of Muslims
Sebahagian paparan skrin yang menunjukkan klip filem di YouTube tidak dapat diakses oleh pengguna di Malaysia.
RIYADH - Arab Saudi memberi amaran akan ‘mengharamkan’ YouTube di negara tersebut jika Google tidak memberi sebarang reaksi terhadap permintaan agar akses kepada klip filem Innocense of Muslims yang diterbitkan di Amerika Syarikat (AS), disekat.
"Suruhanjaya Komunikasi dan Teknologi Informasi Arab Saudi (CITC) telah mengarahkan syarikat di negara terbabit untuk menyekat filem berkenaan dari Internet dan juga meminta Google menyekat kesemua sambungan YouTube yang membawa kepada filem tersebut," kata kenyataan dipetik agensi berita Saudi, SPA.

"Jika tuntutan ini tidak dipenuhi, CITC akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menyekat seluruh laman sesawang YouTube," kata SPA yang turut memetik kenyataan syarikat telekom, yang menggesa rakyatnya melaporkan sebarang pautan yang menyediakan akses kepada filem berkenaan.

"CITC menggariskan kepentingan untuk menyambung reaksi yang positif dan patut melaporkan sebarang sambungan elektronik yang membawa kepada agama yang sebetulnya, untuk menghalang daripada menghina Nabi Muhammad dan terhadap negara kita," tambah kenyataan terbabit.

Sekurang-kurangnya 30 orang dilaporkan telah mati setakat ini ekoran protes, yang ada kaitan dengan filem terbabit di lebih 20 negara.

Antara yang terbunuh, Duta AS ke Libya, Christopher Stevens apabila Kedutaan AS diserang minggu lalu di Benghazi.

Semalam, Arab Saudi mengutuk filem terbabit serta mengecam serangan balas terhadap perkara terbabit.

Afghanistan, Pakistan dan Bangladesh telah menghalang akses ke YouTube selepas laman itu gagal mengalang filem terbabit yang telah dihasilkan oleh sekumpulan kecil pelampau Kristian di AS.

Emiriah Arab Bersatu, Bahrain dan Yaman telah mengarahkan menyekat akses kepada semua laman sesawang yang boleh membawa kepada video terbabit.

Google turut menghalang akses ke laman tersebut di Malaysia, Indonesia, Libya, Mesir dan India.

Menteri Komunikasi Rusia juga memberi amaran akan melakukan perkara yang sama juga.

"Ia seperti bahan jenaka, tetapi oleh kerana video ini... semua akses YouTube boleh disekat di seluruh Rusia," Menteri Nikolai Nikiforov menulis di Twitter tentang filem anti - Islam terbabit.

"Jika ada sebarang keputusan mahkamah terhadap YouTube yang tidak mengeluarkan video berkenaan, aksesnya menjadi terhad."

Jurucakap laman sesawang YouTube, yang dimiliki oleh gergasi internet, Google berkata dalam satu kenyataan, mereka telah mula untuk mengurangkan akses klip terbabit yang dibuat secara persendirian berdasarkan garis panduan.

"Apabila video terbabit melanggar peraturan, kami akan membuangnya. Di mana kita telah menyatakan sesebuah video tersebut adalah salah di sesebuah negara, kita akan mengurangkan akses tersebut selepas diteliti," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan