Ahad, 30 September 2012

NILAILAH SENDIRI

Ezam dan Hasan Akidah Bakal MB Selangor?
Posted on Saturday, September 29 @ 17:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh MSO

Is Noh bin Omar kata Umno Selangor ada banyak tokoh yang boleh dilantik menjadi menteri besar. Ada tokoh korporat, ada tokoh agama, ahli akademi dan juga profesional. Jadi katanya Pakatan Rakyat tidak perlu heboh bertanya fasal siapa bakal dilantik menjadi MB Selangor.  Yang penting katanya biar menang dulu. Iya tak iya juga kalau sebelum menang tak perlu heboh fasal siapa MB.

Mungkin mengikut firasat Is Noh sendiri bahawa sukar untuk Umno merampas balik Selangor. Penerimaan rakyat kepada Khalid Ibrahim dan simpati umum kerana selalu dipermainkan pihak tertentu menyebabkan kedudukan Khalid semakin kukuh dan mantap. Simpati tinggi dari rakyat diterima Khalid.

Mengenai siapa MB, Noh sendiri disebut-sebut untuk dilantik menjadi MB Selangor. Kedudukannya sebagai timbalan pengerusi Umno Selangor adalah sesuai dan 'tanggung' untuk dilantik menjadi MB. Tetapi soalnya Is Noh sendiri tidak yakin dia dapat menang di salah satu kerusi DUN dalam parlimen Tanjung Karang.

Katanya dalam PRU 12 lalu nama Noh sudah dicalonkan untuk bertanding disalah satu kerusi DUN dalam parlimen Tanjung Karang dan diura-urakan untuk dilantik jadi MB, tetapi beliau tidak mahu. Mungkin Noh dapat merasai Umno akan kalah dan Selangor terlepas. Ternyata rasa hati kecil Noh itu benar apabila Umno tertumus makan pasir di Selangor.

Kalau dia bertanding DUN baru-baru ini dan menang paling tinggi kedudukannya sebagai ketua pembangkang di DUN Selangor sahaja. Jadi kerana masih dihinggap trauma itu menyebabkan Is Noh sendiri tidak begitu ghairah untuk bertanding DUN meskipun disebut-sebut akan dijadikan MB.

Apabila Is Noh mengatakan Umno Selangor ada tokoh untuk dilantik menjadi MB, kita dapat mengenali nama-nama atau tokoh itu. Ia tentu sekali bukan Mohd Zain Abdullah atapun ketua pembangkang di DUN sekarang ini yang bernama "bin Diman" itu. Kedua mereka ini jauh lebih rendah martabatnya dari Is Noh sendiri.

Nampaknya Mohd Zain Abdullah yang dikenali dengan nama Mohad Zain Badak di kalangan Umno seakan cuba capture dirinya untuk dijadikan MB Selangor. Acap juga dia bangkit membuat kenyataan akhbar mengkritik kerajaaan Selangor. Namun semua kritikannya tidak ada ummppp dan diketawa oleh budak-budak.

Selain Mohd Zain Badak, dan ketua pembangkang Bin Diman itu, ada dua lagi yang dilihat berhajat dan mempunyai nafsu besar untuk menjadi MB Selangor. Mereka merasakan layak kerana status dan juga latar belakang mereka. Secara tidak langsung dua orang ini juga termasuk dalam kategori disebut Is Noh itu.

Mereka ialah Mohamad Ezam Mohd Noor bekas ketua angkatan muda Keadilan dan seorang lagi Hasan Akidah. Ezam lebih tua berbanding Hasan dari segi tempoh menyertai Umno. Kononnya beliau menjadi harapan anak muda Selangor untuk dilantik menjadi MB. Manakala Hasan Akidah lebih muda bahkan masih pun belum menyerahkan borang Umno meskipun kalau sudah diisi.

Atau pun keahlian Hasan sebelum ini, sebelum dia menjadi ahli Pas masih ada atau dihidupkan semula. Elok kalau Umno mempertaruhkan Hasan Akidah untuk jadi MB. Kerana sebelum ini pun dia begitu terhingin untuk menjawat jawatan itu dan merasakan dia lebih layak kerana sedari kecil lagi sudah membaca khutbah Jumaat serta merasai lebih Islami dari orang lain.

Apakah bila Is Noh Omar mengatakan partinya ada tokoh dari berbagai bidang untuk dilantik menjadi MB itu ia termasuk dua tokoh politik imigran atau nomad ini? Ezam boleh dikategorikan sebagai seorang ahli pofesional. Kebijaksanaannya boleh dilihat bagaimana enam kotak kosong boleh dihidupkan menjadi isu. Namun usaha untuk membawa Ezam ke tempat itu nampaknya layu sebelum berkembang. Orang Umno Selangor tidak dapat menerima pelarian nomad seperti Ezam. Ezam sendiri sebenarnya tersalah lorong ketika masuk Umno kerana orang yang hendak dijadikan god father berundur lebih awal.

Sementara Hasan Akidah pula boleh dikategorikan sebagai ulama kerana betapa obsesnya dia hendak memperbetulkan dan memurni aqidah umat Islam. Tidak ada tokoh didalam Umno yang memiliki kepakaran seperti Hasah Akidah itu. Hanya orang berada di tahap mutakim saja boleh mencheck akidah orang lain.

Soal dia masih belum menjadi ahli Umno tidak menjadi masalah, Umno boleh mengambilnya menjadi winnable candidate di dalam pilihan raya akan datang dan letaklah bertanding di Gombak Setia kerusi yang dimenanginya atas tikit Pas sekarang ini. 

Ezam hendak letak di mana pula? Kerusi paling sesuai bagi Ezam ialah Bukit Antarabangsa berdepan dengan Mohamed Azmin Ali yang juga antara orang yang disebut-sebut bakal dilantik menjadi MB Selangor kalau Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan kekuasaan di Selangor. Kalau Ezam dapat menewaskan Azmin lantiklah dia sebagai MB Selangor. Ezam juga merasakan dia lebih perfect dalam politik berbanding dengan Azmin. Urkhhhhhhh.... khabarnya Mat Said yang sakit telinga sudah beransur pulih. [wm.kl. 7:22 pm 29/09/12]




Najib kena amaikan DOA neh...
Posted on Sunday, September 30 @ 08:14:01 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: paklongdin

"

Salam semua...


Pak Long harap sangat, Najib janganlah lemah semangat. Buat malu kat Mak Long hang ja... Hang tu pemimpin besaq dah la ni Najib ooii... semangat pun kena besaq. Tak ka pelik Piem takut nak masuk parlimen?
Hang bukan lebel JKK kampung yang boleh dok bagi alasan lembu terlepaih atau kalut jaga ayam itik. Hang tu Piem Malaysia... Kena kuat, baru negara dapat berkat, parti tambah semangat, rambut bini tambah lebat... hihi...
Tok sah dok peduli la kat Anwar yang suka sengeh tuh... TERJAH ja... Dia bukan la besaq sangat. Pak Long dah baca dah cara Anwar gempaq hang tuh... Hang mesti tak heran sangat, kalau betoi semangat hang hebat...
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim 'menjemput' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk hadir di Parlimen pada Isnin depan bagi mendengar ucapan awal darinya berhubung ulasan belanjawan.
"Saya telah menjemput Najib. Kalau tak nak debat pun tak apa. Kerana saya dengar ucapan (bajet 2013) Najib, jadi saya minta dia datang dengar ucapan ulasan belanjawan saya pada hari Isnin, jam 11.30 pagi. Selaku menteri kewangan, saya harap dia terima pelawaan saya. 
"Kita tunggu sama ada dia berani datang atau tidak," kataAnwar dalam ucapan penutup pada Majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat di Stadium Melawati Shah Alam malam tadi. 
"Semasa saya jadi menteri kewangan, saya tak pernah tak hadir ulasan awal ketua pembangkang. Saya fikir oleh kerana ucapan dia kita dengar, maka wajar hormati sistem demokrasi. 
"Saya nak nasihat Najib untuk hadir dan saya akan bagi ruang untuk dia ulas dan sanggah sepenuhnya pada masa itu," kata Anwar lagi.- Malaysiakini
Ni ha, Mak Long bagi doa kat hang suruh hang amai hari-hari. Afdhalnya Najib oii, lepaih solat Subuh ngan lepaih Isyak sebelum nak tidoq...
 
Ertinya:
“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kesusahan dan kedukaan. Aku berlindung kepadaMu dari lemah kemahuan dan kemalasan. Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepadaMu dari banyak hutang dan kezaliman manusia.” 
Doa ni doa penguat semangat dan mintak Allah Taala jauhkan kita dari sifat pemalaih. Baguih tuk hang amaikan. Lagi satu, tidoq jangan lupa basuh kaki plak, takut berjalan dalam tidoq... hehe...
Wassalam...


Ulamak Pelapis : HEP Johor Mesir Perlu Henti Ganggu Pelajar
Posted on Sunday, September 30 @ 07:30:06 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: sripetaling

" 

Tindakan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Johor Mesir mengganggu dan menyusahkan para pelajar baru adalah sangat dikesali.Mengikut maklumat, terdapat pegawai HEP Johor Mesir dengan dibantu oleh seorang pegawai Atase Pendidikan Education Malaysia Egypt dan seorang penyelia rumah Johor Mesir telah menubuhkan Sekretariat Sambutan Pelajar Baru Johor bagi mengatur aktiviti untuk para pelajar baru ini.


Tujuan penubuhannya adalah kononnya untuk menyekat para pelajar terjebak dengan kegiatan politik pembangkang. Sebelum ini urusan sambutan pelajar baru diuruskan oleh Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir (BKPJM) yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Mesir. BKPJM adalah persatuan yang sejak sekian lama menaungi dan menjaga kebajikan pelajar Johor di Mesir. Antara keluhan para pelajar yang diterima ialah:
1. Mereka seolah-olah dikurung untuk mengikuti taklimat-taklimat bersifat kenegaraan sedangkan mereka sudah mengikuti kursus BTN selama 5 hari di KBN Gunung Pulai.
2. Tidak dapat membuat persediaan yang baik untuk menghadapi peperiksaan kelayakan belajar (imtihan Qabul) yang bakal diduduki kerana terpaksa mengikut taklimat-taklimat tersebut.
3. Tidak dibenarkan berjumpa dengan senior walaupun hanya untuk menyerahkan barang kiriman daripada keluarga di kampung yang terdiri daripada duit, barang makanan termasuh jenis basah dan mudah rosak, pakaian, dokumen dan sebagainya.
4. Kesukaran untuk menghubungi keluarga di kampung kerana tidak dapat membeli simkad Mesir. Mereka tidak diberikan ruang untuk membelinya sendiri.
Justeru, Ulamak Pelapis Pusat menyeru agar HEP Johor Mesir bertindak secara bijak dan bukannya menyusahkan para pelajar kerana takutkan bayang-bayang sendiri. Umum mengetahui bahawa para pelajar di Mesir dapat hidup dengan aman dan belajar dengan selesa sebelum ini. Tidak ada kelab politik di Mesir kecuali Kelab UMNO yang sentiasa melanggar arahan kerajaan agar pelajar tidak berpolitik. HEP Johor dan Kedutaan Besar Malaysia di Mesir sepatutnya mengambil tindakan terhadap kelab ini dan bukannya menjadikan para pelajar baru sebagai mangsa.
Haji Khairul Mutanazar bin Ismail
Pengerusi
Ulamak Pelapis, Dewan Ulamak PAS Pusat.

Contoh Najib nak memakmurkan negara, hadoiihh...
Posted on Sunday, September 30 @ 06:39:16 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: dhalyanun

"



Ini la satu dari beribu contoh apa yang Najib kata tu adalah betoi dan tepat. Tepat pada sasaran.



Hehe...

Lawak yang membuatkan kabinet Rosmah tak kering gusi. Objektif Najib and the geng adalah untuk "memakmurkan negara dan mensejahterakan rakyat" melalui sebuah janji yang di CAPATI seperti yang dibentangkan 2 hari yang lalu dalam pembentangan bajet 2013 Rosmah.

Nak termuntah hijau pun ada. Betapa hipokritnya Umno bila pemimpin depa bercakap tak serupa bikin. Gula-gula BR1M RM500, tapi depa sapu balik lagi banyak dengan menggunakan sistem AES.

Bayangkan, minimum denda ja RM300, maksimum plak sampai RM2000. Kena 2 kali yang minimum tu pun dah habis duit BR1M tuh.

Hehe...




Velodrom Basikal, jangan jadi macam Stadium Bowling Paroi
Posted on Sunday, September 30 @ 03:15:10 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: amkns

"

Semasa pembentangan Bajet 2013 oleh PM pada 29 Sep 2012, diumumkan Velodrom Tertutup yang pertama di Malaysia akan dibina di Seremban pada kos RM80 juta.

Harap ianya tidak jadi seperti Stadium Bowling yang pertama di Asia satu ketika dulu yang bernilai RM14 juta dibina atas tanah seluas 1.5 hektar berhampiran Masjid Taman Paroi Jaya yang kini terbiar. Menjadi persoalan, kenapa Velodrom Tertutup untuk lumba basikal ini dibina di Seremban, bukannya di Terengganu, kerana Terengganu mempunyai ramai pelumba basikal bertaraf dunia sedangkan tidak kedengaran pelumba basikal bertaraf dunia dari N.Sembilan.

Malaysia anjur Kejohanan Berbasikal Trek Piala Dunia Klasik

29 Sep 2012 - Malaysia bakal menganjurkan Kejohanan Berbasikal Trek Piala Dunia Klasik apabila velodrom tertutup di Seremban siap sepenuhnya, kata Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Abu Samah Abdul Wahab. "Pengumuman Belanjawan 2013 tentang pembinaan velodrom tertutup bernilai RM80 juta di Seremban itu, saya percaya hasrat ini boleh segera direalisasikan.

STADIUM BOWLING NEGERI YANG TERBIAR

4 Jan 2012 - BANGUNAN yang menempatkan gelanggang sukan boling di Pusat Sukan Paroi, Seremban yang terletak berhampiran dengan Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi kini sudah lama ditutup dan terbiar begitu sahaja. Kemungkinan ia sudah menjadi tempat penagih dadah lepaskan gian mereka serta untuk muda-mudi melakukan maksiat di situ. Pusat yang suatu ketika dahulu diuruskan oleh pihak Majlis Perbandaran Seremban (MPS) kini sudah tidak terurus lagi, berkemungkinan kurangnya sambutan atau pengurusan kurang cekap dan memuaskan kepada peminat sukan tersebut.

STADIUM BOWLING TERBIAR

18 Mei 2010 - Stadium Bowling Negeri yang terletak berhampiran Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi, di sini, baru dibina tetapi sudah tidak lagi digunakan menjadikannya lokasi sesuai untuk pelbagai kegiatan tidak sihat seperti penagihan dadah dan maksiat, jika dibiarkan begitu saja. Apa yang lebih merunsingkan penduduk setempat, bangunan bernilai RM14 juta itu yang sudah lebih dua tahun tidak digunakan, kini dilihat mencacatkan pemandangan malah ada yang tersalah dengan menganggap ia sebagai masjid.

NEGRI TO BUILD ASIA’S FIRST BOWLING STADIUM

11 June 2003 - The first bowling stadium in Asia will be built at the Seremban Sports Complex in Paroi soon. The stadium, to be built on a 1.5ha land near the Tuanku Abdul Rahman Stadium at a cost of RM14mil, will have various facilities, including a multi-purpose hall, a food court and a gallery.

An agreement signing ceremony for the construction of the stadium between NS Superbowl Sdn Bhd and IZ-AN Corporation (M) Sdn Bhd was held on Monday and witnessed by Mentri Besar Tan Sri Mohamed Isa Abdul Samad. The NS Superbowl was represented by its chief executive officer, Badruddin Sheikh Ahmad, while IZ-AN was represented by its managing director, Abdul Halim Mohd Salleh.

The Mentri Besar, who is the patron of NSTBA, also called on the appointed contractor to complete the construction of the stadium on schedule.

He said the stadium would be used as the venue for the Sukma (Malaysia Games) bowling competition next year. Negri will host the 11th edition of the Games from May 28-June 6. – Bernama
 
 


Anwar Ibrahim: Ulasan Belanjawan 2013
Posted on Saturday, September 29 @ 19:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber mediarakyat



Shaun Tan Zhi Ming Pijak Memijak Gambar Najib -cabar polis tangkap
Posted on Saturday, September 29 @ 18:30:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber Gendang Perang



By Shaun Tan

Disclaimer: The views expressed here are the personal opinion of the writer, and do not reflect the views of CEKU or UKEC.

You know something’s wrong when even the simplest gestures become risky. Last week many of us were made acutely aware of this.

On Merdeka Eve, a group of people were photographed stepping on pictures of Prime Minister Najib Razak. The result was the arrests of three young people under the threat of sedition and a continuing ‘manhunt’ for the rest of the group. Suddenly stepping on the Prime Minister’s photo – something no one even knew was supposed to be illegal – was threatened with criminal prosecution.

Such persecution by the Barisan Nasional government has prompted one of the suspects, a 19-year-old girl, to apologize for her actions. I don’t know what satisfaction the BN government got from bullying a young girl into apologizing, but in at least one respect it seems to have succeeded: suddenly people are apologizing where no apology should be necessary.

The Opposition response to this has been disappointingly hesitant. So far most statements by Opposition leaders seem to urge the government to ‘forgive’ those involved.

It’s a pity that so few are prepared to say what needs to be said: that those young people were just expressing their displeasure at the Prime Minister in a way that harmed no one, that threatened no one, and that the government has neither right nor cause to forgive them anything.

It’s a pity that our government needs reminding that in a democracy politicians derive their authority from the people, and that when faced with public expressions of displeasure, a true leader should square his shoulders and put up with it. Because in politics, criticism and even insult come with the territory, and someone who cannot stomach it or who can only respond to negative feedback with threats and coercion is unfit to lead.

It’s difficult for me not to see this persecution as just the latest in a series of attacks by the BN government on our liberty. I’ve grown up seeing how these attacks have infected the country with a pernicious self-censorship and reduced the mainstream media to its pitiful state, and I am unwilling to concede another inch.

I don’t want Malaysia to become a country where the Prime Minister is so sacred that even stepping on his image is illegal. And since without a corresponding gesture my words will be empty, here’s a photo to go with them:


The picture at my feet is that of Prime Minister Najib Razak, a man who I think has brought great shame to my country and who has done nothing to earn my respect during his time in office.

I post this photo not because I think that stepping on pictures is usually a good form of communication, but because I think that, under present circumstances – in the face of coercion aimed at making a simple gesture illegal or taboo – it is an appropriate one.

My name is Shaun Tan Zhi Ming, and I want to send a message that some Malaysians will not be intimidated by such ridiculous threats.

A copy of this photo will be posted on a Facebook page called ‘Putting My Foot Down’, and there I am content to let it stay – alone – as Henry David Thoreau would say, to constitute ‘a majority of one’.

But if anyone reading this feels as I do – that we have a stake in what happens to those young people, that we’re all in this together, that it shouldn’t be citizens who are afraid of their politicians but the other way around, that an assertive response is needed in the face of such abuse, and that we cannot defend the country we love without taking on some risk – then you’re welcome to post up your own photos too, and help me send a clear message to our politicians that we take our rights seriously.

Should you choose to do so I care little whose picture you wish to step on. Use Najib’s if you see fit; I think he deserves it. Use an Opposition leader’s if you see fit; the Opposition leaders have my support for now, but if they come into power and end up breaking their promises I certainly want the right to step on their pictures too, and I never ever want their images to become sacrosanct.

Remember that the day we become too afraid to exercise our rights is the day we start to lose them.

Shaun Tan is a concerned Malaysian. Contact him at shaunzhiming.tan@gmail.com.
Posted by Hati Muda at 8:59 PTG



Perhatian Bakal Haji: Penemuan virus baru seakan-akan Sars di Arab Saudi
Posted on Saturday, September 29 @ 18:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: setisab

"Perhatian Bakal Haji: Penemuan virus baru seakan-akan Sars di Arab Saudi

LANGKAH BERJAGA-JAGA DI TANAH SUCI: Jutaan jemaah yang bakal membanjirMakkahdanMadinah semasa musim haji bulan depan dikhuatiri akan memudahkan penularan virus baru seakan Sars. Oleh itu Arab Saudi telah mengambil langkah pencegahan, termasuk pemantauan di pintu masuk darat, laut dan udara bagi mengawasi jemaah dan mengambil sampel jika mereka menunjukkan simptom jangkitan, serta menasihat jemaah


memakai pelitup semasa di kawasan ramai orang, sebagaimana dilakukan semasa wabak Sars dulu.PARA saintis kini berdepan dengan misteri perubatan melibatkan penemuan virus baru seakan-akan Sars di Arab Saudi.
Sejauh ini, dua pesakit dikenal pasti dijangkiti virus baru dari jenis koronavirus itu. Seorang daripada mereka meninggal dunia Jun lalu. Pesakit berusia 60 tahun itu berasal dari Arab Saudi.
Yang terbaru, seorang pesakit lelaki dari Qatar berusia 49 tahun dipindahkan ke Britain untuk mendapatkan rawatan bagi jangkitan virus baru itu pada 11 September lalu.
Beliau, yang dikatakan telah melawat Arab Saudi, kini dilaporkan dalam keadaan kritikal.
Perhatian Bakal Haji: Penemuan virus baru seakan-akan Sars di Arab Saudi
Virus baru itu daripada keluarga virus yang menyebabkan selesema biasa dan penyakit Sars, yang membunuh sekitar 800 orang, kebanyakannya di Asia, dalam wabak yang berlaku pada 2002.
Buat masa ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak menyarankan sebarang sekatan perjalanan, sedang sumber jangkitan belum diketahui.
Namun, keadaan itu masih menimbulkan kebimbangan kerana ia berlaku menjelang musim haji, apabila berjuta Muslim dari seluruh dunia berkumpul di Arab Saudi.
    Simptom virus baru
Virus baru ini dikenal pasti dan dilaporkan kali pertama oleh Dr Ali Mohamed Zaki dari Hospital Dr Soliman Fakeeh di Arab Saudi.
Dr Zaki dikatakan telah mengambil sampel virus dari paru-paru pesakit Arab Saudi itu sebelum beliau meninggal dunia.
Apabila mendapati ia satu virus baru, Dr Zaki menghantar sampel itu kepada penyelidik virus koronavirus terkemuka, Dr Ron Fouchier, di Pusat Perubatan Universiti Erasmus di Rotterdam, Belanda, bagi disahkan.
Para penyelidik di Britain turut menghantar sampel virus dari pesakit dari Qatar ke Belanda untuk disahkan.
Dr Fouchier mendapati virus dari dua pesakit itu 99.5 peratus serupa, lapor CNN.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bagaimanapun, tidak percaya kes terbaru itu ada kaitan di antara satu sama lain.
Di peringkat molekular, virus baru ini didapati menyerupai virus Sars, yang dikesan kali pertama di wilayah Guangdong, China, pada 2002 dan menjejas lebih 30 negara di serata dunia, termasuk Singapura.
Jurucakap WHO, Encik Gregory Hartl, ditukil oleh agensi berita AFP sebagai berkata virus baru itu mempunyai ciri berbeza daripada virus Sars.
Pesakit yang dijangkiti Sars mengalami demam, batuk dan masalah pneumonia teruk, sementara pesakit virus baru ini mengalami tiga penyakit itu serta kerosakan ginjal.
Selain itu, orang yang berhubungan rapat dengan pesakit virus baru itu, seperti anggota keluarga dan kakitangan perubatan, didapati tidak dijangkiti virus tersebut.
Ini berbeza daraipada virus Sars yang mudah dijangkiti melalui udara - apabila orang yang membawa virus itu batuk atau bersin ke udara serta terpegang cecair daripada pesakit yang telah terkena virus itu.
"Tiada bukti sejauh ini bahawa virus ini mudah dijangkiti," kata Dr William Schaffner, pengerusi Jabatan Perubatan Pencegahan di Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt di Amerika Syarikat.
Seorang pakar selesema dari Universiti Minnesota, Amerika, Encik Michael Osterholm, ditukil oleh agensi berita AP sebagai berkata: "Kita tidak tahu sama ada ini akan menjadi satu lagi wabak seperti Sars atau virus ini akan lenyap begitu saja."
Buat masa ini, virus baru itu masih dipantau para saintis memandangkan banyak yang belum diketahui mengenainya.
"Kita juga tidak tahu apakah virus ini boleh menyebabkan jangkitan kurang serius juga. Kita tidak tahu sama ada ia melibatkan hanya dua kes atau dua daripada dua juta kes (yang lainnya jangkitan kurang serius)," kata Encik Hartl.
WHO lantas telah memberi arahan kepada doktor di serata dunia agar lebih awas bagi mengesan jangkitan virus baru ini.
Punca jangkitan
Setakat ini, doktor mengesahkan pesakit menjangkiti virus baru itu melalui kontak dengan haiwan.
Siasatan awal menunjukkan virus serupa itu turut dibawa oleh kelawar.
Tiada bukti menunjukkan virus itu menular dari manusia ke manusia, kata Encik Hartl.
Pesakit dari Qatar itu dilaporkan ada kontak dekat dengan unta dan kambing semasa berada di Arab Saudi.
Pada 2002, punca jangkitan Sars dikaitkan dengan musang.
Virus baru ini dikatakan mungkin hasil mutasi virus sedia ada. Ia mungkin jangkitan yang bermula di kalangan haiwan dan kini telah berpindah kepada manusia.
Para doktor tidak tahu apa rawatan terbaik bagi mereka yang dijangkiti virus baru ini.
Mereka yang mengalami simptom serius perlu dimasukkan ke unit jagaan rapi di hospital bagi membantu mereka bernafas.
Sejauh ini, tiada vaksin bagi mengubat virus baru ini. Namun, virus jenis koronavirus biasanya tidak dapat bertahan lama di udara.
Di luar tubuh manusia, ia biasanya hanya boleh hidup selama sehari dan mudah dilenyapkan menggunakan sabun pencuci biasa.
Langkah pencegahan   
Sekatan perjalanan belum dikeluarkan oleh WHO.
Mereka yang khuatir dijangkiti boleh melindungi diri dengan mengamalkan kebersihan dengan kerap mencuci tangan dan membersihkan permukaan yang boleh membawa virus.
Pihak berkuasa Arab Saudi berkata musim haji yang bermula bulan depan mungkin memberi lebih banyak peluang bagi virus itu merebak.
Tahun lalu, sekitar dua juta jemaah dari 160 negara mengerjakan ibadah haji. Mereka tiba melalui pesawat, kapal dan kenderaan darat.
Timbalan Menteri bagi Kesihatan Awam Arab Saudi, Encik Ziad Memish, berkata kepada agensi berita Reuters: "Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah pencegahan bagi menangani kedatangan lebih dua juta jemaah haji.
Pastikan bakal haji mematuhi langkah-langkah pencegahan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Arab Saudi seperti yang terdapat DI SINI..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan