Sabtu, 15 September 2012

MEMANG DAH BERTAMBAH HODOH...MAKA SAHAM ORANG HODOH NI TERUS MENJUNAM JATUH...JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN...SALAHKAN DIRI SENDIRI...SENDIRI YANG BAGI HODOH

Noh Omar dan penyelewengan di MOA
Posted on Saturday, September 15 @ 00:12:18 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Resah Gelisah

Melihat kepada laporan daripada Dato' Fauziah, Bahagian Perolehan Kerajaan MOF dan laporan yang kami telah kemukakan kepada Tuan.. Terima kasih diucapkan kerana mengambil tindakan berhubung laporan tersebut.

Untuk pengetahuan Tuan, sejak Noh Omar menjadi Menteri Pertanian banyak berlaku penyalahgunaan kuasa. Pemberian beras ST15 juga diselewengkan menyebabkan beras ini tidak ada di pasaran. 5,000kg kuota menteri diselewengkan. Hanya beberapa pengilang kroni dia yang diberi. Beras ini kemudian diupgrade oleh pengilang-pengilang ini. Mereka dan Noh Omar mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit.

Banyak lagi penyelewengan yang berlaku di MOA, termasuklah tender baja yang bernilai beratus juta yang diagihkan kepada kroni-kroni beliau sahaja. Begitu jugalah dengan isu sarang burung walit. Syarat penggunaan RFID sebenarnya ditetapkan oleh Noh Omar sendiri, bukan seperti dakwaan beliau menyatakan syarat ini telah ditetapkan oleh Kerajaan Cina (rujuk akhbar Harian Metro betraikh 19 Julai 2012, dibawah tajuk “China tetap tiga syarat eksport sarang burung walet).
Noh ada syarikat yang akan membekalkan RFID ini. Dia akan buat duit lagi disini. Dia kata Kerajaan Cina yang tetapkan untuk menghalalkan kerja menyamun beliau. (sila lihat lampiran disertakan)

Sebelum ini berlaku juga kepada penggunaan kotak insulasi. Noh Omar telah menetapkan 3 syarikat kroninya untuk membekalkan kotak-kotak ini dengan harga yang agak tinggi. Ini menyebabkan pengimport ikan telah enggan menggunakannya sampai hari ini.

RESAH GELISAH WARGA MOA
 Noh Omar Perlu Berhenti Cakap Kosong Dan Mengarut
Posted on Friday, September 14 @ 22:51:03 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Azmizam

AMK Selangor hari ini ingin mempersoalkan motif kenyataan Datuk Seri Noh Omar yang kelihatan begitu terdesak mahukan pilihanraya di Selangor berlaku serentak dengan Pilihanraya Umum ke 13 dan kelihatan seperti tidak memahami isu mengapa Pakatan Rakyat memilih untuk membubarkan DUN berasingan dengan pilihanraya persekutuan.

AMK Selangor hairan dengan kegopohan Noh Omar itu dan ternyata beliau kelihatan tidak peduli dengan masalah senarai daftar pemilih yang meragukan serta tidak mempedulikan tuntutan rakyat yang mahukan sebuah pilihanraya yang bebas dan adil.Senarai daftar undi di Selangor ketika ini berada pada satu tahap menggusarkan apabila keraguan yang dicatat dan dilaporkan mencecah angka ratusan ribu daftar pengundi dan tiada tindakan komprehensif diambil oleh Suruhanjaya Pilihanraya.
Dakwaan Noh Omar bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor takut untuk menyerahkan mandat kepada rakyat itu amat lucu, kerana Kerajaan Selangor sedia ada masih mempunyai tempoh mandat yang sah untuk mentadbir Negeri Selangor. Justeru tidak timbul soal takut menyerahkan mandat seperti yang diwar-warkan dan kenyataan Noh Omar itu menunjukkan beliau seorang pemimpin kosong, yang tidak mengerti apa-apa dan hanya tahu bercakap.

TIADA APA YANG HENDAK DISELINDUNGKAN OLEH PAKATAN RAKYAT

Noh Omar juga dengan semberono mendakwa Kerajaan Negeri cuba berselindung disebalik isu-isu yang didakwa gagal ditangani seperti Talam Corporation, Unisel dan Loji Langat 2 namun sebagai Timbalan Perhubungan Umno Selangor, Noh Omar seakan tidak peka dan tidak mengambil peduli tentang usaha Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah yang sebenarnya berpunca daripada kegagalan lapuk yang ditinggalkan oleh pentadbiran lama Barisan Nasional.

Noh Omar perlulah sekali-sekala menjengah maklumat terkini tentang isu-isu yang cuba mereka mainkan, dan tidak hanya bergantung kepada laporan-laporan akhbar. AMK Selangor menyeru supaya Noh Omar bertindak sebagai pemimpin yang bijak , bukan hanya mendapatkan maklumat dari pembantu politik beliau sahaja.

AMK Selangor percaya jika terdapat pihak yang cuba bermain tarik tali dengan tarikh pilihanraya adalah Barisan Nasional sendiri, yang terang-terangan takut untuk mengumumkan pilihanraya sebenar walaupun dengan bongkak menjaja slogan 'Janji Ditepati'. Sepatutnya Noh Omar berasa malu menjadi anggota kabinet sebuah kerajaan yang lemah serta sering bermain teka-teki dengan rakyat.

Ataupun Noh Omar ini lupa, rakyat Selangor khususnya masih menunggu beliau menjawab tentang isu National Feedlot Corporation (NFC) selaku Menteri Perindustrian Asas Tani dan juga Skandal Penternakkan Udang yang bernilai jutaan ringgit yang kerugiannya ditanggung oleh pengusaha. Maka perlulah Noh Omar dengan sedikit rasa hormat yang tinggal dalam dirinya, mendiamkan diri daripada terus mengeluarkan kenyataan-kenyataan dangkal dan tidak berisi.

AMK Selangor menyokong teguh pendirian Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor , Tan Sri Dato Seri Abdul Khalid Ibrahim yang dengan tegas tidak mahu melaksanakan pilihanraya serentak selagi mana daftar pemilih masih kotor, meragukan dan mempunyai elemen-elemen kepentingan yang mahu memenangkan pemerintah zalim seperti Umno Barisan Nasional
AZMIZAM ZAMAN HURI
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Malaysia
 Rakyat Selangor Mahu Nikmati Pru Yang Benar-Benar Adil Dan Bersih
Posted on Friday, September 14 @ 23:01:32 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Ustaz Riduan

Datuk Seri Noh Omar, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional negeri Selangor dalam komentar beliau bahawa keengganan Selangor mengadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pilihan raya persekutuan menunjukkan kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat takut menyerahkan mandat kepada rakyat bagi memilih pimpinan yang dikehendaki.

Dalam keadaan Pru ke 13 semakin hampir, Datuk Seri Noh semakin lantang bersuara. Hampir semua isu beliau ulas seolah-olah beliau adalah pemimpin yang cerdik dan serba boleh. Namun bagi rakyat yang memahami isu sebenar, akan mentertawakan kenyataan Datuk Seri Noh Omar. Nampak sangat beliau bercakap mengikut hawa nafsu dan secara semberono tanpa fakta yang kukuh.
Beliau dengan mudah menuduh Pakatan Rakyat takut menyerahkan mandat kepada rakyat. Sepatutnya beliau menuding jari dan menuduh pemimpin tertingginya, Datuk Seri Najib. Ini kerana PM sendiri yang merahsiakan tarikh PRU ke 13 dari pengetahuan rakyat. Apa makna merahsiakan tarikh PRU jika tidak kerana PM takut kalah PRU kepada PR? Jika beliau dan BN berani untuk serahkan mandat kepada rakyat, maka tidak perlu disembunyikan tarikh PRU yang menjadi tanggungjawab seluruh rakyat. Biar rakyat tahu daripada awal dan membuat persiapan awal untuk menghadapinya. Mengadakan PRU seperti serkap jarang adalah tindakan penakut pemimpin yang tidak mahu hadapi kenyataan.
Selain itu, Datuk Seri Noh seperti naif atau pura-pura tidak mengerti realiti sebenar sistem pilihan raya di Malaysia yang menjadi pertikaian banyak pihak. Dalam keadaan daftar pemilih yang begitu mencurigakan apabila ditemukan sejumlah ratusan ribu pengundi ragu dalam senarai daftar pemilih khususnya di Selangor, penambahan pengundi mendadak di DUN atau Parlimen tertentu secara tidak munasabah, serta dakwaan wujudnya pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing. Apakah dalam keadaan begini wajar diadakan PRU ke 13 di Selangor serentak dengan kerajaan persekutuan?
Datuk Seri Noh juga perlu menghormati kerajaan Selangor yang mahu mengadakan pilihan raya berasingan dengan kerajaan persekutuan. Ini dapat memberikan peluang dan tempoh yang lama buat SPR membersihkan daftar pemilih di negeri itu. Telah banyak aduan, laporan, pertemuan, memorandum di hantar bersama bukti dan fakta untuk SPR membetulkan keadaan.
Apa yang penting, PR mahu pastikan rakyat Selangor menikmati pilihan raya yang benar-benar adil, demokratik dan telus. Mereka tidak mahu kerajaan yang dipilih nanti adalah kerajaan yang menipu rakyat. Rakyat juga tidak mahu terus ditipu dan diperkudakan oleh sebuah sistem pilihan raya yang penuh kepura-puraan dan penyelewengan.
RIDUAN MOHD NORKetua PeneranganDewan Pemuda PAS malaysia 

 Kebimbangan Pelabur Asing Bukti Indeks Jenayah Kian Merudum
Posted on Friday, September 14 @ 22:58:15 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Kamaruzaman
Dewan Pemuda PAS WP (DPPWP) melihat kebimbangan pelabur asing dengan keadaan keselamatan di Malaysia membuktikan bahawa tahap keselamatan negara ini masih lagi lemah.

Kebimbangan pelabur asing ini telah disampaikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mahamed dalam majlis dialog anjuran kementeriannya bersama beberapa dewan perniagaan asing dan polis.

Ini sekaligus membuktikan bahawa indeks jenayah di Malaysia mencapai tahap membimbangkan. Bukan sahaja rakyat yang bimbang, malahan pelabur asing juga turut sama berasa gusar dek kerana semakin banyaknya laporan berkaitan dengan jenayah setiap hari.

Walaupun Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara cuba untuk menafikan dengan menyatakan bahawa indeks jenayah telah diturunkan, hakikatnya kes-kes rompakan, pembunuhan dan penculikan semakin berleluasa. Kebimbangan pelabur asing ini telah mencalar imej polis sebagai penjaga keamanan di negara ini.

DPPWP ingin menegaskan bahawa para pegawai polis dilantik untuk membenteras jenayah dan bukannya untuk membenteras pemimpin Pakatan Rakyat. Perisik dari Cawangan Khas (SB) sepatutnya ditempatkan untuk merisik kegiatan jenayah dan bukannya mengintip dan mengganggu kegiatan Pakatan Rakyat. Hakikatnya, SB-SB yang digunakan untuk memantau kegiatan politik Pakatan Rakyat lebih ramai daripada yang memantau keselamatan negara. Ini berdasarkan peruntukan polis dalam Bajet 2012.

Jika inilah yang berlaku, maka tidak hairanlah semakin hari semakin banyak kes-kes jenayah dicatatkan. Kerajaan UMNO/BN kelihatan fobia dengan kegiatan Pakatan Rakyat lebih daripada jenayah-jenayah yang terhasil. Bagi mereka, biarlah rakyat hidup dalam ketakutan asalkan politik mereka tidak diganggu.

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Pemuda PAS WP 

 Persatuan Pengedar Kereta sokong Pakatan turun harga kereta
Posted on Friday, September 14 @ 23:44:58 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog Sharpshooter

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli memberitahu, Persatuan Pengedar Kereta dan Syarikat Pinjaman Kuala Lumpur Selangor menyokong penuh dasar Pakatan Rakyat (Pakatan) untuk menurunkan harga kereta.
Menurutnya, perbincangan tertutup selama dua jam yang diadakan di Ibu Pejabat KEADILAN itu semalam menyentuh seluruh aspek dalam usaha menjayakan manifesto penurunan harga kereta.


“Kita dah berbincang dengan persatuan terbabit dan mereka memuji usaha kita dan ada yang memberi kritikan membina. Kita ambil serius usaha ini dan akan terus menghalusi semua cadangan agar ia dapat dilaksanakan,” kata Rafizi dalam sidang medianya.
Presiden persatuan itu, Khoo Kah Jin memaklumkan, pihaknya menyokong usaha berkenaan dan perbincangan tersebut telah mencapai beberapa persetujuan bersama dalam kaedah menurunkan harga kereta.
Antaranya, mereka sepakat agar cukai eksais tidak diturunkan secara mendadak dan pengagihan Permit Import (AP) dibuat secara tender terbuka.
“Saya juga telah meminta Presiden Automotif Malaysia (MAA) untuk berjumpa dengan saya dan berbincang sekali mengenai perkara ini,” kata Khoo.
Beliau juga mencadangkan supaya hutang pinjaman kereta selama 9 tahun dipendekkan kepada tujuh tahun kerana katanya, selepas tempoh 9 tahun, harga pasaran kereta akan jatuh teruk.
“Kereta terpakai juga patut dieksport seperti yang dilakukan kebanyakan negara,” katanya.
Tambah beliau, peraturan kenderaan berat seperti lori yang melebihi lima tan perlu mendapat permit harus dihapuskan.
“Ia hanya mengecilkan pasaran lori dalam negara. Cuma negara kita yang ada peraturan sebegitu,” kata Khoo lagi.
KEADILAN mengambil serius pelaksanaan penurunan harga kereta justeru pelbagai kempen dilakukan bagi meningkatkan kesedaran rakyat bahawa harga kereta di Malaysia boleh diturunkan.
Bermula Ogos lalu, pelekat kereta kempen Turun Harga Kereta telah diagihkan di seluruh negara dan ternyata orang ramai terutama golongan ‘atas pagar’ menyokong usaha itu.
Langkah seterusnya adalah membincangkan kaedah terbaik bagi merealisasikan cadangan itu secara umum bermula di Forum Turun Harga Kereta malam ini di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor pada jam 8 malam.
Selain Rafizi, forum itu menampilkan lain-lain panel seperti Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad; Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua; Naib Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), Wan Saiful Wan Jan, dan Ketua Penerangan KEADILAN, Nik Nazmi bertindak sebagai moderator.


Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ 


 Letter to Editor on Muhammad the Trailer video issue
Posted on Friday, September 14 @ 23:47:33 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh DR GHAZALI HASBULLAH

Dear Mr President of USA and USA Ambassadors All Over the World,

At the moment when the world is at the brink of change of the millenium and has developed a deeper understanding of mutual peace which cut across race and religion, we as Malaysian Muslims are shocked with the creation of the amateur film by Sam Bacile.
Indeed, his work of art is highly provocative, blasphemous and a total disregard of Muslim sensitivity towards their Islamic devotion of Prophet Muhammad PBUH.
Whilst history recorded that Muhammad PBUH liberated Mecca in absolute obedience to God from idolatry practice, WITHOUT any bloodshed. However, Sam Bacile propagates that Muhammad was a terrorist.
When Muhammad PBUH by Allah's Revelation, stated that any Man can only commit himself to a maximum of 4 wives in line with proper contract (Nikah) and equal responsibilities- rather than committing adultery and being in numerous secret relationships to any women that a man desires- Sam condemns him as a Womanizer.

For the record, Muhammad only married ONE virgin (Aishah) and stayed married to ONE woman ie Khadija initially until she died. Then, only then, the Prophet PBUH married widows of matyrs of holy wars to help them. Are these the qualities of a womanizer?

Everywhere in the world where there are crisis, Muslims are oppressed and killed. How could this justify Muslims as terrorists and when and if we retaliate, is it not an act of defense?

Please put forward any proof from your observation of any oppression towards other religions besides Islam in Malaysia or Indonesia? Why the double standard? Why are Muslims being so closely scrutinised and vigorously criticised for their acts of religious devotion?

We strongly urged that all of you to recommend to the USA President, Mr. Barack Obama to stop any kind of activities connected to the appalling video. Please bear in mind that all this uproar might have an opposite aftermath which is not the result foreseen by Sam Bacile in inciting hatred towards our Prophet PBUH.
Lastly, we would like to request all the Embassies to take part in condemning such action and to put pressure on those involved in such activities to stop future productions and distribution of the video through whatever channels and means. Otherwise we are afraid that it will continue to stir up tension amongst Muslim like what has had happened in few of the Muslim countries. Thus have a direct impact to the relationship and trust to USA.
DR GHAZALI HASBULLAH
DR WAN SHAH JIHAN WAN DIN
MR SULAIMAN AKHLAKAN
Board Members of MPN 


 Media Propaganda BN Semakin Hodoh
Posted on Friday, September 14 @ 23:58:44 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Mohd Hafez

Setiap hari rakyat menatap dada akhbar, skrin televisyen dan suara radio yang dikumandangkan ia sarat dengan propaganda politik UMNO/BN sedang berkempen. Kempen politik di negara 1Malaysia ini sangatlah hodoh kerana ia hanya propaganda sebelah pihak tetapi kejelikan itulah yang berlangsung sejak 55 tahun mencapai kemerdekaan hingga ke saat ini.

Permainan propaganda politik menjadi lebih hodoh di zaman langit terbuka ini kerana sewaktu mereka cuba memperbodohkan rakyat seluruhnya, bahan serangan balas tersebar dengan lumayannya di alam maya.

Apabila media BN mencanangkan ‘kebiadapan’ segelintir peserta himpunan Janji Bersih menghina foto Perdana Menteri lalu diambil tindakan, pihak lawan mereka punya menyiarkan foto bagaimana gambar Menteri Besar, Ketua Menteri serta pemimpin-pemimpin utama Pakatan dipijak, dikencing dan dibakar tetapi tidak diambil apa-apa tindakan oleh polis.

Selepas media BN mendedahkan penunjuk punggung terhadap gambar Perdana Menteri akan diambil tindakan, pihak lawan mereka pula mendedahkan kelucahan Pemuda UMNO beraksi ala liwat, Puteri UMNO menonggeng punggung, senaman punggung di hadapan rumah Datuk Ambiga dan aksi simbol lucah oleh seorang Menteri Besar BN; semuanya tidak diambil apa-apa tindakan oleh pihak polis.

Sebaik media BN mengecam kerajaan Selangor kerana tidak mengundang Sultan di majlis sambutan ambang merdeka, pihak lawannya juga mendedahkan kebiadapan kerajaan BN Pusat yang tidak mengundang Yang DiPertuan Agong di sambutan ambang merdeka yang diadakan di Stadium Bukit Jalil.

Apabila media BN menceritakan bahawa kumpulan anti Anwar diserang di hadapan ibu pejabat KeADILan, pihak lawannya mendedahkan dengan bukti audio video bahawa kumpulan tersebut yang mula mencetuskan provokasi dan membuat kacau secara agresif.

Selepas media BN mengecam Anwar kerana berucap dalam masjid (kononnya memperalatkan masjid untuk politik) maka media maya menyiarkan foto semua pemimpin-pemimpin BN yang berucap dalam masjid, termasuk juga Rosmah bersama sebahagian Puteri UMNO yang tidak menutup aurat mengadakan program politik dan berucap dalam masjid.

Semua pantun bersambut, semua soalan berjawab. Langit terbuka menjadi masalah besar BN melakukan propaganda sehingga media-media utama yang mereka kuasai kelihatan betul-betul bodoh kerana hanya bergantung nyawa dengan khalayak yang berfikir tidak menggunakan akal serta tiada maklumat kedua lalu menelan bulat-bulat setiap propaganda yang ditaburkan. Lagi masalah besar bagi BN ialah golongan yang jahil isu semasa ini makin mengecil dalam masyarakat.

Cabaran kedua yang dihadapi BN ialah ketidakupayaan menyembunyikan sesuatu yang merugikan mereka. Apabila Perkasa dan UMNO menyerang masjid, mengganggu tazkirah dan didakwa membaling selipar ke dalam masjid, tiada satu pun siaran media utama negara berani menyiarkan insiden tersebut. Tetapi video keganasan kumpulan itu tersebar seantero dunia melalui You Tube. Semua golongan rasional yang menyaksikan video itu dipasak kebencian yang meluap-luap menyaksikan kebiadapan kumpulan itu menyerang masjid.

Sewaktu bas Jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan dicurah cat oleh kumpulan samseng anti Pakatan, tidak ada juga media utama yang menjadi perkakas BN berani menyiarkan insiden itu. Peristiwa itu cuba disembunyikan namun di alam maya ia tersebar sepantas kilat seluas-luasnya. Tiba-tiba insiden tersebut menjadi pemangkin melonjakkan kehadiran orang ramai ke setiap ceramah Anwar yang sedang menjelajah ke seluruh negara.

Tidak ada sebuah pun media utama dalam negara yang menyiarkan walaupun satu sudut yang terpencil Himpunan Hijau anti Lynas yang diadakan di Raub, Pahang namun media maya menyiarkan himpunan yang dihadiri puluhan ribu manusia itu. Begitu juga dengan semua himpunan besar anjuran kerajaan negeri Pakatan dan parti-parti komponen Pakatan sama ada jamuan Aidil Fitri atau ceramah umum.

Kejatuhan saham FGVH, kenaikan harga minyak Petrol Ron 97, pertambahan indeks jenayah, pergolakan di Sabah dan Sarawak, pertelingkahan dalaman UMNO serta seribu satu keburukan yang membabitkan BN dan kerajaannya yang disembunyikan semuanya terdedah di media maya.

Kebijakan dalam membuat propaganda ialah sehingga orang ramai terkesan tetapintidak tahu itu propaganda. Malangnya BN, semua propaganda mereka yang dimainkan oleh media terserlah sangat bahawa ianya fitnah, pembohongan, putarbelit, penggelapan dan manipulasi. Maka ia adalah propaganda yang gagal.

Rakyat nampak BN mengada-ngada apabila ada yang dipaksa untuk berterima kasih, isu kecil dibesarkan, laporan polis terhadap spekulasi dibuat, eksploitasi racisme dalam menonjolan isu bahkan pemberian bahkan sumbangan untuk rakyat jelata juga sangat mudah difahami bahawa ‘ianya rasuah politik!’ justeru hilang rasa terima kasih.

Setiap hari apabila Buletin Utama TV3 atau RTM menyiarkan laporan versi sebelah pihak dalam beritanya, hakikatnya ia sedang membakar perasaan jutaan rakyat negara ini yang sedang menyaksikan propaganda bodoh yang sungguh menyakitkan hati itu. Mereka berjaya menyemarakkan kebencian di kalangan pengikut tegar mereka di samping menyemarakkan kebencian sebahagian besar rakyat terhadap mereka sendiri iaitu BN dan media propagandanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan