Sabtu, 15 September 2012

LARAT BACA....DAN BANYAK LAGI...GAWAT ATAU TAK... FIKIR SENDIRI...SALAH SAPE FIKIR SENDIRI....TAUBATLAH DAN TAQWALAH KEPADA ALLAH SWT...LAKSANAKAN HUKUM HUDUD...NI PERINTAH ALLAH

Batu dan paku 'sambut' rombongan PKR di Johor

  • Kuek Ser Kuang Keng
  • 11:59PM Sep 14 2012
Rombongan PKR ke Johor hari ini yang dipimpin oleh Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi sasaran lagi di Skudai petang ini yang boleh mengakibatkan kemalangan ke atas bas yang digunakan untuk kempen parti itu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution memberitahu Malaysiakini semasa majlis makan malam 800 meja di di Skudai bahawa serangan itu berlaku sejurus sebelum rombongan mereka sampai ke majlis tersebut, yang merupakan kawasan letak kereta di sebelah Sutera Mall.

"Dalam perjalanan kami ke sini, kami mendengar bunyi letupan kuat apabila kami melalui di bawah jambatan pejalan kaki.

"Kami mendapati seketul batu dilemparkan ke salah sebuah kereta dalam rombongan kami.

"Kemudian kami temui paku di atas jalan raya. Jadi kita berhenti di tepi jalan manakala kakitangan keselamatan kami membersihkan jalan raya sebelum kami boleh meneruskan perjalanan kami, "katanya.

NONENaib Presiden PKR yang juga ahli Parlimen Kuantan, Fuziah
Salleh, semasa ucapannya di majlis makan malam itu, mendakwa mereka ternampak sebuah kereta di hadapan rombongan mereka hilang kawalan dan berpusing ke arah yang bertentangan.

"Kami dapati jalan penuh paku," kata Fuziah sambil mendakwa pelakunya mahu bas mereka ditimpa kemalangan.

"Alhamdulillah, kita berjaya mengatasi semua cabaran ini," katanya kepada kira-kira 6,000 hadirin berbilang kaum.

Kereta yang berjaya sampai ke destinasi majlis makan malam itu, kemek dan calar pada bahagian bonetnya.

Ketika ditemui Malaysiakini kemudiannya, Fuziah berkata kejadian itu berlaku kira-kira 1km dari tempat majlis makan malam itu di sebatang jalan raya yang gelap, tetapi dia tidak tahu namanya.


Hisham dakwa kenyataan diputar belit
1:54PM Sep 15 2012  
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini mendakwa kenyataannya berhubung keselamatan program pembangkang semalam telah diputar belit.

Menulis di dalam Twitter, Hishammuddin menegaskan, keselamatan rakyat tetap diutamakan tanpa favoritisme atau pilih kasih.

NONE"Malaysiakini spin - saya kata kedudukan pembangkang di Johor tak terjamin. Mereka spin: Saya kata keselamatan pembangkang tak boleh saya jamin," tulisnya di laman blog mikro itu pagi tadi.

Malaysiakini semalam melaporkan Hishammuddin sebagai berkata, kerajaan tidak perlu menjamin keselamatan untuk program jelajah pembangkang yang terus dicemari perbuatan khianat.

Merujuk kepada insiden khianat terbaru terhadap bas jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tangkak, Hishammuddin berkata, penerimaan terhadap PKR akan ditentukan orang Johor itu sendiri

Berikut transkrip kenyataan Hishammuddin kepada Malaysiakini semalam untuk penilaian pembaca:

Wartawan: Johor kubu kuat Umno dan nampaknya rakyat Johor tolak PKR dengan insiden bas disimbah cat. Apa sebab penolakan terhadap PKR?
Hishammuddin: Itu kena tanya orang Johor sendiri.

Ada apa-apa mesej untuk orang Johor?

Tak ada. Orang Johor semuanya seperti biasa sahaja.

Kali ini kali ketiga (insiden simbah cat), adakah Datuk Seri boleh bagi jaminan... (dipotong)

Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri.

Saya tengok PKR pun tahu dan boleh menilai sendiri apa yang berlaku di sana. Tanya orang Johorlah.

Maknanya mereka pergi dengan tahu penuh risiko....

Ini politik. Politik adalah berkaitan dengan risiko, risiko yang dicongak. Kalau risiko yang dicongak juga tidak jalan maknanya tiada tempatlah dia.

Akhirnya orang Johor yang akan menentukan. Jelas apa yang berlaku.


(Rakaman penuh kenyataan itu boleh didengar dan dimuat turun di akaun Soundcloud Malaysiakini - pengarang)

Tiada jaminan keselamatan pada program pembangkang

  • Ahmad Fadli KC
  • 5:44PM Sep 14 2012
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kerajaan tidak perlu menjamin keselamatan untuk program jelajah pembangkang yang terus dicemari perbuatan khianat.

NONE"Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri," katanya kepada Malaysiakini ketika ditanya sama ada kerajaan boleh menjaminan insiden kekasaran terhadap pembangkang tidak berulang.

"Saya tengok PKR pun tahu dan boleh menilai sendiri apa yang berlaku di sana. Ini politik. Politik adalah berkaitan dengan risiko, risiko yang dicongak.

"Kalau risiko yang dicongak juga tidak jalan, maknanya tiada tempatlah dia. Orang Johor yang akan menentukan."

Bas kempen Jelajah Merdeka Rakyat PKR disimbah cat merah - buat kali ketiga - sewaktu Ibrahim mengadakan siri jelajah ke Johor tengah hari ini.

Sebelum ini, bas tersebut diserang buat kali pertama di hadapan Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu awal bulan ini dan kemudiannya di Jasin pada minggu lalu

'Kena tanya orang Johor sendiri'
Beliau bagaimanapun enggan mengulas langsung berhubung kejadian di Tangkak itu.

"Itu kena tanya orang Johor sendiri," kata anggota Parlimen Sembrong itu.

NONETerdahulu pada sidang medianya Hishammuddin menegaskan beliau telah lama menolak sebarang bentuk politik ganas.

"Saya telah membuat kenyataan tegas tentang politik ganas merentasi semua pihak. Kita tolak (keganasan politik)," katanya.

Menurutnya, politik yang menyemai kebencian dan perpecahan perlu ditolak dengan tindakan yang jelas dari semua pihak.

"Politik kebencian, politik perpecahan, politik menghasut, politik pecah-belah, ini bukan sahaja memerlukan kenyataan, tetapi lebih penting lagi ialah tindakan," katanya.
 
Bas PKR disimbah cat lagi di luar masjid

  • Kuek Ser Kuang Keng
  • 2:19PM Sep 14 2012
Bas kempen Jelajah Merdeka Rakyat PKR disimbah cat merah - buat kali ketiga - sewaktu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan siri jelajah ke Johor tengah hari ini.

Menurut Pengerusi PKR Negeri Datuk Chua Jui Meng, bas tersebut diserang di luar sebuah masjid di Tangkak, Johor.
NONEBerucap merasmikan bilik operasi PKR di Tangkak, Chua juga berkata, ketika kejadian berlaku Anwar sedang bersolat di masjid tidak jauh dari tempat itu.

Sebelum ini, bas tersebut diserang buat kali pertama di hadapan Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu awal bulan ini dan kemudiannya di Jasin pada minggu lalu.

Sementara itu, Setiausaha Agun g PKR Saifuddin Nasution yang mengikuti rombongan itu memberitahu Malaysiakini, mereka dimaklumkan polis bahawa perbuatan khianat itu dilakukan seorang remaja yang menaiki motosikal.

"Polis mengejarnya dan berjaya mendapatkan nombor pendaftaran, tetapi akhirnya nombor itu didapati palsu," kata Saifuddin.
Ibupejabat DAP Pulau Pinang disimbah cat lagi

  • Susan Loone
  • 8:51AM Sep 14 2012
Ibupejabat DAP Pulau Pinang - Wisma DAP - di Jalan Rangoon disimbah dengan cat merah dalam satu kejadian pada awal pagi ini.

Menurut ADUN Komtar, Ng Wei Aik, beliau dimaklumkan mengenai
kejadian itu pada kira-kira jam 4 pagi oleh seorang sukarelawan keselamatan.

NONE"Kami diserang lagi! Wisma DAP Pg disimbah dengan 5 pek cat merah awal pagi ini," tulis Ng, yang juga ketua Pemuda DAP negeri, dalam Twitternya.

Ng, ketika dihubungi, memberitahu Malaysiakini melalui SMS bahawa beliau akan membuat laporan di balai polis Jalan Pattani lewat pagi ini.

Bangunan tingkat itu yang berharga kira-kira RM3 juta, telah
dirasmikan awal tahun ini.

Difahamkan, pusat perkhidmatan Air Putih dalam kawasan pilihan raya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga turut disimbah dengan cat merah.

penang dap headquaters splash by red paint 140811 5Seorang ahli parti itu dikatakan telah menyedari kejadian itu pada kira-kira jam 6 pagi.

Ini adalah kali ketiga ibupejabat parti itu disimbah cat sejak tahun lepas. Pada 14 Ogos 2011, bangunan yang dahulunya terletak di Jalan Talipon - telah disimbah dengan cat oren dan merah.

Pada masa yang sama, pusat perkhidmatan Ng di Lorong Seratus Tahun, juga disimbah dengan cat oren dan merah (kiri). Sebuah kereta yang diletakkan di luar pusat perkhidmatan tersebut pada hari berkenaan, turut disimbah cat.

Menurut saksi, sekumpulan enam orang yang menaiki tiga buah motosikal telah mendatangi pusat perkhidmatan Ng, pada sekitar jam 1.20 pagi dan membaling beg plastik kecil mengandungi cat.
Serangan untuk lemahkan k'jaan negeri, kata KM

  • Susan Loone
  • 1:18PM Sep 14 2012
Serangan awal pagi ke atas ibupejabat DAP dan tiga pusat perkhidmatan di Pulau Pinang adalah usaha sistematik untuk mengancam dan melemahkan kerajaan negeri, kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
NONEMenurutnya, kejadian itu adalah serius kerana ini adalah kali
pertama dalam sejarah di mana ia turut membabitkan pusat perkhidmatan ketua menteri.

Beliau yang juga setiausaha agung DAP berkata, kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah dipilih oleh rakyat.

NONELim menggesa ahli dan penyokong parti itu supaya kekal tenang dan bersedia.

"Kita tidak tahu berapa banyak lagi pusat tersebut akan
diserang tetapi kita pasti akan meningkatkan langkah-langkah keselamatan," kata Lim ketika mengunjungi pejabat utama DAP di di Jalan Rangoon.

NONE"Walau bagaimanapun serius pun serangan itu, ia tidak akan
menghalang kita daripada berkhidmat kepada rakyat dan meneruskan dasar dan program negeri yang memberi manfaat kepada rakyat," katanya.

Lim, yang juga ADUN Air Putih, merujuk ke pusat khidmatnya yang turut disimbah dengan cat merah.

Pusat perkhidmatan Lim masih belum memasang kamera CCTV manakala kamera di ibupejabat DAP telah merakamkan dua lelaki bertopi keledar serta baju-T merah dan putih, membaling paket ke bangunan tersebut.
'Pembebasan ISA30 bergantung pada keselamatan negara'

  • Ahmad Fadli KC
  • 8:06PM Sep 14 2012
Status pembebasan baki 30 orang yang masih ditahan bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) bergantung kepada situasi semasa dan faktor keselamatan negara, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Husein.

NONE"Jadi bagi saya ia bergantung kepada situasi semasa dan berkisar kepada ancaman mereka terhadap kepentingan keselamatan nasional," katanya sewaktu ditemui pada majlis rumah terbuka hari raya Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya petang tadi.

Tambahnya, kementerian sentiasa mengambil kira maklum balas dari risikan pasukan keselamatan sebelum membuat keputusan.

"Itu kita bergantung kepada kepakaran dari penjara, pihak polis dan unit khas keganasan.

"Baru-baru ini sebelum raya kita sudah bebaskan beberapa orang kerana kita rasakan mereka bukan lagi ancaman kepada negara kita," katanya.

Semalam, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menuntut kerajaan membebaskan baki tahanan ISA yang masih ditahan di Kamunting walaupun akta berkenaan hampir setahun dimansuhkan.

Sedang berurusan dengan negara lain

Mereka turut mengecam berita muka depan tiga hari berturut-turut sebuah harian berbahasa Inggeris yang dilihat cuba memainkan isu pemerdagangan manusia untuk membenarkan akta itu dihidupkan kembali.

NONEMenurut Hishammuddin, kerajaan tetap mengutamakan keselamatan rakyat negara ini mempertimbang pembebasan mana-mana tahanan ISA.

"Dalam semua pertimbangan, kepentingan dan keselamatan negara jadi keutamaan.

"Tak mungkin kerajaan hari ini boleh buat sesuatu yang boleh menjejaskan kepentingan nasional," katanya.

Menurut Hishammuddin, kerajaan Malaysia turut berbincang secara berterusan dengan kerajaan negara lain yang mempunyai rakyat yang ditahan di bawah akta itu.

"Tahanan ISA warganegara asing juga kita sedang bincangkan dengan negara asal supaya tanggungjawab untuk memelihara kestabilan serantau itu dikongsi bersama," katanya.
Mustapa: Pelabur bimbang tahap keselamatan M'sia

  • Aidila Razak
  • 1:04PM Sep 13 2012
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata para pelabur asing bimbang dengan keadaan keselamatan di negara ini.

NONEDalam ucapan di majlis dialog anjuran kementeriannya bersama beberapa dewan perniagaan asing dan polis hari ini, Mustapa berkata perkara itu ditimbulkan oleh pelabur beberapa kali dalam setahun lalu, pada dialog sebelum ini.

"Tujuan dialog kerana dalam beberapa dialog dengan dewan perniagaan hal yang berkait keselamatan ada kesan pada pelaburan.

"Saya menjanjikan satu pertemuan untuk menangani isu ini... Kita di sini untuk melihat apa lagi yang kita boleh buat untuk memperbaiki situasi di negara ini," katanya.

Turut hadir di program dialog berkenaan ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar dan pegawai tertingginya termasuk ketua jabatan siasatan jenayah Datuk Hadi Ho Abdullah, ketua polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh.

Wakil daripada dewan perniagaan Jepun, Korea Selatan, Eropah, Amerika Syarikat, Jerma dan Taiwan turut menyertai dialog tersebut. 
Kebimbangan Pelabur Asing Bukti Indeks Jenayah Kian Merudum
Posted on Friday, September 14 @ 22:58:15 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Kamaruzaman
Dewan Pemuda PAS WP (DPPWP) melihat kebimbangan pelabur asing dengan keadaan keselamatan di Malaysia membuktikan bahawa tahap keselamatan negara ini masih lagi lemah.

Kebimbangan pelabur asing ini telah disampaikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mahamed dalam majlis dialog anjuran kementeriannya bersama beberapa dewan perniagaan asing dan polis.

Ini sekaligus membuktikan bahawa indeks jenayah di Malaysia mencapai tahap membimbangkan. Bukan sahaja rakyat yang bimbang, malahan pelabur asing juga turut sama berasa gusar dek kerana semakin banyaknya laporan berkaitan dengan jenayah setiap hari.

Walaupun Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara cuba untuk menafikan dengan menyatakan bahawa indeks jenayah telah diturunkan, hakikatnya kes-kes rompakan, pembunuhan dan penculikan semakin berleluasa. Kebimbangan pelabur asing ini telah mencalar imej polis sebagai penjaga keamanan di negara ini.

DPPWP ingin menegaskan bahawa para pegawai polis dilantik untuk membenteras jenayah dan bukannya untuk membenteras pemimpin Pakatan Rakyat. Perisik dari Cawangan Khas (SB) sepatutnya ditempatkan untuk merisik kegiatan jenayah dan bukannya mengintip dan mengganggu kegiatan Pakatan Rakyat. Hakikatnya, SB-SB yang digunakan untuk memantau kegiatan politik Pakatan Rakyat lebih ramai daripada yang memantau keselamatan negara. Ini berdasarkan peruntukan polis dalam Bajet 2012.

Jika inilah yang berlaku, maka tidak hairanlah semakin hari semakin banyak kes-kes jenayah dicatatkan. Kerajaan UMNO/BN kelihatan fobia dengan kegiatan Pakatan Rakyat lebih daripada jenayah-jenayah yang terhasil. Bagi mereka, biarlah rakyat hidup dalam ketakutan asalkan politik mereka tidak diganggu.

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Pemuda PAS WP

Kumpulan lelaki larikan mesin ATM bersama RM150,000
7:28PM Sep 14 2012
Sekumpulan lelaki bertindak nekad melarikan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank yang mengandungi wang tunai RM150,000, di Seremban 2, awal pagi ini.
  
Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Saiful Azly Kamarudin berkata kejadian antara 3.15 pagi hingga 4 pagi itu dirancang rapi kumpulan penjenayah terbabit.

"Hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kita dapati semua suspek memakai topeng dan dipercayai lebih daripada tiga orang dan mereka mulanya bertindak menyembur cat pada CCTV," katanya kepada pemberita di Seremban hari ini.
  
Menurutnya perompak terbabit kemudian bertindak memecahkan dinding cermin di premis bank tersebut menggunakan tukul besi, sebelum memotong dan melarikan satu daripada sembilan mesin ATM dan deposit wang bank berkenaan.
  
Katanya, kejadian itu menyebabkan penggera di bank berkenaan berbunyi, namun suspek berjaya mematikan sistem penggera.
  
Katanya, kejadian rompakan itu disedari kira-kira 6.50 pagi oleh seorang pelanggan yang kebetulan mahu mengeluarkan wang di bank berkenaan sebelum menghubungi polis.
  
Mesin ATM yang dilarikan itu berjaya ditemui di sebuah ladang di Jalan Labu, dekat sini, pada 11 pagi tadi, namun semua wang telah dilarikan, katanya.
    
Polis kini meneliti rakaman CCTV untuk mengenal pasti suspek terlibat.
  
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban atau talian 06-6033222 untuk membantu siasatan.

- Bernama
Dua individu mangsa rompak ditemui mati
10:56AM Sep 14 2012
Dua individu dipercayai mangsa samun ditemui mati berlumuran darah di sebuah rumah di Taman Segar Perdana, Batu 9, Cheras malam tadi.
  
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata Leong Kian Sheong, 37, seorang peniaga, dan rakan wanitanya Vivien Wong, 20, ditemui terbaring dalam sebuah bilik pada kira-kira 10.30 malam, dalam keadaan berpakaian lengkap.

"Pemeriksaan mendapati ada kesan selongkar di rumah itu. Dipercayai jam tangan, barang kemas dan wang tunai telah disamun.

"Turut dilarikan dua kenderaan jenis BMW dan Toyota Vellfire," kata Ab Rashid melalui sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama hari ini.

Mangsa dipercayai dibunuh pagi semalam namun kejadian itu hanya disedari malam tadi.

Difahamkan mangsa mengalami beberapa kecederaan pada badan, dan senjata turut ditemui di kediaman itu.

Polis telah merakam keterangan beberapa kenalan rapat mangsa termasuk seorang pengawal peribadi Leong.

- Bernama
Peniaga maut, isteri parah ditikam perompak
4:19PM Sep 14 2012
Seorang peniaga maut manakala isterinya parah akibat ditikam dalam satu kejadian rompakan di Kampung Baru Simpang Songsang di Temerloh awal pagi ini.
  
Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Abd Ghani berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi ketika mangsa, Abu Talib Yadin, 56, dan isterinya, Siti Rohani Salleh, 48, baru pulang daripada menjalankan perniagaan mereka di kawasan rawat dan rehat Temerloh.
  
Katanya kereta Perodua Kancil dinaiki pasangan itu telah dihalang sebuah kereta Proton Wira berwarna merah yang dinaiki tiga lelaki kira-kira 200 meter dari rumah pasangan itu.
  
"Perompak tersebut memecahkan cermin belakang dan depan kereta mangsa sebelum bertindak menarik keluar Abu Talib dari keretanya yang mengakibatkan berlakunya pergelutan di antara mereka.
  
"Dalam pergelutan itu mangsa ditikam sebanyak tiga kali dengan senjata tajam di bahagian kiri dan kanan rusuk menyebabkan dia mati di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di Temerloh hari ini.

Sharifuddin berkata, isteri mangsa turut ditikam di bahagian rusuk kanan dan bahagian kiri perut dan dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh oleh jirannya dan keadaannya kini dilaporkan stabil.
  
Menurutnya ketiga-tiga perombak itu melarikan wang tunai RM700, tiga telefon bimbit, seutas gelang tangan dan seutas gelang kaki dan kerugian dianggarkan RM4,000.
   
"Tiada sebarang senjata ditemui di tempat kejadian dan pihak kita belum dapat memastikan motif sebenar kejadian, tetapi ia dipercayai rompakan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.
  
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang menyaksikan atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya segera menghubungi mana-mana balai polis.

- Bernama
ADUN PKR dakwa ditendang di program debat MCA
5:04PM Sep 13 2012
Seorang ADUN PKR mendakwa diserang seorang individu dalam satu kejadian di satu acara debat dengan pemimpin MCA di Bandar Tun Razak pada malam tadi.
Gan Pei Nei mendakwa, beliau ditendang seorang pemuda dalam kejaidan pada kira-kira jam 8.30 malam itu.
"Tendangan itu kena pada bahagian bawah sebelah kanan pinggang saya," katanya dalam satu laporan polis petang ini.
Katanya, kejadian itu berlaku ketika beliau meninggalkan Dewan Pusat Belia Antarabangsa malam tadi.
Gan merupakan antara pemimpin yang hadir ke program debat di antara timbalan menteri MCA Datuk Chua Tee Yong dan menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.Khalid diwakili empat wakil yang terdiri daripada tiga MP Pakatan, Tony Pua, Dzulkefly Ahmad dan William Leong, dan juga setiausaha politiknya Faekah Husin.
Keempat-empat wakil berkenaan bagaimanapun tidak dibenarkan untuk berdebat dengan Khalid, menyebabkan wakil berkenaan meninggalkan dewan.
Dalam suasana hingar-bingar itu, satu pergelutan turut berlaku di antara kumpulan penyokong MCA dan PKR yang hadir, ketika wakil berkenaan meninggalkan dewan.
Gan berkata, ketika meninggalkan dewan itu beliau kemudiannya diserang ketika melalui kaki lima dewan tersebut.
"Saya sedang meninggalkan dewan bersama Faekah dan (setiausaha akhbar MB) Arfa'eza A Aziz dan beberapa orang penyokong.
"Saya berada di bahagian kanan kumpulan itu dan apabila kami melalui koridor tersbut, ramai yang menolak dan memekik ke arah kami.
“Saya berpaling dan cuba mententeramkan mereka tetapi saya ditendang oleh seorang lelaki muda yang menyebabkan saya terjatuh.
"Bagaimanapun salah seorang penyokong kami memegang saya dan menarik saya ke sisi," kata Gan ketika dihubungi Malaysiakini.
Polis tahan empat lelaki di program debat MCA
8:13PM Sep 13 2012
Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh hari ini berkata empat lelaki ditahan kerana membawa senjata di khalayak umum ketika satu program debat di antara pemimpin Pakatan Rakyat dan MCA malam tadi.

Mohan Singh berkata, kesemua pemuda berkenaan ditahan kerana berkelakuan mencurigakan.
"Kita tak dapat pastikan mereka dari pihak mana tetapi mereka ditahan kerana kelihatan mencurigakan semalam," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Empat lelaki berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357).
Katanya, polis mendapati pemuda berkenaan membawa dua baton boleh laras, pisau dan gelang besi ke program yang diadakan di Bandar Tun Razak itu.

Kesalahan itu tidak boleh dijamin dan jika sabit kesalahan bakal berhadapan hukuman penjara tidak lebih dua tahun dan rotan, tambahnya.

Siasatan masih berjalan dan mereka mungkin didakwa atau ditahan reman esok, katanya lagi.
Buat masa ini tidak dapat dipastikan sama ada suspek berkenaan juga terbabit dengan dakwaan serangan ke atas ADUN PKR, Gan Pei Nei yang mendakwa ditendang di program tersebut.
Pergelutan berlaku di antara penyokong MCA dan Pakatan Rakyat, sebelum debat bermula pada 8.30, apabila wakila menteri besar Selangor beredar daripada dewan berkenaan.
Peguam: Isteri tahanan ISA diugut, visa bakal tamat

  • Ahmad Fadli KC
  • 4:38PM Sep 13 2012
Peguam Farhana Abdul Halim mendakwa seorang isteri kepada tahanan ISA diugut supaya menarik balik laporan polis yang mendakwa lelaki itu dipukul di dalam kem tahanan.

NONEBeliau mendakwa isteri kepada tahanan tersebut, seorang warga Indonesia, didatangi beberapa orang polis dari Bukit Aman yang meminta supaya wanita berkenaan tidak meneruskan kes itu.

Farhana (kiri) mendakwa, wanita Nunurheni Onim, turut diugut akan ditamatkan visanya jika berkeras membuat laporan polis.

"Beliau didatangi beberapa pegawai polis Bukit Aman yang menyatakan nama suaminya sudah naik (disenarai untuk dibebaskan).

"(Mereka pesan) jika beliau teruskan laporan polis ini akan menyusahkan proses pembebasan suaminya," kata Farhana pada sidang media pagi tadi.
Suami wanita itu, Md Radzali Kassan, merupakan sebahagian daripada 30 orang lain yang masih berada dalam tahanan, kata Farhana.
Sakit batu karang kronik
Dakwanya, Md Radzali juga kini terpaksa membeli sendiri makanan dari kantin Kem Tahanan Kamunting kerana keadaan kesihatannya.

"Suami beliau terus ditahan dan sedang sakit batu karang kronik.

"Untuk jaga kesihatan beliau, beliau sendiri terpaksa keluar duit beli makanan di kem kerana diberi spesifikasi oleh doktor untuk tidak makan makanan berminyak.

"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku, kesihatan tahanan adalah tanggungjawab kem," kata Farhana.
BNONEercakap ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Farhana berkata Nunurheni (kiri) pada 2 Julai lalu membuat laporan polis pertama berhubung dakwaan Razali dipukul.
Nunurheni kemudiannya didatangi tiga orang pegawai polis di kediamannya di Johor Bahru, tiga hari selepas wanita itu membuat laporan polis itu, kata Farhana.

Polis berkenaan memperkenalkan diri sebagai pegawai dari Bukit Aman, tambahnya.

Wanita itu bagaimanapun membuat laporan kedua di ibu pejabat polis Dang Wangi pada 2 Julai lalu, berhubung dakwaan ugutan oleh tiga pegawai polis berkenaan, katanya lagi.
Laporan polis yang dibuat pada 7 Julai lalu menyebut, laporan awalnya pada 2 Julai adalah mengenai dakwaan bahawa Md Radzali dipukul semasa menyertai mogol lapar di kem berkenaan.
"Pada 4 Julai 2012, saya dilawati tiga pegawai yang mengaku pegawai polis dari Bukit Aman di rumah saya di Johor.NONE"Salah seorang dari mereka yang memperkenalkan diri sebagai Puan Fazlin menyuruh saya menarik balik laporan polis yang saya buat pada 2 Julai.
"Puan Fazlin juga secara tidak langsung mengugut saya dengan menyatakan bahawa saya perlu memberi kerjasama terutamanya kerana visa saya akan tamat pada 20 September 2012," kata Nunurheni dalam laporan tersebut.
Katanya, lagi, individu berkenaan juga mendakwa bahawa tindakan menarik balik laporan polis berkenaan boleh menjamin keselamatan beliau dan suaminya yang berada dalam tahanan.
Nunurheni juga mendakwa, beliau turut dihubungi oleh pegawai Kem Tahanan Kamunting berhubung laporan bertarikh 2 Julai itu.
"Saya diberitahu oleh beliau bahawa kononnya laporan saya itu adalah salah kerana tidak dibuat pada hari kejadian dan tidak dibuat di balai berdekatan tempat kejadian," katanya.
VIDEO l 2.01 min

 Video Pencacai UMNO Melaka baling cat kearah bas jelajah Merdeka Rakyat
Posted on Monday, September 10 @ 16:43:20 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: AnakSgDerhaka

"

Jika dibaca apa yang dilaporkan oleh Berita Harian semalam mengenai insiden Pengawal Peribadi DS Anwar Ibrahim mengeluarkan pistol semalam antaran petikannya adalah seperti berikut..

Pemimpin belia 4B Jasin yang diacukan pistol, berkata beliau terkejut dengan tindakan lelaki terbabit kerana beliau bersama beberapa rakan tidak melakukan sebarang tindakan ganas atau provokasi.

“Saya hanya berdiri di tepi jalan untuk memberi laluan kepada rombongan Anwar ke tapak ceramah.

"Namun, secara tiba-tiba pengawal peribadi itu meluru keluar dari keretanya lalu mengacukan pistol ke arah saya sambil berkata 'masuk' (jika berani).

"Saya dan beberapa rakan terkejut dengan tindakannya dan hanya berdiam diri sebelum lelaki itu masuk semula ke dalam kereta dan beredar," katanya .. sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Tiada provokasi kepala bapak dia!!

Dalam video dibawah korang akan melihat sendiri apa yang dimaksudkan dengan tiada provokasi oleh pemimpin Belia 4B... err 4B ni bermaksud 4X Bodoh ke?..

Persoalannya disini ialah mengapa anggota Polis yang berpakaian preman yang berada ditempat kejadian tidak menahan pencacai UMNO yang melontarkan cat kearah bas Jelajah Merdeka Rakyat itu tetapi sangat pantas bertindak terhadap Pengawal Peribadi DS Anwar????????

Jika tindakan provokasi hingga ketengah jalan ini dihalang pihak berkuasa adakah mungkin Pengawal Peribadi DS Anwar Ibrahim terpaksa mengeluarkan pistol??

Sumber di SINI 




Video Pencacai UMNO Melaka baling cat kearah bas jelajah Merdeka Rakyat tersebar!! Saksikan!!


Jika dibaca apa yang dilaporkan oleh Berita Harian semalam mengenai insiden Pengawal Peribadi DS Anwar Ibrahim mengeluarkan pistol semalam antaran petikannya adalah seperti berikut..

Pemimpin belia 4B Jasin yang diacukan pistol, berkata beliau terkejut dengan tindakan lelaki terbabit kerana beliau bersama beberapa rakan tidak melakukan sebarang tindakan ganas atau provokasi.

“Saya hanya berdiri di tepi jalan untuk memberi laluan kepada rombongan Anwar ke tapak ceramah.

"Namun, secara tiba-tiba pengawal peribadi itu meluru keluar dari keretanya lalu mengacukan pistol ke arah saya sambil berkata 'masuk' (jika berani).

"Saya dan beberapa rakan terkejut dengan tindakannya dan hanya berdiam diri sebelum lelaki itu masuk semula ke dalam kereta dan beredar," katanya .. sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Tiada provokasi kepala bapak dia!!

Dalam video dibawah korang akan melihat sendiri apa yang dimaksudkan dengan tiada provokasi oleh pemimpin Belia 4B... err 4B ni bermaksud 4X Bodoh ke?..


 Persoalannya disini ialah mengapa anggota Polis yang berpakaian preman yang berada ditempat kejadian tidak menahan pencacai UMNO yang melontarkan cat kearah bas Jelajah Merdeka Rakyat itu tetapi sangat pantas bertindak terhadap Pengawal Peribadi DS Anwar????????

Jika tindakan provokasi hingga ketengah jalan ini dihalang pihak berkuasa adakah mungkin Pengawal Peribadi DS Anwar Ibrahim terpaksa mengeluarkan pistol??
 Ni Dia Muka Penjenayah Yang Membaling Cat Bas Jelajah Merdeka Rakyat
Posted on Wednesday, September 12 @ 19:30:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber SiasahKini

Identiti Lengkap Pembaling Cat Bas Jelajah Merdeka Rakyat Di Dedahkan



Inilah wajah antara pembaling cat bas Jelajah Merdeka Rakyat yang di kenal pasti. Kawad cam untuk mengenalpasti samseng Umno telah dilakukan di IPD Jasin semalam.

Antara yang dipanggil oleh mengenal pasti samseng-samseng Umno ini ialah wartawan, jurugambar Suara Keadilan serta kakitangan pejabat Keadilan.

Jikalau mengikut bukti, ramai lagi yang terlibat dalam serangan tersebut. Di katakan seramai 30 orang yang terlibat termasuklah Penghulu Mukim, Pengerusi JKKK dan AJK Umno Jasin. (baca sini.)
Dikatakan samseng Umno nih  menetap di Batu Gajah Pasir, Merlimau. Berikut biodata penuh samseng Umno nih :-
Nama : Sharidan bin Shaharan
Umur : 29 tahun
Tarikh lahir : 25 Mei 1983
No. Kad Pengenalan : 830525-04-5395
Alamat : JA 5819, Jalan Salim, Batu Gajah Pasir, 77300 Merlimau, Melaka.

Mengikut sumber blog nih, mamat ni adalah pengendali blog Jiwa Paradox. Blogger pro Umno nih dikatakan sering melemparkan fitnah ke atas Pakatan Rakyat  melalui tulisannya.

Jadi tidak hairanlah, jikalau mamat nih boleh bertindak ekstrem sebegini. Jikalau inilah produk modal insan yang dihasilkan oleh Umno untuk diangkat sebagai pemimpin.. jahanam negara!!Ni Dia Muka Penjenayah Yang Membaling Cat Bas Jelajah Merdeka Rakyat

 

Dua invidu mangsa rompak ditemui mati

14 September 2012
KUALA LUMPUR - Dua individu dipercayai mangsa samun ditemui mati berlumuran darah di sebuah rumah di Taman Segar Perdana, Batu 9, Cheras dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata Leong Kian Sheong, 37, seorang peniaga, dan rakan wanitanya Vivien Wong, 20, ditemui terbaring dalam sebuah bilik pada kira-kira 10.30 malam, dalam keadaan berpakaian lengkap.

"Pemeriksaan mendapati ada kesan selongkar di rumah itu. Dipercayai jam tangan, barang kemas dan wang tunai telah disamun. 

"Turut dilarikan dua kenderaan jenis BMW dan Toyota Vellfire," kata Ab Rashid melalui sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama hari ini.

Mangsa dipercayai dibunuh pagi semalam namun kejadian itu hanya disedari malam tadi. Difahamkan mangsa mengalami beberapa kecederaan pada badan, dan senjata turut ditemui di kediaman itu.

Polis telah merakam keterangan beberapa kenalan rapat mangsa termasuk seorang pengawal peribadi Leong. - Bernama


Ahli perniagaan maut ditetak
NURUL RIDUAN NOR ASHAHA & NORAIZURA AHMAD
15 September 2012
Ahli perniagaan maut ditetak
Unit forensik melakukan siasatan selepas penemuan mayat dua ahli perniagaan, malam kelmarin.
SERDANG – Dua ahli perniagaan maut selepas ditetak di tangan dan leher dalam kejadian samun di sebuah rumah di Taman Segar Perdana, Batu 9, Cheras, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, Leong Kian Sheong, 37, dan rakan wanitanya, Vivien Wong, 20, ditemui berlumuran darah di dalam sebuah bilik yang dijadikan pejabat.

Difahamkan, mayat mangsa ditemui oleh rakan yang sebelum itu gagal menghubungi telefon bimbit mereka.

Sepasukan polis yang bergegas ke lokasi mendapati terdapat kesan kecederaan dipercayai ditetak dengan parang.

Rumah tersebut juga berselerak selain beberapa barang berharga milik mangsa dilarikan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, dua kenderaan mewah milik mangsa, jenis BMW dan Toyota Vellfire dilarikan bersama jam tangan, barang kemas serta wang tunai.

"Kedua-dua mangsa ditemui berlumuran darah, dengan kesan tetak di tangan dan leher. Sebilah parang yang dipercayai digunakan oleh penjenayah juga ditemui.

"Siasatan mendapati kejadian itu dilakukan lebih daripada seorang penjenayah," katanya ketika ditemui di Rumah Terbuka Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, semalam.

Beliau berkata, rumah itu dipasang kamera litar tertutup (CCTV), tetapi tidak berfungsi sewaktu kejadian tersebut berlaku.

"Kejadian ini tidak mempunyai kaitan dengan kes bunuh lain dan siasatan masih dijalankan," katanya.

Mohd Adnan berkata, polis juga sedang menyiasat hubungan dua ahli perniagaan tersebut. "Maklumat itu boleh membantu siasatan, terutama dalam mengenal pasti suspek dan motif sebenar kejadian," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan
Juruelektrik didakwa bunuh peniaga
Wartawan Sinar Harian
15 September 2012
PETALING JAYA - Seorang juruelektrik didakwa di  Mahkamah Majistret di sini, semalam, terhadap tuduhan membunuh seorang peniaga, di tepi tasik Puchong Perdana, Bukit Puchong, di sini, Mei lalu.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada  M Uventhiran, 24,  dihadapan Majistret Surya Wati Shawal.

Uventhiran didakwa membunuh C Vinoth, 25, di tepi Tasik Puchong Perdana, Jalan Perdana 2/1, Vista Millenium, Puchong Selangor, antara 6.15 petang 12 Mei 2012 hingga jam 5.28 petang, keesokannya.

Lelaki itu bakal berhadapan hukuman mati mandatori mengikut  Seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan.

Kes disebut semula 31 Oktober depan.
Nyaris jadi mangsa sindiket gores dan menang
Wartawan Sinar Harian
15 September 2012
Nyaris jadi mangsa sindiket gores dan menang
Mangsa sempat membuat laporan polis setelah menyedari sudah menjadi mangsa sindiket gores dan menang.
KUANTAN – Seorang Suri rumah lega setelah terselamat daripada terus menjadi mangsa bertuah sindiket gores dan menang yang telah menukar modus operandinya kepada ‘buka dan menang’ dalam satu kejadian di salah sebuah pusat membeli-belah dekat sini, 10 September lepas.

Mangsa hanya ingin dikenali sebagai Linda, 38, berkata, dia hampir kehilangan wang sebanyak RM8,900 hasil daripada pemberian kupon oleh seorang lelaki Cina yang memperkenalkan diri sebagai Jimmy hingga membolehkannya memperoleh sama ada kereta mewah, pakej pelancongan atau wang.

“Kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat membeli-belah kira-kira jam 4.30 petang apabila saya didatangi lelaki terbabit dan meminta saya membuka satu kupon.

" Walaupun sudah berulang kali menolak tetapi dia mendesak secara keterlaluan dan dia juga sanggup menyerahkan kad pengenalannya agar saya terus mempercayai kupon yang hendak diberikan, akhirnya saya akur.

“Apabila selesai membukanya, pada kupon tersebut terdapat warna kelabu membolehkan saya memenangi sama ada kereta jenis Toyota Camry atau beberapa jenama kereta mewah yang lain tetapi saya perlu ke pejabatnya untuk menentukan jenis kereta yang bakal dimiliki,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut Linda, sebelum ini sudah mempunyai pengalaman ditipu dengan kupon gores dan menang yang datang dari rumah ke rumah menyebabkan dia sudah dapat mengagak perkara yang sama berlaku ke atas dirinya.

“Walaupun saya sudah dapat mengagak sesuatu yang tidak betul tetapi lelaki tersebut seakan memaksa dan memarahi saya sekiranya tidak pergi menuntut hadiah di pejabatnya.

“Disebabkan tiada sebarang bayaran dikenakan dan lelaki tersebut sanggup menemani saya ke pejabatnya terletak di Air Putih, sekali lagi saya mengikutnya.

“Setibanya di sana, saya diminta mengisi borang mengenai butir peribadi dan terus terkejut apabila diminta membayar terlebih dahulu wang sejumlah RM8,900 sebelum memberitahu kereta jenis apa yang akan dimenangi,” katanya.

Katanya, keadaan pada ketika itu sedikit tegang memandangkan dia sudah dijanjikan tidak mengeluarkan sebarang bayaran.

“Di dalam pejabat tersebut dipenuhi dengan lelaki berbadan tegap, sedikit garang dan pekerja yang menyuruh saya membayar wang tersebut turut memarahi dan memaki hamun disebabkan keengganan saya membayar.

“Kebetulan di dalam beg tangan saya baru sahaja mengeluarkan wang simpanan sebanyak RM400 jadi demi menjaga keselamatan saya terus sahaja bersetuju untuk membayar pendahuluan sebanyak mana yang dimiliki.

“Mereka menerima wang tersebut dan mengarahkan untuk saya kembali ke premis itu keesokan harinya dengan membawa baki bayaran yang perlu dijelaskan dan mengarahkan untuk memakai pakaian cantik kerana mendakwa beberapa orang wartawan akan hadir untuk mengambil gambar saya bersama kereta yang kini sudah tersedia untuk diserahkan,” katanya.

Dia yang tidak mahu terus menjadi mangsa penipuan terus membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pahang untuk mendapatkan semula wangnya.

“Berkat usaha saya dan bantuan daripada pihak polis dan beberapa pegawai KPDNKK, belum sempat saya menunggu giliran untuk ke mahkamah tribunal, dalam masa tidak sampai tiga hari syarikat tersebut sudi membayar semula namun saya meminta agar penyerahan tersebut dilakukan di Balai Polis Air Putih bagi mengelakkan sebarang perkara buruk berlaku.

“Walaupun nilainya RM400 dan dianggap kecil bagi sesetengah orang, namun bagi saya tidak berbaloi dengan membuka kupon yang hanya menunjukkan pelbagai warna perlu membayar sehingga beratus ringgit.

“Jadi  saya harap orang ramai perlu berhati-hati dengan sebarang kupon meragukan, ini kerana kemungkinan besar akan terus terpedaya dengan kata-kata pihak terbabit yang mengugut untuk kita menuruti kehendak mereka,” katanya.

Dalam pada itu, tambahnya ingin orang ramai menjadikan peristiwa dilaluinya sebagai satu panduan untuk tidak terperangkap memandangkan rata-rata mengeluarkan bayaran berikutan memikirkan soal keselamatan yang mungkin terjejas.
Bekas guru dipenjara, sebat kerana dadah
Wartawan Sinar Harian
14 September 2012
AYER KEROH - Mahkamah Tinggi Ayer Keroh, di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara 31 tahun dan 23 sebatan terhadap seorang bekas guru atas empat kesalahan memiliki dadah.

Bagaimanapun, Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dalam penghakimannya, memerintahkan hukuman berkenaan dijalankan serentak.

Hukuman itu dijatuhkan terhadap Mohd Fuad Othman, 43, dari Tangkak, Johor, selepas Hakim berpuas hati dengan fakta dan keterangan sepanjang prosiding.

Tertuduh sebelum ini mengaku tidak bersalah semasa pertama kali dihadapkan ke mahkamah dua tahun lalu.

Bagaimanapun, dia menukar pengakuan kepada bersalah sejurus jurubahasa mahkamah selesai membacakan pertuduhan terhadapnya.

Berdasarkan pertuduhan pilihan, tertuduh didakwa memiliki 3,628 gram dadah berbahaya jenis kanabis di sebuah rumah di Solok Bukit Baru Dalam, kira-kira jam 6.40 petang, 24 Disember 2010.

Tertuduh turut dituduh memiliki sebanyak 10 biji pil Eramin 5, 38.63 gram metaphetamin, syabu dan ganja pada masa, tarikh dan lokasi sama.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh bersama seorang rakan diberkas semasa operasi dan menemui pelbagai jenis dadah di beberapa bahagian rumah, selain anggota tubuh tertuduh.
Tiga kes samun dilapor di Pahang

14 September 2012
KUANTAN - Tiga kejadian samun yang turut membabitkan mangsa seorang wanita warga emas dilaporkan berlaku di Pahang semalam.

Dalam kejadian di Felda Chini, dekat Pekan, seorang wanita warga emas diserkup mukanya dengan kain batik oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dalam kejadian pada 1.30 tengah hari ketika mangsa, 72, bersendirian di rumahnya.

Menurut Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang ASP Noor Asyikin Shamsuri, suspek yang menutup mulut dan memakai topi keledar itu bertindak menyamun barangan kemas mangsa dan sejumlah wang tunai.

"Suspek bertindak  mengambil rantai dan gelang emas yang dipakai mangsa sebelum  menggeledah almari dalam sebuah bilik dan melarikan tiga bentuk cincin dan wang tunai berjumlah RM1,500," katanya di sini, hari ini.

Suspek kemudiannya bertindak melarikan diri dengan sebuah kereta.

"Mangsa yang tidak dicederakan membuat laporan polis dan jumlah kerugian yang dialaminya dianggarkan berjumlah RM14,200," katanya.

Sementara itu, katanya, seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun juga disamun dua lelaki bersenjatakan parang di rumahnya di Kampung Loyang, Sanggang dekat Temerloh.

Katanya, dalam kejadian 8.45 malam itu, pelajar tingkatan lima itu tinggal bersendirian dan berada di ruang dapur rumahnya.

"Kedua-dua suspek yang memakai baju hitam dan menutup muka itu masuk melalui pintu dapur rumah yang tidak berkunci," katanya.

Kedua-dua suspek kemudiannya melarikan diri selepas menyamun wang tunai berjumlah RM2,500.

Dalam satu lagi kes, seorang pemuda turut disamun dua lelaki bersenjatakan pisau ketika sedang menunggu rakannya di belakang sebuah pusat karaoke di Jalan Wong Ah Jang, di sini.

Katanya, dalam kejadian 12.30 tengahh ari itu, mangsa, 22, tiba-tiba didatangi suspek berkenaan yang menaiki motosikal sebelum diacukan sebilah
pisau.

"Mangsa kerugian wang tunai berjumlah RM650 dan sebuah telefon bimbit," katanya. - Bernama
Dicekup ketika asyik berjudi
Wartawan Sinar Harian
14 September 2012
KUALA KLAWANG - Seramai 10 lelaki tempatan yang sedang berjudi di premis judi siber di daerah ini berjaya ditahan dalam lima serbuan berasingan sepanjang Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Setapa Yusof berkata, sebanyak empat serbuan dilakukan di  Simpang Pertang dan selebihnya di Simpang Durian.

“Kesemua mereka yang ditahan adalah orang tempatan. Pihak polis masih lagi menjalankan siasatan ke atas smereka.

“Selain tangkapan, kita turut merampas 98 set komputer yang digunakan untuk tujuan judi siber ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Setapa berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 6(1) Enakmen Pusat Hiburan kerana berniaga tanpa lesen.

Selain itu, kes itu turut tertakluk di bawah Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Pindaan 2001).

“Bagi kesalahan di bawah Seksyen 4B (a), pesalah boleh dihukum denda RM10,000 bagi setiap mesin yang dirampas atau penjara lima tahun.

“Manakala hukuman di bawah Seksyen 6 boleh dikenakan denda tidak kurang RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun," katanya.

Katanya, pihaknya sentiasa membuat pemantauan ke atas premis judi tanpa lesen dan akan bekerjasama dengan mana-mana agensi untuk membanteras aktiviti berkenaan.

"Kawasan Simpang Pertang dan Simpang Durian menjadi tumpuan kegiatan judi siber ekoran permintaan yang sentiasa ada," katanya.
Judi siber: 17 ditahan, 23 set komputer dirampas

12 September 2012
KUANTAN - Polis Pahang merampas 23 set komputer bernilai RM46,000 dan menahan 17 lelaki dipercayai terbabit dengan kegiatan judi haram di sebuah premis kafe siber di Kempadang Perdana dekat Sungai Soi, di sini, semalam.

Dalam serbuan pukul 3.15 petang itu, polis merampas wang tunai RM300 dipercayai hasil aktiviti perjudian dan menahan mereka termasuk penjaga premis berkenaan dengan kesemua mereka berusia antara 20 hingga 36 tahun.

Pegawai Urusetia, Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, ASP Noor Asyikin Shamsuri berkata premis terbabit didapati tidak memiliki lesen serta dipercayai menjalankan aktiviti perjudian internet secara haram di bandar ini.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) (b) Enakmen Hiburan 1993 dan Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi terbuka 1953," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu itu, pihaknya telah menyerbu sebuah pusat snuker yang tidak mempunyai lesen perniagaan di Pandan Damai, Jalan Gambang, di sini dan menahan seorang penjaga premis berkenaan berusia 21 tahun.

Bagaimanapun, dalam serbuan pukul 3.15 pagi itu, katanya empat pelanggan pusat snuker itu berusia dalam lingkungan 19 hingga 27 tahun dibebaskan.j

Noor Asyikin berkata polis telah menyerbu 415 premis dan menahan 2,249 orang yang dipercayai terbabit dalam kegiatan perjudian sejak Januari hingga bulan ini.

Menurutnya, sebanyak 4,890 buah set komputer bernilai RM9.7 juta dan wang tunai tunai RM127,883 dipercayai hasil aktiviti perjudian dirampas. - Bernama
JKM cari waris dua bayi ditinggalkan di Hospital Seberang Jaya

12 September 2012
BUKIT MERTAJAM - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perai Tengah (SPT) mencari waris dua bayi lelaki, masing-masing berusia dua dan tiga bulan yang ditinggalkan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Pegawai JKM SPT Noor Lela Saad berkata bayi pertama yang didaftarkan sebagai Ahmad Firdaus berusia dua bulan ditinggalkan oleh ibunya yang dikenali sebagai Dewi Mustika dipercayai warga Indonesia dan beralamat Pangsapuri Limau Manis, Bukit tengah dekat sini di HSJ pada 1 Ogos lepas.

"Menurut pihak hospital, ibu bayi berkenaan meninggalkannya sehari selepas dilahirkan dan Ahmad Firdaus juga dilahirkan pramatang,"  katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Noor Lela berkata bayi kedua berusia tiga bulan dan masih belum didaftarkan namanya itu masih dirawat di HSJ berikutan menghadapi masalah kesihatan.

Katanya bayi lelaki itu dilahirkan di Klinik Kesihatan Jelapang,  Perak dan ditinggalkan oleh ibu angkatnya yang dikenali sebagai Ani juga warga Indonesia di HSJ pada 4 Ogos lepas.

Beliau meminta ibu kandung atau waris kedua-dua bayi berkenaan agar tampil mengambil anak mereka dan orang ramai yang mempunyai maklumat  mengenai keluarga bayi berkenaan boleh menghubungi Pegawai Pelindungan JKM SPT Wan Rohaiza Wan Ahmad di talian 04-5382524. - Bernama
Belia 18-40 tahun catat peratus tertinggi kes HIV

12 September 2012
KUALA LUMPUR - Golongan belia berusia dari 18 hingga 40 tahun merupakan kelompok tertinggi menghidap HIV di negara ini.

Pengarah Eksekutif Majlis Aids Malaysia (MAM), Roswati Ghani berkata lebih 76 peratus daripada keseluruhan kes HIV hingga akhir tahun 2010 membabitkan golongan itu dengan jumlah 69,747 orang.

"Pada tahun 2011 pula bagi setiap empat kes baharu jangkitan HIV, satu dilaporkan daripada kalangan orang muda dan belia dalam lingkungan umur 13 hingga 29 tahun," katanya kepada pemberita pada Majlis Amal Rumah Terbuka MAM, di sini hari ini.

Beliau berkata antara faktor penyumbang kepada angka itu ialah golongan belia merupakan kelompok majoriti penduduk negara dan banyak daripada mereka yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat.

"... (selain itu) kemunculan media sosial seperti Internet yang membolehkan kita berhubung sesiapa sahaja dalam masa yang pantas," katanya.

Sehubungan itu, Roswati berkata MAM mengambil inisiatif melancarkan Kelab Belia Riben Merah pada 6 Sept lalu untuk menangani penularan virus tersebut dalam kalangan belia negara ini.

"Kita baru mulakan program untuk belia menerusi pelancaran kelab ini dan ia boleh menjadi satu wadah bagi mempromosikan gaya hidup sihat dan menyebarkan informasi yang tepat bagi mengenai HIV dan Aids di kalangan belia," katanya.

Katanya MAM sedang giat menjalankan kempen mencari anggota menerusi pendaftaran dalam talian dan untuk keterangan lanjut orang ramai boleh melayari laman Facebook kelab itu.

Roswati berkata sebanyak 14 selebriti terbabit menjadi duta dalam kelab itu, antaranya penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan pelakon Aaron Aziz serta Fahrin Ahmad.

"Kita merasakan penglibatan artis dalam kerja sukarela seperti ini mampu memberi kesan yang besar sebab ia sedikit sebanyak dapat mempengaruhi belia menerusi maklumat yang golongan artis sampaikan," katanya.

Pada majlis itu juga Menara Kuala Lumpur menyampaikan cek bernilai RM28,297 kepada Yayasan Aids Malaysia. - Bernama
Kuarters Kastam Johor terbakar, timbalan pengarah meninggal dunia
MOHD FIRDAUS YON
12 September 2012
Keadaan kuarters Kastam Diraja Malaysia Johor selepas api berjaya dipadamkan.
Keadaan kuarters Kastam Diraja Malaysia Johor selepas api berjaya dipadamkan.
JOHOR BAHRU - Kediaman dua tingkat kuarters dua tingkat berkembar Kastam Diraja Malaysia Johor di Jalan Biru 2, Taman Pelangi di sini, musnah sebahagian dalam kejadian kebakaran, awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu, Timbalan Pengarah Kastam Negeri Bahagian Pematuhan, Ahmad Hassan, Ahmad Hassan yang tinggal di kuarters bersebelahan meninggal dunia di luar kediaman dipercayai kerana mati mengejut, ketika cuba menyelamatkan diri.

Dalam kejadian jam kira-kira 4 pagi itu, bahagian depan rumah terbakar manakala sebuah kereta milik pegawai penguasa jabatan rosak teruk dijilat api dipercayai akibat perbuatan khianat.

Menurut sumber, kebakaran itu berpunca daripada perbuatan khianat kumpulan sindiket yang didakwa melontarkan bom petrol di hadapan pintu kediaman terbabit selepas gagal membuat rundingan bersama pegawai penguasa.

Akibat daripada kebakaran itu, sebuah kereta musnah manakala bahagian depan rumah dijilat api, diikuti asap tebal memasuki kediaman sehingga menyukarkan dua pegawai menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, kehadiran bomba membolehkan salah seorang daripada dua pegawai terbabit menyelamatkan diri dan seorang lagi berjaya diselamatkan ketika usaha memadamkan api dilakukan.

Ketua Bomba dan Penyelamat Malaysia Johor Bahru, M Vijayan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 4.11 pagi sebelum sebuah jentera berserta tujuh anggota bersama pegawai tiba di lokasi sepuluh minit kemudian.

"Kebakaran berjaya dikawal pada jam 4.35 pagi dan bomba menamatkan operasi sekitar jam 5 pagi. Siasatan awal mendapati kebakaran bermula dari kereta, kemudian marak ke bahagian depan kediaman dengan membakar struktur kayu pada rumah ini diikuti asap tebal mula memenuhi ruang dalaman.

"Ketika kejadian, ada dua pegawai di dalam rumah. Seorang daripadanya bertindak menyelamatkan diri sebaik sahaja kami tiba, manakala seorang lagi terperangkap tetapi berjaya diselamatkan. Keseluruhan bomba berjaya memadamkan api daripada terus marak," katanya.

Vijayan berkata, siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian masih dijalankan oleh pihaknya, namun terdapat maklumat memberitahu kejadian disebabkan tindakan khianat.

"Tentang perbuatan khianat ini, bomba belum dapat pastikan dan ia cuma maklumat hasil daripada siasatan awal sahaja," katanya.
Suspek pecah rumah rampas pistol: Polis peronda harungi saat cemas

12 September 2012
MIRI - Seorang anggota polis peronda terpaksa mengharungi detik cemas apabila seorang daripada dua suspek yang memecah sebuah rumah kosong bertindak agresif dengan cuba merampas pistol kepunyaan anggota polis tersebut dalam usaha untuk melarikan diri.
Timbalan Ketua Polis Miri Supt Sapian Salihin berkata dalam kejadian pada pukul 10.06 pagi Sabtu lepas, polis mendapat maklumat daripada orang awam mengenai kegiatan mencurigakan yang berlaku di Lot 1189 Pujut 9.
Katanya bertindak atas maklumat itu, tiga anggota polis peronda yang kebetulan berada berhampiran kawasan kejadian dan mendapati kedua-dua suspek itu sedang membawa keluar barangan curi dari sebuah rumah di situ.
Beliau berkata apabila cuba dihalang, seorang daripada suspek itu cuba merampas pistol angggota polis berkenaan tetapi digagalkan dengan pantas.
"Dua suspek tersebut, kedua-dua lelaki rakyat tempatan berumur 32 dan 41 tahun, ditahan reman sehingga esok. Kedua-dua suspek mengaku mencuri barang tersebut untuk dijual kepada kilang besi buruk," katanya di sini hari ini.
Sapian berkata antara barangan yang dicuri termasuk empat unit alat pendingin hawa, televisyen, radio, papan litar elektrik, bingkai tingkap aluminium, kipas angin, paip tembaga dan pemain cakera DVD.
"Dianggarkan kerugian dialami oleh pemilik rumah itu adalah sekitar RM10,000," katanya.- Bernama
Lelaki dikehendaki polis kerana tembak anak tirinya ditemui mati

12 September 2012
IPOH - Seorang lelaki yang dikehendaki polis kerana mencederakan dan menembak anak tirinya dengan pistol ditemui mati di tepi jalan di Km282 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Ampang, di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata lelaki yang dikenali sebagai S. Ravindran, 40, ditemui pada pukul 11.30 pagi tadi oleh orang awam.

"Polis yang membuat pemeriksaan mendapati lelaki tersebut mengalami kecederaan di kepala dengan kesan tembakan serta menemui sepucuk pistol jenis Norinco di sisi mayatnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut menemui sebuah motosikal yang digunakan oleh lelaki berkenaan.

Katanya siasatan polis mendapati lelaki terbabit yang merupakan bekas anggota tentera udara dipercayai membunuh diri selepas lari dari kejadian menembak anak tirinya yang berusia 15 tahun di rumah mereka di Laluan Panorama Rapat Indah, Gunung Rapat, semalam.

Beliau berkata pelajar lelaki Sekolah Menengah Sri Ampang tersebut dipercayai ditembak dari jarak dekat ketika dikatakan bergelut dengan bapa tirinya itu.

Sebelum kejadian lelaki terbabit datang ke rumah didiami mangsa bersama ibu dan tiga adiknya dengan menaiki kereta.

Pasangan tersebut yang tidak lagi tinggal sebumbung kemudian dikatakan bertengkar di depan rumah sebelum mangsa cuba meleraikan pergaduan dan bergelut dengan bapa tirinya itu.

Lelaki itu kemudian melarikan diri dengan menunggang motosikal sejurus mendapati anak tirinya rebah berlumuran darah. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun akibat kecederaan di kaki kirinya. - Bernama
KPN: Polis pantau kumpulan jadikan Malaysia pusat jenayah korporat

13 September 2012
KUALA LUMPUR - Polis sedang memantau beberapa kumpulan tertentu yang beroperasi di luar negara dan menjadikan Malaysia sebagai pusat bagi menjalankan aktiviti jenayah korporat terutama membabitkan penipuan akaun bank dan jenayah siber.

Mendedahkan demikian hari ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengingatkan badan korporat, syarikat besar dan pihak bank melakukan beberapa perubahan dalam prosedur operasi standard (SOP) mereka bagi mengelak kemungkinan pihak tertentu mengambil kesempatan ke atas kelemahan SOP berkenaan.

Katanya dari segi perangkaan terkini, jenayah yang membabitkan penipuan di internet dan jenayah korporat lain menunjukkan peningkatan berbanding jenayah seperti samun, bunuh dan rompak yang berjaya dikurangkan oleh pihak polis.

"Kita sedar jenayah (korporat) ini semakin meningkat oleh itu kita telah melakukan beberapa kerjasama membabitkan Bank Negara dan syarikat-syarikat korporat untuk menyalurkan maklumat kepada kita untuk kita membendung jenayah ini," katanya.
 
Ismail bercakap kepada pemberita selepas menghadiri sesi dialog yang dianjurkan oleh Institut Pengurusan Malaysia (MIM) bertajuk "Corporate Crimes: Managing The Growing Menace" (Jenayah Korporat: Menangani Petaka Yang Meningkat) di Petaling Jaya di sini.

Ketua Polis Negara itu berkata, kepesatan dan kecanggihan teknologi semasa merupakan antara punca peningkatan jenayah korporat di Malaysia.

Beliau berkata segelintir mereka yang tamak memanipulasi teknologi untuk melakukan jenayah korporat terancang seperti penipuan siber, pengubahan wang haram, penggelapan wang syarikat dan penipuan akaun bank.

Menyedari situasi tersebut, Ismail berkata polis turut meningkatkan keupayaannya dari segi penguasaan teknologi terkini bagi menangani masalah jenayah korporat yang boleh menjadi satu ancaman kepada negara.

"Kita turut meningkatkan keupayaan dalam melakukan siasatan.

"Kita ada kepakaran dalam bidang jenayah komersil, kita ada pakar dalam bidang ekonomi, jadi penguasaan kita dalam bidang ini memudahkan kita untuk jejaki jenayah korporat ini," katanya. - Bernama
Kes khalwat: Penjaga gol kebangsaan didenda RM2,500
NORAWAZNI YUSOF
13 September 2012
PETALING JAYA - Penjaga gol kebangsaan, Mohd Farizal Marlias didenda RM2,500 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini selepas dia mengaku salah berkhalwat dengan seorang jurumekap, tahun lalu.

Zaiton Othman, 29, yang kini bergelar ibu tunggal dan mempunyai dua  anak juga didenda RM2,500.

Hakim Syarie Mohd Nurulazhar Mohd Tohar mengarahkan hukuman penjara selama sebulan sekiranya mereka gagal membayar denda.

Mereka didakwa berkhalwat di dalam sebuah bilik, di sebuah rumah milik rakan Zaiton di 3A-02, Blok A, Shang Villa Condo, Jalan SS7/15 Kelana Jaya di sini pada  jam 3.40 pagi, 12 Oktober lalu.

Pegawai pendakwa dari Jabatan Agama Islam Selangor, Shafezan Rusli mengemukakan dakwaan mengikut Seksyen 29(1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mengikut  fakta kes yang diakui mereka sewaktu pintu bilik dibuka, Zaiton berseluar panjang hitam dan baju-T ketat warna jambu dalam keadaan terbalik manakala Farizal juga memakai baju-T dan berseluar pendek sambil berselimut di atas katil.

Sebelum itu, Farizal mendakwa insaf dan kesal dengan kesilapan yang dilakukan serta berjanji tidak akan mengulanginya.

“Sejak kes ini keluar suratkhabar, ia menjejaskan reputasi saya dan keluarga, orang ramai mula mencemuh, mungkin salah saya,” katanya.

Farizal memohon hukuman denda yang ringan kerana perlu menanggung adik-beradik yang bersekolah serta ibu bapa pula sudah tidak bekerja.

“Saya hanya bekerja secara kontrak dan bukannya tetap, selepas apa yang terjadi, saya bimbang sekiranya kontrak tidak disambung pada musim depan,” katanya dengan nada perlahan.

Sementara Zaiton yang kelihatan sebak turut insaf dan memohon hukuman ringan kerana sejak bergelar ibu tunggal, dia perlu menyara dua anak dengan pendapatan bulanan yang tidak tetap.

Katanya lagi, dia masih trauma selepas bercerai, yang berlaku hampir setahun lalu akibat kejadian tersebut.

Pasangan itu yang datang berasingan membayar denda di kaunter mahkamah sejurus prosiding berakhir.
Pelajar Guatemala didakwa cuba bunuh anggota polis

13 September 2012
PETALING JAYA - Seorang pelajar lelaki warga Guatemala mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan cuba membunuh seorang anggota polis pada Mei lepas.

John Bayron Coronado Toledo, 23, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Sazali Abdul Samek dengan cuba melanggarnya dengan sebuah kereta di tepi sebuah rumah di Jalan USJ 18/2A, Subang Jaya, pada 9.25 malam, 26 Mei lepas.

Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ching Kian Chun memohon agar tiada ikat jamin diberikan memandangkan tertuduh merupakan warga asing dan tiada dokumen perjalanan yang sah.

Hakim Suraiya Mustafa Kamal membenarkan permohonan pihak pendakwaan itu dan menetapkan 2 Okt ini untuk sebutan semula kes dan bagi tertuduh melantik peguam.

Sementara itu, rakan senegara tertuduh, Wilma Albeato Uribe Lodica, 25, turut menghadapi pertuduhan sama dan akan didakwa di mahkamah di sini esok.- Bernama
Remaja didakwa sumbang mahram dengan kakak kandung

13 September 2012
 Remaja didakwa sumbang mahram dengan kakak kandung
Remaja berusia 14 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret, semalam.
JERANTUT - Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini terhadap tuduhan melakukan sumbang mahram terhadap kakak kandungnya pada November tahun lepas.

Pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol di dalam kamarnya, namun tiada sebarang pengakuan daripada tertuduh direkodkan.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan itu terhadap kakaknya yang berusia 15 tahun di Lot 2324 Kampung Bukit Kor, Batu Balai di sini pada 12 tengah malam, pada November 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam tahun dan tidak melebihi 20 tahun dan sebatan.

Remaja itu dikenakan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula 18 Oktober depan.

Bapa tertuduh membayar wang jaminan itu. Pendakwaan dijalankan pegawai pendakwa Insp Arifin Saidun manakala tertuduh diwakili peguam Ibrahim Kamaruddin.

Kes sumbang mahram itu terbongkar apabila mangsa melahirkan seorang bayi lelaki di Hospital Kajang, Selangor pada 12 Ogos lepas dan laporan kes itu dibuat seorang jururawat hospital itu pada 22 Ogos lalu. - Bernama
Rasuah: Penolong penguat kuasa KPDNKK dipenjara tiga tahun, denda RM20,000

13 September 2012
SHAH ALAM - Seorang penolong penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hari ini dihukum penjara tiga tahun dan denda RM20,000 selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan memperoleh rasuah RM2,200 daripada seorang peniaga barangan komputer, enam tahun lepas.

Hakim Mahkamah Sesyen Azhaniz Teh Azman Teh menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan pertuduhan ke atas Azudin Musa, 41.

Azhaniz juga memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara sembilan bulan lagi sekiranya gagal membayar denda.

Beliau bagaimanapun membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi, tetapi mengarahkan tertuduh membayar dendanya hari ini.

Azhaniz turut menaikkan jaminan daripada RM6,000 ke RM40,000.

Azudin didakwa memperoleh rasuah RM1,000 daripada Ang Tun Chek sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya yang dikatakan mengeksport cakera keras tiruan dan tidak menjalankan pemeriksaan terhadap barangan itu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di luar Balai Pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, pada 2 petang, 15 Feb 2006.

Azudin juga didakwa memperoleh suapan RM1,200 daripada Ang bagi tujuan sama di Restoran KFC di KLIA pada 12.40 tengah hari, 18 Mac 2006.

Bagi kedua-dua kesalahan itu, Azudin didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan dihukum mengikut Seksyen 16 Akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun serta denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Seramai 15 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Farah Yasmin Salleh sementara tertuduh diwakili peguam Mohammad Arfizi Mohd Ramli. - Bernama
Kes rogol: Tiada maaf buat Koden
RUBIAH OMAR
13 September 2012
Tiada maaf buat Koden
Mahkamah Tinggi, semalam, mengarahkan hukuman 20 tahun penjara dan 10 sebatan ke atas ‘Koden’ kerana kesalahan merogol murid tahun lima dikekalkan.
KUALA TERENGGANU - Kesalahan seorang pekerja kilang kelapa sawit yang dikenali dengan nama ‘Koden’ merogol seorang murid tahun lima dua tahun lalu di kawasan semak di Kampung Masjid Padang Kubu Ayer Putih, Kemaman, dipandang serius oleh Mahkamah Tinggi semalam.

Ini terbukti apabila Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa mengekalkan hukuman penjara 20 tahun dan 10 sebatan yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen Kemaman ke atasnya tahun lalu, selepas didapati bersalah merogol mangsa yang juga anak kepada arwah rakan baiknya sendiri.
Sebelum ini, Koden, 33, didapati bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan iaitu merogol mangsa yang baru pulang dari mengaji al-Quran di kawasan semak di Kampung Masjid Padang Kubu Ayer Putih, Kemaman, kira-kira jam 8.30 malam, 5 Mei 2010.

Tertuduh telah mengumpan RM2 kepada mangsa yang masih mentah itu sebelum bertindak menanggalkan pakaian dan menyandarkan badan mangsa di batang pokok pisang lalu merogolnya.

Mangsa memaklumkan tertuduh sudah beberapa kali melakukan perbuatan terkutuk itu iaitu sejak dia dalam tahun tiga lagi, dan setiap kali melakukan perbuatan itu, tertuduh akan memberi sejumlah wang kepadanya.

Bagaimanapun, mangsa hanya menceritakan kejadian itu kepada ibunya pada 23 Mei 2010 selepas ditanya sebelum bapa saudaranya membuat laporan di Balai Polis Ayer Puteh, 24 Mei 2010.

Susulan laporan dibuat, ‘Koden’ yang juga rakan baik kepada arwah ayah mangsa dan tinggal berhampiran rumah mangsa ditahan sepasukan polis di hadapan Pondok Polis Padang Kubu, Kemaman keesokan harinya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Jazamuddin Ahmad Nawawi.
Wanita rugi RM1,200 angkara jenayah siber

14 September 2012
RAUB - Seorang wanita kerugian RM1,200 selepas membuat pembelian sebuah kamera digital menerusi dalam talian pada 5 Sept lepas.

Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata mangsa berusia 20 tahun itu, dikatakan membuat pembelian melalui satu laman web dengan tawaran harga kamera 'Digital Single Lens Reflection (DSLR)' bernilai RM2,500.

"Selepas perbincangan, harga kamera itu dikurangkan kepada RM1,700 dan wanita itu diarahkan membuat pembayaran menerusi dua akaun bank berlainan.

"Dalam akaun pertama, mangsa dikehendaki memasukkan wang berjumlah RM200 dan baki RM1,000 ke dalam akaun kedua," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Mangsa kemudian membuat pembayaran sebanyak RM200 pada 5 Sept dan sekali lagi pada 8 Sept berjumlah RM1,000.

Wan Mohd Samsudin berkata mangsa dijanjikan barangan tersebut dalam tempoh dua hari penghantaran dan perlu menjelaskan baki RM500 selepas menerima barangan tersebut.

Bagaimanapun sehingga semalam, beliau berkata barangan yang dijanjikan itu masih tidak sampai dan wanita berkenaan mengesyaki dirinya ditipu dan membuat laporan polis.

"Kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan kita harap agar masyarakat sentiasa berhati-hati sebelum melakukan sebarang transaksi menerusi pembelian barangan secara dalam talian," katanya. - Bernama
Palsukan dokumen: Dr Noor Soeraya diarah bela diri

14 September 2012
SEREMBAN - Mahkamah Sesyen hari ini mengarahkan bekas pengarah Veterinar Negeri Sembilan membela diri terhadap empat tuduhan memalsukan dokumen bagi tujuan kenaikan gred jawatan antara 2009 hingga tahun lepas.

Hakim Datin Nursinah Adzmi memutuskan demikian terhadap Datuk Dr Noor Soeraya Norsham, 38, setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie dan menetapkan 29 dan 30 September ini untuk perbicaraan kes pembelaan.

Bagi pertuduhan pertama Dr Noor Soeraya didakwa menyerahkan dokumen palsu iaitu surat arahan kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan Pegawai Veterinar Gred G48 bertarikh 27 Feb 2009 kepada Pegawai Pembantu Tadbir di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan, Siti Norhayati Md Yusof bagi tujuan penyelarasan gaji dan elaun jawatan Gred G48 dengan memperoleh RM39,536.

Sementara tuduhan kedua, dia didakwa menyerahkan dokumen palsu, surat arahan pemangku jawatan Pegawai Veterinar Gred G52 - Khas Untuk Penyandang (KUP) di Jabatan Veterinar negeri, Kementerian Asas Tani dan Industri bertarikh 28 Dis 2009 kepada Siti Norhayati bagi tujuan penyelarasan gaji dan elaun jawatan Gred G48 dengan memperoleh RM5,013.83.

Pertuduhan ketiga pula, dia didakwa memberi dokumen palsu, surat keputusan urusan kenaikan pangkat Pegawai Veterinar Gred G48 ke Gred G52 bertarikh 1 Julai 2010 kepada Siti Norhayati bagi tujuan penyelarasan gaji dan elaun dengan memperoleh RM5,764.86.

Bagi pertuduhan keempat pula, dia didakwa menyerahkan dokumen palsu, surat keputusan pemangkuan jawatan Pegawai Veterinar Gred G52 ke Gred G54 bertarikh 31 Mac 2011 kepada Siti Norhayati.

Kesemua pertuduhan itu didakwa dilakukan tertuduh ketika memangku jawatan Gred G44 di pejabat Jabatan Veterinar Negeri Sembilan, Jalan Pantai dan di Bahagian Pentadbiran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan, Lot 1504, Mukim Pantai, Batu 6, Jalan Jelebu di sini antara 16 Mac 2009 dan 24 Julai 2011.

Bagi pertuduhan pertama dan ketiga dia didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum menngikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, mana yang lebih tinggi.

Sementara pertuduhan kedua dan keempat dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 468 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Tertuduh diwakili peguam Muhammad Faiz Fadzil, manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nuur Hafiedzah Md Daud dan Afifah Yusof. - Bernama
Lapan samseng warga Myanmar cuba serang polis ditahan

14 September 2012
KUALA LUMPUR - Lapan samseng warga Myanmar ditahan selepas cuba menyerang anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang melakukan pemeriksaan di sebuah premis di Taman Kinrara, Puchong dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Abd Razak Elias berkata kejadian berlaku 9.15 malam ketika 17 Jawatankuasa Teknikal Perlesenan MPSJ itu melakukan pemeriksaan di sebuah premis tanpa lesen yang menjual VCD dan merampas 2,850 keping VCD.

"Ketika pemeriksaan dilakukan, sebuah kereta jenis Rexton dinaiki lapan lelaki Myanmar itu datang secara tiba-tiba sebelum kesemua mereka mengeluarkan enam jenis senjata antaranya parang, besi, pisau dan sebuah pengunci stereng.

"Mereka mengacukan senjata tersebut ke arah penguat kuasa yang memakai uniform itu. Menyedari diri mereka diancam, pihak polis terus dihubungi," katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Jabatan Siasatan Jenayah IPD Serdang dekat sini hari ini.

Abd Razak berkata polis menyiasat kesemua lelaki berumur 20 hingga 30 tahun yang memiliki pasport itu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 6 kerana membawa senjata berbahaya.

"Mereka direman tujuh hari bermula hari ini.Polis sedang menyiasat pemilik dan premis tersebut yang turut menempatkan sebuah kafe cyber," katanya sambil menambah siasatan awal mendapati kereta Rexton itu milik syarikat terbabit.

Sementara itu dalam kes berasingan, polis menahan seorang lelaki tempatan yang aktif mencuri di stesen minyak semasa bekerja di stesen berkenaan.

"Lelaki berumur 30-an itu ditahan Selasa lepas di sebuah stesen minyak di Kelang. Modus operandinya adalah dengan bekerja sehari sahaja di sesebuah stesen minyak tersebut sebelum melarikan keuntungan yang diperoleh stesen berkenaan.

"Suspek yang sudah berkahwin itu didapati melakukan kegiatan tersebut sejak awal tahun ini melibatkan 25 kes yang sama di Kuala Lumpur, Selangor dan Serdang" katanya sambil menambah nilai kerugian keseluruhan berjumlah RM70,000.

Beliau berkata lelaki yang melakukan kegiatan tersebut secara bersendirian itu reman seminggu dan dia akan disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri dan Seksyen 408 di bawah kesalahan komersil.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Adnan Abdullah yang ditemui pada majlis tersebut berkata polis sedang menyiasat hubungan kedua-dua mangsa samun dan bunuh di sebuah rumah di Taman Segar Perdana, Batu 9, Cheras dekat sini, malam tadi.

"Setakat ini belum ada tangkapan. Kita sedang siasat apa hubungan kedua-duanya, yang merupakan ahli perniagaan, berapa lama mereka tinggal di rumah itu serta masa sebenar kejadian. Rakaman Kamera Litar Tertutup pula tidak dapat membantu (siasatan) kerana ia tidak dipasang semasa kejadian berlaku," katanya.

Leong Kian Sheong, 37, seorang peniaga, dan rakan wanitanya Vivien Wong, 20, ditemui terbaring dalam sebuah bilik pada kira-kira 10.30 malam, dalam keadaan berpakaian lengkap.

Pemeriksaan mendapati ada kesan selongkar di rumah itu dan dipercayai jam tangan, barang kemas dan wang tunai telah disamun.

Turut dilarikan dua kenderaan jenis BMW dan Toyota Vellfire.

Mangsa dipercayai dibunuh pagi semalam namun kejadian itu hanya disedari malam tadi. Difahamkan mangsa mengalami beberapa kecederaan pada badan, dan senjata turut ditemui di kediaman itu. - Bernama
Kes bunuh eksekutif TV9 disebut semula 25 Oktober depan

14 September 2012
Eksekutif Bahagian Teknologi Maklumat syarikat gas dan minyak Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31,
Eksekutif Bahagian Teknologi Maklumat syarikat gas dan minyak Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31, dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh isterinya.
PETALING JAYA - Mahkamah Majistret hari ini menetapkan 25 Oktober depan untuk sebutan semula kes bunuh eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9, Nur Syaleza Jaffar.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menetapkan tarikh itu bagi membolehkan Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi mendapatkan laporan kimia dan bedah siasat.

Suami mangsa, Norazman Bashah, 31, bekas eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak, didakwa membunuh Syaleza, 31, di kediamannya di No.115, Tingkat 1 Blok O, Apartment Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, antara 12 tengah hari hingga 7.30 malam, 28 Julai lepas.

Norazman Bashah yang diwakili peguam Shah Rizal Abdul Manan dan Muhammad Fadhli Sutris, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - Bernama
Lelaki warga Indonesia dicari bantu siasatan

14 September 2012
SHAH ALAM - Polis sedang mencari seorang lelaki warga Indonesia dikenali sebagai Juwanda bagi membantu siasatan satu kes jenayah mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dalam kenyataan media hari ini berkata lelaki keturunan Aceh dan memegang pasport bernombor S977332 itu bekerja sebagai peniaga pasar malam sekitar Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan itu, saksi berkenaan mempunyai alamat terakhir di Tingkat 2, Lorong Haji Taib 2, Kuala Lumpur.

Orang ramai yang mempunyai maklumat dan mengenali Juwanda diminta menghubungi pegawai penyiasat ASP Effandi Main, IPD Shah Alam di talian 03-55202222. - Bernama
Anggota polis dipenjara sehari, denda kerana rasuah

14 September 2012
JOHOR BAHRU - Seorang konstabel sokongan polis dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan rasuah.

P. Prathab, 24, dari Taman Nusa Bestari, Skudai di sini, sebelum itu mengaku salah menerima rasuah sebanyak RM1,000 daripada T. Ghanasundri di No. 2077, Jalan Pulai Jaya 55, Taman Pulai Jaya, pada 11.30 pagi, 29 Mac tahun lalu.

Rasuah itu adalah sebagai dorongan untuk membantu melepaskan suami Ghanasundri, yang ditahan di lokap Balai Polis Ulu Choh.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi.

Prathab tidak diwakili peguam memohon agar mahkamah meringankan hukuman ke atasnya kerana tidak bekerja dan menanggung adiknya yang masih belajar.

Pertuduhan di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz dijalankan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohd Sajori Martubi. - Bernama
Dadah bercampur pasir dirampas, empat warga Iran ditahan

14 September 2012
KUALA LUMPUR - Polis merampas dadah jenis syabu yang dicampur pasir dan menahan empat lelaki warga Iran dalam satu serbuan di sebuah kilang di Puchong, Selangor, Selasa lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata dalam serbuan itu polis turut merampas 13 tong plastik berisi campuran pasir dan dadah jenis syabu.

Beliau berkata sindiket dadah antarabangsa itu menggunakan modus operandi baharu iaitu menyerapkan cecair dadah syabu ke dalam pasir terlebih dahulu sebelum diseludup masuk ke dalam negara melalui laluan udara dan akan diproses semula sehingga dadah dapat diperoleh.

"Kesemua mereka telah beberapa kali memasuki negara ini sejak tahun lepas... Siasatan awal polis mendapati di dalam setiap tong terdapat satu bungkusan plastik berisi pasir dalam keadaan lembab yang disyaki telah diserap dengan cecair dadah.

"Ujian awal mendapati berat keseluruhan pasir dengan campuran cecair dadah syabu itu berjumlah 861.5 kilogram," katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini hari ini.

Noor Rashid berkata polis setakat ini tidak dapat menganggar jumlah sebenar dadah yang telah dicampurkan dengan pasir itu, dan pihaknya perlu menghantar semua tong tersebut ke jabatan kimia untuk dianalisa sebelum mendapatkan jumlah sebenar dadah tersebut.

Noor Rashid berkata dadah tersebut berasal dari sebuah negara di benua Amerika Selatan dan telah singgah di beberapa tempat sebelum tiba di Malaysia.

"Kesemua bungkusan tersebut telah didaftar sebagai pasir. Pihak kami masih lagi menyiasat bila bungkusan tersebut tiba di negara ini.

"Kilang tersebut dijadikan lokasi simpanan sementara berikutan tiada peralatan untuk memproses dadah ditemui dan sindiket ini dipercayai mempunyai pakar kimia untuk mengasingkan campuran itu," katanya.

Beliau berkata kesemua suspek yang berumur antara 31 dan 37 tahun itu direman selama seminggu sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Noor Rashid berkata kejayaan ini adalah hasil maklumat orang ramai yang bekerjasama dengan pihak polis dalam memastikan Polis Diraja Malaysia dapat mengekang kegiatan pengedaran dadah daripada berleluasa. - Bernama
Lelaki bertopeng larikan ATM bersama RM150,000

14 September 2012
ATM Bank
Anggota Forensik menjalankan siasatan selepas sekumpulan lelaki melarikan sebuah ATM di Seremban 2 hari ini. - Foto Bernama
 Sekumpulan lelaki larikan mesin ATM mengandungi RM150,000 di Seremban
Anggota Forensik menjalankan siasatan selepas sekumpulan lelaki melarikan sebuah ATM di sebuah bank di Seremban 2 di sini hari ini. Foto Bernama
 Sekumpulan lelaki larikan mesin ATM mengandungi RM150,000 di Seremban
Anggota Forensik menjalankan siasatan selepas sekumpulan lelaki melarikan sebuah ATM di sebuah bank di Seremban 2 di sini hari ini. Foto Bernama
SEREMBAN - Sekumpulan lelaki bertindak nekad melarikan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank yang mengandungi wang tunai RM150,000, di Seremban 2, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Saiful Azly Kamarudin berkata kejadian antara 3.15 pagi hingga 4 pagi itu dirancang rapi kumpulan penjenayah terbabit.

"Hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kita dapati semua suspek memakai topeng dan dipercayai lebih daripada tiga orang dan mereka mulanya bertindak menyembur cat pada CCTV," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya perompak terbabit kemudian bertindak memecahkan dinding cermin di premis bank tersebut menggunakan tukul besi, sebelum memotong dan melarikan satu daripada sembilan mesin ATM dan deposit wang bank berkenaan.

Katanya, kejadian itu menyebabkan penggera di bank berkenaan berbunyi, namun suspek berjaya mematikan sistem penggera.

Katanya, kejadian rompakan itu disedari kira-kira 6.50 pagi oleh seorang pelanggan yang kebetulan mahu mengeluarkan wang di bank berkenaan sebelum menghubungi polis.

Mesin ATM yang dilarikan itu berjaya ditemui di sebuah ladang di Jalan Labu, dekat sini, pada 11 pagi tadi, namun semua wang telah dilarikan, katanya.
 
Polis kini meneliti rakaman CCTV untuk mengenal pasti suspek terlibat.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban atau talian 06-6033222 untuk membantu siasatan. - Bernama
Lelaki simbah asid ke atas kekasih bekas isteri

14 September 2012
KUALA LUMPUR - Polis sedang memburu lelaki yang dipercayai terlibat dalam insiden menyimbah asid terhadap seorang lelaki di Batu 3, Jalan Ipoh, di sini, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, mangsa yang menunggang motosikal bersama teman wanitanya yang merupakan bekas isteri suspek dipercayai telah dirempuh dari belakang oleh suspek yang juga menunggang motosikal.

Selepas perlanggaran tersebut, kedua-dua pihak memberhentikan kenderaan masing-masing dan suspek yang berang telah mengeluarkan sebotol cecair yang mengandungi asid lalu menyimbah ke arah mangsa sebelum melarikan diri," katanya dalam sidang media di Balai Polis Kepong di sini, hari ini.

Zakaria berkata mangsa yang cedera pada bahagian muka, leher, dan mata kiri menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur dan berada dalam keadaan stabil.

Polis sedang menyiasat kes mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah.

Menurut Zakaria, suspek dipercayai cemburu terhadap mangsa kerana mengadakan hubungan dengan bekas isterinya. - Bernama
Penghantar surat digantung edar ganja
Wartawan Sinar Harian
15 September 2012
SHAH ALAM - Akibat mengedar ganja seberat 1.7 kilogram, seorang penghantar surat menerima padah apabila dia dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu, selepas mendapati Syamsul Akmal Shah Baki, 29, bersalah seperti pertuduhan.

Akhtar berkata mahkamah tidak percaya dengan keterangan Syamsul Akmal ketika dia membela diri.

Syamsul Akmal didapati bersalah mengedar Kanabis di tingkat 3, hadapan lif, Blok C1 Carlina Apartment, Jalan Sepah Puteh 5/1, Kota Damansara, Petaling Jaya, jam 10.30 malam, 18 Julai 2010.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan polis mendapat maklumat berhubung pengedaran dadah di tempat kejadian.

Hasil intipan itu, polis ternampak seorang lelaki membawa beg galas keluar dari kereta Honda Civic.

Syamsul Akmal cuba melarikan diri, bagaimanapun berjaya ditangkap dan pemeriksaan terhadap beg galas itu menemui satu  bungkusan ketulan yang mengandungi ganja.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norhani Mohd Azhar manakala peguam Afifuddin Mohd Afifi mewakili Syamsul Akmal.
Berhenti kerja lepas mencuri
Wartawan Sinar Harian
15 September 2012
SERDANG – Taktik seorang lelaki yang mencuri wang keuntungan tempatnya bekerja tumpas selepas polis berjaya menahannya di sebuah stesen minyak di Klang, Isnin lalu.

Suspek berusia 30-an itu, bekerja di stesen minyak selama sehari sebagai pembantu pam minyak dan berhenti kerja selepas mengaut keuntungan di tempat tersebut.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, suspek memperoleh RM3,000 dalam sehari bekerja selepas mencuri dan bertukar ke stesen minyak lain untuk melakukan kegiatan sama.

Menurutnya, kegiatan suspek yang sudah berkahwin itu disedari pengusaha pam minyak yang melihatnya mengambil wang keuntungan melalui kamera litar tertutup (CCTV).
Beliau berkata, siasatan mendapati suspek terlibat dalam 25 kes curi di sekitar Serdang, Kuala Lumpur dan Selangor yang melibatkan kerugian hampir RM70,000.

“Dipercayai suspek aktif sejak awal tahun ini dan melakukan secara berseorangan.

“Suspek juga orang dikehendaki polis dalam tiga kes di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah,” katanya, semalam.

Beliau berkata, suspek disambung reman semalam bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 381 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan Seksyen 408 Kanun Keseksaan.
Warga emas dibunuh penyamun
NURUL RIDUAN NOR ASHAHA
14 September 2012
Warga emas dibunuh penyamun
Mayat mangsa bunuh dibawa ke HTAR untuk bedah siasat, semalam. Gambar kecil: Peck Lan.
PELABUHAN KLANG – Seorang adik terkejut selepas menemui mayat kakaknya dalam keadaan mulut, tangan dan kaki terikat di rumahnya di Jalan Seroja, di sini kelmarin.

Mangsa, Lim Peck Lan, 65, sebelum itu gagal dihubungi sehingga memaksa adiknya mencari di rumahnya, kirakira jam 6.30 petang.

Sebaik tiba di rumah tersebut, dia mendapati keadaan rumah berselerak sebelum menemui mangsa di dalam bilik belakang.

Difahamkan, kali terakhir warga emas itu dilihat, kirakira jam 9 pagi. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor (Siasatan Perundangan) Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, sepasukan polis dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima laporan daripada adik mangsa.

“Pemeriksaan mendapati mulut, tangan dan kakinya diikat dengan pita pelekat selain mulutnya berdarah. Tiada kesan tikaman mahupun kecederaan lain ditemui.

“Mangsa dipercayai dibunuh oleh penjenayah yang menceroboh masuk melalui pintu belakang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.

Beliau berkata, siasatan mendapati terdapat kesan umpil pada pintu belakang rumah. “Telefon bimbit dan dompet mangsa turut dilarikan penjenayah,” katanya.

Rusdi berkata, polis sedang mengenal pasti individu yang terlibat.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.  
Mat rempit ancam ketenteraman penduduk

13 September 2012
KUALA TERENGGANU - Mat rempit dalam kumpulan besar yang menunggang motosikal dengan aksi berbahaya, semakin menjadi-jadi kebelakangan ini sehingga menimbulkan ancaman kepada pengguna jalan raya di bandar raya ini, dan beberapa tempat di Terengganu.

Mereka biasanya menguasai jalan raya bermula petang Jumaat sehinggalah keesokan paginya mengambil kesempatan cuti hujung minggu di Terengganu.

Pengguna jalan raya terutama wanita meluahkan kerisauan mereka terhadap gejala itu ketika Bernama membuat tinjauan di sini. Mereka takut dengan gelagat mat rempit yang mengancam keselamatan serta nyawa pengguna jalan raya.

Pemandu wanita Lew I-Ling, 30, berkata perasaan bimbang bersarang dalam dirinya setiap kali ingin pulang ke rumah pada hujung minggu terutama ketika melalui kawasan bandar di sini berikutan ramai mat rempit yang terlalu berani melakukan aksi berbahaya di kawasan itu.

Katanya kedatangan mat rempit dalam kelompok yang besar di sepanjang jalan terutama di Jalan Batu Buruk, Durian Burung dan Pengadang Baru di sini amat membimbangkan.

"Mereka biasanya melakukan aktiviti berbahaya itu setiap hujung minggu. Ada masa saya terpaksa memberhentikan kereta untuk memberi laluan kepada mereka yang terlalu ramai.

"Ada yang menunggang berkumpulan lebih daripada 50 buah motosikal. Saya sangat tidak selesa dengan keadaan itu dan harap pihak berkuasa dapat memperketat penguatkuasaan bagi mengekang masalah itu," katanya.

Ada dalam kalangan mat rempit yang bertindak di luar dugaan seperti menunggang motosikal dari arah bertentangan semata-mata mencari keseronokan.

Lebih memburukkan keadaan, mat rempit itu semakin bersemangat ditambah dengan sokongan daripada orang ramai yang turut memberhentikan kenderaan mereka untuk menyaksikan aksi itu.

"Keadaan seperti ini bukan sahaja membahayakan keselamatan masyarakat tapi ia juga memberikan imej buruk kepada pelancong yang datang berkunjung," katanya.

Pengunjung dari Melaka, Nur Liyana Misran, 27, berkata beliau amat terkejut melihat terlalu ramai mat rempit di jalan raya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling juga pengguna jalan raya yang lain.

Beliau yang pertama kali berkunjung ke Terengganu, terkilan melihat ramai golongan muda tidak kira lelaki atau perempuan menghabiskan masa dengan sia-sia meramaikan aktiviti  rempit itu.

"Perkara ini memberi imej negatif kepada Terengganu. Saya harap pihak berkuasa di sini dapat mengambil tindakan perlu mengatasi masalah ini. Selain penguatkuasaan, mungkin boleh tambah pusat riadah untuk golongan
muda ini," katanya.

Sementara itu seorang penduduk kampung di sini, Ishak Abdillah Ngah, 30, berkata kehadiran mat rempit di malam minggu mengganggu ketenteraman penduduk setempat.

Beliau berkata mereka melakukan aktiviti yang tidak berfaedah itu sehingga awal pagi, mengganggu orang kampung yang sedang tidur dengan menunggang laju dan enjin mengeluarkan bunyi bising.

"Mereka akan berlumba dan membuat aksi yang berbahaya sepanjang jalan dan jika dikejar polis, mereka akan lari memasuki dan bersembunyi di kampung-kampung berhampiran," katanya.

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata pihaknya akan terus meningkatkan penguatkuasaan terhadap kumpulan mat rempit ini dan melakukan operasi bersama beberapa agensi lain untuk membendung gejala ini. - Bernama
Rahsia parang terbongkar
Wartawan Sinar Harian
14 September 2012
KUALA TERENGGANU - Tindakan berani seorang lelaki yang cuba menyerang polis bagi mengelak ditangkap bukan sahaja tidak berjaya, malah rahsia dia menyimpan sebilah parang berukuran 20 inci selama ini turut terbongkar.

Dia yang telah didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 itu dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Majistret Noradila Ab Latif menjatuhkan hukuman itu terhadap Ruddy Radzali, 31, selepas dia mengaku melakukan kesalahan memiliki sebilah parang iaitu satu senjata yang dijadualkan dalam jadual kedua yang boleh dihukum di bawah Seksyen 7 (1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Ruddy yang beralamat dari Kampung Padang Nenas, Mengabang Telipot, di sini, mengaku melakukan kesalahan itu pada 23 Ogos lalu kira-kira jam 1.30 pagi di sebuah pondok buruk di Kampung Mengabang Telipot.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor L Rathna manakala Ruddy tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan anggota polis telah membuat serbuan di sebuah pondok buruk di Kampung Kolam, Mengabang Telipot, di sini pada 23 Ogos lalu kira-kira jam 1.30 pagi sempena Ops Pintu/Cantas/Lejang.

Ruddy yang ketika itu sedang tidur di atas kerusi terkejut sejurus menyedari kehadiran polis dan bertindak pantas mencapai sebilah parang yang berada di sebelah kanannya sebelum memberanikan diri menyerang polis menyebabkan berlaku sedikit pergelutan.
Peragut aktif terima balasan
Wartawan Sinar Harian
14 September 2012
Peragut aktif terima balasan
Mohd Faizal dikenakan lima tahun penjara dan lapan sebatan selepas mengaku salah di Mahkmah Sesyen di sini, semalam, merompak dua mangsa di kawasan Felda Kerteh 5, Dungun.
KUALA TERENGGANU - Peragut yang dipercayai aktif melakukan jenayah ragut di sekitar kawasan Felda Kerteh, Dungun, akhirnya menerima pembalasan apabila dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Hukuman itu dijatuhkan selepas Mohd Faizal Pudilah, 23, dari Felda Kerteh 5, Ketengah Jaya, Dungun, mengaku meragut mangsa pada Julai dan bulan lalu.

Bagi pertuduhan pertama yang dibacakan di hadapan Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris, bapa kepada seorang anak itu mengaku meragut beg pinggang milik Nor Azlina Aripin, 31, yang mengandungi wang RM75 dan barang-barang lain.

Mohd Faizal mengaku melakukan kesalahan itu pada jam 3.45 petang 1 Ogos lalu di jalan besar berhampiran ladang kelapa sawit Felda Kerteh 5, semasa mangsa menunggang motosikal.

Wan Fadhilah menjatuhkan hukuman tiga tahun penjara dan lima sebatan selepas mengambil kira faktor keadaan mangsa yang masih trauma susulan kejadian itu, serta menganggap perbuatan Mohd Faizal terlalu kejam.

Dalam kes kedua di hadapan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin, Mohd Faizal mengaku merompak sebuah beg tangan mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, wang tunai RM150 dan telefon bimbit milik Wan Norlelawati

Zuriana Wan Sadina Bakri, 26, melibatkan kerugian keseluruhan RM300.

Dia melakukan kesalahan itu kira-kira jam 4.45 petang 22 Julai lalu di kawasan tanah perkuburan Felda Kerteh 04/05, Dungun.

Bagi kesalahan itu, Mohd Faizal dikenakan hukuman lima tahun penjara dan tiga sebatan, namun Zainal Abidin mengarahkan hukuman penjara berjalan serentak dengan hukuman sebelum ini.

Pendakwaan bagi pertuduhan itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurliyana R Azmi. Mohd Faizal tidak diwakili peguam.

Dalam rayuannya, Mohd Faizal berkata dia terpaksa melakukan jenayah itu kerana terdesak, datang daripada keluarga susah serta tidak memiliki pekerjaan tetap.
Mangsa penipuan jual tanah kerugian jutaan ringgit
MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI
14 September 2012
Mangsa penipuan jual tanah kerugian jutaan ringgit
Abidin (kanan) dan Musa (dua, kiri) menunjukkan laporan polis dan dokumen pembelian tanah palsu oleh sindiket jual tanah.
ALOR SETAR - Hampir 10 pembeli mengalami kerugian ribuan ringgit setelah menjadi mangsa penipuan sindiket jual tanah di sekitar Kedah sejak beberapa tahun lalu.

Mangsa sindiket, Musa Abdullah, 74, berkata, dia tidak menyangka akan ditipu oleh sindiket ini kerana orang tersebut adalah kenalan rapatnya sejak dulu.

Katanya, ahli sindiket ini bijak berkata-kata dan pandai meyakinkan pembeli untuk membeli tanah yang ditawarkan dengan beberapa bukti dokumen pembelian.

“Ketika kejadian, ejen tanah yang juga kenalan rapat saya menawarkan sebidang tanah di Hutan Kampung untuk dijual dengan harga RM60,000. Bagaimanapun, sebelum membuat sebarang bayaran, saya dibawanya melawat ke sebuah tempat yang didakwa kawasan tanah yang akan dijual kepada saya.

“Setelah berpuas hati dengan lawatan dan dokumen geran yang diberikan, tanpa berfikir panjang saya terus bayar kepadanya RM60,000,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun, katanya, tanah yang ditawarkan adalah bukan di tempat tersebut, sebaliknya di kawasan lain. Malahan pula, penama penjual tanah asal dalam dokumen tersebut juga adalah palsu.

“Saya mula sedar ditipu setelah proses penukaran nama di pejabat tanah ditolak kerana mendakwa dokumen yang diberikan adalah palsu.

“Tidak puas hati dengan penipuan ini, saya meminta ejen tanah itu supaya pulangkan wang tersebut kerana pembelian itu tidak sah. Bagaimanapun, dia enggan berbuat demikian.

“Atas faktor keselamatan, saya membuat aduan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar. Namun tiada sebarang tindakan dan siasatan dikenakan terhadap dia sehingga hari ini,” katanya.

Sementara itu, Abidin Ahmad, 38, berkata, dia didatangi kenalan rapatnya itu pada 3 Ogos lalu di rumahnya yang terletak di Taman Hidayah, Jalan Langgar, di sini untuk mengambil wang pendahuluan pembelian tanah dengan harga RM10,000.

Katanya, selang beberapa hari kemudian, dia pergi ke pejabat tanah untuk membuat semakan status pembelian tanah tersebut. Namun, jawapan yang diberikan oleh pejabat tanah bahawa semua dokumen yang diberikan oleh ejen itu adalah palsu.

“Tidak berpuas hati dengan penipuan ini, saya membuat laporan di IPD Kota Setar untuk tindakan pihak berkuasa,” katanya.

Abidin berkata, lebih memeranjatkan apabila penama dokumen yang tertera pada geran tanah tersebut adalah seorang lelaki yang telah meninggal dunia pada 30 April 1986, namun masih
terdapat tandatangannya pada surat pembelian yang bertarikh 21 Mac 2012.

Dalam pada itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar turut mengesahkan menerima laporan berhubung isu penipuan pembelian tanah daripada hampir 10 orang. Menurut jurucakap polis, kes tersebut masih dalam siasatan.
Anak terpaksa pinjam ah long
Wartawan Sinar Harian
14 September 2012
Anak terpaksa pinjam ah long
Keadaan bapanya sedang terlantar di Unit Rawatan Rapi HSB.
JITRA - Biarpun menyedari risiko bakal dihadapi, seorang lelaki terpaksa meminjam wang daripada ah long untuk membiayai kos peruba-tan bapanya yang kini sedang kritikal di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Logasilan Permal, 28, berkata, dia terpaksa membuat pinjaman tersebut bagi membolehkannya melangsaikan perbelanjaan kos rawatan bapanya, Permal Sengalrayan, 61, yang terlantar di hospital sejak tiga minggu lalu.

Menurutnya, kira-kira jam 12 tengah hari pada hari kejadian, bapanya yang menaiki motosikal jenis Honda C60 terlanggar lintangan dawai di bawah khemah berhadapan sebuah pasar raya sehingga menyebabkan berlaku kereta-kan tulang belakang.

“Walaupun pinjaman tersebut dibuat, ia masih tidak dapat menampung perbelanjaan rawatan bapa di hospital.

“Saya buat pinjaman ah long RM4,000 dan selebihnya daripada rakan-rakan yang faham keadaan sebenar,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pinjaman tersebut sekadar menjelaskan pembiayaan pertama di hospital, tetapi masih ada rawatan susulan menelan kos perbelanjaan hampir RM30,000.

Logasilan berkata, ia disebabkan tulang belakang mengawal saraf tunjang bapanya tidak berfungsi menyebabkan pembedahan susulan perlu dijalankan.

“Memandangkan saya tidak bekerja, perkara ini menyukarkan saya untuk menjelaskan bil hospital yang agak mahal itu,” katanya.

Logasilan berkata, selain itu dia terpaksa berhenti kerja daripada sebuah syarikat komputer kerana anaknya sering demam dan terpaksa berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Saya buntu memikirkan cara untuk memohon bantuan dan mulai malu kerana kerap meminjam wang daripada rakan-rakan,” katanya.

Menurutnya, dia turut menjual peralatan komputernya untuk mendapatkan wang membiayai kos rawa-tan tersebut.

Mereka yang bersimpati menghulurkan bantuan boleh menghubunginya di talian 012-4682922.
Culik: Tiga sahabat, teman wanita di penjara seumur hidup

14 September 2012
SIBU - Empat sahabat termasuk seorang wanita dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas kesalahan menculik seorang suri rumah dan memperoleh wang tebusan sebanyak RM53,400, dua tahun lepas.

Wanita berkenaan Ting Khai Sin, 20, dan tiga lelaki Lu King Wen, 23, Tan Teng Chiew, 28 dan Wee Nyet Lung didapati bersalah melarikan dan mengurung mangsa yang hanya dikenali sebagai Wong, 47, pada pukul 9 pagi, 17 Julai, 2010.

Hakim Datuk Yew Jen Kei memutuskan hukuman itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prime facie dan bersetuju bahawa fakta kes itu tidak mewajarkan hukuman mati berdasarkan kenyataan mangsa dan hujahan peguam bela tertuduh.

Beliau berkata tertuduh juga dikecualikan daripada hukuman sebat memandangkan tiada kekerasan digunakan dan mangsa dibebaskan pada hari kejadian.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan, jika sabit kesalahan.

"Oleh kerana mahkamah terpaksa memutuskan antara hukuman mati dan penjara seumur hidup, maka saya jatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap kesemua tertuduh," katanya.

Mengikut fakta kes, kesemua tertuduh yang menaiki sebuah kereta dengan sengaja merempuh kereta mangsa di hadapan sebuah sekolah menengah di sini, seolah-olah kelihatan seperti kemalangan.

Selepas berbincang di lokasi kemalangan, kesemua tertuduh bersetuju membayar ganti rugi kepada mangsa untuk kerosakan keretanya.

Ting kemudian memandu kereta mangsa ke sebuah bengkel kereta pilihannya manakala mangsa diminta menaiki kereta tertuduh untuk ke bengkel kereta berkenaan.

Bagaimanapun, sebaik sahaja menaiki kereta tertuduh, mata mangsa diikat dengan kain sebelum disumbat ke dalam guni dan dibawa ke sebuah lokasi sebelum menuntut wang tebusan.

Oleh kerana mangsa tidak mempunyai wang sebanyak itu, tertuduh mengugut mangsa dengan pisau dan memintanya supaya menghubungi saudaranya supaya memasukkan wang tersebut ke dalam akaun bank tertuduh.

Sebaik sahaja wang tebusan dibayar, mangsa dibebaskan pada hari yang sama.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Franklin Ganggan Bennet dan kesemua tertuduh diwakili oleh peguam David Kouk dan Wee Wui Kiat. - Bernama
Kes bunuh empat sekeluarga: Mahkamah perintah remaja dibicara

14 September 2012
SIBU - Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk membicarakan remaja lelaki berusia 17 tahun di Mahkamah Tinggi atas empat pertuduhan bunuh dan satu cubaan membunuh.

Majistret Zubaidah Sharkawi membenarkan permohonan yang dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Azrul Faidz Abdul Razak.

Remaja berkenaan menghadapi empat pertuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori dan satu dakwaan cubaan membunuh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa membunuh warga emas, Leong Nyuk Lan, 76, menggunakan tukul besi di antara 6 pagi hingga 7.30 pagi pada 3 Jan lalu di rumah di Lorong 13/B1, Jalan RTM, di sini.

Pertuduhan kedua, dia didakwa membunuh anak lelaki wanita itu, Ling Tong Hock, 36, seorang ahli perniagaan di tempat dan waktu sama dengan menggunakan senjata sama.

Remaja itu juga menghadapi dua pertuduhan membunuh dua anak Ling iaitu David Ling Chei Qi, 10, dan Amy Ling Zi Jiun, 7, di tempat dan waktu yang sama menggunakan senjata sama.

Tuduhan kelima, dibuat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh seorang lagi anak lelaki Ling, Kevin Ling Chei You, 8, yang cedera parah dalam serangan itu.

Isteri Ling, Li Xiao Lan, 28, yang juga warganegara China, berjaya melarikan diri menerusi tingkap bilik tidur di tingkat atas rumahnya, ke rumah jiran.

Remaja berkenaan yang bekerja sebagai kelindan lori ditahan bersama ibunya berusia 44 tahun, pada 5 Jan lepas.

Siasatan pihak polis dibantu enam anggota pasukan Forensik Bukit Aman diketuai ACP Liaw Kam Soon.

Remaja itu yang merupakan jiran mangsa, dihantar untuk pemantauan mental selama sebulan di Hospital Sentosa, di Kuching. - Bernama
Penunggang motosikal maut dirempuh van pencuri kabel

13 September 2012
IPOH - Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah van dinaiki empat lelaki yang disyaki mencuri kabel ketika melarikan diri daripada polis di Km 306 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kampar, awal pagi tadi.

Mohd Afendy Zamzuri, 28, dari Chendrong Balai, Kuala Kangsar yang parah di kepala, meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Kampar, kata Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahalan.

Menurut Mohd Shukri, dalam kejadian antara 2.30 pagi hingga 4 pagi itu, mangsa dipercayai dirempuh van berkenaan yang mencuri kabel elektrik di lebuh raya itu.

Katanya Unit Peronda polis yang membuat rondaan mengesan van terbabit lalu mengejarnya dari Kuala Kangsar sehingga ke Kampar, menyebabkan ia merempuh mangsa.

"Polis berjaya menahan tiga suspek selepas van itu terbabas ketika merempuh penunggang motosikal berkenaan, manakala seorang lagi suspek berjaya melarikan diri," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan hari raya Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, di sini hari ini.

Katanya tiga lelaki yang berusia 30-an itu, berasal dari Kuala Lumpur dan mempunyai rekod jenayah.

Kegiatan mencuri kabel berlaku di Tapah, Kampar dan Kuala Kangsar sepanjang tahun ini melibatkan kerugian jutaan ringgit, katanya. - Bernama
Kematian jadi tanda tanya
Wartawan Sinar Harian
14 September 2012
Kematian jadi tanda tanya
Siti Esah bersama suami Hamid Pakir Mohammad sedu melihat gambar arwah yang meninggalkan misteri di atas kematiannya
BAGAN DATOH - Kehilangan anak tunggal akibat nahas jalan raya meruntun jiwa seorang ibu ditambah tiada penjelasan daripada pihak berkenaan punca kematian anaknya yang juga anggota polis di Balai Polis Kota Marudu, Sabah.

Siti Esah Sungib, 62, dari Kampung Tebok Pangkor, Selekoh, di sini, berkata, anaknya, Lans Koperal Samsul Azwan Meorbah, 34, bertugas di Balai Polis Kota Marudu, meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 8 Jun lalu.
Menurutnya, sehingga kini dia tidak mendapat penjelasan mengenai kematian malah pihak berkenaan memintanya bersabar selain menerima kematian anaknya itu.

“Sebelum ini, saya dimaklumkan oleh menantu Siti Zanariah Zainuddin bahawa anak saya maut dalam satu kemalangan langgar lari ketika dia mahu masuk ke dalam kereta kira-kira jam 9 malam selepas selesai bertugas malam itu.

“Sampai ke saat ini, saya tidak tahu siapa yang melanggar dia dan kenapa kejadian sebegini boleh berlaku. Perkara ini membuatkan saya sekeluarga tertanya-tanya,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini, kelmarin.

Menurutnya, arwah Lans Koperal Samsul Azwan meninggal dunia sehari selepas terlibat dalam satu kemalangan langgar lari.

“Saya tak menyangka arwah tidak akan pulang selama-lamanya dan saya tidak sempat melihat jenazah arwah kerana tidak dapat bertolak ke Sabah kerana kesempitan wang ketika itu, namum kami keluarga ke Sabah selepas 40 hari untuk membuat kenduri arwah," katanya.

Sementara itu, Siti Esah berkata, kali terakhir dia berhubung dengan arwah seminggu sebelum kejadian itu akan menjadi kenangan mereka sekeluarga.

"Arwah memberitahu raya kali ini beliau bersama anak-anaknya tidak akan pulang ke kampung untuk berhari raya," katanya.

Ketika diminta menceritakan perihal arwah anaknya, Siti Esah menyatakan, arwah memasuki pasukan PDRM pada tahun 2002 dan mula bertugas di Balai Polis Kota Merudu.

"Pada 2004 dia telah mendirikan rumah tangga. Kini dia meninggalkan seorang balu dan dua anak masing-masing berusia tujuh dan empat tahun," katanya.

Katanya, dia sekeluarga mengharapkan pihak berkenaan menyiasat punca kejadian itu selain tidak lagi menyembunyikan apa-apa maklumat berkaitan kemalangan berkenaan.
Siti Esah bersama suami Hamid Pakir Mohammad sedu melihat gambar arwah yang meninggalkan misteri di atas kematiannya.
Pelajar 15 tahun ditahan berasmara di belakang sekolah
Wartawan Sinar Harian
14 September 2012
KULIM - Polis menahan seorang pelajar perempuan 15 tahun dan masih memakai uniform sekolah ketika berasmara dengan kekasihnya berusia 21 tahun di belakang sebuah sekolah menengah di sini, kira-kira jam 4 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, polis menerima aduan dari orang awam sebelum menahan pasangan terlibat.

Ketika pemeriksaan dijalankan, polis mendapati pelajar perempuan sudah membuka tudung dan berkelakuan sumbang bersama teman lelakinya.

“Lelaki tidak bekerja dan tinggal bersama abangnya di sebuah taman perumahan di sini. Polis menasihati pasangan itu untuk tidak mengulangi perlakuan yang dilakukan sebelum mengarahkan mereka beredar,” katanya.

Tidak berakhir di situ, mereka kemudiannya ke rumah lelaki berkenaan dengan harapan selamat dari gangguan pihak berkuasa

Bagaimanapun, perbuatan mereka disedari penduduk dan memaklumkan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) untuk membuat serbuan.

Ketika serbuan, pasangan perempuan cuba menyembunyikan diri dalam almari baju gagal mengaburi mata pihak berkuasa.

Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan dan ditahan untuk dirakamkan keterangan.

Ghuzlan menasihatkan ibu bapa supaya bersikap lebih peka terhadap pergerakan anak-anak mereka dan jangan sesekali mengabaikan tanggungjawab.

Katanya, semakin ramai pelajar perempuan ditahan kerana berkelakuan sumbang.

“Minggu ini sahaja, empat pelajar sekolah terdiri dari dua pelajar lelaki dan dua pelajar perempuan berusia di antara 16 hingga 17 tahun ditahan polis bersama Skim Rondaan Sukarela (SRS) ketika membuat rondaan cegah jenayah.

"Mereka ditahan ketika berkelakuan sumbang di taman permainan di sini kira-kira jam 1 pagi.

"Dari soal siasat, pasangan itu mengaku ingin melakukan hubungan terlarang di taman permainan di mana mereka ditahan,” katanya.
Wang gaji kena rompak
Wartawan Sinar Harian
14 September 2012
IPOH – Empat pekerja warga Bangladesh diserang sekumpulan perompak setelah menerima wang gaji dari majikan berhampiran Perindustrian Silibin, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa diserang enam lelaki bersenjatakan botol pecah, topi keledar dan kayu ketika dalam perjalanan pulang ke asrama penginapan berhampiran kilang.

Mangsa, Mohamad Salman, 33, berkata, mereka melalui jalan pintas dikepung kumpulan lelaki berkenaan sebelum diminta menyerah semua barang berharga.

“Mereka memaksa kami menyerahkan wang, jam tangan serta telefon bimbit. Usaha menipu kumpulan itu tidak berjaya apabila kami diugut mahu memukul sehingga mati.

“Seorang rakan saya dilibas dengan botol kaca itu hingga cedera di bahagian leher serta kaki. Mereka turut merampas pasport kami,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan mengesahkan menerima laporan itu serta menasihatkan majikan berhati-hati mengeluarkan wang untuk membayar gaji pekerja.

Menurutnya, polis sedia bekerjasama atau memberi nasihat berhubung pendekatan keselamatan yang perlu diambil bagi mengelak kejadian sama berulang.
Siasat pemilikan pistol
Wartawan Sinar Harian
14 September 2012
IPOH – Polis sedang menyiasat pemilikan pistol jenis Norincho secara tidak sah suspek lelaki yang menembak anak tirinya sebelum membunuh diri di Kampung Rapat berhampiran Plaza Tol Ipoh Selatan, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, pihaknya sedang mengenal pasti bagaimana mendiang S Ravindran, 44, memiliki pistol berkenaan.

“Senjata api yang ditemui berhampiran mayat Ravindran sudah dihantar ke Jabatan Balistik untuk siasatan lanjut.

“Kematian Ravindran diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan kes berkenaan dianggap selesai apabila ahli keluarga mengecam mendiang yang terlibat dalam kejadian itu,” katanya ketika ditemui Rumah Terbuka Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri di sini, semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan