Selasa, 25 September 2012

MASING2 NAK MENANG...ADA YANG NAK MENEGAKKAN BENANG BASAH...JANGAN LUPA KITA ADA KUASA MAHA TINGGI DAN MAHA BESAR IAITU ALLAH...ALLAH BOLEH LINGKUP SAPE SAJA JIKA ALLAH MENGHENDAKINYA

Pemuda PAS kecam wujud krisis air yang tidak ada

Harakahdaily, 25 Sep 2012


(Antara pelakun iklan krisis air dengan baldi dan bekas air masing-masing)

SHAH ALAM: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengecam tindakan tidak beretika sebuah syarikat penerbitan iklan yang cuba menerbitkan iklan mengenai krisis air di negeri Selangor.

Syarikat tersebut telah mengadakan sesi pengambaran iklan tersebut di salah sebuah pangsapuri di Petaling Jaya.
Pergambaran berskala besar dengan melibatkan beratus pelakun tambahan yang diberikan upah RM50 setiap orang itu dibantah penduduk tempatan yang menganggap ia menganggu mereka.
Mereka melakunkan seolah-olah kekecohan sedang berlaku ekoran ketiadaan air. Ia selaras dengan kempen BN yang cuba mengujudkan suasana seolah-olah Selangor sedang diancam krisis air.
Ketua Pemuda PAS Selangor, Hasbullah Mohd Ridzwan dalam kenyataanya berkata, pihaknya juga mengutuk sekeras-keraskan tindakan syarikat penerbitan iklan tersebut kerana cuba bersekongkol dengan ‘musuh-musuh’ kerajaan negeri Selangor untuk mensabotaj dan memburukkan imej kerajaan negeri Selangor dengan isu air ini.

Mereka turut berasa kecewa kerana masih ada lagi pihak-pihak yang masih tidak boleh menerima penjelasan dan tawaran penyelesaian isu air ini daripada pihak kerajaan negeri Selangor sebaliknya masih lagi berterusan menaburkan fitnah hanya kerana dendam politik yang tidak berkesudahan.

Oleh itu, katanya, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor meminta kerajaan negeri Selangor supaya dapat mengambil tindakan sewajarnya termasuk tindakan undang-undang sekiranya perlu terhadap syarikat penerbitan iklan tersebut supaya tidak meneruskan hasrat mereka untuk menerbitkan filem iklan tersebut yang sudah pasti dipenuhi dengan pembohongan dan fitnah terhadap kerajaan negeri Selangor.

Filem masalah air: Tak boleh dedah klien

Selangorku, 25 Sep 2012


(Pergambaran filem iklan 40 saat dengan skala pergambaran besar)

PETALING JAYA: Syarikat produksi filem catuan air Selangor berhadapan tindakan saman oleh pelanggan mereka sekirannya mereka mendedahkan pihak yang membiayai projek perfileman tersebut.

Syarikat produksi tersebut semalam menjalankan penggambaran filem yang kononnya memaparkan kelemahan Kerajaan Negeri Selangor dalam menangani isu air di negeri terbabit.

Menurut jurucakap produksi terlibat, Chong Wai Leng kepada media di set penggambaran filem berdurasi 40 saat itu, larangan tersebut terdapat dalam kontrak yang dipersetujui oleh pihak syarikat dan pelanggan yang mahu menerbitkan filem tersebut.

“Kami dah tandatangan kontrak yang melarang kami berikan maklumat (nama pelanggan), jika kami langgar kontrak tersebut kami akan disaman.

“Kami menjalankan kerja kami secara profesional, saya harap anda memahami situasi kami,” kata Wai Leng.

Beliau mula menyedari kehadiran wakil media di lokasi penggambaran tersebut apabila penggambaran yang dijalankan secara rahsia itu mula didatangi beberapa wartawan dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian tengahari semalam.

(Antara babak yang dilakunkan...lihat siapakah pelakunnya)

Selain itu, beliau turut meminta wakil media yang berada di situ agar meninggalkan lokasi penggambaran filem itu.

TV Selangor yang berada di lokasi penggambaran sejak awal pagi semalam mendapati set penggambaran berbajet tinggi itu dilengkapi sekurang-kurangnya tiga buah jentera kren, sebuah lori tangki air, sebuah ‘caravan’, sebuah tandas bergerak tiga pintu, sebuah generator besar dan beberapa kenderaan lain berupa lori dan van.

Beberapa khemah besar turut dibina bagi keselesaan para pelakon dan krew penggambaran makan dan berehat.

Penggambaran yang dijalankan di Pangsapuri Happy Mansion itu melibatkan kira-kira 300 pelakon dengan bayaran didakwa RM50 setiap seorang.- Selangorku.
Keputusan p'raya kampus UIA digantung

  • Abdul Rahim Sabri
  • 9:33PM Sep 25 2012
Keputusan pilihan raya kampus Universiti Islam Antarabangsa (UIA) hari ini digantung ekoran masalah teknikal.

Jurucakap universiti memberitahu Malaysiakini, keputusan itu diambil ekoran jumlah undi direkodkan melebihi jumlah mahasiswa keluar mengundi.

Perkara itu, katanya akan dirujuk kepada Dewan Senat UIA.

Menurut jurucakap UIA juga, jawatankuasa pemilihan kampus akan mencadangkan supaya diadakan pilihan raya semula secara manual dalam tempoh seminggu.

Sekarang ini universiti itu menggunakan pengundian elektronik (e-undi).

Jika cadangan itu diterima, ini bermakna UIA menjadi universiti pertama di negara ini menjalankan semula pilihan raya kampusnya.

Jika tiada masalah, keputusan pengundian di universiti itu sepatutnya sudah diumumkan selewat-lewatnya jam 8 malam tadi.

Sebanyak 31 kerusi dipertandingkan dalam pilihan raya kampus universiti itu pada tahun ini.

Tahun lalu kumpulan Pro-Mahasiswa menang 23 daripada 26 kerusi.

Sementara itu, dalam kenyataan kepada Malaysiakini sebentar tadi, jawatankuasa itu memohon maaf terhadap kesulitan yang dihadapi.

Jawatankuasa itu juga menegaskan prosesnya berjalan lancar tanpa campur tangan luar dan parti politik.
P'raya kampus berlangsung di 15 universiti hari ini

  • Abdul Rahim Sabri & Zulaikha Zulkifli
  • 10:41AM Sep 25 2012
Kehangatan pilihan raya kampus sampai ke kemuncaknya hari ini dengan proses pengundian di 15 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta bermula pagi ini.

Keputusan yang dijangkan diperoleh hujung petang ini bakal menjawab persoalan sama ada Pro-Mahasiswa mampu mengekalkan penguasaan di tiga kampus utama di Lembah Klang.

Atau, apakah Pro-Aspirasi mampu kembali berkuasa, sekali gus mengukuh 'cengkaman' dan prestasi mereka di kampus berkenaan?

Di Universiti Malaya (UM), sebanyak 18 pusat pengundian dibuka pada jam 9 pagi untuk 22,822 mahasiswa Universiti Malaya yang berdaftar bagi memilih anggota Majlis Perwakilan Mahasiswa bagi sesi 2012/2013.

NONEPusat pengundian tersebut dibuka di semua 12 kolej kediaman, Akademi Pengajian Melayu, Fakulti Alam Bina, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Fakulti Perubatan dan Fakulti Sains.

Sebanyak 43 kerusi dipertandingkan yang merangkumi sembilan kerusi umum dan 34 kerusi fakulti. Sebanyak 17 calon bertanding merebut kerusi umum, dan 53 calon fakulti.

Tinjauan Malaysiakini di pusat pengundi mendapati proses pengundian berjalan tenang dan lancar. Kelihatan juga para mahasiswa sedang menunaikan tanggungjawab membuat pengundian secara elektronik (e-undi).

NONESetakat jam 10.05 pagi ini, seramai 1,317 atau 5.72 peratus mahasiswa keluar mengundi di seluruh UM.

Peratus pelajar keluar mengundi pada sesi lalu adalah sebanyak 67.11 peratus.

Pusat pengundian akan ditutup jam 5 petang dan keputusan pengundian bakal diketahui seawal jam 6.30 petang.

Sebanyak lebih 15 institut pengajian tinggi awam dan swasta hari ini mengadakan pilihan raya kampus masing-masing termasuk di Universiti Malaya (UM).

UKM batal kuliah pagi
Sementara itu, di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kuliah di sebelah pagi dibatalkan bagi memudahkan pelajar membuang undi.

Ketua Pusat Pembuangan Undi Kolej Keris Mas (KKM), Prof Dr Shahidan Radiman berkata, seawal 9 pagi lagi pelajar telah mula membuang undi di kolej kediaman masing-masing serta di Pusanika, UKM.

Shahidan juga berkata, pembatalan kuliah itu juga bertujuan menggalakkan pelajar untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya kampus.

"Dari pagi sehingga sekarang, semua berjalan lancar. Kuliah di waktu pagi memang dibatalkan.

"Kita batalkan memang untuk galakkan pelajar mengundi. Pegawai pilihan raya juga akan buat pengumuman di setiap kolej sebanyak tiga kali untuk ingatkan pelajar supaya keluar mengundi," katanya ketika ditemui Malaysiakini.

Pemilihan pilihan raya kampus UKM tahun ini melibatkan sebanyak 19 kerusi bagi Fakulti manakala sebanyak lima kerusi dipertandingkan bagi kerusi umum.

Bagaimanapun, sebanyak lima kerusi Fakulti telah dimenangi tanpa bertanding iaitu Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Pendidikan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Fakulti Farmasi dan Fakulti Perubatan.

Waktu pengundian bermula jam 9 pagi dan tamat pada jam 5 petang ini.

Seterusnya penjumlahan undi bagi keseluruhan akan dibuat di Dewan Gemilang, UKM bermula jam 8 malam.

Selain itu, sehingga jam 1 petang tadi, menurut Shahidan peratusan pelajar yang keluar mengundi ialah sebanyak 60 peratus.

Katanya, peratusan itu semakin meningkat berbanding tahun lalu iaitu sebanyak 50 peratus sahaja.

"Kali ini kita tengok ada peningkatan. Sasaran kita tahun ini ialah sebanyak 60 peratus pelajar keluar mengundi. Dan setakat ini, sasaran kita tercapai," katanya lagi.
Nasha gesa LGE tarik balik kenyataan tolak hudud

  • Aidila Razak
  • 5:17PM Sep 25 2012
Ahli politik PAS, Nasharuddin Mat Isa menggesa Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memohon maaf kerana dilaporkan sebagai berkata DAP menentang undang-undang hudud kerana ia "bercanggah dengan semangat Pakatan Rakyat".

pas muktamar 130610 nasharuddin mat isa 1Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, Ahli Parlimen
Bachok itu berkata Lim harus "menarik balik kenyataan tersebut" kerana hudud adalah "wajib bagi umat Islam, bukan pilihan".

Kenyataan Lim itu, tambahnya, melemahkan semangat Pakatan Rakyat, sambil menegaskan bahawa hudud adalah asas kepada perjuangan PAS dan menurutnya, DAP sudah pun mengetahuinya sejak awal lagi.

Menurutnya, parti-parti Pakatan -  PAS, DAP dan PKR - telah berjaya bekerja bersama-sama dalam banyak isu tetapi hudud nampaknya seperti "diketepikan".

Nasharuddin, menegaskan bahawa apa yang dikatakannya itu juga
konsisten dengan pendirian Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

NONEDitanya sama ada beliau menjangka akan berdepan dengan tindakan disiplin kerana komennya itu, bekas timbalan presiden PAS itu berkata beliau hanya menyatakan prinsipnya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Lim telah menegaskan bahawa hudud bukanlah sebahagian daripada dasar Pakatan.
Guan Eng: Nasha macam ejen Umno

  • Ahmad Fadli KC
  • 6:21PM Sep 25 2012
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata mantan timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa bersikap seperti ejen Umno apabila mengambil pendirian yang berubah-ubah dalam isu pelaksanaan hukum hudud.

Sedangkan, Nasha tidak ada masalah dengan pendirian DAP tentang hudud sewaktu beliau memegang timbalan presiden PAS, kata Lim.

NONE"Sewaktu beliau jadi timbalan presiden PAS, tiada masalah (dengan DAP). Sekarang bila sudah tak jadi timbalan presiden PAS macam ejen Umno, cakap lain pula.

"Mengapa sekarang (bila) tak jadi presiden PAS timbul masalah?," kata Lim ketika ditemui pemberita di bangunan Parlimen hari ini.

Lim seterusnya mencabar Nasharuddin agar mendapatkan penjelasan dari Umno berhubung pendirian mereka tentang pelaksanaan hukum hudud.

"Mungkin beliau harus tanya soalan ini kepada Umno, apa pendirian mereka tentang hudud?," kata MB Bagan itu.

Nasharuddin dalam sidang medianya pagi tadi menggesa Guan Eng memohon maaf kerana didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa DAP menolak hudud.

MP Bachok itu menimbulkan gesaan tersebut berdasarkan satu laporan Utusan Malaysia hari ini yang memetik kenyataan Lim bahawa hudud bukan sebahagian daripada dasar bersama Pakatan Rakyat.

NONENasharuddin gagal mengekalkan jawatan timbalan presiden dalam pemilihan PAS yang lalu.

Jawatan itu kini disandang Mohamad Sabu sementara seorang lagi calon, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilantik sebagai ketua penerangan PAS.

Nasharuddin kemudiannya dilihat mesra dengan Umno dan sering mengeluarkan kenyataan yang mengkritik DAP kerana menolak pelaksanaan hudud.

Malah, beliau turut membuat kenyataan melalui stesen TV3 supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat kerana pengerusi DAP Karpal Singh berkeras menolak pelaksanaan hudud.

Kenyataannya itu menyebabkan beliau dirujuk beberapa kali ke mesyuarat pimpinan tertinggi PAS, namun presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam mesyuarat terakhir majlis syura ulama parti itu pada awal bulan ini mengumumkan bahawa Nasharuddin kekal dalam parti itu.
Tinjauan: Populariti Najib merosot
4:55PM Sep 25 2012
Populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merosot tiga peratus daripada 61 kepada 58 peratus pada bulan ini berbanding beberapa bulan sebelum ini.

Tinjauan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaysia (UMCEDEL) itu membandingkan populariti Najib antara 31 Mac hingga 15 April dengan tempoh terkini antara 1 hingga 16 September lalu.

NONEPerkara yang dinilai UMCEDEL antaranya, sifat mesra rakyat, kewibawaan pentadbiran, kecekapan pengurusan ekonomi, keperibadian terhormat dan imej di peringkat antarabangsa.

Secara perbandingan, terdapat penurunan sambutan terhadap transformasi yang dilakukan Najib, menurut tinjauan itu lagi.

Walaupun BN semakin berpengaruh di Kelantan, secara keseluruhannya berlaku penurunan keyakinan bahawa parti itu akan terus menguasai Putrajaya selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

"Isu berkaitan dengan NFC, Lynas dan integriti pemimpin Umno/BN masih merupakan faktor yang boleh menggugat sokongan pengundi kepada BN dalam PRU Ke-13," ringkasan eksekutifnya dipetik

Terdapat sokongan yang tinggi supaya Najib berdebat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
UM: Pro-M menang 20, hilang tiga kerusi

  • Abdul Rahim Sabri & Zulaikha Zulkifli
  • 6:50PM Sep 25 2012
Kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Malaya berjaya mempertahankan 20 daripada 23 kerusi yang dimenanginya dalam pilihan raya kampus tahun lalu.
Bagaimanapun, pada keseluruhannya pro-M mendapat kerusi terbanyak, diikuti pro-Aspirasi yang kini dikenali sebagai Penggerak Mahasiswa (19) dan calon bebas (2).
Kedudukan dua lagi kerusi -  masing-masing satu di fakulti sains dan teknologi maklumat dan fakulti pendidikan - di mana calon mendapat undi sama banyak, akan ditentukan esok.
"Oleh itu jawatankuasa pemilihan akan membuat keputusan mengenai perkara itu esok," kata seorang pegawai yang enggan namanya disebut.
Sebanyak 43 kerusi dipertandingkan di kampus Universiti Malaya tahun ini - bertambah dua kerusi daripada tahun lalu.
Ia terdiri daripada sembilan kerusi umum dan 34 kerusi fakulti. 
Sementara itu, Berdasarkan laman sosial Facebook Penggerak Mahasiswa, kumpulan itu memenangi 19 kerusi manakala bebas menang dua kerusi.
Sementara itu, di Universiti Putra Malaysia (UPM), kumpulan pro-Aspirasi memenangi 17 kerusi, manakala kumpulan serpihannya - Siswa Penggerak Universiti (SPU) mendapat 13 kerusi.

SPU baru diwujudkan tahun ini. Sebelum ini, pro-A memenangi 32 kerusi dalam pilihan raya kampus tahun lalu.

Sementara itu, kumpulan pro-M memenangi tujuh kerusi - dan gagal mempertahankan empat lagi kerusi umum yang dimenanginya tahun lalu.

Manakala sepuluh  kerusi dimenangi oleh calon Bebas.
Sebanyak 47 kerusi - 11 kerusi umum dan 26 kerusi Fakulti - dipertandingkan tahun ini.
Sementara itu, keputusan pilihan raya kampus Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ditangguhkan kerana masalah teknikal.
Ini berikutan ini jumlah undi yang direkodkan didapati melebihi jumlah pelajar yang keluar mengundi hari ini.
Berikutan itu, jawatankuasa pemilihan akan mengesyorkan kepada Dewan Senat UIA supaya pilihan raya kampus yang baru diadakan secara manual.
Manakala pengiraan pilihan raya kampus bagi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dijangka bermula jam 11 malam ini.

Rapid Pengerang: Mantap persoal ambil tanah penduduk

Anis Nazri, 25 Sep 2012

KUALA LUMPUR: Badan Bertindak Pengambilan Tanah Pengerang (Mantap) mempersoalkan tindakan kerajaan negeri Johor yang tidak menggunakan tanah miliknya sendiri bagi tujuan pembangunan loji bersepadu penapisan, minyak dan petrokimia (Rapid).

Pengerusi Mantap, Salahuddin Ayub berkata tanah milik kerajaan negeri yang terletak hanya 10 kilometer dari tanah penduduk itu lebih luas dan tiada sebarang pembangunan dilakukan.

"Mengapa kerajaan negeri tidak menggunakan tanah tersebut untuk projek Rapid ini, sebaliknya mengambil tanah penduduk yang mengakibatkan mereka kehilangan segala-galanya," soal beliau pada sidang media, di lobi parlimen, hari ini.

Tegas beliau, Mantap tidak menolak sebarang pembangunan yang diinginkan kerajaan, namun harus melihat kepentingan dan hak penduduk yang terlibat dengan pembangunan itu.

Katanya, tiada sebarang faedah dinikmati penduduk dengan pembangunan tersebut apabila mereka terpaksa meninggalkan kampung yang telah diterokai lebih 100 tahun.

Ahli parlimen Kubang Kerian itu juga berkata, beliau melalui Mampat yang dipengerusikannya itu akan berjuang bagi memastikan penduduk yang terlibat mendapat jaminan yang lebih baik dari kerajaan negeri.

Sementara itu, Penggerak Institut Peduli Rakyat, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin, berkata setiap pembangunan yang dilakukan sepatutnya meningkatkan kehidupan masyarakat.

Jika masyarakat tidak didahulukan, tegas beliau pembangunan yang dijalankan itu tidak memberi faedah kepada rakyat.

"Alasan pembangunan untuk memberi faedah kepada penduduk. Dalam hal ini, mana faedah yang mereka dapat sebab mereka sudah tidak menetap di situ?" soal beliau.

Projek Rapid Petronas tersebut membabitkan tanah seluas 22 500 ekar yang melibatkan 10 buah kampung dengan penduduk seramai 28 050 orang.

Ekoran terdapat tentangan berkaitan projek tersebut, PAS Pusat bertindak menggerakkan satu task-force yang dinamakan Mantap sejak dua minggu lalu bagi memperjuangkan isu tersebut.

Pada sidang media itu juga, Salahuddin menerima memorandum  daripada sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuang isu Rapid, Pengerang Prihatin, oleh pengerusinya, Anis Afida Mohd Azli.

Memorandum yang ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengkaji dan menangguhkan projek tersebut bagi meneliti kembali kepentingan penduduk terbabit.
42 peratus Cina yakin hudud adil untuk semua
5:39PM Sep 25 2012
Ketika masyarakat Cina dikatakan fobia dengan cadangan pelaksanaan hudud oleh PAS, tinjauan Universiti Malaya (UM) mendapati sebanyak 42 peratus responden etnik itu percaya undang-undang Islam itu mampu menjanjikan keadilan kepada semua.

Hasil tinjauan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) itu juga mendapati sebanyak 26 peratus responden India dan 62 peratus responden Melayu berkongsi pandangan sama.

"Terdapat keyakinan terhadap pelaksanaan hukum hudud dalam kalangan orang Melayu, namun masih terdapat keraguan terhadap cadangan pelaksanaannya dalam kalangan orang bukan Melayu," ringkasan kajian itu dipetik.

Dapatan mengejutkan itu dijalankan baru-baru ini melibatkan 25 peratus (385 orang) responden Melayu, sebanyak 68 peratus (1,041) Melayu dan 7 peratus (110) India.

Sebanyak 41 peratus responden masyarakat Cina pula menjawab "ya" apabila ditanya adakah perlaksanaan hudud mampu menghalang jenayah daripada berleluasa.

Bagaimanapun, sebanyak 51 peratus masyarakat itu merasakan hudud tidak boleh dilaksanakan di negara ini kerana masyarakatnya yang berbilang bangsa dan agama.

Royalti: Kelantan ada hak batal perjanjian - peguam

Aslani M, 25 Sep 2012

KOTA BHARU: Seorang peguam, Muhammad Faizal Che Yusof berhujah kerajaan Kelantan berhak membatalkan dan menamat perjanjian dengan Petronas kerana ada perlanggaran undang-undang kontrak.

Beliau berkata, secara jelas berlaku rescind the contract apabila Petronas gagal membayar royalti sebagaimana dipersetujui dalam perjanjian yang ditandatangani 9 Mei 1975.

Katanya, Petronas telah memecah janji atau repudiate the contract.

“Justeru itu pihak-pihak iaitu Petronas dan Kelantan dalam hal ini tiada lagi sebarang tanggungjawab sebagaimana ditetapkan dalam perjanjian 1975.

“Dengan erti kata lain, Petronas tiada lagi hak untuk memasuki kawasan perairan dan daratan Kelantan untuk meneroka sumber minyak,” katanya di sini.

Pada 2, 3 dan 4 Oktober ini akan berlangsung perbicaraan kes saman kerajaan Kelantan terhadap Petronas di Mahkamah Persekutuan di Istana Kehakiman, Putrajaya.

Sempena perbicaraan tersebut Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R) akan mengadakan konvoi beramai-ramai ke Putrajaya.

Muhamad Faizal seorang peguam hak asasi berkata, kerajaan Kelantan boleh memohon pengisytiharan mahkamah terhadap ketidakesahan perjanjian tersebut.

Ini kerana kata beliau undang-undang paling asas dalam sesuatu kontrak menyatakan bila mana salah satu pihak gagal memenuhi tanggungjawab dalam perjanjian, ia dikatakan telah pecah kontrak atau repudiate.

“Tindakan ini membangkitkan hak kepada pihak yang satu lagi untuk rescind the contract iaitu mengambil tindakan untuk membatalkan terus perjanjian yang dipersetujui,” katanya.

Menurutnya kerajaan Kelantan berhak untuk memutuskan dengan apa jua cara bagi meneroka dan mencari gali minyak di kawasan daratan dan perairan Kelantan dengan cara sendiri.

(Ikuti pendedahan lanjut dalam Harakah cetak edisi akan datang)

Bajet 2013 pastinya bajet pilihan raya

Dr. Rosli Yaakop, 25 Sep 2012
PM Datuk Seri Najib Razak dijadual membentangkan Bajet 2013 pada Jumaat ini, 28 September 2012, bajet yang keempat bagi beliau sejak memegang jawatan PM merangkap MK mulai April 2009. Oleh kerana PRU13 mesti diadakan sebelum berakhirnya setengah tahun pertama 2013, maka ini adalah bajet terakhir yang beliau bentangkan sebelum PRU13. Selepas itu, tiada kepastian beliau akan kekal sebagai Perdana Menteri kerana kemungkinan UMNO-BN akan kehilangan kuasa. Bahkan, sekiranya UMNO-BN kekal berkuasa sekali pun, belum pasti lagi Perdana Menteri Malaysia adalah Najib jika sasaran memulihkan dua pertiga majoriti UMNO-BN gagal dicapai dan Selangor gagal dikembalikan ke pangkuan UMNO-BN.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri berkomplot untuk mengambilalih teraju pimpinan negara. Penyokong utama beliau termasuklah mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Muhamad dan mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin. Malah, ada sumber yang menyebut bahawa Mahyuddin sedang ditolak kehadapan supaya menggantikan Najib sebelum PRU13 diadakan kerana Najib dan isteri beliau, Datin Sri Rosmah Mansur merupakan beban berat yang dipikul UMNO sekarang yang padahnya boleh membawa kekalahan.

Bila UMNO-BN hilang kuasa dua pertiga majoriti dalam PRU12 (2008), mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi dipersalahkan. Sekiranya UMNO-BN hilang lebih banyak kerusi dalam PRU13 ini, maka Najib akan dipersalahkan. Mengambil pengajaran dari PRU12, UMNO tidak mahu menungggu “nasi telah menjadi bubur” baru mahu bertindak. Bermain “blame game” ketika UMNO-BN telah hilang kuasa tiada gunanya. Thesis “buang Najib jika UMNO-BN hendak menang dalam PRU13” sedang diletakkan di peringkat ujian makmal sekarang dan sekiranya ia lulus ujian, maka sinario baru yang bakal muncul ialah PRU13 hanya akan diadakan selepas jawatan Perdana Menteri Malaysia bertukar tangan. Ini bermakna, parlimen hanya akan dibuburkan setelah cukup lima tahun, satu rekod baru.

Tidaklah sukar bagi sesiapa pun untuk meramalkan bahawa bajet 2013 ini semestinya bajet pilihanraya.  Misalnya, Justin Wood, ketua ahli ekonomi kepada “Economist Corporate Network” (ECN) melihat Bajet 2013 berwajah bajet pilihan raya yang mengandungi umpan-umpan untuk memancing undi.

Ada telahan sebaik sahaja bajet 2013 dibentangkan, parlimen akan dibubarkan dan tarikh PRU13 diumumkan, berkemungkinan seawal bukan November.  Ini tidak pasti. Yang pasti ialah tempoh parlimen tamat pada 8 Mac 2013. Ini bermakana, PRU13 pastinya akan berlangsung pada  bila-bila masa dalam tempoh enam bulan selepas bajet 2013 dibentangkan. Ada jenaka bahawa selepas pembentangan bajet 2013, jawatan Perdana Menteri akan beralih tangan dahulu, kemudiannya barulah diadakan PRU13.

Perancangan awal  kerjaaan UMNO-BN ialah untuk mengadakan PRU13 sebaik-baik sahaja bajet 2012 dibentangkan pada 7 Oktober 2011 yang lalu. Ianya ditunda kerana kerajaan tidak yakin ia boleh mancapai sasaran yang ditentukan, iaitu, menang besar (mengembalikan majoriti dua pertiga di dalam parlimen) sekiranya PRU13 diadakan se awal bulan November atau Disember 2011. Selepas itu, laporan perisikan (dari Cawangan Khas Polis, Perisikan Tentera dan Laporan KEMAS) yang diterima oleh Perdana Menteri secara berkala terus menerus menunjuk ke arah UNMO-BN akan hilang kuasa “jika PRU13 diadakan sekarang” menyebabkan Perdana Menteri merasa gentar untuk menetapkan tarikh piliharaya. Laporan perisikan yang menunjukkan bahawa UNMO-BN bakal menepuh laluan yang semakin sukar untuk mempertahankan kuasa apatah lagi untuk mencapai sasaran mengembalikan majoriti dua pertiga menyebabkan PRU13 sudah tertangguh hampir setahun. Berdepan dengan suasana yang genting ini, kerajaan UMNO-BN tiada jalan lain kecuali menggunakan sepenuhnya bajet 2013 sebagai alat untuk membeli undi. Oleh itu, bajet 2013 adalah adik kembar kepada bajet 2012. Wajah mereka serupa, iaitu, wajah bajet pilihan raya. Tawaran-tawaran yang terkandung dalam bajet 2012 bakal diulang dalam bajet 2013, malah, dimaniskan lagi merangkumi kesemua segmen pengundi.  Fokusnya ialah untuk membeli undi bukan menjana pertumbuhan ekonomi yang lestari.

Kerajaan akan berbelanja lebih besar dan dalam masa yang sama mengurangkan beban cukai untuk meningkatkan pendapatan bolehguna rakyat dan merangsang pelaburan. Penurunan cukai ini hanya langkah “one-off” untuk membeli undi. Kalau UMNO-BN menang lagi (minta dielakkan), rakyat akan didera dengan cukai GST. Infrastruktur untuk melaksanakan GST sudah sedia.

Defisit belanjawan akan berterusan untuk tahun yang keduabelas, satu rekod baru.

Berikut adalah contoh umpan-umpan - dalam bentuk “bayaran sekali sahaja” dan projek “mi segera” untuk memberi minyak pelincir kepada jentera piliharan raya UMNO-BN - yang bakal disuakan kepada rakyat Malaysia dalam bajet 2013.

Pertama, pemberian wang tunai sekali sahaja (one-off cash payment) sebanyak RM500 kepada ketua isirumah berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah akan diteruskan.  Kedua, membuat peruntukan yang lebih besar untuk program-program kebajikan sosial dan jaring keselamatan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Ini khususnya memandangkan Menteri kepada kementerian ini adalah Perdana Menteri sendiri.  Dijangka Menteri Kewangan akan menunjukkan sikap pemurah yang luar biasa kepada kaum wanita, golongan pengundi terbesar (lebih 50% dairpada jumalah pengundi).

Ketiga, peruntukan lebih besar bakal disediakan untuk langkah-langkah membanteras jenayah dan meningkatkan keselamatan dan ketenteraman awam. Keempat, memandangkan kerajaan telah pun menerbitkan Pelan Induk Pendidikan Negara (2013-2025), adalah dijangkakan bahawa peruntukan untuk sektor pendidikan akan dibesarkan lagi dalam bajet 2013 ini. Mungkin usul pelajaran percuma ada dalam bajet 2013 ini.

Kelima, peneroka Felda dijangka dibayar RM5,000 lagi, iaitu, baki daripada RM15,000 durian runtuk yang dijanjikan kepada lebih dari 100,000 orang peneroka Felda di seluruh negara memandangkan undi peneroka dan ahli keluarga mereka adalah simpanan tetap bagi UMNO dalam PRU13 ini. Selain daripada itu, kerajaan dijangka menyediakan pinjaman berterma mudah kepada peneroka untuk membeli saham FGVHB sebanyak 830 unit yang diperuntukkan kepada mereka memandangkan ramai peneroka yang tidak mampu membiayai pembelian itu. Satu skim pembiayaan perumahan untuk peneroka juga bakal diperkenalkan.

Keenam, memandangkan pengundi di Sabah dan Sarawak merupakan simpanan tetap bagi UMNO-BN, boleh dijangkan bahawa kedua-dua negeri ini akan menerima peruntukan pembangunan yang lebih besar. Perkembangan yang berlaku di Sabah dan Sarawak yang tidak memihak kepada kerajaan UMNO-BN sejak kebelakangan ini memberi isyarat bahawa rakyat kedua negeri ini sudah bersedia untuk berubah sekiranya ketidakseimbangan pembangunan antara wilayah tidak ditangani segera.  Deklarasi Kuching (diumumkan pada 16 September 2012) yang menggariskan tujuh komitmen Pakatan Rakyat untuk membela rakyat Sabah dan Sarawak menyebabkan UMNO-BN terus tertekan. Di bawah “Perkara 6: Keadilan Dalam Isu Minyak” di dalam Deklarasi itu Pakatan Rakyat memberi komitmen “akan menaikkan bayaran royalti ke atas petroleum dan sumber hidrokarbon kepada Sarawak dan Sabah dari 5% ke 20%.”  Penganalis berpandangan, Perdana Menteri bukan sahaja akan menciplak Perkara 6 ini tetapi akan menciplak kesemua tujuh perkara di dalam Deklarasi Kuching itu. Kalau tidak, tabung simpanan tetap – 25 kerusi di Sabah dan 31 di Sarawak - akan pecah.  Kehilangan 50% kerusi sudah cukup untuk membawa padah buruk kepada UMNO-BN.

Ketujuh, pengundi luar bandar adalah juga simpanan tetap bagi UMNO-BN.  Dalam bajet 2012, kerajaan, antara lain, memperuntukkan RM5 bilion untuk pembinaan infrastruktur di kawasan luar bandar termasuk pembinaan jalanraya luar bandar. Dijangka program ini akan diteruskan dengan peruntukan yang lebih besar. Kerajaan dijangka mencurahkan wang – seperti mana yang disakukan dalam tahun 2012 - ke kawasan luar bandar dengan melaksanakan projek “mi segera” seperti menurap jalan, membaiki jambatan, membaiki dan mengecat semula bangunan awam seperti dewan orang ramai, balai raya, mesjid dan surai dan bangunan sekolah  Projek ini tidak akan ditender, sebaliknya akan dianugerahkan terus kepada ketua bahagian UMNO untuk membantu mereka menyediakan “minyak pelincir” kepada jentera pilihan raya.

Kelapan, kakitangan awam yang jumlahnya, menurut data yang didedahkan oleh Presiden CUEPACS, Dato’ Omar Osman, mencecah 1.4 juta orang, adalah segmen pengundi yang penting. CUEPACS baru-baru ini mengemukakan enam tuntutan, iaitu, sekim baru  saran kakitangan menggntikan sistem saraan baru yang telah dibatalkan kerana didapati menganaktirikan kakitangan bawahan dan melanggar prinsip kesaksamaan dan keadilan, menyediakan rumah mampu milik di Bandar-bandar, alaun sewa rumah yang lebih tinggi,  bonus tambahan, menyerap 45,000 kakitangan awam sementara ke dalam perkhidmatan tetap dan menghidupkan semual Majlis Bersama Antara Jabatan yang telah dimansuhkan. Tentunya, kakitangan awam mahu melihat kesungguhan kerajaan di dalam membela nasib dan menjamin masa hadapan yang lebih cerah bagi kakitangan awam dan pembaikan mutu perkhidmatan awam yang berterusan. Jika langkah yang drastik tidak dilaksanakan bagi meningkatan pendaptan kakitangan awam, adalah dikhuatiri bila mana Malaysia mencapai taraf Negara maju dengan pendapatan per kapita USD15,000 (RM48,000 atau RM4,000 se bulan seorang), sebilangan besar kakitangan awam bakal tergolongan di dalam golongan rakyat termiskin.

Kerajaan selama ini boleh bebelanja besar kerana ada dana dariapda Petronas. Hampir 35% sumber pembiayaan datang dari Petronas dan ini, dalam jangka panjang, tidak boleh dikekalkan. Sebab itu kerajaan memang beria-ia untuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).  Kumpulan Wang Antarabangsa (IMF) sudah menasihati kerajaan Malaysia supaya melaksankan GST tanpa bertangguh-tanguh lagi. Buat masa ini kerajaan memang tidak berani untuk melaksankannya kerana takut ia akan menimbulkan kemarahan rakyat dan boleh membawa padah kehilangan kerusi. Kalau GST tidak dilaksanakan, ruang untuk kerajaan menambahkan hasil cukai akan kekal terhad. Pelaksanaan GST bakal meningkatkan beban cukai ke atas rakyat kerana GST itu seumpama pukat harimau melalui mana lebih ramai rakyat yang akan dilitupi oleh jaringan cukai.  Betulkah cukai di Malaysia tinggi?  Ya, secara perbandingan cukai di Malaysia tinggi. Lihat perbandingan Nisbah Hasil Cukai kepada KDNK (2007-2010):


Negara
%
1 Malaysia
14-16
2 Singapura
13-14
3 Indonesia
11-13
4 Thailand
15-16
5 Filipina
12-14
6 Kemboja
9-11
7 Hong Kong
12-14
8 Amerika Syarikat
8-12
9 China
9-10
10 India
9-11
Sumber: The World Bank (http://data.worldbank.org)

Cukai pendapatan syarikat di Malaysia (25%) dan cukai pendaptan individu (0-26%) lebih tinggi berbanding Singapura (17% dan 3 - 20%) dan Hong Kong (16.5% dan 0 - 15%).  Lihat pula cukai ke atas kenderaan. Ia cukup tinggi, menyebabkan harga kenderaan tinggi, tidak sejajar langsung dengan harga pasaran kenderaan dunia. Sebab harga kenderaan tinggi ialah dasar perlindungan industri otomobil (melindungi Proton dan Perodua), sistem AP yang tidak efisien, pertandingan terhad dan cukai eksais yang tinggi (60-105%) ditambah cukai jualan (10%).

Model Kereta Harga di AS (persamaan RM) Harga di Malaysia (RM) Kali Ganda
‘09 BWW535i Sedan
178,000
450,000
2.53
‘09DMW328i 2door Co
155,369
460,000
3.00
‘09Audi A4 2door 2.OT CaCo
142,357
265,000
1.90
‘09VW GT1 2.OT
85,000
200,000
2.50
‘010 Toyota Camry 2.4L
69,396
170,000
2.45

Harga di I’dsia (persamaan RM)
Harga di Malaysia (RM)
Kali Ganda
Toyota Altis
46,000
112,000
2.43
Honda Jazz
36,000
108,00
3.00
Sumber:  Secret Weapon to Win (or Lose) the Next General Election – http//hornbillunleashed.wordpress.com

Jika harga kereta, misalnya, Honda Jazz diturunkan dari RM108,000 ke RM36,000 (sama seperti harga di Indonesia), ansuran bulanan boleh diturunkan dari RM1,500 sebulan ke RM500 sebulan, penurunan sebanyak RM1,000  sebulan ini samalah seperti memberi kenaikan gaji sebanyak RM1,000 sebulan. Oleh itu memang wajar cukai di Malaysia diturunkan. Kalau GST diperkenalkan, maka cukai-cukai yang lain harus dikurangkan. Singapura, misalanya berbuat demikian. Kalau tidak beban cukai ke atas rakyat akan bertambah.

Terlalu banyak ketirisan dalam bajet negara melalui rasuah, pembelonan harga perolehan kerajaan dan kos projek dan pengurusan bajet yang lemah dan tidak berdisplin. Bebannya rakyat yang tanggung. Sudah sampai masanya bajet negara diubah.

Tarikh PRU13: Buat terus jangan sekadar cakap

Harakahdaily, 25 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kecewa dengan sikap kerajaan yang masih meletakkan 'penetapan tarikh pilihan raya' hanya sebagai cadangan.

Ketua Pengarah Jabatan Pilihanraya DPPM, Mohd Sany Hamzan berkata, kenyataan terbaru Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz semalam juga masih bersifat awang-awangan sedangkan kerajaan BN mempunyai kuasa memutuskan perkara itu.

Beliau mengulas kenyataan Mohamed Nazri semalam supaya pilihan raya umum diadakan hanya selepas tempoh mandat pentadbiran kerajaan sedia ada mencukupi lima tahun.

Bagaimanapun kenyataan itu menurut Nazri hanya bersifat cadangan dan belum tentu akan dilaksanakan.

"Suatu fenomena yang cukup mengejutkan dan mengaibkan. Dengan kuasa yang ada di tangan pemimpin Umno dan Barisan Nasional sekarang ini, maka kenapa masih bertangguh lagi untuk melaksanakannya," kata Mohd Sany.

Menurutnya, isu penetapan tarikh pilihan raya sehingga kini menjadi ‘talian hayat’ untuk Umno dan Barisan Nasional melaksanakan eksperimen sokongan rakyat kepada mereka.

Lebih-lebih lagi katanya, kenyataan tidak bertanggungjawab Perdana Menteri baru-baru ini yang cukup seronok melihat orang ramai berspekulasi tentang tarikh pilihanraya adalah cukup biadap dan amat memalukan.

Baginya, Umno dan Barisan Nasional telah berjaya melahirkan insan-insan pemimpin yang berjiwa pengecut dan penakut, yang hanya mengangguk bersetuju dengan arahan ‘bos’ mereka walaupun perkara yang dipersetujui itu berlawanan dengan hasrat dan keperluan rakyat.

"Sebenarnya (mereka) tidak ubah seperti ular yang bercabang lidahnya.

"Pepatah orang dahulu kata “ di mana ada kemahuan di situ ada jalannya”, perlu dijadikan misi utama pemimpin Umno dan Barisan Nasional untuk merealisasikan hasrat melakukan perubahan dan pembaharuan di dalam sistem pilihanraya di negara ini," katanya.

Parlimen bahas usul filem hina Nabi petang ini

Hazayani Zakaria, 25 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini bersetuju membahaskan usul untuk membincangkan isu filem kontroversi, “Innocence of Muslims” yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 itu dikemukakan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub semalam.

Timbalan Yang Dipertua, Datuk Ronald Kiandee berkata, usul tersebut merupakan perkara tertentu, mempunyai kepentingan awam dan perlu disegerakan.

Ianya akan mula dibahaskan jam 4.30 petang ini.

"Dewan akan menangguhkan sidang mesyuarat ja 4.30 petang ini bagi memberi laluan kepada ahli yang berhromat membahaskan usul ini," katanya.

Salahudin yang juga Naib Presiden PAS dalam usulnya berkata, sudah lebih dua minggu isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW melalui filem itu membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia, yang bukan sahaja dibantah oleh orang Islam tetapi ianya turut dibantah oleh orang bukan Islam.

Menurutnya, filem tersebut telah menyinggung perasaan dan sensitiviti agama Islam kerana menyentuh batang tubuh Nabi Muhammad SAW.
Jumaat lalu, lebih 5,000 umat islam mengadakan himpunan di hadapan bangunan Kedutaan Amerika di ibu negara bagi menyatakan bantahan terhadap filem itu.

Himpunan anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia itu antara lain mendesak Amerika memohon maaf atas kebiadaban penerbit filem warganya itu dan menghentikan filem tersebut sekaligus mengambil tindakan tegas terhadap penerbitnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan