Selasa, 25 September 2012

HATI2 MANUSIA MILIK ALLAH...ALLAH BERKUASA ATAS HATI2 NI...ALLAH BOLEH BUAT APA SAJA YANG ALLAH KEHENDAKI...USAHALAH...DENGAN APA CARA PUN ...TERMASUK MENIPU...KALAU ALLAH KATA KALAH...MAKA KALAH..ADA SAPE2 YANG BOLEH LAWAN KEKUASAAN ALLAH SWT...TAK KAN SUAMI TAK RASA BERDOSA...ISTERI TAK TUTUP AURAT SEBAGAIMANA DIKEHENDAKI SYARAK...

Zahid Hamidi: 'Kita tak baca PRU13 tahun ini'
G MANIMARAN & NOOR AZURA SAHRIL
25 September 2012
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR – Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membayangkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak akan berlangsung tahun ini, lantas melenyapkan spekulasi pelbagai pihak kejutan, yang dinantikan, bakal berlaku November atau awal Disember ini.

Pandangan beliau juga memperkuatkan bayangan yang diberikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada jemaah haji Sabtu lalu, agar tidak bimbang dengan tarikh PRU13.

Penganalisis dan pemerhati politik berpandangan bahawa jika PRU13 tidak diadakan November ini, ia hanya akan berlangsung pada Februari atau Mac ini.

"Kita tak baca pilihan raya tahun ini... soalan akan datang, selepas ini, mengapakan, apa sebabkan?," kata beliau apabila ditanya soalan mengenai  bila berkemungkinan besar PRU13 akan diadakan.

Ini kerana menurut Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, Najib perlu dan masih boleh menggunakan sepenuhnya mandat  lima tahun pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Mandat Kerajaan Pusat akan berakhir 28 April 2013.

"Tak salah bagi dia (Najib) pergi (gunakan) hingga tempoh penuh. Salah? Tak salah. Nak dapatkan mandat? Tidak! Dia ada mandat... dia gunakan mandat (yang ada)," kata beliau yang pertama kali dipilih sebagai Naib Presiden tiga tahun lalu," katanya lagi.

Mengenai persiapan sementara PRU13 semakin dekat, Zahid berkata, BN sudah bersedia dan begitu juga dengan parti-parti lain.

“Semua parti yang bertanding sudah pastinya  bersedia, dan mengaku realitinya. Tidak salah bagi Najib untuk mempergunakan mandat sepenuhnya tanpa perlu tergopoh-gopoh,” katanya dalam satu temu bual khas dengan Sinar Harian Online dan Sinar Harian di pejabatnya, semalam.

Pelbagai pihak sebelum ini termasuk pemerhati politik menjangkakan PRU berlangsung awal November ini berikutan telahan angka 11 adalah nombor kesukaan Najib.

Melontarkan pandangannya dengan tahap persediaan BN menghadapi PRU13, Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata, parti itu telah lama bersiap sedia.
PR nafi campur tangan asing
Wartawan Sinar Harian
25 September 2012
'Saya tak akan minta maaf kepada Shahrizat'
Datuk Saifuddin Nasution Ismail
SHAH ALAM - PKR menolak tuduhan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai wujudnya campur tangan kuasa asing membantu pembangkang dalam usaha menumbangkan kerajaan.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail berkata, tuduhan itu tidak berasas kerana perjuangan pembangkang adalah untuk memenuhi aspirasi rakyat dalam menuntut hak dan kepentingan mereka, bukan mengikut telunjuk pihak luar.

"Ini kenyataan terdesak Dr Mahathir yang takut BN hilang kuasa pada pilihan raya akan datang," katanya.

Menurutnya, tuduhan itu disuarakan kerana Umno semakin bimbang dengan kesedaran rakyat yang mahu melihat perubahan.

"Apa disebut Dr Mahathir itu adalah pandangan lapuk dan sudah tak relevan," katanya.

Menurutnya, jika Dr Mahathir mahu pandangannya diberi perhatian, beliau harus kemukakan bukti dan fakta.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Salahudin Ayub berkata, kenyataan Mahathir tidak lebih hanya gambaran ketakutan bekas Perdana Menteri itu jika negara ini bertukar kerajaan pada pilihan raya akan datang.

"Saya anggap dia tidak boleh terima kebangkitan rakyat. Kekuatan hari ini wujud kerana rakyat sudah semakin bijak. Dakwaan seumpama itu timbul kerana Dr Mahathir tidak sanggup melihat perubahan kepada negara ini. Kerana itu, dalam ucapannya hari-hari, perkara sama dibangkitkan," katanya.

Katanya, sejak awal lagi, Pakatan Rakyat (PR) jelas dengan manifesto dan masih dalam kerangka Perlembagaan serta akan mengekalkan sistem demokrasi sedia ada.

"Asas-asas itu akan tetap terpelihara. PR tidak akan mengizinkan mana-mana negara luar membentuk negara ini," katanya.
Calon Pro-M di UKM didakwa terima ugutan
JAMILAH HAMZAH
24 September 2012
Pilihan Raya Kampus.
Pilihan Raya Kampus.
KUALA LUMPUR - Sementara tinggal sehari menjelang pengundian, pilihan raya kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) didakwa kotor, antara lain kerana menerima ugutan bunuh oleh enam calon Pro-Mahasiswa.

Jurucakap Pro-Mahasiswa UKM, Ahmad Afif Zulkifli berkata, ugutan bunuh calon Pro-Mahasiswa diterima oleh ibu bapa masing-masing.

Menurutnya, dua laporan telah dibuat di Kedah dan Pulau Pinang.

"Saya tak tahu apa puncanya calon Pro-Mahasiswa UKM terima ugutan bunuh itu, mungkin ini daripada pihak yang tak mahu kami menang kerana keenam-enam calon itu adalah calon yang berpotensi," katanya.

Sebelum ini pun satu forum UKM dihadiri pemimpin kanan Umno bagi memastikan calon-calon Pro-Aspirasi menang, katanya kepada pemberita di ruang lobi Parlimen hari ini.

Pro-Mahasiswa dilaporkan telah pun menang tujuh kerusi tanpa bertanding pada hari penamaan calon Jumaat lalu.

Oleh itu, 21 kerusi masih diperlukan untuk menang pilihan raya kampus, yang menjadi rebutan antara kumpulan Pro-Mahasiswa dan Aspirasi.

Kedua-dua kumpulan itu dilihat mewakili senario politik negara peringkat kebangsaan.

Dalam pada itu, Presiden Ikatan Pengajian Islam, Mohd Azan Safar meminta Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (Hepa) supaya menafikan perkara yang berlaku tidak didalangi pihak tersebut.

Katanya, sebelum ini, pihak Hepa dilihat ligat mencari calon bagi kumpulan Aspirasi untuk bertanding dalam pilihan raya kampus kali ini.

"Kita sudah mendapat maklumat ada mahasiswa yang dipaksa untuk menjadi calon Kumpulan Aspirasi," katanya.

Tambahnya, cubaan pihak universiti mengenakan tindakan tegas terhadap calon Pro-Mahasiswa dianggap salah satu cara untuk mensabotaj kumpulan ini.

Pengundian pilihan raya kampus UKM dan 14 universiti akan berlangsung esok.
Aktres filem anti-Islam fail kes baru

25 September 2012
Cindy Lee Garcia
Cindy Lee Garcia
LOS ANGELES - Seorang aktres filem anti-Islam mahu memfailkan kes baru ke atas penerbit Innocence of Muslims di mahkamah persekutuan.

Cris Armenta, peguam Cindy Lee Garcia berkata, "hari ini kami akan menggugurkan kes di mahkamah peringkat negeri, tetapi kami akan memfailkan (kes baru) di mahkamah persekutuan."

"Anak guam saya ada tuntutan berkenaan hak cipta. Kami mahu tuntut perkara itu," katanya lagi.

Kesnya ke atas Google telah ditolak minggu lalu. Dia juga membawa kes ke atas penerbitnya.
Garcia menuduh penerbit filem itu, Nakoula Basseley Nakoula yang dipercayai turut menggunakan nama Sam Bacile, telah memperdayakannya sedangkan pada awalnya dia beranggapan bahawa hanya berlakon dalam filem berkisar cerita padang pasir.
"Tiada sebutan langsung berkenaan dengan nama 'Mohammed' ketika penggambaran atau dalam jalan cerita.
"Berdasarkan pengetahuan Garcia, tiada rujukan dibuat berkenaan dengan agama atau kandungan seksual," kata dokumen yang difailkan di Mahkamah Persekutuan Los Angeles.
Tuntutan yang difailkan juga mendakwa Nakoula, Google dan YouTube telah mencerobohi privasi, amalan bisnes tidak adil, dan menggunakan Garcia tanpa kebenaran dan mengakibatkan tekanan emosi yang disengajakan.
Peguam Nakoula enggan mengulas kes yang difailkan.
Kemalangan 3 lori, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Ipoh sesak hingga 10km
ROSDALILAH ZAHARI
25 September 2012
[DIKEMAS KINI] IPOH - Kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sejauh 10 kilometer akibat kemalangan membabitkan tiga lori di Kilometer 306 Lebuh Raya Utara- Selatan (hala utara), berhampiran Tapah-Gopeng, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 3.45 pagi itu, seorang kelindan lori yang membawa muatan barangan elektrik maut di tempat kejadian manakala pemandunya cedera parah.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Syahir Mohd., 24, berasal dari Bukit Katil, Melaka.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, mangsa yang parah pula telah dibawa ke Hospital Tapah untuk rawatan lanjut.

Kedua-dua mangsa yang tersepit dikeluarkan oleh anggota bomba yang bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan jam 3.47 pagi.

Setakat jam 8.30 pagi tadi, trafik dilaporkan masih sesak.

Syarikat pengendali lebuh raya, PLUS dalam mesej Twitternya menggesa agar orang ramai merancang perjalanan sebaik mungkin bagi mengelak kesesakan.
Nahas 10 kenderaan, 2 maut
AMRAN ALI & SITI SHAHROSAMIRAH SHAHARMAN
24 September 2012
Nahas 10 kenderaan, 2 maut
Keadaan kenderaan yang terbabit nahas di lokasi kemalangan, semalam.
AYER KEROH - Seorang pemandu lori maut selepas hampir empat jam tersepit di tempat duduk hadapan apabila lori dipandunya yang merempuh empat motosikal, tiga kereta dan dua lori di persimpangan Seri Negeri-Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa, R R Chandran, 47, maut di tempat kejadian bersama seorang lagi penunggang motosikal, R Mukeudan @ Mukundan, 62.

Nahas yang berlaku berhampiran Pasar Raya Mydin itu membabitkan 10 kenderaan itu turut mengakibatkan tiga cedera, termasuk seorang lelaki parah.

Difahamkan, lori terbabit melanggar kereta Perodua Kancil dari arah Plaza Tol Ayer Keroh menuju pusat bandar raya sebelum merempuh lapan kenderaan lain yang berhenti di lampu isyarat merah di laluan bandar raya menghala Plaza Tol Ayer Keroh.

Lori hadapi masalah brek

Kelindan lori yang terselamat dalam kejadian itu, N Balan, 30, berkata, sebelum lori yang dipandu Chandran melanggar kenderaan lain, dia menyedari lori yang dinaiki mempunyai masalah brek apabila lori tersebut meluncur laju ketika menuruni bukit menghala lampu isyarat.

“Saya yang terkejut kemudian terus menundukkan kepala dan beberapa saat selepas itu saya berasa hentakan kuat di bahagian hadapan.

“Apabila saya mendongak kepala, lori yang saya naiki kemalangan dan melihat Chandran sudah tidak bergerak. Ketika itulah saya segera menendang cermin hadapan lori untuk keluar,” katanya yang cedera kaki kanan.

Seorang lagi mangsa, S Yogananthini, 20, berkata, ketika kejadian dia bersama lima ahli keluarganya dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Kesang Damai, Jasin, berhenti di lampu merah persimpangan tersebut selepas keluar dari Pasar Raya Mydin.

“Kami yang menaiki kereta Iswara mahu balik ke rumah melalui Jalan Bemban berada di laluan kanan, sedang menunggu lampu merah di belakang kereta Honda City. Tiba-tiba sebuah lori yang datang dari arah Seri Negeri melanggar bahagian tengah antara kereta saya dan Honda City yang dipandu seorang wanita.

“Lori itu kemudian melanggar sebuah motosikal, namun penunggangnya sempat melompat meninggalkan motosikalnya sebelum merempuh dua lori dan beberapa motosikal yang lain,” katanya yang tidak mengalami kecederaan.

Seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Zul, 38, berkata, dia yang sedang memakir motosikal di bangunan Kota Cemerlang di sini, terdengar bunyi dentuman sebelum berlari ke tempat kejadian.

“Ketika sampai, saya lihat seorang lelaki sudah ditimbus tanah, seorang penunggang motosikal cedera parah, seorang wanita di dalam kereta Honda City, sebuah keluarga menaiki kereta Iswara dan seorang lelaki dalam keadaan 'nyawa-nyawa ikan' berada  antara dua lori dan Honda City,” katanya.

Empat jam keluarkan mangsa
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Lokman Hakim berkata, pihaknya mengambil masa hampir empat jam bagi mengeluarkan mangsa iaitu pemandu lori dedak yang maut akibat tersepit di bahagian pemandu.

Katanya, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian kira-kira jam 3.30 petang, sebelum mengerahkan seramai 24 anggota dari Balai Bomba Ayer Keroh dan Balai Bomba Bukit Katil ke lokasi terbabit.
“Bomba mengalami kesukaran iaitu kira-kira tiga jam setengah untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit antara lori. Mangsa hanya dapat dikeluarkan jam 6.40 petang,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, siasatan awal mendapati Chandran yang memandu lori dari arah bulatan Seri Negeri dipercayai terbabas sebelum melanggar sembilan kenderaan lain.
Menurutnya, siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan.
Vanidah Imran: Isu jatuh talak hanya salah faham
Wartawan Sinar Harian
25 September 2012
Vanidah Imran
Vanidah Imran dan Rashidi
Aktres, Vanidah Imram menganggap lafaz cerai yang berlaku di dalam filem Untuk Tiga Hari, hanyalah salah faham dan mohon tidak memanjangkan isu tersebut.
Vanidah yang mesra di sapa Vee turut meminta masyarakat menonton filem tersebut terlebih dahulu sebelum meletakan apa-apa spekulasi terhadap rumah tangganya.

"Saya minta maaf kerana tidak dapat memberi komen panjang mengenai perkara ini. Bagi mereka yang kurang jelas mengenai isu lafaz talak ini, seeloknya menonton filem ini terlebih dahulu," katanya yang mengulas nasihat Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria seperti dilaporkan sebuah akhbar semalam yang menggesa dia dan Rashidi hadir ke Jabatan Agama Islam berikutan lafaz
cerai yang diungkapkan dalam filem tersebut.

Menerusi filem Untuk Tiga Hari, Vanidah dan Rashidi masing-masing menjayakan watak Ujie dan Affin yang terpaksa membuat keputusan berkahwin untuk tiga hari dengan pasangan masing-masing kerana tidak mahu menghampakan keluarga, walaupun saling mencintai.

Affin (Rashidi) berkahwin dengan Juwita (Ayu Raudhah) manakala Ujie (Vanidah) berkahwin dengan Armi (Afdlin Shauki yang juga sutradara filem ini).

Bagaimanapun, pada hari ketiga Ujie mengambil keputusan untuk meneruskan perkahwinannya dengan Armi dan menganggap soal jodoh bukan soal yang boleh di buat main-main manakala Affin tetap menceraikan Juwita dengan talak tiga pada hari ketiga perkahwinan mereka.
Bagi yang mahu mengetahui keseluruhan filem yang diadaptasi dari novel berjudul sama karya Ahdiat Akasya masih sempat menonton filem ini yang masih ditayangkan di pawagam.
Lelaki berseluar dalam dibelasah
Wartawan Sinar Harian
25 September 2012
Lelaki berseluar dalam dibelasah
Lelaki terbabit cedera di bahagian kepala dan dibawa polis ke PPUM untuk rawatan lanjut.
PETALING JAYA – Gara-gara membuat kacau, seorang lelaki dibelasah selepas enggan beredar dari kawasan perumahan   di Damansara Jaya, malam kelmarin.
Lelaki yang hanya memakai seluar dalam itu pada mulanya mahu meminta makanan dari salah sebuah rumah namun dia tidak mahu beredar dan menyebabkan suasana menjadi kecoh.

Kejadian jam 10 malam yang berlaku di Jalan ss 22/39 itu bermula apabila lelaki berusia dalam lingkungan 30an terbabit  berdegil dan terus meminta makanan dari satu rumah ke satu rumah yang lain meskipun ditegah dari berbuat demikian.

Sumber polis berkata, penduduk yang berang kemudiannya bertindak membelasahnya sebelum polis tiba.

“Pemeriksaan mendapati lelaki itu tiada sebarang dokumen pengenalan diri dan apabila ditanya, jawapannya berubah-ubah serta memberitahu berasal dari Indonesia,” katanya.

Lelaki itu yang cedera di bahagian kepala dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)  untuk rawatan lanjut.
Isu hudud: Guan Eng dakwa Nasha tidak konsisten
JAMILAH HAMZAH
25 September 2012
Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng
KUALA LUMPUR - DAP menyatakan isu hudud yang diperjuangkan oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa tidak konsisten sebelum dan selepas beliau tidak lagi memegang jawatan itu.
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata ketika Nasharudin menjadi Timbalan Presiden Pas, beliau akur dengan pendirian DAP yang tidak memasukkan hudud dalam dasar Pakatan Rakyat (PR).
Menurutnya, pendirian bekas Timbalan Presiden Pas itu yang memperjuangkan hudud timbul selepas beliau tidak lagi memegang jawatan itu.
"Kita rasa pelik sedikit, sebelum ini semasa beliau jadi Timbalan Presiden Pas, beliau tidak ada masalah dengan pendirian DAP.
"Tapi bila beliau sudah tidak lagi pegang jawatan itu, beliau mula gesa kita untuk terima hudud dan mengapa sekarang ada pula masalah dengan pendirian kita mengenai hudud, dan kita kena bersikap konsisten," katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.
Semalam, DAP dikatakan sebulat suara menolak hudud.
Guan Eng menegaskan hukum hudud bukan dasar pakatan pembangkang.
"Dalam pakatan pembangkang, mana-mana parti boleh mempunyai pandangan yang berbeza tetapi hudud tidak berbangkit langsung sebagai dasar kita dan perkara itu jelas.
"Namun, kerjasama ini berdasarkan platform sama yang telah digariskan dengan jelas sekali," katanya.
Justeru Nasharudin menggesa DAP supaya memohon maaf diatas kenyataan yang dikeluarkan oleh parti itu.
Dalam pada itu, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, pendirian mengenai hukum hudud itu adalah konsisten dan tidak mempunyai sebarang perubahan.
Tambahnya, Nasharudin sepatutnya menanyakan pendirian hudud itu kepada Umno.
Kajian UM: Populariti Najib jatuh 3 peratus
Wartawan Sinar Harian
25 September 2012
Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13
[DIKEMAS KINI] SHAH ALAM - Kajian terbaru sebuah pusat pilihan raya Universiti Malaya (UM) menunjukkan populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengalami sedikit penurunan berbanding kedudukan Mac-April lalu.

Populariti Najib, yang dilihat sebagai faktor penentu dalam membawa Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berbanding prestasi 2008, telah susut daripada 61 peratus kepada 58 peratus.

Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM (Umcedel), Profesor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman menyifatkan penurunan itu "masih keci", tetapi sama ada ia "satu trend penurunan atau yang hanya bersifat sementara adalah satu persoalan."

"Walaupun di negara kita, kita masih menganggap paras 60 peratus sokongan sebagai satu kadar yang kecil, tetapi di peringkat antarabangsa, 60 peratus masih dianggap tinggi," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Beliau mengakui ada banyak yang membawa kepada penurunan itu termasuk orang ramai sudah lupa 'insentif' dan imbuhan yang diberikan di bawah Bajet 2012.
Ditanya mengenai tanggapan di kalangan BN bahawa Najib yang juga Presiden Umno, dilihat sebagai faktor penentu kemenangan pada PRU13 dan sama ada ia akan menjejaskan BN kelak, Redzuan mengakui perkara itu.

"Ya, Datuk Seri Najib perlu melakukan sesuatu untuk memikat kembali sokongan dan menaikkan populariti beliau sebelum PRU13," katanya lagi.
Oleh itu, beliau tidak menolak kemungkinan trend semasa akan naik semula memandangkan Najib akan mengumumkan Bajet 2013 Jumaat ini.
Kajian terbaru yang dikendalikan antara 1 dan 16 September ini antara lain meliputi ciri mesra rakyat, berwibawa dalam pentadbiran, mengurus ekonomi dengan cekap, keperibadian dihormati dan dikenali di peringkat antarabangsa.
Kali ini, Umcedel menggunakan 1,536 responden iaitu 1,041 pengundi Melayu, Cina (385) dan India (110).
Peratus populariti Najib ini masih di paras seimbang yang pernah diumumkan oleh beberapa kajian lain, antara Merdeka Center.
Kajian Umcedel juga bertanya kepada respondennya sama ada debat antara Najib dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar diadakan.
Seramai 72 peratus mengatakan pendirian ia wajar diadakan manakala 17 peratus mengatakan "tidak".
Jangkaan BN menang di Kelantan bertambah baik
Wartawan Sinar Harian
25 September 2012
Jangkaan BN menang di Kelantan bertambah baik
Kajian jangkaan BN menang pada PRU ke-13 di negeri Kelantan bertambah baik.
SHAH ALAM - Jangkaan bahawa Barisan Nasional (BN) akan menguasai semula Kelantan, yang ditadbir Pas sejak 1990, pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menunjukkan trend positif.

Penyelidikan kendalian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) menunjukkan bahawa peratusan jangkaan yang memihak kepada BN di Kelantan bertambah daripada 27 peratus pada Mac-April lalu kepada 32 peratus bulan ini.

Bagaimanapun sokongan jangkaan kepada Pakatan Rakyat (PR) khususnya Pas, yang mentadbir kerajaan negeri, susut tiga mata daripada 44 peratus kepada 41 peratus sepanjang tempoh itu.

Peratusan responden yang tidak pasti menurun kecil daripada 29 peratus kepada 27 peratus.

Perkembangan itu agak berlainan berbanding dua negeri yang dikuasai PR pada Pilihan Raya Umum 2008.

Kajian perbandingan ini dijalankan oleh pusat itu pada Mac-April dan dua minggu pertama bulan ini.

Pas memenangi Kelantan pada Pilihan Raya Umum 1990 dan sejak itu, Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi Menteri Besar.

Jangkaan BN menang PRU13 susut dalam PRU ke-13 dan kajian parti manakah dijangka akan menang di negeri Kedah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan