Sabtu, 15 September 2012

ADAKAH ALLAH REDA DENGAN BANYAK KERJA2 MUNGKAR YANG KITA BUAT

Demo sarang burung: Noh tawar makan tengah hari

  • Nigel Aw
  • 7:04PM Sep 15 2012
Perhimpunan pengusaha sarang burung walit yang tidak puas hati dengan cara kerajaan menguruskan industri itu dengan tidak disangka-sangka disambut pelawaan makan tengah hari oleh Datuk Seri Noh Omar.

lunch noh omar and ng suee lim bird's nest protestBagaimanapun, di hadapan penyokongnya, Noh menghamburkan kritkan terhadap anggota Dewan Undangan Negeri Ng Suee Lim dan beberapa lagi pemimpin perhimpunan itu.

Kira-kira 500 orang tampil di pusat khidmat wakil rakyat Noh di Tanjung Karang kira-kira jam 11 pagi hari ini ketika menteri Umno itu menjadi tuan rumah untuk majlis hari raya bersama kontraktor tempatan.

Ketika dihubungi, Ng berkata, beliau terkejut apabila dapati Noh sudah bersedia menunggu kedatangan mereka.

"Kami kibarkan kain rentang bantahan dan kemudian wakil Umno datang melintas jalan dan minta kami hantar wakil untuk sertai makan tengah hari," katanya.

ng suee lim in bird's nest protestNg, ditemani empat orang lagi kemudian memasuki khemah jamuan dan menyerahkan memorandum kepada Noh. Wakil pengusaha burung walit juga diberikan mikrofon untuk membacakan satu persatu tuntutan mereka.

"Tetapi selepas itu, Noh ambil balik mikrofon dan berkata, disebabkan kami, beliau terpaksa memberitahu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau tidak dapat hadir ke perhimpunan agung perwakilan Umno Selayang pagi ini.

"Dia jawab satu persatu memorandum itu dan menuduh saya mempolitikkan perkara itu," katanya.
Najib: Perjuangan Umno direstui Allah
5:34PM Sep 15 2012
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata anggota Umno perlu bersyukur kerana perjuangan Umno selama ini diberkati Allah dalam memimpin perjuangan membela bangsa, agama dan negara.

Najib, yang juga presiden Umno, berkata sejak penubuhannya 66 tahun lepas, Umno terus mendapat restu Ilahi untuk memperjuangkan kemakmuran negara selama 55 tahun pemerintahan di negara ini.

"Kitalah parti paling berjaya di dunia, tidak ada parti berdiri tegak berbanding parti Umno.

"Tanpa mendabik dada dan angkuh, kita perlu bersyukur, rasa rendah diri bahawa kejayaan yang dicapai selama ini adalah dengan izin Allah," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Pekan, di Pekan hari ini.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor dan 932 perwakilan dari 145 cawangan di bahagian berkenaan.

"Kemampuan kita belum tentu dapat kejayaan tanpa keizinan dari Allah," kata Najib.

Beliau berkata apa yang penting kini ialah barisan kepimpinan Umno dan anggotanya perlu tanya pada diri apa yang dilakukan sehingga Allah mencintai perjuangan itu.

"Allah akan sayang, kasih kita jika kita berjuang mengikut landasan Allah dalam barisan teratur.

"Cara bertindak, bererti kita ditadbir urus dengan kemas, sistematik, bekerja kuat, itu bererti perjuangan dikasihi Allah.

"Selagi tak berjuang dalam perjuangan yang kukuh dan teratur, Allah tidak akan mengasihi perjuangan.

"Kalau kita idamkan kejayaan kita mesti bertindak dalam barisan teratur, sebagai parti, sebagai bangunan tersusun, kita akan perlihatkan kejayaan pada pilihan raya akan datang," katanya.

Najib berkata apa yang penting semua anggota Umno perlu mengetepikan kepentingan diri, sebaliknya meletakkan kepentingan parti yang memperjuangkan bangsa dan agama itu melebihi segala-galanya.

Dalam perkembangan lain, Najib, yang juga ketua Umno bahagian Pekan, turut menempelak pihak pembangkang yang mendakwa kononnya parlimen Pekan masih tersisih daripada arus pembangunan meskipun parlimen itu disandang oleh seorang perdana menteri.

"Ada pemimpin pembangkang datang ke Pekan, kata tak ada langsung pembangunan. Sama ada mereka tak nampak, mata telah dibutakan tuhan, atau telinga dipekakkan oleh tuhan, atau sebenarnya lidah mereka bercabang," katanya.

Perdana menteri kemudiannya menyenaraikan pelbagai projek pembangunan di Pekan yang bernilai beratus juta, antaranya pembinaan lebuh raya Kuantan-Pekan, projek infrastruktur dan pendidikan.

- Bernama

 
Selebriti bantu lancarkan panduan UndiMsia untuk aktivis

  • Koh Jun Lin
  • 6:26PM Sep 15 2012
Pergerakan kesedaran pengundian UndiMsia hari ini melancarkan buku sebagai panduan kepada aktivis di tengah-tengah gadis cantik dan tarian rancak.

Miss Malaysia top 5, FHM Girl Next Door 2010 Yvonne Sim on the catwalkActivating Malaysians: The DIY Toolkit (Mengaktifkan Malaysia: Kit DIY ) lebih 100 halaman itu mendokumentasikan, antara lain, sejarah pergerakan dan kaedahnya, termasuk maklumat berhubung institusi kekuasaan di Malaysia.

"Buku ini mengajar kamu bagaimana menganjurkan kempen kamu sendiri," kata orang penting di belakang kumpulan itu Edmund Bon.

"Ia mengajar kamu bagaimana mengenal pasti peranan sebagai aktivis, memberikan maklumat bagaimana menjelaskan kepada orang awam tentang UndiMsia, dan paling penting menunjukkan kaedah menjalankan bengkel percambahan minda dan melaksanakan idea daripadanya untuk masyarakat kamu."

Pelancaran itu bersempena dengan ulang tahun pertama pergerakan itu.

undimsia Popping balloons for closing ceremonyMajlis itu membuka acara dengan persembahan ala tarian terkenal Korea ‘Oppa Gangnam style' dan beberapa persembahan kugiran di hadapan kira-kira 100 tetamu.


Bagaimanapun, acara terhangat jatuh kepada 'pelelongan temu janji' dengan pembida tertinggi akan memenangi temu janji dengan personaliti terpilih.

Antara temu janji ditawarkan, pelakon Tony Eusoff (dengan pemenang bidaan sebanya RM320), Miss World Malaysia 2010 Nadia Heng (RM600) and FHM Girl Next Door 2010 Yvonne Sim (RM820, right) dan peguam serta pengarah filem Seira Sacha Abu Bakar (RM800).

Sebanyak RM3,740 dikutip daripada acara itu.
'Jangan salah guna autonomi imigresen'
  • Dukau Papau
  • 7:48PM Sep 15 2012
 
Ekoran larangan memasuki Sabah untuk meraikan sambutan Hari Malaysia terhadap 14 orang hari ini, pemimpin Pakatan Rakyat hari ini menyuarakannya kebimbangan sekiranya perkasa sama berlaku di negeri jiran Sarawak.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Kebangsaan Lim Kit Siang dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijadual memasuki Sarawak untuk sambutan 16 September di Kuching esok.

NONEPemimpin nasional Pakatan Rakyat itu apa menandatangani "Pengisytiharan Kuching" bersama Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian (kanan), pengerusi DAP negeri Wong Ho Leng dan Pesuruhjaya PAS Aham Ahid.

Tidak banyak diketahui tentang deklarasi itu setakat ini, bagaimanapun ia dipercayai berkaitan ikrar pembangkang terhadap perjanjian 18 perkara Sabah-Sarawak dengan Semenanjung Malaysia.

Setiausaha DAP Sarawak Chong Chieng Jen dalam sidang medianya hari ini berkata:

"Dengan menafikan kehadiran pemimpin nasional ke Sabah dan Sarawak untuk menghadiri perayaan Hari Malaysia, saya fikir ia ironi terbesar dalam sejarah Malaysia, terutamanya menjelang Hari Malaysia."
Setiausaha Azmin dihalang masuki Sabah
  • Nigel Aw
  • 10:58AM Sep 15 2012
 
Setiausaha politik kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dilarang memasuki Sabah selepas tiba di lapangan terbang Kota Kinabalu semalam untuk menghadiri sambutan Hari Malaysia Pakatan Rakyat pada Ahad.

azmin's aide Hilman Idham denied entry into sabahHilman Idham berkata, larangan beliau memasuki negeri itu dibuat melalui Notis Penolakan Masuk ke Sabah Seksyen 65 (1)(a) Akta Imigresen atas arahan Ketua Menteri Sabah yang ditandatangani oleh seorang pegawai kanan imigresen Sabah.

Beliau pada jam 3.20 petang semalam mendarat di lapangan terbang negeri di bawah bayu itu bersama delegasi 14 orang yang diketuai oleh Azmin sebelum dilarang imigresen.

"Saya menyifatkan tindakan ini sebagai zalim serta menafikan hak asasi saya sebagai warganegara Malaysia.

"Tujuan saya ke Sabah adalah atas urusan kerja dan adalah tidak adil bagi pihak imigresen negeri Sabah melakukan tindakan yang tidak profesional sebegini," katanya dalam kenyataan media.
Suspek pijak foto Nik Aziz, Guan Eng ditahan

15 September 2012
Datuk Seri Hishammuddin
Datuk Seri Hishammuddin
KUALA LIPIS - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan penahanan beberapa individu yang didakwa memijak dan membuang air kecil ke atas gambar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Penahanan itu dilakukan mengikut bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bagi melengkapkan siasatan berhubung laporan polis yang diterima terhadap tindakan melampau sekumpulan pemuda itu.

"Tangkapan ke atas mereka terlibat sudah dibuat, siasatan dan kertas siasatan pula dalam bidang kuasa PDRM.

"Jadi, biar mereka siasat perkara itu dan tidak ada sesiapa akan terlepas dari tindakan undang-undang, tidak kiralah siapa mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Lipis di sini, hari ini.

Beliau berkata, apabila siasatan kes itu selesai nanti, terpulang kepada pejabat Peguam Negara untuk mendakwa atau tidak mereka yang terlibat.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang masih ditahan, Hishammuddin berkata sebahagian sudah dibebaskan sebelum Aidilfitri lalu.

"Baki tahanan itu masih dalam pertimbangan (untuk dibebaskan) di mana mereka ini kita kena pastikan dulu benar-benar tidak lagi mengancam keselamatan negara.

"Kita sudah perkenalkan akta baru bagi menggantikan ISA jadi kita kena ambil kira semua benda," katanya. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan