Sabtu, 15 September 2012

BIOR BETUL2 YOB


Najib: Perjuangan Umno direstui Allah
5:34PM Sep 15 2012
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata anggota Umno perlu bersyukur kerana perjuangan Umno selama ini diberkati Allah dalam memimpin perjuangan membela bangsa, agama dan negara.

Najib, yang juga presiden Umno, berkata sejak penubuhannya 66 tahun lepas, Umno terus mendapat restu Ilahi untuk memperjuangkan kemakmuran negara selama 55 tahun pemerintahan di negara ini.

"Kitalah parti paling berjaya di dunia, tidak ada parti berdiri tegak berbanding parti Umno.

"Tanpa mendabik dada dan angkuh, kita perlu bersyukur, rasa rendah diri bahawa kejayaan yang dicapai selama ini adalah dengan izin Allah," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Pekan, di Pekan hari ini.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor dan 932 perwakilan dari 145 cawangan di bahagian berkenaan.

"Kemampuan kita belum tentu dapat kejayaan tanpa keizinan dari Allah," kata Najib.

Beliau berkata apa yang penting kini ialah barisan kepimpinan Umno dan anggotanya perlu tanya pada diri apa yang dilakukan sehingga Allah mencintai perjuangan itu.

"Allah akan sayang, kasih kita jika kita berjuang mengikut landasan Allah dalam barisan teratur.

"Cara bertindak, bererti kita ditadbir urus dengan kemas, sistematik, bekerja kuat, itu bererti perjuangan dikasihi Allah.

"Selagi tak berjuang dalam perjuangan yang kukuh dan teratur, Allah tidak akan mengasihi perjuangan.

"Kalau kita idamkan kejayaan kita mesti bertindak dalam barisan teratur, sebagai parti, sebagai bangunan tersusun, kita akan perlihatkan kejayaan pada pilihan raya akan datang," katanya.

Najib berkata apa yang penting semua anggota Umno perlu mengetepikan kepentingan diri, sebaliknya meletakkan kepentingan parti yang memperjuangkan bangsa dan agama itu melebihi segala-galanya.

Dalam perkembangan lain, Najib, yang juga ketua Umno bahagian Pekan, turut menempelak pihak pembangkang yang mendakwa kononnya parlimen Pekan masih tersisih daripada arus pembangunan meskipun parlimen itu disandang oleh seorang perdana menteri.

"Ada pemimpin pembangkang datang ke Pekan, kata tak ada langsung pembangunan. Sama ada mereka tak nampak, mata telah dibutakan tuhan, atau telinga dipekakkan oleh tuhan, atau sebenarnya lidah mereka bercabang," katanya.

Perdana menteri kemudiannya menyenaraikan pelbagai projek pembangunan di Pekan yang bernilai beratus juta, antaranya pembinaan lebuh raya Kuantan-Pekan, projek infrastruktur dan pendidikan.

- Bernama

Najib: Umno parti paling berjaya di dunia

15 September 2012
Najib Tun Razak
Dato' Seri Najib Tun Razak
PEKAN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, anggota Umno perlu bersyukur kerana perjuangan Umno selama ini diberkati ALLAH dalam memimpin perjuangan membela bangsa, agama dan negara.

Najib, yang juga Presiden Umno, berkata sejak penubuhannya 66 tahun lepas, Umno terus mendapat restu Ilahi untuk memperjuangkan kemakmuran negara selama 55 tahun pemerintahan di negara ini.

"Kitalah parti paling berjaya di dunia, tidak ada parti berdiri tegak berbanding parti Umno.

"Tanpa mendabik dada dan angkuh, kita perlu bersyukur, rasa rendah diri bahawa kejayaan yangg dicapai selama ini adalah dengan izin ALLAH," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Pekan, di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor dan 932 perwakilan dari 145 cawangan di bahagian berkenaan.

"Kemampuan kita belum tentu dapat kejayaan tanpa keizinan dari ALLAH," kata Najib.

Beliau berkata, apa yang penting kini ialah barisan kepimpinan Umno dan anggotanya perlu tanya pada diri apa yang dilakukan sehingga ALLAH mencintai perjuangan itu.

"ALLAH akan sayang, kasih kita jika kita berjuang mengikut landasan ALLAH dalam barisan teratur.

"Cara bertindak, bererti kita ditadbir urus dengan kemas, sistematik, bekerja kuat, itu bererti perjuangan dikasihi ALLAH.
"Selagi tak berjuang dalam perjuangan yang kukuh dan teratur, ALLAH tidak akan mengasihi perjuangan.

"Kalau kita idamkan kejayaaan kita mesti bertindak dalam barisan teratur, sebagai parti, sebagai bangunan tersusun, kita akan perlihatkan kejayaan pada pilihan raya akan datang," katanya.

Najib berkata apa yang penting semua anggota Umno perlu mengetepikan kepentingan diri, sebaliknya meletakkan kepentingan parti yang memperjuangkan bangsa dan agama itu melebihi segala-galanya.

Dalam perkembangan lain, Najib, yang juga Ketua Umno Pekan, turut menempelak pihak pembangkang yang mendakwa kononnya kawasan Parlimen Pekan masih tersisih daripada arus pembangunan meskipun ia disandang oleh seorang Perdana Menteri.

"Ada pemimpin pembangkang datang ke Pekan, kata tak ada langsung pembangunan. Sama ada mereka tak nampak, mata telah dibutakan Tuhan, atau telinga dipekakkan oleh tuhan, atau sebenarnya lidah mereka bercabang," katanya.

Perdana Menteri kemudiannya menyenaraikan pelbagai projek pembangunan di Pekan yang bernilai beratus juta, antaranya pembinaan lebuh raya Kuantan-Pekan, projek infrastruktur dan pendidikan. - Bernama

Pemimpin korporat Umno Sabah sertai pembangkang
5:55PM Sep 15 2012
Tokoh korporat Umno Sabah Ibrahim Menudin hari ini mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti Melayu itu, sekali gus menyatakan sokongannya terhadap pembangkang.

Mengumumkannya dalam acara bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Labuan, beliau berikrar memberikan kesetiaan kepada PKR.

Perkara itu disahkan Naib Presiden PKR Tian Chua di akaun Twitter miliknya hari ini.

Ibrahim - antara pemimpin perintis yang membawa masuk Umno ke Sabah - berkata, beliau meletakkan jawatan ekoran wabak rasuah dalam parti.

Ibrahim bertugas sebagai pengerusi di Suria Capital Holdings Berhad - pemilik penuh Sabah Ports Sdn Bhd - yang menguruskan kesemua lapan pelabuhan di Sabah.

Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai bendahari Umno Sabah.

 Bekas bendahari Umno Sabah sertai PKR
Posted on Saturday, September 15 @ 09:58:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Mohd Farhan DarwisKUALA LUMPUR, 15 Sept – Bekas Bendahari Jawatankuasa Perhubungan Umno Sabah Tan Sri Ibrahim Menudin hari ini sah menyertai PKR.

Perkara itu disahkan kepada The Malaysian Insider oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali  yang dihubungi hari ini.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat pengumuman rasmi berkenaan penyertaan beliau hari ini di Kampung Batu Arang, Labuan.”
Tambah Ahli Parlimen Gombak itu lagi, pengumuman itu dibuat dihadapan lebih 2,000 pengundi Labuan.
Turut serta menyertai PKR adalah Datuk Douglas Lint.
Ibrahim yang memegang jawatan bendahari Umno Sabah sebelum ini telah digantikan oleh Ketua Menteri Sabah sekarang, Datuk Seri Musa Aman.
Beliau juga merupakan Pengerusi bukan eksekutif Suria Capital Holding.
Tambah Azmin, dengan pengaruh yang kuat daripada Ibrahim, beliau merupakan calon yang berpotensi untuk mewakili PKR di Labuan dalam pilihan raya akan datang.
“(PKR) Pusat belum memutuskan calon secara muktamad ... namun beliau adalah calon yang berpotensi besar untuk mewakili PKR,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Ibrahim merupakan pemimpin keempat meninggalkan Barisan Nasional (BN) di Sabah mengikut jejak langkah Naib Presiden Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut (Upko) Datuk Maijol Mahap, Timbalan Presiden Upko, Datuk Seri Wilfred Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran, dan Datuk Seri Lajim Ukin yang merupakan timbalan menteri pusat.
Azmin dalam laman Twitternya sebelum ini turut menyatakan akan ada berita penting yang akan dimaklumkan.
“Baru tiba di Labuan. Dalam perjalanan ke Bilik Gerakan KEADILAN Parlimen Labuan. Jam 3 petang ada pengumuman penting,” kata Azmin dalam Twitternya pagi tadi.
Sementara itu, Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang dalam Twitternya turut berkata kehadiran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sabah hari ini turut disambut oleh Ibrahim di Lapangan Terbang Labuan dan mereka turut makan tengahari bersama di The Waterfront Labuan.
Kerusi di Sabah dan Sarawak dijangka menjadi kubu pertahanan BN menjelang pilihan raya umum akan datang, termasuk Wilayah Persekutuan Labuan, menyumbang 57 kerusi, atau 25 peratus daripada 222 kerusi Parlimen.
Pada pilihan raya 2008, BN tewas majoriti dua pertiga Parlimen dengan tewas lima negeri termasuk Kelantan di semenanjung, apabila hanya memenangi 82 kerusi kepada BN yang memiliki 140 kerusi.
Peti undi BN datang dari Sabah dan Sarawak, termasuk Labuan, apabila parti pemerintah itu memenangi 55 kerusi Parlimen kecuali dua di tangan pembangkang sebelum ini.
Bagaimanapun, BN kini hanya memiliki 53 kerusi Parlimen dan pembangkang pula memiliki empat kerusi. - MalaysianInsider

 JKK naik pentas bersama Ustaz Azhar Idrus
Posted on Saturday, September 15 @ 10:21:53 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh ALBA


 




KDM berang dengan blog 'hina' Sumazau

  • Gary Louis Supi
  • 2:18PM Sep 15 2012
Masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut (KDM) menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka terhadap kritikan di Internet terhadap Sumazau yang dianggap menghina tarian tradisi negeri itu.

Malah, mereka beranggapan ia turut menghina Perdana Menteri Datuk Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor terlibat mempersembahkannya, seperti yang dimuatkan di Youtube.

bn supreme council mt meeting sapp sabah issue 190608 pairin kitingan"Artikel itu betul-betul memalukan dan sangat serius. Kami tidak dapat terima dan mesti disiasat.

Pengendali blog ini mesti diambil tindakan dengan sewajarnya, " Kata Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) Tan Sri Pairin Kitingan (kiri).

KDCA membuat laporan di Balai Polis Penampang pada 13 September 2012 berkenaan perkara tersebut.

Semakan Malaysiakini mendapati blog berkenaan Suara Pakatan Rakyat telah menarik balik dan memohon maaf atas penyiaran tulisan itu.

Mesyuarat tergempar
Blog itu sebelum ini yang menyiarkan artikel bertajuk "Tarian Sumazau Untuk Golongan Rendah Akhlak", yang ternyata menaikkan kemarahan rakyat Sabah yang mengecam keras penulis blog tersebut.

Penulisan itu dikatakan mempersendakan tarian Sumazau dan seolah-olah ingin menggambarkan masyarakat KDM sebagai minoriti yang tidak penting.

Sentimen kemarahan rakyat Sabah jelas tergambar apabila ibu pejabat KDCA menerima panggilan telefon tanpa henti untuk meluahkan perasan tidak puas hati mereka terhadap kandungan artikel tersebut.

Ekoran itu, suatu mesyuarat tergempar diadakan antara KDCA dengan persatuan-persatuan lain berasaskan kaum KDM pada semalam di Penampang.

Sementara itu, Pairin menambah, kandungan artikel tersebut juga amat jelas telah mengguris perasaan hati masyarakat KDM sebagai rakan kongsi dalam Persekutuan Malaysia.

"Oleh itu, KDCA bersama persatuan berasaskan kaum KDM lain, meminta pihak berkuasa untuk memburu penulis blog berkenaan atau kumpulan yang bertanggungjawab terhadap artikel tersebut dan seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan," jelas beliau.

Sumazau merupakan tarian suku kaum Kadazan yang diterima dengan baik oleh masyarakat berbilang kaum Sabah. Ia sering ditarikan di majlis-majlis rasmi serta upacara perkahwinan.
Dr Asri: Umno masih guna hujah agama tahun 80-an

  • Abdul Rahim Sabri
  • 6:08PM Sep 15 2012
Bekas mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin mengkritik sesetengah pemimpin Umno yang didakwanya masih menggunakan hujah PAS pada 1980-an, antaranya berhubung isu sokongan kepada calon bukan Islam.

Dr Asri mendakwa masih terdapat pemimpin Umno mendakwa tidak boleh mengundi calon bukan Islam dalam pilihan raya, sedangkanPAS kini tidak lagi bercakap mengenai perkara itu lagi.

"Ini masalah kepada (pemimpin) Umno. Dia cuba menonjolkan dirinya lebih Islamis daripada PAS dengan mengambil tafsiran PAS era 80-an. Tak boleh pangkah, tak boleh undi, tak boleh campur dengan orang kafir.

"Saya dengar perkara ini masa saya sekolah rendah dulu. PAS pun tak bercakap (lagi) dan tapi Umno pula cakap, tak boleh undi non-Muslim.

"Saya tak sokong belah mana, tapi awak kata tak boleh untuk orang, tapi boleh untuk kamu, itu yang pelik," kata Dr Asri menjawab soalan hadirin berhubung mengundi dan memberi ketaatan kepada bukan Muslim.

Bercakap dalam forum fikah politik Islam di Shah Alam, Dr Asri juga beliau menggesa tindakan tersebut dihentikan dan memilih calon yang "kurang membawa mudarat dan memberi lebih manfaat".

Demo: Tembak gas buat apa?
Katanya, calon yang dipilih mewakili rakyat mestilah berfungsi boleh menyampaikan hasrat pengundi di kawasan yang diwakilinya.

Mengulas mengenai isu semasa seperti demontrasi terhadap dasar kerajaan, Dr Asri berkata perkara itu dibolehkan dengan syarat-syarat tertentu.

"Dalam kerajaan dalam bentuk demokrasi, boleh berhimpun tetapi mereka tidak boleh mengganas atau merosakkan harta benda.

"Tujuan berhimpun sekadar untuk mengubah apa yang mereka rasa sukar. Sebab itu, saya cadang kepada pihak kerajaan lain. Biar mereka berhimpun, kerajaan tolong beri air, roti. Jadi semua orang gembira.

"Terima kasih banyak daripada perdana menteri di atas perhimpunan ini, kes ini akan di bawa ke tengah. Cukuplah. Apa masalahnya. Yang pergi tembak (gas) buat apa. Ia mengundang masalah baru, melainkan dia mengganas," katanya.

Mengulas mengenai hukum memilih perdana menteri wanita, Dr Asri berkata tidak menyokong pandangan yang "mutlakkan" pengharaman wanita menjawat jawatan tersebut.

Beliau mengulas perkara tersebut selepas membentangkan kertas kerja bertajuk "Mentaati Pemerintah: Di antara Literal dan Maqasid" di Konvensyen Fikah Politik Islam Semasa di Shah Alam petang ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan