Ahad, 12 Ogos 2012

PERPECAHAN BERLAKU MASALAH HURAIAN@CARA MEMAHAMI ISLAM LAIN DAN BERBEZA...ADAKAH MENGATAKAN MASALAH MAHAMI AKIDAH DAN IMAN....SERTA HUKUM HAKAM...YANG PENTING ISLAM MENGATUR HIDUP KITA...BUKAN KITA MENGATUR ISLAM DENGAN KATA LAIN ISLAM KENA IKUT CARA KITA...PATUT KITA IKUT KEHENDAK ISLAM...DENGAR DAN PATUH

'Imaanan wa Ihtisaaban'
Posted on Saturday, August 11 @ 10:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: al-bahanj

"Adakah kita telah menjalani Ramadhan dengan baik dan sempurna? Pengampunan dosa-dosa yang lalu telah ALLAH tawarkan kepada kita pada bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Tawaran besar-besaran ini sewajarnya direbuti oleh para mukmin. Syarat kepada tawaran besar tersebut ialah seseorang itu mesti menjalaninya dengan baik dan sempurna. Piawainya ialah 'imaanan wa ihtisaaban'.

1) ‘Imaanan wa ihtisaaban’ pada mengerjakan ibadah puasa di siang Ramadhan.

عَنْ اَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ اَنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ لّيْلَةَ الْقَدْرِ اِيْمَانًا وَ احْتِسَابًا غُفِرَلَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ. متفق عليه

Maksudnya:

Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala/keredhaan daripada ALLAH, maka diampunilah dosanya yang telah lampau”

(Muttafaqun `alaih)

2) ‘Imaanan wa ihtisaaban’ pada mendirikan solat sunat di malam Ramadhan.

عَنْ اَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ اَنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: مَنْ قَام رَمَضَانَ اِيْمَانًا وَ احْتِسَابًا غُفِرَلَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ. متفق عليه

Maksudnya:

Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Barangsiapa yang mengerjakan solat sunat pada malam Ramadhan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala/keredhaan daripada ALLAH, maka diampunilah dosanya yang telah lampau.”

(Muttafaqun `alaih)

3) ‘Imaanan wa ihtisaaban’ pada beribadah di Malam Al-Qadar (Lailatul-Qadr).

عَنْ اَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ اَنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: مَنْ قَام لّيْلَةَ الْقَدْرِ اِيْمَانًا وَ احْتِسَابًا غُفِرَلَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ. متفق عليهه


Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Barangsiapa yang beribadah pada malam Al-Qadar dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala/keredhaan daripada ALLAH, maka diampunilah dosanya yang telah lampau.”

(Muttafaqun `alaih)



‘Imaanan’ dengan makna penuh keimanan kepada perintah ALLAH. Turut dan patuh akan ketetapan dan suruhan ALLAH. Bulat ikhlas dan taat kepada ALLAH Ta`ala.

Dan ‘Ihtisaaban’ pula dengan makna bersungguh-sungguh beribadah demi mengharapkan ganjaran atau keredhaan ALLAH Jalla wa A`la. Bukan sekadar angan-angan pengharapan itu. Harap sungguh-sungguh dengan menyertakan diri akan ibadah sesuai dengan syariat yang telah ditinggalkan oleh RasulNYA sallAllahu `alaihi wasallam. Amalan-amalan sunnah yang kecil atau besar dibelek-beleknya, dipelajarinya dan difahaminya, lalu diamalkan sedayanya demi mengharapkan kecintaan daripada ALLAH `Azza wa Jalla dan balasan daripadaNYA.

Ayuh, mari kita sama-sama muhasabah diri mengenai tahap ibadah kita pada bulan Ramadhan ini. Supaya ia dijalani dengan piawai yang ALLAH kehendaki iaitu 'imaanan wa ihtisaaban'. Dan supaya kembali lurus niat kita dan betul pula cara kita menjalaninya sesuai dengan cara yang telah dilakukan oleh kekasih ALLAH, Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam.

Moga-moga ALLAH Ta`ala mengurniakan keampunanNYA buat kita, hamba-hambaNYA yang kerdil lagi lemah ini. Dan semoga kita tergolong di kalangan hamba-hambaNYA yang muttaqin, amin.

Sekadar muhasabah diri sendiri,

muzir.wordpress.com
22 Ramadhan 1433
11 Ogos 2012
 

Berita Panas [ hot ] Betui Ka Nie !! Perkahwinan Lelaki Pertama Di Malaysia
Posted on Saturday, August 11 @ 04:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: abuluqman

"
Buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia, lelaki dikahwinkan dengan lelaki!

Perhimpunan Aman mengutuk Majlis Resepsi Pasangan GAY, Ngeo Boon Lin dan Phineas Newborn III yang berlangsung baru-baru ini; di Perkarangan Masjid Al'Alami, MITC, Melaka, selepas Solat Jumaat Ramadhan yang mulia ini... kalau betul berita ni... yak tahulah nak cakap Sumber FB

Nukilan Abu Luqman"


 Gempar Subhanallah [gambar] Tetera tulisan Nama Muhammad Di Atas Masjid Nabawi.
Posted on Friday, August 10 @ 17:28:36 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: abuluqman

"

g
Masjid Nabawi 


SubhanaAllah!

Awan membentuk nama "Muhammad" ketika siaran langsung sebelum bermulanya solat Maghrib dari Al-Masjid an-Nabawi.
Nukilan Abu Luqman"
 
 

Apa hukum MCA, Umno tolak hudud?
Posted on Friday, August 10 @ 14:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: imamsurau

"

KUALA LUMPUR: "Jika DAP yang menolak hudud boleh dikatakan kafir harbi, bagaimana dengan Umno dan MCA yang juga menolak hudud."

(MCA membuat demonstrasi di depan pejabat PAS membantah Hudud)

Persoalan ini dibangkitkan oleh Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ekoran laporan muka depan akhbar Umno, Utusan Malaysia yang mendakwa haram undi DAP.

Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Pahang itu meminta Majlis Fatwa buat keputusan apakah benar fatwa Pengasas Pondok Genting yang sekian lama menjadi alat Umno itu.


Menurutnya, penolakan MCA terhadap hukum hudud dapat dilihat secara terang-terangan, selain turut disokong Umno sendiri yang mengaku beragama Islam.

(Penolakan Najib terhadap hudud...Berita ini hanya disiarkan dalam akhbar MCA)

Tuan Ibrahim berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri pernah mengeluarkan kenyataan menolak hukum hudud.


"Kita kena sedar, bukan DAP sahaja tolak hudud, tapi MCA juga berbuat demikian secara terang-terangan. Malah, Najib sendiri pernah mengatakan bahawa beliau tidak akan melaksanakan hudu selagi menjadi perdana menteri," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Justeru, kata beliau semua pihak perlu melihat keseluruhan aspek, tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan yang berat-sebelah dan hanya untuk memuaskan hati pihak berkepentingan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah, dalam akhbar Umno, Utusan Malaysia yang mengatakan haram bagi umat Islam mengundi DAP, baru-baru ini.

Tambah beliau, mana-mana hukum yang dikeluarkan perlu bersandarkan syarak dengan dalil-dalil dan nas yang betul, bukan boleh dikeluarkan sewenangnya dengan bersandarkan perasaan.

Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Pahang (Gambar kanan) itu menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan segera mengeluarkan fatwa berhubung kenyataan tersebut, lebih-lebih lagi kenyataan yang melabelkan DAP sebagai 'kafir harbi'.

Ini kerana, katanya kenyataan itu merupakan satu perkara yang begitu besar kerana dihalalkan darah mereka, harta mereka yang disifatkannya boleh menimbulkan suasana tidak aman di dalam negara berbilang kaum dan agama ini.

"Justeru, saya minta Majlis Fatwa segera melihat perkara ini secara serius dan menyegerakan fatwa bagi mengelakkan berlkunya sebarang kerosakan di negara ini," tegas beliau.


Tahaluf Siasi


Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut menyokong kenyataan bekas mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin (gambar kiri) yang mengatakan sekiranya orang bukan Islam tidak boleh disokong, bagaimana mereka boleh dilantik menjadi menteri seperti amalan yang dilakukan Umno.

Sambil menegaskan kerjasama PAS dengan DAP bukan berbentuk wala' iaitu patuh atau ikut arahan, sebaliknya tahaluf siyasi (kerjasama politik), beliau berkata perkara tersebut tidak difahami kebanyakan pihak.

"PAS bertanding dengan lambang PAS, calon PAS, duit PAS. PKR dengan lambang PKR, calon PKR. Begitu juga DAP. Tidak seperti MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti komponen lain dalam BN, mereka terpaksa ikut arahan bertanding atas satu lambang iaitu BN," tegas beliau lagi.

sumber"


 
 Umno punca perpecahan orang Melayu
Posted on Friday, August 10 @ 13:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: anaabdullah

"Tun Mahathir Mohammad pernah berkata umno parti busuk dan buruk. Pelik juga macam mana umno parti yang buruk dan busuk dinilai sebagai parti terbaik dan boleh menyatukan orang Melayu di Negara ini.

Sejarah telah membukti umnolah parti yang membuat orang melayu berpecahbelah sehingga wujudnya parti PAS, Semangat 46 dan parti keadilan rakyat.

Pengasas PAS, mereka terdiri daripada orang umno.Tengku Razaleigh Hamzah keluar umno tubuh parti Semangat 46. Pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim tertubuhnya parti Keadilan rakyat.

Macam mana Tun Mahathir boleh kata umno sebuah parti terbaik dalam menyatukan orang Melayu di Negara Malaysia ini.

Kita tidak nafikan umno parti terbaik kerana masih kekal menjadi tulang belakang kerajaan yang memerintah Negara ini.malahan boleh kita sebut ia sebagai parti juara pandai buat duit.

Tetapi kena ingat umnolah parti terbaik mengkhianati bangsa Melayu sehingga populasi orang Melayu terhakis.

Memang Umnolah yang mula berpolitik membantu rakyat di negara ini mencapai kemerdekaan ikut tertunjuk penjajah membuat para pemimpin kayaraya rompak wang rakyat di simpan di luar Negara.

Dahulu penjajah yang ambil hasil masysul negara, tapi kini para pemimpin umno yang hantar hasil negara keluar negara.

.Umnolah parti terbaik melatih para pemimpin jadi benci kepada undang undang Islam dengan slogan hudud tidak sesuai dilaksanakan zaman sains dan teknologi.

Dunia iktiraf Malaysia kerana Malaysia mengekalkan undang undang read ( kafir) Cuba laksanakan undang undang islam. Sudah tentu Malaysia dikutuk dan di pulau.Mungkin diserang.


Kita mahu orang Melayu bersatu kerana bersatu itu membuat kita kuat tetapi bukan dibawah parti Umno.

Kenapa? Kerana umno parti merestukan para pemimpin makan rasuah dan riba yang dikutuk oleh Allah.

Memang parti umno tidak boleh diharap untuk memperkasakan bangsa Melayu sebaliknya telah, sedang dan akan menghancurkan orang melayu di negara Malaysia ini.

Kalau rakyat membiarkan umno/BN terus memerintah Negara Malaysia, tak mustahil orang Melayu akan jadi macam rakyat Palestin suatu masa nanti.

Kalau nak bersatu, kena ikut apa yang telah dinyatakan oleh Al Quran iaitu hendaklah berpegang teguh dengan tali Allah.Lebih lebih ia memberi rahmat seluruh alam.

Soal PAS, parti keadilan parti serpihan kena kembali kepada asal suatu yang sangat tak relevan, kerana bersatu atas lain selain atas nama Allah ia akan menemui kegagalan.

Atas sebab itulah umno setakat ini tidak pernah berpijak di alam nyata. perjuangan Umno adalah perjuangan yang batil kerana tidak ikut acuan yang disedia oleh Allah.

Umno sah parti terbaik menolak penubuhan sebuah Negara Islam.Buktinya ia tetap mempertikaikan perlaksanaan undang undang islam di Negara Malaysia ini.

Macam mana hendak satukan orang Melayu."

Giliran Ustaz Azhar Idrus di"fatwakan" HARAM?
Posted on Friday, August 10 @ 17:28:17 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: MaZaShah

"Pelik tapi benar. Kini tiba permainan haram-mengharam terbaru. Terkini, pelekat kenderaan yang mempunyai wajah Ustaz Azhar Idrus dikategorikan sebagai salah satu saman kesalahan lalulintas. Ia berlaku di UiTM dan hanya di UiTM.

 
dipetik dari www.bangsarakyat.blogspot.com 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan