Ahad, 12 Ogos 2012

LAWAK...KATAK NI MANA2 ADA...SAMA2 AMBIK KATAK ATAU KELUARKAN KATAK...ADA JUGA TERIMA KHIDMAT KATAK2...DAN ADA BAGI PERUNTUKAN PADA KATAK2 NI...MACAMLAH RAKYAT TAK TAHU...PEMUDA BERSIH DARI SKANDAL TAKUT YANG TUA2 BANYAK SKANDAL...SALAHKAN KAN UMNO SATU HAL...ADA YANG SALAHKAN ISLAM LAGI TERUK...NI SAMALAH SALAHKAN ALLAH

Keluar parti: Katak akan terima katak, kata Nazri
Wartawan Sinar Harian
11 Ogos 2012
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
IPOH - Keputusan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) melompat parti adalah perkara biasa ekoran Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) hampir tiba, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini.
Ditanya mengenai dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim awal bulan ini bahawa terdapat beberapa lagi pemimpin politik di Sabah akan menyertai pembangkang tidak lama lagi, ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata:
"Ada di kalangan wakil rakyat atau pemimpin Umno tidak dicalonkan untuk bertanding, jadi mereka telah ambil tindakan awal terpaksa lompat (parti) macam katak kerana mahu bertanding dalam pilihan raya."
Dipetik Bernama, Nazri berkata demikian selepas Program Ihsan Ramadan dan Aidilfitri di sini.
Pada 2 Ogos lalu, Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) berkata, mereka yang sudah hilang kepercayaan ke atas Umno dan  jika mahu terus bertanding pada PRU13 boleh menyertai perikatan itu.
"Jika mereka mahu terus bertanding dalam PRU, mereka yang 'lompat parti' ini, mesti menyertai mana-mana parti komponen dalam PR.
"Perlu ikut undang-undang yang sedia ada untuk menjadi calon dalam PRU," kata beliau ketika mengulas isu melibatkan  Datuk Seri Lajim Ukin, yang mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno dan Ketua Umno Bahagian Beaufort.
Timbalan Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu, Datuk Wilfred Bumburing juga telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tuaran.
Anwar turut berkata yang 'lompat parti' bukan satu isu kerana apabila seseorang telah hilang kepercayaan dalam parti, pasti akan keluar dan mencari parti lain yang berhaluan lain.
Sehubungan itu, Nazri berkata, tindakan Anwar menarik pemimpin BN yang tidak tercalon dalam pilihan raya umum akan datang untuk menyertai pakatan pembangkang, sama sekali tidak akan menjejaskan BN.
"Kalau Anwar nak ambil mereka yang tak akan dicalonkan lagi untuk masuk parti Anwar, ambil la... Anwar pun bapak katak sebab dulu Anwar pun lompat parti dari Umno ke PKR. Tak hairan kalau dia menerima golongan dia sendiri, katak akan terima katak," katanya.
Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri dan bekas Timbalan Presiden Umno dipecat pada awal September 1998.
Anwar kemudian menubuhkan PKR, yang beliau adalah Ketua Umumnya.
Pemangku NC: Unisel bebas tekanan politik
Wartawan Sinar Harian
11 Ogos 2012
Anuar
Anuar
SHAH ALAM - Pentadbiran Universiti Selangor (Unisel) diurus secara profesional tanpa sebarang campur tangan politik.

Pemangku Naib Canselornya, Prof Dr Anuar Ahmad berkata, tidak wujud tekanan politik seperti didakwa sesetengah pihak walaupun  lembaga pengarah universiti dianggotai beberapa pemimpin politik.

Katanya, pentadbiran dan operasi universiti berjalan lancar tanpa sebarang masalah dan keputusan dibuat secara realistik oleh pengurusan kerana penglibatan ahli lembaga pengarah hanya terhad kepada aspek dasar dan pembangunan infrastruktur di Unisel.

"Unisel ini 'zero' politik.  Walaupun dalam BOD (ahli lembaga pengarah) ada orang politik, mereka tidak terlibat dalam urusan pentadbiran dan akademik. Tidak pernah ada arahan sama ada daripada BOD atau MB (Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) untuk saya lakukan. Apa yang
saya buat adalah untuk pentadbiran dan kecemerlangan akademik. Lagipun, pelantikan mereka berdasarkan kepakaran yang mereka miliki.

“Saya tidak tertekan (oleh politik), sebab sebagai (pemangku) NC saya tidak pernah diganggu untuk melaksanakan program dan pembangunan akademik," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kampus Unisel, Seksyen 7 di sini, semalam.

Untuk rekod, pemimpin politik yang dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Unisel adalah Ahli Parlimen Hulu Langat daripada Pas, Dr Che Rosli Che Mat; Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin; Exco Kerajaan Negeri (Pas), Dr Halimah Ali dan Ahli Parlimen Merbok daripada PKR, Datuk Rashid Din.

Anuar juga menegaskan, dakwaan tersebut hanya satu persepsi rentetan beberapa siri kontroversi membabitkan universiti yang kemudiannya digembar-gemburkan pihak berkepentingan politik.

"Persepsi itu tidak betul sama sekali. Untuk makluman, ahli lembaga pengarah langsung tidak ada kena mengena dengan operasi (universiti), tanggungjawab mereka hanya tertumpu kepada membuat dasar. Peranan mereka hanya terarah kepada pembangunan infrastruktur universiti dan kelulusan program pengajian baru di beberapa fakulti.

"Mereka juga akan lihat akaun kita, berapa duit masuk, jumlah perbelanjaan untuk bayar gaji (kakitangan), berapa pendapatan universiti berdasarkan kadar yuran pengajian, berapa banyak yang kita belanjakan, itu sahaja," katanya.

Menurutnya, walaupun dihimpit pelbagai kontroversi, beliau tetap selesa menguruskan pentadbiran universiti malah berterima kasih dengan peranan cukup efektif ahli lembaga pengarah dalam melancarkan tugas diamanahkan.

Mengulas kontroversi terbaru Unisel dengan syarikat pengurusan asrama pelajar, Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB), Anuar berkata, universiti mampu membayar tunggakan hutang RM15 juta kepada syarikat swasta itu.

"Isnin ini ada sesi dengan jawatankuasa timbang tara yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri (Datuk Mohamed Khusrin Munawi), kita tunggulah. Apa pun kita mampu bayar Jana Niaga, Unisel bukan tidak ada duit, tetapi isu di sini ialah perjanjian yang berat sebelah,” katanya.

* Nota: Dapatkan temu bual lengkap dalam Sinar Harian edisi Isnin 13 Ogos 2012
Dr Ng: Pembangkang tiada dasar bangunkan wanita

11 Ogos 2012
GEORGE TOWN - Pihak pembangkang tidak mempunyai apa-apa dasar untuk meningkatkan pembangunan wanita, kata Pengerusi MCA Pulau Pinang Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Malah, katanya pembangkang juga tidak pernah menyebut mengenai peranan wanita atau memberi pengiktirafan sebagaimana pendekatan kerajaan pusat yang sentiasa menghargai peranan dan pengorbanan wanita terhadap pembangunan negara.
 
"Wanita hari ini perlu memainkan peranan membina negara dengan lebih hebat sebab (dalam) senario politik (sekarang) banyak polisi yang akan memberi impak kepada pembangunan wanita," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Wanita MCA Pulau Pinang di sini, hari ini.
 
Dr Ng berkata, wanita di negara ini terus dihargai melalui dasar kerajaan iaitu penglibatan sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat.
 
Malah, menurut beliau atas sikap prihatin terhadap pembangunan wanita, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah mengarahkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk mengadakan program pembangunan wanita.
 
Mengenai senario politik di Pulau Pinang, Ng berkata MCA Pulau Pinang percaya, sayap Wanita negeri dengan semangat juang yang tinggi mampu menjadi penentu kejayaan pada pilihan raya umum ke-13, sekali gus membawa kesan positif terhadap pembangunan negeri itu.
 
Sementara itu, Dr Ng berkata Wanita MCA Pulau Pinang turut memberi beberapa gelaran terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng antaranya 'Mr Blame' (menyalahkan) kerana sering menyalahkan kerajaan pusat terhadap isu berkaitan negeri itu, 'Mr Avoid' (mengelak) kerana tidak menjawab isu termasuk pendirian DAP terhadap hukum Hudud.
 
Dr Ng berkata, gelaran 'Mr Boaster'(bercakap besar) juga ditujukan kepada Lim kerana bercakap besar mengenai usaha orang lain serta 'Mr Confuse" (keliru) kerana mengelirukan rakyat Pulau Pinang terhadap kesilapan yang dilakukan kerajaan tadbirannya. - Bernama
Mukhriz: Pakatan takut guna tema Janji Ditepati

11 Ogos 2012
mukhriz
$entry.content.caption.value
JITRA - Kerajaan negeri yang dikuasai pakatan pembangkang tidak berani menggunakan tema '55 Tahun Merdeka Janji Ditepati' untuk Hari Kemerdekaan tahun ini kerana banyak janji-janji mereka terhadap rakyat tidak ditunaikan.
 
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata dalam tempoh empat tahun lima bulan selepas pilihan raya umum ke-12, banyak janji pembangkang dalam manifesto mereka tidak dilaksanakan.
 
"Mungkin itu sebabnya mereka tak berani nak gunakan slogan (tema) itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan Setiausaha JKKKP di Dewan Kodiang dekat sini petang semalam.
 
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai keengganan kerajaan negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan untuk menggunakan tema '55 Tahun Merdeka Janji Ditepati' yang dipilih oleh kerajaan persekutuan sebagai tema Hari Kemerdekaan negara tahun ini.
 
Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata berbeza dengan kerajaan persekutuan, tema itu dipilih kerana ia
menunjukkan bahawa selama 55 tahun merdeka sehingga kini segala yang dijanji telah ditunaikan.

"Kita juga boleh nampak dengan jelas wujud ketidaksepakatan antara mereka untuk buat satu perkara paling mudah iaitu tema untuk meraikan hari kemerdekaan," katanya.
 
Pulau Pinang dan Selangor akan menggunakan tema "Sebangsa, Senegara, Sejiwa", Kelantan dengan tema "Menerajui Perubahan" dan Kedah "Terus Berbakti" untuk sambutan kemerdekaan tahun ini.
 
Mengenai tema "Sebangsa, Senegara, Sejiwa", Mukhriz meminta pembangkang menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan sebangsa.
 
"Saya ingat ia cuma slogan semata-mata dan digunakan hanya untuk menarik perhatian rakyat menjelang pilihan raya umum kelak," katanya. -Bernama
Pemilihan calon pemuda adalah bersih dan bebas dari skandal

10 Ogos 2012
ALOR SETAR - Pemilihan calon daripada Pergerakan Pemuda Umno di setiap negeri merupakan calon yang bersih dan bebas daripada perkara yang boleh dijadikan isu pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata pihaknya melakukan siasatan terperinci terhadap calon yang disenaraikan sebelum menyerahkannya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya tak sandarkan kepada laporan yang diterima semata-mata malah turut mendapatkan laporan daripada pelbagai sumber lain menyenaraikan nama calon terpilih," katanya selepas menyampaikan bantuan Aidilfitri kepada 200 penerima di Masjid Rafeah, Taman Uda di sini hari ini.

Beliau yang juga anggota Parlimen Rembau berkata pihaknya hanya menunggu pengumuman daripada Perdana Menteri terhadap nama-nama calon yang dicadangkan untuk bertanding pada PRU akan datang.

Katanya beliau yakin setakat ini calon yang dicadangkan kepada Perdana Menteri adalah calon yang berwibawa dan calon boleh menang pada PRU kali ini.
 
Khairy berkata selain itu Pemuda Umno juga mahu mengekalkan jumlah calon Pemuda seperti PRU 2008 iaitu sekurang-kurangnya 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen.

Selain bantuan kepada warga miskin Khairy juga turut menyertai program Khatam al-Quran bersama lebih 20 pelajar tahfiz sekitar daerah ini anjuran Pemuda Umno Malaysia dan Kedah.

Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan Ketua Pemuda Umno Kedah Badrol Hisham Hashim.- Bernama
Tema Merdeka: Pembangkang keliru, kata Mahathir

10 Ogos 2012
Mahathir: Kelewatan perkhidmatan sebabkan rasuah
Tun Dr Mahathir Mohamad
KUALA LUMPUR - Sikap pembangkang yang bersungguh-sungguh mencipta tema Hari Kemerdekaan lain daripada yang dicadangkan oleh kerajaan menunjukkan mereka keliru dan dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
Beliau dalam pada itu berkata kerajaan mempunyai hak untuk memutuskan sebarang slogan bagi digunakan untuk menyambut Hari Kemerdekaan.
 
"Itu menunjukkan mereka (pembangkang) confuse, tak tahu apa nak buat. Masing-masing pull in every direction...tak apalah...itu pembangkanglah.
 
"Pandangan saya (mengenai tema Janji Ditepati) memanglah, kalau kita janji kita kena tunaikan," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa tema Hari Kemerdekaan tahun ini adalah berlandaskan ajaran Islam.
 
Setelah timbul dengan pelbagai cadangan, pakatan pembangkang akhirnyasepakat memilih ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’ sebagai tema alternatif Hari Kemerdekaan ke-55 bagi menggantikan tema ‘Janji Ditepati’ oleh kerajaan Barisan Nasional.

Ditanya mengenai pendapat bahawa haram menyokong parti DAP kerana menentang penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud, Dr Mahathir berkata: "Itu pendapat mereka yang mempunyai ilmu yang mendalam berkenaan agama. Terpulanglah kepada orang Islam sama ada nak terima atau tidak."
 
Beliau bagaimanapun merasakan bahawa tidak ramai yang akan menerima pandangan yang disuarakan oleh seorang guru agama tersebut memandangkan masih ramai yang tidak melaksanakan perintah Allah sebagai seorang Muslim. - Bernama
Jangan asyik salahkan Umno, Noh ingatkan PR

10 Ogos 2012
Noh Omar
Datuk Seri Noh Omar
KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar hari ini membidas tindakan pembangkang yang berterusan menyalahkan Umno dan BN atas setiap kesalahan yang mereka lakukan.

Katanya tindakan tersebut dilihat tidak lebih sebagai untuk menjaga hubungan antara tiga parti - PKR, DAP dan Pas.
"Inilah perangai (sebenar) PKR yang selalu hendak mencari salah orang lain tetapi salah sendiri dibutakan. Ibarat pepatah Melayu,'Gajah di depan mata mereka tak nampak, tapi kuman di seberang laut nampak'," katanya.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak cadangan pembinaan susur keluar bertol dari Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR) ke Jalan B149, Kundang, dekat sini. Turut hadir Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.
Noh yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno mengulas kenyataan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa Umno kini memulakan kempen pelampau agama.

Laporan itu disiarkan sebuah akhbar tempatan berbahasa Melayu yang mendakwa berdosa sekiranya menyokong parti DAP.
Akhbar itu memetik pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah yang dilapor berkata adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.
Abdullah berkata umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.
Dalam pada itu, Noh berkata Anwar kelihatan seperti takut untuk menegur pengerusi DAP, Karpal Singh yang lantang menentang pelaksanaan hukum hudud yang dihasratkan oleh Pas jika berjaya menawan Putrajaya. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan