Rabu, 29 Ogos 2012

GAMBAR BERAHI DAN MAJALAH BERAHI LEBIH BEBAS...TERMASUK FILEM HINGGA AKHLAK REMAJA MENGUSARKAN IBUBAPA

Ramli: Tiada konspirasi jatuhkan Musa Hassan

  • Hafiz Yatim & Victor WS Tan
  • 10:33AM Ogos 29 2012
EKSKLUSIF Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCID), Datuk Ramli Yusuff bertegas bahawa tidak ada konspirasi di pihaknya untuk menjatuhkan bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan.

NONESebaliknya, beliau mendakwa, Musa yang menaruh dendam
terhadapnya dan mendakwa seorang individu yang ditangkap pada Oktober 2006, digunakan untuk mereka-reka pembohongan terhadapnya apabila beberapa pegawai kanan bersaing untuk jawatan timbalan ketua polis negara.

Beliau mendakwa, individu tersebut yang ketika itu ditahan di bawah Ordinan Darurat, telah digunakan untuk memfitnahnya pada 2006, dengan tuduhan bahawa individu itu telah merasuahnya dan beberapa pegawai polis kira-kira lapan tahun yang lalu.

Dakwaan tersebut, katanya, telah mendorong siasatan dijalankan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Ironinya, kata Ramli, walaupun beberapa pegawai polis didakwa telah turut dikaitkan, tetapi hanya beliau (Ramli) sahaja yang disiasat, yang mendorong kepada tuduhan dibuat terhadapnya.

Oleh itu, katanya, untuk mengatakan beliau telah cuba untuk menjatuhkan Musa dengan membuat semua dakwaan ini adalah tidak wajar.

Ramli memberitahu demikian dalam satu wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

Individu tersebut tidak pernah dikemukakan oleh BPR, yang
mengetuai pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes Ramli di Kuala Lumpur, untuk membuktikan dakwaan bahawa Ramli telah menerima rasuah.

musa hassan mahmood adam ismail omar 080910 igpIni membawa kepada mahkamah sesyen untuk melepaskan Ramli tanpa dipanggil untuk membela diri.

Menurut Ramli, Musa bekerja di bawahnya di Jabatan Siasatan Jenayah (CID) selama enam tahun, dan dia bertanggungjawab dalam kenaikan pangkan Musa sebanyak dua kali.

Setelah sebahagian besar kariernya bersama CID, kata Ramli, beliau pernah membantu supaya Musa tidak ditukar menjadi ketua siasatan jenayah Perlis selepas Musa membuat rayuan.
Anwar OK dengan enakmen antilompat parti

  • Ahmad Fadli KC
  • 1:01PM Ogos 28 2012
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tiada masalah dengan cadangan Pulau Pinang untuk memperkenalkan enakmen antilompat parti pada bulan November ini.

Menurut Anwar, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sendiri memaklumkan perkara itu secara peribadi kepada beliau semalam.

NONE"Tiada masalah (dengannya). Ketua menteri sudah lapor pada saya semalam," kata Anwar mengulas ringkas sewaktu ditemui di Shah Alam hari ini.

Enakmen itu sebelum ini dilihat sesetengah pihak sebagai tidak selari dengan tindakan Anwar meyakinkan dua ahli parlimen Sabah keluar BN dan mengisytiharkan diri mereka mesra Pakatan.

Lim yang juga setiausaha agung DAP semalam berkata, langkah memperkenal enakmen itu di Pulai Pinang dengan sendirinya menjelaskan pendirian mereka terhadap situasi di Sabah itu.

Menurutnya lagi, mana-mana wakil rakyat yang mahu melompat parti perlu meletak jawatan dan mendapat mandat baru dari rakyat. Bagaimanapun katanya, undang-undang sedia ada tidak membenarkan perkara itu.

Sementara itu, Selangor bagaimana pun belum membincangkan cadangan memperkenalkan undang-undang sama, menurut exco negeri pelbagai parti Rodziah Ismail (PKR-Batu Tiga), Ronnie Liu (DAP-Pandamaran) dan Dr Halimah Ali (PAS-Selat Klang).

"Kita belum bincang lagi undang-undang antilompat (di Selangor)," kata Rodziah.
BERSIH gesa hormati hak berhimpun 'Janji Demokrasi'

  • Zulaika Zulkifli
  • 4:00PM Ogos 28 2012
BERSIH menggesa pihak berkuasa menghormati hak berhimpun dengan membenarkan perhimpunan "Janji Demokrasi" anjuran sekumpulan NGO di Dataran Merdeka pada malam 30 Ogos.

"Janji Demokrasi dianjurkan oleh beberapa NGO yang pernah terlibat dengan BERSIH 2.0, mereka berhak untuk berhimpun.

NONE"Kami menyokong tindakan itu dan gesaan mereka terhadap pembaharuan yang demokratik," kata Pengerusi Bersama BERSIH Ambiga yang membacakan kenyataan gabungan itu.

Dalam sidang media di ibu negara hari ini, Ambiga bagaimanapun berkata, sebarang pertanyaan lanjut berhubung himpunan itu hendaklah dirujuk kepada penganjur kerana BERSIH tidak terlibat.

Semalam, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata, tiada "lampu hijau" diberikan kerana penganjur gagal memberi notis sepuluh hari seperti disyaratkan dalam Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2011.

Dalam sidang media di ibu negara hari ini, Ambiga berkata, sebarang pertanyaan lanjut berhubung himpunan itu hendaklah dirujuk kepada penganjur kerana BERSIH tidak terlibat.

Dalam kenyataannya, BERSIH turut menggesa Zainuddin menghentikan sebarang kenyataan melulu dan kabur tentang BERSIH 2.0.

Menurutnya, Zainuddin perlu memberikan keterangan pada inkuiri terbuka Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) jika mahu mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Merujuk komen yang dilapor dibuat ACP Zainuddin bahawa BERSIH 2.0 'melakukan pelbagai perkara', kami percaya komen ini sengaja dibuat secara kabur.

"Berdasarkan pangkat dan kekananannya, komen beliau perlulah lebih bertanggungjawab dan beliau perlu menjelaskan lebih lanjut kenyataannya sebelum ini," katanya.
Antara berahi dan revolusi dalam kartun

  • Nur Hanim Khairuddin
  • 4:37PM Ogos 28 2012
ULASAN Sejarah awal kartun editorial tanah air, mengikut kajian Dr Muliyadi Mahamood dalam buku bertajuk The History of Malay Editorial Cartoons (1930-93), sudah bermula sejak 1930-an.

Melalui akhbar-akhbar tempatan, antaranya Warta Jenaka, Utusan Zaman dan Majlis, isu-isu mengenai kesedaran bangsa dan hala tuju kaum Melayu diketengahkan melalui watak-watak kartun.

NONEMalah semenjak merdeka pada 1957, akhbar-akhbar perdana dengan giat berkempen mengenai keharmonian bangsa serta menyulam pelbagai propaganda pemerintah melalui segmen-segmen kartun editorial.

Kartunis-kartunis pelopor yang menyemarakkan dunia perkartunan tanah air waktu itu seperti Ali Sanat, Saidin Yahya, SB Ally dan Raja Hamzah.

Penghujung tahun 1970-an hingga pertengahan 1980-an menyaksikan kehadiran pengkartun-pengkartun popular yang menjadi pelapis kepada kegemilangan kartun-kartun Melayu.

Dunia perkartunan tanah air dimeriahkan dengan kemunculan komik-komik hebat seperti Gila-Gila, Batu Api dan Gelihati.

Genre seni awam

Nama-nama seperti Cabai, Kerengge, Ujang dan Nan mula mendapat perhatian ramai. Seperti mana kartun-kartun impresif tokoh kartunis Lat, kisah realiti kehidupan dan budaya harian masyarakat Malaysia diolah dengan jenaka yang bersahaja namun tetap membekas.

Kini kita mempunyai Zunar, seorang lagi kartunis yang semakin menyerlah.

Seringkali terpalit dengan pelbagai kontroversi akibat pengkaryaan beliau seputar kemelut politik tanah air, yang sudah mencakupi hampir 15 tahun pada tahun ini, Zunar merupakan seorang kartunis yang begitu prolifik dan disegani hingga ke peringkat antarabangsa.

NONEKeberanian beliau mengetengahkan isu-isu hangat dengan pendekatan yang begitu artistik, telah membolehkan beliau menerima anugerah ""Courage in Editorial Cartoon" dari Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa, Washington DC pada tahun 2011.

"Zunar's cartoons are exactly what they should be, funny, well drawn and politically brave and powerful. I wish more cartoonists had the courage he has."
- Dr Robert Russell, Executive Director of Cartoonists Rights Network International (CRNI)

Zunar mula terlibat secara serius sebagai kartunis dan mula mendapat perhatian pada tahun 1986 bila mana beliau diterima menjadi kartunis tetap untuk majalah Gila-Gila.

Kartun-kartun beliau pada waktu itu berkisar humor dalam kehidupan harian. Namun semenjak 1998, sewaktu bermulanya kemelut politik tanah air yang membenihkan era Reformasi, Zunar memilih untuk melontarkan pandangan politikalnya secara terang-terangan.

Kartun-kartun Zunar menampilkan satira politik yang cukup bertenaga hingga mampu membeliakkan mata serta menggemuruhkan jiwa golongan politikus khususnya.

Kartun-kartunnya sinis, hingga kadang-kadang membuatkan para pembaca tersenyum bukan sangat disebabkan leluconnya tetapi akibat tertampar dengan kebenarannya.

Kartun merupakan salah satu genre seni awam yang sememangnya amat berkesan dan popular untuk menyalurkan mesej kepada masyarakat. Sifatnya yang senang didekati membolehkan pelbagai hasil para pengkartun sampai kepada kelompok sasaran dengan agak mudah.

Satu perkara menarik yang boleh disentuh mengenai penggunaan elemen kartun dalam bidang seni lukisan di Malaysia seperti mana yang hadir dalam karya-karya ikonik pelukis pelopor Zulkifli Dahalan dan Dzulkifli Buyong sekitar tahun 1970-an.

Malah, apabila ditinjau senario seni catan kontemporari pada hari ini, kita dapat menyaksikan terdapat kemunculan lakaran-lakaran kartun dan karikatur yang semakin menonjol di dalam karya-karya seni.

Antara pelukis kontemporari yang banyak menterjemahkan konsep mereka melalui pemaparan lukisan berasaskan kartun adalah seperti Noor Azizan Rahman Paiman, Roslisham Ismail dan Samsudin Wahab.

Persembahan literal tanpa kiasan

Impak visual kartun atau karikatur yang kuat apabila digandingkan dengan konsep yang sesuai mampu menyampaikan maksud dengan lebih tepat dan berkesan.

Dalam hal ini, lukisan-lukisan Zunar boleh juga dianggap sebagai karya-karya seni yang mempunyai keserasian bentuk (form) dan isi (content) yang berilhamkan persekitaran (context) yang amat dekat dengannya.

NONEDalam pameran Zunar, sekitar 160 buah kartun yang dihasilkan sejak 1998 hingga kini menampilkan humor kritisisme dunia real-politik tana hair dan amat penting dilihat sebagai satu bentuk rakaman sejarah perihal siasah negara.

Sesungguhnya kartun-kartun yang dipaparkan melalui pameran ini mencerminkan sebuah kesatuan antara berahi seni dan revolusi politik seorang Zunar.

Karya-karya figuratif beliau mempunyai kualiti lakaran yang baik, temanya sarat dengan makna dan dipersembahkan secara literal tanpa kiasan.

Melalui pemerhatian yang tajam serta kaji-selidik fakta yang mendalam, beliau menghunjamkan pandangan ke atas mediumnya dengan begitu yakin, lantang tanpa selindung demi menegakkan yang hak dan menentang yang batil.

Bak kata-kata keramat beliau, "why pinch when you can punch?" (mengapa hanya mencubit jika boleh menumbuk?)


NUR HANIM KHAIRUDDIN kurator untuk pameran solo pertama Zunar di Malaysia antara 1 hingga 9 September di Shah Alam. Tulisan ini dipetik daripada buku katalog yang akan dikeluarkan. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Majalah MANGGA Di Haramkan Di Kedah ?

Salam semua, jika kebelakangan ini majalah hiburan MANGGA yang amat popular di kalangan remaja masakini, kerap memaparkan gambar aksi yang menggairahkan artis-artis tempatan ketika berposing. Majalah tersebut sepatutnya di haramkan penjualannya pada umum, begitulah yang dicadangkan oleh pihak mufti Negeri Kedah.
Menurut Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman, melalui Cabutan Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri yang bertarikh 29 Mei 2012 menjelaskan bahawa:

“Mana-mana penerbitan yang mempamerkan wanita-wanita ataupun lelaki yang mendedahkan aurat hukumnya adalah haram kerana bertentangan dengan kehendak syariat. Oleh itu, dicadangkan supaya Bahagian Kawalan Penerbitan, Kementerian dalam Negeri (KDN) menangani isu ini dengan lebih efektif.
SUMBER: www.xlupa.com
Bagaimana pula dengan pihak berwajib negeri lain? Ini adalah tindakan yang bijak dan sepatutnya telah lama di lakukan oleh negeri yang lain juga kerana, perlakuan bergambar seksi dan menjolok mata tersebut boleh merosakkan akidah dan tata-tusila rakyat Malaysia amnya.
Kebanyakannya yang pernah saya terbaca sebelum ini, aksi gambar-gambar 'semi lucah' tersebut diaksikan oleh artis-artis melayu islam tempatan sendiri. Mereka seolah-olah menghalalkan aksi sebegini. Dah macam seperti majalah-majalah menjolok mata terbitan negara barat sudah aksi mereka.
Langkah lebih ketat perlu dilakukan oleh pihak berwajib dalam memelihara tata-tusila dan budaya malah agama islam sendiri yang mementingkan orang islam memelihara aurat mereka di khalayak umum. Apatah lagi dengan bergambar menjolok mata yang mengundang pandangan ghairah.
Tak sanggup saya menyiarkan petikan gambar-gambar tersebut di laman blog saya bagi memelihara kesucian bulan Ramadan yang penuh barakah sekarang ini. Saya pasti anda semua pasti bersetuju dengan saya, malah langkah yang di ambil Mufti Kedah tersebut adalah betul.
 
 
SHARE :  2667 5 2761
 
Majalah Mangga Difatwakan Haram: Majalah hiburan Mangga yang mirip kepada majalah Playbloy kini difatwakan haram.
Pihak Jabatan Mufti Kedah Darul Aman kini telah memfatwakan bahawa majalah hiburan Mangga terbitan Utusan Karya adalah haram dibaca dan dilihat.
Menurut Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman, melalui Cabutan Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri yang bertarikh 29 Mei 2012 menjelaskan bahawa:
“Mana-mana penerbitan yang mempamerkan wanita-wanita ataupun lelaki yang mendedahkan aurat hukumnya adalah haram kerana bertentangan dengan kehendak syariat. Oleh itu, dicadangkan supaya Bahagian Kawalan Penerbitan, Kementerian dalam Negeri (KDN) menangani isu ini dengan lebih efektif.”

- Majalah Mangga Difatwakan Haram
Ismail Salleh: Laporan tak dicalon hanya spekulasi

  • Bernama
  • 6:07PM Ogos 28 2012
Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kedah Dr Ismail Salleh menganggap laporan beliau tidak dicalon semula bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu pada pilihan raya umum ke-13 hanya spekulasi.

NONEIni kerana katanya beliau sudah tahu kedudukannya pada pilihan raya umum akan datang.

"Perkara itu lebih kepada spekulasi sahaja dan mainan politik kerana kami semua dah tahu apa akan terjadi," katanya kepada pemberita, di Alor Setar hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan sebuah blog dan laporan sebuah akhbar bahawa Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah Ahmad Yahya antara calon yang disebut-sebut menggantikannya untuk bertanding di kerusi itu.

Ismail yang juga pengerusi jawatankuasa badan-badan bukan kerajaan, sains dan inovasi, teknologi maklumat dan komunikasi, berkata hanya pucuk pimpinan tertinggi PAS yang dapat menilai sama ada khidmatnya masih diperlukan di situ.

Beliau bagaimanapun tidak berkecil hati jika tidak dicalonkan semula mempertahankan kerusi tersebut.

Ismail adalah antara dua anggota Exco Kedah yang pernah terbabit dalam kontroversi kepimpinan kerajaan negeri Kedah apabila menolak pelantikan semula sebagai exco.

Bagaimanapun beliau menerima pelantikan semula itu selepas diminta oleh pucuk pimpinan PAS pusat.

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan