Isnin, 13 Ogos 2012

JENIS NAFI AJE...MAKA IA@MEREKA SENTIASA BAIK DAN BETUL...TUDUH ORANG TAK BETUL DAN TAK PANDAI TADBIR@MENGURUS...ANGGAP IA@MEREKA AJE YANG BOLEH...PAYAH JUGA ORANG BERSIFAT RIAK@BANGGA DIRI...JENIS ANGKAT BAKUL...PUJI DIRI SENDIRI...PELIK TAPI BETUL...ALLAH SAJE TAHU PERANGAI2 MEREKA NI......DITAMBAH ADA SIFAT HAIRANKAN DIRI@UJUB

Berhati-hati Minum Teh Ais, Bisa Terkena Batu Karang.
Posted on Sunday, August 12 @ 00:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: abuhikam

"Bagi sebagian orang, minum teh ais adalah pilihan untuk menemani saat bersantai atau saat makan. Tapi ternyata, ada risiko berat dan dasyat dari kebiasaan meminum teh ais. Kajian yang dilakukan peneliti dari Loyola University Medical Center, Amerika, menemukan bahwa orang yang suka minum teh ais berisiko besar terkena penyakit batu karang.

Pasukan peneliti menjelaskan bahwa minuman populer saat musim panas di Amerika itu umumnya mengandung kadar oxalate yang tinggi. Oxalate adalah zat kimia yang bisa menyebabkan terbentuknya kristal-kristal kecil yang terbuat dari mineral dan garam yang ditemukan di urine. Meskipun kristal-kristal tersebut biasanya tidak berbahaya, peneliti memperingatkan, kristal itu bisa membesar dan bersarang di saluran yang mengalirkan urine dari ginjal ke kandung kencing.

“Untuk mereka yang berkemungkinan terkena musibah penyakit batu karang, teh ais adalah salah satu minuman terburuk untuk diminum,” kata John Milner dari Jabatan Urologi Loyola University. “Seperti kebanyakan orang, saya menikmati teh ais di musim panas, tapi saya tidak meminumnya secara berlebihan,” kata dia. Selayaknya, di antara gaya hidup sehat ialah meminum teh ais secara sederhana.

Kaum lelaki berpeluang empat kali lebih besar terkena batu karang ketimbang perempuan. Risiko tersebut naik secara signifikan untuk lelaki yang berusia 40 tahun keatas. Peneliti mencatat bahwa perempuan menopause dengan kadar estrogen rendah dan mereka yang ovarinya diangkat juga berada pada risiko tinggi.

Untuk mengurangi risiko batu karang, peneliti menyarankan agar kita tetap terhidrasi dengan baik. Meskipun minum air putih adalah yang terbaik, mereka menyarankan lemon murni adalah pilihan lain yang juga baik. Lemon mengandung sitrat yang tinggi, yang menghambat pertumbuhan batu karang.

Saranan lain yang diberikan bagi menghindari batu karang adalah menghindari makanan yang mempunyai kadar oxalate yang tinggi, seperti bayam, cokelat, dan kacang, mengurangi zat garam, mengkonsumsi lebih sedikit daging, serta cukup zat kalsium yang mampu mengurangi penyerapan oxalate dalam tubuh.

Temponline."


 Kenali manusia kontroversi ni
Posted on Saturday, August 11 @ 01:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: TahiMinyak

"Siapa Sebenarnya Abdullah Saamah yang keluar fatwa undi DAP haram ?

Siapakah Abdullah Saamah yang mengeluarkan kenyataan di muka hadapan Utusan Malaysia bahawa "Haram Sokong DAP"?

Katanya, DAP ialah KAFIR HARBI berbeza dengan MCA dan Gerakan.


Untuk lebih mengenali siapakah Abdullah Saamah, boleh saksikan rakaman sedutan ceramah beliau.

Antara isi kandungannya ialah :

1. 0:03 : "Nabi Muhammad baru duduk, turun daripada Mekah napok doh berhala di Bachok, hok Nik Aziz buat.."

2. 0:31 : "Nabi jale-jale, sepak berhala... berhala hok tidur ado j... ugok.(Nabi ter)semban situ, sapo buat ni? Nik Aziz jugok buatnyo.."

3. 0:45 : "Kalau Nabi Muhammad bangkit loni, dia mari Kelate, dia bunuh Nik Aziz, dia mari bunuh ore PAS"

4. 5:09 : "Ambo mimpi, tengok Nabi Muhammad, mari tepuk bahu ambo, sebut lebih 30 kali, betul doh hok ambo buat ni..."

Buatlah penilaian wahai pendengar...! Siapakah yang menyesatkan siapa? UMNO sering menuduh bahawa PAS mengkafirkan UMNO..sekarang, siapa yang memperalatkan agama untuk politik???

Maklumat lanjut dan rakaman video boleh diikuti di: http://networkedblogs.com/"



Presiden Mesir arah ketua tentera bersara awal
Wartawan Sinar Harian
13 Ogos 2012
Presiden Mesir Mohammed Mursi
Mohammed Mesir diberi penghormatan pada hari beliau mengangkat sumpah sebagai presiden negara itu. - Foto ihsan CNN
KAHERAH - Presiden Mohammed Mursi mengarahkan persaraan ketua tentera yang berpengaruh, Fil Marsyal Mohamad Hussein Tantawi - dua bulan selepas beliau dipilih sebagai ketua baru Mesir.
Jurucakap Presiden berkata, deklarasi yang bertujuan mengekang kuasa presiden juga telah dibatalkan.
Laporan media menyebut masih belum jelas sama ada Mohamad yang turut dilucutkan sebagai Menteri Pertahanan akan menerima keputusan itu.
Mohammed mengangkat sumpah sebagai Presiden baru, yang dipilih menerusi pilihan raya selepas Hosni Mubarak digulingkan awal tahun, pada Jun lalu.
Ikhwanul Muslimin, yang dianggotai Mohammed, melalui hubungan yang tegang sejak Hosni jatuh dari tampuk kuasa menerusi kebangkitan rakyat.
Mursi telah menamakan Fil Marsyal Abdul Fatah Khalil al-Sisi sebagai Menteri Pertahanan yang baru dan ketua Majlis Agung Angkatan Tentera, demikian menurut Nile TV.
Abdul Fatah merupakan ketua risikan tentera sebelum ini.


Umno tidak guna agama untuk politik, kata Shafie

12 Ogos 2012
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
KOTA BELUD - Umno tidak menggunakan pendekatan agama atau perlembagaan untuk kepentingan politik bagi memenangi hati rakyat, kata naib presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Sebaliknya, katanya, Umno menggunakan kuasa yang ada untuk memartabatkan agama demi memajukan ummah.

Mohd Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata, parti pembangkang menggunakan pendekatan agama untuk aktiviti politik selain menggelar pihak yang tidak menyokong mereka sebagai menentang Islam.

Beliau berkata demikian pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan warga emas di Masjid pekan Kota Belud, di sini, hari ini.

Mohd Shafie menyeru rakyat Sabah agar memberikan sokongan padu kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berjaya melakukan pelbagai transformasi kepada negara sepanjang tiga tahun pentadbirannya.

Pada majlis itu,beliau menyampaikan sumbangan makanan dan wang tunai kepada 337 anak-anak yatim, warga emas, ibu tunggal, fakir miskin serta 38 penerima zakat daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah. - Bernama
Umno selar Pas tidak mampu tadbir negeri
Wartawan Sinar Harian
12 Ogos 2012
Dali Husin
Dali Husin menyampaikan sumbangan kepada Tok Imam dari Madrasah Padang Kiat, Nordin Mohamad.
KOTA BHARU - Umno Kelantan menyelar tindakan Kerajaan Negeri yang ditadbir Pas dilihat tidak memiliki kemampuan untuk mentadbir Kelantan secara baik, sebaliknya hanya pandai bersikap menuding jari menyalahkan pihak lain berhubung isu yang masih membebani rakyat negeri ini.

Ketua Penerangannya, Datuk Dali Husin berkata, berdasarkan kedudukan geografi, negeri ini mempunyai hasil balak banyak yang boleh digunakan untuk membangunkan negeri ini dengan pesat.

Bagaimanapun, beliau berkata, faktor kelemahan pentadbiran Kerajaan Negeri merancang ekonomi negeri secara efisien menyebabkan pembangunan di Kelantan terhad di samping taraf ekonomi rakyat tergugat akibat kekurangan peluang pekerjaan.

“Sebenarnya jikalau kita melihat kedudukan geografi kita dengan jumlah nilai balak yang banyak namun telah pun habis. Sepatutnya negeri ini kaya raya, tetapi negeri kita jatuh dalam keadaan yang begitu pembangunan terbatas dan tidak mampu membela nasib rakyat.

“Situasi ini tentu sebab ada kepincangan dalam kepimpinan dalam Kerajaan Negeri. Mereka lebih pentingkan soal politik dan ceramah sebagaimana meletakkan kesalahan kepada pihak lain, tidak ada sikap tanggungjawab, contohnya isu air sekarang ini mereka meletakkan faktor kemarau pula,” katanya.

Beliau berkata kepada Sinar Harian selepas Majlis Sumbangan Buah Kurma, Air Zam-zam dan Kain Jubah kepada 104 buah Madrasah dan Masjid dari seluruh Parlimen Pengkalan Chepa di sini, semalam.

Dali berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir yang mendakwa Umno cuba mempolitikkan isu tuntutan royalti minyak Kelantan kerana takut kehabisan isu untuk dimainkan bagi menghentam Kerajaan Negeri menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Dalam kenyataan itu, Abdul Aziz menyatakan Umno bimbang Kerajaan Negeri memiliki sumber kewangan mencukupi bagi menyelesaikan segala masalah yang membelenggu terutama isu air sekiranya Kerajaan Pusat menyegerakan bayaran tunai royalti minyak yang tertunggak itu.

Dali menafikan dakwaan itu kerana ia bukan soal ketandusan isu tetapi Kerajaan Pusat cuba untuk mencapai ketelusan dalam pembayaran tunai royalti minyak melalui penubuhan jawatankuasa khas yang dianggotai pakar undang-undang.

Selain itu, Dali berkata isu kekurangan peruntukan dalam Kerajaan Negeri yang ditadbir Pas sepatutnya tidak perlu ditimbulkan memandangkan Kerajaan Pusat turut memberi bantuan kewangan kepada negeri ini.

Katanya, bagi menangani isu bekalan air bersih yang melanda negeri ini Kerajaan Pusat telah memberi peruntukan sebanyak RM600 juta untuk menangani isu tersebut.

“Banyak sebenarnya peruntukan Kerajaan Pusat bagi kepada Kelantan tetapi  banyak perkara Kerajaan Negeri tidak dapat selesaikan misalnya masalah air ini. Dalam erti kata lain Kelantan sekarang ini bukan kerana tidak mampu disebabkan ketiadaan dana tetapi apa yang berlaku adalah disebabkan ketidakmampuan Kerajaan Negeri mentadbir Kelantan.
Keluar parti: Katak akan terima katak, kata Nazri
Wartawan Sinar Harian
11 Ogos 2012
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
IPOH - Keputusan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) melompat parti adalah perkara biasa ekoran Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) hampir tiba, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini.
Ditanya mengenai dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim awal bulan ini bahawa terdapat beberapa lagi pemimpin politik di Sabah akan menyertai pembangkang tidak lama lagi, ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata:
"Ada di kalangan wakil rakyat atau pemimpin Umno tidak dicalonkan untuk bertanding, jadi mereka telah ambil tindakan awal terpaksa lompat (parti) macam katak kerana mahu bertanding dalam pilihan raya."
Dipetik Bernama, Nazri berkata demikian selepas Program Ihsan Ramadan dan Aidilfitri di sini.
Pada 2 Ogos lalu, Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) berkata, mereka yang sudah hilang kepercayaan ke atas Umno dan  jika mahu terus bertanding pada PRU13 boleh menyertai perikatan itu.
"Jika mereka mahu terus bertanding dalam PRU, mereka yang 'lompat parti' ini, mesti menyertai mana-mana parti komponen dalam PR.
"Perlu ikut undang-undang yang sedia ada untuk menjadi calon dalam PRU," kata beliau ketika mengulas isu melibatkan  Datuk Seri Lajim Ukin, yang mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno dan Ketua Umno Bahagian Beaufort.
Timbalan Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu, Datuk Wilfred Bumburing juga telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tuaran.
Anwar turut berkata yang 'lompat parti' bukan satu isu kerana apabila seseorang telah hilang kepercayaan dalam parti, pasti akan keluar dan mencari parti lain yang berhaluan lain.
Sehubungan itu, Nazri berkata, tindakan Anwar menarik pemimpin BN yang tidak tercalon dalam pilihan raya umum akan datang untuk menyertai pakatan pembangkang, sama sekali tidak akan menjejaskan BN.
"Kalau Anwar nak ambil mereka yang tak akan dicalonkan lagi untuk masuk parti Anwar, ambil la... Anwar pun bapak katak sebab dulu Anwar pun lompat parti dari Umno ke PKR. Tak hairan kalau dia menerima golongan dia sendiri, katak akan terima katak," katanya.
Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri dan bekas Timbalan Presiden Umno dipecat pada awal September 1998.
Anwar kemudian menubuhkan PKR, yang beliau adalah Ketua Umumnya.
Hanya Umno boleh satukan orang Melayu, kata Mahathir

10 Ogos 2012
BALING - Hanya Umno sebuah parti terbaik dalam menyatukan orang Melayu di negara ini dan membawa pembangunan kepada rakyat, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, ini kerana, Umno yang mula berpolitik membantu rakyat di negara ini mencapai kemerdekaan dan seterusnya membawa pembangunan manakala parti lain untuk orang Melayu, hanyalah parti serpihan.
"Dulu waktu kita kuat, kita tak mengada-ngada buat benda yang tak baik. Kita bangunkan negara kita sampai dunia iktiraf Malaysia sebagai negara
membangun yang cukup maju.
"Ini hasil pentadbiran dilakukan sebuah parti (Barisan Nasional) yang diketuai Umno yang mewakili orang Melayu. Orang Melayu tiada niat tak baik kat
kaum lain. Kita tolong mereka dan kita tolong diri kita juga," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Ihsan Ramadan dan Aidilfitri di Masjid Tok
Bandar di sini, semalam.
Turut hadir, isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, Pengerusi
Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan Penyelaras Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.
Dr Mahathir berkata, kerana itu, orang Melayu perlu bersatu di bawah Umno walaupun parti itu kini dikatakan tidak begitu kuat dalam menyatukan orang
Melayu berikutan perpecahan dalam kalangan kaum berkenaan.
"(Kalau nak bersatu) Takkan badan besar masuk serpihan. Yang serpihan yang kena kembali kepada asal. Ada orang nak jadi Perdana Menteri sampai sanggup pecahkan Umno untuk dapat sokongan bagi diri dia. Dia fikir diri dia sahaja dan bukan negara serta rakyat," katanya.
Dr Mahathir berkata perjuangan Umno adalah perjuangan benar kerana itu ketika beliau memimpin Umno, beliau sanggup menerima pemimpin daripada parti
serpihan yang mahu kembali kepada Umno. - Bernama
MCA persoal hala tuju sebenar Pas

8 Ogos 2012
Pas
Parti PAS
KUALA LUMPUR - Naib Presiden MCA, Datuk Seri Chor Chee Heung hari ini membidas Pas kerana gagal menjelaskan hala tuju sebenar parti itu selain tiadanya konsensus dalam Pakatan Rakyat (PR).

Katanya, Pas pada satu ketika menyatakan berjuang untuk penubuhkan 'Negara Kebajikan, namun pada masa lain mereka mahukan 'negara Islam'.

"Ini satu helah Pas yang cuba mengelirukan pengundi dengan mempakej semula konsep negara Islam mereka dan menamakannya negara kebajikan," katanya dalam kenyataan di sini.

Dipetik Bernama,  Chee Heung yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, pakatan pembangkang mendakwa mereka telah mencapai persetujuan pada konvensyen tahun lepas dan Pas bersetuju menggugurkan matlamatnya untuk menubuhkan negara Islam.

Akan tetapi kata beliau, Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan pelaksanaan hudud hanya isu teknikal dan DAP tidak boleh menghalang Pas daripada melaksanakannya.

"Justeru saya nak tahu konsensus apakah yang dicapai dalam kalangan pakatan pembangkang kerana pemimpin Pas nampaknya bercakap mengenai topik berbeza," katanya.

Beliau juga merumuskan konsensus itu tidak wujud dalam pakatan pembangkang kerana mereka tidak mempunyai hala tuju yang sama serta tidak berminat menjaga kepentingan pembangunan negara dan rakyat.

"Mereka hanya berminat memancing undi bagi merampas kuasa demi kepentingan sendiri," katanya.

Chee Heung juga menggesa mereka yang berkenaan agar menghentikan kenyataan tidak masuk akal mendakwa konsep negara kebajikan itu akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia. - Bernama
Khairy: PR umpama 'gergasi satu badan tiga kepala'

8 Ogos 2012
Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin
KUALA LUMPUR - Penggunaan tiga tema Hari Kebangsaan oleh negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) membuktikan mereka tidak bersetuju atau sependapat, meskipun dalam perkara yang mudah, kata Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata tindakan pembangkang itu memberi gambaran, negara pasti akan dalam keadaan kucar-kacir jika mereka diberi peluang mentadbir negara.

"Sekiranya mereka menang, beginilah cara mereka tadbir negara. Dasar lain, undang-undang pun lain. Mungkin di Kelantan ada hudud dan di negeri-negeri lain tiada hudud.

"Di Kedah ada hudud, di Pulau Pinang tidak ada hudud," katanya sebagai mengulas pendirian negeri-negeri pembangkang yang akan menggunakan tiga tema berbeza bagi menyambut Hari Kebangsaan yang ke-55.

Dipetik Bernama,  Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno dan Ahli Parlimen Rembau ditemui pemberita selepas melancarkan "Pasukan Siber Pemuda BN" (BNYCT) di sini, hari ini.

Beliau menyifatkan sikap PR umpama cerita dalam mitos Greek iaitu raksasa gergasi berbadan satu yang berkepala tiga.

"Dia tidak tahu kepala mana yang nak 'control' (kawal). Perkara yang mudah tentang tema kemerdekaan pun mereka (pembangkang) menggembar-gemburkannya.

"Jadi mereka buat satu keputusan dengan satu tema tetapi akhirnya ada tiga tema. Itu pun tak dapat kata sepakat," katanya.

Pembangkang membuat keputusan untuk menggunakan tema yang berbeza kerana tidak setuju dengan tema Hari Kebangsaan yang dipilih kerajaan pusat iaitu '55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati'.

Tema sambutan Hari Kebangsaan bagi Kelantan ialah 'Menerajui Perubahan', Kedah memilih 'Terus Berbakti' manakala, Pulau Pinang dan Selangor berkongsi tema sama iaitu 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'.

Terdahulu di majlis itu, Khairy berkata, BNYCT dilancarkan untuk dijadikan medium memperoleh maklumat tepat mengenai dakyah dan dakwaan pembangkang tentang sesuatu isu dan boleh diikuti menerusi Twitter dan Facebook.
Najib beri jaminan masalah air selesai jika BN tawan Kelantan
Wartawan Sinar Harian
6 Ogos 2012
Datuk Seri Najib Tun Razak
Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (kanan) bersalaman dengan jemaah sewaktu tiba di Masjid Naim, Jelawat untuk menunaikan sembahyang Isyak dan Sembahyang Sunat Terawih.
Datuk Seri Najib Tun Razak
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak memilih kuih-muih sendiri sewaktu menyertai jemaah ke jamuan moreh selepas menunaikan Sembahyang Sunat Terawih.
KOTA BHARU - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan Barisan Nasional (BN) akan menyelesaikan masalah air yang kritikal di Kelantan jika ia menawan kembali negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku di Kelantan hingga membebankan rakyat yang selama ini memberi mandat kepada Pas untuk memerintah sejak 1990.

"Tidak usah bercakap soal lain, kalau masalah air pun tidak boleh diselesaikan. Saya beri jaminan dalam tempoh terdekat ini boleh diselesaikan oleh kerajaan BN.

"Semasa di lapangan terbang, saya telah menerima memorandum minta diselesaikan masalah air ini. Susah kalau tidak ada air, terutama pada waktu tertentu," katanya ketika berucap pada Solat Tarawih Perdana dan Amanat Perdana Menteri di Yayasan Kemiskinan Kelantan malam tadi.

Lebih 10,000 penduduk pelbagai kaum hadir pada majlis itu.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan penyelaras Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa.

Najib juga berkata, kerajaan ingin melihat Kelantan maju dalam pelaksanaan transformasi negara, yang hasilnya dapat dinikmati rakyat.

"Di Kelantan, ramai umat Islam dan ramai bangsa Melayu yang perlu menjadi platform utama dalam usaha kita melakukan transformasi itu," katanya.

Sebelum ini, beliau berkata, kerajaan tidak pernah memilih bulu dalam membantu rakyat dan buktinya, ramai penyokong pembangkang turut menikmati pemberian itu.

"Kita komited bantu rakyat. Ini semua hasil kemakmuran negara, dan kita mahu dikenali sebagai negara Islam yang berjaya," katanya.

Najib berkata, apa yang kerajaan pusat lakukan semuanya berlandaskan syariat Islam dan sunnah.

"Kita mahu kemajuan, dan mahu Islam itu menjadi contoh, dan mahu tunjukkan kepada dunia," katanya.

Najib kemudian menyertai rakyat pada majlis makan colek sebelum berlepas pulang ke ibu negara. - Bernama
Pereka grafik siasat logo kontroversi 'Janji Ditepati'

  • Aidila Razak
  • 4:58PM Ogos 1 2012
Pertubuhan Wakaf Reka Grafik Malaysia (wRega) sedang mengadakan perbincangan dengan "pihak berkaitan" untuk memastikan bagaimana logo Hari Kebangsaan ke-55 yang mencetus kontroversi itu muncul.

NONEPresidennya wRega Zachary Ong berkata, siasatan itu dijalankan untuk mengelakkan kontroversi sama timbul selepas ini.

Katanya, pertubuhan itu telah menjalankan siasatan dan kini sedang menunggu maklum balas daripada pihak berkaitan.

Katanya, wRega mengadakan perbincangan dengan kementerian penerangan dan juga kumpulan dari kalangan penggiat reka grafik untuk mendapatkan maklum balas.

Katanya, kontroversi yang timbul itu menunjukkan betapa reka grafik di Malaysia berada di tahap yang dahsyat dan tahap kesedaran masyarakat dalam kepentingan reka grafik.
K'jaan ganti logo hari merdeka dengan '1Malaysia'
9:09AM Jul 29 2012
Kerajaan memutuskan untuk menggantikan logo sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 yang menampilkan kempen "Janji Ditepati" selepas menghadapi kritikan pelbagai pihak sejak seminggu lalu.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan bahawa langkah itu untuk "membendung salah faham".

"Untuk membendung sedikit salah faham kami (akan) hanya (menampilkan) 1Malaysia sebagai logo Merdeka (dan) Hari Malaysia," kata Rais di laman Twitter.
Rais membuat pengumuman itu susulan kenyataan presiden Persatuan Reka Grafik Malaysia Zachary Ong bahawa beliau antara lainnya "terkejut" dengan kelemahan kreativiti, kemahiran dan rasional yang ditonjollkan melalui logo berkenaan.
Warga pengguna Internet juga menentang penggunaan logo tersebut, termasuk pemimpin DAP Lim Kit Siang yang berkata perkara itu menyebabkan Malaysia menjadi "bahan jenaka".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan