Jumaat, 13 Julai 2012

PATUT HASAN ALI DENGAN JATI SOKONG HUDUD....ITU LAH ALLAH SURUH NAK CEGAH MURTAD DAN SEGALA MAKSIAT...BUKAN PI CERAMAH MANA2...KUTUK ORANG...ANGKAT DIRI...HUDUD TAK DISEBUT...JANGAN TIPU ALLAH...ALLAH SANGAT TAHU APA YANG KITA HENDAK...APA YANG DIDALAM HATI...ALLAH TAHU JUGA KITA AHLI SYURGA ATAU AHLI NERAKA.....JADILAH KITA HERO MEMPERJUANGKAN HUDUD...

Laporan polis Felda, JKKR bantah himpunan oren esok
6:24AM Jul 13 2012
Pengurusan Felda dan anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Tanah Rancangan (JKKR) Felda dari lapan tanah rancangan Felda Wilayah Jengka membuat laporan polis bagi membantah perhimpunan Oren yang dijadual esok.
  
Laporan polis oleh lapan tanah rancangan berkenaan diwakili Pengurus Felda Sungai Tekam, Yunus Husin, dibuat di Balai Polis Jerantut semalam bertujuan meminta pihak berkuasa mencegah pihak terbabit daripada meneruskan perhimpunan tersebut.
  
Menurut Yunus, Perhimpunan Oren yang dianjurkan oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) sebenarnya tidak mewakili masyarakat Felda, sebaliknya hanya didalangi parti pembangkang.
  
"Bukan menjadi satu keperluan kepada masyarakat peneroka dan kakitangan Felda untuk menyokong perhimpunan tersebut bagi membangkitkan perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan.
  
"Apa yang peneroka dan petugas Felda peroleh hari ini tidak ada yang kurang malah pendapatan masyarakat peneroka jauh lebih baik daripada mereka yang berada di luar sana," katanya kepada pemberita di Temerloh semalam.

Menurut beliau perhimpunan Oren sebenarnya bertujuan untuk menghalang kemajuan Felda dan pada masa yang sama juga cuba untuk memporak-perandakan keharmonian masyarakat peneroka dan kakitangan Felda.
  
"Kehadiran ANAK dalam masyarakat Felda tidak diperlukan dan kita minta mereka jangan cuba untuk campur tangan dalam urusan kehidupan harian peneroka," katanya.
  
Sementara itu Pengerusi JKKR Sungai Tekam, Hashim Kadir, 77, berkata para peneroka di lapan tanah rancangan berkenaan iaitu di Felda Sungai Tekam, Felda Sungai Tekam Utara, Padang Piol, Sungai Rentang, Felda Kota Gelanggi 1, 2, 3 dan 4, juga akan mengadakan perhimpunan membantah perhimpunan Oren di Felda masing-masing esok.
  
Semalam, Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata polis tidak akan membenarkan Himpunan Oren Selamatkan Felda di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada Sabtu ini berikutan lokasi itu tersenarai sebagai tempat larangan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.
  
Himpunan Oren itu kononnya bertujuan menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berhubung penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGV) di Bursa Malaysia.

- Bernama
Warta draf pelan bandaraya KL 2020 ditangguh lagi
6:41AM Jul 13 2012
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menangguhkan tarikh pewartaan Draf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur (DPBRKL) 2020 buat kali kedua kepada 28 Februari tahun depan bagi meneliti beberapa isu yang dibangkitkan.
  
Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata DBKL sepatutnya mewartakan draf tersebut pada 1 Julai lepas memandangkan segalanya telah siap dan pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar pada dasarnya telahpun bersetuju dengan tarikh tersebut.
  
"Tetapi apabila kami (DBKL) mengadakan satu pendengaran akhir di Institut Latihan DBKL berhubung pewartaan tersebut, penduduk memberi bantahan terutama isu yang mengaitkan jalan raya dan juga projek transit aliran massa MyRapid Transit (MRT) yang menimbulkan ketidakpuasan hati mereka," katanya dalam sidang akhbar semalam.
  
Ahmad Fuad berkata sehubungan itu, DBKL perlu menangguhkan tarikh pewartaan draf berkenaan buat kali kedua dan meneliti beberapa isu yang perlu diselesaikan bagi menjamin keberkesanan pelaksanaannya.
  
Draf tersebut sebelum ini dijangka diwartakan pada 30 September tahun lepas, namun terpaksa ditangguh pada 1 Julai lepas.

Menyentuh persaraannya, Ahmad Fuad berkata dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan beliau tidak mempamerkan prestasi cemerlang sepanjang memegang jawatan sebagai Datuk Bandar adalah tidak benar.
  
Katanya beberapa pencapaian memberangsangkan berjaya dicapai oleh DBKL semasa beliau menyandang jawatan sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang kesembilan sejak Disember 2008.
  
Ahmad Fuad, 59, yang sepatut bersara wajib pada 15 Julai tahun lepas telah dilanjutkan perkhidmatannya selama setahun secara kontrak.
  
Beliau akan digantikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Ahmad Phesal Talib.

- Bernama

Noh: BN tiada masalah terus beri air percuma di S'gor
6:48AM Jul 13 2012
Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk meneruskan pemberian air percuma di Selangor jika berjaya merampas semula negeri itu tetapi ia akan dilakukan melalui pendekatan berbeza demi kepentingan rakyat.
  
Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata jika dasar itu dilaksanakan, ia akan dibuat dengan lebih menyeluruh termasuk menambah bilangan meter padu air percuma dan memastikan seluruh rakyat Selangor menikmatinya.
  
"Kalau sekarang dia (pembangkang) beri air percuma tetapi tidak semua rakyat dapat. Beratus ribu rumah yang mempunyai meter pukal tidak dapat faedah ini dan adakah orang kaya pun nak dapat juga air percuma ini.
  
"Apa juga dasar dibuat untuk kebaikan rakyat kita kena teruskan tetapi selesaikan dulu masalah meter pukal terlebih dahulu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Mengenai Isu Bekalan Air Selangor anjuran Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), di Shah Alam semalam.
  
Beliau berkata BN tidak boleh membuat dasar yang hanya menguntungkan segelintir rakyat dan tidak memberi makna kepada orang yang tidak memerlukan seperti golongan kaya.
  
Turut hadir Menteri KeTTHA Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan iimbalannya Datuk Noriah Kasnon serta Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings dan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB), Tan Sri Rozali Ismail.
  
Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, menegaskan isu pokok kerajaan BN masa ini ialah bagi memastikan bekalan air mencukupi selari dengan keperluan rakyat.
  
"Apapun kita mesti ingat kalau nak buat dasar (air percuma), air mesti ada... kalau isytihar air percuma sekalipun kalau tidak ada air tidak guna dasar itu kerana tidak mungkin dapat dilaksanakan," katanya.
  
Ketika diajukan soalan sama ada beliau sedia berdebat dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung isu air, Noh berkata perkara itu hanya akan membuang masa.
  
Beliau berkata situasi pada masa kini jelas menunjukkan bekalan air di negeri itu semakin berkurangan sehingga boleh menyebabkan berlakunya krisis air.
  
"Buat dulu Langat 2, ada air baru kita debat tentang siapa nak uruskan dan tarif air baru. Tindakan debat semua buang masa dan politik murahan kerajaan negeri, bukan untuk kepentingan rakyat," katanya.
  
- Bernama

Dah 20 TAHUN jadi MB..kenapa Tok Guru tak buat ISTANA? ;-)


"Jika kamu ingin dikasihi Allah, maka zuhudlah di dunia."
( Ibnu Majah )


"Apabila Allah menghendaki kebajikan pada seorang hamba, nescaya dizuhudkannya di dunia, digemarkannya akan akhirat dan diperlihatkan akan kekurangan dirinya."
( Ad-Dailami )

"Zuhudlah di dunia, nescaya engkau disayangi Allah. Dan zuhudlah pada apa yang ada dalam tangan manusia, nescaya engkau disyayangi manusia."
( Ibnu Majah, Thabrani

"Dan sesiapa yang zuhud di dunia, nescaya dimudahkan kepadanya segala musibah."
( Ibnu Hibban )


DAP dakwa ada projek udang atas 30 ekar tanah Noh Omar

  • Leven Woon
  • 8:13PM Jul 12 2012
ADUN Sekinchan Ng Suee Lim hari ini mendakwa Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar terlibat dalam konflik kepentingan apabila didakwa membuat persetujuan membabitkan satu perusahaan ternakan udang pada tahun lalu.

Ng mendakwa satu kaveat persendirian dibuat ke atas sebidang tanah seluas 30 ekar di Tanjung Karang - seluas kira-kira 15 padang bola - yang dimiliki Noh yang juga ahli Parlimen Tanjung Karang.

NONEDalam perjanjian tersebut, Noh memberi kebenaran kepada syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd untuk mengusahakan ternakan udang di tanah tersebut selama 10 tahun, dakwa Ng.

Perkara itu jelas merupakan satu konflik kepentingan kerana projek usahasama itu berada di bawah portfolio menteri berkenaan, dakwa Ng.

Ng membuat pendedahan tersebut ketika membentangkan usul di DUN Selangor, bagi menyekat wakil rakyat Selangor dan ahli majlis di negeri tersebut daripada membeli tanah semasa tempoh khidmat mereka. Usul itu kemudiannya diluluskan.

Seorang pengarah syarikat Pristine Agrofood, Chu Bak Teck ketika dihubungi lewat petang ini berkata Noh tidak terlibat dalam perusahaan itu dan hanya merupakan pemilik tanah berkenaan.
Chua berkata, tanah milik Noh itu adalah sebahagian daripada tempat ternakan udang itu yang seluas 100 ekar.
Usaha untuk menghubungi Noh bagi mendapat komen beliau tidak berhasil manakala soalan mengenainya melalui SMS belum dijawab.
Berdasarkan dokumen rasmi dari Ng kemudiannya, Noh telah membeli tanah tersebut, Lot 26426 di Bagan Tengkorak, pada tahun 1995.

Satu sijil pemilikan dikeluarkan oleh Pendaftar Hakmilik Tanah Selangor pada September 2009, lima bulan selepas Noh telah dilantik ke jawatan kabinet sekarang.

Chong Wei dibidas terima tawaran habuan jongkong emas

  • Lee Way Loon
  • 8:39PM Jul 12 2012
Gambar di akhbar yang menunjukkan pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei dan rakan sepasukannya memegang jongkong emas bernilai RM2 juta bersama pengarah syarikat Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd (RAGM), Andrew Kam, menimbulkan kemarahan penduduk Bukit Koman.

NONEGambar-gambar itu sewaktu sidang media bersama pada hari Selasa,
yang menyaksikan Kam mencabar Chong Wei dan enam pemain lain negara supaya memenangi pingat emas di Sukan Olimpik London dan jongkong emas itu sebagai habuannya.

Bagaimanapun, penduduk Bukit Koman mempersoalkan sama ada langkah itu semata-mata untuk tujuan perhubungan awam dan sama ada pasukan badminton negara telah digunakan untuk menyelamatkan imej syarikat perlombongan emas tersebut.

Penduduk Kampung Baru Bukit Koman selama ini mendakwa bahawa cyanide yang digunakan di lombong berdekatan, telah mengakibatkan pelbagai penyakit kulit, mata, dan masalah pernafasan.
P Pinang iktiraf 4 individu bantu mangsa ragut

  • Susan Loone
  • 4:06PM Jul 12 2012
Walaupun 10 orang dilihat tidak mempedulikan mangsa ragut, Tan Kim Chuan - seperti yang dirakam kamera CCTV di Rifle Range pada hari Selasa - namun empat individu lain tampil membantu wanita berusia 60 tahun itu, yang meninggal dunia kemudiannya akibat cedera di kepala.

Hari ini, keempat-empat mereka diiktiraf kerajaan negeri atas sikap "kemanusiaan" mereka dan masing-masing dianugerahkan sijil penghargaan dan wang tunai RM200.

Mereka adalah Yee Yoon Mah, Saravana Kumar, Zarolnizam Talib dan Khoo Ean Oon.

Mah, 74, orang pertama dilihat di CCTV, mengangkat tongkatnya untuk memberitahu orang lain apa yang berlaku ke atas Tan, manakala Saravana, 32, dan Zarolnizam, 37, mengangkat mangsa ke tepi jalan.

Khoo, 57, menjaga mangsa dan merawat kepalanya manakala yang lain berusaha untuk mendapatkan bantuan selanjutnya.

Rakaman CCTV menunjukkan tujuh orang berjalan di situ tanpa memperdulikan Tan yang terbaring tidak sedarkan diri di atas jalan di rumah pangsa Rifle Range, akibat tengkoraknya retak.

Tan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang sembilan jam kemudiannya akibat kecederaan yang dialaminya itu.

NONEKetua Menteri Lim Guan Eng, yang menyampaikan sijil dan wang tunai
tersebut,  berkata walaupun beliau kecewa dengan sikap mereka yang tidak tergerak untuk membantu Tan, tetapi yang lain tampil berbuat demikian.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada keempat-empat mereka kerana membantu Tan dan sumbangan kepada masyarakat.
Pas Selangor sokong cadangan Adun Kemelah
Wartawan Sinar Harian
12 Julai 2012
Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman
Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman
SHAH ALAM - Pas Selangor menyokong penuh cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat supaya Johor melaksanakan hukum hudud.

Pesuruhjayanya, Dr Abdul Rani Osman berkata, sekiranya Johor mempunyai kemampuan untuk laksanakan, Pas tidak mempunyai masalah berhubung perkara itu.

"Saya sokong usaha tersebut, Pas tidak mampu laksanakan di Kelantan kerana ada halangan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian apabila ditanya berhubung cadangan Adun Kemelah untuk menjadikan Johor, negeri pertama laksana hukum hudud.

Dr Rani berkata, sekiranya hukum hudud mahu dilaksanakan, rakyat perlu memahami sepenuhnya hukum terbabit, ini kerana bukan orang bukan Islam sahaja tidak memahami hukum hudud, masih ada umat Islam yang tidak memahaminya.

Katanya, hukum hudud bukan satu keutamaan bagi PR, walaupun dalam Pas, ianya jadi agenda utama.

“Kita ambil pendirian sama seperti kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bahawa hukum hudud bukan satu keutamaan bagi PR.

“Jika kita menang Putrajaya sekalipun, hukum hudud tidak boleh dilaksanakan terus, sebaliknya PR perlu utamakan proses pemahaman konsep sebenar hukum terbabit kepada kesemua rakyat di negara ini,” katanya.
Zamil buat gimik politik, kata pemimpin Pas dan DAP
Jamilah Hamzah
12 Julai 2012
zamil ibrahim
$entry.content.caption.value
SHAH ALAM - Zamil Ibrahim yang mendakwa mempunyai rakaman kenyataan kononnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan kata-kata berbaur penghinaan terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dianggap sebagai satu gimik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Samad berkata, dakwaan Zamil itu hanya satu perkara biasa bagi setiap parti politik yang mempunyai ideologi yang berbeza.

Menurutnya, kata-kata Anwar dalam mesyuarat tertutup itu bukan usaha untuk menjatuhkan pemimpin PR tetapi sebagai menyatakan perasaan tidak puas hatinya terhadap seseorang.

“Itu perkara biasa, bukan semua parti mempunyai cerita dan pendapat yang sama.

“Itu bukan usaha untuk jatuhkan orang lain. Itu mesyuarat tertutup dan memang ada perbezaan pendapat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Isnin lalu, Zamil ada menyatakan beliau mempunyai CD rakaman mengenai perbualan Anwar bersama tiga lagi pemimpin PKR pada mesyuarat tertutup yang berdurasi, lima minit dua puluh saat , dan mendesak Anwar menjelaskan perkara tersebut kepada umum dengan segera sebelum beliau mengambil tindakan untuk mendedahkannya.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, perkara yang dikatakan Zamil itu hanyalah perbincangan parti yang membincangkan perasaan tidak puas hati dengan pemimpin parti lain samaada Pas ataupun DAP dan beliau memberi ruang kepad Zamil untuk mendedah CD tersebut bila-bila masa sahaja.

“Itu perkara biasa, memang DAP ataupun Pas tidak mempunyai pendapat yang sama dengan PKR.

“Kalau sama pendapat kenapa tak tubuhkan saja satu parti. Tak perlu banyak-banyak parti," katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw berkata, Zamil hanya melakukan gimik untuk PRU13 yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Beliau berkata, perkara memburukkan parti seperti itu sering terjadi apabila seseorang telah keluar daripada mana-mana parti yang disertainya dahulu.

“Cerita itu cerita lama, dah tak boleh jadikan cerita lagi.

“Seseorang yang keluar daripada parti akan membuat tuduhan seperti itu," katanya.

Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen Kepong berkata, beliau tidak mahu melayan cerita seperti yang dibawa Zamil.

“Perkara itu tak sepatutnya berlaku pun, saya tak mahu layan perkara itu," katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan