Khamis, 12 Julai 2012

MEMANG JADI ADAT...PERKARA BIASA YANG TAK SIHAT...BUAT SESUATU PILIH BULU...BUAT UNTUK DIPUJI DAN DISANJUNG...BUAT AGAR DAPAT PERHATIAN KETUA2@PEMIMPIN MEREKA...MANA TAHU DITAWAR JADI CALON ATAU JAWATAN2 YANG HEBAT...

Kalau dah jadi PM, janganlah jadi kontraktor pula
Posted on Thursday, July 12 @ 05:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: imamsurau

"Isu kontrak LRT Ampang sekarang menjadi isu besar terakhir apabila Najib sekali lagi dikaitkan dengan George Kent Lion Pacific JV yang mendapatkan kontrak itu walaupun pada asalnya syarikat sahabat golf Najib ini tidak layak untuk mendapatkannya. Syarikat Bealfour Beaty – Invesys Consortium yang sepatutnya mendapatkan kerja ini dengan harga RM1.1 billion telah dinafikan peluang untuk melaksanakan projek itu walaupun pada Januari lepas syarikat ini dikatakan telah memenangi tender untuk perlaksanaan projek infrastruktor raksaksa ini.

Tetapi pada 1hb Jun yang lepas syarikat George Kent telah diberikan kerja untuk projek ini dan harganya telah melambung menjadi RM1.8 billion setelah Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan telah mengubah keputusan pihak berwajib dan memberikan kontrak itu kepada George Kent, syarikat yang katanya dipunyai oleh rakan golf Perdana Menteri.

Dimana kah letaknya apa yang dikatakan oleh PM untuk mentadbir secara transperan seperti yang dikatakan beliau untuk melakukan transformasi dalam semua bidang kenegaraan?

Jika ini caranya Perdana Menteri membuat keputusan, ini adalah sangat menjijikkan dan mengaibkan nama negara diperingkat antarabangsa kerana isu ini menjadi perhatian khusus dari masyarakat antarabangsa.

Kita hairan kenapalah PM bersifat begini kerana kalau kita dengar retorik ucapan beliau, Najib sedang cuba menunjukkan kepada rakyat yang beliau adalah Perdana Menteri yang bersih dan cekap dan mempunyai nilai kepimpinan yang begitu tinggi.

Pendedahan yang dilakukan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, itu amat mengejutkan banyak pihak dan lapuran polis telah dilakukan terhadap Najib. Tetapi nampaknya pihak polis mengambil tindakan untuk menyiasat bagaimana perkara yang ‘classified’ itu boleh terbongkar dan tidak pula berani menyiasat tindakan Najib masuk campur dalam keputusan pemberian tender itu.

Ini merupakan salah satu dari ratusan isu besar dalam pemberian konrak terhadap kroni-kroni pemimpin BN khususnya UMNO dan nampaknya penyakit rasuah dan menyalahgunakan kuasa ini memang sudah tidak boleh diperbaiki lagi kerana ia sudah menjadi budaya dalam kepimpinan negara kita.

Saya juga ingin tahu, agaknya berapa orang Perdana Menteri didunia ini yang selain menjadi Perdana Menteri, mereka juga adalah kontraktor-kontraktor besar seperti PM Najib ini.

Bagaimana hendak memperbaiki pimpinan jika dalam isu pemberian kontrak besar ini melibatkan kehendak ahli politik dan dalam isu ini adalah pemimpin politik tertinggi negara yang juga seorang Perdana Menteri.

Bagi saya Najib sepatutnya hanya menjadi Perdana Menteri dan tidak merangkapkan diri beliau sebagai seorang kontraktor besar. Jika PM sendiri mempunyai kepentingan peribadi dalam pemberian kerja kontrak seperti ini, bagaimanalah kerajaan hendak membina masyarakat perniagaan yang mantap untuk negara.

Najib, saya ulangi, sepatutnya hanya menjadi PM dan cuba elak dari menjadi kontraktor. Jika beliau lebih berminat menjadi kontraktor, beliau patut bersara sebagai Perdana Menteri dan tubuhkan sebuah syarikat pembinaan kelas A dan mempunyai lesen PKK yang sah.

Tidak boleh begini. Perdana Menteri buat tugas Perdana Menteri kerana terlalu banyak isu terhadap pimpinan hari ini. Jangan pula hendak menjadi kontraktor sekali.

sumber"


 Dicadang" Tun Mahathir Pengarah PRU13,
Posted on Thursday, July 12 @ 04:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: mohdnoorawang

"Jelas gerakkerja dan perang saraf BN/UMNO yang dibuat oleh Najib Razak sekarang sama dengan taktiknya era Tun Mahathir berkuasa selama 22 tahun. Najib bergerak dengan (*****uh 1Malaysia, BR1M) dengan moto "1malaysia janji ditepati". Semua perhimpunan atas nama apa pun Najib menggunakkan wang rakyat dengan kiraan kasar setiap berhimpunan yang dihadiri Najib Razak menelan belanja RM1 juta sehingga RM10 juta.

Esok Najib akan membuat lawatan sambil berkerja di Terengganu (13/7/2012). Kemuncak lawatan hadir makan bersama rakyat? di Padang Bola Bukit Payung (Dun Bukit Payung,Parlimen Marang). UMNO Terengganu menjangkakan 10,000 hingga 20,000 hadir makan bersama Najib dan Mat Said@ Mat Zoo.

Selama 22 tahun Mahathir telah melaksanakan program bersama rakyat dengan bermacam slogan dan bentuk dan tema serta lagu, Mahathir diarak macam raja dan diberi bermacam gelaran oleh pengampu yang bebal dab ada kepentingan. Malah kedudukkan Mahathir ketika itu mengatasi Raja atau Agong, itulah Mahathir perosak bangsa Melayu yang utama dengan menggunakan kuasa dan UMNO kononnya.

Deligasi Mahathir diteruskan oleh Najib Razak. Puluhan Sloga, puluhan moto, dan lagu dimainkan oleh media jahat milik UMNO dimainkan. Malah hampir setaip bulan ada acara besar bersama rakyat atau pemimpin bertemu rakyat kononnya?. Disilah berlaku puluhan ribu ringgit dan berjuta ringgit dilaburkan hanya untuk bertemu rakyat,? namun natijahnya hanya untuk memenuhi temolok individu atau kroni masing masing,

Apa tidaknya bermula dari persedian khemah, makanan, baju,topi, serta transport semuanya dikaut oleh kroninya, Rakyat hanya dapat makan nasi bungkus dan dapat topi, isinya dapat dan disapu oleh kocek kroni.

Perhimpunan bersama Najib dan jamaun rakyat di Dun Bukit Payung dikhabarkan menelanjan belanja RM5 juta. Perhimpunan Di Dun Bukit Payung untuk membalas gerakkerja PAS yang telah membuat satu perhimpunan (PGU 4) Pas Ganti UMNO, yang dihadiri puluhan ribu orang tanpa diubah dan tanpa khemah yang mahal.

Untuk rekod Parlimen Marang dikuasai oleh PAS, termasuk Dun Bukit Payung dan Dun Rhu Redang. Politik UMNO Terengganu agak panas serta duduk politik UMNO sukar diramal oleh pemimpin UMNO negeri sendiri. Acuan politk dan rakyat Terengganu sendiri tidak suka cara Mat Said tadbir negeri selama 4 tahun.

Malah Mat Said dikatakan lebih teruk dari bekas MB (Deris jusoh). Untuk rekod juga bajet tahunan hampir RM2 billion, namun tiada dapat dinilai oleh rakyat Terengganu. Hanya yang paling popular ialah era mat said ialah ZOO Binatang dengan nama timangan ZOO Mat Said dengan bajet puluhan juta ringgit.

Lagi lama UMNO berkuasa di Terengganu dan bermenterikan MB Mat Said lagi parah dan derita rakyat Terengganu. Hanya yang kaya YB YB UMNO dan kroninya."


 Kes Fitnah II: Pendakwa raya ragui kewibawaan hakim?
Posted on Thursday, July 12 @ 00:36:11 PDT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh Aisha Geoffrey
KUALA LUMPUR 12 Julai: Alasan pendakwaan yang mengatakan Hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dalam membuat keputusan kes Fitnah II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari lalu sebagai tidak menghormati kewibawaan institusi kehakiman negara.Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Mohd Nur Manuty mempersoalkan adakah Mohamad Zabidin Mohd Diah yang berpengalaman luas dalam bidang kehakiman telah melakukan kesilapan dalam membuat keputusan ataupun pendakwa sememangnya meragui keputusan yang dibuat beliau.


"Khilaf itu maksudnya silap, jadi masakan seorang hakim yang berpengalaman lama boleh tersilap dalam memberi keputusan?

"Adakah dengan mengenepikan keputusan itu, pihak pendakwaan sebenarnya meragui hakim Mahkamah Tinggi yang membuat keputusan? Kononnya hakim tak layak?" tempelak beliau.
 

Isnin lalu, Pejabat Peguam Negara mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Rayuan agar mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Ketua Umum KEADILAN itu daripada pertuduhan tersebut dan antara 10 alasan itu termasuklah hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta.

Tambah Mohd Nur, beliau turut meragui kenyataan pendakwa raya kerana katanya, terlalu jelas ada niat jahat untuk sengaja mensabotaj karier Ketua Pembangkang itu.

"Saya yakin, orang ramai tidak mungkin percaya lagi dengan fitnah itu, kerana semua tahu Peguam Negara sebenarnya bertindak di bawah telunjuk pemimpin Umno," tegasnya.

Dalam penghakiman bertulis setebal 80 muka surat bertarikh 2 Julai lepas, Mohamad Zabidin memutuskan mahkamah tidak boleh 100 peratus pasti tentang integriti sampel DNA yang diambil daripada pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Katanya, sampel berkenaan boleh diusik sebelum sampai kepada Jabatan Kimia untuk dibuat analisis. Oleh yang demikian adalah tidak selamat bagi mahkamah bergantung kepada keputusan ujian DNA yang dilakukan terhadap sampel berkenaan.
 
 
 Golongan Yang Takut Dengan Kebangkitan Islam
Posted on Thursday, July 12 @ 00:23:13 PDT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: ustaznik

"Sinopsis: Asia Barat mengalami fenomena politik luarbiasa dalam tempoh terakhir ini. Seorang demi seorang diktator tumbang. Gerakan Islam yang ditekan dan ditindas serta dinafikan hak sekian lama melalui demokrasi yang tempang bangkit di celah tekanan dan penindasan itu. Sepatutnya kebangkitan Islam ini diraikan, bukannya ditakuti. Kenapa mesti ditakuti? Kemuliaan manusia ialah dengan Islam. Keadilan sistem juga ialah dengan Islam.

DSTG Presiden PAS mengupas isu ini dalam khutbah Jumaat berikut pada 16 Syaaban 1433H (6 Julai 2012) :
 
 Rakyat makin risau keselamatan diri dan keluarga
Posted on Thursday, July 12 @ 00:13:32 PDT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: amkns

"Terpaksa tidur di dalam kereta : 12 Julai 2012 – Sepasang suami isteri terpaksa tidur di dalam kereta pada waktu malam ekoran trauma selepas rumah mereka di Flat 700, Pandan Perdana, Cheras di sini dipecah masuk sebanyak dua kali dalam tempoh seminggu. Rumah di tingkat empat itu baru disewa pada awal bulan ini dan kejadian pertama berlaku hanya tiga hari selepas mereka mendiaminya.

 
Mangsa, Hasrin Abdullah, 37, berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira pukul 3.50 pagi pada 4 Julai lalu dan menyebabkan anak perempuannya cedera di leher akibat dikelar oleh perompak yang turut melarikan satu set komputer dan beg tangan.

“Kami hanya menyedari kejadian tersebut selepas mendengar jeritan anak saya yang ketika itu berada di dalam bilik tidurnya. “Saya dan isteri terkejut apabila melihat anak saya yang berumur 17 tahun berlumuran darah kerana dikelar menggunakan pisau yang diambil suspek dari dapur rumah kami,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam. 
Couple terrified after robbers slash daughter
Thursday July 12, 2012 
KUALA LUMPUR: The parents of a teenage girl who was attacked when their apartment was broken into early this month have fled their home and now live in their car outside a hospital near here. 
Hasrin Abdullah, a 37-year-old marketing executive, said his 17-year-old daughter was slashed in the neck in the 3.50am incident on July 4 when the robbers carted away a computer, household items and two bags from their fourth floor apartment unit in Pandan Perdana. 
He said there were two other break-in attempts after the first incident. Hasrin said he and his wife, 34, were awakened by noises outside their room and their daughter's terrified screams. 
“We ran to our daughter's room and saw her neck bleeding,” he said, adding that they immediately rushed her to the Ampang Hospital where she received eight stitches for her wound. 
“My daughter was too traumatised to recall exactly what happened but remembered a man, whose face was covered with red cloth, placing his fingers to her lips and a knife at her neck,” added Hasrin, who works with a South Korean company here. 
“My wife and I are also terrified to step into the apartment again,” he told reporters who met him at the hospital car park yesterday. Hasrin has lodged two police reports at the Pandan Indah station. 


 Media rasmi PAS Selangor
Posted on Thursday, July 12 @ 00:10:14 PDT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: izali

"

Website : www.selangor.pas.org.my
Facebook : www.facebook.com/pas.selangor
Twitter : https://twitter.com/PASelangor
Multimedia : http://www.ehsantv.com
Jom sertai kami. 


 Isu Rampas Tanah, Kenapa Umno Penang tak jadi mengamuk?
Posted on Wednesday, July 11 @ 08:28:38 PDT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: lipasmalas

"CUBA anda lihat gambar di bawah ini. Ini merupakan satu tunjuk perasaan membantah pembinaan sebuah Universiti di Pulau Pinang baru-baru ini.
Taktik biasa digunakan, mereka menyamar seperti penduduk Melayu yang marah dengan Lim Guan Eng, padahal semua muka-muka ahli Umno yang nak cipta isu untuk dimuatkan dalam Buletin Utama, TV3
Seperti biasa, gerombolan songkok tinggi memainkan sentimen kononnya Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang mahu menghalau dan merampas tanah orang Melayu di Pulau Pinang atas alasan pendidikan.



Namun tiba-tiba isu ini senyap, mereka yang berkobar-kobar sampai mata pun keluar api kononnya marah tahap paling tinggi kepada Lim Guan Eng, tiba-tiba senyap jadi ayam berak kapur kenapa?

Rupa-rupanya cadangan pembinaan Asian Women Leadership University (AWLU) adalah hasrat daripada kerajaan pusat yang diterajui oleh Barisan Nasional.

Di bawah ini bukti hitam putih yang dihantar kepada Ketua Menteri Pulau Pinang daripada Datuk Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia untuk membina sebuah Universiti Awam.

Sila klik untuk membesarkan imej.




ReJaM© "Pergilah mengamuk depan Jabatan Perdana Menteri kah kah kah... "

Sumber: MiLo SuaM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan