Khamis, 12 Julai 2012

SELAIN IBLIS...MUSUH2 ISLAM MENGINTAI DAN MERANCANG UNTUK MEMUSNAHKAN SERTA MELUMPUHKAN ISLAM...KITA PULA LEKA MELAYAN KEHENDAK NAFSU...

Isu Rampas Tanah, Kenapa Umno Penang tak jadi mengamuk?
Posted on Wednesday, July 11 @ 08:28:38 PDT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: lipasmalas

"CUBA anda lihat gambar di bawah ini. Ini merupakan satu tunjuk perasaan membantah pembinaan sebuah Universiti di Pulau Pinang baru-baru ini.

Taktik biasa digunakan, mereka menyamar seperti penduduk Melayu yang marah dengan Lim Guan Eng, padahal semua muka-muka ahli Umno yang nak cipta isu untuk dimuatkan dalam Buletin Utama, TV3
Seperti biasa, gerombolan songkok tinggi memainkan sentimen kononnya Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang mahu menghalau dan merampas tanah orang Melayu di Pulau Pinang atas alasan pendidikan.



Namun tiba-tiba isu ini senyap, mereka yang berkobar-kobar sampai mata pun keluar api kononnya marah tahap paling tinggi kepada Lim Guan Eng, tiba-tiba senyap jadi ayam berak kapur kenapa?

Rupa-rupanya cadangan pembinaan Asian Women Leadership University (AWLU) adalah hasrat daripada kerajaan pusat yang diterajui oleh Barisan Nasional.

Di bawah ini bukti hitam putih yang dihantar kepada Ketua Menteri Pulau Pinang daripada Datuk Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia untuk membina sebuah Universiti Awam.

Sila klik untuk membesarkan imej.




ReJaM© "Pergilah mengamuk depan Jabatan Perdana Menteri kah kah kah... "

Sumber: MiLo SuaM


 Kemelut Imam Masjid Lenggeng semakin parah
Posted on Wednesday, July 11 @ 01:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: amkns

"freemalaysiatoday.com/">10 Julai 2012 : Kemelut perlantikan Imam Masjid Lenggeng sejak awal tahun ini semakin parah apabila 10 daripada 11 Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid tersebut membuat laporan polis di Balai Polis Lenggeng pagi ini.

Dalam laporan polis tersebut Mohd Fahmy Mohd Tamin, 70, yang mewakili AJK masjid; lima Datuk-Datuk Adat Lenggeng (pemimpin setempat mengikut hirarki sistem Adat Perpatih Negeri Sembilan) dan 220 ahli kariah masjid; mendakwa salah laku tiga individu di dalam Jawatankuasa masjid tersebut menyebabkan urus tadbir Masjid Lenggeng menjadi celaru dan kucar kacir sejak awal tahun ini.

“Nazir Masjid, Mad Nor Ibrahim; Setiausaha Masjid, Osman Rasul dan AJK Masjid yang juga Ketua Umno cawangan Lenggeng, Zulkifli Rashid tidak akur dengan keputusan majoriti AJK masjid menghantar dua nama kepada Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (Jains).

“Kami menghantar nama Said Abdul Ghani sebagai calon Imam 1 dan Ustaz Azman Baharom sebagai calon Imam 2. Said mempunyai pengalaman sebagai Bilal selama 16 tahun dan sebagai Imam selama empat tahun.

“Walaubagaimanapun Mad Nor, Osman dan Zulkifli membelakangkan keputusan AJK Masjid dan menghantar dua nama lain iaitu Nordin Yusof dan Ali Hamzah. Nordin menolak tawaran tersebut sementara Ali pula diisytiharkan sebagai Pemangku Imam 1 oleh Mad Nor, Osman dan Zulkifli.

“Tetapi apa yang pelik sehingga hari ini tiada surat hitam putih daripada Jains yang mengesahkan pelantikan Ali sebagai Pemangku Imam 1.

Kes masih disiasat

“Saya sudah berjumpa pegawai yang berkenaan di Jains dan jawapan yang mereka berikan bahawa kes ini masih disiasat dan meminta saya bersabar,” kata Mohd Fahmy.

Apabila ditanya FMT mengapa 10 AJK Masjid termasuk Mohd Fahmy, Datuk-Datuk Undang Lenggeng dan 220 ahli kariah masjid tidak mahu menerima Ali sebagai Imam; Fahmy menjelaskan bahawa bacaan sembahyang dan tajwid oleh Ali tidak sempurna dan sering berlaku kesilapan di dalam bacaan beliau. Mohd Fahmy juga mendakwa ada tangan ghaib dan campurtangan politik di dalam kemelut ini.

“Said dituduh sebagai orang PAS. Saya dan beberapa AJK masjid merupakan ahli Umno. Bagi kami tidak penting apa fahaman politik Imam. “Ahli kariah tidak peduli apa fahaman politik Imam. Yang kami peduli ialah ilmu Imam itu mestilah mencukupi dan mampu mengendalikan bacaan sembahyang dan tajwid dengan sempurna.

“Justeru itu kami mendesak pihak Jains segera mengistiharkan keputusan panel temuduga pegawai masjid (Imam) yang diadakan pada 28 Mac 2012. Kami mendapat maklumat bahawa calon yang kami cadangkan iaitu Said dan Azman berjaya terpilih sebagai Imam”, jelas Mohd Fahmy.

Sumber : freemalaysiatoday.com/"


 Mali: Melaksanakan hukum Hudud
Posted on Tuesday, July 10 @ 02:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: abuhikam

"Di Mali, tepatnya di kota Timbuktu, Mujahidin dari jama'ah Ansar al-Din, yang memimpin di sana, telah mulai menerapkan Syari'at Islam di berbagai aspek kehidupan. Salah satunya adalah penerapan hukuman hudud bagi pezina.

Solusi dari merebaknya perzinahan adalah ditegakkannya Syari'at Islam, karena dengan demikian para pezina diancam hukuman cambuk bagi pezina yang belum kahwin dan hukuman rajam bagi pezina yang telah menikah, sehingga orang-orang yang suka berzinah akan perit dan takut untuk berzina lagi.

Bulan lalu, tepatnya (20/6/2012), Mujahidin menghukum seorang wanita dan seorang pria atas perbuatan zina mereka. Mereka berdua masing-masing mendapatkan 100 kali cambukan -sesuai aturan fiqh bagi pezina yang belum menikah- yang dilaksanakan di hadapan kerumunan masyarakat sekitar.

Setelah mereka mendapatkan hukuman, Mujahidin memerintahkan mereka untuk dibawa oleh ambulans ke rumah sakit untuk pengobatan luka mereka. Kemudian, hakim yang diperintahkan menangani kasus perzinahan itu memberikan sejumlah uang sesuai dengan kebijakan kepemimpinan Mujahidin.

Dalam sebuah video yang dipublikasikan di YouTube tertanggal (6/7), yang merakam pelaksanaan hudud pada para pezina itu, menunjukkan sebelum Mujahidin melaksanakan hukuman, salah satu pihak yang berwajib melakukan pidato di hadapan masyarakat untuk membuat masyarakat paham akan pelaksanaan hukuman itu dan agar orang yang lain tidak melakukan hal yang sama. Setelah itu Mujahidin mencambuk kedua pezina itu dengan kadar cambukan sewajarnya tanpa berlebihan. (arrahmah.com)"



Wilders tak henti-henti beri tekanan pada Kebangkitan Islam Amerika
Posted on Tuesday, July 10 @ 23:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: halimislam

"Memberi mesej Islamophobia di negeri Colorado, politik dan ahli-ahli parlimen, Geert Wilders, telah meminta penggubal undang-undang Amerika untuk melarang pembangunan masjid bagi membantu menghentikan apa yang disebut sebagai 'Islamisasi' di Barat.

"Jika kita tidak menghentikan Islamisasi, kita akan kehilangan segalanya: identiti kita, budaya kita, negara demokrasi berperlembagaan kita, kebebasan kita, dan peradaban kita," Wilders mengatakan dalam Sidang Kemuncak Konservatif Barat di Colorado.

Wilders, pemimpin Parti Kebebasan sayap kanan, mengatakan bahawa pengharaman terhadap masjid akan membantu menghentikan Islamisasi Eropah dan Amerika Syarikat.

"Kita harus melarang pembangunan masjid baru. Cukup sudah Islam di barat."

Wilders terkenal kerana aksi anti Islam. Dia pernah menyeru larangan Al-Quran dan menyebutkan kitab suci umat Islam tersebut sebagai kitab yang "fasis". Pada tahun 2008, Wilders mengeluarkan filem dokumentari berjudul 'Fitna' selama 15 minit yang menuduh Al-Qur'an menghasut kekerasan.

Selanjutnya Baca SINI"


 Agama candu masyarakat?
Posted on Tuesday, July 10 @ 21:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: imamsurau

"

Sebelum kita pergi lebih jauh dalam perbincangan ini, wajib bagi kita terlebih dahulu untuk memahami sedikit sebanyak asas dalam tajuk ini supaya akhirnya, apa yang ditulis saya boleh difahami maksud, tujuan, dan matlamatnya.

Memastikan tuan-puan faham tulisan ini juga adalah demi memastikan saya akhirnya tidak dituduh menghina agama, membawa ajaran sesat, atau cuba untuk memurtadkan sesiapa kerana di Negara ini, kita ada ramai wali Melayu yang tidak perlu memahami isi Quran, tidak perlu mampu menjadi imam solat, tidak perlu juga mempunyai anak murid; cukup sekadar mendaftarkan diri menjadi ahli kepada persatuan-persatuan yang menyelitkan satu dua perkataan Arab, mampu berbaju Melayu, dan bangga bersongkok tinggi. Kelayakan lain adalah berkebolehan menarik kereta atau meludah orang. Nauzubillahhiminzalik.

"Agama candu masyarakat", untuk golongan yang berakal cerdas dan tidak buta huruf mahupun buta hati, semuanya pasti akan tahu bahawa ini adalah ungkapan Marx yang kononnya menjadi bukti kukuh Marxism menolak agama dan pengamalannya. Yang ini saya tidak perlu perdebatkan jauh, cukup sekadar saya sangkal kembali dengan fakta ringkas iaitu seorang pejuang anti imperialism Belanda di Indonesia pernah mengungkapkan satu ayat tersohor iaitu "tidak cukup Islam kamu jika kamu menolak komunisme". Ayat ini keluar dari mulut dari H.M Misbach atau lebih terkenal dengan gelaran Haji Merah, seorang pejuang Muslim yang mempunyai ramai anak buah; dan juga anak murid yang mengaji dengannya. Fahaman masyarakat kita terhadap "agama candu masyarakat" dan asosiasinya dengan maksud sebenar Marx jauh meleset. Apa lagi jika orang itu hanya memahami komunisme sebagai "bintang tiga yang suka bunuh polis".

Saya tidak cuba untuk mengolah atau mengupas apa yang ditulis oleh Marx. Lebih baik tuan-puan kaji dan fahami sendiri. Ini adalah tulisan yang menzahirkan persoalan-persoalan dan keperihatinan saya terhadap apa yang berlaku ke atas agama yang saya anuti, dan kesannya ke atas agama yang tidak saya anuti. Saya sengaja memilih tajuk tersebut kerana tidak ada tajuk lain.

"Agama" tidak perlu saya terangkan bentuknya. Di Malaysia ini tidak ada orang yang lahirnya tidak beragama, kerana setiap bayi yang lahir wajib didaftarkan agamanya dalam surat beranak. Fahaman dan anutan masing-masing itu akhirnya terpulang kepada penganut masing-masing. "Candu" lebih kritikal untuk difahami. Candu adalah satu bahan yang saya sifatkan sebagai boleh jadi baik dan boleh jadi buruk. Baik jika digunakan atas tujuan dan sebab musababnya. Baik jika tidak dilanggar aturannya. Baik jika digunakan dengan cara yang betul. Buruknya candu apabila digunakan dengan cara yang sebaliknya. Maka tidak salahlah jika ada yang mengatakan agama akhirnya menjadi candu masyarakat.

Mengapa candu? Begini, menurut sejarah tamadun masyarakat, kalau diperhatikan bersama, candu ini asalnya adalah bahan yang digunakan untuk menyelamatkan ramai orang. Candu digunakan sebagai ubat berhadapan dengan kesakitan terutama sekali di waktu peperangan dahulu kala. Namun, candu jugalah yang akhirnya telah menyebabkan pecah perang! Candu, seperti dadah lain jugalah yang menghancurkan institusi masyarakat sendiri. Begitulah juga agama akhirnya. Agama asalnya adalah pengubat kemelesetan moral dan kesesatan masyarakat. Agama telah menjadi penyelamat kepada umat manusia. Namun agama jualah yang akhirnya juga menghancurkan manusia itu kembali apabila kuasa atau autonomi agama itu jatuh ke tangan orang yang salah.

Di Negara kita, agama rasminya adalah Islam. Ini termaktub di dalam Perlembagaan dengan jelas dan "berani". Saya nyatakan "berani" kerana misalnya Indonesia, yang diiktiraf sebenarnya sebagai Negara yang mempunyai umat Islam paling ramai di dalam dunia sendiri ketika berdirinya Undang-Undang Dasar 1945 dan Pancasila, tidak berani meletakkan persoalan mengenai kedudukan agama Islam, pengamalan dan sebagainya, termasuklah juga agama lain ke dalam UUD 1945. Takut kerana ketika itu, ramai berpendapat ia akhirnya akan jadi pemecah belah masyarakat. Namun di Malaysia, mengisytiharkan agama Islam sebagai agama rasmi, lantas meletakkan indikator bahawa umat Islam di Negara ini mempunyai kelebihan jelas berbanding penganut agama lain, ternyata adalah satu tindakan yang berani. Islam diiktiraf, namun pada masa yang sama, agama lain tidak dihalang untuk diamalkan, kecuali disebarkan kepada orang Islam. Ini antara yang termaktub dalam Perlembagaan kita. Dengan perkara yang demikian, tampaklah bahawa Islam adalah agama dominan dan kononnya "terpelihara". Tugas penguasa dalam mengangkat agama, terutama sekali Islam dalam Negara ini telah kelihatan sempurna.

Bagi saya, inilah ilusi yang dimainkan penguasa. Masyarakat telah dicandukan dengan khayalan dan penipuan mengenai agama. Menukarkan agama menjadi senjata untuk mengukuhkan kekuasaan sendiri dengan cara yang hina dan jijik. Menjadikan agama sebagai candu untuk melekakan rakyat. Menjadikan agama sebagai candu supaya rakyat ketagih dan terpaksa terus menyembah kaki mereka. Taktik pertama adalah menipu rakyat dengan membuatkan semua orang percaya bahawa agama telah dipelihara dengan cantik oleh penguasa, kemudian menggunakan kembali agama ini untuk menentang rakyat dan musuh politik masing-masing, apa lagi jika yang tidak seagama dengan mereka. Agama juga digunakan untuk kepentingan dan tembolok masing-masing. Memegang kuasa agama seolah memberi peluang kepada mereka untuk memperniagakan agama, seperti memperniagakan candu.

Penyalahgunaan agama ini boleh dilihat dalam banyak perkara, antaranya menghalalkan rompakan ke atas rakyat di siang hari. Banyak projek-projek penswastaan agama dijalankan, dan projek ini secara harfiahnya memang menguntungkan penguasa dari banyak segi termasuklah kewangan. Lihat sahaja masjid-masjid didirikan dengan mewah di banyak pusat-pusat tumpuan pelancong. Membina masjid tidak menjadi masalah. Menjadikan masjid itu indah dan mengasyikkan pandangan juga tidak menjadi kesalahan, namun yang menjadi kesalahan apabila ia dibina dengan tujuan yang tidak betul, contohnya untuk memberi keuntungan kepada kontraktor yang juga kroni mereka. Membina masjid yang pada kosnya hanyalah sekitar RM 2 juta, akhirnya bertukar menjadi RM 10 juta, bukankah ini menghina masjid itu sendiri? Membina masjid dengan duit kotor, kemudian pula menjadikan projek masjid sebagai tapak semaian rasuah dan komisyen. Masyarakat tentu sekali tidak berani mempersoalkan pula perkara ini kerana yang dibina itu masjid. Apa kata orang lain jika kita mempersoalkan wang pembinaan masjid? Akhirnya kontraktor serta menteri yang memakan hasil itu mampu terus tergelak besar.

Menyalahgunakan agama untuk memusuhi orang lain, itu juga amalan biasa dalam Negara kita. Menyemai rasa benci dan takbur dalam diri orang-orang yang mencari syurga adalah perbuatan yang hina. Ingat kembali banyak peristiwa pergeseran antara kaum dan penganut agama. Dan tentu sekali, yang menjadi dalang penghasut juga adalah orang-orang politik yang hanya mahu menuai sokongan dari kalangan masyarakat yang tertipu. Betapa dengan sewenang-wenangnya menggunakan alasan keagamaan untuk menghalalkan tindakan tidak adil ke atas orang lain terutama yang tidak sealiran dan tidak sependapat serta tidak seagama dengan mereka. Lebih menyesatkan masyarakat apabila ada yang mula menggunakan perkataan perang jihad ke atas sesuatu pihak; walaupun ironinya yang mengisytiharkan jihad itu anak-anak buah bala tenteranya tidak seorang pun yang kelihatan seperti merindukan syahid; hanyalah jenis manusia yang merindukan Syida atau Syahida di kelab-kelab dangdut. Bukankah ini penyalahgunaan agama? Perkara yang asal dan aslinya baik, apabila jatuh ke tangan orang jahat bertukar menjadi senjata yang berbahaya dan akhirnya menghancurkan institusi masyarakat itu sendiri. Saya tidak pernah ingat sejak bila agama Islam khususnya disebarkan untuk memerangi orang yang tidak sealiran. Bukankah asalnya agama ini adalah agama pembebasan dan keadilan? Bagaimana akhirnya agama ini menjadi agama penindasan dan penganiayaan serta permusuhan terhadap orang lain?

Agama adalah hak milik ekslusif di Negara ini. Realitinya, hanya sesetengah orang sahaja yang boleh "memiliki" agama. Erti memiliki bukanlah maksudnya menganut; semua orang boleh menganut, tapi menganut agama ini ibarat menyewa. Pemilik-pemilik agama ini adalah golongan-golongan elitis yang kadang-kadang lebih banyak memeningkan kepala kita apabila melihat telatah mereka. Malah, tambah menyedihkan, agama juga menjadi hak milik ekslusif buat satu kaum, dan kaum lain hanya dilihat sebagai menumpang tuah. Senantiasa kita tertanya kembali bagaimana kita boleh merelakan golongan ini menjadi pemilik dan "pemelihara" agama, dan kita yang di bawah ini pula harus mengikut rentak beragama acuan mereka. Bagaimana pula kita yang sedar ini mampu terus memebiarkan pula agama menjadi senjata diskriminasi terhadap kaum berlainan? Jika salah di mata mereka, maka salahlah agama kita. Ingat, kita yang di bawah tidak punya kuasa untuk mempersoalkan apa-apa yang berkaitan anutan kita jika yang di atas tidak membenarkannya. Walaupun pemelihara agama itu adalah kaki mabuk, walaupun pemelihara agama itu adalah pemegang saham judi, walaupun pemelihara agama itu kaki rasuah, atau apa sekali pun, mereka adalah pemilik ekslusif dan menyanggah pendapat mereka mengenai agama adalah dosa besar.

Realitinya, permasalahan beragama di Negara ini masih terlalu banyak dan bercelaru. Sedihnya, segala apa yang berlaku tidak diuraikan sebaliknya terus-menerus disapu ke bawah karpet. Ini realiti. Buat orang-orang yang cuba untuk memikirkan permasalahan ini, mereka selalunya dihalang; lazimnya kerana tidak bertauliah dan sebagainya. Kita ada pelbagai variasi agama di dalam Negara ini, dan Islam sebagai agama dominan, ironinya kelihatan seolah-olah begitu bermasalah walaupun sudah diberi kedudukan yang istimewa dalam negara. Begitu juga Melayu. Lebih istimewa, lebih ekslusif, lebih bermasalah. Tidak cukup ruangan jika ingin dibincangkan satu persatu soal dan permasalahan agama ini. Kita masih belum mampu keluar dari kepompong mazhab, belum mampu memecah dogma kuno Islam itu Melayu, Melayu itu Islam, belum mampu memecahkan diskriminasi terhadap mualaf dan sebagainya. Permasalahan dalaman ini belum selesai dan tak kunjung sudah, maka kita sendiri pun tentu sekali tidak mampu pula untuk membincangkan hubungan dengan agama lain. Akhirnya yang berkuasa terus menerus menggunakan agama yang masih menjadi kekeliruan masyarakat ini sebagai candu untuk mereka menguasai rakyat yang terus tidak sedar diracuni mereka.

Saya bukanlah ahli agama; logiknya saya tidak layak untuk membincangkan soal-soal ini, apa lagi seperti yang saya nyatakan sejak awal, sebagai penganut biasa, saya hanyalah "menyewa" agama di Negara ini. Tidak layak bagi saya untuk membincangkannya, saya bukan ahli dan pemilik. Namun sebagai penganut biasa, cukuplah saya menimbulkan persoalan supaya ahli-ahli dan pemilik-pemiliknya dapat meneliti kembali masalah-masalah ini. Wallahualam.

sumber"


 Sejarah Zionist dan kejatuhan Palestine-(samb kpd british menipu othmaniah)
Posted on Tuesday, July 10 @ 17:33:47 PDT
Dilulus untuk paparan oleh cosa

Oleh: MERONG

"Menyedari bahawa suatu platform antarabangsa dan komuniti diperlukan untuk perlaksanaan matlamat One World Government. Dajjal telah melakukan suatu perancangan rapi untuk menubuhkan negara Yahudi Israel melalui kaedah-kaedah perundangan antarabangsa dan sekiranya tidak berjaya kaedah paksaan akan digunakan. Melalui pergerakan Illuminati yang majoriti ahli-ahlinya berkelulusan Undang-Undang, Dajjal dari pejabatnya di Segitiga Bermuda (menurut Muhammad Isa Dawud) telah merancang bahawa negara Yahudi perlu ditubuhkan melalui suatu gerakan NGO yang kuat yang dapat mempengaruhi ahli-ahli politik dunia. Maka keputusan yang dibuat ialah menubuhkan pertubuhan Zionis.

Pertubuhan ini akan berfungsi sebagai agen penggerak utama dalam menubuhkan negara Israel dan akhirnya bertindak sebagai pemerintah negara tersebut. Oleh itu seseorang perlu dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan kerja-kerja ini. Sejarah Pertubuhan Zionist Antarabangsa Pertubuhan Zionist diasaskan oleh seorang bekas peguam yang berbangsa Yahudi iaitu Theodor Herzl . Herzl dilahirkan di Budapest, Hungary. Dia menerima ijazah dalam perundangan tetapi memilih untuk menceburi bidang penulisan. Bagaimana timbul idea menubuhkan Zionist ? Menurut suatu sumber, pada 1891 semasa Herzl berumur 31 tahun, dia telah berhijrah ke Paris sebagai tetamu undangan bagi persidangan akhbar Vienna Neue Presse. Dia menganggap peningkatan sikap anti-sematik (anti yahudi) timbul kerana fahaman dan sikap orang yahudi sendiri yang tidak mahu berubah. (Sumber ini mungkin rekaan sahaja untuk menutup cerita bahawa Herzl sebenarnya sedang diarah “seseorang” bukannya suka-suka pergi Paris) Semasa di Paris, dia menyaksikan sikap anti-sematik yang menebal di Francis semasa cuba membela Dreyfus yang cuba menyatakan kesaksian bagi kes penindasan Yahudi. Bila Herzl meninjau kelibat Alfred Dreyfus, dia terdengar suara sumbang dari para hadirin mengatakan “Death to the Jews!, death to the Jews!“. Dreyfus ialah seorang Yahudi sejati serta berpangkat besar dalam ketenteraan negara Perancis. Namun begitu, orang Perancis sangat maju, berbudaya di dunia. Sifat anti-sematik mereka susah untuk dihakis. Herzl berasa kurang senang dan menyimpulkan bahawa penyelesaian terhadap sifat anti-sematik ialah menempatkan semula mereka (minoriti Yahudi) di tanah bumi asal mereka iaitu Palestin. Anti-Sematik akan pudar, dia percaya, hanya bila Yahudi mempunyai negara mereka sendiri. Daripada itu, Herzl menubuhkan gerakan politik Zionist. Selepas berjumpa Dreyfus, Herzl telah menggunakan sepenuh masa hidupnya untuk mencapai matlamatnya iaitu membina sebuah Negara Yahudi merdeka. Dia mula membuat risalah (brochure) dan mengedarkan risalah-risalah berikut dikalangan Yahudi Eropah. Risalahnya itu mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat Yahudi Eropah dari pelbagai negara. Dalam tahun 1897, kongres pertama Dunia Zionist telah diadakan di Bassel, Switzerland. Ia merupakan kali pertama orang-orang Yahudi seluruh dunia berjumpa untuk membincangkan agenda politik. Bahasa perantaraan yang digunakan dalam kongress tersebut ialah bahasa Jerman. Mereka sedar bahawa organisasi politik perlu dibentuk untuk mencari negara baru. Kongress sebulat suara mengundi Herzl sebagai Presiden organisasi. Mereka mula menetapkan tarikh akhir, menetapkan corak bendera, dan bersetuju membuat perjumpaan setahun sekali. Pada pejumpaan pertama tersebut, Herzl telah berucap dengan mengatakan “Jika kamu semua berkendak, maka ia bukan lagi fantasi.” Tidak dinafikan bahawa hasrat Herzl menubuhkan negara Yahudi iaitu Israel didorong oleh arahan dari pemimpinnya dalam pergerakan Illuminati. Cara Herzl bekerja adalah luar biasa. Dia tidak lagi menghiraukan akan kerjayanya dan keluarganya, malah yang lebih aneh ialah ia tidak perlu mencari sumber kewangan untuk bergerak ke serata dunia. Dari mana dia mendapatkan semua kos pengangkutannya ke sana ke mari itu? Tidak lain adalah dari jutawan-jutawan yang juga ahli Illuminati. Jutawan-jutawan ini telah diarahkan untuk membantu Herzl dari sumber kewangan sebagai jalan memudahkan kerja-kerja Herzl. Jutawan-jutawan ini juga berbangsa Yahudi atau dikenali sebagai financiers. Persetujuan yang diperoleh tentang kawasan negara Israel ialah bumi Palestin. Pemilihan ini dibuat berasaskan disitulah tempat lahirnya Nabi Yaakub a.s. yang juga digelar bapa Bani Israel (Nama Israel adalah gelaran kepada Nabi Yaakub). Namun begitu, hasrat ini terhalang kerana ketika itu Palestin di bawah kekuasaan Kerajaan Islam Turki Uthmaniah. Khalifah Islam ketika itu ialah Sultan Abdul Hamed II (1876-1909) iaitu khalifah yang sangat tegas dan patuh kepada ajaran Islam. Herzl berangkat ke Turki pada Mei 1901 untuk berjumpa Khalifah. Misi Herzl ke sana ialah memujuk Khalifah menyerahkan bumi Palestin kepada orang-orang Yahudi. Malangnya, Khalifah enggan menyerahkannya kepada orang-orang Yahudi, malah permintaan Herzl itu dibalas dengan kata-kata berikut; “Beta lebih rela ditikam dengan besi daripada melihat Palestin hilang.” Herzl terkejut dengan pendirian Sultan Abdul Hamed, perasaan dendamnya pada khalifah tidak dapat dibendung lagi. Tetapi dendamnya perlu disimpan dahulu, jalan lain harus difikirkan sebagai menunaikan hasrat menubuhkan negara Israel. Selepas itu, Herzl berhijrah ke seluruh dunia untuk mencari tempat yang sesuai bagi menubuhkan negara Israel. Herzl tahu itulah tugas yang diberi oleh pemimpinnya (Dajjal) sepanjang hidupnya, jika gagal mungkin ia akan ditimpa masalah. Pada 1903 Joseph Chamberlain dari British Royal Commission telah menawarkan khidmat berunding dengan kerajaan Mesir bagi mendapatkan tempat di Selatan Palestin iaitu Semenanjung Sinai. Malangnya, rundingan gagal. Kerajaan British selepas itu menawarkan kawasan di Utara Afrika iaitu Uganda dan Cyprus. Herzl membawa cadangan ini kepada Kongres Zionis di Bussel. Keputusan yang dibuat pada kongres ke-6 itu ialah persidangan sebulat suara tidak bersetuju dan bumi Palestin adalah kawasan terbaik untuk penempatan negara Israel memandangkan ia adalah bumi sejarah Yahudi dan makam Nabi Yaakub. Herzl gagal dalam melaksanakan misi Illuminati, Zionis dan pemimpinnya Dajjal. Pada 1904, Herzl telah mati akibat serangan sakit jantung. Mayat beliau ditanam di Edlach, Selatan Austria. Herzl mati ketika berumur 44 tahun. Satu arahan diturunkan oleh Dajjal kepada pemimpin Zionis (pengganti Theodor Herzl) dalam melaksanakan misi mendapatkan Palestin. Arahan tersebut ialah “merencanakan revolusi menjatuhkan Kerajaan Khalifah Uthmaniah pimpinan Sultan Abdul Hamed IV. Tugasan ini diberikan kepada ahli freemason Yahudi Turki iaitu Mustapha Kamal Attartuk. Misi Mustafa Kamal mendapatkan Palestin berjaya apabila berjaya menggulingkan kerajaan Khalifah Islam terakhir itu dalam Revolusi Turki pada 27 April 1920 "


British Menipu Pemerintah Bumi Hijaz-samb British menipu Othmaniah
Posted on Tuesday, July 10 @ 17:31:45 PDT
Dilulus untuk paparan oleh cosa

Oleh: merong

"Raja Syarif Hussein Mekah ( 1853-1931 ) adalah Ahlul-Bait Arab Quraisy Hasyimi yg memerintah Semenanjung Tanah Arab, Mekah, Madinah, Taif dan Jeddah. Baginda di halau dari Hijaz oleh British di bawah kelolaan Sang Inggeris bergelar Lawrence of Arabia d tahun 1917. British tidak menukar “Sistem Diraja” tetapi British kemudiannya menukar tampuk pemerintah dengan menggantikan pemerintahan Syarif Hussein Mekah kepada keluarga Saud dan menukar nama bumi Hijaz kepada Arab Saudi.

 Senarai nama pemerintah Hijaz 1932-1953 :
Abd Aziz as-Saud 1953-1964 : Saud ibn Abdul-Aziz Al Saud 1964-1975 :Faisal bin Abdul-Aziz Al Saud 1975-1982 : Khalid bin Abdul Aziz 1982-2005 : Fahd Bin Abdul Aziz 2005-skrg : Abdullah bin Abdul-Aziz Al Saud Bermulalah FITNAH kepada “Sistem Diraja” ataupun “Khalifah” apabila sistem itu dikuasai dari kalangan yang bukan Ahlul Bait.
Tidak hairanlah kenapa Keluarga Saud begitu taat dan tunduk kepada British dan USA. Mereka terhutang budi kerana keluarga mereka dipilih menjadi pemerintah bumi Hijaz. Kejayaan utama British adalah memujuk Khalifah menandatangani menyerahkan Palestine kpd Yahudi.
Keluarga Diraja Saudi juga telah menandatangani perjanjian rahsia dengan Israel yang membawa kesetiaan Keluarga Saudi kepada Israel dan tidak akan terlibat dengan sebarang peperangan yang melibatkan Arab dan Israel. Fahamlah kita kenapa begitu mudah kerajaan Arab Saudi membenarkan USA membuat pengkalan tentera di Bumi Para Nabi itu untuk membunuh saudara se Islam sendiri.
Fahamlah kita kenapa kerajaan Arab Saudi hanya menghulurkan bantuan keewangan dan bukan ketenteraan kepada Palestine sedangkan mereka adalah kuasa besar di bumi Arab. British berjaya menipu umat Islam dgn menggantikan Mustafa Kamal di kerajaan Othmaniah, British juga berjaya menukar pemerintahan Ahlul-bait kepada keluarga Saud di bumi Hijaz. Bagaimana pula di bumi Nusantara dan Ayuthia apakah British Berjaya menipu kita?

http://me.wordpress.com/2010/05/15/selling-palestine/#more-2753

Hukum Meniup Lilin Hari Lahir

by admin on April 9, 2012


Soalan:
Bolehkah menyambut hari jadi dengan meniup lilin dan bernyanyi….setengah orang cakap tak boleh…kalau tak, boleh ke kita tukarkan lagu “Allah selamatkan kamu”?

Jawapannya:
Sebenarnya menyambut hari lahir ini tak salah, sebab Rasulullah setiap hari Isnin dia berpuasa untuk memperingati hari kelahirannya. Kemudian setiap tahun 12 Rabiulawal semua umat Islam menyambut hari kelahiran dan perjuangan Rasulullah untuk memartabatkan agama Islam.
Majlis menyambut hari kelahiran adalah baik kerana itu adalah caranya kita menginggati segala nikmat yang Allah berikan kepada kita dan ia merupakan salah satu cara kita bersyukur kerana Allah melahirkan kita di dunia ini dengan keadaan baik dan sihat.
Tapi kita kena ingat kalau majlis ini salah pengisiannya atau salah meraikannya dengan cara tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak seperti adanya tarian, menari, konsert, bercampur antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya. Meninggalkan solat dan sebagainya. Maka ini jelas menjadi haram. Menjadi persoalan ramai umat Islam diluar sana bolehkah meraikan hari kelahiran dengan memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu “selamat hari jadi”?
Jawapannya, perkara ini datang bukan dari budaya Islam dan ia datang daripada budaya barat. Hadis Nabi Muhammad SAW yang membawa maksud :
“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia bukan dari golongan ku.”
Jelas di sini bahawa merayakan hari kelahiran dengan meniupkan lilin itu bukan dari Agama Islam, malah ia dipraktikkan oleh masyarakat Kristian setiap kali mereka menyambut hari kelahiran mereka. Barang siapa yang menyambutnya dengan cara memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu hari lahir adalah haram sebab dia bukan dari budaya Islam. Cara Islam menyambut hari kelahiran adalah dengan melaksanakan kenduri kesyukuran, membaca doa dan menjemput semua kaum kerabat dan sahabat-sahabat yang berdekatan dengan tujuan untuk bersilaturahim antara satu sama lain.
Akhir kalam, masuklah kedalam Agama Islam dengan cara keseluruhannya bukan masuk yang mana sesuai kita ambil dan yang tidak sesuai dengan nafsu kita tinggalkan. Jadilah umat Islam yang taat kepada perintah Allah dan meninggalkan perkara yang mungkar dan syubhah, kerana ini lebih menjaminkan keselamatan kita di dunia dan di akhirat. Rayakanlah hari kelahiran sepertimana yang ditetapkan oleh syarak Islam, mudah-mudahan majlis yang dijalankan itu diberkati dan dirahmati oleh Allah.

Sumber: http://www.ustaznoramin.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan