Ahad, 29 Julai 2012

INI BUKAN TAMPARAN LAGI TAPI TANDUKAN...DAH NAK DEKAT PRU 13...JANGAN TOLAK MENOLAK...JATUH MENJATUH...TAKUT KITA TERTOLAK DAN JATUH...KITA NAIK BUKAN SEBAB KELULUSAN TAPI SOKONGAN AHLI...SERTA ADA IZIN DARI ALLAH SWT

Lajim letak jawatan dalam MT Umno, pengerusi BN

  • Bernama
  • 7:54PM Jul 28 2012
Datuk Seri Lajim Ukin hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuatkuasa serta-merta.
  
Bagaimanapun, beliau masih kekal sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ahli Umno.
  
NONE"Bagi jawatan Timbalan Menteri, saya serahkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk menentukkan kedudukan saya kerana itu budi bicara beliau.
  
"Bagi menentukan keahlian saya dalam Umno, saya menyerahkan kepada Majlis Tertinggi Umno untuk mengambil tindakan...kalau mereka rasa saya menyalahi peraturan parti mereka boleh pecat saya," katanya.
  
Beliau mengumumkan keputusannya itu ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan program khas serta pengisytiharan gerakan 'Pakatan Perubahan Sabah' (PPS) di kediamannya di Likas Jaya, dekat sini hari ini.
  
Pada majlis itu, Lajim turut mengumumkan senarai perwakilan PPS di 17 kawasan Parlimen di Sabah.

- Bernama
Mahfuz: Negeri Pakatan mungkin guna tema lain
5:06PM Jul 28 2012
Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar membayangkan kemungkinan negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat akan mengadakan hari kemerdekaan dengan tema yang berlainan, kata Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Bercakap dalam sidang akhbar di ibupejabat PAS di ibunegara hari ini, Mahfuz berkata, tema tersebut masih belum diputuskan memandangkan pertandingan merekacipta tema dan logo hari kebangsaan akan diadakan.

Beliau menegaskan demikian ketika diminta mengulas mengenai tema hari kemerdekaan tahun ini ''Janji Ditepati'', yang dianggap berat sebelah.
"Kita akan mengadakan satu tema lain dan juga akan mengadakan pertandingan untuk cipta tema dan logo.

"Kita juga akan melantik panel bagi pertandingan ini. Ia akan dilancarkan dalam dua tiga hari lagi. Dan pertandingan ini akan melalui Facebook," kata Mahfuz.

Jelas Mahfuz, tema yang perlu direka mestilah bersifat patriotik dan mengajak orang ramai agar cintakan negara dan bukan melambangkan mana-mana parti.

"Tema itu mestilah patriotik yang mengajak orang ramai. Bukan macam 'Janji Ditepati' yang orang akan terbayang BN.

"Itu slogan BN tapi pakai untuk hari merdeka," katanya.
Menteri: Ekonomi tak stabil jika harga kereta diturunkan

  • Bernama
  • 8:30PM Jul 28 2012
Negara akan mengalami keadaan ekonomi yang tidak stabil dan ramai yang menjadi muflis jika harga kereta serta duti
eksais kenderaan diturunkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
  
Beliau berkata penghapusan cukai bagi kereta akan mengurangkan cukai negara sebanyak RM7 bilion yang boleh menjejaskan pembangunan infrastruktur negara terutamanya di Sabah dan Sarawak serta pedalaman Semenanjung.
  
Katanya jika pembangkang membuat keputusan untuk menghapuskan cukai eksais, rakyat yang hidup dalam keadaan daif tak dapat meningkatkan kehidupan sebab duit tidak ada.
  
"Bila mereka hapuskan duti eksais harga kereta akan turun, itu betul...tapi kalau tiba-tiba turun (duti eksais) kedai-kedai second hand yang ada banyak kereta memang akan muflis dan orang yang bekerja di kedai itu macam mana?
  
"Itu akan beri kesan sampingan kepada ekonomi. Nak kurangkan eksais itu boleh tapi kena fikir banyak aspek, keburukan dan kebaikannya," katanya kepada pemberita selepas melawat rumah Leha Nayan sempena Program Tenaga Nasional Berhad (TNB) Prihatin di Tasek Gelugor hari ni.
  
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengarah Strategi PKR,  Mohd Rafizi Ramli yang berjanji untuk menurunkan harga kereta jika pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum ke-13 akan datang.   
 
Nor Mohamed berkata janji yang dibuat pakatan pembangkang jelas menunjukkan bahawa mereka kecetekan pemikiran kerana membuat kenyataan tanpa mengkaji dan memikirkan kesan yang akan diterima negara apabila kesemua janji itu
dilaksanakan.
  
Katanya sikap pembangkang itu sangat berlawanan dengan kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa mementingkan kebajikan rakyat dengan membuat keputusan mengikut kebijaksanaan supaya ekonomi dapat dijana dan rakyat mendapat kemakmuran.
  
Mengenai Program TNB Prihatin, Nor Mohamed, yang juga anggota Parlimen Tasek Gelugor, berkata program itu selari dengan hasrat kerajaan yang mahu memastikan semua rakyatnya mendapat bekalan elektrik yang mencukupi.
  
Beliau berkata hanya satu peratus penduduk di Semenanjung dan lima peratus di Sabah dan Sarawak yang masih belum mendapat bekalan elektrik.

- Bernama
Usaha tolak Mat Sabu, Mahfuz kata tak tahu apa-apa

  • Zulaikha Zulkifli
  • 5:26PM Jul 28 2012
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, tidak tahu apa-apa mengenai desas-desus pemimpin tertentu tidak menyenangi Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu untuk bertanding kerusi Parlimen Pendang dalam pilihan raya umum akan datang.

NONEMahfuz ketika ditemui selepas sidang media di ibu pejabat parti berkata, setiap calon yang bertanding bagi mana-mana kawasan ditentukan oleh PAS Pusat.

Selain itu, ketika ditanya mengenai usaha-usaha pihak tertentu yang tidak mahu Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu bertanding di kawasan itu, Mahfuz berkata beliau tidak tahu.

"Mana ada. Saya pun tak tahu (mengenai isu ini). Kenapa ada usaha nak singkir pula sedangkan yang menentukan soal siapa calon yang nak bertanding semua ialah PAS Pusat.

"Krisis? tak ada krisis PAS Kedah. Tak ada. Saya pun tak tahu benda ini. Saya belum baca," katanya ketika ditanya Malaysiakini.

Jumaat lalu, Malaysiakini melaporkan, mesyuarat jawatankuasa PAS kawasan Pendang yang memutuskan untuk menawarkan Mat Sabu bertanding kerusi Parlimen berkenaan tidak disenangi pemimpin tertentu negeri itu.

NONEBagaimanapun menurut sumber yang rapat dengan PAS Pendang, mereka gagal memujuk PAS kawasan itu suapaya menukarkan keputusan tersebut dengan mengekalkan penyandangnya Dr Hayati Othman.

Dalam pada itu lagi, ketika ditanya siapakah calon yang sesuai untuk bertanding di kawasan Parlimen itu, Mahfuz dengan nada berseloroh berkata, sesiapa calon pun boleh bertanding di kawasan itu.

Beliau juga berkata, tidak ada mana-mana pihak yang boleh membuat keputusan siapa akan bertanding di sesuatu kawasan melainkan PAS Pusat.

"Bagi saya calon semua (ditentukan) Pusat. Tak ada orang boleh menolak orang itu ini. Semua orang pun sesuai bertanding di Pendang. Sumber itu tak betul," kata Mahfuz lagi.
BN Sabah 'tenang' dengan pelancaran SRF

  • David Thien
  • 4:43PM Jul 28 2012
Pemimpin tinggi BN Sabah nampak seperti 'tenang' dengan berita pelancaran Barisan Pembaharuan Sabah atau Sabah Reform Front (SRF), yang dipercayai bakal diterajui oleh dua ahli Parlimen yang masih menjadi ahli parti komponen BN.

Kedua-duanya - ahli Parlimen Tuaran yang juga timbalan presiden Upko, Datuk Wilfred Bumburing dan ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukim, yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno - dijangka melancarkan parti itu esok di Tuaran, kira-kira 50km ke utara Kota Kinabalu.

NONESecara kebetulan, BN telah mengadakan satu majlis di Tuaran, semalam yang dihadiri oleh pemimpin tertinggi BN negeri dan mereka kebanyakannya tenang mengenai perkembangan terkini.

Setiausaha BN Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan (kiri) memberitahu Malaysiakini bahawa parti baru mencerminkan kecergasan demokrasi di Sabah dan SRF mungkin akan mencairkan undi pembangkang.

"Jika ia adalah benar bahawa Bumburing akan memimpin parti baru itu, maka ia adalah bukti selanjutnya bahawa parti pembangkang, terutama Star dan SAPP, telah gagal untuk menawan imaginasi rakyat Sabah dengan retorik mereka," katanya.

Star dihidupkan semula oleh bekas orang kuat PBS, Datuk Jeffrey Kitingan manakala SAPP merupakan serpihan PBS yang meninggalkan BN pada 2008. SAPP diketuai oleh bekas Ketua Menteri, Datuk Yong Teck Lee.

Adalah difahamkan bahawa SRF akan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat dan pelancarannya akan dihadiri oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
MB: Air percuma bukti S'gor urus air dengan baik
10:05AM Jul 28 2012
Program pemberian air percuma yang membolehkan rakyat menikmati 20 meter padu pertama secara percuma setiap bulan adalah bukti keupayaan pengurusan Kerajaan Negeri dan kesungguhan untuk memastikan industri air di Malaysia diuruskan dengan menjadikan kebajikan rakyat menjadi keutamaan, kata Menteri Besar,  Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

NONE"Secara purata, keluarga yang mendiami rumah bertanah di Selangor menikmati penjimatan RM1,200 setahun sejak program ini diperkenalkan pada Jun 2008.

"Manakala keluarga yang tinggal di rumah bertingkat  pula menikmati penjimatan secara purata  hampir RM900 setahun dalam tempoh itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kerajaan negeri, tambahnya, telah membekukan cadangan untuk menaikkan tarif air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) sebanyak dua kali iaitu untuk 2009 dan 2012.

"Kerajaan Selangor telah membelanjakan RM550 juta setakat ini untuk Program Pemberian Air Percuma. Namun begitu, kerajaan negeri masih berupaya meningkatkan rezab negeri kepada RM2.1 billion pada 2012 berbanding hanya RM400 juta pada 2008," kata menteri besar.

Ini, tegas Abdul Khalid, adalah hasil dasar kewangan mesra rakyat yang mematuhi prinsip-prinsip integriti dan tadbir urus yang baik.

"Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor membuat banyak usaha untuk memastikan rakyat berhak untuk berkongsi keuntungan, aset dan sumber negeri," tambahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan