Ahad, 29 Julai 2012

HIDUP MATI KETENTUAN ALLAH...HIDUP YANG BAIK JIKA BERAKIDAH SERTA TAQWA....LAMA HIDUP MASIH TIADA HIDAYAH...MAKA MALANGLAH...MALANG LAGI MENGAKU ISLAM AKIDAH BERCELARU...DITAMBAH BUAT MAKSIAT TANPA RASA TAKUT....



Takkan Najib nak tengok saja kot...
Posted on Saturday, July 28 @ 08:17:30 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: paklongdin

"

Salam semua... Ribut dah lama melanda tapi hujan dok renyai-renyai jaa... tup-tup dengaq Sabah dah nak tenggelam, bah... haha... Pehal neh Jib, bagi makan tak cukup kot...

Mak Long hang pulak yang seronok lebih bila dapat tau Timbalan Menteri si Lajim Ukin nie dah umum letak jawatan sebagai MT bagi bangsa Umno. Bukan tu saja, siap ngan letak jawatan ketua Umno bahagian Beaufort dan jugak pengerusi BN Beaufort lagi berkuatkuasa serta-merta.
Tapi yang lawaknya, jawatan Timbalan Menteri dia tak lepaih pulak... hehe... pandai betoi dia mengusik Rosmah, ehh... Najib noo...
Ca tengok foto dari Bernama kat ataih tuh...
Pak Long rasa depa yang ternganga tu bukan pasai lapaq, takkan gelojoh sangat kot... baru lepaih bukak posa ja dah nganga lapaq... Kalau tak salah, Pak Long dengaq macam bunyi "Hidup Anwar... Hidup Anwar..." Betoi ka? Hehe...
Ishh... Haru la lagu ni Jib oii. Takkan hang nak tengok saja kot...
Neh Najib, ca dengaq apa yang Mak Long hang pesan neh... Ada dua ja ALASAN pasai apa orang tak suka kat hang. Pertama pasai hang menikmati hidup hang dan kedua pasai dia tak menikmati hidup dia... Tu ja, kalau hang tak percaya tanya la Mak Long hang... hehe...
Wassalam...
http://paklongonline.blogspot.com/

  Tema dan logo hari kebangsaan 2012 hempah!!!
Posted on Saturday, July 28 @ 08:16:06 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog KunangSepi

Sedey.....

itu sahaja perasaan aku sebagai rakyat Msia melihat hari kebangsaan tahun ini dijadikan wacana politik utk kekal memerintah....

Semua tahu slogan Janji Ditepati ialah slogan pilihanraya BN utk upcoming PRU13 dgn harapan rakyat sedar mereka telah menunaikan segala janji2 pilihanraya lalu dan manifesto dulu....jadi sekarang mereka mahu rakyat tahu berterima kasih dgn mengundi mereka dlm pilihanraya akan datang....

PRU13 adalah paling sengit dlm sejarah....ini adalah detik2 titik permulaan utk parti pembangkang mengambil alih Putrajaya atau BN kekal berkuasa sejak merdeka....jadi BN sudah menekan butang panik dgn menjadikan sambutan hari kemerdekaan tahun 2012 sebagai promosi slogan mereka....

ramai yang tidak puas hati dgn tema 1 Msia: janji ditepati seperti yg diwar2kan Rais Yatim....apabila melihat sambutan dingin serta caci maki masyarakat terutama pengguna2 FB n Twitter maka PM telah menukar slogan itu kpd 55 tahun merdeka, Janji ditepati....mungkin beliau berfikiran dgn memasukkan elemen2 merdeka dan ulang tahun ke berapa akan menjernihkan keadaan dan menutup kritikan ramai....

namun hari ini,tema sebegini panjang telah dizahirkan oleh ntah siapa punya pereka yg tidak berkemahiran dgn logo yg begini hampeh seperti dibawah...


tahun ini kerajaan tidak mengadakan sebarang pertandingan membuat logo, mungkin utk jimat bajet dan mereka memberi kepercayaan kpd kakitangan mereka sendiri utk membuat logo yg sgt mudah, bertarat Microsoft Word serta tiada ciri2 estetika seperti logo2 tahun2 lalu...

dan atas inisiatif ini, page Kukubesi Manipulasi di Fb telah melancarkan pertandingan mencipta logo baru dan hasilnya....walawey.....chantek2 kaw adoo? 7 design bawah ini boleh dikelaskan sbg kategori A dan mampu mencerminkan pelbagai maksud dan estetika yg tinggi dan dicipta dgn kemahiran design yg sgt menakjubkan (ok over ayat)...

dan mereka membuat logo ini bukan utk wang ringgit sebab pertandingan FB ini hanya menawarkan hadiah T-shirt sajok...mereka membuat logo ini atas dasar prihatin, atas dasar malu melihat logo hari kebangsaan ke 55 sebegitu murah dan menjelekkan....

n u dont have to be a designer to say that all those 7 logos are wayyyyyy better than gov's one....shame on u......

kredit logo: Fb Kukubesi manipulasi di facebook....hak cipta logo adalah tuan punya logo yang masuk bertanding....I personally suka no 3 dan 4...

.......
http://kunangsepi.blogspot.com


Pakai Micorsoft Word je, boleh jadi pereka Logo Hari Kebangsaan
Posted on Saturday, July 28 @ 08:08:48 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog shahrulsite.net
Selepas dua hari tak sempat untuk online dan membaca perkembangan berita kat Facebook dan Twitter, sekali hari ni buka-buka je terbaca fasal isu logo merdeka untuk tahun ni. Something wrong, ada sesuatu yang tak kena tentang logo tersebut. Apa yang saya boleh katakan logo tersebut buruk, tak cantik, tak mengikut trend, outdated, dan sebagainya.

Tapi apa kelebihan logo merdeka ke-55 ni? Kelebihannya adalah:


  1. Rakyat Malaysia lebih tumpukan perhatian terhadap reka bentuk logo tersebut tidak seperti logo-logo sebelum ni.
  2. Ramai yang nak tahu apa maksud disebalik lambang yang ada pada logo yang saya rasa tak berapa ramai nak tahu sebelum ni.
  3. Semakin ramai juga yang nak tahu sangat siapa designer atau pereka cipta logo tersebut.
Pendek kata rakyat Malaysia akan mengambil berat tentang kewujudan logo itu dan akan menarik minat orang ramai untuk memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan, kononnya. Apa yang menjadi kelebihan utama ada logo kali ni adalah tema atau slogannya iaitu Janji Ditepati.
Ia nampak seperti memberi kelebihan kepada kerajaan memerintah sekarang yang lebih ke arah peribadi parti. Kat situ kita juga nampak hilangnya nilai-nilai patriotik pada tema, tak ada langsung semangat kenegaraan dan kemerdekaan itu sendiri.

Rasanya tema tu tak ada kaitan langsung dengan hari Merdeka. Sedih pun ada juga bila tengok ada logo tu, ramai yang katakan ianya seperti di reka oleh murid sekolah rendah atau bukan seorang pakar yang dibayar dengan harga yang tinggi. Tak faham bagaimana ia dapat kelulusan untuk dijadikan logo rasmi. Mungkin mereka ada penjelasan dan penekanan sendiri dan itu yang rakyat semua nak tahu sekarang.
Jalur Gemilang
Update: Mengikut page Kami Bantah Logo Kemerdekaan Malaysia Ke 55, pereka logo ni adalah seorang kakitangan kerajaan wanita yang baru dua tiga bulan bekerja. Untung betul beliau, pakai Micorsoft Word je kot lepas tu hantar kat boss dan lulus. Agak-agak masa perarakan Hari Kebangsaan nanti macam mana budak-budak nak buat form logo nih…hahaha

.......
http://shahrulsite.net/logo-hari-kebangsaan-55



 Respon 23 bloggers Malaysia mengenai logo kemerdekaan 2012
Posted on Saturday, July 28 @ 07:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Lararatu

Blog sozcyili.blogspot.com


KLIK


Banyak juga bloggers yang menulis dan mengondem logo kebangsaan tahun neh ek. Sebenarnya logo hari kebangsaan tahun neh dikecam bukan sebab buruk tetapi sebab;

- versi copypaste
- dipolitikkan
- tiada kesungguhan nak menonjolkan kreativiti


Kita tak masuk lagi bab wang oke. Kita pun tak pasti samada ia dibayar kepada syarikat tertentu untuk me-reka logo tersebut ataupun hanya kakitangan kerajaan jek yang me-reka2 logo tersebut.

Apa pun kat bawah neh pandangan yang dipetik dari 20 blog. Ada macam2 pandangan. Dan korang nilaikan sendiri kenapa logo hari kemerdekaan tahun neh dikritik dengan teruk.

Disediakan oleh: A.B.U | Asalkan Bukan Umno / Anything But Umno

1. "Kalau aku lah dihidangan dengan rekaan seperti ini oleh pereka grafik aku, dah lama aku koyak-koyak… tak kreatif langsung… memalukan kaum-kaum pereka je… jadi kepada pereka serta tukang lulus rekaan logo, takkan tak faham-faham bahasa lagi… bawa-bawa lah tukar, sempat lagi rasanya kalau nak tukar… jangan malukan diri lebih-lebih lagi negara…" - http//www.mr-merlot.com


2. "Apa kemenda kalu ni dipanggil logo? Naz yang xreti design pun bole buat kalau camni, Copy paste dalam word je kot. Muahaha.. Yang pasti, para designer logo sume cam rasa dimalukan dengan design logo cmni. Adehh, bila hari kemerdekaan dipolitikkan...gini la hasilnya. Janji ditepati? Tu lagi lawak okey!!" - http//yslgalz213.blogspot.com


3. "Yang terbaru berkaitan dengan Logo Kemerdekaan 2012. Yang aku rasa sangat-sangat bermotifkan politik. Sampaikan Logo Merdeka 2012 pun boleh dikatakan amatlah bermotifkan politik. Tambahan pula, logo macam terlalu simple. Sampaikan bila aku tengok penjelasan logo tersebut macam tak melambangkan kematangan kita yang dah pun merdeka selama 55 tahun." - http://aizatshafiq.blogspot.com/

4. "Apa kejadahnya logo macam ni dipilih jadi logo Hari Kemerdekaan negara ke-55 tahun? Semak dan sarat dengan elemen-elemen yang tak perlu pun. Slogan Janji Ditepati tu memang dah takde masalah pada aku, Tapi logo tahun ni, geleng kepala aku menengoknya. Tapi memang aku perasan sangat pun, tema Hari Kebangsaan sejak akhir-akhir ini memang dikaitkan dengan politik pun, jauh beza berbanding sebelum ini." - http://sembangbincang.blogspot.com/

5. "BUWEKKK!!...dan aku rasa ramai sebenarnya penggiat industri kreatif tak terkejut logo sebegitu diapproved. Ramai yang tak tau kot unofficial code of conduct nak design untuk Jabatan Kerajaan.." - http://cursingmalay.blogspot.com/

6. "Tahu tak perasaan mereka yang bekerja sebagai 'graphic designer' ataupun pereka design lepas mereka tengok logo ni? Cukup saya ambil dua contoh, Imran owner Sifoo.com dan Kukubesi Manipulasi, kedua-dua mereka cukup kecewa dengan design sambil lewa ni. Kesimpulannya logo tahun ni cukup mengecewakan." - http//diari-arif.blogspot.com

 



7. "Logo kemerdekaan dari 2009 mula dipolitikkan...Bukan ke komputer designer kerajaan beriban2. Software canggih2. Tahap nie jer ke graphic designer kerajaan. Alahai. Memalukan betul graphic designer kat luar sana. Aku sendiri pown malu. Alahai. Malaysia oh tanah airku. Kuang3." - http://www.fizgraphic.com/

8. "Apa dah jadi dengan seni? dalam 55 tahun merdeka maka ini adalah.. secara rasmi, saya katakan.. logo paling tak cantik. 27,000,000 (27 juta) orang ada dalam malaysia, ada berapa ribu graduan lepasan grafik takkan seorang pun tak mampu buat satu logo yang mudah, cantik dan berseni? jangan buat malu negara. terpikir macam mana nak buat formasi budak2 atas padang dengan logo macam ni. kerja gila." - http://lomotech.com/

9. "Sememangnya logo tersebut banyak bantahan serta kritikan terutamanya dari para designer Malaysia. Ia seolah di reka oleh budak higusan dengan menggunakan perisian Micrsoft. Disini adalah menjadi tangunggjawab saya untuk pihak berwajib sedar akan kesilapan yang mereka lakukan. Walaupun sesetengah pihak mengatakan ia hanya logo, tetapi bagi kami logo ini menjatuhkan martabat semua graphic designer di Malaysia dan mencerminkan kepada dunia yang Malaysia tidak mempunyai designer yang berbakat." - http://bighandesign.blogspot.com/

10. "Kajian menunjukkan 97% responden menilai logo Hari Kemerdekaan ke 55 ini adalah HODOH dan tidak merupakan sebuah logo melainkan himpunan keserabutan yang jelas tercampur aduk menjadi sesuatu yang memperlihatkan ada yang tidak kena pada negara ini. Tidak salah memasukkan logo 1 Malaysia dan angka 55 hatta jika ingin memasukkan temanya sekali tetapi mestilah DALAM BENTUK LOGO! BUKAN DALAM HIMPUNAN CACA MARBA SEPERTI INI, KEMUDIAN DISEBUT LOGO. INI AMAT MEMALUKAN NEGARA!" - http://ipohmalay.blogspot.com/

11. "Penjelasan mengenai logo ini juga, ianya seperti kerja mudah. Main tampal-tampal saja, kemudian buat huraian tentang logo ibarat karangan budak darjah 6. Apalah nak jadi? Lagi satu, saya percaya, ramai lagi disigner boleh buat yg lebih baik dar logo yg sedia ada tu.. Kalau boleh, usah la mempolitikkan kemerdekaan..Cukup2 lah tu.." - http//dhanian.blogspot.com


12. "Ini bukan logo... tapi... tak macam logo, abis nak cakap ini apa yerk. Mungkin boleh dikatakan sebagai Logo Penerangan Kemerdekaan kot...Logo-logo kemerdekaan dahulu simple dan mudah sahaja tanpa perlu besar-besar.....tak paham aku...macam logo budak sekolah rendah jer yang buat. Tak menunjukkan kematangan langsung. Sudah 55 tahun...lah..." - http://malaysiascore.blogspot.com/

13. "Saya bukan ahli politik atau ahli kepada mana-mana pertubuhan politik di negara ini. Tapi yang saya tidak faham, kenapakah logo Merdeka untuk tahun ini terang-terangan bermotifkan politik. Adakah kerana pilihanraya semakin dekat? Sewajarnya, motto "Janji ditepati" itu tidak digunakan di dalam logo Hari Kebangsaan. Motto hari kebangsaan sepatutnya melambangkan hala tuju negara pada tahun tersebut. Selain itu, logo hari kemerdekaan pada kali ini juga adalah yang paling buruk didalam sejarah logo Merdeka. Kelihatan logo untuk tahun ini seperti di "copy-paste" saja." -http://www.malaysiancoin.com/

14. "Adakah anda setuju sekiranya benarlah logo ini yang akan diguna pakai sebagai logo sambutan kemerdekaan kite yang ke-55?? secara jujurnya sy merasakan bahawa ini adalah thedak patut. huk huk. dah takde ke pereka yang berkaliber kat Malaysia ni?? hello.. sila la buka mata. sila lihat angka itu. kita sudah 55 tahun merdeka. adakah logo itu cukup menggambarkan tahap kemerdekaan kita?" - http://kelipkelipchumel.blogspot.com/

15. "Kenapa kerajaan perlu bazirkan dengan mencipta satu logo yang boleh dianggap terburuk dalam sejarah dan menjadi perdebatan??Come on la. Malaysia dah 55 tahun Merdeka. Bukan berniat untuk kutuk negara sendiri, tetapi sepatutnya kerajaan memerintah ambil berat hal hal sebegini. Jika mereka terus lakukan kesilapan kesilapan bodoh seperti ini, jangan terkejut jika pemerintahan Malaysia bakal beralih arah pada PRU 13 nanti. " - http://hazrilhafiz.blogspot.com/

16. "Pendapat peribadi aku,slogan atau tema kemerdekaan tahun ini adalah yang paling 'buruk' dalam sejarah negara. Aku tak nampak semangat patriotik di dalam slogan tersebut,sejujurnya ia lebih kepada berkempen bagi pihak kerajaan Barisan Nasional...Slogan ‘1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ masih boleh diterima sebagai slogan patriotik, tetapi slogan pada tahun ini lansung tidak ada semangat patriotik apatah lagi ditambah dengan isu logo ‘Microsoft Word’." -http://cerahjeff.blogspot.com/

17. "Rasanya tema tu tak ada kaitan langsung dengan hari Merdeka. Sedih pun ada juga bila tengok ada logo tu, ramai yang katakan ianya seperti di reka oleh murid sekolah rendah atau bukan seorang pakar yang dibayar dengan harga yang tinggi. Tak faham bagaimana ia dapat kelulusan untuk dijadikan logo rasmi. Mungkin mereka ada penjelasan dan penekanan sendiri dan itu yang rakyat semua nak tahu sekarang." - http://shahrulsite.net/

18. "UGLY MALAYSIA honestly wonders if AH JIB KOR is listening to our pleas for a better Merdeka logo. Stick to the phallic 1Malaysia symbol if you need to. This is an insult to Malaysian Design and its legacy, a disrespect towards the other designs in the Merdeka logo archives. 55th logo will stick out like a sore middle finger if placed together with all the rest. " - http://uglymalaysiana.blogspot.com/

19. "Makkkk oiiiiii..betul ke ini logo kemerdekaan negara kita tahun nih
kelakauuuunyeee.......macam main aci redah je tampal gambar macam logo parti politik pun ada..ramai yang tak puas hati lagi2 mereka yang bergelar grafik designer tu.... bedebuk jatuh jantung mereka lihat logo kemerdekaan macam nih..paling best ada yang kata harap-harap ini adalah logo terakhir BN sebelum berkubur iskkkk.....sadis lak aku dengar kikikiki" - http://aiyangdisayang.blogspot.com/

20. "Bebaru ini timbul satu kontroversi hangat di ruangan facebook di mana logo Hari Kemerdekaan Ke-55 yang dilancarkan oleh kerajaan sangat tidak mencapai tahap profesional. Sehingga dikatakan menjatuhkan maruah designer di Malaysia...Saya juga tidak ketinggalan. Geram! Kerana sambutan ini adalah sambutan peringkat nasional bukan peringkat sekolah rendah." - http://imranabduljabar.com/

21. "sebenarnya banyak menimbulkan isu Logo Kemerdekaan 2012 apabila ia dikatakan dikaitkan dengan politik bagi admin,admin tak nak ipokrit dan ya,memang admin nampak logo ini ada unsur politik,dan tak perlu lah mempergunakan kemerdekaan untuk tujuan politik dan biar nampak terdesak,kalau nak menang guna cara biasa da la." - http://www.berliku.com/

22. "What a waste, speechless, no idea...Tiap tiap tahun kita akan menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos. Maka datangnya Hari Kemerdekaan ini akan datang bersama logo dan mottonya. Motto hari kemerdekaan tahun ini adalah "Janji Ditepati". Lebih malang lagi ciptaan logo hari kemerdekaan 2012 kali ini sungguh kreatif dan penuh kesenian. Aku tak pasti logo ini dah officially launch untuk hari kemerdekaan atau hanya troll untuk rakyat Malaysia semata-mata." - http://nazrulakram.blogspot.com/

23. "disini penulis dengan rendah diri menyatakan yang Logo Kemerdekaan 2012 boleh dikategorikan sebagai Logo Sampah yang mana penulis boleh ciptanya ketika penulis berusia 4 tahun kerana penulis sudah pun pandai menggunakan ' Paint '...Transformasi perlu dilaksanakan sekarang, jangan malukan negara dengan Logo dan Tema yang begitu sampah sekali dimata dunia. Kononnya negara ingin mencapai negara Maju dalam masa 8 tahun lagi, tapi Logo pun tak boleh buat betul-betul jangan haraplah." - http://seafailed.blogspot.com/

Sumber: sozcyili.blogspot.com

Ditambah dengan imej hiasan dari bolg asal - Editor


Misteri masjid sultan brunei
Posted on Saturday, July 28 @ 05:05:57 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: rajaibrahimpetra96

"Assalamualaikum. Sebagaimana yang dijanjikan ini adalah entri sekuel bagi entri Sepetang di Masjid Brunei Darussalam yang lepas. Ramai yang menyangka masjid serba putih yang tersergam indah walaupun agak terbiar ini terletak di negara Brunei Darussalam.

Sebenarnya bukan. Maaflah atas kekeliruan dengan tajuk entri yang lepas. Sebagaimana yang dah diterangkan sebelum ni, masjid yang dikenali dengan nama ringkasMasjid Brunei ini terletak di Danau Tok Uban, atau lebih tepat di Rong Chenok, Pasir Mas, Kelantan.

Kedudukannya di hujung jalan kampung dan di dalam kawasan yang berpagar. Yang menjadi tanda tanya, kenapa masjid ini dinamakan Brunei Darussalam? Itu yang nak kita rungkaikan kat sini melalui hasil bacaan daripada beberapa sumber di Internet.

Teruskan bacaan. Tak ramai yang tahu akan kewujudan masjid ni kecuali orang sekitar Rong Chenok dan Tok Uban sahaja, atau mungkin hingga ke Pasir Mas dan Tanah Merah. Jalan nak ke sana agak bersimpang-siur dengan keadaan jalan yang tak berapa menyelesakan.

Kalau nak ke sana pastikan dengan motor ataupun kereta. Kereta 4WD rasanya tak boleh lepas ketinggian palang kat satu jambatan di pintu masuk ke kawasan perkampungan Masjid Brunei ni. Daripada papan peringatan masjid yang ditulis dalam tulisan Jawi,Masjid Brunei Darussalam ini dibina berserta dengan sebuah madrasah atas nama Almarhum Sultan Omar ‘Ali Saifuddin iaitu ayahanda kepada Sultan Brunei sekarang dan dirasmikan oleh Sultan Kelantan pada23 Januari 1992 bersamaan 18 Rejab 1412H. Ini adalah kenyataan yang dipetik daripada blog Si Merah Silu, salah seorang yang hebat dalam misi menjejak sejarah. Kredit gambar papan peringatan kepada beliau.

Berdasarkan kenyataan ringkas di atas, kemungkinan besar Almarhum Sultan Omar ‘Ali Saifuddin yang dimaksudkan adalah Almarhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddin III (TM1950-1967) dan Sultan Kelantan yang dimaksudkan adalah KDYMM Tuanku Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, ayahanda kepada DYMM Sultan Muhammad Faris Petra dengan gelaran Sultan Kelantan ke-V yang memerintah Kelantan sekarang.

Masjid ini diwakafkan oleh Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulahkepada sekolah tahfiz di Kampung Rong Chenok. Pendek kata ianya disponsor penuh oleh Sultan Brunei. Dalam papan peringatan ini juga ada disebut Institut Pendidikan Al-Balaghulmubin. Masa aku ke sana hari tu memang ada institut tu tapi nampaknya macam tak digunakan dah.

Tak pastilah keadaan yang sebenarnya macam mana. Misteri Masjid Brunei Darussalam Dengan suasana yang sunyi tapi tenang serta mendamaikan jiwa, kat masjid atau Danau Tok Uban ni memang tempat sesuai untuk meleraikan segala kekusutan hati.

Mungkin atas sebab itu dulunya masjid ini adalah tempat pelajar-pelajar Tahfiz mengaji Quran. Cuma, bila berada kat sini rasa sedikit aneh, seolah-olah diperhatikan. Kata orang, tempat yang sunyi adalah tempat yang mempunyai kelebihan.

Kelebihan macam mana hanya orang tertentu sahaja yang dapat merasa. Ada juga yang mengatakan tempat tersebut adalah tempat yang keramat dan dipenuhi dengan ‘ahli-ahli khariah’ dari kota lama. Kat mana kota lama tu akan diceritakan dalam entri sambungan nanti Sejarah Pembinaan Masjid Brunei Darussalam Tak dapat dipastikan cerita ini sahih ataupun tidak. Cerita ni dipetik daripada seorang forumer yang dia dengar sendiri daripada penduduk tempatan.

Katanya dulu penduduk kat situ nak membina sebuah masjid tapi kekurangan sumber kewangan. Akhirnya AJK masjid menulis sepucuk surat kepada Sultan Brunei untuk meminta jasa baik daripada Baginda Sultan. Tanpa disangka Sultan Brunei perkenankan permintaan diorang dan sanggup membiayai keseluruhan kos pembinaan. Sebagai tanda syukur dan berterima kasih, nama Brunei Darussalam dijadikan nama bagi masjid serba putih ni.

Ada satu lagi versi cerita mengatakan yang Sultan Hassanal Bolkiah mendapat mimpi untuk membina masjid di Danau Tok Uban. Sejauh mana benarnya cerita ni, hanya Sultan Hassanal Bolkiah saja yang dapat menjawab. Tapi cerita ni dikuatkan dengan hubungkait antara Sultan Brunei dan Sultan Kelantan yang dikatakan berasal daripada salasilah keluarga yang sama iaitu daripada sanad Saidina Hussein r.a., cucu Baginda Rasulullah s.a.w.

Daripada keturunan cucu Nabi Muhammad s.a.w. lahirnya Wali 7 yang diketuai oleh Sayyid Hussein Jamadil Qubra yang bermudik dari Mekah dan berlabuh di sebelah Bukit Panau melalui Sungai Kelantan yang terletak berhampiran Danau Tok Uban. Ada lagi kisah misteri dan menarik berkenaan dengan hal ini. Siapa Sayyid Hussein Jamadil Qubra? Apa kaitannya dengan Bukit Panau dan Danau Tok Uban? Apakah rahsia di dasar tasik Danau Tok Uban?

Semua itu akan diceritakan dalam entri trikuel nanti. Mesti korang tertarik, sebab ada kaitan juga dengan Laksamana Hang Tuah Balik semula tentang mimpi Sultan Brunei untuk membina masjid di tebing Danau Tok Uban ada kemungkinan Baginda Sultan mendapat mimpi daripada salah seorang wali, sama adaWali 7 ataupun Wali 9 (Wali Songo). Betul atau tidak hanya empunya badan yang dapat sahkannya.

Tapi sekiranya betul pun atas sebab-sebab tertentu dakwaan mimpi ni terpaksa dipalsukan. Maksudnya tak semua perkara boleh diberitahu kepada umum secara direct. Ada banyak sebab perlu diambil kira. Jadi betul atau tak cerita ni tak perlulah kita nak berdebat bagai. Baca sekadar pengetahuan dan kita sebagai orang Melayu mesti berbangga dengan keturunan kita yang dikatakan berasal daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s. daripada isteri Baginda yang ketiga iaitu Qaturah.

Ini satu lagi sejarah menarik berkaitan dengan asal-usul kita. Nak tau lebih lanjut bolehlah baca Melayu Berasal Daripada Nabi Ibrahim a.s. Aku bercadang nak tanya sendiri kepada penjaga Masjid Brunei Darussalam berkenaan dengan asal-usul pembinaan masjid ni termasuklah fungsi Masjid Brunei ni sekarang. Kalau ada sape-sape nak ikut boleh contact aku terus melalui contact form. Tak nak ramai, maksimum 3 orang saja termasuk aku. Kalau jadi, kita set time and place untuk meet up kat mana-mana. Ada ‘rezeki’, adalah

http://mutaqinqubra96.blogspot.com/2012/07/sejarah-masjid-brunei-di-danau-tok-uban.html"


Bagus ada majlis ulamak umno
Posted on Saturday, July 28 @ 05:03:02 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: anaabdullah

"Ramai kalangan orang umno setuju diadakan majlis ulama umno, tetapi tidak kurang juga yang tidak setuju dengan alas an tidak sesuai.

Datuk Seri Mohammad Hassan, menteri besar Negeri Sembilan tidak setuju, kerana ia tidak sesuai. Memang sangat tak sesuai umno ada majlis ulamak, kerana persoalan halal haram tiada dalam umno.

Kita percaya sehingga hari ini rakyat Malaysia khususnya umat Islam tidak kenal  ulamak sebenar. Oleh itu, alangkah bagusnya umno ada majlis ulamaknya sendiri.

Umat Islam di Malaysia keliru dengan gelaran ulamak.Sebut saja ulamak, maka mereka itu adalah pewaris nabi tanpa mengambil kira ada ulamak yang bukan pewaris nabi. Mereka adalah pewaris syaitan.Kenapa begitu? Mereka menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
Rasulullah SAW pernah menyatakan,  ulamak terbahagi kepada dua golongan.Satu, baik dan satu lagi jahat yang mana bilangan ulamak jahat lebih ramai berbanding  ulamak baik.
Macam juga manusia. Ada yang baik dan ada yang jahat. Oleh kerana ulamak adalah manusia biasa maka ada yang baik dan ada yang jahat.
Pada saya majlis ulamak umno jalan penyelesaian yang sangat baik dan dialu alukan penubuhannya, kerana ia boleh menghapuskan kekeliruan umat Islam di Malaysia.
Mengapa tidak? Selama ini umat Islam menganggap ulamak semuanya sama baik baik belaka, tiada yang jahat. manakala yang jahat itu bukan ulamak.
Mana mungkin ulamak jadi jahat, kata sesetengah umat Islam, sedangkan mereka adalah pewaris nabi. Ya tak ya juga. Mana ada pewaris nabi jadi jahat. Pasti mereka baik baik belaka. Cuma mereka berbeza pendapat, yang mana  berbeza pendapat dalam Islam suatu rahmat kan.
Sehubungan dengan itu ada lebih kita melihat perihal ulamak jahat.Mereka berpendapat riba haram dsisi Islam tetapi apa yang berlaku hari ini bukan riba, ianya faedah atau bunga yang dikenakan pihak bank.
Begitu juga dengan rasuh. Rasuah haram disis islam, Apa yang berlaku hari ini ia bukan rasuah, tetapi” hadiah” yang diberi kepada pihak berkenaan. Mereka tidak meminta macam mana dikatakan rasuah.Mereka menerima pembaeri seseorang.
Menakala ulamak baik pula berpendapat riba tetap riba miskipun disebut perbankan Islam kerana pihak bank kenakan “faedah” kepada peminjam sebanyak 7 peratus satu tahun.
Bayangkan jika pinjaman dibuat selama 10 tahun, pasti faedah itu jadi 70 peratus yang mesti kena bayar.Demikian juga  rasuah. Rasuah tetap rasuah sama ada mereka tak minta habuan dengan kontraktor atau sebarang bayar dari seseorang.
Ia bukan hadiah, kerana mereka yang tidak beri habuan kepada pihak berkenaan pasti tidak akan diberi tender projek. Sebaliknya mereka yang memberi hadiah itu akan diberi tender dan projek sebagai balasan.Sebut saja balasan ia adalah rasuah.
Oleh itu, majlis ulamak umno yang bakal ditubuhkan ini baik dan bagus untuk menyelesaikan permasalahan siapakah  ulamak sebenarnya. Rakyat Malaysia terutama sekali umat islam boleh mengenali siapakah di antara ulamak baik dan ulamak jahat. 

 Olimpik 2012 - Pemasyhuran Fasa 3 Dajjal
Posted on Saturday, July 28 @ 05:00:15 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: ismanusa

"
 Illuminati Olympic Stadium

Temasya Olimpik 2012 London kali ini banyak memberikan petunjuk perancangan Dajjal melalui rangkaian Illuminati bagi menonjolkan pengaruhnya. 



Mengikut Sheikh Imran Hossein kita sekarang berada di ambang fasa ke tiga Dajjal yang sedang menguasai dunia ini.


Dajjal ketika ini sedang menguasai olimpik 2012, berdasarkan kononnya acara sukan tetapi sebenarnya secara tidak langsung upacara pemujaan terhadap keagungan dirinya. Masanya semakin hampir untuk dajjal menonjolkan dirinya secara nyata didunia ini dan memerintah dunia berpusat di Israel. Pesta olimpik inilah saat yang paling sesuai untuk menyatakan peristiharan tersebut.
Kali ini Dajjal melalui rangkaian illuminatinya secara terang-terangan menunjukkan semua lambang yang dikenal pasti sebagai tanda pengaruhnya didalam sukan tersebut. Satu-satunya negara yang menyedari dan menentang rancangan Zionist didalam Olimpik London 2012 ialah negara Republik Islam Iran yang memboikot sukan tersebut kerana menggunakan logo ZION yang dapat dilihat dalam logo Olimpik 2012. Seperti biasa seluruh negara umat Islam yang turut meraikannya bahkan memberi fatwa boleh meninggalkan puasa kerana menyertai sukan Olimpik! Amatlah menghairankan dengan segala simbol dan upacara yang begitu jelas didalam olimpik tersebut, seluruh negara umat Islam yang lain mengambil sikap membisu dan seolah-olah turut mengesahkan agenda Zionist tersebut. 


sumber"


Tutup aurat bukan penghalang
Posted on Saturday, July 28 @ 04:59:30 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: dhalyanun

"

Keterangan gambar: Qatar’s Aia Mohamed trains before the London 2012 Olympic Games at ExCel venue in London July 27, 2012. — Reuters pic

p/s: Menutup aurat adalah usaha hamba mendekatkan diri pada yang ESA dan diwaktu yang sama tidak menghalang kehidupan kita yang normal dan aktif...


 Jangka hayat wanita Hong Kong teratas di carta global
Posted on Saturday, July 28 @ 04:57:41 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: setisab

"
Hong Kong star Maggie Cheung
TOKYO: Wanita Jepun bukan lagi insan yang paling lama hidup.
Satu laporan tahunan Kementerian Kesihatan Jepun menyatakan wanita Hongkong kini menduduki tempat pertama carta jangka hayat global seperti yang dilaporkan di sini.


Laporan tahunan yang dikeluarkan semalam menunjukkan jangka hayat wanita Jepun turun daripada 85.9 tahun pada tahun lalu daripada 86.3 pada 2010.

Wanita Hongkong mempunyai jangka hayat 86.7 tahun pada tahun lalu.

Menurut pihak berkuasa, ia merupakan kali pertama wanita Jepun menduduki tangga kedua carta jangka hayat global itu, sejak 1985. - AP. 
Untuk Wanita: Inilah Rahsia Kecantikan Rachel Weisz. Aktres Rachel Weisz menyatakan bahwa ia rutin menjaga kecantikan kulit wajah dengan menghilangkan tata rias sebelum tidur. Mengutip berita dari female, aktres ...
Lelaki dikatakan sering mengaitkan wanita berkulit putih bersih lagi gebu sebagai lambang kesucian, baik budi pekerti, berakhlak mulia dan lemah lembut. Manakala wanita pula ramai yang menganggap lelaki kulit hitam ...
Meskipun secara fisikal lelaki dilihat lebih kuat dan gagah dibandingkan dengan wanita, namun dalam hal kemampuan berfikir wanita diyakinan jauh lebih hebat. Benarkah?... Adooiiii, kembang-kuncup ahakzzz ahakzzz ...
Wanita Paling Seksi Di Dunia 2012. Tulisa Contostavlos telah dinobatkan sebagai sebagai wanita paling seksi di dunia 
Tanda Wanita Masih Dara Petua orang tua banyak sangat tapi mana yang boleh ikut kita ikut.mana yang susah tu biarlah. petua-petua dibawah ni hanyalah untuk Ilmu pengetahuan saja.
Paling mengejutkan, pelakon berusia 24 tahun ini mengatakan dia telah meniduri 500 wanita. 
"Mak" dalam video di atas adalah: BETINA SUNDAL, BETINA SIAL, BETINA HARAMJADAH BETINA SUNDAL, BETINA SIAL, BETINA HARAMJADAH BETINA SUNDAL, BETINA SIAL, BETINA ...
Sarah Attar (gambar atas) dan Wodjan Ali Seraj Abdulrahim Shahrkhani (gambar kiri)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan