Jumaat, 13 Julai 2012

FIKIRLAH DENGAN ILMU DAN FAKTA...INSYAALLAH KITA TAHU MANA YANG BETUL...ALLAH SAJA YANG TAHU SEBENARNYA...SATU PUN KITA TAK BOLEH SOROK2...

Mahasiswa muak janji mansuh ISA, ganti akta

Harakahdaily, 13 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengecam sikap berdolak dalik Perdana Menteri  terhadap apa yang dijanjikan kepada rakyat.
Terbaru, setiausaha media SMM, Ahmad Shukri Kamarudin telah disiasat bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 berhubung beberapa komentar beliau mengenai apa yang didedahkan oleh blogger 'Uncle Seekers' di laman sosial 'Facebook' dan 'Twitter'.

Pengerusi SMM, Safwan Anang berkata keterbukaan dalam memberi pandangan adalah dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 10.

“Namun, inilah sebenarnya hakikat yang berlaku dalam negara kita walaupun hanya mahasiswa yang bersuara maka ia sudah dikira mengancam keselamatan dan keamanan negara,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, berbeza pula dengan situasi 'jerung-jerung besar' yang bersuara tidak pula dikenakan apa-apa tindakan berbanding mahasiswa yang sering teranaiya oleh akta-akta yang menyekat kebebasan mahasiswa untuk bersuara.

Beliau berkata, akta baru pula yang bakal mengganti akta Hasutan 1948 ini sudah pasti satu lagi babak penting dalam karier politik regim pemerintah sedia ada bagi mengekalkan kuasa mereka.

Katanya, mahasiswa masih ragu dengan apa yang dijanjikan oleh parti pemerintah lebih-lebih lagi sejak situasi semasa yang menghampiri pilihanraya umum ke-13.

“Kami di peringkat Solidariti Mahasiswa Malaysia sudah berasa muak dengan janji-janji manis kerajaan yang kononnya mahu menunjukkan keterbukaan mereka dalam mendengar hasrat rakyat seperti pemansuhan ISA dan Akta Hasutan,” ujarnya.

Namun, katanya ternyata mereka hanya pandai menabur janji-janji retorik dan rakyat mula bangkit menilai apa yang mereka lakukan.

“Bebaskan mahasiswa bersuara dan hentikan kezaliman yang berlaku kepada tahanan ISA! Mahasiswa seru agar semua rakyat terus bersolidariti!” katanya lagi.
DBP: Tuntutan Dong Zong 'cauvinistik'

  • Ahmad Fadli KC
  • 1:48PM Jul 13 2012
Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Dr Awang Sariyan menyifatkan tuntutan Dong Zong agar pelbagai bahasa pengantar diperkenalkan dalam sistem pendidikan bersifat cauvinistik dan menyalahi Perlembagaan.

"Ini adalah satu cabaran (bahasa) yang bersifat cauvinistik. Inilah satu-satu negara yang ada kebebasan, kelenturan dengan aliran akademik.

NONE"Kalau ada suara, Dong Zong mengatakan bahasa Mandarin setara dengan bahasa Melayu sebagai perantara itu menyalahi Perlembagaan," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta menjelaskan ucapannya terdahulu yang antara lainnya menyebut: "...kian nyaring suara yang mencabar kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar utama sistem pendidikan kebangsaan."
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di majlis pelancaran Pelan Tindakan Strategik DBP 2011-2015 yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di bangunan DBP.
Mengulas lanjut ucapannya itu, Awang (berbaju hijau) berkata tindakan beliau membangkitkan peruntukan perlembagaan berhubung kedudukan bahasa Melayu bukanlah satu kritikan kepada golongan Cina.

dewan bahasa dan pustaka building 250804"Saya bercakap tentang Perlembagaan bukan mengkritik orang Cina sebab rakan Cina saya pun ramai yang faham.

"Dari segi setara, bahasa Mandarin juga bahasa dunia tetapi negara ini bahasa utama bahasa Melayu yang merupakan milik orang Melayu, Cina, India, Kadazan milik semua," katanya.
Beliau seterusnya menggesa supaya Dong Zong mengakui kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara.

Menurutnya, Dong Zong perlu hormat dan patuh kepada Akta Pendidikan 1996 Perkara 13 (1) yang menetapkan bahasa kebangsaan sebagai pengantar utama sistem pendidikan.

"Jadi kita akurlah. Kedudukan bahasa-bahasa lain itu ada tempat-tempatnya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Strategik DBP 2011-2015 di Kuala Lumpur pagi tadi.

Jelasnya, tuntutan untuk mengakui kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar itu tidak bermaksud menyekat pengajaran bahasa Mandarin dalam bahasa tersebut.

"Kalau mengajar Mandarin tentulah dalam bahasa Mandarin. Kita tidak suruh pun mengajar Mandarin dalam bahasa Melayu," katanya.
Sementara itu, Naib Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Profesor Datuk Dr Md Salleh Yaapar pula menyifatkan tuntutan Dong Zong itu sebagai "pelik" kerana kumpulan itu sepatutnya maklum bahawa ia bertentangan dengan Perlembagaan.

"Dia (Dong Zong) hendak supaya dasar monolingual menjadi multilingual yang jelas bertentangan dengan (dasar) bahasa kebangsaan.

"Perlembagaan meletakkan satu bahasa sebagai bahasa kebangsaan.

"Kita juga ada dasar pendidikan kebangsaan yang meletakkan satu bahasa sebagai bahasa kebangsaan," kata Salleh dalam sidang media sama.
PKR dakwa George Kent 'perantara' PM, Thales

  • Aidila Razak
  • 2:12PM Jul 13 2012
PKR hari ini mendedahkan dokumen yang didakwa menunjukkan bahawa Thales International, syarikat yang didakwa terbabit dalam urusniaga Perancis-Malaysia dalam pembelian kapal selam, akan memenangi bidaan untuk projek sambungan LRT Ampang.

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa dokumen tersebut menunjukkan bahawa Thales menggunakan syarikat tempatan George Kent sebagai "perantara" dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau merujuk kepada laporan didakwa sebagai penilaian teknikal oleh Halcrow untuk projek tersebut, beliau mendakwa Thales akan memenangi bidaan berkenaan.

Thales terlibat dalam tiga usahasama yang membida untuk projek berkenaan, dakwanya.

Tiga firma usahasama itu termasuk konsortium George Kent-Wijet-Thales yang dinyatakan akan dipertimbang walau gagal dalam penilaian teknikal, dakwa Rafizi yang merujuk laporan penilaian teknikal Halcrow.

Rafizi mendakwa, kesemua peraturan telah dilanggar untuk memberi kelebihan kepada Thales.

"Siapa lagi yang boleh membuat arahan ini melainkan ia berada bawah naungan perdana menteri?," soalnya.

Projek berkenaan berada bawah skop Kementerian Kewangan yang diketuai perdana menteri.
Polis tahan pengurus peribadi Uncleseekers bantu siasatan
5:21PM Jul 13 2012
Polis menahan dua lagi individu untuk membantu siasatan membabitkan pengkaji aktiviti paranormal Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas berhubung entri dalam blog www.uncleseekers.blogspot.com yang didakwa memfitnah Sultan Johor Sultan Ibrahim.
  
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenaya Johor ACP Mohd Akhir Ishak berkata lelaki berusia 39 tahun dan wanita berumur 27 tahun terbabit ditahan di ibu negara pada pukul 9.30 malam tadi oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan.
  
Lelaki itu yang dipercayai pengurus peribadi Syed Abdullah atau lebih dikenali Uncle Seekers kini ditahan reman tiga hari, manakala wanita tersebut direman sehari bagi membantu penyiasatan mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972, katanya.
  
Terdahulu, pasangan terbabit dibawa ke Kompleks Mahkamah Johor Bahru bagi mendapatkan perintah reman yang dilakukan di hadapan Pendaftar Mahkamah Nuriza Mustafa.
  
Sementara itu, Mohd Akhir berkata dua lelaki berusia 23 dan 24 tahun yang merupakan kenalan Syed Abdullah, dibebaskan petang semalam dengan jaminan polis selepas ditahan sejak 9 Julai lepas di Tanjung Kling, Melaka.
  
Syed Abdullah yang ditahan semula semalam bagi membantu penyiasatan mengikut Akta Hasutan 1948, sebelum itu disiasat mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 selepas ditahan pada 4 Julai lepas di Plaza Tol Senawang, Negeri Sembilan.

Pada 1 Julai lepas, 30 individu membuat laporan polis terhadap Syed Abdullah berhubung penulisan di dalam blog berkenaan yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.
'Kalau saya jadi pegawai p'raya, YB tidak akan menang lagi'

  • Zulaikha Zulkifli
  • 9:58AM Jul 13 2012
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, seorang bekas pegawai pilihan raya yang menjaga parlimennya pada tahun 2008 memberitahunya beliau tidak akan menang dalam pilihan raya akan datang sekiranya pegawai tersebut kembali menjaga kawasannya.

NONEDalam ucapan di majlis makan malam anjuran PKR Lembah Pantai malam tadi, Nurul Izzah berkata, beliau terjumpa dengan pegawai pilihan raya yang enggan namanya disebut itu selepas berjumpa dengan Datuk Bandar petang semalam.

"Saya sebenarnya tidak sengaja bertemu dengan bekas pegawai pilihan raya pada tahun 2008 yang mana dia yang mengumumkan kemenangan saya pada pukul 2 pagi pada ketika itu.

"Saya jumpa dan saya kata pada dia, 'selepas ini, jaga Lembah Pantai lagi ke?' Kita perlu berbaik dengan semua orang. Itu yang diajar walaupun kita mempunyai latar belakang politik yang berbeza.

"Tetapi dia jawab 'Tidak, kalau saya jadi pegawai pilihan raya Lembah Pantai, YB tidak akan menang lagi'," kata Nurul Izzah kepada kira-kira 1,000 orang hadirin.

Majlis makan malam tersebut diadakan di Dewan Persatuan Hainan Selangor dan Wilayah Persekutuan, Thien Hau Temple.

Ia turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin; Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Sehubungan itu, kata Nurul Izzah berkata, beliau akan menghantar surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung perbualannya dengan pegawai tersebut.

Katanya, tindakan pegawai tersebut bukan sahaja biadap tetapi turut tidak mempamerkan sikap SPR yang dikatakan akan melaksanakan transformasi dalam pilihan raya.

''Bolehkah anda semua bayangkan, dalam pada SPR cakap akan laksanakan transformasi, SPR sudah melaksanakan semua tuntutan BERSIH, tapi bila jumpa pegawai pilihan raya yang akan menjadi pegawai pilihan raya lagi, boleh kata ''kalau jaga Lembah Pantai YB tidak akan menang lagi''.

''Bagi saya ini tindakan yang biadap. Saya akan pastikan saya menulis surat kepada SPR tentang perbualan ini. Anda suka ke, tak suka ke parti itu, kerja perlu profesional, perlu objektif," kata Nurul Izzah lagi.

Sementara itu, majlis makan malam itu turut diserikan dengan persembahan daripada 'Elvis Presley Malaysia', HT Long,  yang menyanyikan dua buah lagu. Antara lagu yang dinyanyikan berjudul 'Now or Never'. Anwar yang menghafal lirik lagu tersebut turut secara spontan naik ke atas pentas dan bernyanyi bersama sambil menerima tepukan gemuruh daripada hadirin.

- Bernama
Rafizi ancam dedah kaitan Talam-MCA

  • Aidila Razak
  • 2:27PM Jul 13 2012
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini mengancam untuk mendedahkan kaitan parti BN dengan syarikat Talam Corporation sekiranya timbalan menteri daripada parti itu, Datuk Chua Tee Yong terus menyerang Pakatan Rakyat Selangor.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, Rafizi mendakwa mempunyai fail transaksi melibatkan Talam dan pemimpin MCA.

"Sekiranya dia teruskan, minggu depat saya akan panggil satu lagi sidang media untuk tunjukkan siapa sebenarnya yang mendapat untung daripada Talam," katanya.

Katanya, beliau sanggup menggali setiap fail mengenai semua usaha sama demi menujukkan setiap pemimpin MCA yang mendapat keuntungan daripada Talam.

Beliau sanggup berbuat demikian kerana tugas itu tidak sepatutnya dibuat oleh menteri besar Selangor, kata Rafizi.

Katanya lagi, Chua terlupa bahawa Talam menghasilkan berjuta ringgit semasa pentadbiran BN.
IGP: Jangan spekulasi kenaikan kadar jenayah

  • Hazlan Zakaria
  • 1:44PM Jul 13 2012
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar meminta supaya semua pihak tidak membuat spekulasi perhubung pembebasan tahanan bawah Ordinan Darurat dengan peningkatan kadar jenayah di seluruh negara.

Bercakap dalam sidang media di Cheras hari ini, Ismail berkata kadar jenayah masih dalam kawalan dan polis sedang memantau keadaan.

Katanya, tahanan Ordinan Darurat masih berada bawah pemerhatian polis dan pasukan itu sedang mengambil langkah untuk memastikan individu terbabit tidak terjebak dalam aktiviti jenayah.
Tambahnya, polis mengetahui tempat tinggal bekas tahanan berkenaan dan juga sekiranya individu berkenaan sudah mendapat pekerjaan.

"Sekiranya mereka tidak bekerja kita hantar nama mereka kepada jabatan tenaga kerja untuk mendapatkan kerja," katanya.

Katanya lagi, orang ramai juga boleh membantu dengan memberikan pekerjaan sekiranya bekas tahanan tersebut memohon kepada mereka.

Ismail berkata, ketua polis di setiap daerah akan ditugaskan untuk memantau kesemua bekas tahanan Ordinan Darurat.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) yang mengkaji sama ada pemansuhan Ordinan Darurat menjadi faktor terhadap peningkatan kadar jenayah.
IGP arah selesaikan kes pasangan takut

  • Hazlan Zakaria
  • 3:50PM Jul 13 2012
Kecewa dengan laporan bahawa satu pasangan terpaksa tidur dalam kereta enam malam berturut-turut selepas diganggu dan dirompak di rumah pangsa mereka, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengarahkan anggotanya mengambil tindakan untuk menamatkan kesengsaraan mereka.

"Saya baca di The Malay Mail bahawa mereka terpaksa tidur dalam kereta mereka. Ini tidak baik. Saya telah minta Ketua OCPD menghubungi pasangan itu...

"Kami akan meningkatkan rondaan di kawasan itu dan mengambil lain-lain tindakan susulan," kata Ismail dalam sidang akhbar di Cheras hari ini.

Beliau berkata semua tindakan akan diambil untuk membantu pasangan tersebut sehingga kebimbangan dan keyakinan terhadap keselamatan mereka dapat ditangani.

Rakyat makin risau keselamatan diri dan keluarga
Posted on Thursday, July 12 @ 00:13:32 PDT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: amkns

"Terpaksa tidur di dalam kereta : 12 Julai 2012 – Sepasang suami isteri terpaksa tidur di dalam kereta pada waktu malam ekoran trauma selepas rumah mereka di Flat 700, Pandan Perdana, Cheras di sini dipecah masuk sebanyak dua kali dalam tempoh seminggu. Rumah di tingkat empat itu baru disewa pada awal bulan ini dan kejadian pertama berlaku hanya tiga hari selepas mereka mendiaminya.

 
Mangsa, Hasrin Abdullah, 37, berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira pukul 3.50 pagi pada 4 Julai lalu dan menyebabkan anak perempuannya cedera di leher akibat dikelar oleh perompak yang turut melarikan satu set komputer dan beg tangan.

“Kami hanya menyedari kejadian tersebut selepas mendengar jeritan anak saya yang ketika itu berada di dalam bilik tidurnya. “Saya dan isteri terkejut apabila melihat anak saya yang berumur 17 tahun berlumuran darah kerana dikelar menggunakan pisau yang diambil suspek dari dapur rumah kami,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam. 
Couple terrified after robbers slash daughter
Thursday July 12, 2012 
KUALA LUMPUR: The parents of a teenage girl who was attacked when their apartment was broken into early this month have fled their home and now live in their car outside a hospital near here. 
Hasrin Abdullah, a 37-year-old marketing executive, said his 17-year-old daughter was slashed in the neck in the 3.50am incident on July 4 when the robbers carted away a computer, household items and two bags from their fourth floor apartment unit in Pandan Perdana. 
He said there were two other break-in attempts after the first incident. Hasrin said he and his wife, 34, were awakened by noises outside their room and their daughter's terrified screams. 
“We ran to our daughter's room and saw her neck bleeding,” he said, adding that they immediately rushed her to the Ampang Hospital where she received eight stitches for her wound. 
“My daughter was too traumatised to recall exactly what happened but remembered a man, whose face was covered with red cloth, placing his fingers to her lips and a knife at her neck,” added Hasrin, who works with a South Korean company here. 
“My wife and I are also terrified to step into the apartment again,” he told reporters who met him at the hospital car park yesterday. Hasrin has lodged two police reports at the Pandan Indah station. 

Jenayah meningkat, jangan sorok fakta - Musa Hassan

Harakahdaily, 13 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Ketika kerajaan cuba memberitahu rakyat bahawa kadar jenayah negara ini berkurang, rakyat dikejutkan dengan kenyataan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan (gambar) bahawa ia sedang meningkat.

Beliau mendakwa kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.

“Rakyat perlu tahu perkara sebenar, tidak perlu sorok-sorok tentang masalah jenayah.

“Sewaktu saya memikul tanggungjawab sebagai KPN dahulu, saya sering sebut tentang peningkatan kadar jenayah,” kata Musa dalam wawancara bersama The Malaysian Insider semalam.

Bekas KPN itu turut mengakui kadar jenayah di Malaysia pada hari ini berada di tahap yang membimbangkan.

“Jika jenayah tak teruk, tak perlulah menteri-menteri dan orang kaya guna ramai ‘bodyguard’.

“Kerana banyak jenayahlah menteri-menteri dan orang-orang besar perlukan ‘bodyguard’,” kata Musa.

Musa Hassan telah berkhidmat untuk Polis Di Raja Malaysia (PDRM) selama empat dekad dan memimpin pasukan tersebut selama empat tahun semenjak tahun 2006 sebelum digantikan oleh Tan Sri Ismail Omar pada 13 September 2010.

Walaupun berlakunya kes serangan, rompakan dan penculikan, polis, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dan kementerian dalam negeri (KDN) mengeluarkan statistik kadar jenayah negara telah menurun semenjak kerajaan memperkenal Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Unit Pencegahan Jenayah Pemandu dalam majlis bersama media semalam — langkah untuk mengurangkan kerisauan orang ramai, menyatakan statistik kadar jenayah menurun sebanyak 10.1 peratus pada lima bulan pertama tahun ini.

Sebelum ini, Unit Pencegahan Jenayah Pemandu telah mengeluarkan angka untuk menunjukkan penurunan indeks jenayah sebanyak 11.1 peratus dari 2010 sehingga tahun lalu manakala jenayah jalanan menurun 39.7 peratus pada tempoh sama.

Pemandu turut merayu agar media membantu mereka mengubah persepsi rakyat dan mendesak agar laporan seimbang diberikan.

Ketika ditanya mengenai kenyataan Pemandu berkenaan statistik jenayah yang menurun, Musa mencadangkan kerajaan agar melantik pihak ketiga yang lebih bebas seperti universiti untuk memberikan data seperti statistik jenayah kerana mereka lebih bebas.

“Sewaktu zaman saya dulu, saya minta Universiti Sains Malaysia untuk keluarkan statistik jenayah.

“Ini turut dilakukan oleh pasukan polis di Amerika yang sering menggunakan universiti agar data yang diperolehi tepat dan tidak menyorokkan apa-apa fakta,” kata Musa lagi.

Menurut bekas KPN itu lagi, kadar jenayah diseluruh dunia meningkat akibat daripada kemerosotan ekonomi dunia akibat dariapada kemelesetan ekonomi yang berlaku di Eropah.

“Globalisasi menyebabkan sukar untuk sesebuah negara untuk mencegah berlakunya jenayah.

“Globalisasi menyebabkan ramai orang luar masuk ke Malaysia, yang kita tak tahu latar belakang dia, ‘especially’ dari Nigeria tentang kehidupan dadah mereka.

“Ini adalah diantara punca berlakunya peningkatan jenayah dalam negara,” kata Musa lagi.

Untuk mencegah masalah jenayah yang berleluasa hari ini, bekas KPN mencadangkan agar polis membuat penambahbaikan dari segi mengubah teknik dalam memerangi jenayah sekarang ini kepada ‘intelligence procurement’ atau ‘perolehan risikan’.

“Kita perlu mendapatkan maklumat-maklumat risikan terdahulu.

“Jika maklumat risikan polis bagus dari segi perolehannya, mempunyai hubungan rapat dengan penguatkuasa luar negara, maka kita boleh mengetahui awal berkenaan latarbelakang seseorang dan boleh memantau jika mereka penjenayah.

“Sama seperti dalam negara kita, kita perlu pantau geng-geng jahat dan penjenayah-penjenayah ni,” kata bekas KPN itu lagi.


'Mansuh EO mungkin sebabkan jenayah naik'

  • Aidila Razak
  • 5:13PM Jul 12 2012
Pemansuhan Ordinan Darurat (EO) sedang dipertimbangkan sama ada menjadi faktor terhadap peningkatan kadar jenayah, kata Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU).

Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mengurangkan Jenayah Eugene Teh berkata, pihaknya kini masih meneliti kesahihan hipotesis itu.

NONE"Kita sedang meneliti sama ada ia menjadi penumbang utama atau hanya (faktor) subset," katanya dalam program penerangan unit itu kepada media hari ini.

Beliau menambah, pihaknya juga sedang menjejak beberapa kes terkini bagi melihat sama ada ia berpunca daripada pembebasan tahanan Simpang Renggam ekoran pemansuhan EO.

Teh mengakui berlaku peningkatan jenayah ganas tetapi sebab jelasnya masih belum pasti setakat ini.

Pemuda PAS: Siasat dakwaan cubaan beli MP
4:04PM Jul 13 2012
Ketua penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Riduan Mohd Nor berkata, dakwaan bahawa Umno sedia membayar sehingga RM160 juta kepada MP PKR supaya melompat parti perlu disiasat kerana melibatkan jenayah rasuah.

"Bagi DPPM, pendedahan ini tidak boleh dipandang remeh kerana ia melibatkan jenayah rasuah yang secara jelas mencemar institusi Parlimen di negara ini.

"Ahli-ahli parlimen telah dihinakan dengan dakwaan rasuah, seolah-olah mereka adalah barangan dagangan yang boleh dijual beli dengan mudah.

"SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) seharusnya tidak berdiam diri dengan pendedahan ini, kerana ia adalah jenayah rasuah secara besar-besaran yang dilakukan oleh pemimpin negara dan gejala ini boleh merosakkan negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas pendedahan berkenaan MP Tanah Merah, Amran Ab Ghani yang mendakwa beliau dan tujuh lagi MP PKR didakwa didatangi individu yang mahu mereka keluar parti beramai-ramai untuk membantu BN mendapatkan kembali majoriti dua pertiga.

"Jika benar dakwaan tersebut, DPPM mempersoalkan dari mana Umno-BN mendapatkan duit sebanyak RM 160 juta untuk lapan ahli parlimen atau RM 20 juta untuk seorang ahli parlimen?
"Umno sanggup membelanjakan duit sebanyak itu bagi membeli ahli-ahli parlimen supaya mereka dapat membentuk majoriti dua pertiga yang bertujuan memudahkan mereka meluluskan apa sahaja akta yang boleh menurut kemahuan mereka tanpa disekat.
"Walhal jumlah itu jika dibelanjakan untuk rakyat terlalu banyak boleh dimanfaatkan," kata Riduan lagi.
Syria dan demokrasi

  • Hishamuddin Rais
  • 6:05PM Jul 11 2012
Kuasa imperial Amerika syarikat sedang merancang untuk menyerang Iran atas alasan Iran sedang berusaha untuk membuat senjata bom nuklear. Ini agak senang difahami. Amerika sedang menyerang Pakistan untuk menafikan Pakistan dari terus dimiliki bom nuklear. Ini mungkin agak susah sedikit untuk difahami.

Kuasa imperial Anglo-Amerika ingin menyerang Syria kerana projek New World Order. Ini lagi ramai yang tidak faham. Ini lagi susah untuk difahami. Justeru, apa yang berlaku di Syria pada ketika ini telah melahirkan banyak kejulingan. Kejulingan yang jelas ialah kejulingan intelektual di kalangan masyarakat Melayu.

Kejulingan intelektual ini lahir dari kegagalan memahami asas politik. Kejulingan ini lahir kerana sikap malas membaca. Sikap malas berfikir. Sikap mengambil jalan pintas tanpa membuat penyelidikan sendiri.

Kejulingan ini juga lahir kerana telah ditanamkam sikap "budaya wajib mendengar" dari benggolan-benggolan yang dikatakan memiliki ‘autoriti'. Benggolan-benggolan yang tahu bahasa sekian sekian sahaja yang memiliki tauliah untuk bercakap. Benggolan-benggolan yang berat serbannya sekian sekian sahaja yang pandangan boleh didengar. Akhirnya tertanam sikap suka mendengar. Sikap suka mendengar ini telah membunuh sikap suka membaca dan suka mengkaji serta menyelidik.

Hasilnya, sikap malas membaca ini melahirkan ramai tukang ikut dan ramai tukang sorak. Tukang sorak dan tukang ikut ini sebenarnya telah lama pencen dari menggunakan akliah dan fikrah mereka. Apabila telah pencen maka apa yang tersimpan di belakang dua telinga itu tidak lagi memiliki kudrat untuk menjadi gersang dan kritikal. Kegersangan untuk berfikir ini telah dilepaskan kepada benggolan-benggolan yang dikatakan bertauliah.

Biar saya jelaskan di sini bahawa apa yang berlaku di Syria bukan tentang konflik agama. Bukan konflik mahzab Sunni dengan Syiah. Bukan konflik mahzab Alawite dengan Sunah wal Jamaah. Atau konflik Islam dengan Kristian.

Memang sahih, wujudnya konflik antara Syiah dan Sunni. Memang betul kerajaan yang dipimpin oleh Bashar ini tidak demokratik. Memang betul ada gerakan rakyat yang menuntut agar ruang demokrasi dibesarkan lagi. Elit politik di Syria sama seperti elit politik di Malaysia atau elit politik dalam negara dunia. Mereka zalim, ganas, rasuah dan rakus merembat harta kekayaan negara. Kezaliman dan penyempitan hak kebebasan warga ini adalah watak elit politik dunia ketiga.

Memang betul pada awalnya ada kumpulan yang menuntut agar kebebasan dan ruang demokrasi di Syria diperluaskan. Ini sama seperti tuntutan warga Malaysia yang mahu negara ini lebih bebas dan lebih demokratik. Tidak mahu penipuan dalam pilihan raya. Semua ini adalah asas perjuangan warga dari negara dunia ketiga.

Untuk memahami lebih mendalam maka saya terpaksa membuka minda pembaca untuk memahami teori kontradiksi. Kontradiksi adalah hukum alam semula jadi. Ia sama seperti oksigen, ertinya kontradiksi wujud bersama kita. Tanpa kontradiksi alam ini tidak mungkin wujud. Sama ada negara itu penuh dengan kafir atau penuh dengan penganut Islam atau penuh dengan warga yang tidak percaya kepada Tuhan - kontradiksi terus wujud.

Kontradiksi tidak beragama. Tidak berbahasa. Dalam sistem ekonomi kapitalis atau ekonomi sosialis kontradiksi wujud. Alam bergerak kerana kontradiksi. Dalam kontradiksi ada pergeseran. Pergeseran dan percanggahan inilah yang mengerakkan alam kita ini.

Kontradiksi ini juga bertahap-tahap. Ada yang fundamental, ada yang tahap kedua dan ada yang kurang penting. Kontradiksi ini berubah-ubah. Contoh terbaik, dalam sejarah perjuangan orang yang terdahulu dari kita ketika perang dunia ke dua. Ketika itu Tanah Melayu sedang dijajah oleh British. Inilah kontradiksi utama. Kontradiksi - pertentangan antara warga Tanah Melayu dengan penjajah.

Tetiba Jepun datang menyerang. British yang menjadi musuh utama telah menjadi musuh ke dua. Yang wajib dilawan ialah tentera Jepun. Malah kontradsiksi dengan British menjadi luntur sehinggakan ada kerjasama antara warga Tanah Melayu dengan British untuk melawan kontradiksi yang fundamental: penjajah Jepun.

Begitu juga di Syria sekarang. Pada awalnya kaum demokrat Syria telah bangun menuntut demokrasi. Tetapi agenda suci rakyat Syria ini telah diambil alih oleh kuasa imperial Anglo-Amerika. Justeru kontradiksi yang wujud di Syria hari ini bukan antara Sunni dengan Syiaa. Bukan antara Islam dengan Kristian. Bukan antara presiden Bashar yang bermazhab Alawite dengan majoriti warga yang bermazhab Sunni.

Kontradiksi utama atau pergeseran utama pada ketika ini antara rakyat Syria dari semua mahzab agama dengan kuasa imperialis Anglo-Amerika. Silap memahami kontradiksi fundamental ini maka akan silaplah semua analisa politik. Akan bertaburan segala hujah. Tidak akan dilihat satu kesatuan fikrah yang tersusun dalam menganalisa situasi di Syria. Inilah yang melahirkan kejulingan pandangan terhadap apa yang sedang berlaku di Syria.

Pasti para pembaca akan bertanya kenapa kuasa imperial Anglo-Amerika melakukan semua ini? Apa sebenarnya yang diperlukan oleh kuasa imperial Anglo-Amerika ini? Jawapannya ialah kuasa imperial Anglo-Amerika ialah kuasa imperialis. Imperialisme ini ialah tahap yang paling tinggi yang boleh dicapai oleh sistem kapitalis.

Sistem ekonomi kapitalis yang bertuhankan keuntungan maksima memerlukan bahan mentah, buruh dan pasaran. Sistem ekonomi kapitalis selama 150 tahun ini telah bergerak dengan jayanya dengan bantuan bahan bakar petrol. Tanpa bahan bakar ini sistem ekonomi kapitalis akan runtuh berderai.

Justeru wajib disedari jika Iraq hanya mengeksport petai, jering dan cencaluk pasti Iraq tidak akan diserang. Jika Iran hanya memiliki budu dan tidak memiliki bahan bakar petroleum dan gas maka Iran tidak akan diserang.

Pasti akan ada pembaca yang bertanya, Arab Saudi juga ada minyak kenapa tidak diserang. Qatar juga ada minyak kenapa Qatar tidak diserang? Malaysia dan Brunei juga ada minyak kenapa tidak diserang? Jawabnya cukup senang. Rejim Arab Saudi dan Qatar ini adalah barua kepada Amerika. Malah tidak perlu diserang kerana telaga minyak di Saudi dan Qatar adalah milik Amerika.

Bagitu juga Malaysia dan Brunei. Dua negara Melayu ini adalah ‘budak setia' kepada Amerika. Malah Malaysia telah menghantar tentera ke Afghansitan. Malaysia juga sedang membantu Raja Saudi yang sedang cuba memadamkan apa kebangkitan warga Bahrain yang sedang berjuang untuk mendirikan Bahrain yang lebih demokratik.

Tetapi Syria tidak memiliki bahan bakar petroleum? Ini betul. Tetapi dalam strategi kuasa imperial Anglo-Amerika untuk mendirikan New World Order Syria ini dilihat sebagai musuh. Syria menjadi musuh bukan kerana Syria ini Syiah tetapi kerana Syria menyokong perjuangan Hezbollah dan Hamas yang sedang mengangkat senjata menentang kuasa zionis Israel.

Syria juga dijadikan musuh kerana Syria dari zaman presiden Hafeez al-Assad telah bekerjasama dengan Iran dalam banyak bidang. Malah dasar luar Iran/Syria telah membantu memperkuatkan gerakan Hezbollah dan Hamas.

Dari era Perang Dingin lagi Syria telah dilihat amat sedia untuk bekerjasama dengan USSR, kemudian dengan Rusia. Banyak kelengkapan persenjataan Syria yang digunakan untuk melawan Zionis-Isreal telah dibekalkan oleh Rusia. Rusia adalah sahabat Syria yang telah diduga. Hubungan intim dengan Rusia terjalin lama dan dibuktikan dengan wujudnya pangkalan tentera laut Rusia di Tartus semenjak tahun 1971. Tartus ialah pelabuhan yang kedua terbesar di Syria.

Mungkin ramai yang terlupa Isreal telah juga menawan dan sedang menjajah wilayah Bukit Tinggi Golan semenjak 1967 dahulu. Wilayah ini adalah milik Syria dan diakui oleh Bangsa Bangsa Bersatu.

Kerjasama antara Syria dengan Iran dan Rusia ini adalah satu perkara yang tidak dapat diterima oleh kuasa imperial Anglo-Amerika. Obama dan Clinton melihat bahawa kerajaan Bashar ini berkemungkinan akan menggagalkan strategi Amerika untuk menawan Iran. Syria perlu dipatahkan dahulu sebelum serangan dapat dilakukan ke atas Iran. Justeru kerajaan Bashar wajib dijatuhkan.

Di sini ada tiga buah negara yang sedang menjadi barua Amerika. Saudi, Qatar dan Turki. Saudi dan Qatar menjadi taiko mengeluarkan dana. Manakala Turki menyediakan tempat di sempadan Turki/Syria untuk melatih kumpulan-kumpulan pengganas anti-Syria yang kini memanggil nama mereka Free Syrian Army. Nama kumpulan ini amat menarik tetapi mereka ini dilatih oleh CIA.

Diberitakan sebuah jet pejuang Turki telah jatuh ditembak oleh peluru berpandu Syria. Ini mungkin sandiwara untuk mengolah persetujuan rakyat Turki dan rakyat dunia. Turkey kini memiliki cita-cita untuk sekali lagi - seperti zaman Uthmaniah dahulu - untuk dapat mempengaruhi dunia Arab. Turki memiliki nafsu besar, untuk menjadi kuasa besar. Nafsu besar ini muncul kerana Turki memiliki 'viagra' yang bernama Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato).

Para pembaca wajib sedar bahawa di belakang semua ini ialah kuasa zionis Isreal. Dengan licik Israel telah berjaya menjadikan Saudi, Qatar dan Turki sebagai budak suruhan gerakan Zionis Antarabangsa.

Pada ketika ini kuasa dan pengaruh Zionis Israel cukup kuat sehinggakan Obama terpaksa mengikut telunjuk Benjamin Netanyahu. Kaum zionis Isreal telah memilih waktu yang tepat - tahun pilihan raya - di mana tidak ada bakal presiden Amerika yang berani bercanggah dengan Isreal.

Amerika, Saudi, Qatar dan Turki semunya sedang menjadi budak suruhan zionis Isreal. Kita wajib sedar dan berwaspada kerana di belakang zionis Isreal ini ialah tuan empunya bank dan gedung-gedung perniagaan antarabangsa. Mereka inilah yang sedang merancang untuk mendirikan New World Order - Satu Dunia Baru - di mana semua harta kekayaan dunia ini akan mereka miliki. Kuasa dan kekayaan ini akan dipertahan oleh senjata-senjata buatan Amerika dan Nato.

Mungkin ada yang tidak percaya apa yang saya tulis ini. Mungkin ada yang melihat ini ialah perjuangan Sunni terhadap ajaran sesat Syiah. Mungkin ada yang akan mengatakan ini perjuangan adil rakyat Syria menuntut kebebasan dan demokrasi. Mungkin ada yang percaya bahawa kuasa imperial Amerika bersama Nato sedang berusaha menaburkan demokrasi seperti yang sedang mereka lakukan di Afghanistan, di Iraq atau di Libya.

Kepada yang tidak yakin dengan tulisan saya, saya cadangkan agar mereka pergi ke Kedutaan Saudi dan Qatar untuk bertanya bila piliha raya akan diadakan di Saudi Arabia dan Qatar? Khalas. END


  • Hidayat Hasni Isa · Jordan University of Science & Tech
    Sejak Golan Heights dijajah oleh Israel pada 1967, tidak ada satu peluru atau kereta kebal pun yang dihantar oleh Syria ke Israel untuk merampas kembali tanah tersebut. Tapi berapa banyak sudah kereta kebal dan peluru yang digunakan oleh rejim Bashar untuk menyembelih rakyat sendiri?

    Saya setuju bahawa konflik di Syria tidak boleh dilihat hanya dengan kaca mata sunni lawan syiah, tapi isu Syria juga tidak boleh hanya dilihat dengan kaca mata anti-imperialis semata-mata.

    Ikut logik tulisan ini, negara yang menentang Syria adalah pro-Amerika, tapi kenapa Malaysia yang anda katakan 'budak Amerika' masih lagi punya ikatan erat dengan kerajaan Bashar?

    Ini adalah tulisan lama saya respon kepada tulisan Amin Iskandar dahulu. Semoga tulisan ini juga dapat memberi pencerahan kembali kepada kita :
    https://www.facebook.com/notes/hidayat-hasni-isa/seruan-untuk-bersama-dengan-rakyat-syria/432663276755488

  • Azizul Salehudin · Charles University in Prague
    Tukar tiub mendakwa intelektual lain mengalami kejulingan. Bagaimana dapat dipastikan tukar tiub satu-satunya yang tidak juling? Apakah analisa beliau sahaja yang benar?

    Tulisan ini tidak lebih dari sekadar andaian dan teori konspirasi.

    Bagi yang menganalisa isu Syria, saya nasihatkan agar menimbang menggunakan:

    1. Iman dan akal
    2. Faham dan fikir

    Bukan sekadar ketaksuban ideologi dan andaian/teori konspirasi.

  • AzmanZack Plak · · Software Engineer di ExxonMobil Corporation
    Salam saya....Habis itu , apakah komen saudara berkenaan warga Syria yang terus dibunuh oleh En.Bashar? adakah kerana mereka semua mengangkat senjata, termasuk anak-anak kecil dan ibu-ibu , makcik , pakcik2 tua. mereka diperlakukan seperti haiwan ...di bunuh sesuka hati...maka Umat manusia lebih cenderung untuk memberi bercerita soal kepolitikan sejagat...

    Kisah-kisah penderitaan rakyat Syria hanya jadi bahan-bahan idea persoalan politik yg berlegar dibenak orang-orang penting, tak kisah sama ada pihak politik yg menang , atau pun pihak yg kalah pilihan raya. Hampir keseluruhan negara dunia mula ber'idea' untuk bersuara apabila hampir 9000 umat Syria yang tidak berdosa jadi korban pembantaian oleh tentera Bashar.

    Jika diambil iktibar perkara ini saya amat x bersetuju dengan pandangan saudara dalam soal ini. Adakah masih kita...Lihat seterusnya..

    • Nik Md Sh · Pengulas Tertinggi
      Salam. Itulah yang menjadi isi tersirat dalam tulisan Hisam Rais ini. Pengaruh-pengaruh Anglo Amerika dan Zionis serta penglibatan kuasa-kuasa ghaib yang mengapi-apikan suasana di Syria.

      Persoalannya sekarang, adakah pembunuhan rakyat Syria itu 100% hasil kerja tentera Basyar? Sedangkan dalam banyak artikel, argumentasi, penulisan daripada ahli politik dan pemerhati, video amatur dan pengakuan video mangsa yang menceritakan sebaliknya. Ini jangan dinafikan. Sebaliknya ambil sebagai pertimbangan sebelum meletakkan kesalahan 100% pada pihak tentera.

      Kita tidak boleh nafikan betapa bodohnya sesetengah manusia sekarang yang mengaitkan Syiah dan Sunni bertelagah di Syria. Kita tidak boleh nafikan sesetengah page di Facebook memukul sama rata Syiah hanya kerana si Basyar and the gang adalah Alawite (cabang Syiah yang ghullat).

      Kita...Lihat seterusnya..

    • P Atau Pi · · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
      Salam sejahtera untuk Insan, Banyak betul ilmu dan banyak betul perkara yang tidak diketahui manusia , itulah peluang Azazil ( maharaja Iblis ) membisikkan sesuatu supaya manusia bercakap tidak betul atau tidak tepat , lalu berlakulah perselisihan faham yang menyebabkan orang tertentu ( orang ke 3 ) mengambil kesempatan terhadap SESUATU , maka bertambah serabutlah hubungan perhubungan disebabkan SELISIHFAHAM bagi menunjukkan siapa yang kelihatan macam hero atau mungkin IKHLAS atau tidak tahu dsb. Ringkas kata ....siapakah yang tahu dengan tepat ! ( Berkenaan perkara isu bukit Golan, Turki, Syia dan segala galanya ) , Macam 4 saksi melakukan zina atau sebagainya ! ( cara Islam sebenarnya yang sedang ditutupi ). Oleh itu,Perkara 1. di Malaysia amat perlu sekali ditetapkan untuk perkahwinan Hanya MELAYU dibenarkan KAHWIN dengan ME...Lihat seterusnya..

  • Anuar Ibrahim · Pengulas Tertinggi · SMK Seri Kampar
    "Syria menyokong perjuangan Hezbollah dan Hamas yang sedang mengangkat senjata menentang kuasa zionis Israel." satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab mengheret perjuangan hamas dengan syiria. kalau syiria menyokong Hezbullah dan Hezbullah menyokong syiria saya setuju. kerana kedua-duanya ada persamaan. kalau ada bukti bahawa syiria menyokong hamas secara material tolong bawakan. zionis dan syiria tiada bezanya. semuanya menolak Islam. perbalahan zionis dengan syiria lebih kepada perbalahan merebut kepentingan. kerana sejarah telah membuktikan tangan2 yahudi telah melahirkan syiah. sewaktu dahulu iran atau parsi adalah mazhab sunni syafi`i. tetapi pengaruh yahudi untuk menghapuskan islam tidak mampu, lalu mereka menyokong syiah yang sesat untuk menghancur Islam dari dalam. hampir 4 generasi usaha yahudi akhirnya iran te;ah me...Lihat seterusnya..

    • Shahrul Hafez · Shah Alam, Malaysia
      sy setuju dgn saudara..jawapan yg sy rasa paling tepat..tq

    • Naim Jusri · International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF)
      HAMAS telah keluar dari Syria sebagai bantahan kepada pembantaian yg sedang berlaku

    • Amirul Hakimi Hanafi
      Benar saudara, apabila seseorang itu menganalisis dan mengutarakan pandangan maka dari situ kita dapat menilai kembali pemikiran dan pemahamamnya. Hishamudin Rais terlalu byk menelan falsafah barat semasa melarikan diri dari Malaysia ke kota London utk mngelak ditahan ISA. Kemudian terlibat dgn Revolusi Iran,maka tidak hairanlah begitu bangga dgn negara Syiah Iran dan begitu sadis teori yg dilaungkanya.

      Saya tidak melihat pandangan Hisham 1 pandngan yg boleh dijadikn sumber ilmiah. 'Benggolan-benggolan yang berat serbannya sekian sekian shaja boleh didengar cakapnya'. Wajar kita memberatkan pandangan Ulama seperti Yusuh Al Qardawi seperti isu Syria. Bukan menempelak dgn sebegini daif. Kalau bukan kata2 ulama yg diberatkan, maka kata siapa? Karl marx? Stalin? Atau Darwin?..

      Apa guna jauh perjalanan jika sempit kefahaman?

  • Amirul Hakimi Hanafi
    Membaca Artikel diatas seakan mengulangi membaca artikel amin iskandar ttg isu syria, membaca mungkin semua orang boleh membaca dr skadar mmdengar shj...tapi membaca dan kemudiannya menafsir dengan akal dan fahaman yang dungu maka kita akan dapat melihat artikel seperti diatas dikeluarkan..tak habis2 dengan perjuangan kapitalis vs sosialis..hishamudin rais dgn jelas telah menyatakan asas wujudiah dirinya adalah untuk memesongkan pemikiran umat dari perkara yang lebih penting kpd isu yg lapok dan basi. Tak habis2 dgn new world order..adakah rusia lebih baik dr amerika dan israel? Malah lebih kejam..apa yg terjadi di chechnya? Afghanistan pada 80'an..? Sudahlah..kalau begini pemikirannya maka wajar dinyahbunyikn hak golongan seperti ini utk bersuara bukan sahaja di waktu BN memerintah tp jika PR memerintah skalipon..berselindung d...Lihat seterusnya..

    • Nik Md Sh · Pengulas Tertinggi
      Masalahnya, kalau tak diargumentasikan perkara-perkara yang memang sukar difahami macam Hisam tulis kat atas, orang ramai asyik menganggap isu Syria adalah isu Syiah bunuh Sunni, lepas tu melarat orang ramai menjadi mujtahid jadian yang mengatakan Syiah kafir dan sesat.

      Tengok sahajalah page2 di FB, asal ada penduduk dibunuh, 100% menuduh yang melakukannya adalah tentera Basyar, kemudian diikuti dengan komen2 bodoh oleh manusia.

    • AzmanZack Plak · · Software Engineer di ExxonMobil Corporation
      Benar, Umat islam kena bangun dengan kaki-kaki kita sendiri, bukan hanya berharap bantuan pihak-pihak kafir yang berselindung di sebalik kebaikan kononnya untuk membantu tapi yang berlaku adalah sebaliknya.

      Dahulu perbalahan adalah diantara Muslim dan Kafirin, seperti yang berlaku di Bosnia dan negara-negara Afrika. Berbalahan agama turut di rasai di rantau Asean. Kita sudah lupa dengan peristiwa Maluku?

      Tapi , sejak mutahir ini, berbalahan yang bersangkutan dengan Umat islam sering berkisar diantara umat islam sendiri. Anda pasti tahu , siapakah yang akan bertepuk tangan melihat Umat Islam bercakaran sesam sendiri.

      Udah.., kita hentikan berbalahan sesama umat islam. Jadikan titik tolak dari kebangkitan Islam di timur tengah sebagai permulaan wujudnya Umat Islam yang teguh dengan prinsip islam sejati.

      Era pemerintahan rejim KUKU BESI harus ditamatkan .Kembalikan semula hak kemanusian kepada rakyat. Memang itu yang diimpikan oleh setiap insan yang hidup dimuka bumi ini. Meskipun ada sesetengah nya masih belum dapat sinar Islam dalam diri masing-masing.

    • Amirul Hakimi Hanafi
      Jadi dengan mengargumentasikan isu syria sperti diatas menurut saudara dpt mengubah persepsi umum tentang pihak yg spatutnya disalahkn bukanlah syiah alawiyah tetapi Amerika dan Israel? Jika hishamudin rais asyik bergelumang dgn isu New World Order maka sy melihat saudara asyik terperangkap dgn isu Mazhab. Jadi adakah hishamudin rais menulis artikel diatas semata2 utk memperbetulkn tanggapan umum masyarakat ttg syiah? Kezaliman Syiah Alawiyah mmg tidak boleh dinafikan namun saya rasa itu bukan punca utama dunia islam mundur begitu juga isu New World Order.Itu semua bukan punca utamanya. Punca utamanya ialah apabila umat islam gagal menganalisis punca permasalahan dgn betul dan kegagalan dunia islam dlm memilih kaedah yg tepat dan benar merawat barah kemunduran umat yg kritikal.

      Pemimpin islam dibonekakan,ekonomi,pendidikan,budaya dibaratkan.Ditambah pula dgn golongan2 yg mngaku islam nmun realitinya jauh terpesong dari Al Quran dan Hadis. Saya berharap Hishamudin Rais dpt mengeluarkan artikel yg mendiskusikn Punca kemunduran umat dan idea penyelesaian terbaik bg umat islam dlm membangunkn kembali tamadun islam dan langkah2 awal mengekang perancangan golongan2 yg membudakkan pemimpin negara islam dan mengkaburkan mentaliti umat islam. Jangan mudah menyalahkn pihak lain diatas kelemahan dan kesilapan diri sndiri.

      Suka sy yg jahil ini utk berkongsi Firman Allah swt,"Wahai orang-orang yang beriman,hendaklah kamu sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah,lagi menerangkan kebenaran;dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan.Hendaklah kamu berlaku adil(kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa.Dan bertaqwalah kepada Allah,sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan." (Al Maaidah : 8)

      Wallahualam..

    • Aji NO-motor · Rome, Italy
      @Amirul Hakimi Hanafi
      Kau tak suka artikel nie ngan penulisnya si Hisham pasal dia tak tulis apa yg kau suka baca.
      Cuba dia tulis bahawa Syria mmg patut diserang dan sebagainya, mesti kau suka dan puji kan? Hohoho..:P

      Belajarlah menerima pendapat dan pandangan bernas orang lain walaupun ianya kontra 360 darjah dari pemikiran dlm kepala otak kau. :P

    • Amirul Hakimi Hanafi
      Aji NO-motor sy tak suke artikel dan pandangan hisham adalah kerana penulis cuba mengatakan dgn menyokong bantuan amerika dan israel terhadap golongan penentang kerajaan di syria,kita sebagai umat islam seakan2 menyokong pelaksanaan New World Order. Tapi bagaimana pula dgn kezaliman yg dilakukan Bashar Al Asaad terhadap rakyatnya khususnya golongan sunni yg menjadi majoriti di syria?

      Apa pendapat saudara jika Najib menggunakan kereta kebal,helikopter perang,penembak tepat dan askar dari Iran untuk membunuh dan meleraikan penunjuk perasaan yg menentang polisi kerajaan yg tidak adil semasa Bersih 3.0?

      Dan seluruh wilayah dan negeri penduduk anti kerajaan atau penyokong PR dikepung dan bekalan asas seperti elektrik,air dan makanan disekat seperti di bandar Daraa dan Homs,syria.

      Katakanlah Najib adalah sekutu Iran dan rakyat diM...Lihat seterusnya..

    • Aji NO-motor · Rome, Italy
      @Amirul Hakimi Hanafi @Amirul Hakimi Hanafi anda tulis: "...menyokong campurtangan Amerika utk "membantu" rakyat Syria..."

      Tak sangka Amerika yg telah membunuh puluhan ribu rakyat vietnam dan orang Islam ini cukup prihatin terhadap 9000 nyawa rakyat Syria yg terkorban. Hahaha..XP

      Rakyat Pakistan yg mati dibom oleh Amerika tuh sape pulak yg nak tolong. Israel kot yg nak tolong. XP

    • Aji NO-motor · Rome, Italy
      @Amirul Hakimi Hanafi Klu Amerika nak tolong Malaysia sekalipun, Amerika bkn nak tolong kerana kita ditembak, Amerika nak tolong kerana minyak.

      Kita akan menang sorak, tapi kampung tergadai. Serupa bila kita lawan jepun, british yg penjajah tu lah yg kita jadikan partner untuk menentang jepun. Sbb tu wujud suruhanjaya reid dan sbg nya. Dlm tulisan ko, Amerika akan jadi british kedua pulak. Ntah suruhanjaya apew pulak yg akan muncul yer? XP

    • Amirul Hakimi Hanafi
      Jadi Amerika akan tolong sebab minyak?. Adakah Dunia arab dan negara2 islam yg lain akan membantu negara islam yg menghadapi krisis? Somalia, Bosnia,Sarajevo,Chechnya,Iraq, Afghanistan dan Palestin. Apa peranan dunia islam? Semasa krisis pembunuhan umat islam di selatan Thailand ketika Thaksin memerintah,apa peranan Malaysia? Puak pemisah Islam di selatan Filipina menghadapi serangan dari kerajaan Kristian Filipina, apa peranan Dunia Islam? Lemah longlai tidak berdaya, Diam seribu Bahasa. Hanya mampu melihat. Kenapa? Mengapa? Siapa yg mampu menolong? Turki? Iran?.

      (jika menurut pandangan hisham maka jawapan ini yg boleh dibaca)
      Jadi tiada bantuan dari Dunia Islam. Jadi apa yg perlu dibuat?
      -Biarkan sahaja.

      Tetapi Amerika dan Israel ingin membantu. Terima bantuan?
      -Jangan!!

      Kenapa?
      -Kerana mereka inginkn minyak sahaja.

      Tetapi wanita dan kanak2 islam dibunuh dan diperkosa?!
      -Biarkan sahaja. Asalkan jgn ambil bantuan Amerika dan Israel.

      Kenapa?
      -Supaya tak terlaksana perancangan New World Order.

      Jadi siapa yg akan bantu?
      -ermm..rusia?

    • Aji NO-motor · Rome, Italy
      @Amirul Hakimi Hanafi Dunia Islam jadi lemah pun krn Amerika. Mcm mana keluaga Saud boleh berkuasa? Adakah krn termakan budi Amerika? :P

      Menurut anda, tidak salah menerima bantuan Amerika dan Israel lah, klu situasi dah terdesak sgt. Patutlah Najib mintak bantuan APCO. Dia pegang falsafah nie agaknya. Hahahaah...:P

    • Amirul Hakimi Hanafi
      Najib minta. Tapi di Syria Amerika sendiri campurtangan. Sama? Know the fact first before u speak. I think our conversation ends here.

    • Aji NO-motor · Rome, Italy
      @Amirul Hakimi Hanafi You wrote: "Sama?"

      Do I ever imply that the condition in Syria are the same as Najib's condition? ;) You're too hasty to take the prize. Be careful my dear, or you will tripped over your leg and fall flat on your face.

      Najib minta apco bagi/Syiria tak minta amerika bagi are just petty excuses. The COMMON factor is that both of this help came from America and Israel. The eagerness and willingness of America and Israel to help a muslims from being butchered is very ironic and questionable, considering that they themself are the murderer of women, childeren and thousands of muslims people around the world.

      You wrote: "Harus diingat pertolongan Allah boleh dtg dr pelbagai sudut walaupon dr tangan mereka yg kafir. Kalau dah dunia islam sendiri tak mampu memberi bantuan, kenapa menyalak pula bila Amerika dan...Lihat seterusnya..

    • Mali Tawawi · Pengulas Tertinggi · Universiti Malaysia Sabah
      Saudara Amirul Hakimi Hanafi.. Begitu panjang lebar jawapan yang telah saudara berikan. Tapi, apa yang hishamuddin rais nyatakan itu adalah benar. Saya rasa anda kurang arif dengan hadis-hadis akhir zaman.

      Saudara perlu menyemak semula hadis-hadis berkaitan dengan:

      1. Kemunculan Imam Mahdi
      2. Kembalinya Nabi Isa
      3. Pasukan Tentera yang tidak pernah kalah dalam peperangan
      4. Dajjal
      5. Yakjuj dan Makjuj

      Ketauhilah, setiap daripada 1000 orang manusia, 999 orang akan menjadi pengikut yakjuj dan Makjuj..

      Kalau saudara nak berbahas mengenai hal ini, sediakan ruangan. Sama-sama kita dapatkan pencerahan..

    • Amirul Hakimi Hanafi
      Apa persediaan saudara utk menghadapi fitnah Dajjal andai ditakdirkan Allah swt kita hidup di saat keluarnya Dajjal dari tempat persembunyiannya? Semua orang asyik bercerita ttg Dajjal, Kiamat,Imam Mahdi dan lain2 kejadian akhir zaman. Tapi tak ramai yg berbicara ttg persediaan kita serta sluruh umat islam dlm menghadapi perkara2 besar tersebut. Semua asyik dan ralik membaca dan mendengar kisah2 akhir zaman dan membayangkan seprti filem Hollywood yg kosnya juta2 dolar sehingga lupa membuat persediaan menghadapi semua perkara tersebut.

      Ramai umat islam tahu kisah dajjal tapi berapa ramai yg tahu bahawa disaat keluarnya Dajjal maka dunia akan mengalami kebuluran yg dasyat tetapi tidak bagi umat islam yg berzikir. Kerna zikir itu makanan umat islam.

      Ramai tahu bahawa fitnah dajjal ini amat hebat sehingga ada hadis Nabi saw yg men...Lihat seterusnya..

    • Ahmad Tarmizi · Open International University
      Amirul Hakimi Hanafi agak2 kalau bersih tu dengan senjata apa tindakan najib pulak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan