Isnin, 18 Jun 2012

USTAZ CALON TERBAIK UNTUK JADIKAN SUAMI...TAPI BUKAN MESTI ADA GELARAN USTAZ TETAPI CUKUP AGAMANYA SANGAT BAIK@AMALAN2...DAN ISTIQOMAH MEMPERJUANGKAN ISLAM....

Calon Ikhwan menang p'raya Presiden Mesir

Dr. Syed Azman Syed Ahmad, 18 Jun 2012
Setelah tamatnya tempuh mengundi pada jam 10 malam, proses pengiraan undi pusingan kedua pilihanraya Presiden terus berjalan di setiap pusat-pusat mengundi di seluruh Mesir. Ia berjalan lancar dan tidak ada sebarang kekacauan besar yang dilaporkan berlaku setakat ini di seluruh Mesir. Akan tetapi pertandingan pusiangan kedua ini telah menyerlahkan lagi pertembungan sengit antara calon dari gerakan Islam Ikhwan Muslimin dengan calon yang ditaja dari saki-baki pimpinan rejim Mubarak serta pihak tentera SCAF.
Proses pengiraan undi berjalan lancar terutama apabila baru-baru ini Parlimen telah mengeluarkan ketetapan bahawa hendaklah dibuat kiraan undi tempat undian itu sendiri bagi lebih menjamin ketelusan dan mengelakkan sebarang penipuan. Proses pengiraan ini  di kawal-selia oleh seorang hakim dan wakil-wakil calon yang bertanding. Salinan keputusan di peti undi tersebut diberi kepada setiap wakil calon dengan ditandatangani sendiri oleh seorang hakim yang memang menyelia peti undi disepanjang tempoh pengundian.

Keputusan tidak rasmi yang di keluaran setakat ini menunjukkan calon Ikhwan Muslimin Dr. Mohamad Morsi mendahului di kebanyakan daerah mengundi. Keputusan awal tidak rasmi mendapati Dr Mohamad Morsi mendapat 52.5% undi  iaitu lebih 12.7 juta undi manakala calon tajaan bekas rejim Mubarak,  Ahmed Syafik mendapat 47% undi dengan 11.3 juta undi dan ketinggalan lebih satu juta undi di belakang Dr. Morsi.

Suasana di pejabat FJP nampaknya ceria dengan berita yang di terima setiap minit tentang keputusan bilangan undi yang banyak memihak kepada calon mereka Dr. Morsi. Pemuda-pemuda Ikhwan yang menjadi tenaga penting sepanjang pilihanraya ini kelihatan amat sibuk menyediakan bahan-bahan media dan juga melayan ramai pemberita-pemberita tempatan dan antarabangsa yang berkumpul di pejabat FJP.

Ya, keputusan tidak rasmi ini yang meletakkan calon Ikhwan Dr. Mohamad Morsi menang sebagai Presiden pertama dalam sejarah Mesir yang dipilih secara demokratik oleh rakyat. Kemenangan ini juga bakal menjadi ‘mimpi ngeri’ bagi Kuasa Barat yang selama ini menjadikan rejim Mubarak sebagai alat bagi melindungi Israel dan menjaga kepentingan strategik mereka di Timur Tengah. Begitu juga dengan saki-baki rejim Mubarak yang masih dapat memperalatkan institusi kehakiman dan polis serta pihak tentera SCAF yang banyak melakukan tindakan bertentangan dengan perlembagaan Mesir sendiri bagi melindungi kepentingan kedudukan mereka.

Seperti yang telah di maklumi, Parlimen Mesir baru sahaja dibatalkan oleh Mahkamah Perlembagaan Mesir dan pihak tentera SCAF terus membubarkan Parlimen dengan kuasa yang ada pada mereka. Lebih parah lagi dengan menjangkakan kemenangan akan berpihak kepada calon FJP, pihak tentera SCAF telah melakukan 8 ‘pindaan kilat’ kepada perlembagaan Mesir yang dilihat adalah untuk menjamin kuasa yang ada pada pihak tentera. Antara pindaan yang dilaksanakan adalah; memberi kuasa penuh kepada SCAF bagi menentukan pindaan perlembagaan yang baru, Presiden berkuasa mengistiharkan Perang hanya dengan ‘kelulusan’ dari SCAF dan sekiranya berlaku sebarang kekacauan dalam negara, Presiden boleh memanggil pihak tentera hanya dengan kebenaran SCAF.

Dari pengamatan saya sepanjang kempen pilihanraya Presiden berjalan, Kuasa-kuasa besar Barat serta sekutunya Israel telah berusaha keras dengan menjalankan pelbagai propaganda  jahat bagi memastikan calon ‘tajaan’ mereka menang dalam pilihanraya ini. Ahmad Syafik telah diberikan  pelbagai publisiti besar oleh media yang masih dikuasai oleh saki-baki pro-Mubarak. Ia juga turut dibantu oleh media barat terutamanya BBC dan CNN yang melebalkan Syafik ‘sebagai calon penyalamat’ bagi membangun semula Mesir selepas kejatuhan rejim Mubarak. Calon Ikhwan FJP Dr. Mohamad Morsi pula, telah di serang habis-habisan dengan pelbagai tuduhan negatif serta kempen menakut-nakut pengundi terutamanya dari kalangan yang beragama Kristian akan ‘bahaya’ kemenangan parti Islam yang akan membawa Mesir kembali kepada zaman unta.

Namun kekuatan jentera pilihanraya dari calon Ikhwan muslimin peru diberikan pujian. Mereka telah berjaya menyaingi jentera media barat ini dengan banyak menggunakan kempen melalui media baru seperti Twitter dan facebook. Bgitu juga dengan kempen dari rumah kerumah yang dijalankan oleh pemuda dan muslimat ikhwan di seluruh pelusuk Mesir tanpa mengenal penat an lelah telah menampakkan hasil yang positif.

Keputusan rasmi penuh hanya akan di umumkan pada Khamis depan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Mesir. Namun keputusan tidak rasmi  yang didapati setakat ini menunjukkan bahawa Mesir selepas kejatuhan rejim zalim Mubarak akan terus berubah dengan “Kuasa rakyat’ akan terus memimpin.  Masa depan Ikhwan Muslimin dan gerakan Islam adalah cerah setelah mereka kini dapat sedikit bernafas dengan bebas dan telus di medan demokrasi yang di sanjung Barat. Kemenangan calon Ikhwan ini juga akan juga menjadi inspirasi dan semangat kepada Pas bagi menghadapi PRU -13 akan datang di negara kita Malaysia. Tahniah Dr. Morsi...

Gambar berbicara...Gobala dari penceramah jadi pendengar

http://omakkau.blogspot.com, 18 Jun 2012

Monday, 18 June 2012


BIAR GAMBAR-GAMBAR BERBICARA....BAIK PUNYA KISAH...DISEBABKAN TIADA SAMBUTAN LANGSUNG.. YB GOBALA DARI PENCERAMAH JADI PENDENGAR.



Ceramah yang dianjurkan oleh UMNO/BN Kota Raja menjadi bahan lawak apabila penceramah undangan istimewa, Sdr YB Gobalakhrisnan,dari penceramah akhirnya terpaksa menjadi pendengar bagi meramaikan penonton.

Ini berlaku disuatu ceramah di Taman Sri Muda., Kota Raja Klang, malam tadi 17hb Jun 2012.

Lihat gambar-gambar sebagai bahan bukti.

Di luar dewan lengang dalam dewan kosong. Bilangan kerusi dipenuhi oleh makhluk bunian dan yang seangkatan dengannya.


Apa pendirian kerajaan berhubung tafsiran Islam

Harakahdaily, 18 Jun 2012
KUALA LUMPUR: PAS meminta Perdana Menteri menyatakan pendirian rasmi Kerajaan Persekutuan berhubung tafsiran Islam dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Malaysia, adakah ia bermaksud agama upacara (ceremonial religion) atau sebagai sistem kehidupan yang sempurna (al-Din).


Demikian soalan bagi jawab lisan yang dikemukakan oleh Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Berikut ialah pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan yang dikemukakan oleh ahli-ahli parlimen PAS pada persidangan Dewan Rakyat hari ini yang bermula jam 10.00 pagi.

Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan bentuk kerjasama yang diwujudkan di antara negara-negara pengeluar getah asli dan kelapa sawit untuk menjamin prospek masa depan kedua-dua komoditi tersebut.

Salahuddin Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh manakah kajian kemungkinan dari segenap aspek yang dibuat sebelum ahli lembaga pengarah Khazanah Nasional Berhad yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri mempersetujui penggabungan MAS dan Air Asia.

Mohd. Nasir Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan jumlah pinjaman MARA yang diluluskan di Padang Terap mengikut jenis projek dan kadar kutipan semula.

Nasharudin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sehingga 31 Mei 2012, berapa peratuskah dan nilainya sekali, perbelanjaan yang telah digunakan bawah peruntukan pembangunan di bawah RMK-10.

Che Uda Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan memandangkan arah kejatuhan moral masyarakat, jenayah sosial, murtad dan sebagainya yang menjalar dalam masyarakat kini, adakah Kerajaan bermatlamat untuk memasukan semula Sekolah Agama Rakyat dalam Arus Aliran Pendidikan Kebangsaan yang telah dipencilkan sejak 2003.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan sejauh mana Global of Moderates Movement (GMM) berjaya diperkenalkan di luar negara dan di dalam negara.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pendirian rasmi Kerajaan Persekutuan berhubung tafsiran Islam dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Malaysia, adakah ia bermaksud agama upacara (ceremonial religion) atau sebagai sistem kehidupan yang sempurna (al-Din).

Siti Zailah Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah usaha Kerajaan untuk memartabatkan Islam sebagai agama Persekutuan dari semua sudut termasuk menaikkan taraf perundangan Islam dan institusi kehakiman.

Muhammad Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang mengisytiharkan jenis perniagaan yang mengganggu ketenteraman seperti menjual burger di hadapan rumah Datuk S. Ambiga baru-baru ini sebagai satu kesalahan dari segi undang-undang.

Dr. Siti Mariah Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan status masalah gangsterisme dalam negara dan sebab musabab masalah ini masih berleluasa. Nyatakan juga peratusan penglibatan mengikut kaum dan apakah usaha dan strategi Kerajaan untuk menangani masalah ini di kalangan remaja.

Kempen R: ADUN BN hina OKU

Salmah Mat Husain, 18 Jun 2012
KOTA BHARU: Tindakan Adun BN Nenggiri, Mohd Yusof Abdul Ghani mengaitkan simbol 'R' untuk Perjuangan Rakyat dalam menuntut Royalti, hak pendaratan minyak dan gas ke bumi Kelantan  adalah menghina bahasa isyarat golongan itu.

(Isyarat jari bersilang adalah untuk huruf 'R' dalam bahasa OKU Pekak-Bisu.)

(Tuan Guru Nik Aziz serta penyokong kempen Royalti semasa melancarkan kempen ini)

Setiausaha Gabungan Profesional Menuntut Royalti,Pendaratan Minyak dan Gas (Royalti), Mohammad Hisyamuddin Ghazali berkata, tindakan berkenaan juga seolah menghina Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yangturut menyokong pendaratan Gas di Kelantan.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi  bagi mengulas kenyataan Adun Nenggiri  yang mendakwa  Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengangkat dua jari sebagai simbol kristian.

Adun Nenggiri itu berkata Nik Aziz menunjukan simbol tangan sebagai tanda salib sebagaimana posting yang ditulis dalam Umno-tumPAS.

“Ia adalah satu perbuatan yang tidak wajar dilakukan ke atas seorang ulama apa lagi  simbol tangan yang ditunjukkan oleh Tuan Guru adalah simbol 'R' bukannya simbol salib," kata Hisyamuddin.
Katanya, simbol berkenaan diguna pakai oleh golongan berkenaan di seluruh negara dan mungkin dunia bagi menghubungkan sesama mereka.

"Sebagai seorang Adun yang dipilih oleh rakyat, sepatutnya yang berhormat perlu lebih peka simbol bahasa yang digunakan oleh golongan OKU yang juga ada di kalangannya pengundi yang berhormat.

“Tindakan Adun itu telah menghina kelompok OKU yang juga turut bersama berjuang dalam usaha tuntutan ini,”ujarnya.

Sehubungan itu, katanya tindakan fitnah berkenaan adalah satu tindakan yang tidak wajar dan akan diambil tindakan undang-undang  sekiranya Adun Nenggiri itu tidak menarik balik kenyataan tersebut.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Hak Asasi, Majlis Peguam Malaysia, Mohammad Che Yusoff, menyokong penuh usaha yang dilakukan oleh Royalti untuk menuntut bayaran royalti pada kerajaan Kelantan.

Katanya, sebagai penggerak kempen Gerakan Bersama Kebangkitan OKU Tahun 2012, beliau menyifatkan penafian pembayaran royalti kepada kerajaan negeri satu penghinaan jelas terhadap rakyat yang selama ini akur kepada sistem demokrasi berparlimen.

“Katanya, pembayaran royalti Petronas kepada kerajaan Kelantan bukan sekadar memenuhi kontrak yang telah ditandatangani pada 1974 yang lalu.

“Namun ianya  suatu tindakan yang perlu disempurnakan sebagai memenuhi tanggungjawab oleh kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri dalam amalan federalism yang Malaysia amalkan selama ini," tegas beliau.

Apatah lagi dalam usaha membangunkan OKU, tuntutan mengembalikan pembayaran royalti tersebut tentunya akan menambah keupayaan kerajaan negeri dalam membangunkan golongan OKU di negeri ini ke arah yang lebih sempurna.

“Sebagai mewakili kumpulan OKU, saya amat kesal dengan sikap dangkalpihak-pihak tertentu yang saya difahamkan telah memberi tanggapan salah kepada penggunaan simbul (R) dalam kempen menuntut royalti,”ujarnya.

Tambahnya, mereka seolah-olah tidak cakna kepada OKU apabila mempertikaikan penggunaan isyarat itu yang dikaitkan sebagai lambang agama lain.

“Justeru, saya menyeru untuk seluruh rakyat Kelantan terus sama-sama menyokong dan berpadu suara dalam menuntut hak rakyat Kelantan dalam isu pembayaran royalti oleh Petronas kepada kerajaan rakyat di Kelantan,”ujarnya.

Abby Abadi harap temu jodoh dengan ustaz

Harakahdaily, 17 Jun 2012
TEMERLOH: Pelakon siri Gerak Khas, Abby Abadi dalam nada seloroh mengharapkan bertemu jodoh dengan ustaz untuk memberikan bimbingan dalam kehidupannya setelah ‘berhijrah’.

Beliau menyatakan demikian pada program talk show Malam Keinsafan Bersama Selebriti di Dataran Kerdau malam ini yang dipengerusikan oleh AJK Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Kamal Ashaari.

Turut menjadi ahli panel ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pahang, Ustazah Salamiah Mohd Nor.

Abby menjelaskan beliau seronok berada di dalam majlis seperti itu kerana dapat menambahkan ilmu.

“Saya suka majlis macam ni dapat ilmu agama,” ujarnya yang menjelaskan sudah beberapa kali berada sepentas dengan kepimpinan Pemuda PAS.

Beliau juga berharap suatu hari nanti dapat mengemukakan hujah bersandarkan nas al-Quran pada program seumpama itu.

Justeru, Abby yang mengakui amat naif dengan ilmu agama amat berharap mendapat bimbingan agama yang sewajarnya daripada golongan ustaz.

“Saya berharap bertemu jodoh dengan ustaz.

“Di sini ramai ustaz, kan?” ujarnya seloroh yang ditujukan kepada para hadirin.

Abby turut meminta para hadirin mendoakan agar beliau istiqamah dengan perubahan yang berlaku kepadanya.

“Saya mengharapkan perubahan yang positif pada diri saya.

“Doakan saya dalam keadaan begini sehingga bertemu Ilahi, saya nak juga mati syahid, saya harap doa dari semua,” katanya di hadapan kira-kira 5,000 hadirin.

Sifat wanita yang baik untuk dijadikan isteri dan ibu kepada anak-anaknya …

Sifat wanita yang baik untuk dijadikan isteri dan ibu kepada anak-anaknya …

1. Seorang perempuan yang beragama dan mempunyai sifat-
sifat solehah serta takut akan Allah s.w.t. dan senantiasa menjauhkan diri daripada
laranganNya dan perkara-perkara yang haram.

Ini adalah berdasarkan sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud
“ Berkahwin akan perempuan itu kerana hartanya, dan eloknya, dan kerana
bangsanya, dan kerana agamanya, maka lazimkan olehmu berkahwin dengan
perempuan yang mempunyai agama”

Dalam sabda Nabi s.a.w. yang lainnya juga menyebut bahawa
“Barang siapa berkahwin berkehendak akan perempuan kerana hartanya, dan
kerana elok rupanya, nescaya diharamkan akan hartanya dan elok rupanya yakni
ditegahkan akan hartanya dan elok rupanya dan barang siapa yang berkahwin
akan dia kerana agamanya nescaya diberi rezeki oleh Allah s.w.t akan dia akan
hartanya dan elok rupanya.”

Namun ini tidaklah bermaksud harta dan rupa paras tidak dipentingkan dalam Islam.
Dalam hadits lain ada menyebut bahawa salah satu ciri wanita yang baik adalah
apabila suami memandang isteri, si suami akan merasa senang dan tenang . Ini
berdasarkan jawapan Rasulullah s.a.w kepada sahabat apabila ditanya
‘Siapakah orang perempuan yang baik itu”.
Maka jawab Rasulullah s.a..w
“Perempuan yang baik itu ialah yang apabila engkau pandang mukanya, engkau
akan rasa seronok”.

Maka dapat dikatakan bahawa paras rupa juga merupakan satu kreteria dalam
memilih isteri. Walau bagaimana pun Nabi s.a.w. juga memberi amaran kepada lelaki
supaya tidak memilih isteri semata-mata kerana cantik rupa paras dan kekayaan
sahaja kerana ianya dikhuatiri akan menjadi punca kepada kepincangan sesebuah
rumah tangga. Seperti mana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud ;
“Janganlah kamu kahwini perempuan itu kerana segaknya semata-mata kerana
takut disebabkan segak dan cantiknya menyebabkan kamu dihina olehnya, dan
jangan kamu nikahi seorang perempuan semata-mata kerana hartanya kerana
ditakuti hartanya menyebabkan dia melampau terhadap kamu,tetapi hendaklah
kamu nikahi seorang perempuan itu kerana agamanya disamping paras rupanya
cantik dan dari keluarga yang berharta”.

Namun Nabi s.a.w tetap menyarankan supaya kreteria pertama yang akan diambil
kira apabila memilih isteri adalah dari segi agamanya seperti maksud sabdanya
“Kalau sekiranya isteri kamu seorang hamba yang hitam kulitnya tetapi mempunyai
agama yang kuat maka itu adalah lebih baik bagimu”.

2. Disunatkan memilih seorang perempuan yang baik perangai
dan akhlaknya kerana ianya akan membantu dalam menyempurnakan ibadah
terhadap Allah s.w.t.

Dinyatakan bahawa seorang pempuan yang buruk perangainya dan jahat lidahnya
akan mendatangkan banyak mudarat di dalam sesebuah keluarga daripada
manfaatnya melainkan suaminya itu adalah seorang yang sangat sabar orangnya
dengan telatah dan kerenah isteri.Dalam hal ini dinyatakan juga sebagai panduan
enam (6) sifat perempuan yang sebolehnya dielakkan apabila memilih calon isteri.

Sifat Al-Annaanah
Perempuan yang perbanyakkan keluh kesah dan suka mengadu-ngadu padahal dia
sntiasa menghiasi dirinya.Jika dikahwini perempuan yang demikian akan
menyakitkan hati dan tidak peroleh didalamnya kebajikan.

Sifat Al-Mannaanah
Perempuan yang banyak membangkitkan atas suaminya iaitu seorang isteri yang
suka mengungkit samada kebaikkannya ataupun keburukkan suaminya dalam
pertuturan seharian bersama suaminya.

Sifat Al-Hannaanah
Perempuan yang berkeinginan terhadap lelaki lain selain suaminya.Diwajibkan
kepada lelaki supaya menjauhi perempuan yang bersifat tersebut kerana banyak
mudaratnya.

Sifat Al-Haddaaqah
Perempuan yang gemar akan tiap-tiap sesuatu dan ingin dia akan ia dan dengan itu
memberatkan dia akan suaminya untuk membeli barangan tersebut.

Sifat Al-Barraaqah
Terdapat dua sifat Al-Barraqah iaitu :-
# Terlalu suka menghias diri dan mencantikkan wajahnya secara keterlaluan.
# Suka memarahi keatas rezeki yang disediakan dan senantiasa merasa
pemberian suami tidak mencukupi.(Termasuk sifat suka membandingkan
pemberian suami dengan orang lain yang mendapat lebih baik dari suami mereka
pada anggapannya)

Sifat Al-Sallaaqah
Perempuan yang suka memperbanyakkan perkataan iaitu perempuan yang suka
bercakap sesuatu yang tidak berfaedah dan berbau umpatan.


Selain itu menurut kata Saidina Ali r.a , terdapat juga sifat-sifat yang dianggap tidak
baik jika ada pada seorang lelaki tetapi ianya baik jika terdapat pada seorang
perempuan iaitu :-

Sifat Al-Baqlu.
Sifat kikir / kedekut kerana dengan sifat ini akan terpelihara harta suami.

Sifat Az-Zahhu.
Sifat membesarkan diri / sombong kerana apabila seseorang perempuan itu
membesarkan dirinya maka enggan dia untuk berkata-kata dengan semua orang
dengan perkataan yang lemah lembut. Maka dengan itu akan terpeliharalah suami
dari perasaan cemburu dan gelisah.

Sifat Al-Jubnu.
Sifat penakut kerana dengan sifat ini akan terhindar ia daripada keluar rumah
sesuka hati tanpa mengira masa dan waktu.Sifat ini juga akan memelihara seorang
isteri daripada sifat cemburu dan perasaan curiga suami.



3. Disunatkan memilih perempuan yang elok rupa parasnya.

Disarankan untuk memilih seorang perempuan yang cantik rupa parasnya kerana
dengannya semoga akan terhindar keinginan lelaki tersebut untuk memandang akan
perempuan yang lainnya. Namun di ingatkan lagi bahawa di tegah untuk mengahwini
seorang perempuan yang cantik tetapi tidak mempunyai agama.Dalam hal ini kita
disarankan juga untuk memilih seorang perempuan yang kurang elok dari segi paras
rupanya asalkan perempuan tersebut kuat beragama dam berakhlak mulia jika
perkahwinan tersebut semata-mata untuk mengikut sunnah Nabi s.a.w dan untuk
mendapatkan zuriat serta untuk membantunya mentadbirkan rumahtangganya, dan
kebanyakkan orang-orang alim dan soleh memilih perempuan yang sebegini untuk
dijadikan isteri.



4. Disunatkan untuk memilih seorang perempuan yang mas
kahwinnya kurang / murah kerana sabda Nabi s.a.w yang maksudnya
“ Bermula yang terlebih baik perempuan itu ialah yang terlebih baik mukanya dan
yang terlebih murah isi kahwinnya”

Dan dalam hadist Nabi s.a.w. yang lainnya bermaksud
“Setengah dari baraqah maka perempuan itu iaitu segerakan dipersuamikan dan
di segerakan rahimnya itu kepada beranak”

Secara ringkasnya tanda-tanda seorang perempuan yang baik adalah
Rendah mas kahwinnya
Disegerakan perkahwinannya.
Menyegerakan untuk mendapat anak.


5. Disunatkan memilih perempuan yang banyak beranak /
melahirkan zuriat kerana sabda Nabi s.a.w maksudnya ,“Lazimkan keatasmu
berkahwin dengan perempuan yang banyak anak dan perempuan yang banyak kasih
sayang ke atas suaminya”


6. Disunatkan memilih perempuan yang masih anak dara kerana
menurut Nabi s.a.w apabila mengahwini perempuan (anak dara) akan menjadi lebih
mesra perhubungan antara suami dan isteri.


7. Di sunatkan memilih perempuan yang berasal dari bangsa
yang baik iaitu perempuan itu terdiri daripada anak cucu dikalangan orang yang
beragama dan anak cucu dari orang yang soleh serta alim kerana menurut sabda
Nabi s.a.w yang maksudnya “Pilih olehmu akan perempuan yakni tempat bagi mani
kamu itu maka kerana bahawa sesungguhnya gemar itu terlebih mengekalkan”
Di galakkan memilih perempuan mahu pun lelaki dari kalangan yang baik-baik
kerana menurut Nabi s.a.w, sifat baik dari ibu bapa kadang kala akan di warisi
oleh anak samada lelaki mahupun perempuan.
“Keturunan baik itu akan diwarisi oleh anak-anaknya”
Di samping itu Nabi s.a.w menasihatkan supaya lelaki berhati-hati apabila memilih
perempuan agar tidak memilih perempuan yang mempunyai paras rupa yang cantik
da berasal dari keturunan yang rosak akhlaknya.


8. Disunatkan memilih perempuan yang bukan dari kerabat
yang hampir kerana yang demikian itu mengurangkan syahwat. Sabda Nabi s.a.w
pula menyebut yang bermaksud
“Jangan kamu kahwin akan perempuan dari kerabat yang hampir maka bahwa
sesungguhnya anak itu dijadikan daif tubuhnya”


Demikianlah lapan sifat wanita yang di nyatakan oleh Imam Al-Ghazali didalam
kitabnya.

sumber: bicara muslim.com

6 Sifat perempuan yang tidak baik untuk dijadikan Istri

Ditulis Oleh: awan    Tags:  , ,    

Istri SolehaSetiap orang pasti ingin mempunyai sebuah keluarga yang tenang dan damai penuh dengan senyuman dan kebahagiaan , berikut saya tuliskan kembali mengutip dari blog sahabat dan saya kombinasikan sedikit dengan kata – kata saya. Tak elak bila kita sebagai Lelaki Normal terutama Umat muslim dan lelaki pada umumnya
Bukannya ingin menyindir atau apa, tapi ini sebagai sedikit pesan untuk kita para laki – laki yang ingin mencari pasangan hidup dan mempunyai Istri dan membina suatu keluarga yang indah dan damai di dalamnya.
Seperti saya juga sangat menginginkan sosok istri yang seperti itu pula. Tetapi dibawah ini saya menuliskan “6 Sifat perempuan yang tidak baik untuk dijadikan Istri “.
Terima kasih buat blog sahabat  yang menuliskan ini dan menjadi sebuah pelajaran bagi saya dan mungkin untuk sahabat pembaca yang lainnya.

1. Al -Anaanah:

Yang berarti Banyak mengeluh dan selalu merasa tidak cukup, apa yg diberi semua tak cukup. diberi rumah tak cukup, diberi motor tak cukup, diberi mobil tak cukup, dll. Tak redha dg pembelaan dan aturan yg diberi suami, hanya ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja, tanpa memperhatikan perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya ingin menolong suami, apa yg suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yg tak cukup. dan hanya ingin membuat dirinya sendiri merasa ingin terus menjadi lebih dan lebih dalam hal materi ataupun sosial.

2. Al-Manaanah:

Yang berarti Suka mengungkit. Kalau suami melakukan hal yangg dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. sangat senang hendak membicarakan suami : tak ingat budi, tak bertanggungjawab, tak sayang dan macam-macam. Padahal suami sudah memberi perlindungan macam -macam padanya.

3. Al -Hunaanah:

Yang berarti ingin suami seperti pria yang lain atau berkenan kepada lelaki yang lain. sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami / lelaki lain. Tak cukup dengan suami yg ada.

4. Al- Hudaaqah:

Suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukan. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Ada kalanya dengan berbagai ancaman: ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami, dll. Suami dibuat seperti budaknya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.

5. Al -Hulaaqah:

sibuk bersolek atau tidur atau santai – santai dll hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak – anaknya, dll.

6. As-Salaaqah:

Banyak berbicara, menggosip. Siang malam, pagi petang asik menggosip terus. Apa saja yg suami kerjakan selalu tidak benar dimatanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan saja berbicara di depan suami, tapi dengan telfon, SMS, internet, BBM dan berbagai cara yang lain . Yang jelas istri tu asyik menyusahkan suami dengan kata – kata nya yg menyakitkan.

Ke 6 perilaku diatas sangat tidak mengenakkan dan sangat mengecewakan bagi kita semua apabila kita memperoleh Istri dengan sifat yang demikian, oleh karena itu semoga kita sebagai lelaki yang mencoba menjadi orang baik dan ingin menjadi suami yang bertanggung jawab dan membangun keluarga shakinah, mawwadah dan warrahmah setidaknya lebih berhati – hati untuk memilih istri. Walaupun kita hanya sebagai orang biasa tapi kita juga pantas untuk memilih. Bukan materi , bukan fisik bukan kedudukan yang kita cari untuk membangun kerluarga yang damai tetapi semua tergantung pada diri kita masing masing.
Tetap semangat untuk sahabat.
sumber : unikboss.blogspot.com/2010/09/6-sifat-perempuan-yang-menjijikkan-dan.html


Ciri-Ciri Lelaki yang baik untuk dijadikan suami

bokeh Pictures, Images and Photos

Assalamualaikum, Selamat pagi semua?? apa khabar? :)
Hari ni aku nak kongsikan ciri-ciri lrlaki yang baik untuk dijadikan suami yang dipetik dari Sjiehan.com :-

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
Maka boleh tgk la calon suami awak ni tutup aurat ke tidak semasa bersukan.. :)

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
6. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
7.Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
Alhamdulilah sekiranya calon2 suami korang ni mepunyai ciri-ciri seperti di atas.. :)

21 Ciri Lelaki Layak Dijadikan Suami

 

Spesifikasi calon suami yang bolehlah dibuat suami:-

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.
2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.
3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.
4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.
5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”
6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.
7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.
9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”
10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.
11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.
12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.
13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.
14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.
15. Jenis senyum sokmo.
16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu – UAI)
17. Pandai masak sekurang-kurangnya masak nasi dan goreng telur, ayam, ikan, nasi goreng, nasi goreng hailam dll. Kalau dia tak sempat nak masak sekalipun, dia takkan makan kat McD atau tempat-tempat makan yang pelik-pelik nama dia menu yang mahal-mahal sebab dia tahu keje dia gaji tak banyak. Makan nasi lemak kat gerai lagi ok pe.
18. Rajin. Ringan tangan tolong isteri. Kadang2 tolong kemas rumah, sapu sampah, sidai kain, memasak. Tapi janganlah poyo sangat sampai kawan-kawan isteri datang pun, tolong gorengkan pisang kat dapur untuk raikan tetamu.
19. Jenis pembersih gak la. Masa muda-muda dia tak de la jenis pakai seluar jeans busuk berminggu-minggu tak basuh. Bau badan tu jaga. Kena bersih sebab hari-hari nak ngadap Allah, bukan nk wangi depan manusia je.
20. Sehari sekali ingatkan bini dan anak-anak tentang kematian dan amalan agama. “Sayang, tengok jam tu. Ha, bila kita tengok jam.. Ingatlah detik kematian tu makin hampir.”
21. Dia sentiasa nak berubah bersama-sama isteri dan anak-anak dia. Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari.
Akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut permintaan pasaran.
Originally by : Syabab Musafir Kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan