Khamis, 21 Jun 2012

SEKSAAN TAK KAN SAMA DENGAN SEKSAAN DIDALAM NERAKA...JIKA SABIT SEKSAAN ITU TAK DIBENARKAN SYARAK...DAN JIKA HUKUMNYA HARAM...MAKA PENYEKSA2 ITU AKAN DISEKSA PULA DALAM NERAKA...MASA ITU BARU NAK SEDAR KOD...ATAU SEKARANG PUN MEREKA SEDANG DIHUKUM...SUDAH TENTU ORANG DIZALIMI BERDOA...DOA ORANG DIZALIMI ALLAH TAK TOLAK.....

Siapakah Sultan yang bawa ulama rombongan keluar negara?
Posted on Wednesday, June 20 @ 06:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: amkns

"Siapakah Sultan yang mengasihi ulama, dan sering membawa ulama ke mana-mana termasuk ke luar negara agar ulama tadi dapat menasihatkan baginda dalam setiap hal samada urusan peribadi atau pemerintahan? Baginda juga telah menulis 2 buah kitab agama.

ANTARA sekian ramai sultan di dunia Melayu, terdapat beberapa orang sultan yang terlibat secara langsung dalam aktiviti Islam. Ada yang mengasihi ulama, bahkan ada yang mempunyai pengetahuan yang luas tentang agama Islam. Ada juga yang menghasilkan karangan berupa risalah atau pun kitab.

Sultan Sulaiman, Sultan Selangor dapat dikategorikan seorang sultan yang mengasihi ulama.

Nama lengkapnya ialah Sultan Alauddin Sulaiman Syah bin Raja Muda merupakan Sultan Selangor ke-5, yang bertahta pada tahun 1898 Masihi - 1938 Masihi, memerintah dalam masa lebih kurang 40 tahun.

Sultan Sulaiman sangat mesra dan kasih kepada Tengku Mahmud Zuhdi bin Abdur Rahman al-Fathani dalam Selangor sendiri hinggalah ketika beliau satu ketika pergi ke luar negara (terutama ke London), ulama yang berasal dari Patani itu ikut bersama-sama dalam rombongan beliau.

Peristiwa ini mencerminkan bahawa Sultan Sulaiman berusaha sedemikian rupa menggabungkan kerjasama, kesepaduan dan keserasian antara umara dan ulama sebagaimana yang disuruh oleh Rasulullah s.a.w. -

PENULISAN

1. Kitab Pohon Ugama Bahagian Rukun Iman, diselesaikan 1337 H/1919 M. Cetakan ketiga, Mathba'ah New Klang Press, Klang, 15 Jamadilakhir 1349 H/1930 M. Kandungan, setelah "Pendahuluan'' oleh baginda sendiri, Rahman al-Fathani. Antara pandangan Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani, "Terlihatlah hamba yang daif atas kitab ini, Pohon Ugama, karangan bagi Yang Maha Mulia Sultan Selangor Maulana al-Mu'azzam Sir Alauddin Sulaiman Syah ... Maka patut dijadikan pelajaran kanak-kanak yang mubtadi pada tiap-tiap sekolah ugama supaya berkekalan manfaatnya istimewa pula ...'' Kandungan yang menjadi topik perbahasan keseluruhan ialah mengenai akidah. Pada halaman 25 terdapat gambar baginda sedang duduk di atas mimbar Masjid Alauddin dalam rangka membaca khutbah.

2. Kitab Melatih Kanak-Kanak Laki-Laki Perempuan, Agama Islam 1, diselesaikan di Istana Mahkota Puri, Klang 3 Zulhijjah 1348 H. Dicetak oleh The Boon Hua Press, Klang, 1349 H/1930 M. Kandungan, antara kalimat baginda yang bersajak pada pendahuluan, ``... pada bicarakan ilmu tauhid pangkal agama Islam. Yang sangat hampir fahamnya dan mengertinya bagi segala awam. Dicadangkan dia bagi mereka yang berkehendak kemenangan lama. Daripada kanak-kanak yang baharu belajar di dalam sekolah agama ...'' Pada halaman 27 terdapat satu judul yang agak menarik, ialah ``Nasihat Guru Pada Murid''. Mengenai ini baginda menulis dalam bentuk puisi yang terdiri daripada 22 bait empat-empat rangkap.

Sumber: utusan.com.my"


Penilaian terhadap UMNO/BN ialah kepada kadar rasuah dan isu rasis
Posted on Wednesday, June 20 @ 05:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: imamsurau

"Saya selalu berkata UMNO Baru sudah hilang hidayah dalam mentadbir negara. Bagi UMNO Baru modalnya hanyalah satu iaitu isu pembangunan dan gula-gula kewangan terhadap rakyat.

Bagi UMNO Baru kerajaan yang baik itu ialah kerajaan yang boleh membina lapangan terbang, membina sekolah, melebarkan jalan, menyediakan bekalan air dan api letrik dan sebagainya. UMNO Baru tidak lagi memahami bahawa pembangunan fizikal itu hanyalah sebahagian yang kecil daripada apa yang dikatakan sebagai ‘nation building’ itu.

Itulah sebabnya UMNO Baru dan pemimpin-pemimpinnya tidak terlepas daripada mengungkit apa yang telah dilakukan terhadap rakyat dan negara. Suatu ketika dahulu bantuan subsidi gigi palsu pun dijadikan umpan untuk orang-orang kampung mengundi parti itu di dalam pilihanraya. Di kampung saya suatu ketika dahulu bantuan lembu pawah juga menjadi isu untuk memaksa orang memilih BN.

Semuanya itu adalah pembangunan yang menggunakan wang rakyat dan pemimpin yang dipilih itu juga dibayar gaji dan elaun oleh rakyat. Tidak sedar mereka itu yang nasib mereka itu adalah di tangan rakyat tetapi mereka tetap mengatakan bahawa pembangunan itu semua adalah budi kerajaan BN. Mereka tidak pernah untuk kembali berfikir yang mereka itu duduk di atas singgahsana kuasa itu adalah pemberian rakyat.

Sesiapa juga atau parti mana pun yang diberi mandat akan melakukan pembangunan kerana harga pembangunan itu dibayar oleh rakyat, bukannya oleh UMNO Baru atau pemimpin mereka. Di Pulau Pinang dan Selangor, misalnya pembangunan rakyat dibiayai oleh rakyat negeri-negeri itu melalui segala bentuk cukai yang dikutip dari rakyat.

Kerajaan kedua-dua negeri itu telah berjaya melakukan apa yang dilakukan oleh kerajaan BN selama ini malahan ianya dilakukan dengan lebih baik dan transperan dari kerajaan BN dahulu. Rasuahnya tiada lagi seperti yang begitu lazim semasa BN memerintah negeri-negeri tersebut. Pemimpin BN persekutuan tidak pula mahu menyebut peranan besar yang diberikan oleh kedua-dua kerajaan PR ini terhadap negara.

Elok pemimpin BN membuat kenyataan yang kedua-dua kerajaan negeri PR ini menyumbang sebanyak 40% dari hasil GDP negara. Itulah salah satu sebabnya rakyat di kedua-dua buah negeri ini tidak mahu lagi dijaga dan ditadbir oleh BN kerana kerajaan BN telah menyalahgunakan sumber kewangan negara yang 40% darinya adalah sumbangan kerajaan dan rakyat kedua-dua buah negeri ini.

Belanja lawatan Najib dan Muhyiddin ke seluruh negara yang memakan belanja ratusan juta ringgit itu pada hakikatnya adalah dibiayai oleh sumber kewangan dari kerajaan yang mana 40% darinya adalah sumbangan kerajaan Selangor dan Pulau Pinang. Bayangkan satu lawatan PM akan membelanjakan jutaan ringgit. Maklum sajalah peruntukan menyewa bas yang beratus buah dan kadangkalanya ribuan buah untuk mengangkut rakyat untuk datang menyambut PM itu sahaja memakan belanja ratusan ribu jumlahnya.

Itu belum lagi belanja sewaan kerusi dan khemah yang banyak. Sewa kerusi yang lazimnya hanya 0.65 sen bagi sebuah kerusi kroni UMNO Baru yang menyediakan kerusi itu akan tekan harga dari penganjur sebanyak RM1.70 sen. Kalau jumlah kerusi yang disewa itu sebanyak 20,000 buah bayangkan berapa harganya. Karipap yang sebesar ibu jari itu ditekan harganya sehingga satu ringgit bagi satu karipap bayangkan harga yang perlu dibayar untuk menyediakan 100,000 karipap. Kalau karipap itu tebal dan tembam tak apa juga!

Apabila habis upacara baru sedar semuanya adalah pembaziran kerana jumlah orang yang datang memberikan sambutan itu jauh lebih kecil dari yang dijangkakan. Semuanya ini pembaziran besar. Lawatan PM dan DPM ini tidak memberi apa-apa kebaikan selain daripada menghabiskan karipap sahaja. Ingat, rakyat dari negeri PR juga membayar cukai dan penyumbang besar kepada kantung kewangan negara.

Mahal betul untuk mengekalkan kuasa dan kosnya itu ditanggung oleh rakyat. Budaya ini wajar dihentikan kerana ia merupakan pembaziran kepada sumber kewangan rakyat dan negara. Sesungguhnya lawatan peribadi itu yang penting, tetapi yang lebih penting ialah dasar-dasar yang baik dan implimentasinya yang cekap.

Yang patut turun kepada rakyat ialah dasar yang diimplimentasikan dengan baik dan cekap terhadap rakyat Rakyat merasakan yang dasar-dasar itu benar-benar sampai ke bawah bukannya dapat bersalam dengan PM dan isterinya.

Setakat bersalaman dengan orang ramai bukan lagi cara politik zaman moden ini. Cara itu memang telah diamalkan sejak zaman berzaman, tetapi inilah yang kita dapati sekarang ini. Politik menjadi permainan yang mengelirukan semata-mata kerana budaya bersalaman tetapi tidak membawa apa-apa faedah kepada rakyat jelata.

Sudah lima puluh lima tahun pemimpin turun bersalaman tetapi rakyat masih tidak berpuas hati kerana salam yang tidak membawa apa-apa faedah kepada mereka (rakyat).

BN dan UMNO Baru tidak sedar bahawa penilaian (judgement) terhadap pimpinan mereka ialah kepada dua perkara penting. Pertamanya ianya akan dinilai dari tahap rasuah yang diamalkan oleh UMNO Baru dan pimpinannya serta kerajaan yang melaksanakan dasar yang digubal.

Keduanya sejauh mana kejayaan perhubungan di antara kaum di negara ini. Apabila isu perkauman dimainkan oleh UMNO Baru dengan begitu nyata maka itulah yang menyebabkan pola dan ‘tendency’ pengundian didasarkan kepada kaum dan ‘ethnic’ dan apabila perkara ini berlaku maka perhubungan kaum akan menjadi begitu tegang seperti yang kita lihat dan alami sekarang ini.

Itulah sebabnya sekarang parti-parti dalam PR sedang mendapat sambutan daripada rakyat yang dahagakan ‘national unity’ yang sebenarnya. Rakyat tahu mereka (rakyat) tidak akan mendapat keharmonian ini selagi UMNO Baru masih berkuasa selepas pilihanraya nanti. UMNO Baru terlalu rasis untuk kepentingan Melayu kononnya, tetapi Melayu tidak ke mana juga. Takkan Melayu boleh meletakkan nasib masa depannya kepada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sejemput itu.

Melayu yang mendapat habuan besar terus menerus hanyalah Melayu yang menjadi ahli ekskusif kepada parti itu yang jumlahnya boleh dikira dengan jari sahaja. UMNO Baru sendiri telah mengabaikan orang Melayu sendiri, tetapi masih menyanyikan lagu rasis ini kerana pilihanraya akan datang tidak lama lagi.

Sumber: aspanaliasnet.blogspot.com"


Mohamad Hasan sepatutnya bertanding di DUN Chembong
Posted on Wednesday, June 20 @ 01:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: amkns

"Pada tahun 2008 semasa kehangatan kempen pilihanraya, terdapat 3 projek mega yang sering dicanang-canangkan ketika itu. Iaitu Hospital Rembau, kampus UitM Rembau dan Landasan Kapalterbang Rembau yang majoritinya terletak di DUN Chembong. Namun ketiga-tiga projek berkenaan belum pun nampak sebarang hasil, kecuali Hospital Rembau yang pada awal tahun 2012 baru diletak pagar kelilingnya yang kini telah tumbuh semak samun semula.

Justeru itu Mohamad Hasan perlu bertanding di DUN Chembong, tempat kelahiran, tanah tumpah beliau sendiri di Kg Kundur Hilir, agar 3 projek mega ini akan menjadi kenyataan.

Jika tidak 3 projek mega tersebut akan jadi bahan ketawa orang kampung, 3 projek tersebut diperincikan di rembau-hari-ini.blogspot.com

***********

YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan

Beliau dilahirkan di Kampung Kundur Hilir, Rembau, Negeri Sembilan pada 2 Mei 1956. Bersekolah di Rantau dan Sekolah Menengah Tengku Durah, Seremban, melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya pada tahun 1977.

http://n9kini.com/biografi-mb"


 Saari Sungib sahkan seksaan ISA ala Guantanamo
Posted on Tuesday, June 19 @ 23:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: amkns

"KUALA LUMPUR 19 Jun 2012: Bekas tahanan, Saari Sungib mengesahkan wujud pelbagai deraan mental dan fizikal sepanjang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) termasuk dibogel dan kemaluan dijolok dengan kayu serta seksaan lain.

Bercakap kepada Keadilan Daily, beliau menyalahkan polis atasan kerana menerapkan anggota bawahan dengan pendekatan deraan menyerupai ala Guantanamo terhadap tahanan yang belum dibuktikan bersalah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang itu berkata, banyak ketidakadilan berlaku, antaranya dihalang bertemu ahli keluarga dan tidak dibenar berjumpa peguam.

“Tahanan tidak boleh hubungi sesiapa termasuk peguam dan keluarga selama 60 hari. Pada 90 hari pertama, tahanan diasing dalam sel berbeza. “Selepas 60 hari, baru dapat jumpa keluarga, itupun dipantau. Langsung tiada akses kepada peguam melainkan keluarga buat kenyataan bertulis mohon peguam dibenar melawat.

“Apabila dibebas pula, tahanan disyarat hanya boleh ‘buka cerita’ selepas setahun,” katanya menceritakan pengalamannya mengulas nota penyeksaan yang diseludup keluar dari Kem Kamunting.

Saari berkata, kezaliman ISA terserlah apabila bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga ditumbuk hingga matanya lebam.

Beliau menyeru lebih ramai peguam tampil memberi pandangan dan sokongan kepada bekas tahanan untuk memberi kekuatan kepada mereka supaya bercerita pengalaman ngeri ditahan ISA. “Kesan seksaan memerlukan kekuatan untuk pulih dari trauma.

Bukan mudah mahu ceritakan pengalaman,” katanya yang mencatat penderitaannya dalam buku secara bersiri “Suara Dari Kamunting” dan “Siri Mansuhkan ISA.” Beliau ditahan ISA kali pertama pada 12 Oktober 1998 dan kali kedua, 10 April 2001.

Nota penyeksaan yang memperinci seksaan ala Guantanamo terhadap 45 tahanan yang masih dikurung di pusat tahanan di Taiping, Perak terbongkar. Nota tanpa tarikh itu diseludup keluar dari kem tahanan ISA di Kamunting oleh kakitangan kem dan diserah kepada Malaysiakini.

Seksaan itu berlaku, ketika proses soal siasat semasa individu berkenaan ditahan di satu pusat tahanan reman, sebelum dipindahkan ke Kamunting.

Antaranya mangsa dipaksa menanggalkan pakaian dan hanya memakai pakaian dalam dan “digantung terbalik” daripada satu “mesin” yang bergerak mengelilingi satu “bilik penyeksaan khas yang disyaki terletak di Bukit Aman”.

Selain itu, minyak panas dilumur ke kemaluan mangsa dan mencucuh kemaluan dengan api rokok.

Sumber: keadilandaily.com


Tragedi jenayah kejam di Gemencheh berulang
Posted on Tuesday, June 19 @ 21:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: amkns

"Apakah usaha dakwah dan kaunseling perlu diperhebatkan di seluruh Negeri Sembilan, khususnya di Gemencheh? Gemencheh sebelum ini digemparkan dengan kes pembunuhan Datuk Taha yang merupakan Speaker Dewan Undangan N.Sembilan oleh Datuk Mokhtar Hashim merupakan mantan Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada tahun 1982. Kemudian kes pembunuhan kejam empat sekeluarga oleh ahli keluarga sendiri pada tahun 2010. Kini anak pula mengelar leher ibu kandung sendiri juga di Gemencheh.

JUVANA, SEPUPU DIDAKWA
Harian Metro 19 Jun 2012

Seorang juvana berusia 17 tahun dan sepupunya didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tuduhan cuba membunuh ibu kandungnya dengan mengelar leher mangsa ketika berlaku perselisihan faham antara mereka di depan Pasar Gemencheh, di sini, minggu lalu.

Pada prosiding di depan Hakim Azura Alwi itu, juvana terbabit yang juga tertuduh kedua dan sepupunya, Nor Haslinda Mohd Yunus, 26, tertuduh pertama, masing-masing berbaju lokap ungu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Mereka didakwa mengkelar leher Azizah Isa, 50, ibu saudara Haslinda dan ibu kepada juvana terbabit yang juga pembantu am sekolah rendah menggunakan pisau. dengan niat atau mengetahui perbuatan itu menyebabkan kecederaan terhadap mangsa. Perbuatan itu didakwa dilakukan di depan Pasar Gemencheh, Tampin, pada jam 5.15 petang, 11 Jun lalu.

TRAGEDI GEMENCHEH BUKAN BARU
Kosmo 1 Okt 2010

Pembunuhan kejam empat sekeluarga menggemparkan negara.

"SAYA buat kerana ia perintah daripada kuasa agung. Mereka adalah syaitan-syaitan yang menyamar."

Itulah kononnya kata-kata Rashidi Ismail, 34, kepada pihak polis mengenai tindakannya menyembelih bapanya, Ismail Awang, 76, serta mengerat jari adiknya, Siti Khadijah Ismail, 22, dalam kejadian bunuh melibatkan empat sekeluarga di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan, Selasa lalu.

Dalam tragedi yang disifatkan sangat kejam itu, bekas imam kampung yang juga datuk suspek, Atan Daud, 90, dan isterinya, Sufiah Keatas, 80, turut maut dibunuh. Atan ditemui dengan tangan kiri terputus, Sufiah putus tangan kanan, Ismail hilang kepala manakala Siti Khadijah terbaring kaku dengan pisau tercacak di dada.

Suspek kemudian membawa kepala bapanya dari Tampin ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas sejauh 120 kilometer sebelum ditanam di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.

KES PEMBUNUHAN DATUK TAHA

Datuk Mokhtar Hashim ialah seorang mantan Menteri Belia dan Sukan didapati bersalah atas tuduhan membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Taha Talib.

Pembunuhan itu dilakukan di Kampung Seri Asahan, Gemencheh , Negeri Sembilan pada jam 1.30 pagi , 14 April 1982. Datuk Mokhtar Hashim telah ditangkap di rumahnya di Jalan 16/6 , Petaling Jaya jam 1.30 pagi. Ketika itu 8 hari lagi akan diadakan Pilihan Raya Umum Malaysia 1982 pada 22 April 1982. Orang lain yang terlibat termasuklah Rahmat Satiman ( 46 tahun - ketua kampung ), Nordin Johan ( 33 tahun - peniaga) , Aziz Abdullah ( 65 tahun , kerja sendiri, Aziz PJK) dan Aziz Tumpuk.

Walaupun bagaimanapun penyokong Mokhtar Hashim dibebaskan. Perbicaraan selama 75 hari pada 1983 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Pada 6 Mac 1983 Hakim Tan Sri Hashim Yeop Abdullah Sani menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Peguambela bagi pihak Mokhtar Hashim ialah Dato Abu Zahar Ujang. Peneroka Felda yang menjadi saksi alibi tidak hadir semasa perbicaraan. Ketua polis yang menyiasat kes itu ialah Musa Hassan.

Tidak ada saksi yang nampak Moktar Hashim di ladang kebun getah , pada waktu bulan mengambang. Tetapi pistol dan peluru yang menjalani ujian balistik jelas menunjukkan ia milik Mokhtar Hashim.

Rujukan:

1. hmetro.com.my
2. kosmo.com.my
3. http: //202.185.40.214 - adat_00774.pdf
4. wikipedia.org - Mokhtar Hashim"



Mahkamah Beku sementara Jawatan Tan sri isa dalam KPF
Posted on Wednesday, June 20 @ 02:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: abuluqman

"Mahkamah beku sementara keahlian Isa dalam KPF
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur telah membekukan sementara pelantikan Tan Sri Isa Abdul Samad sebagai pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan keahliannya dalam koperasi tersebut.

Hakim Abang Iskandar Abang Hashim berkata terdapat merit untuk membenarkan empat peneroka Felda mencabar keahlian Isa dan sebagai pengerusi KPF.

Hakim Datuk Abang Iskandar juga menolak semua bantahan awal yang dibangkitkan oleh Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan, kata peguam peneroka berkenaan, Mohamed Hanipa Maidin kepada pemberita.

Oleh itu, keputusan dalam kamar hari ini membenarkan pembekuan sementara terhadap keahlian Isa dalam KPF dan kedudukannya sebagai pengerusi.

"Jadi ada mesyuarat esok dan Isa tak boleh hadir," kata Hanipa kepada pemberita selepas muncul dari kamar hakim. Sementara itu, Bernama melaporkan, Hanipa Maidin mewakili pemohon Abdul Talib Ali, Abdul Mubin Abdul Rahman, Abdul Razak Mohammad dan Muhamad Noor Atan manakala Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan mewakili responden iaitu Panel Pertikaian Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), SKM, dan KPF.

Katanya, mahkamah juga membenarkan permohonan pemohon untuk mendapatkan perintah sementara bagi menggantung status keanggotaan dan pemilihan Mohd Isa dalam KPF di bawah Seksyen 36(1)(b) Undang-Undang Kecil KPF, bagi tujuan pengesahan mesyuarat agung perwakilan KPF yang akan diadakan pada 20 Jun ini dan juga sehingga keputusan penuh semakan kehakiman.

Hanipa berkata antara alasan yang dikemukakan Pejabat Peguam Negara itu ialah peneroka Felda bukanlah pihak yang terjejas dengan keputusan responden dan mereka juga tidak ada 'locus standi' untuk menfailkan saman itu dan isu itu bukan melibatkan undang-undang awam.

"Tarikh untuk pendengaran penuh semakan kehakiman belum ditetapkan oleh mahkamah," katanya.

Pada 12 Jun lepas, keempat-empat peneroka itu menfailkan permohonan itu bagi memohon deklarasi bahawa keputusan responden pertama dan kedua iaitu Panel Pertikaian SKM, SKM, bertarikh 23 Mei lepas, yang mengekalkan keanggotaan Mohd Isa adalah tidak sah, terbatal dan tidak mempunyai apa-apa kesan.

Mereka juga memohon mahkamah membatalkan keputusan itu dan perintah 'mandamus' supaya KPF membatalkan keanggotaan Mohd Isa dalam KPF.

Mereka juga memohon perintah sementara bagi menggantung status keanggotaan dan pemilihan Mohd Isa dalam KPF.

Pemohon mendakwa berdasarkan Peraturan 11(1)(c) yang dibaca bersama Peraturan 2 Undang-Undang Kecil KPF, Mohd Isa tidak layak menganggotai KPF kerana beliau bukan kakitangan yang dilantik secara tetap oleh Felda.

Mereka berkata Mohd Isa adalah pengerusi Felda yang dilantik secara kontrak dan seorang Anggota Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Suntingan dari Abu Luqman"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan