Rabu, 23 Mei 2012

YANG RUGI JIKA DATANG DARI PIHAK LAIN KOD...APA MEREKA BUAT TAK DE ISTILAH RUGI...ORANG MACAM NI...KITA NAK HARAPKAN...DOUBLE STANDARD...TUTUP AURAT...TAPI KENA TAHU TABARUJ@BERSOLEK2..HINGGA MENARIK PERHATIAN LELAKI...ITU DILARANG...TUJUAN ALLAH MELARANG UNTUK MENJAGA KEHORMATAN WANITA....

Fesyen: Harus atau sebaliknya dalam Islam?

Nor Azura Shaari, USIM,


Islam adalah agama yang syumul, mudah, aman dan sejahtera kepada penganutnya. Islam tidak pernah menegah umatnya melakukan sesuatu mengikut kehendak mereka selagi mana ia tidak bercanggah dengan ajaran dan faham yang di sampaikan.

Setiap  umat Islam bebas melakukan apa yang disukai begitu juga  dalam bab pemilihan pakaian dan berfesyen.

Islam tidak pernah melarang seseorang itu berfesyen mengikut trend terkini  serta cita rasa masing-masing tetapi ia mestilah berperinsip dan mempunyai etika yang tersendiri.

Sabda Nabi: Sesiapa yang menyerupai satu puak, maka dia di kalangan mereka - riwayat Abu Daud.

Namun pada zaman kecanggihan teknologi ini masih ramai lagi yang tidak memahami serta tidak mengetahui cara berfesyen yang di galakkan dalam Islam.

Tahukah anda apakah yang di maksudkan dengan fesyen menurut perspektif Islam serta sejauh manakah berfesyen itu di benarkan dalam Islam?

Fesyen secara umumnya boleh ditakrifkan sebagai gaya pakaian, kosmetik, tingkah laku dan lain-lain, terutama perkara yang baru yang menjadi kegemaran dan kegilaan ramai.

Berbeza pula dengan difinisi berfesyen iaitu menunjukkan atau mengikut sesuatu gaya dan trend terkini dalam cara berpakaian dan lain-lain.

Fesyen bukan hanya tertumpu kepada pakaian seperti baju atau tudung semata-mata, namun ia mempunyai skop yang amat luas seperti perhiasan, kosmetik.

Pada hakikatnya fesyen berkonsepkan Islam sebenarnya mengandugi cara, gaya, panduan dan adab yang tersendiri, tanpa kita sedari Islam telah menggariskan beberapa cara berpakaian atau berfesyen.

Ia begitu indah untuk diikuti dan diteladani oleh penganutnya. Antaranya ialah memakai pakaian yang menutup aurat bagi perempuan dan lelaki berdasarkan had yang ditentukan, sopan serta tidak mengundang fitnah kepada orang yang memakaianya.

Firman Allah dalam [Surah An-Nur, ayat 31 yang bermaksud:

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."


Apa yang dapat di fahami dari dalil di atas ialah sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai kerana pakaian sopan dan menutup aurat adalah cermin seseorang itu Muslim sebenar.

Islam tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian untuk dipakai, baik ketika beribadah atau di luar ibadat.

Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang sebagai seorang Muslim.

Jadi sebagai seorang yang beragama Islam seharusnya kita mematuhi cara yang ditetapkan.

Rasulullah S.A.W  juga bersifat fleksibel dalam soal fesyen pakaian selagimana ia  tidak melanggari batas syariah.

Baginda menggalakkan umat Islam supaya memakai pakaian bewarna putih, namun ada juga  hadis-hadis lain menunjukkan baginda juga memakai pelbagai warna.

Baginda memakai berbagai-bagai pakaian dari berbagai-bagai negeri seperti Yemen, Najran, Mesir dan lain-lain.

Bahkan dalam hadis dari al-Mughirah bin Su’bah, beliau berkata: Sesungguhnya Nabi s.a.w. memakai jubah Rom  yang sempit kedua tangan bajunya. (Riwayat al-Bukhari, Muslim al-Tirmizi, al-Nasai dan lain-lain)

Baginda S.A.W di dalam hayatnya juga pernah memakai pakaian daripada jenis kapas, bulu dan selainnya.

Baginda pernah memakai jubah bulu ketika bermusafir serta  memakai apa yang dibawa dari Yemen dan selainnya. Kebanyakannya dibuat daripada kapas.

Mereka pada zaman tersebut juga memakai buatan Qibti Mesir yang ditenun daripada kapas.

Maka, bererti sunah Rasulullah dalam hal ini adalah seseorang memakai pakaian dan memakan makanan yang mudah didapati dalam negerinya. Maka perkara berbagai-bagai berdasarkan kepelbagaian negeri.

Memakai apa yang paling bermanfaat (sesuai) untuk badan, paling ringan dan mudah dipakai dan ditangkalkan.” (Ibn Qaiyyim, Zad al-Ma‘ad, 4/237, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Tanpa disedari sebenarnya fesyen telah banyak mengubah manusia, apabila di perhatikan fesyen-fesyen masa kini terlalu berbeza dari asalnya.

Jika pada zaman dahulu pakaian seperti baju Melayu, baju kurung serta baju kebaya di agung-agungkan kerana ia melambangkan kesopanan, tradisi, adat serta budaya  kepada pemakainya.

Akan tetapi setelah dunia melalui arus pemodenan dan berteknologi fesyen menjadi semakin tidak senonoh dan mengairahka serta provokatif.

Perkara sebegini adalah amat bertentangan dengan syariat serta sedikit sebanyak boleh menjejaskan akidah ummat islam.

Biar papa asal bergaya adalah pepatah yang sesuai digunakan kepada mereka yang terlalu obses kepada gaya fesyen terkini, mereka sanggup  berhabis duit semata-mata untuk memuaskan hati dan kelihatan cantik di mata masyarakat.

Namun begitu ada juga yang sanggup mengikat perut dan berhutang sana-sini semata-mata untuk bergaya.

Oleh kerana sikap segelintir masyarakat yang beranggapan  bahawa mereka yang tidak berfesyen adalah kolot dan ketinggalan zaman  menjadikan manusia lebih terdorong untuk berfesyen dan sanggup menjadi  hamba kepada fesyen, sehinggakan mengundang kepada pembaziran harta dan wang ringgit.

Justeru itu, kita seharusnya bijak untuk berfesyen supaya ia tidak melanggari batas-batas yang dibenarkan.

Berita gembira tiada muzakarah

Abd Shukur Harun, 22 Mei 2012



Berita yang amat mengembirakan bagi pendukung PAS dan rakyat prihatin ialah pengumuman Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abd Hadi Awang bahawa tidak akan ada muzakarah dengan parti sekular Umno.

Berita ini diharapkan mengakhiri semua peluang parti tersebut untuk mengeksploitasi isu ini untuk kepentingan politik BN, pada ketika Pakatan Rakyat, khususnya PAS, menerima lonjakan sokongan dari pelbagai kaum, terutamanya selepas Himpunan Bersih 3.0 baru-baru ini.

Dalam satu siding akhbarnya kelmarin, Presiden PAS itu menegaskan bahawa PAS tidak akan bermuzakarah dengan Umno kerana persoalan itu tidak timbul.

Katanya, isu tersebut timbul apabila beliau sebelum ini ditanya pemberita pada 14 Mei lalu mengenai muzakarah dengan NGO dan bukannya Umno. Katanya, beliau bersedia untuk bermuzakarah atau berbincang dengan NGO tersebut yang mendakwa PAS menyeleweng daripada dasar Islam.

"(Jadi) tidak timbul (bermuzakarah) dengan Umno. Itu isu lama... Umno jadikan dia isu politik sebab dekat dengan pilihan raya. Ini agenda Umno," katanya dan menambah,
"Tidak ada muzakarah dengan Umno. Kita nak lawan dengan Umno."

Rakyat prihatin, khususnya pendukung PAS, sudah lama merasakan isu muzakarah ini adalah isu politik Umno untuk memerangkap PAS.

Apabila diwar-warkan isu ini berulang kali, terutama hampir pilihan raya, diharapkannya akan mengurangkan sokongan orang bukan Islam kepada PAS.

Mereka melontarkan rasa syak wasangka kalangan bukan Islam bahawa pada akhirnya, kononnya, PAS akan membina perpaduan dengan Umno.

Ini menyebabkan kalangan bukan Islam akan menarik balik sokongan kepada PAS, demikian jangkaan mereka.

Oleh itu, dengan pengumuman Presiden PAS itu akan menamatkan semua peluang musuh PAS untuk mengeksploitasi isu ini untuk kepentingan politik mereka.

Hendaknya sesudah pengumuman ini tidak akan ada lagi timbul isu muzakarah dan perpaduan dengan Umno.

Boleh dijangkakan bahawa dengan pengumuman tiada muzakarah dengan Umno, musuh PAS dan mereka yang keliru serta berkepentingan akan segera mengatakan bahawa kononnya PAS tidak mahu perpaduan sesama Islam, bahawa ia lebih berminat berkawan dengan DAP dan seumpamanya.

Propaganda ini sudah lama ditaburkan oleh musuh PAS kepada rakyat, khususnya di luar bandar.

Dalam masa yang sama mereka meniupkan semangat perkauman yang tajam untuk kepentingan politik mereka.

Oleh itu, pada pendapat saya, selepas berakhirnya isu muzakarah ini pendukung PAS akan merasa sangat lega dan tenteram justru isu muzakarah yang heboh selama ini sangat merunsingkan mereka.

Bukan kerana mereka menolak perpaduan sesama Islam, tetapi mereka merasakan isu ini hanya mainan politik musuh PAS untuk memerangkap PAS.

Pengumuman Datuk Seri Abd Hadi Awang ini sangat dialu-alukan, tepat pada masanya dan tentunya disambut baik oleh pendukung PAS.
Ini suatu langkah besar yang sangat bererti, menyerlahkan kepimpinan yang sangat berwibawa dan benar-benar memahami situasi politik masa kini.

Dalam masa yang sama mempertahankan dasar-dasar Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini.

Sementara itu, PAS dan Pakatan Rakyat tentunya akan meneruskan kerja-kerja untuk menghadapi PRU Ke-13, sebuah pilihan raya yang dianggap sebagai ibu segala pilihiran raya di mana hingga kini masalah senarai pengundi kotor belum lagi dibersihkan.

Pada hal inilah isu utama yang menjadi tuntutan Bersih 3.0.

Dalam hal ini Pakatan Rakyat perlu mengekalkan momentum Bersih 3.0 kerana ia telah merobah persepsi dan lanskap politik tanah air, menyebabkan pengkaji politik dan badan-badan penyelidik merobah sama sekali dapatan hasil kajian mereka sebelum Bersih 3.0.

Himpunan Bersih 3.0 adalah kebangkitan rakyat yang dilaksanakan secara aman – duduk dan bantah. Namun kesannya sengat besar sekali.

Walaupun media milik Umno/BN cuba memburuk-burukkan Himpunan Bersih 3.0 itu, namun kewujudan media baru – on line, wabe-site dan sebagainya – kesan himpunan tersebut telah tersebar luas keseluruh dunia.

Namun perjuangan membersihkan senarai pengundi ini mesti diteruskan walaupun begitu sukar.  Gerak kerja yang berstrategi dan menepati sasaran sangat diperlukan.

Pada pendapat saya, sasaran utama gerak kerja penerangan Pakatan Rakyat, khususnya PAS, perlu ditumpukan kepada pengundi Melayu, khususnya di luar bandar.

Ini kerana pengundi ini menjadi sasaran utama musuh Pakatan Rakyat untuk mengelirukan mereka dengan pelbagai cara.

Sebab itu sangat perlu bagi anak muda yang sangat ramai jumlahnya yang menyertai Bersih 3.0 dulu itu tampil menerangkan kepada rakyat, khususnya di luar bandar, akan tujuan Bersih 3.0.

Mereka perlu diberitahu bahawa Bersih 3.0 itu ‘bersih’ dari unsur perkauman, justru pesertanya terdiri dari pelbagai kaum dan agama.

Lapan perkara yang dituntutnya kepada kerajaan, khususnya SPR, ialah hak mereka semata-mata - yang utamanya menuntut supaya senarai pengundi itu dibersihkan dari pelbagai unsut penipuan dan sebagainya.

Akhirnya, dengan berakhirnya episod ‘muzakarah PAS-Umno’ yang melemaskan itu, pendukung PAS boleh meneruskan kerja dengan lancar, penuh yakin dan dapat menumpukan perhatian kepada perjuangan mendapatkan kemenangan dalam PRU Ke-13 nanti bersama Pakatan Rakyat.
---------------------------------------------------------

Penulis boleh dihubungi melalui email shukurharun@yahoo.com


Yusof: Saya apolitikal, tak sertai PAS
Bekas peguam cara II Mohd Yusof Zainal Abiden menafikan akan menyertai PAS bulan depan sebaliknya mempertahankan pendiriannya untuk kekal tidak terlibat dengan mana-mana kumpulan politik.

NONE"Tiada kebenaran (dalam cakap-cakap) saya akan menyertai politik atau PAS bulan depan, ekoran saya apolitikal dan tidak mempunyai sebarang pertalian politik.

"Seperti saya katakan sebelum ini, saya profesional dan akan terus berhujah di mahkamah."

Sinchew Daily hari ini melaporkan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar sebagai berkata, Yusof akan menyertai parti itu dalam perhimpunan besar mereka "Himpunan Hijau ke Putrajaya" di Alor Setar pada 1 Jun nanti.

Sementara itu, mengulas khabar angin berhubung hubungan tidak baiknya dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Yusof berkata mereka berdua sebenarnya "sahabat baik".

Katanya, mereka masih berkawan walaupun banyak kali mereka mempunyai perbezaan pendapat.
KJ: Danaharta tak alami kerugian kes Tajudin Ramli
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata syarikat Pengurusan Danaharta Nasional Bhd tidak mengalami kerugian dalam penyelesaian luar mahkamah melibatkan hutang RM589 juta yang ditanggung oleh bekas pengerusi eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Tan Sri Tajudin Ramli.

"Mengikut sumber, saya dapati bahawa Danaharta tidak mengalami apa-apa kerugian dalam kes Tajudin Ramli. Kerana beliau mendapat pinjaman komersial dalam kes melibatkan kegawatan ekonomi dulu.

"Kes ini kita tak tahu kerana penyelesaiannya di luar mahkamah, bukan dalam mahkamah.

"Saya yakin Danaharta tidak mengalami kerugian dalam kes Tajuddin Ramli," katanya ketika ditanya Dr Maszlee Malik semasa program debat bersama pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli lewat malam tadi.

Bercakap dalam program debat bertajuk Pemansuhan PTPTN Hala Tuju Pendidikan Tinggi itu, Khairy berkata Tajudin mungkin membayar lebih daripada jumlah berkenaan dalam penyelesaian luar mahkamah itu.

Tiga tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan Tajudin membayar jumlah sebanyak RM589 juta kepada Danaharta, jumlah wang yang beliau berhutang ketika pembelian kontroversi saham MAS pada tahun 1994, yang membuka jalan bagi hartawan untuk memiliki syarikat penerbangan nasional itu.

Pada masa yang sama, mahkamah juga membatalkan tuntutan balas RM13 bilion yang difailkan oleh Tajudin terhadap GLC berkenaan.

Bagaimanapun, pada Mac lalu, Tajudin tidak perlu membayar RM589 juta wang yang dihutangnya daripada Danaharta ekoran penyelesaian luar mahkamah yang dicapai dengan beberapa syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bulan lalu.

Tajudin bersetuju untuk menarik balik rayuannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas saman melibtkan ke atas piha berkenaan, termasuk Telekom Malaysia Bhd, Naluri Corporation, Celcom (M) Bhd, Atlan Holding Bhd dan Kumpulan CIMB Group.

Selain itu, menjawab persoalan mengenai isu National Feedlot Corporation (NFC), Khairy dengan tegas berkata kerajaan juga serius dalam usaha untuk mendapatkan semula pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan kepada syarikat ternakan lembu itu.

Perkara itu dapat dilihat dalam tindakan kerajaan mendakwa pengerusi syarikat tersebut, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail di mahkamah.

"Pinjaman NFC tetap perlu dibayar semula malah kita anggap ini isu yang serius. Kita tak boleh cakap secara terperinci kerana ia dah jadi isu mahkamah. Secara prinsipnya, isu ini isu hitang dan mesti dibayar semula," katanya.
Ahli majlis DAP gesa Datuk Bandar KL undur
Ahli-ahli majlis perbandaran Selangor dari DAP hari ini menggesa Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail meletak jawatan kerana gagal bertindak terhadap peniaga yang cuba menjaja di hadapan rumah Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga.

"Kami menggesa Datuk Bandar Kuala Lumpur meletak jawatan segera," kata ahli Majlis Perbandaran Kajang, Lee Kee Hiong yang mewakili 67 ahli majlis DAP dalam negeri Selangor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan