Rabu, 23 Mei 2012

ORANG MELAYU P.PINANG TAHU ZAMAN MANA ....MELAYU DIPINGGIRKAN...BELUM SAMPAI SEPENGGAL DAH TUDUH MACAM2...BAGAIMANA DAHULU PULUHAN TAHUN...ADAKAH MELAYU DIBELA ATAU DITEKAN...

PAS demo depan pejabat NST Jumaat ini

Harakahdaily, 23 Mei 2012


(Laporan NST yang mendakwa 'Nik Aziz bapa kafir')

KUALA LUMPUR: Selepas amaran demi amaran dan bantahan demi bantahan tidak dihirau, Pemuda PAS akan mengadakan demo di perkarangan pejabat akhbar NST Jumaat ini ekoran dakwaan 'Nik Aziz bapa kafir'.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil dalam kenyataannya berkata, demo itu akan diadakan sebaik sahaja selesai solat Jumaat.

"Solat Jumaat beramai-ramai di Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar," dan selepas itu mereka akan berarak ke pejabat NST.

Menurut Khairul Faizi, Dewan Pemuda PAS Malaysia menyifatkan isu “Nik Aziz is Father Of Kafir" yang dikeluarkan oleh akhbar Nes Straits Times sebagai satu penghinaan kepada PAS serta perjuangannya.

Sebelum ini, katanya, Dewan Pemuda PAS Malaysia juga telah mengambil satu tindak balas segera iaitu berjumpa dengan pihak New Straits Times bagi menyatakan bantahan serta meminta pihak mereka untuk menarik semula kenyataan tersebut.

Maklum balas yang diterima, pihak New Straits Times enggan menarik balik kenyataan tersebut bahkan tidak mahu memohon maaf di atas fitnah yang ditabur oleh pihak mereka ke atas Mursyidul Am PAS dan juga Menteri Besar Kelantan.

Dewan Pemuda PAS Malaysia juga, katanya, telah mengarahkan untuk diadakan satu demonstrasi bantahan di peringkat negeri-negeri pada minggu lepas untuk membantah tindakan akhbar tersebut.

"Sehingga kini, Dewan Pemuda PAS Malaysia masih lagi tidak mendengar apa-apa kenyataan daripada pihak New Straits Times untuk memohon maaf atau menarik semula kenyataan tersebut," katanya.

Sehubungan itu, katanya, Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengadakan satu lagi demonstasi bantahan di peringkat Pusat yang akan diadakan pada hari Jumaat bertarikh 25 Mei 2012 selepas solat Jumaat bertempat di hadapan pejabat Balai Berita New Straits Times Press [M] Berhad, Bangsar.

Setiap ahli PAS, katanya, diminta untuk hadir bagi menyatakan bantahan terhadap kebiadapan kenyataan New Straits Times iaitu “Nik Aziz is Father of Kafir”  dan juga kedegilan mereka untuk memohon maaf.

Pasar Kota Jembal bakal tarik pelancong

Rizal Tahir, 23 Mei 2012
KOTA BHARU, 23 Mei: Pasar Kota Jembal yang dahulunya dikenali Pasar Kedai Lalat akhirnya berjaya dibina setelah ianya dirancang sejak tahun 1990-an.

Dengan kos peruntukan keseluruhan termasuk pembelian tanah, Pasar Kota Jembal yang penuh lagenda itu bernilai RM3.2 juta, kesemua peniaga seramai 423 orang dapat berniaga dengan selesa.

Bersesuaian dengan keturunan Raja Jembal, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, diberi penghormatan untuk merasmikan pasar yang bakal menjadi tarikan pelancong itu.

Dengan diiringi 22 orang hulubalang simbolik pentadbiran kerajaan Kelantan ditadbir oleh seorang ulama sejak 22 tahun lalu, Tuan Guru menaiki kereta kuda bermula dari kediamannya di Pulau Melaka.

Pasar ini mula dibena pada 2 Disember 2010 dan ianya siap mengikut jadual yang ditetapkan.

Ianya bukan hanya sebuah pasar, sebaliknya pembinaan sebuah tempat perniagaan di kawasan yang penuh dengan sejarahnya yang tersendiri sejak sekian lama khususnya sejak kegemilangan Raja Jembal.

Tuan Guru ketika berucap pada majlis itu mendedahkan pasar berkenaan sebelum ini mempunyai tarikannya yang tersendiri.

Sambungnya, di kawasan berkenaan diduduki oleh golongan ulama dan di situ juga tempat peniaga yang masyhur ketika itu antaranya kedai Cik Timah Nasi Dagang.

“Di sini juga terkumpulnya pengusaha mencari etak, udang yang merupakan kerja utama masyarakat di sini ketika itu,” ujarnya.

Sementara itu, Adun Panchor, Datuk Nik Mohd Amar Abdullah, berkata pasar berkenaan bakal menjadi tarikan pelancong.

Katanya, ini kerana pelancong luar termasuk dari negara barat telah datang ke pasar berkenaan untuk meninjau keunikkannya walaupun ianya belum dirasmikan lagi.

“Apa yang penting, saya cadangkan pihak bertanggungjawab perlu menyediakan sejarah Kota Jembal yang ada kaitan dengan Raja Jembal sebelum ini untuk didedahkan kepada umum.

“Saya yakin, sekiranya sejarah Kota Jembal diletakkan dalam satu galeri di sini, ianya akan dapat membantu masyarakat di negeri ini, jika tidak sejarah itu akan hilang begitu sahaja,” ujarnya.

Turut berucap pada majlis itu, Yang Dipertua MPKB_BRI, Fauzi Mat.

Turut hadir, isteri Tuan Guru, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, anggota exco kerajaan negeri Datuk Abdul Fatah Mahmood dan Wan Ubaidah Omar serta lain-lain pimpinan.

Walaupun pasar ini baru dirasmikan hari ini, namun ianya telah beroperasi sejak 24 Januari lalu.

Tanah: Kelantan dah lulus, Jakoa pula bermasalah

Aslani M, 23 Mei 2012
GUA MUSANG: Bekas juruhebah RTM pada 1980-an mempersoalkan mengapa Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) kurang memberi kerjasama kepada kerajaan negeri bagi membolehkan penduduk Orang Asli memiliki tanah sendiri.

Ajong Alang (gambar), 60 pernah berkhidmat di RTM bagi rancangan Orang Asli selama 14 tahun berkata, sepatutnya Jakoa memberi kerjasama penuh bagi membolehkan tanah disukat sebelum dapat dikeluarkan geran.

“Saya hairan mengapa agensi berkenaan tidak mahu mengeluarkan peruntukan bagi kerja-kerja mengukur sempadan bagi membolehkan geran hak milik dikeluarkan kerajaan negeri.

“Saya difahamkan isu ini sudah lama dibangkitkan, namun sekarang Jakoa seperti tidak serius. Sedangkan kerajaan negeri sudah bersetuju untuk memberi hak milik kepada kami.

“Cuma sekarang mengapa Jakoa tidak mahu membayar upah ukur. Kalau hendak kata tiada peruntukan tidak lojik langsung, setiap tahun Jakoa mendapat geran daripada kerajaan pusat,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sebelum ini Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob memberitahu Jakoa sehingga kini tidak memberi kerjasama bagi membayar upah ukur sempadan membolehkan geran hak milik tanah dikeluarkan kepada penduduk Orang Asli beberapa tempat termasuk di Kuala Betis.

Ajong yang kini tinggal di Kuala Betis berkata, kerajaan negeri sudah lama bersetuju meluluskan surat hak milik tanah kepada penduduk Orang Asli, namun Jakoa pula bermasalah.

“Sekarang sangkut kat Jakoa. Isu tanah sudah lama dibangkitkan ketika BN memerintah Kelantan lagi. Namun selepas PAS memerintah baru kelulusan tanah dipersetujui,” katanya.

Bagaimanapun kata beliau Pos Jedip sudah diluluskan kerajaan negeri untuk diberi hak milik kepada Orang Asli. Begitu juga penempatan di Kuala Betis, Sendrop, Sigar dan Tuai.

Yaakub Busu, 49 dari Pos Tuai pula mempertikaikan segelintir Orang Asli yang didalangi Jaringan Orang Asli Semenanjung mendakwa kerajaan negeri merampas tanah adat Orang Asli.

Katanya, sehingga kini tidak ada tanah yang dirampas seperti didakwa mereka.

“Kelantan bukan macam Sarawak ada tanah adat. Mereka seperti terikut-ikut dengan perjuangan peribumi di sana.

“Mana ada tanah adat Orang Asli yang dirampas. Kami malu dengan tindakan segelintir Orang Asli yang berdemontrasi di Kota Bharu baru-baru ini,” ujarnya.

(Ikuti luahan hati penduduk Orang Asli dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)

Bohong 18,000 Melayu berkurangan di P.Pinang

Harakahdaily, 23 Mei 2012
PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meyifatkan dakwaan kononnya sejumlah 18,000 orang Melayu telah keluar daripada negeri itu ekoran dipinggirkan kerajaan negeri adalah satu fitnah jahat oleh Umno BN.

Beliau merujuk kepada tuduhan yang dimainkan media Umno dan diulangi oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yasin sendiri.

"Jumlah pengurangan penduduk Melayu sebanyak 18,000 orang adalah satu fitnah jahat yang boleh disangkal dengan menunjukkan daftar pemilih akhir tahun 2011 menunjukkan penambahan pengundi Melayu sebanyak 34,931 orang berbanding dengan pilihanraya 2008.

"Adalah dikesali Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yasin telah bersikap tidak bertanggungjawab dan cuba mempermainkan sentimen perkauman dengan mengulangi fitnah jahat," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Selain dituduh mengusir 18,000 orang Melayu, Muhyiddin juga didakwa turut menuduh kerajaan Pulau Pinang tidak menjalankan projek perumahan mampu milik sehingga orang Melayu terdesak meninggalkan Pulau Mutiara itu.

Menurutnya, tuduhan Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno itu tidak benar sama sekali kerana sejak kerajaan Pakatan Rakyat memerintah pada 2008 sehingga sekarang, sebanyak 11,596 rumah kos rendah dan sederhana rendah telah dibina.

Selain yang telah dibina, kerajaan negeri juga katanya telah memperuntukkan RM500 juta untuk membina sekurang-kurangnya 18,000 unit rumah mampu milik yang berkualiti untuk masa depan.

Untuk itu jelasnya, sebanyak 277 ekar tanah telah disediakan di lima daerah di Pulau Pinang iaitu Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Daerah Timur Laut, Daerah Barat-Daya dan Seberang Perai Selatan.

Fasa 1 adalah di Batu Kawan sebanyak 12,000 unit di atas 200 ekar tanah, manakala Fasa 2 pembangunan rumah mampu ini melibatkan 77 ekar tanah di  Pulau Pinang yang boleh menyumbang 6,000 unit rumah mampu milik.

Beliau turut menafikan tuduhan bahawa kenaikan harga hartanah disebabkan oleh premium tanah tinggi yang dikenakan oleh kerajaan negeri.

"Tuduhan BN adalah palsu kerana kerajaan negeri tidak pernah menaikkan peratus kadar premium tanah yang masih dikekalkan pada tahap peratusan yang sama dengan kerajaan lama.

'Sesebuah kerajaan tidak boleh mempengaruhi harga hartanah naik atau turun kerana ia ditentukan oleh permintaan pasaran dan keyakinan orang ramai," katanya.

Bank 'langgar etika', peneroka adu ke Bank Negara

Hazayani Zakaria, 23 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Dua bank terlibat menawarkan pinjaman pembelian saham Felda Global Ventures Berhad (FGVH) kepada peneroka bersetuju untuk menarik balik borang yang diedarkan dan ditandatangani peneroka.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, dua bank tersebut iaitu CIMB dan Am Bank akan berbuat demikian ekoran permohonan injunksi yang dibuat 125 peneroka gugusan Bera dan Raja Alias, Seremban berhubung perkara itu.

"CIMB telah hantar surat kepada peguam kita untuk tarik balik borang tersebut dan AM Bank juga akan berbuat demikian," kata beliau ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum berhubung pelanggaran etika perbankan di bank Negara, hari ini.

Mazlan juga berkata, tindakan dua bank tersebut membuktikan bantahan yang dibuat peneroka berhubung borang pinjaman tersebut sebelum ini adalah relevan.

Sebelum itu, Mazlan atas nama Gerakan Selamatkan Felda (GSF) ditemani penasihat ekonomi, Dr. Rosli Yaakop menyerahkan memorandum kepada Bank Negara mendesak badan itu mengambil tindakan ke atas tujuh bank yang didakwa melanggar etika perbankan.

Tujuh bank tersebut ialah Maybank Berhad, CIMB Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Bank Muamalat Berhad, Affin Bank Berhad, Am bank Berhad dan OCBC Bank Berhad.

Serahan memorandum ini rentetan aduan yang dibuat kepada Suruhanjaya Sekuriti pada 10 Mei lalu.

Mazlan menyatakan terdapat lima pelangaran etika yang dilakukan oleh bank terbabit antaranya dokumen perjanjian dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris, kecuali Maybank yang tidak difahami peneroka.

Majoriti peneroka juga kata Mazlan, menandatangani dokumen tanpa memahami isi kandungannya.

Selain itu, pegawai bank didakwa tidak hadir semasa peneroka menandatangani dokumen perjanjian dan terdapat manipulasi, pujukan dan paksaan secara halus supaya peneroka menurunkan tandatangan.

"GSF mengesyaki pengurusan Felda dan bank-bank terbabit sepakat mengelirukan peneroka.

"Mereka tidka menjelaskan kepada peneroka syarat-syarat dan terma-terma yang terkandung dalam dokumen dan risiko-risiko yang bakal dihadapi," katanya.

Sementara itu, Dr. Rosli berkata, adalah menjadi kesalahan bagi bank mengeluarkan pinjaman kepada peminjam yang berumur 65 tahun ke atas.

"Kebanyakan yang menandatangani borang tersebut berumur 65 tahun ke atas. Itu satu kesalahan bagi bank," katanya yang juga bekas pegawai Bank Negara.

Hasil pertemuan hari ini, pihak Jabatan Informasi dan Pelanggan Bank Negara berjanji akan menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

"Peremuan hari ini positif dan Bank Negara menganggap perkara ini sebagai serius apabila mereka meminta banyak maklumat dariapada kami, kata Mazlan.

Sediakan khidmat guaman


Menurut Mazlan juga, pihaknya menyediakan khidmat guaman kepada peneroka yang ingin membuat aduan berhubung dokumen yang ditandatangani.

"Ramai di kalangan peneroka yang sedar mengenai perkara ini dan ingin menarik balik tandatangan mereka.

"Oleh itu, kita sediakan peguam dan mereka boleh bertemu peguam untuk membuat aduan.

"Kita akan menggerakkan kempen besar-besaran," katanya.

Lebih 80 peratus peneroka di seluruh negara menandatangani borang tersebut dan khuatir berdepan dengan risiko bankrap sekiranya gagal membayar pinjaman sekiranya berlaku kejatuhan saham FGVH.

Debat wajar disuburkan, tapi jangan emosi!

Salmiyah Harun, 23 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Budaya perdebatan di negara ini perlu disuburkan semula sebagai mekanisme melahirkan masyarakat yang berfikiran kritis, menuju masa depan.

Debat PTPTN antara Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dengan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli malam tadi mendapat pujian banyak pihak dan dilihat ianya perlu diteruskan.

Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria, berkata debat merupakan budaya percambahan ilmu dan ianya bukanlah satu benda yang baru.

Bagaimanapun katanya, budaya ini seharusnya berlaku di kalangan pemimpin parti politik kerajaan dengan pembangkang bagi memperlihatkan sejauh mana idealisme yang dibawa pemimpin tersebut.

"Elok ada budaya ini, rakyat boleh lihat ke arah mana hala tuju parti itu," katanya kepada Harakahdaily.

Malah katanya, budaya ini sudah lama dipraktikan ahli ilmuan, sarjana, cendekiawan dalam suasana yang penuh adab hormat-menghormati satu sama lain melalui fikiran dan fekah yang mereka miliki.

Tambahnya, budaya perdebatan ini sekali gus akan menimbulkan minat untuk mencari ilmu kerana setiap perdebatan perlu ada hujah dan fakta.

"Bukan fakta yang picisan, bersifat emosi atau khabar angin kerana ia akan merendahkan intelektual khalayak yang mendengar dan mengikutinya," kata beliau.

Khalayak pula katanya, mesti mengetahui maklumat asas yang diperdebatkan sama ada perlu gali khazanah ilmu yang terpendam dalam kitab-kitab atau pelbagai capaian yang ada pada hari ini.

"Bagi saya debat ini sebagai pintu kepada kemajuan bila berdebat timbul persoalan dan persoalan itu adalah anak kunci kepada ilmu.

"Kerana, cerdik pandai yang terima perkara tanpa usul periksa mula berfikir sebaiknya," ujar beliau.

Justeru, katanya, budaya ini perlu disuburkan oleh sesiapa dan di mana sahaja baik di kalangan pemimpin, mahasiswa atau kedai kopi asalkan perdebatan dikawal daripada dikuasai oleh emosi semata-semata.

Ekoran debat PTPTN yang berlangsung semalam dikatakan semakin hangat apabila moderator Dr Mazlee Malik di akhir debat itu mencadangkan agar debat diadakan antara Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan