Anak menjadi tuan
Nor Hidayah Mohamed Taib, |
Percaya atau tidak, fenomena seperti ini telah pun berlaku di sekitar kita sejak kebelakangan ini sepertimana kejadian yang dilaporkan di Ipoh pada 12 Mei 2012, yang mana seorang wanita warga emas, Jenice Abdullah, 70, mendakwa bahawa 10 anaknya yang berpendidikan tinggi dan mempunyai pekerjaan yang professional sengaja berpakat membuang beliau di salah sebuah rumah jagaan orang tua sejak lapan tahun lalu setelah kematian suaminya. Apa yang menyedihkan, kejadian ini berlaku gara-gara kesemua Si Tenggang Moden tersebut jijik mencuci najis beliau.
Kejadian yang menyayat hati turut berlaku di sebuah negeri di utara tanah air, Labuan, pada September 2011, kita telah digemparkan dengan kejadian seorang anak derhaka yang sanggup menghalau dan membuang bapanya yang baru sahaja menjalani pembedahan jantung dan ditinggalkan di perhentian bas di tepi sekolah dengan keadaan bapanya sehelai sepinggang sehingga terpaksa merempat dan mengharapkan ihsan orang lain. Hal ini kerana dikatakan kehadiran si bapa tidak disukai olah isteri anaknya lalu merasakan kewujudan beliau dirumah tersebut boleh menjejaskan keharmonian rumahtangga mereka. Ini jelas terbukti bahawa pengorbanan dan kasih sayang yang diberikan oleh bapa sepanjang membesarkan si anak itu langsung tidak dihargai dan dianggap remeh.
Apa yang lebih mendukacitakan lagi, sifat tidak berperikemanusiaan ini timbul dari kalangan mereka yang mengaku sabagai orang Islam sedangkan dalam Islam tidak pernah wujud sifat sedemikian malah Islam sangat mencela dengan keras perbuatan seumpama ini. Nabi s.a.w. pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali: “Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?” Maka mereka (para sahabat) pun menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah.” Baginda menjelaskan: “Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibu bapa (perawi menerangkan bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu meyambung) dan sumpah yang palsu.” –Hadith riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 2654.
Lihatlah bagaimana dosa menderhaka kepada ibu bapa ini diletakkan dalam satu kategori bersama dosa mensyirikkan Allah S.W.T. yang mana ia merupakan dosa yang paling keji di atas muka bumi ini. Allah S.W.T. berfirman: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukannya Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa.” –al-Nisaa’ (4): 36.
Di dalam ayat ini telah menjelaskan bahawa Allah memerintahkan hamba-Nya untuk mentauhidkan-Nya dan mengerjakan ibadat kepada-Nya, Allah S.W.T. turut menyuruh hamba-hamba-Nya agar menjaga kedua ibu bapa mereka dengan baik. Dengan erti kata lain, seseorang itu tidak akan dianggap memiliki kemantapan iman serta ibadatnya juga belum dianggap sempurna selagi die tidak berbuat baik dan berbakti kepada orang tuanya.
Terdapat juga kejadian yang dilaporkan pada 15 Januari 2010 yang mana seorang bapa berumur 60 tahun yang menghidap penyakit buah pinggang kronik telah ditinggalkan oleh anaknya di pusat hemodialisis di Kangar, Perlis. Ini difahamkan, warga emas tersebut dianggap sebagai beban kepada anak-anak kerana terpaksa menghantar bapanya pada setiap minggu. Akhirnya, Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menempatkan si bapa tersebut di sebuah rumah kebajikan, Rumah Sri Kenangan di Jejawi. Begitulah kesudahan nasib seorang bapa yang malang kerana telah dianggap beban kepada anak-anak yang mana tanpa disedari sebenarnya begitu banyak kasih sayang yang telah dicurahkan oleh si bapa, tetapi sebaliknya, anak-anak tidak pernah mengambil peduli akan tanggungjawab menjaga dan membalas segala apa yang diberikan oleh bapa mereka malah cuba untuk lari dari setiap tanggungjawab yang perlu mereka hadapi.
Sepertimana yang kita tahu, menjaga ibu bapa yang sudah tua memang bukan satu urusan yang mudah. Kebiasaannya tubuh yang telah dimamah usia menyebabkan pergerakan mereka terbatas bahkan adakalanya sangat memerlukan bantuan dari anak-anak. Jiwa mereka juga semakin sensitif, mudah terasa hati, bahkan agak cerewet dalam banyak perkara. Ada juga yang telah mula lemah daya ingatannya dan menyebabkan perbualan mereka dengan seseorang anak itu hilang sabar. Namun, setiap kesukaran dalam menjaga ibu bapa ini tidak datang dengan sia-sia. Bagi mereka yang sabar dengan kerenah ibu bapa mereka dan tetap menjaga dengan baik dalam apa jua suasana, maka sebenarnya mereka telah menempah tiket untuk ke syurga.
Rasulullah s.a.w. pernah mencela bagi mereka yang memiliki ibu bapa yang telah lanjut usia, namun mereka masih tidak mampu untuk memasuki syurga. Baginda pernah bersabda: “Sungguh hina, sungguh hina, sungguh hina!” Baginda ditanya: “Siapakah wahai Rasulullah (yang hina itu)?” Baginda menjawab: “Orang mendapati orang tuanya dalam keadaan tua, sama ada salah seorang atau kedua-duanya, kemudian dia tidak memasuki syurga.” –Hadith riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no 2551.
Namun, masih lagi terdapat isu pada Oktober 2010, yang mana kita dikejutkan dengan sifat tidak berperikemanusiaan seramai 9 orang anak yang sanggup menghantar ibu mereka yang lumpuh separuh badan ke pusat jagaan warga emas dengan alasan ibu kuat makan. Lebih menyedihkan lagi apabila wang pencen arwah suami wanita yang berusia 84 tahun tersebut yang sepatutnya menjadi hak beliau turut dikaut oleh sembilan zuriatnya yang derhaka itu pada setiap bulan.
Oleh yang demikian, berhati-hatilah bagi anak-anak yang pernah melukakan hati kedua orang tua mereka. Janganlah tindakan mereka itu sehingga menyebabkan ibu mahupun bapa mereka mendoakan keburukan terhadap anak-anak mereka kerana doa mereka yang dizalimi apatah lagi jika doa itu merupakan dari ibu bapa, sudah pasti akan termakbul.
Rasulullah pernah bersabda: “Tiga jenis doa yang pasti akan dikabul tanpa diragui lagi, iaitu doa orang yang dizalimi, doa orang yang sedang dalam perjalanan (musafir) doa orang tua ke atas anaknya.” –Hadith riwayat Imam al-Tarmizi di dalam Sunnahnya, no: 1828.
Secara realitinya, setiap manusia sememangnya tidak boleh lari dari melakukan kesilapan. Namun hendaklah seseorang itu menebus apa jua kesilapannya dengan tidak meneruskan perbuatan tersebut serta bertaubat. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Setiap anak adam itu sering berbuat kesilapan dan sebaik-baik orang yang selalu berbuat kesilapan adalah orang-orang yang suka bertaubat." – Hadis riwayat al-Tirmidzi di dalam Sunannya, no: 2423.
Sehubungan dengan itu, bagi mereka yang telah menderhaka kepada orang tua mereka, hendaklah kembali ke pangkal jalan. Bertaubatlah dengan segera kerana Allah sentiasa menerima taubat hamba-hambanya-Nya walau sebesar mana dosa mereka selagi tidak melakukan perbuatan syirik. Segeralah memohon keampunan kepada ibu bapa yang telah dizalimi itu dan jangan ulangi kesilapan yang lalu. Kembalikankan mereka kepangkuan keluarga, jagalah mereka dengan baik dan jangan biarkan mereka terus bersedih di rumah orang-orang tua seolah-olah mereka ini tiada zuriat yang bertanggungjawab atas hal ehwal mereka.
Penulis ialah pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Muzakarah: Suara Hadi wakili Pas, Nik Aziz Syura
25 Mei 2012
Bagaimanapun pagi tadi, Nik Abdul Aziz mengumumkan bahawa beliau menarik balik hasratnya mahu bermuzakarah dengan Umno.
Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, keputusannya tidak mahu bermuzakarah dengan Umno adalah bagi mewakili parti Pas dan ia adalah sebagai satu kenyataan rasmi Presiden parti.
Dalam pada itu, beliau juga menyifatkan usaha untuk mengadakan muzakarah dengan Umno ketika ini tidak akan memberi sebarang faedah kepada parti berkenaan memandangkan pilihan raya bakal diadakan bila-bila masa dari sekarang.
“Kalau nak bincang dengan Umno, lebih baik bincang mengenai pilihan raya yang bersih. Bersihkan pilihan raya dahulu, kalau bermuzakarah sekarangpun tidak berguna,” katanya selepas merasmikan pembukaan Masjid Mujahidin di Bukit Gasing, Marang di sini, hari ini.
Rabu lalu, Nik Abdul Aziz berkata beliau tetap mahu mengadakan muzakarah meskipun tidak dipersetujui pemimpin tertinggi parti termasuk, Presiden Pas.
Bagaimanapun, isu muzakarah yang ditimbulkan parti itu akhirnya tiba di penghujungnya apabila Mursyidul Am Pas menarik balik hasratnya mahu bermuzakarah dengan Umno selepas.
Ia diumumkan selepas menyampaikan kuliah mingguannya di Kota Bharu, pagi tadi.
Menteri Besar Kelantan itu memberi alasan bahawa ia perlu ditarik balik kerana bertentangan dengan keputusan dibuat oleh Presiden Pas dan beliau harus mengikut pendirian Abdul Hadi serta isu itu tidak harus dipanjangkan lagi.
“Muzakarah Datuk Presiden sudah tarik, tidak mahu kerana terlalu banyak manipulasi, dia hendak muzakarah dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sahaja, jadi saya pun terpaksa tariklah,” katanya.
PRU13: Peluang 50-50 di tiga negeri
25 Mei 2012
Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu berkata, persediaan parti itu sudah cukup mantap dan turut meramalkan PR mampu merampas beberapa negeri lain jika PRU13 diadakan secara bersih dan adil.
“Pas dah bersedia. Macam biasa, sekadar yang termampu. Kita bukan bergantung kepada kewangan tetapi bergantung kepada semangat ahlinya yang tinggi daripada dulu hingga sekarang.
“Kalau pilihan raya diadakan dengan bersih dan adil, kita yakin akan dapat semula Perak, kita akan dapat Negeri Sembilan dan Johor pun kita letak dalam keadaan 50-50. Begitu juga dengan perkembangan baik sokongan pengundi terhadap PR di Melaka,” katanya kepada Sinar Harian selepas Majlis Ceramah Pas di Kampung Pianggu, Rompin, di sini.
Beliau turut yakin sokongan pengundi Melayu kini kembali kepada Pakatan Rakyat terutama selepas beberapa siri kemelut dihadapi Umno kebelakangan ini. “Walaupun kehadiran ceramah tidak menjadi ukuran namun kita dapat anak muda sekarang ini semakin cenderung menyokong PR.
“Saya yakin PRU kali ini akan besar memihak kepada kita,” katanya.
Bubu bukan cucu Sultan Selangor
25 Mei 2012
Tengku Seri Wangsa Diraja, Tengku Datuk Setia Ramli Alhaj Tengku Shahruddin Shah Alhaj berkata, dakwaan tersebut tidak benar memandangkan Sultan Sharafuddin dikurniakan dua puteri iaitu Tengku Zerafina dan Tengku Zatashah serta seorang putera iaitu Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah yang hampir sebaya Raja Mohammad Syazni.
"Saya mengesahkan bahawa Raja Mohammad Syazni Raja Mohammad Rashid bukan cucu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj," katanya kepada Sinar Harian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), semalam.
Terdahulu, Syahrini melalui portal hiburan Indonesia, detikhot. com mendakwa menjalinkan hubungan dengan seorang Kerabat Diraja Selangor, iaitu Raja Mohammad Syazni atau lebih dikenali sebagai Bubu.
Beliau berkata, mereka bercinta sejak dua tahun lalu selepas berkenalan ketika bertemu sempena sambutan tahun baru di Kuala Lumpur pada Disember 2010. Manakala Bubu pula mengesahkan dirinya merupakan Kerabat Diraja Selangor dan bukan berasal dari Bogor dan berketurunan Batak sebagai mana yang dihebohkan media Indonesia sebelum ini.
“Saya ada dengar berita yang tidak menarik mengenai saya. Saya bukan orang Bogor atau Batak. Berita yang anda dengar itu adalah tidak benar.
“Saya keturunan raja, saya adalah cucu Raja Selangor. Nama saya Raja, tak semua orang di Malaysia boleh menggunakan nama itu,” kata Bubu.
Pas perlu nyata pendirian isu PM bukan Melayu
25 Mei 2012
Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata parti itu tidak boleh berdolak-dalik dalam isu berkenaan seperti yang berlaku dalam isu muzakarah.
"Adakah apa yang dilontarkan oleh Karpal Singh secara rasmi menjadi pendirian kepada Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) Parlimen Bagan Datoh di sini, hari ini.
Anggota Parlimen Bagan Datoh itu diminta mengulas laporan sebuah akhbar semalam, yang memetik Pengerusi DAP Karpal Singh sebagai berkata selagi hidup, beliau akan terus berjuang memastikan individu bukan Melayu menjadi Perdana Menteri.
Ahmad Zahid berkata walaupun Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut soal bangsa dalam menentukan jawatan Perdana Menteri tetapi secara konvensyen, perkara itu telah dipersetujui bahawa jawatan tersebut dipegang oleh orang Melayu.
"Kita meminta rakyat membuat penilaian terhadap pendirian dan sikap Pas dalam isu ini," katanya.- Bernama
Karpal tersasul, kata Guan Eng
25 Mei 2012
Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata,Karpal tersasul ketika mengeluarkan kenyataan di khalayak ramai dan ia diputarbelit oleh sesetengah media sehingga menjadi isu besar.
“Beliau (Karpal) tersasul ketika mengeluarkan kenyataan dan saya rasa ia tidak perlu diperbesarkan. Ini hanya satu propaganda oleh sesetengah media sehingga ia menimbulkan keresahan kepada rakyat.
"Sesetengah media yang ‘dipegang’ oleh sebuah parti ini hanya tahu memutar belit fakta sahaja, padahal Karpal hanya tersasul,” katabeliau kepada mediahari ini.
Menurutnya, DAP dan Pakatan Rakyat (PR) masih berpegang teguh dengan pendirian bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilantik menjadi Perdana Menteri jika PR menakluki Putrajaya kelak.
Guan Eng turut menafikan kenyataan kononnya beliau berminat dengan jawatan itu jika benar yang diperkatakan Karpal.
“Saya tidak layak untuk memegang jawatan itu (PM) kerana masih ada calon yang lebih layak,” kata beliau tetapi tidak menyebut nama calon yang dimaksudkannya itu.
Kelmarin,sebuah akhbar melaporkan bahawa Karpal mengeluarkan kenyataan bahawa selagi hidup, beliau akan terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.
Banyak pihak memberi maklum balas berhubung kenyataan itu termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menyalahkan sebuah akhbar dengan berkata Karpal ada memberitahunya bahawa beliau hanya menyebut Perlembagaan membenarkan semua rakyat Malaysia layak menjadi Perdana Menteri tetapi menafikan menyebut ‘selagi hidup’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan