Pertarungan sengit Ikhwan dengan 'feloul' Mubarak
Dr Syed Azman, | 26 Mei 2012 |
Keputusan tidak rasmi yang di keluaran setakat ini menunjukkan calon parti Huriyyah Wal-Adalah (FJP), Ikhwan Muslimin Dr. Mohamad Morsi akan bersaing dengan Ahmed Shafiq bekas Perdana Menteri dan bekas komander tentera udara bekas komander tentera udara ketika pemerintahan Hosni Mubarak, di pusingan kedua yang akan diadakan pada 16 hingga 17 Jun ini.
Adalah dianggarkan lebih 50 peratus penduduk mesir telah keluar mengundi di kalangan 50 juta pengundi yang layak berbuat demikian walaupun Suruhanjaya Pilihanraya belum menyiarkan angka rasmi. Bagi keputusan tidak resmi, Dr. Mohamad Morsi dianggarkan telah memperolehi 27.8% undi, Ahmad Syafik memperolehi 24.6% undi dan di ikuti oleh Hamdeen Sabahi, tokoh berhaluan kiri 18.3% undi dan Dr. Abul Futouh dengan 17.6%. undi. Calon yang banyak mendapat sokongan Kuasa Barat Amar Mousa jauh ketinggalan dengan hanya mendapat kurang dari 10 % undi.
Semasa penulis menziarahi Markaz parti Huriyyah Wal-Adalah (FJP), Ikhwan Muslimin yang terletak di tengah-tengah kota Kairo. Suasana penyokong Ikhwan nampaknya amat ceria dan rata-rata menyatakan bahawa mereka kini cukup bersedia untuk menghadapi pilihanraya Presiden pusingan kedua ini. Kesempatan ini juga di ambil untuk bertemu dan berbincang dengan Dr. Waleed El-Haddad, jurucakap Hal ehwal luar Ikhwan Muslimin dan Dr. Ahmed Hamdy, jurucakap resmi parti FJP.
Sementara itu, Calon Ikhwan dari FJP, Dr. Mohamad Morsi turut menyatakan bahawa FJP kini bersedia untuk memimpin rakyat Mesir kearah politik baru bagi membangun masadepan Mesir yang lebih adil. Beliau turut mempertegaskan bahawa rakyat Mesir mesti menolak calon 'feloul' Ahmed Syafik yang terlibat secara langsung dalam jenayah kekejaman sepanjang pemerintahan rejim Mubarak dan turut menjadi sebahagian dari pimpinan rejim Mubarak.
Lebih menggembirakan lagi apabila Dr. Moneim Abul Futouh yang merupakan bekas pimpinan Ikhwan Muslimin dalam ucapan awal setelah menerima keputusan kekalahan telah secara terbuka menyeru rakyat Mesir agar memberi sokongan penuh kepada calon FJP Dr. Mohamad Morsi. Dr. Abul Futouh juga mahukan rakyat Mesir menolak terus calon 'Feloul' Ahmed Syafik yang di lihat merupakan rangkaian rejim Mubarak dan tangan beliau penuh dengan darah-darah kekejaman terhadap para pejuang kebangkitan rakyat Mesir.
Ya, keputusan tidak resmi ini yang meletakkan calon Ikhwan Dr. Mohamad Morsi berhadapan dengan calon ‘Feloul’ Ahmad Syafik di jangka akan berlangsung sengit. Libih-lebih lagi Ahmed Syafik disokong penuh oleh pihak tentera dan saki-baki penyokonhg Mubarak serta Kuasa Besar Barat dan sekutunya Israel. Mereka akan menggunakan apa cara sekalipun bagi memastikan calon ‘tajaan’ mereka akan menang dalam pilihanraya ini terutamanya bagi menjamin ‘keselamatan’ Israel’ serta perjanjian ‘Camp David’ yang termeterai antara Israel dengan mesir semasa pemerintahan rejim Anwar Sadat dan Mubarak.
Keputusan resmi penuh hanya akan di umumkan pada Selasa depan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Mesir. Saya yakin Mesir selepas kejatuhan rejim zalim Mubarak akan terus berubah dengan “Kuasa rakyat’ akan terus memimpin. Masa depan Ikhwan Muslimin dan gerakan Islam adalah cerah setelah kemenangan awal calon Ikhwan Muslimin. Kemenangan Ikhwan ini jugalah akan juga menjadi inspirasi dan semangat kepada Pas bagi menghadapi PRU -13 akan datang di negara kita Malaysia.
Terbukti Umno cetus kejadian berdarah
Abdul Aziz Mustafa, | 26 Mei 2012 |
Ketika menolak dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa demonstrasi ganas akan dianjurkan tanpa henti jika jika PR tewas dalam pilihan raya umum ke-13, beliau berkata fakta sejarah dengan sendirinya akan mendorong rakyat menolak dakwaan itu.
"Memanglah, saya tak marah langsung dengan apa yang Dr Mahathir kata. Biarlah, dalam negara demokrasi, dia pun ada hak untuk bercakap juga walaupun orang waras tergelak sakan dengan kata-katanya.
"Apa yang penting ialah kita mesti terus mengajak rakyat melihat fakta sejarah yang sebenarnya, walaupun apa pun yang dikatakan oleh siapa pun," katanya.
Mohamad yakin, dalam zaman penyebaran maklumat yang serba pantas dan meluas ini, seseorang yang bercakap tidak berdasarkan apa yang sebenarnya berlaku terdedah kepada pelbagai tuduhan.
"Tidak banyak yang boleh kita buat untuk melarang rakyat yang sakit hati menuduh Dr Mahathir buta, nyanyuk atau gila akibat kenyataannya itu," kata beliau sambil menyatakan simpati kepada bekas Presiden Umno yang kelihatan begitu takut untuk menghadapi perubahan itu.
Beliau juga berharap Dr Mahathir tidak lagi mengulangi kenyataan sedemikian kerana beliau "tidak seronok kalau tokoh yang paling lama menjadi Perdana Menteri itu dituduh dengan pelbagai kata nista".
"Satu dunia tahu bahawa yang tidak henti-henti diserang dengan ganas ialah ceramah-ceramah dan perhimpunan-perhimpunan PR dan juga perhimpunan rakyat yang lain yang menolak Umno dan BN (Barisan Nasional).
"Malah, bukan majlis dan perhimpunan sahaja yang diserang dan diganggu sehingga berkali-kali berlaku kejadian berdarah, rumah kediaman pun mereka serang.
"Rumah saya diserang dan dibakar, rumah (Pengerusi Bersama Bersi, Datuk S) Ambiga mereka pergi tungging punggung dan lakukan pelbagai gangguan," katanya.
Najib: Demokasi bukan 'demo-crazy'
Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menyampaikan amanat kepada
golongan belia agar menolak amalan demonstrasi jalanan kerana ia bukan
sebahagian daripada amalan demokrasi dalam negara ini."Apa yang kita buat tak lain tak bukan kita amalkan demokrasi berparlimen. Demokrasi bukan demonstrasi jalanan, tendang anggota polis.
"Itu bukan demokrasi, itu 'demo-crazy'," kata Najib sewaktu merasmikan Hari Belia Negara 2012 di Putrajaya petang tadi.
Dalam ucapan sama, Najib turut memuji golongan belia yang hadir pada sambutan itu.
Beliau menyifatkan mereka sebagai belia yang "mencerminkan hari esok yang lebih baik dari hari ini".
"Belia yang beradab, berhemat mulia, belia yang menghormati undang-undang.
"Inilah belia yang menjamin masa depan negara kita," kata Najib.
Sambutan Hari Belia Kebangsaan yang juga dikenali sebagai Himpunan Jutaan belia disambut sejak 23 Mei lalu dan akan berakhir esok 27 Mei.
Bertemakan "Jadikan Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini", ia dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Parlimen Putrajaya.
Bekas IGP: Ceramah balas undang masalah
Ceramah
balas di kawasan berdekatan tidak harus dibenarnya kerana ia
seolah-olah mengundang masalah, kata bekas Ketua Polis Negara Tan Sri
Musa Hassan.Pergaduhan boleh berlaku sekiranya ia tetap diadakan, kata Musa dalam wawancara dengan Malaysiakini semalam.
Menurutnya lagi, apabila tercetus insiden, kedua-dua belah pihak kemudiannya akan saling menyalahkan satu sama lain dan sukar dicari siapa yang bertanggungjawab.
Ditanya sama ada polis patut campur tangan, Musa berkata, tanggungjawab harus diberikan kepada peserta ceramah untuk mengawal emosi mereka sendiri.
Katanya, oleh kerana Malaysia negara demokratik, setiap pihak boleh saling mengkritik satu sama lain tetapi kemarahan itu tidak boleh disalurkan sebagai keganasan.
Dalam insiden di Pantai dalam dekat ibu negara kelmarin, dua penyokong Pakatan Rakyat cedera, termasuk seorang kanak-kanak ekoran ketegangan daripada ceramah PKR dan Umno yang berlangsung bersebelahan.
Izzah: Video ceramah bukti terbaik
Ahli
Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini menolak dakwaan Umno
Lembah Pantai bahawa PKR memulakan provokasi sewaktu kejadian baling
batu dan telur pada ceramah berkembar di Pantai Dalam Khamis lalu.
"Saya nak tanya dua jam lebih Ummi Hafilda dan penceramah lain keluar kata-kata kesat kepada Anwar, kami tak buat apa-apa.
"Itu pun, on record, kita minta semua bersabar," kata naib presiden PKR itu.
Menurutnya, bukti terbaik yang akan menjelaskan kejadian sebenar pada malam itu adalah rakaman video yang dibuat wartawan portal berita yang membuat liputan ceramah itu.
"Bukti terbaik adalah video rakaman," katanya.
Ketua Pemuda Umno Lembah Pantai Mohamad Sazali Kamilan pagi tadi mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat provokasi menyebabkan berlakunya ketegangan dan kecederaan dalam insiden itu.
Beliau mendakwa, Anwar pada malam itu mengeluarkan kenyataan berbunyi: "Pemuda Umno sial, Pemuda Umno celaka".
Nurul Izzah berkata, tindakan Umno Lembah Pantai yang tidak menafikan insiden itu dan hanya menuding jari kepada Anwar merupakan "pengakuan" mereka memang terlibat.
Katanya, Ketua Umno bahagian Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin juga tidak tampil menafikannya.
"Jadi saya anggap itu merupakan satu pengakuan," kata Izzah lagi.
Beliau membuat kenyataan itu selepas menemani mangsa yang terkena balingan objek keras di kepala pada malam ceramah, Raja Ismail Raja Din, 60, membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Pantai dekat ibu negara.
Ahli PKR Petaling Jaya Selatan itu mendakwa beliau terasa dilastik berulang-kali dengan objek dipercayai besi gegalas (bearing) pada malam kejadian.
Turut menemani Raja Ismail membuat laporan tengah hari tadi ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Haniza Talha.
Asrul, peserta BERSIH yang mungkin buta sebelah mata akibat terkena kanister gas pemedih mata dalam perhimpunan di Kuala Lumpur pada 28 April lalu, berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang membantunya.
Lelaki 26 tahun itu berkata, sifat murah hati dan sokongan awam akan memberikan motivasi padanya untuk berjuang ke arah Malaysia yang lebih baik.
"Jutaan terima kasih kepada semua pihak atas sikap ambil berat dan sumbangan rakyat Malaysia tidak mengira kaum dan bangsa," katanya kepada Malaysiakini.
Ketua Pemuda Umno bahagian itu Mohamad Sazali Kamilan mendakwa, Anwar pada malam itu mengeluarkan kenyataan berbunyi: "Pemuda Umno sial, Pemuda Umno celaka".
Dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, Mohamad Sazali berkata, daripada ucapan itu boleh dijangkakan apa yang bakal terjadi.
Dalam ceramah di Pantai Dalam malam tadi, seorang warga emas dan kanak-kanak 12 tahun cedera terkena balingan batu daripada kawasan ceramah Umno yang hanya beberapa meter sahaja dari ceramah PKR.
Rajah berkata, laporan itu dibuat di ibu negara kerana beliau tidak percaya pada polis setempat.
Beliau juga secara sinis berkata polis Merlimau dan Umno seperti saudara.
Dalam laporannya, Rajah berkata, demonstrasi oleh Umno tempatan dan cawangan PERKASA menentang rancangan penganjuran majlis minum petang bersama Pengerusi Bersama BERSIH S Ambiga melanggar Akta Perhimpunan Aman.
Rajah yang juga seorang peguam berkata, peserta mencabuli Seksyen 4 akta itu, yang antara lain melarang demonstrasi jalanan.
Anggota Dewan Undangan Negeri Seputeh itu berkata, rakyat Malaysia tidak syak lagi hidup dalam ketakutan dan malu akibat insiden itu.
"Adakah ini konsep 1Malaysia yang dikempen oleh kerajaan? Inikah Pergerakan Global untuk Kesederhanaan yang dipromosikan perdana menteri?
"Inikah maksudnya pilihan raya bebas dan adil," soal Teresa merujuk kepada pelbagai insiden dalam ceramah Pakatan termasuk di Merlimau, Lembah Pantai, Bangi and Kuala Kangsar dalam masa terdekat.
Sementara itu, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan pula berkata, insiden keganasan, terutamanya di Lembah Pantai amat dikesali, lebih-lebih lagi apabila ia berlaku dalam kawasan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.
"Insiden ini juga memperlihatkan seolah-olah ada pihak merasa amat cemas dengan kebangkitan rakyat dan gerun mendengar pendedahan demi pendedahan mengenai skandal pemimpin-pemimpin Umno yang semakin terbongkar," kata timbalan ketuanya Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.
Di samping itu, 14 orang turut ditahan.
Menurut pekerja, lebih 40 anggota polis dan 15 pegawai imigresen tiba dalam dua trak dan kereta peronda di rumah mereka di Kampung Baru Balakong pada awal pagi Sabtu.
Serbuan pada jam 1 pagi itu berlaku sejurus selepas hari gaji untuk hampir 200 pekerja Burma di kilang berdekatan.
"Saya percaya mereka memerhati dan tahu bahawa ia hari gaji kepada pekerja," kata Father George Harrison yang mewakili pekerja asing itu.
Pembantu jemaah paderi itu memberitahu Malaysiakini bahwa kesemua rakyat Burma itu mempunyai permit kerja yang sah dan dokumennya tersimpan dengan baik.
"Saya nak tanya dua jam lebih Ummi Hafilda dan penceramah lain keluar kata-kata kesat kepada Anwar, kami tak buat apa-apa.
"Itu pun, on record, kita minta semua bersabar," kata naib presiden PKR itu.
Menurutnya, bukti terbaik yang akan menjelaskan kejadian sebenar pada malam itu adalah rakaman video yang dibuat wartawan portal berita yang membuat liputan ceramah itu.
"Bukti terbaik adalah video rakaman," katanya.
Ketua Pemuda Umno Lembah Pantai Mohamad Sazali Kamilan pagi tadi mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat provokasi menyebabkan berlakunya ketegangan dan kecederaan dalam insiden itu.
Beliau mendakwa, Anwar pada malam itu mengeluarkan kenyataan berbunyi: "Pemuda Umno sial, Pemuda Umno celaka".
Nurul Izzah berkata, tindakan Umno Lembah Pantai yang tidak menafikan insiden itu dan hanya menuding jari kepada Anwar merupakan "pengakuan" mereka memang terlibat.
Katanya, Ketua Umno bahagian Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin juga tidak tampil menafikannya.
"Jadi saya anggap itu merupakan satu pengakuan," kata Izzah lagi.
Beliau membuat kenyataan itu selepas menemani mangsa yang terkena balingan objek keras di kepala pada malam ceramah, Raja Ismail Raja Din, 60, membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Pantai dekat ibu negara.
Ahli PKR Petaling Jaya Selatan itu mendakwa beliau terasa dilastik berulang-kali dengan objek dipercayai besi gegalas (bearing) pada malam kejadian.
Turut menemani Raja Ismail membuat laporan tengah hari tadi ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Haniza Talha.
Asrul tersentuh dengan pembaca, KM
Pembaca Malaysiakini
dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng nyata tersentuh dengan
keberanian dan keazaman Asrul Wadi Ahmad yang mahu terus berjuang untuk
pilihan raya bersih dan adil.Asrul, peserta BERSIH yang mungkin buta sebelah mata akibat terkena kanister gas pemedih mata dalam perhimpunan di Kuala Lumpur pada 28 April lalu, berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang membantunya.
Lelaki 26 tahun itu berkata, sifat murah hati dan sokongan awam akan memberikan motivasi padanya untuk berjuang ke arah Malaysia yang lebih baik.
"Jutaan terima kasih kepada semua pihak atas sikap ambil berat dan sumbangan rakyat Malaysia tidak mengira kaum dan bangsa," katanya kepada Malaysiakini.
Umno: Anwar provokasi insiden Lembah Pantai
Umno
Lembah Pantai hari ini mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar
Ibrahim bertanggungjawab membuat provokasi menyebabkan berlakunya
ketegangan dan kecederaan dalam ceramah Pakatan Rakyat kelmarin.Ketua Pemuda Umno bahagian itu Mohamad Sazali Kamilan mendakwa, Anwar pada malam itu mengeluarkan kenyataan berbunyi: "Pemuda Umno sial, Pemuda Umno celaka".
Dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, Mohamad Sazali berkata, daripada ucapan itu boleh dijangkakan apa yang bakal terjadi.
Dalam ceramah di Pantai Dalam malam tadi, seorang warga emas dan kanak-kanak 12 tahun cedera terkena balingan batu daripada kawasan ceramah Umno yang hanya beberapa meter sahaja dari ceramah PKR.
Penganjur acara Merlimau lapor polis di KL
Ketua
Dewan Himpunan Penyokong PAS Melaka Rajah Shanmugam hari ini membuat
laporan polis di Balai Polis Jalan Bandar, Kuala Lumpur berhubung
kekecohan Sabtu lalu dalam acara mereka di Merlimau.Rajah berkata, laporan itu dibuat di ibu negara kerana beliau tidak percaya pada polis setempat.
Beliau juga secara sinis berkata polis Merlimau dan Umno seperti saudara.
Dalam laporannya, Rajah berkata, demonstrasi oleh Umno tempatan dan cawangan PERKASA menentang rancangan penganjuran majlis minum petang bersama Pengerusi Bersama BERSIH S Ambiga melanggar Akta Perhimpunan Aman.
Rajah yang juga seorang peguam berkata, peserta mencabuli Seksyen 4 akta itu, yang antara lain melarang demonstrasi jalanan.
Exco: Batu dan telur idea p'raya bebas Najib?
Exco
Selangor Teresa Kok mempersoalkan tindakan perdana menteri berdiam diri
terhadap "serangan ganas" terhadap ceramah Pakatan Rakyat akhir-akhir
ini sebagai idea sederhana yang dipromosikannya.Anggota Dewan Undangan Negeri Seputeh itu berkata, rakyat Malaysia tidak syak lagi hidup dalam ketakutan dan malu akibat insiden itu.
"Adakah ini konsep 1Malaysia yang dikempen oleh kerajaan? Inikah Pergerakan Global untuk Kesederhanaan yang dipromosikan perdana menteri?
"Inikah maksudnya pilihan raya bebas dan adil," soal Teresa merujuk kepada pelbagai insiden dalam ceramah Pakatan termasuk di Merlimau, Lembah Pantai, Bangi and Kuala Kangsar dalam masa terdekat.
Sementara itu, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan pula berkata, insiden keganasan, terutamanya di Lembah Pantai amat dikesali, lebih-lebih lagi apabila ia berlaku dalam kawasan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.
"Insiden ini juga memperlihatkan seolah-olah ada pihak merasa amat cemas dengan kebangkitan rakyat dan gerun mendengar pendedahan demi pendedahan mengenai skandal pemimpin-pemimpin Umno yang semakin terbongkar," kata timbalan ketuanya Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.
'Kenapa polis serbu pekerja asing waktu gaji?'
Sekumpulan
pekerja Burma menyatakan perasaan tidak puas hati dengan serbuan polis
dan imigresen ke setinggan mereka di Kajang yang menyaksikan 31 telefon
bimbit dan wang tunai RM11,000 dirampas.Di samping itu, 14 orang turut ditahan.
Menurut pekerja, lebih 40 anggota polis dan 15 pegawai imigresen tiba dalam dua trak dan kereta peronda di rumah mereka di Kampung Baru Balakong pada awal pagi Sabtu.
Serbuan pada jam 1 pagi itu berlaku sejurus selepas hari gaji untuk hampir 200 pekerja Burma di kilang berdekatan.
"Saya percaya mereka memerhati dan tahu bahawa ia hari gaji kepada pekerja," kata Father George Harrison yang mewakili pekerja asing itu.
Pembantu jemaah paderi itu memberitahu Malaysiakini bahwa kesemua rakyat Burma itu mempunyai permit kerja yang sah dan dokumennya tersimpan dengan baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan