Jumaat, 20 April 2012

SAPE NAK MENGAKU BERAK TENGAH JALAN...ALLAH SAJA YANG TAHU SAPE DALANG...DONT BE KHUATIR BALASAN ALLAH AKAN TURUN JUA...DOA KUAT2..

Tiada duit S'gor untuk kempen Pakatan
Kerajaan Selangor menafikan rancangannya mengadakan pilihan raya negeri tidak serentak dengan Pusat bertujuan untuk menggunakan sumber negeri bagi membantu kempen Pakatan Rakyat di negeri lain.

NONE"Exco nak dapat satu sen pun susah, ni nak bagi dekat negeri-negeri lain," kata exco pendidikan negeri Dr Halimah Ali sambil diiringi gelak ketawa rombongan Selangor bertemu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya hari ini.

Sebelum itu Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim cuma tersenyum ketika diajukan soalan sama ketika ditemui pemberita selepas sesi membincangkan isu pembersihan daftar pemilih.

"Saya tak nak jawab perkara itu," jawapnya ringkas.

Majlis Pimpinan Pakaran semalam mencadangkan Selangor supaya tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk pilihan raya umum ke-13 sehingga daftar pemilih negeri itu tidak dibersihkan.

NONETimbalan Bendahari MCA Selangor Lee Ban Seng pula hari ini mendakwa Pakatan cuba menggunakan sumber Selangor untuk membiayai program parti di negeri lain.

Beliau mendakwa kerajaan Selangor pimpinan PKR seolah-olah menjadi "mesin ATM" kepada Pakatan.

Sementara itu, seorang lagi exco kerajaan Selangor Rodziah Ismail pula hanya menambah ringkas dengan berkata: "MCA memang macam itu."

Sementara itu, ditanya sama ada kerajaan negeri membincangkan soal pilihan raya berasingan dengan Pusat, Khalid berkata perkara tersebut tidak dibincangkan.

NONE"Kami tidak membincangkan perkara tersebut... Ia bukan keputusan SPR (untuk putuskan buat berasingan)," kata Khalid.

Pertemuan rombongan kerajaan negeri yang turut disertai Speaker Datuk Teng Chang Khim berlangsung selama lebih dua jam berakhir 5.30 petang tadi.
S'gor guna ketua kg, JKKK bersihkan daftar pemilih
Kerajaan negeri Selangor akan mengarahkan kakitangan kerajaan negeri seperti ketua kampung dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) bagi membantu memastikan senarai daftar pemilih bersih dan teratur.

Program yang dikenali "Selangorku Bersih" akan dilancarkan sebagai cara kerajaan negeri membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan senarai daftar pemilih khususnya di negeri Selangor.

"Kerajaan Selangor percaya bahawa demokrasi harus mencerminkan kuasa rakyat dalam membuat pilihan adil dan bersih.

"Rakyat berhak mendapat sebuah kerajaan yang telus dan bertanggungjawab," kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim kepada pemberita selepas pertemuan kira-kira dua jam dengan SPR di Putrajaya hari ini.

Menurut Khalid, antara perkara yang dibincangkan dengan SPR termasuk isu isu pembersihan daftar pemilih di Selangor yang melibatkan rekod perpindahan kawasan tanpa pengetahuan pengundi.

"Kami memaklumkan kepada SPR bahawa kerajaan negeri memandang serius pergerakan dan pemindahan pengundi ke dalam Selangor dan mahu SPR mengambil langkah tertentu untuk membersihkan daftar pengundi,"katanya.

Turut menyertai rombongan berkenaan adalah semua barisan exco kerajaan negeri termasuk Speaker Datuk Teng Chang Khim.

Dalam sidang media itu, exco Selangor Teresa Kok turut membangkitkan pertambahan peratusan bilangan pengundi di beberapa kawasan DUN dan Parlimen di negeri Selangor.

Katanya di peringkat DUN, Batang Kali memperlihatkan peningkatan tinggi sebanyak 41 peratus daripada jumlah keseluruhannya 39,928 orang.

Manakala di Bukit Lanjan mencecah 34 peratus daripada jumlah keseluruhan 35,257 pengundi dan Paya Jaras sebanyak 31 peratus daripada jumlah keseluruhan sebanyaj 39,061 orang.
Polis: Kami tiba ke Dataran dalam 6 minit
Pihak polis menafikan lambat bertindak terhadap insiden kekasaran terhadap mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka bagi menuntut pemansuhan pinjaman pelajaran awal pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, dua anggota polis berpakaian biasa sudah berada ketika kejadian 2.40 pagi tadi dan 10 anggota berpakaian seragam tiba enam minit kemudian.

NONE
Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat polis di Kuala Lumpur, beliau juga menafikan pasukan penguatkuasa hanya sekadar memerhatikan insiden itu tanpa mengambil sebarang tindakan.

Mohmad sementara itu dipetik Bernama sebagai berkata jika benar kedatangan pihak polis lewat, tidak mustahil peserta berkenaan yang berkhemah di Dataran Merdeka sejak Sabtu lepas bagi membantah PTPTN boleh mengalami kecederaan yang lebih serius atau terbunuh.

NONEBeliau berkata disebabkan ketangkasan pihak polis juga seorang daripada anggota kumpulan penyerang itu berumur 28 tahun dan bekerja sendiri telah ditangkap untuk membantu siasatan dan ditahan reman sehingga 24 April ini.

Katanya lagi, tuduhan itu adalah  melulu kerana enam buah MPV peronda polis bersama pegawai DBKL tiba lima minit selepas insiden itu berlaku.

"Malah disebabkan kejadian kira-kira pukul 2.40 pagi itu, dua detektif polis cedera di bahagian belakang ketika cuba meleraikan pergaduhan.
NONE"Serangan itu dilakukan sekumpulan 30 hingga 40 orang yang berumur lingkungan 20 dan 30-an yang memakai baju hitam," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur.

Mohmad berkata dalam kejadian itu seorang ahli perniagaan berumur 40 tahun cedera di mata dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur, namun polis masih belum dapat mengenal pasti sama ada mangsa adalah penyerang atau peserta.

"Setakat ini polis telah menerima enam laporan daripada pegawai polis, pegawai DBKL serta seorang mangsa yang cedera. Polis masih tidak dapat mengesan punca mereka diserang dan kita akan merakam keterangan mangsa serta lelaki yang ditahan itu untuk siasatan lanjut," katanya.
Umno tangkis dakwaan terlibat serangan
Ketua penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menepis dakwaan yang mengaitkan serangan ke atas siswa yang berkhemah di Dataran Merdeka dalam satu kejadian awal pagi ini.

Dengan sinis, beliau berkata orang akan menyalahkan Umno atas semua masalah yang dihadapi mereka.

"Kalau ada kereta bocor di tepi jalan itu salah Umno. Kalau ada motorsikal bocor itu salah Umno. Kalau ada basikal bocor di tepi jalan di dalam hutan yang tak ada orang lalu lalang, itu pun salah Umno.
"Mereka ini sudah bankrap idea, semua salahkan Umno. Ada orang liwat orang lain, Umno yang kena. Dia yang sedap, kita yang kena," katanya lagi ketika ditemui di bangunan Parlimen hari ini.

Ditanya lanjut mengenai dakwaan siswa berkenaan yang mengaitkan tindakan samseng itu dengan parti Umno, Ahmad berkata: "Saya tak tahu, saya sedang tidur semalam. Orang tidur di rumah, bukan di padang."
Ahmad mengulas kes melibatkan sekumpulan individu tidak dikenali yang merosakkan khemah dan menyerang kumpulan pelajar yang berhimpun di Dataran Merdeka, awal pagi ini.
Seorang detektif polis turut cedera dalam kes yang disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (Rusuhan) itu.

Kenyataannya Ahmad itu juga timbul susulan tuntutan oleh pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin kepada Umno supaya bertanggungjawab atas serangan berkenaan.

Badrul Hisham menyuarakan cabaran itu dalam satu kenyataan hari ini.
"Seperti dijangka Umno yang terdesak dengan sekumpulan pelajar yang membuat keputusan nekad untuk berkhemah di Dataran Merdeka dalam protes mereka terhadap PTPTN dan tuntutan pendidikan percuma bertindak di luar norma biasa," katanya lagi.
Menteri: Hati-hati dakwaan serangan di Dataran
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyeru orang ramai supaya berhati-hati dengan dakwaan bahawa pelajar yang berkhemah di Dataran Merdeka diserang.

NONETanpa mengutuk serangan tersebut, Hishammuddin berkata dakwaan itu boleh disebarkan melalui sistem SMS dan media dalam talian untuk membangkitkan kemarahan masyarakat umum.

Katanya dakwaan seperti itu juga pernah digunakan sebelum ini untuk mebangkitkan emosi orang ramai dalam isu perkauman, agama dan kini melibatkan pelajar.

Beliau juga menasihati anggota masyarakat supaya tidak bertindak balas dan membezakan di antara dakwaan betul dan palsu.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, Hishammuddin turut menyarankan supaya kes tersebut disiasat oleh agensi terbabit.

Beliau mengulas insiden melibatkan sekumpulan individu tidak dikenali yang merosakkan khemah dan menyerang kumpulan pelajar yang berhimpun di satu sudut di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Seorang daripada pelajar berkenaan dibawa ke hospital ekoran kecederaan yang dialami akibat serangan tersebut.
'Samseng' serang pelajar berkhemah di Dataran
Seorang siswa cedera apabila kumpulan yang berkhemah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur diserang sekumpulan lelaki yang didakwa 'samseng' dalam satu kejadian awal pagi ini, menurut saksi.
Kumpulan itu mengepung pelajar di tapak khemah tersebut dan mula mengganggu serta kumpulan siswa berkenaan dalam kejadian bermula kira-kira jam 2.45 pagi.

thugs attacked student in dataran merdeka scene after the attack an injured studentKoordinator Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (Dema), Heng Kiah Chun memberitahu Malaysiakini bahawa kumpulan tersebut kemudiannya mengasari siswa berkenaan dan turut merobohkan khemah mereka.
Pelajar yang mengalami kecederaan itu dibawa ke hospital.
Heng berkata, siswa berkenaan bagaimanapun tetap bertenang dalam situasi tersebut.

Kumpulan itu juga naik berang apabila pelajar berkenaan cuba merakam insiden tersebut menggunakan kamera dan telefon bimbit.
student assault by gangsterMereka kemudiannya merosakkan sebahagian daripada alat rakaman tersebut.

Heng berkata, pegawai polis seramai lebih sepuluh orang yang berada berdekata kawasan itu juga tidak bertindak sehinggalah pemimpin pelajar berkenaan meminta pertolongan daripada mereka.

Kumpulan berkenaan meninggalkan kawasan itu apabila polis tiba dan beberapa orang daripada mereka turut ditahan, menurut saksi.

Kira-kira 100 orang pelajar berkenaan berkhemah di kawasan itu sejak Sabtu lalu untuk menuntut pendidikan tinggi percuma dan juga supaya pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dihapuskan.

Pelajar berkenaan telah membuat laporan polis atas insiden tersebut hari ini.
Dalam satu kenyataan di Facebook hari ini, Polis Diraja Malaysia berkata pasukan itu telahpun memulakan siasatan terhadap insiden itu mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (Rusuhan).

"Orang ramai yang melihat dan mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut diminta tampil memberi maklumat di mana-mana balai polis yang berhampiran bagi membantu pihak polis mengenal pasti mereka yang terlibat," kenyataan itu dipetik.
Siswa mahu polis bertanggungjawab
Sekumpulan mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka sejak Sabtu lalu bagi menuntut pemansuhan pinjaman pelajaran mereka mendesak agar pihak polis bertanggungjawab terhadap insiden serangan terhadap mereka awal pagi tadi.

NONEKumpulan yang menamakan diri mereka "Malaysia Bangkit" berkata, sebagai badan yang menjaga keselamatan orang awam, pihak polis sepatutnya mengawal keadaan dan memastikan insiden malam tadi tidak berulang.

"Kita duduk secara aman. Kita berhimpun untuk dapatkan pendidikan percuma.

"Kita mahu respon segera daripada polis dan DBKL yang ada semalam dan minta agar perkara seperti ini tidak diulangi lagi," kata pengerusinya Mohd Syahid Mohd Zaini (kiri) dalam sidang media di Dataran Merdeka hari ini.

Beliau juga mendakwa, ketika kejadian, pihak polis dan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) didakwa hanya memerhatikan sahaja tindakan itu.

"Pagi tadi, lima buah kereta polis dan pihak DBKL (hadir). Apa yg kita kesal mereka hanya melihat tanpa ada respon.

"Sikap mereka perlu diubah untuk melindungi kita. Mereka perlu bertangunggjawab," katanya.

Menteri: Jangan tagih simpati
Sementara itu, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang hari ini menyelar kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin yang antaranya meminta mahasiswa tidak menagih simpati dengan insiden itu.

muhammad safwan anang launch police report 050112 safwan anang 03Safwan (kanan) berkata, kenyataan tersebut tidak wajar dikeluarkan oleh seorang menteri.

"Saya kesal dengan kenyataan Datuk Khaled. Jangan aniya rakyat sendiri. Kita hanya tuntut pelajaran percuma. Tetapi suruh kita tanggug sendiri.

"Kenapa polis berjaga di tepi-tepi ini dan tak pertahan kami dari dipukul dan dari barang kami dirampas? Kalau kami salah, kita mesti dah ditangkap dan dipenjarakan. Tapi bila berlaku kejadian semalam (pagi tadi), mereka hanya tengok sahaja," ujarnya.

Khaled ketika mengulas insiden itu di laman Twitter hari ini berkata: "Takde siapa pun suruh berkhemah di Dataran, bila berlaku apa2 perkara, jgn tagih simpati."




Saran siswa 'jangan tagih simpati', menteri dikecam
Reaksi Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berhubung insiden serangan ke atas sekumpulan siswa di Dataran Merdeka hari ini menerima kecaman daripada pemimpin pelajar terbabit.

Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Mohd Zaini dalam satu sidang media berkata, Mohamed Khaled tidak sepatutnya bertindak "angkuh" dengan mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Mohd Syahid berkata, Mohamed Khaled sepatutnya mendengar keluhan pelajar berkenaan dan bukannya melayan mereka seperti anak kecil.

Menteri tersebut tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu, kata Mohd Syahid lagi dalam satu sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Mohamed Khaled dalam reaksinya ke atas insiden tersebut menulis di Twitter: "Tiada siapa pun suruh berkhemah di Dataran, bila berlaku apa-apa perkara, jangan tagih simpati."

Beliau mengulas insiden melibatkan sekumpulan individu tidak dikenali yang merosakkan khemah dan menyerang kumpulan pelajar yang berhimpun di satu sudut di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Seorang daripada pelajar berkenaan dibawa ke hospital ekoran kecederaan yang dialami ekoran serangan pada awal pagi ini.

Budaya samseng seolah-olah dibenarkan

Hazayani Zakaria, 19 Apr 2012
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mengecam tindakan sekumpulan samseng menyerang perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka awal pagi tadi yang disifatkan sebagai biadab.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun terdapat perbezaan pendapat yang ketara, budaya samseng tidak boleh diamalkan.

"Saya dan teman-teman mengutuk keras tindakan biadab gerombolan penjahat yang menyerbu dan menyerang anak-anak kita di Dataran Merdeka.

"Saya ingin mengingatkan beberapa perkakas mereka yang seolah-olah menyokong tindakan ini. Kita boleh bebeza pendapat, kita boleh menganggap anak-anak itu bersalah, kita mungkin tidak bersetuju keras dengan mereka tapi ingat, jangan guna kuasa rakus mereka untuk memukul anak-anak.

"Siapa yang beri hak kepada mereka? Apakah samseng boleh mengatasi undang-undang?" kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga mempersoal sikap berdiam diri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein walaupun sudah beberapa kali kejadian sedemikian berlaku.

"Ini bukan kali pertama. Ketika saya diserang cermin kereta dipecahkan, Nurul Izzah diserang dan sebelum ini di Lembah Pantai Adam Adli diserang.

"Apa negara ini (menerima) budaya samseng? Apa Datuk Najib tidak rasa bertanggungjawab sedikit? Bukankah dia seorang ayah? Apakah Menteri Dalam Negeri lepas tangan begitu sahaja? soalnya.

Justeru beliau meminta semua pihak menerima perbezaan pendapat tanpa menggunakan kekerasan.

"Apa kata kalau seorang penyokong Umno diserang begitu, terus jadi isu besar. Ini bukan soal politik. Ini soal jenayah.

"Kita harus belajar berbeza pendapat dan harus menghormati hak masing-masing," katanya yang juga Ketua Pembangkang.

Kira-kira jam 2.30 pagi tadi, sekumpulan lebih kurang 40 samseng berpakaian serba hitam menyerang perkhemahan mereka dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Samseng itu turut meroboh khemah, memukul mahasiwa dan orang ramai yang menyokong perkhemahan dengan menumpu sasaran terhadap mereka yang membawa kamera dan perakam video.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan