Khamis, 26 April 2012

KEPINCANGAN DAN KETIDAK BETULNYA BEGITU JELAS....AGAK PAYAH DINAFIKAN...JIKA BENAR ADA PENIPUAN...MAKA HILANGLAH MARUAH DIRI..TAK KIRALAH MENANG ATAU KALAH...

Naib pengerusi DAP bantah BERSIH di Dataran
Naib Pengerusi DAP, Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim hari ini mengeluarkan kenyataan tidak menyokong himpunan BERSIH 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada Sabtu ini.

"Kebanyakan himpunan akan bermula dengan aman dan berakhir dengan keganasan. Siapa yang akan bertanggungjawab tentang keselamatan mereka?

NONE"Saya menolak mana-mana pihak yang melakukan perkara menjurus kepada pelanggaran undang-undang," katanya.

Ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, Tunku Abdul Aziz menegaskan, BERSIH 3.0 tidak wajar diadakan di Dataran Merdeka kerana ia mengajak rakyat melanggar undang-undang.

Menurut Tengku Aziz lagi, keselamatan peserta yang hadir pada himpunan itu juga tidak terjamin.

Tambahnya, penganjur perhimpunan seharusnya menerima pelawaan oleh pihak berkuasa untuk mengadakan himpunan tersebut di tempat yang lebih selamat.

"Sebenarnya mereka nak protes. Kenapa perlu lakukan di sana? (Dataran Merdeka) sedangkan DBKL sudah tidak membenarkan.

"Nanti akhirnya yang akan dipersalahkan ialah pihak berkuasa. Ini tidak adil.

"Mesti ada jalan lain tanpa melakukannya di jalanan... Ada saluran lain yang boleh digunakan seperti di Parlimen. Tetapi jangan melanggar undang-undang," tegasnya.

Sehubungan itu, Tunku Aziz berkata, walaupun beliau merupakan sebahagian daripada pimpinan Pakatan Rakyat, tetapi ia tidak menghalangnya untuk memberi pendapat peribadi.

Jelasnya, pendirian itu juga tiada kaitan dengan keputusan partinya.

"Walaupun kita daripada parti tetapi tidak bermakna kita perlu rasa bersalah dengan pendirian kita. Kadang kala kita sokong dan ada kalanya tidak," ujarnya.
Tunku Abdul Aziz patut dipuji, kata MCA
Pemuda MCA memuji Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim kerana "berpegang teguh kepada prinsip" dalam menolak penggunaan Dataran Merdeka untuk perhimpunan BERSIH pada 28 April.

NONEDalam satu siaran akhbar hari ini, Setiausaha Agung Pemuda MCA
Chai Kim Sen (kanan) memuji Tunku Abdul Aziz kerana meminta BERSIH menerima cadangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya menukar lokasi perhimpunan itu, dan menyifatkannya sebagai "agak rasional".

Beliau juga menyifatkan naib pengerusi DAP itu sebagai "contoh yang baik" untuk pemimpin-pemimpin lainnya, sambil memuji beliau kerana mengutamakan kepentingan terbaik negara dan bukannya untuk kepentingan politik.

"Komen beliau dibuat selepas mengambil kira kebajikan negara kita.

"Ini harus diberikan pujian dan saya harap DAP tidak akan mengambil apa-apa tindakan tatatertib terhadapnya," Chai (kiri).

Tunku Aziz: Pandangan peribadi, sokong usaha Bersih

Harakahdaily, 26 Apr 2012
KUALA LUMPUR: Naib Pengerusi DAP, Senator Tunku Abdul Aziz menjelaskan, kenyataan beliau tidak bersetuju perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka adalah pandangan peribadi beliau sahaja.

"Itu pandangan peribadi saya sahaja (berhimpun di Dataran Medeka). Bagaimanapun saya bersetuju dengan pandangan yang diumumkan oleh Setiausaha Agung DAP, yang menyokong sepenuhnya usaha Bersih untuk mendapatkan pilihan raya yang bersih, bebas dan adil serta hak untuk berhimpun secara aman," kata Tunku Aziz dalam kenyataannya.

Media hari ini melaporkan Tunku Abdul Aziz  mengeluarkan kenyataan tidak menyokong himpunan Bersih 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada Sabtu ini.

"Kebanyakan himpunan akan bermula dengan aman dan berakhir dengan keganasan. Siapa yang akan bertanggungjawab tentang keselamatan mereka?

"Saya menolak mana-mana pihak yang melakukan perkara menjurus kepada pelanggaran undang-undang," katanya sebelum ini sebagaimana yang dipetik oleh media.

Bagi Abdul Aziz, perbezaan pendapat tidak mendatangkan sebarang masalah dalam DAP kerana membenarkan kepelbagaian pendapat.

"Walaupun mempunyai pendapat peribadi, yang dibenarkan parti sebagai sebuah parti yang membenarkan perbezaan pendapat, saya menyokong pendirian parti untuk mendapatkan pilihan raya yang bersih, adil dan bebas," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan petang ini.
NFC mahu saman Rafizi, bank
Pengerusi National Feedlot Corporation (NFC) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail merancang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pengarah strategi PKR Rafizi Ramli dan juga ke atas sebuah bank berhubung dakwaan pendedahan maklumat peribadi perbankan.

Satu kenyataan NFC hari ini menyebut, tindakan itu diambil ke atas Rafizi ekoran pendedahan berhubung maklumat perbankan mereka melalui satu sidang media pada 7 Mac lalu.

Mohamad Salleh mendakwa Rafizi menyebarkan butiran perbankan dan penarafan kredit syarikat NFC serta empat lagi syarikat berkaitan – National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd, Real Food Company Sdn Bhd dan Agroscience Industries Sdn Bhd.

Selain itu, Rafizi juga didakwa mendedahkan butiran perbankan peribadi pengarah dan pemegang saham syarikat berkenaan tanpa keizinan mereka.
Tindakan itu didakwa melanggar peruntukan undang-undang bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia).
Menurut kenyataan itu lagi, peguam Mohamad Salleh juga akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Rafizi kerana menyebarkan dan menyiarkan kenyataan fitnah ke atas dirinya.
Mohamad Salleh mendakwa, Rafizi "memperdaya media dan orang ramai dengan sengaja memutarbelit fakta" dengan mengatakan bahawa pengarah NFC menggunakan pinjaman mudah oleh kerajaan bagi mendapatkan pinjamat untuk membeli hartanah KL Eco City di Kuala Lumpur.

“Tidak pernah apa-apa pinjaman dibuat untuk pelaburan KL Eco City," kenyataan itu dipetik.

Syarikat berkenaan juga membuat aduan rasmi kepada Bank Negara Malaysia terhadap bank yang dikaitkan dengan pendedahan maklumat tersebut.
Peguam syarikat dan pengarah berkenaan pula sedang membuat persediaan untuk memfailkan saman ke atas bank berkenaan "yang gagal memenuhi permintaan syarikat dan pengarahnya."

Mohamad Salleh membuat dua laporan polis berhubung dakwaan berkenaan hari ini, menurut kenyataan itu lagi.
'Tanah bekas IPD diberi pada syarikat senator Umno'
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini mendakwa, pemberian tanah bekas tapak ibu pejabat polis daerah (IPD) Brickfields dekat Kuala Lumpur kepada sebuah syarikat pemaju mempunyai kaitan dengan seorang senator Umno.

Tanah yang dirujuk sebagai "PT 20 (Lot 18) Seksyen 94A Bandar Kuala Lumpur (DBKL)" diberikan kepada Syarikat Primamuda Holdings Sdn Bhd sebagai pertukaran (land swap) membangunkan Balai Polis Jalan Travers yang tidak jauh dari situ, dakwa Izzah.

NONEIzzah mendakwa, Senator Mariany Mohamad Yit antara anggota lembaga pengarahnya.

Senator itu bergiat sebagai ketua Wanita Umno Bukit Bintang dan pernah berkhidmat sebagai ahli lembaga penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Apakah kedudukan beliau mempengaruhi pemberian projek pembangunan Lot 55 dan 'land swap' Lot 18?" tanya Izzah dalam kenyataannya hari ini.

Dakwanya lagi, Primamuda kini bercadang membangunkan tempat itu sebagai lot komersil yang didakwa bertentangan dengan dasar digariskan dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020.

Pelan itu, menurut Izzah, menegaskan "tanah kerajaan digunakan bagi kegunaan kerajaan atau kemudahan masyarakat".

Senator pertahan urusniaga itu sah
Izzah turut sangsi jika harga tanah itu jauh lebih tinggi berbanding kos membina dua balai polis yang dibina sebelum itu.

"Berapakah kos yang ditanggung Primamuda Holdings dalam pembinaan Balai Polis Jalan Travers dan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields (Lot 55)?

"Adakah ia setimpal dengan harga tanah IPD Brickfields di Jalan Tun Sambanthan (Lot 18)?" soal ahli parlimen Lembah Pantai itu.

Sewaktu dihubungi Malaysiakini, Mariany menjelaskan urusniaga tersebut telah lama berlaku dan ia berjalan menurut prosedur yang sah.

"Urusniaga itu legitimate (sah). Saya akan baca dahulu berita dan bagi kenyataan kemudian," katanya yang enggan mengulas lanjut
SPR: Pengundi diragui kekal hingga pengesahan JPN
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata nama 40,803 pengundi yang status mereka diragui perlu dikekalkan dalam Daftar Pemilih Induk sehingga status mereka disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
  
Beliau berkata undang-undang tidak membenarkan nama dalam daftar pemilih dipotong sewenang-wenangnya tanpa pengesahan oleh pihak JPN.
  
"SPR hanya memotong nama-nama mereka daripada daftar pemilih setelah mendapat pengesahan secara rasmi daripada JPN," katanya sebagai menjawab dakwaan SPR gagal membersihkan daftar pemilih dalam buku "Fakta Sebenar Di Sebalik Dakwaan dan Fitnah Terhadap SPR".
  
Beliau berkata selagi pengesahan muktamad dari JPN tidak diperolehi, kesemua nama 40,803 pemilih berkenaan perlu dikekalkan di dalam Daftar Pemilih Induk bagi menjamin hak mereka dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan.
  
Katanya hasil semakan berterusan antara SPR dan JPN sehingga 28 Mac lepas, jumlah daftar pemilih yang diragui statusnya berkurangan kepada 40,803 daripada 42,051 sebelum ini.

Pengurangan itu ekoran terdapat pemilih yang tampil ke JPN untuk mengemaskini maklumat kad pengenalan dan ada waris yang hadir membawa bukti kepada JPN mengenai kematian anggota keluarga atau saudara mereka, katanya.

SPR, katanya akan mengambil langkah berterusan membersihkan Daftar Pemilih dengan mempamerkan senarai itu selama tiga bulan untuk memberi peluang kepada orang ramai tampil untuk mengemas kini.

Di dalam tempoh itu juga, kata SPR mengedarkan senarai nama tersebut ke ibupejabat semua parti-parti politik utama serta pemimpin-pemimpin politik di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di seluruh negara.

"Ia bertujuan untuk mendapatkan bantuan dalam usaha mencari pengesahan dan maklum balas berhubung dengan kedudukan alamat dan status terkini pemilih-pemilih berkenaan.
  
"Dukacita sepanjang tempoh itu sambutan diterima oleh SPR sama ada dari parti-parti politik atau orang ramai amat dingin," katanya.
  
Menjawab dakwaan mengenai SPR telah mendaftar pemilih terdiri daripada warga asing yang telah mendapat taraf warganegara, Abdul Aziz berkata hanya warganegara Malaysia, berumur 21 tahun dan ke atas sahaja layak serta berhak menjadi pengundi.
  
Beliau menegaskan mustahil bagi bukan warganegara atau warga asing dapat mendaftar sebagai pengundi kerana permohonan menjadi pengundi diproses melalui sistem komputer dan mengikut tatacara pemerosesan ditetapkan di bawah undang-undang.
  
"Jadi tidak timbul soal tentang siapa atau apa jua latar belakang seseorang warganegara itu apabila ia memohon untuk menjadi pemilih," katanya.
  
Mengenai masih ramai pemilih berusia lebih 100 tahun berada dalam daftar pemilih, beliau menjelaskan pemotongan nama hanya boleh dibuat atas dua sebab iaitu pemilih telah meninggal dunia mengikut pengesahan rekod di JPN dan keduanya pengesahan hilang kelayakan sebagai pengundi mengikut bukti pengesahan dari jabatan-jabatan yang berwajib.

"Walaupun umur seseorang pemilih itu telah melangkaui 100 tahun, undang-undang tidak membolehkan SPR untuk memotong nama mereka sesuka hati atas anggapan bahawa mereka mungkin telah meninggal dunia," katanya.

- Bernama
770 peneroka saman Felda RM422 juta
Peneroka daripada lapan tanah rancangan di Pahang menyaman Felda atas dakwaan terlibat dalam penipuan dan pecah amanah yang dikatakan melibatkan nilai sehingga RM433 juta.

palm oil palm kelapa sawit 201107Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuantan oleh 770 peneroka daripada Felda Chini dan Felda Chini Timur di Pekan melalui tetuan Daim & Gamany tengah hari ini.

Mereka mendakwa ditipu dalam kadar perahan minyak kelapa sawit.

Peneroka menamakan Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd sebagai defendan dan mendakwa kedua-dua pihak menggredkan hasil minyak sawit lebih rendah daripada sepatutnya sejak 17 tahun lalu.

Peguam R Sivarasa berkata, kadar perahan digredkan secara purata 18.5 peratus ketika Lembaga Minyak Sawit Malaysia mencadangkan kadar sekurang-kurangnya 22 peratus.
PKR dakwa timbalan, pengerusi SPR ahli Umno
Setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution mendakwa pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof serta timbalan, Datuk Wan Ahmad Wan Omar merupakan ahli Umno.

Saifuddin yang mendakwa mempunyai bukti kukuh berhubung keahlian tersebut, turut mencabar kedua-dua peneraju SPR itu supaya menafikan perkara itu, lapor akhbar Sinar Harian hari ini.

NONE"Saya tahu Aziz ahli Umno, cawangan mana, nombor ahli Umno. Satu-satu SPR di dunia, ketua dan timbalannya secara rasmi menjadi ahli politik yang bertanding dalam pilihan raya.

"Saya juga ada maklumat di cawangan mana Tan Sri Aziz dan timbalannya (Wan Ahmad) menjadi ahli (Umno)," kata Saifuddin seperti dipetik akhbar tersebut.

Beliau menimbulkan perkara itu ketika perhatian umum pada waktu ini tertumpu kepada perhimpunan untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil, BERSIH 3.0 yang akan berlangsung pada Sabtu.

Katanya lagi, beliau akan mendedahkan nama cawangan Umno berkenaan sekiranya Abdul Aziz dan Wan Ahmad tidak menafikan perkara itu.

"Saya minta, esok, mereka menafikan yang mereka bukan ahli Umno. Jika tidak, saya akan dedahkan di cawangan mana mereka menjadi ahli Umno."

Anggota panel SPR tidak sepatutnya condong kepada mana-mana parti politik agar dilihat berkecuali dan bertindak dengan tidak memihak, kata ahli parlimen Machang itu lagi dalam laporan tersebut.
CCTV rakam kumpulan serang peniaga kereta
Kumpulan terdiri daripada pelanggan tidak puas hati dan beberapa lelaki yang mendakwa dari geng 'Tiga Line' menggeledah dan merompak seorang peniaga kereta terpakai mengakibatkan kerugian ratusan ribu ringgit.

NONE"Mereka memecahkan pintu pejabat untuk masuk dan menggeledah
pejabat saya, mengambil lima buah kereta, dua komputer riba, dompet dan barangan kepunyaan kakitangan, serta wang tunai hampir RM70,000," kata seorang pengarah wanita syarikat tersebut yang enggan namanya disiarkan.

Dalam serangan tersebut, di mana lelaki-lelaki berkenaan disertai oleh beberapa wartawan, telah dirakam oleh kamera CCTV yang dipasang di premis pejabat tersebut.

"Seorang datang ke pejabat saya, yang tidak ada CCTV, mengeluarkan pisau dan mengheret saya keluar ke ruang depan pejabat," kata peniaga kereta terpakai itu.
"Pada mulanya, dia memperkenalkan dirinya sebagai seorang pegawai polis, tetapi bila saya minta kad pengenalan dirinya dan bertanya mengapa perlukan pisau, dia diam dan mengheret saya keluar."

Katanya, seorang lagi lelaki, yang memperkenalkan dirinya sebagai aggota 'Tiga Line', memaksanya mengeluarkan surat yang mengatakan syarikat tersebut berhutang kepada pelanggannya RM200,000 wang deposit dan hendaklah membayarnya balik kepada pelanggan yang hadir, dengan bakinya dibayar kepada geng itu untuk "perkhidmatan yang diberikan".

Kira-kira tujuh pelanggan kemudiannya datang untuk mengambil wang deposit mereka, dan pengarah syarikat itu berkata sebahagian daripada mereka menuntut jumlah yang lebih daripada wang deposit yang telah bayar dan malah ada yang menuntut dua kali.

Diancam oleh kumpulan tersebut, pengarah berkenaan serta kakitangannya tidak mempunyai pilihan kecuali membuat bayaran, tetapi beliau berjaya mendapatkan cop jari semua mereka yang datang di atas kertas bagi mengesahkan yang mereka telah menerima bayaran wang tunai tersebut.
"Saya mahu memerangkap mereka, dan yang mengejutkan mereka telah memberi kerjasama."

Malaysiakini mendapat salinan rakaman CCTV yang menunjukkan kejadian yang berlaku pada 7 April itu dan laporan polis yang dibuat oleh pengarah berkenaan, serta salinan resit dan dokumen tempahan kereta.
BERSIH: 3.1 juta undi di bukan alamat IC
Pengerusi bersama BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata kewujudan lebih 3.1 juta pengundi berdaftar di kawasan yang berbeza daripada alamat di kad pengenalan merupakan perkara yang amat merisaukan.
Jumlah besar itu, kata Ambiga, menyalahi Perkara 119(1)(b) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan seorang pengundi perlu menjadi penduduk dalam kawasan mengundinya.

NONE"Maklumat ini diserahkan kepada SPR oleh Jabatan Pendaftaran Negara pada tahun 2002 dan SPR (sehingga kini masih) tidak berbuat apa-apa dengannya," katanya dalam satu program debat dengan ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin di Petaling Jaya malam tadi.

Dalam hujahnya di program dihadiri kira-kira 600 orang itu, Ambiga menegaskan bahawa SPR hingga kini masih gagal membersihkan daftar pemilih.

Khairy dalam ucapannya kemudian tangkas menepis dakwaan tersebut yang disifatkannya membantutkan proses reformasi pilihan raya.

Beliau juga membangkitkan semula sejumlah lebih 42,000 pengundi yang didedahkan BERSIH sebelum ini.

Menurutnya, BERSIH memutarbelit fakta apabila melabelkan pengundi itu sebagai pengundi palsu sedangkan kumpulan itu merupakan pengundi yang diragui.

"Ambiga kata ia pengundi palsu dan SPR perlu guna kuasa mereka untuk mengeluarkan nama mereka dari daftar pemilih. Ini sebabnya mereka keluar ke jalan Sabtu ini," kata Khairy.
Pengundi perlu bukti
Khairy juga menggesa golongan yang disenarai sebagai pengundi meragukan itu supaya tampil bertemu SPR untuk menukar alamat mereka di dalam daftar pemilih, seperti yang dilakukan seramai 1,248 orang sebelum ini.

"Dalam masa tiga bulan 1,248 orang tampil ke hadapan dan 55 peratus mengakui bahawa mereka masih hidup," kata Khairy.

Katanya, sebarang pertukaran maklumat daftar pemilih hanya boleh dibuat apabila pemilih sendiri memaklumkan SPR.

Jelasnya lagi, tindakan mengeluarkan nama pemilih tanpa pengetahuan pengundi berkenaan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang memelihara hak setiap warganegara untuk mengundi.

NONEKhairy turut mempertahankan penjelasan yang diberikan SPR berhubung data yang didedahkan oleh pengkaji Ong Kian Ming mengenai pengundi tentera yang diragui.

Ong mendedahkan bahawa data berkenaan diragui kerana rekod umur pengundi berkenaan melebihi had umur 30 tahun rekrut tentera.

Khairy sekadar menjelaskan bahawa anggota berkenaan didaftarkan dua kali kerana tidak memaklumkan kepada SPR bahawa mereka didaftar sebagai pengundi sebelum bertugas di dalam pasukan tentera.
Tambahnya, pengundi berkenaan bertanggungjawab untuk membuktikan perkara itu demi mempertahankan hak mereka sebagai pengundi.

"Beban pembuktian dalam sistem pilihan raya kita adalah kita perlu maklumkan SPR. Jika anda meninggal, saudara mara terdekat perlu maklumkan SPR.

"Jika anda tukar alamat kediaman, anda perlu maklumkan SPR," katanya.

Dalam pusingan seterusnya, Ambiga bingkas menyerang semula dengan dakwaan bahawa SPR sendiri menyalahgunakan mekanisme tersebut.

Dakwannya, SPR tidak mengambil sebarang tindakan apabila timbul aduan berhubung kewujudan pengundi hantu.

Penyokong Khairy kuat sorak
"Mereka melanggar Perlembagaan apabila tambah pengundi hantu dan pendatang asing sesuka hati tetapi apabila perlu untuk membuang senarai nama yang meragukan, mereka bersopan-santun dan hormat Perlembagaan," katanya.

Tambahnya, Khairy juga hanya memilih untuk mendengar penjelasan SPR semata-mata, tetapi tidak mengambil serius pendedahan BERSIH berhubung daftar pemilih.

"Jangan pandang rendah pada angka-angka ini, jangan pandang rendah pada kajian ini. Kami adalah rakyat yang mahukan ahli parlimen kami meneliti semua isu yang kami bangkitkan," katanya dengan nada serius.

Ucapan Ambiga itu, walau menerima sokongan gamat oleh penyokong BERSIH yang hadir, diganggu beberapa kali oleh penyokong Khairy.

Kumpulan itu aktif menyorak Khairy dan turut melaungkan "Hidup KJ" beberapa kali selepas debat anjuran akhbar Malay Mail itu tamat.

Bagaimanapun, penyokong BERSIH diperhatikan lebih banyak mengajukan soalan berbanding penyokong Khairy.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan