Rabu, 18 April 2012

HIDUP MERUPAKAN SEKOLAH...DARI HIDUP NI KITA BELAJAR SALAH ATAU BETUL....BETUL HENDAKLAH MENGIKUT SYARAK

Ladang Sungai Terah bagi bonus 11 bulan

Azman Mustafa, 17 Apr 2012

GUA MUSANG, 17 April: Kejayaan ulama mentadbir Kelantan terbukti lagi apabila sebuah anak syarikat milik kerajaan negeri mengumumkan pemberian bonus 11 bulan gaji kepada kakitangannya.

(Omar menyampaikan geran tanah kepada kakitangannya)

Selain itu seramai 83 kakitangan Syarikat Ladang Sungai Terah Sdn Bhd yang berkhidmat lebih 10 tahun diberi geran hak milik tanah.

Pengumuman bonus dan penyerahan geran tersebut disempurnakan Pengerusi Lembaga Pengarah Syarikat Ladang Sungai Terah Sdn Bhd, Datuk Omar Mohamad baru-baru ini.

Omar berkata, tanpa sokongan dan kerjasama semua kakitangan kejayaan yang dinikmati sekarang tidak mungkin akan dapat dirasai.

“Menyedari hakikat inilah pihak pengurusan bersetuju memberi ganjaran kepada kakitangan sebagai menghargai sumbangan serta kegigihan mereka dalam usaha membangunkan syarikat,” katanya di majlis berkenaan.

Menurutnya melahirkan sebuah syarikat yang teguh dengan menjana keuntungan  besar bukanlah suatu kerja yang mudah.

Oleh itu beliau berharap pegawai dan kakitangan syarikat berkenaan mempertahankan prestasi syarikat pada masa akan datang.

Beliau yang juga Adun Perupok turut mengingatkan semua kakitangan supaya sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah SWT berikan dan tidak mengabaikan tanggungjawab masing-masing.

Tahun lepas syarikat terbabit memperolehi keuntungan sebanyak RM28 juta.

Hadir sama di majlis berkenaan, anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perladangan PKINK Berhad, Zazali Japar.

Pada majlis itu juga seramai 23 anak kakitangan syarikat Ladang Sungai Terah yang cemerlang dalam peperiksaan menerima sumbangan disampaikan Siti Zailah.

Jawapan menteri tidak faham kehendak anak muda

Mohd Yusof Hadhari, 17 Apr 2012
Mendengar kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin terhadap perhimpunan mendesak kerajaan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Kuala Lumpur baru-baru ini menjadi gelak tawa bagi rakyat khususnya mahasiswa.

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mencabar supaya mahasiswa terlibat dengan himpunan tersebut memulangkan semula pinjaman PTPTN. Beliau menyebut "Saya ingat mereka semua anak jantan, jadi mereka patut pulangkan”.

Saya kira Menteri Pengajian Tinggi belum memahami tuntutan dan kehendak mahasiswa serta rakyat. Sudah berkali-kali badan politik, Ngo serta Mahasiswa sendiri bicara soal menghapuskan hutang PTPTN yang menjadi bebanan kepada Mahasiswa saban tahun sehingga ada yang di senarai hitamkan. Menteri Pengajian Tinggi perlu faham apa topik sebenar yang rakyat bincangkan sekarang ini.

Isunya sekarang ialah, pembayaran semula PTPTN yang menjadi bebanan serta ‘igauan’ kepada penuntut yang sudah menamatkan pelajaran di universiti masing-masing. Polisi yang dilaksanakan oleh kerajaan pada hari ini adalah, selepas 6 (enam) bulan bergraduasi, mereka wajib membayar semula pinjaman tersebut, sama ada sudah bekerja atau tidak.

Dengan ditambah kos pentadbiran sebanyak 3% (dahulu), dan 1% (Ujrah), maka jumlah bayaran balik pinjaman akan meningkat, dan tidak berkurang. Jumlah ini yang menjadi ‘hantu’ kepada para pelajar hari ini. Mungkin bagi mahasiswa, mereka belum merasai lantaran masih berada di universiti dan sedang ‘enak’ berbelanja dengan wang saku mereka. Rakyat merasa pelik ketika mana kita sedang bicara soal bebanan hutang, tiba-tiba Menteri Pengajian Tinggi mencabar memulangkan pinjaman PTPTN semula. Seolah-olah ketingalan jauh isu yang sedang hangat di bincangkan.

Sepatutnya kerajaan BN pada hari ini menyelesaikan kemelut anak muda ini. Iaitu bagaimana semua rakyat itu boleh mendapat pendidikan tanpa bebanan, kerana pendidikan merupakan tanggungjawab asasi yang perlu dimiliki oleh rakyat.

Bicara soal anak jantan. Sepatutnya sebagai seorang Menteri perlu lebih berani turun bertemu mahasiswa mendengar pandangan serta idea mereka, bukan dengan menghantar wakil sahaja sebagaimana yang berlaku sebelum daripada ini. Mahasiswa dan anak muda sentiasa menunggu kehadiran Menteri Pengajian Tinggi di Dataran Merdeka.

Rakyat perlu ingat, isu sebenarnya ialah wang dan harta negara ini banyak dibelanja secara salah dan tidak telus. Kebocoran di sana sini. Belanja yang melampau pada urusan yang tidak wajar, sedangkan para mahasiswa yang miskin ataupun kurang kemampuan dipaksa tanggung beban.

Lihat sahaja Laporan Audit Negara 2009, sejumlah RM 28 bilion kerugian yang terpaksa ditanggung oleh negara setiap tahun akibat ketirisan, penyelewengan perolehan dan rasuah yang berleluasa. Perlu kita ingatkan kerajaan Umno Bn, rakyat pasti akan tuntut wang Negara yang hilang saban tahun suatu hari nanti.
-------------------------------------------
Penulis adalah Mantan Ketua Penerangan Gamis dan aktivis mahasiswa.

Universiti Dataran Merdeka petang ini

Tukar Tiub, 17 Apr 2012
Jadual Kuliah - 17 April 2012

6pm - Kelas Belajar Puisi dgn Pak Samad Said

8pm - Ceramah mengenai Artikel 153 & "Equality"
oleh Dr.Azmi Sharom.


Tempat: Dataran Merdeka

Semua dijemput hadiri kuliah pengajian terbuka bebas yuran!


MAT SABU DAN NIZAR



SALUT ANAK MUDA YANG BERANI

berduyun duyun warga
anak segala bangsa
datang kem dataran merdeka
untuk bersetia kawan

antara yang dilihat melawat:
suppiah dari brickfield
ramon dari brickfeild
ramanathan dari brickfeild
stephen cheng bekas penuntut adri london
nicole dan anniex dari itali

DALAM KHEMAH ANAK MUDA



politikus yang datang melawat:
yb nizar
yb syed husin ali
mat sabu

NOTA:
semua warga dijemput untuk memberi sokongan
semua anak muda di jemput untuk sama berkhemah

semua yang berani
semua yang cool
semua yang trendy
semua yang fashionalbe
akan berkhemah di datarn merdeka!
Klik untuk laporan lanjut

PAS anjur Himpunan Tanah Rakyat

Salmiyah Harun, 17 Apr 2012
KUALA LUMPUR, 17 April: PAS akan mengadakan Himpunan Tanah Rakyat pada 5 Mei depan bertempat di dataran pusat membeli-belah Plaza Angsana Johor Bharu.

Himpunan yang akab bermula jam dua petang itu sebagai menyatakan kebersamaan dalam mempertahankan tanah rakyat yang semakin hari semakin tergadai oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah, Mazlan Aliman berkata himpunan itu juga dianjurkan sebagai langkah mencari penyelesaian dalam isu tersebut yang gagal ditangani oleh kerajaan Umno BN.

"Kita akan menghimpunkan mereka yang menghadapi masalah dalam hal tanah, seperti projek tergendala, pengambilan tanah oleh kerajaan dan sebagainnya.

"PAS mensasarkan seramai 30,000 akan memenuhi ruang legar Plaza Angsana pada hari tersebut, "katanya di lobi Parlimen tengah hari tadi.

Mazlan Aliman mengikat kain kuning di lengan kanan Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai gimik pelancaran kepada himpunan tersebut sebaik Ahli Parlimen Marang itu menerima tiga memorandum daripada wakil penduduk yang mempunyai masalah tanah.

Penduduk jumpa Presiden PAS adu masalah tanah

Salmiyah Harun, 17 Apr 2012
KUALA LUMPUR, 17 April: Masalah tanah yang semakin serius dan tidak pernah selesai dari tahun ke tahun, mendesak tiga kumpulan penduduk menyerahkan memorandum kepada Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang  yang juga Ahli Parlimen Marang untuk dibahaskan dalam sidang Parlimen.

Tiga kumpulan berkenaan adalah dari Pengerang dan Taman Desa Kempas Johor serta Ladang Gatco Serampang Indah, Negeri Sembilan di mana masing-masing sedaya upaya sedang memperjuangkan tanah mereka daripada dirampas oleh pihak tertentu.

Wakil Pengerang diketuai oleh Pengerusi Pengerang Prihatin (Prihatin) Anis Afida Mohd Azli, Ladang Gatco diwakili oleh Abdul Rahman dan wakil dari Taman Desa Kempas diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembeli-pembeli Projek Terbengkalai Ee Cheng Lai.

Menurut Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizat Kaiat, pembeli rumah Taman Desa Kempas kecewa dengan Kerajaan Negeri Johor dan pemaju Syarikat Maju Delima Sdn Bhd yang gagal dalam pembinaan rumah di taman tersebut menyebabkan projek ini terbengkalai selama 12 tahun.

"Projek prumahan tersebut dibangunkan pada tahun 2001 dan sepatutnya siap pada tahun 2004, Malangnya sehingga tahun 2012 rumah kami yang berqada di fasa ke-3, empat dan lima masih gagal disiapkan," katanya bagi pihak pembeli-pembeli terbabit.

Jelasnya fasa-fasa itu meliputi dua jenis rumah iaitu pangsapuri yang berharga RM88,000 hingga RM100,000 dan flat kos rendah yang berharga sekitar RM22,000 manakala rumah pangsapuri hanya siap 80 peratus dan kos rendah hanya siap sekitar 40 peratus sahaja.

Katanya biarpun penduduk banyak kali mengadakan pertemuan dengan pemaju bahkan turut berjumpa dengan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman, namun setakat ini belum nampak sebarang perubahan.

Lebih malang lagi katanya penduduk turut menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatanya ke Johor pada 9 Mac lalu, masih tidak ada sebarang tindakan daripada beliau.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Taufek Ghani memenjelaskan  masalah yang membelenggu 400 peneroka Ladang Gatco yang dinafikan hak mereka timbul sejak 35 tahun lalu.

Katanya, peneroka ini gagal mendapat geran hak milik walaupun sudah membayar RM4,000 hingga RM7,000 bagi mendapatkan tapak kediaman, namun syarikat Gatco diisytiharkan muflis pada tahun 1996. Sepanjang tempoh ini peneroka gagal mendapat geran hak milik.

“Pada tahun 2004 tanah perladangan ini dilelong. Kami bersedia membeli tanah perladangan ini melalui koperasi dan kami telah membayar deposit sebanyak RM320,000.00 (earnest deposit) kepada Tetuan Singam and Young (Pelelong).

“Apabila kami ingin membuat bayaran peringkat kedua, pihak pelelong tidak mahu menerima bayaran dari kami atas alasan kami tidak mampu untuk menyelesaikan keseluruhan lelong tersebut," katanya mewakili peneroka terbabit.

Ekoran itu, tanah perladangan ini ditawarkan kepada Thamarai Holdings Sdn Bhd dengan harga RM16 juta.

Tegas Taufek, terdapat beberapa kelemahan dalam cara perolehan tanah ini oleh syarikat tersebut dan penerokalah pihak yang lebih layak terhadap harga tanah tersebut.

"Sekiranya peneroka ada cara untuk membuat bayaran terhadap harga tanah tersebut, kenapa dan mengapakahpihak kerajaan neegri tidak boleh membantu peneroka dengan menggunakan 'Land Acquisition Act/1960 ataupun mana-mana perundangan tanah yang boleh membantu rakyat miskin seperti peneroka ini," katanya dalam sidang media bersama-sama Abdul Hadi  Awang.

Sehubungan itu, Anis Afida mendesak kerajaan memberi pampasan yang setimpal mengikut penilaian harga semasa harga tanah di kawasan Pengerang Kota Tinggi ekoran pengambilan seluas 22,500 ekar tanah bagi menjalankan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia atau Rapid.

Projek ini dijangka siap pada tahun 2016 di mana ia merupakan salah satu sektor di bawah program Transformasi Ekonomi Negara, Tujuan projek ini untuk dimajukan  sebuah terminal marin air dalam bebas untuk penerimaan, penyimpanan, pengendalian, percampuran dan pengedaran minyak mentah dan produk petroleum bertaraf antarabangsa.

Katanya, perpindahan melibatkan 1000 buah rumah, 927 keluarga dan 3122 orang penduduk yang terdiri daripada 2239 melayu dan 882 orang Cina yang bekerja nelayan, petani, kakitangan kerajaan dan swasta.

"Kita minta kerajaan menyediakan penempatan semula yang kondusif bagi penduduk berkenaan dan yang paling penting pampasan diberi secara telus kepada penduduk terlibat," katanya.

Universiti Dataran Merdeka: Gambar 'kuliah' 3 hari

Cenangau.blogspot.com, 17 Apr 2012
Pada dinding Facebook We Are All Safwan Anang tertulis

"Masuk percuma, makanan percuma,, pendidikan percuma. Hadir bagi yang berkelapangan dan inginkan pengelaman. Mahasiswa yang ada kelas jangan ponteng ya. Ini adalah kelas tambahan percuma buat semua.

- Kita turut rasa apa yang mereka rasa - [FB]

Nak masuk universiti lagi dah tak mungkin rasanya, bukan tak layak tapi dah tak berapa nak relevan kut.


Jadinya inilah peluang terbuka untuk siapa saja untuk timba ilmu di Universiti Terbuka Dataran Merdeka.

Ilmu yang cuma boleh diajar secara teori di Universiti tertutup tapi di Universiti Dataran Merdeka kalau bernasib baik siap dengan praktikal sekali.

Suasana hari ke-3 Perkhemahan tuntutan Mahasiswa anak muda mengenai pendidikan percuma dan mansuhkan PTPTN semakin meriah.

Semakin ramai yang hadir memberi sokongan dan dokongan.  Walaupun sebelumnya beberapa buah khemah dan makanan telah dirampas oleh DBKL, namun sebaliknya, khemah dan makanan semakin bertambah atas sumbangan dari orang ramai.

Universiti Dataran juga telah dibentuk. Pelbagai acara dan kelas akan diadakan. Tahniah kepada semua. Teruskan perjuangan tegakkan pendirian.

NGO tuntut akta tanah dikaji semula

Hazayani Zakaria, 17 Apr 2012
KUALA LUMPUR, 17 April: Sekumpulan wakil 16 badan bukan kerajaan (NGO) yang dinamakan Pertahankan Warisan Kita hari ini ke Parlimen menyerahkan memorandum kepada wakil rakyat menuntut kampung-kampung tradisi di Wilayah Persekutuan diwartakan sebagai kampung warisan.

Pengerusinya, Ishak Surin berkata, memorandum tersebut turut menuntut Akta Pengambilan Tanah 1960 dan Kanun Tanah Negara disemak semula bagi memastikan tiada tanah rakyat yang diambil sewenang-wenangnya menggunakan undang-undang ini.

"Akta Pengambilan Tanah 1960 dan Kanun Tanah Negara memberi kuasa yang luas kepada pentadbir sehingga mereka sanggup bersekongkol dengan syarikat-syarikat pemaju untuk bertindak sewenang-wenang dan merampas tanah rakyat.

"Kerajaan melalui agensi-agensinya seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Pejabat Tanah dan Galian telah melakukan banyak ketidakadilan kepada penduduk," kata beliau pada sidang media bersama Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata, penduduk tidak menolak pembangunan namun mereka mahukan kampung tradisi dikekalkan dan tanah yang diteroka menjadi milik mereka tanpa perlu berpindah.

"Walaupun pampasan dibayar kepada para pemilik tanah oleh pemaju-pemaju tetapi kebanyakannya tidak berpatutan kerana nilainya jauh lebih rendah daripada harga pasaran.

"Sebaliknya pihak pemaju mengaut keuntungan besar apabila projek disempurnakan. Dalam kebanyakan kes, rakyat hanya mampu menangis dengan linangan air mata. Episood yang menyayat hati ini masih berterusan hari ini," katanya sambil merujuk kes penduduk Rumah Pangsa 4 Tingkat Kampung Kerinchi diarah berpindah beberapa minggu lalu kerana kawasan itu akan dikomersilkan.

Sementara itu, wakil Komuniti Kampung Railway, Sentul Jaison Alex mempersoal tindakan kerajaan yang ingin mengambil tanah mereka sedangkan kawasan itu tidak pernah diwartakan sebagai kawasan setinggan.

"Kalau betul kawasan yang kami duduki itu kawasan setinggan, kenapa kerajaan tak cakap dari awal lagi?

"Dulu sebelum pilihan raya mereka datang merayu undi kami, beri kemudahan asas tanpa memberitahu ini kawasan setinggan.

"Tapi sekarang mereka kata kita duduk kawasan setinggan, sangat tidak patut," katanya.

Antara kampung yang bergabung dalam Pertahankan Warisan Kita ialah Komuniti Kampung Baru, Komuniti Kampung Banda Dalam, Komuniti Jalan Sultan dan Ramakrishna Asrama Bukit Beruntung.

Salahudin turut menerima memorandum tersebut bagi pihak Pakatan Rakyat.

Dakwa hina Raja, Dr. Mariah akan saman

Hazayani Zakaria, 17 Apr 2012
KUALA LUMPUR, 17 April: Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud akan mengambil tindakan undang-undang terhadap facebooker yang turut mengaitkan beliau dalam dakwaan mengenai beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mempersenda dan mengejek Raja-raja Melayu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara Rabu lalu, oleh seorang facebooker bernama Dr Rahman Kadir.

Rahman merupakan seorang pegawai perubatan yang turut berada di tempat kejadian.

"Saya terkejut dengan dakwaan beliau yang dimuatnaik ke beberapa blog lain.

"Saya akui memang ada berbual-bual tapi tidak terlalu bising dan tidak menyentuh peribadi orang-orang tertentu,"kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Timbalan Dewan Muslimat PAS Pusat itu turut berkata, tindakan saman itu akan dibuat kepada pemilik akaun facebook dan blogger.

"Peguam saya sedang membuat kajian dan mengenal pasti blog-blog yang mensensasikan isu ini," katanya lagi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang juga didakwa berbuat demikian menggesa Parlimen menubuhkan satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyiasat kebenaran dakwaan tersebut.

Katanya, jawatankuasa khas Parlimen berdasarkan Peraturan 80A perlu bagi membuktikan sama ada dakwaan itu benar atau tuduhan tidak berasas semata-mata.

"Saya bersedia berhadapan sebarang tindakan di bawah Ordinan Majlis-Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 jika fitnah itu benar," katanya pada sidang media yang sama.

Ingat Zahid, apa kamu kata kepada Sultan Kelantan

Harakahdaily, 17 Apr 2012
KUALA LUMPUR, 17 April: “Tiba-tiba meletup berita, ada ahli Parlimen Pakatan Rakyat hina Yang di-Pertuan Agong ketika hari pertabalan baginda di Istana Negara,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.


Katanya, berita itu menjadi sensasi apabila media memainkannya dan ditambah pula oleh perasa tambahan  daripada pemimpin Umno dan NGO yang sewaktu dengannya.

“Jika benar berita ini, sila bertindak segera ke atas pelaku tersebut. Negara kita ada undang-undang. Isu ini tidak boleh diselesaikan melalui media,” tegasnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily sebagai mengulas Datuk Seri Zahid Hamidi, Naib Presiden Umno yang mendesak supaya menubuhkan suruhanjaya untuk menyiasat insiden di Istana Negara itu.

Dalam isu menghina Raja, katanya Zahid jangan berlakon untuk hendak memburu siapa yang menghina Raja.

“Bukankah Zahid Hamidi orang yang pernah keluar kenyataan yang biadab kepada bekas Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra mengatakan baginda tidak layak menduduki takhta Sultan?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, kalau Zahid lupa, beliau boleh merujuk Berita Harian bertarikh 11 Februari 1993.

“Siapa Zahid? Adakah beliau Ahli Majlis yang terlibat menentu seorang Raja?

“Adakah Zahid keturunan Raja sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan demikian rupa?” tanya Idris lagi.

Beliau berkata, Tan Sri Rahim Tambi Chik juga pernah menyatakan supaya amalan panggilan patik yang digunakan sewaktu berkomunikasi dengan sultan dihentikan, memadai dengan  menyatakan "saya Tuanku" sebagaimana laporan Berita Harian pada  3 Februari 1993.

“Isu ini sengaja dibangkitkan melalui media sebagai usaha untuk menunjukkan Pakatan Rakyat benci kepada institusi Raja manakala Umno pula dilihat pembela institusi Raja,” ujarnya.

Walaupun hakikatnya, kata Idris satu dunia tahu bahawa pemimpin Umno dan media Umno memperalatkan Islam, Raja dan Melayu untuk modal politik ketika parti itu tersepit.
Faktanya, tambah beliau selama ini ketiga-tiga perkara itu Umnolah yang khianat.

Menurutnya lagi, mereka akan berlakon sebagai hero dan pembela kepada tiga institusi itu ketika nyawa Umno berada di hujung halkum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan