Khamis, 26 April 2012

GELABAH MUNGKIN RASA MEMANG BERSALAH KOD...SALAH TAK BOLEH DISOROK DISISI ALLAH...PERKARA MUSTAHIL NAK NAFI MACAM MANA...ALLAH TAHU APA YANG BERLAKU...TAK USAH TIPULAH...

Scorpene: Mengapa Tengku Adnan gelabah?

Harakahdaily, 25 Apr 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membidas kenyataan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang menyatakan bahawa tindakan Suaram mengemukakan kes berhubung pembelian kapal selam Scorpene ke mahkamah Perancis merupakan usaha untuk mengucar-kacirkan negara.
“DPPM juga menyangkal dakwaan Datuk Seri Adnan bahawa usaha Suaram sebagai mahu memalukan orang dan hendak menimbulkan fitnah,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar) kepada Harakahdaily.

Bagi DPPM, katanya apa yang diusahakan oleh Suaram bukannya fitnah atau mahu memburukkan orang lain sebaliknya ia adalah sebuah fakta yang perlu didedahkan bagi mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin terbabit.

Tambahnya, tindakan Suaram sebenarnya adalah tindakan terpuji kerana tidak mahu bersekongkol dengan pemimpin yang melakukan penyelewengan dan mengaut kekayaan dari duit rakyat.

Sepatutnya, kata beliau Adnan merasa malu kerana rakyat tidak lagi menaruh kepercayaan terhadap mahkamah di Malaysia.

“Timbulnya prejudis bahawa mahkamah Malaysia juga dipengaruhi oleh kuasa politik terutama kes yang melibatkan pemimpin-pemimpin negara.

“Rakyat seluruhnya masih memperkatakan bagaimanakah misteri pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang masih tidak terjawab sehingga kini serta bagaimana kes ini dilayan sedemikian rupa sehinggakan bapa mendiang terpaksa ke mahkamah antarabangsa bagi mencari keadilan dan pembelaan sewajarnya terhadap anaknya,” ujarnya.

Riduan berkata, DPPM berpendapat, kenyataan Adnan lebih mirip kepada kenyataan orang yang sedang dalam ketakutan.

“Mungkin beliau bimbang kebenaran akan tersingkap yang menyebabkan pemimpin negara ini akan turut terheret sama untuk didakwa.

“Jika benarlah demikian, bukan setakat Perdana Menteri, malah beliau dan Umno keseluruhannya akan terjejas teruk,” katanya lagi.

Maka, ujarnya akan berakhirlah sebuah riwayat Umno dan gelaplah masa depan Adnan.

Paling penting, kata beliau mungkin Pilihan raya Umum ke-13 tidak akan berlangsung dalam masa terdekat sebagaimana yang mereka rancangkan.

10,000 pemuda PAS setiap negeri ke Bersih 3.0

Harakahdaily, 25 Apr 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS di seluruh negara memberi komitmen terhadap Himpunan Bersih 3.0 yang akan berlangsung pada 28 April ini di Dataran Merdeka.
“Bagi membantu pihak penganjur himpunan rakyat Duduk dan Bantah oleh Bersih 3.0 mencapai sasaran 500,000 penyertaan Dewan Pemuda PAS Malaysia mengerahkan paling minimum 10,000 anak muda dari setiap negeri untuk menyertai himpunan tersebut,” kata Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Menurutnya, Dewan Pemuda PAS setiap negeri dan kawasan perlu bekerjasama untuk membuat kerahan melalui pelbagai saluran dan net working yang dimiliki.

Katanya, bagi Dewan Pemuda PAS Malaysia, penyertaan anak muda yang akan mengikuti himpunan itu adalah terbuka kepada semua anak muda yang menginginkan pilihan raya yang telus dan adil.

Beliau menambah, oleh kerana 8 tuntutan Bersih 2.0 masih tidak dihirau, maka Himpunan Duduk dan Bantah sempena Bersih 3.0 itu diadakan dengan lebih aman.

Justeru itu, ujarnya DPP setiap negeri perlu memastikan agar kontijen anak muda untuk BERSIH 3.0 ini mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

“DPPM juga mengharapkan kepada seluruh anak muda yang mempunyai kesihatan dari sudut fizikal dan mental untuk turun beramai-ramai menyertai himpunan aman ini bagi memastikan ketulusan dalam sistem pilihan raya kita,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Kelantan mohon Petronas layannya seperti T'ganu

Harakahdaily, 25 Apr 2012
KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan  memfailkan afidavit tambahan ke dalam kesnya bagi mendesak Petronas mendedahkan penyelesaian luar mahkamah yang dicapainya dengan kerajaan negeri Terengganu.

Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dalam kenyataannya berkata, affidavit tambahan telah pun difailkan 23 April 2012 untuk memohon mahkamah mengarahkan Petronas mendedahkan terma-terma penyelesian luar mahkamah yang telah dimeterai.

Ini adalah kerana perjanjian antara kedua-dua negeri dengan Petronas adalah 100 peratus sama.

Husam bertindak ekoran laporan The Edge Financial Daily pada Isnin lalu yang melaporkan bahawa kerajaan negeri Terengganu telah menggugurkan kes saman terhadap Petronas dan Kerajaan Persekutuan berhubung royalti petroleum dan mencapai penyelesaian bersama luar mahkamah.

Bagi Husam (gambar kanan), Petronas perlu melayan kerajaan negeri Kelantan sama seperti badan berkanun itu melayan kerajaan negeri Terengganu.

Pada tahun 2002, kerajaan negeri Terengganu yang dipimpin PAS ketika itu telah menyaman kerajaan Persekutuan dan Petronas kerana tidak memberikan wang royalti minyak 5 peratus kepada kerajaan negeri.

Ini berikutan tindakan kerajaan pusat menjadikan wang royalti itu sebagai wang ehsan selepas Terengganu dimenangi PAS pada pilihan raya  tahun 1999.

Tahun lalu, Kelantan juga menyaman Petronas kerana tidak memberikan royalti kepada kerajaan negeri walaupun petrol diambil oleh Petronas dari perairan negeri itu.

Ekoran tindakan Petronas menyelesaikan saman dengan kerajaan negeri Terengganu di luar mahkamah, Kelantan juga katanya berhak mendapat layanan yang sama.

Husam memaklumkan, perbicaraan Pendengaran Rayuan Kelantan Berkenaan Penzahiran Dokumen (Discovery) Royalti Petroleum akan berlangsung esok, 26 April 2012, jam 9 pagi di Mahkamah Rayuan Istana Kehakiman Putrajaya.

Rumah RM4 juta artis ada hubungan dengan menteri

Harakahdaily, 25 Apr 2012


(Banglo 3 tingkat bernilai RM4 juta yang dimiliki seorang artis di The Valley, Taman Bukit Indah, Ampang)

KUALA LUMPUR: Seorang artis yang didakwa mempunyai hubungan dengan seorang menteri telah menduduki sebuah rumah berharga RM3 juta mulai awal bulan ini.

Rumah tiga tingkat beralamat di No 18, Jalan Lembah TTDI 3, Taman Bukit Indah (The Valley), Ampang adalah didakwa milik pelakon yang dikaitkan dengan seorang menteri kabinet.

Menurut sumber, rumah tersebut berharga RM3 juta dan pelakon tersebut telah memasuki rumah itu awal April lalu.

Malah menurut sumber itu lagi, artis wanita itu telah melakukan pengubahsuaian ke atas rumah tersebut dengan kos sebanyak RM1 juta.

Bagaimanapun, sumber itu memberitahu, rumah itu tidak dibeli atas nama artis berkenaan tetapi atas nama salah seorang ahli keluarganya.

Bagaimanapun segala urusan berkaitan ubahsuai rumah itu dilakukan oleh artis berkenaan.

Tinjauan Harakahdaily mendapati di bahagian hadapan kediaman tersebut turut terdapat pondok pengawal dan beberapa kamera CCTV dipasang di sekeliling rumah.

Sumber turut menyatakan, pelakon tersebut juga turut memiliki seorang jurulatih gimnasium peribadi yang akan melatih beliau di sebuah kelab dalam kawasan perumahan tersebut.

Dalam pada itu, beliau sebelum ini pernah memberitahu kepada penduduk taman tersebut bahawa beliau sudah berkahwin dan suaminya hanya datang bila ada masa terluang.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin mendedahkan pemberian wang tunai yang dianggarkan berjumlah RM1.5 juta yang didakwa dilakukan oleh seorang menteri kepada seorang artis hanya dalam tempoh empat bulan.

Beliau mendedahkan maklumat itu berdasarkan laporan polis yang telah dibuat oleh bekas pemandu peribadi artis terbabit.

Menteri dan artis nafi

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan beliau mempunyai hubungan dengan seorang artis wanita bernama Zahida Mohd Rafik.

Mohd Shafie kelmarin menafikan dakwaan yang dibuat ke atas sebelum ini dan mengancam untuk mengambil tindakan saman kepada mereka yang mengaitkan dirinya.

Pelakon berkenaan, Zahida juga turut tampil menafikan dakwaan itu Jumaat lalu dan berkata peguamnya juga sedang meneliti kes berkenaan.
 

2 kali SPRM siasat isu serupa di AKSB?

M Faqih & Rizal Tahir, 25 Apr 2012

KOTA BHARU: Lebih setahun lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menyiasat mengenai dakwaan berlaku penyelewengan membabitkan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

Namun tiada kes yang ditemui dan tidak dikemukakan untuk pendakwaan di mahkamah. Sebaliknya kelmarin SPRM dari Putrajaya pula datang bagi menyiasat isu yang hampir serupa.

Di sini timbul tanda tanya kehadiran pegawai SPRM dari Putrajaya mungkinkah ada kaitan dengan orang politik, selepas tiada kes ditemui SPRM Kelantan.

Pengurus Besar AKSB, Ir Mohamad Hanapi Mahmud berkata, isu yang disiasat pegawai SPRM dari Putrajaya hampir sama dengan apa yang dilakukan SPRM Kelantan sebelum ini.

“Tidak ada banyak beza kes-kes yang disiasat mereka. Hanya berulang isu yang hampir sama sahaja. Bagaimanapun kita tetap memberi kerjasama penuh kepada mereka,” katanya di sini.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan SPRM Putrajaya memulakan siasatan dakwaan berlaku penyelewengan dalam AKSB yang mengurus bekalan air di Kelantan.

Laporan akhbar terbabit menyebut siasatan dibuat ekoran menerima laporan daripada Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) kononnya berlaku salah urus tadbir AKSB.

Hanapi berkata, beberapa isu yang ditimbul NGO Umno terbabit sudah dijawab beberapa kali termasuk kononnya AKSB mengalami kerugian RM130 juta dalam projek air tidak berhasil (NRW).

Sedangkan katanya, projek berkenaan hanya dijangka siap pada Ogos hadapan selepas memulakan kajian pada awal 2008.

“Lagi pun kontraktor yang melaksanakan kajian itu dipilih sendiri Kementerian Kewangan selepas senarai kontraktor yang layak dikemukakan AKSB.

“Jadi kita pun hairan bagaimana boleh dikatakan projek itu mengalami kerugian besar sedangkan ia belum siap sepenuhnya,” ujarnya.

Menurutnya juga syarikat yang dipilih kementerian turut membekalkan meter digital (smart reader) sebanyak 43,000 buah selepas dilulus Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi menggantikan meter lama yang tidak lagi dapat berfungsi dengan baik.

Bagaimanapun katanya, sebahagian meter baru yang dibekalkan juga didapati bermasalah dan mengikut perjanjian pihak kontraktor yang bertanggungjawab perlu menanggung kosnya.

“Jadi kita pun hairan bagaimanapun ada pihak mendakwa AKSB mengalami kerugian berkali ganda,” tambahnya.

Begitu juga penggunaan bahan kimia PAC3 yang juga dilulus SPAN bagi menggantikan tawas. Biar pun agak mahal, namun ia boleh menjimatkan kos operasi dalam jangka masa panjang.

Mengenai dakwaan pembinaan loji di Pintu Geng melibatkan kos tinggi, Hanapi berkata, ia dibuat secara tender terbuka menggunakan dana sebahagian pinjaman yang dilulus Kementerian Kewangan.

Katanya, projek berkenaan dimulakan pada awal 2010 dan dijangka siap sepenuhnya pada Febuari 2013 melibatkan kos RM52 juta.

MB beri SPRM laluan

Mengulas isu sama Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kerajaan negeri memberi laluan SPRM untuk menyiasat berhubung dakwaan penyelewengan dalam AKSB.

“Saya juga mencadangkan bukan hanya syarikat air di Kelantan sahaja perlu disiasat, bahkan di negeri lain yang diperintah BN juga perlu dilakukan,” katanya selepas majlis pelancaran tabung pembinaan Masjid Al-Ihsan Maahad Pengajian Islam, di sini hari ini.

Kata beliau sekiranya SPRM menyiasat semua laporan rasuah di seluruh negara dan bukan hanya di negeri Pakatan Rakyat sahaja, ia membuktikan mereka bertugas mengikut kehendak Islam dan bukannya kepentingan dunia semata-mata.

Bersih 3.0: Juham sedia 100 peguam, talian hotline

Harakahdaily, 25 Apr 2012
KUALA LUMPUR: Sempena himpunan 'duduk bantah' Bersih 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April ini, 100 peguam Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Pusat akan membuat pemantauan.

Menurut Pengarahnya Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata peguam tersebut akan berada di tiga tempat termasuk tempat berlangsungnya himpunan, balai polis dan bilik gerakan utama yang akan diwujudkan mereka.

Bilik gerakan itu dinamakan Bilik Gerakan Juham Bersih 3.0.

"Para peguam Juham akan memakai pakai hitam putih serta tag nama yang tertulis peguam PAS," katanya.

Sementara itu, sekiranya berlaku penangkapan atau menghadapi sebarang halangan, orang ramai boleh menghubungi pihak Juham di talian hotline 010-2906770, 010-2907174 dan 010-2907332.

Bagaimanapun katanya, talian tersebut hanya akan diaktifkan dua hari sebelum perhimpunan Bersih 3.0 berlangsung.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan