Khamis, 26 April 2012

BILA SOKONGAN BERTAMBAH..BILA MANUSIA TELAH CERDIK...BILA MANUSIA TIDAK BOLEH DITIPU LAGI...BILA SEPENIPU RAKYAT TELAH TERLALU BENCI...INI SEMUA HASIL TINDAK TANDUK DIRI SENDIRI....

Pemimpin Umno, artis berkahwin di Siam?

http://msomelayu.blogspot.com, 25 Apr 2012
Kelmarin semasa minum di kantin Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur saya terjumpa kawan lama semasa belajar di sekolah menengah Rantau Panjang tahun 1977 lampau. Sudah 30 tahun kami tidak berjumpa. Semasa di tingkatan lima dulu saya satu kelas dengan dia.

"Ingat dak saya,?" sapa dia sambil menghulur salam.  Cara dia bertanya begitu yakin menunjukkan dia masih ingat saya. Saya sambut dan bersalaman dengannya. Dia banyak berubah menyebabkan saya hampir tidak kenal. Selepas dia memberi tahu namanya baru saya terperasaan itu pun sambil mengimbau masa lalu mengenang-ngenang wajahnya.

Semasa di sekolah dia seorang yang smart. Berpakian kemas dan di bawah kolar bajunya terselit tuala kecil untuk mengalas peluh agar tidak terkena kolar. Dia seorang yang kemas dan bersih. Basikalnya juga bersih, kedua rim depan belakang bersinar banar - berkilau.

Sungguh tidak sangka berjumpa dengannya di situ. Dia datang menenami bekas Setiausaha Umno Bahagian Tanah Merah yang datang untuk mendengar keputusan berhubung samannya terhadap Umno. Bekas Setiausaha itu, Amran menyaman untuk mendapat keadilan atas apa yang berlaku ke atasnya yang dianggap satu ketidakadlilan dan penganiayaan.

Kawan saya itu turun bersama beberapa yang lain untuk menyokong Amran.

Selepas berbual dan suai kenal kembali topik bertukar kepada beberapa hal lain. Sudah pastilah topik yang tidak akan dilepaskan ialah berbual fasal politik. Kawan saya ini tahu akan kecenderungan dan minat saya. Semasa di sekolah dulu saya tidak tahu aliran politiknya, walaupun dia sudah tahu dan kenal aliran politik saya. Saya sejak sekolah lagi sudah gila bercakap dan bermain politik. Sapu tangan saya juga kawan saya ini kenal apa warnanya.

Bual punya bual maka sampailah kepada soal-soal peribadi pemimpin Umno parti yang dianutinya termasuklah mengenai seorang pemimpin Umno yang sehari dua ini dikaitkan dengan seorang artis. Menurut kawan saya itu dia tahu atau mendapat maklumat mengenai pemimpin kanan Umno berkenaan memang ada hubungan dengan artis berkenaan.

Dia menafikan yang pemimpin kanan menteri itu memberi wang sampai mencecah jutaan ringgit kepada artis berkenan.
"Setahu saya dia tidak memberi wang sebanyak itu. Sebaliknya apa yang saya tahu, artis itu mendapat wang dari pihak lain..," katanya perlahan-lahan dan selamba. Agak kekok juga untuk dia memberi tahu 'rahsia' itu.

Pihak yang memberi wang atau diterima diterima oleh artis itu dari mereka yang ingin mendapat sokongan atau projek dari pemimpin Umno berkenaan.
"Saya tahu sebab saya dan kawan ada berhajat untuk mendapatkan projek dari pemimpin Umno berkenaan, dan saya juga bercadang memberikan wang kepada artis itu.." katanya.

Di sini saya tertegun dengan kata-kata itu. Kenapa harus memberi wang kepadanya (artis)? "Demo tidak tahu ke, pemimpon Umno itu sudah kahwin dengan artis berkenaan. Kawan tahu ini sebab puak-puak kita di Tanah Merah yang mengaturkan perkahwinannya di Siam, Puak Tanah Merah hampir-hampir ikut menjadi saksi.

Saya lagi tertegun dan mendekatkan telinga dengannya. Percakapan saya dengan kawan itu tidak diberi perhatian oleh kawan-kawan lain yang duduk semeja panjang yang dicantum menjadi dua.
"Perkahwinan itu bagaimana pun tidak didaftarkan, tetapi ada orang tahu..." tambahnya.

"Ini sedap ceritanya ni," kata saya menarik perhatian. Kawan itu terus bercerita dan bercerita sehingga dia minta saya merujukkan kepad orang bernama Zubir... "Demo tanya Zubir dia tahu sebab dia yang membawa pemimpin kanan Umno dan artis itu berkahwin." Sambungnya.

"Bila mereka kahwin?" soal saya.

"Lama dah, tahun lepas lagi..." jawabnya selamba dan bersahaja seperti mana lagaknya sebelum ini.

"Zubir tu orang mana," tanya saya.

"Dia orang kita juga...." balasnya. Sayang perbualan itu tidak sampai habis sebab masa untuk dia bersama kawannya ke kamar hakim sudah tiba. Kawan itu memberi jaminan dia akan bercerita lagi apabila kami bertemu semula. [wm.kl.7:33 pm 25/04/12]

Jangan sampai SPR digelar 'Sorok Pengundi Ragu'

Abdul Aziz Mustafa, 25 Apr 2012
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar menyokong penubuhan suruhanjaya diraja bagi menangani isu pengundi ragu atau hanya akan digelar sebagai "Sorok Pengundi Ragu".

Menurutnya, jika SPR benar-benar jujur terhadap isu kewujudan lebih 40,000 pengundi ragu, mereka seharusnya turut sama mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat perkara itu.

"SPR sepatutnya merebut kesempatan untuk membuktikan bahawa daftar pemilih yang ada kini dan segala tindak tanduknya adalah bersih dari sebarang penyelewengan dengan menyatakan persetujuan dan kesediaannya menghadapi suruhanjaya diraja itu.

"Jika tidak mahu menerima penubuhan suruhanjaya tersebut, rakyat akan melihat SPR langsung tidak yakin terhadap apa yang didakwanya sebagai fakta sebenar," kata beliau lagi sambil mengingatkan SPR supaya jangan menjadikan dirinya sebagai bahan ejekan rakyat yang mahukan pilihan raya yang adil dan bersih," katanya.

Berhubung buku 'Fakta Sebenar di sebalik dakwaan dan fitnah terhadap SPR' yang diterbitkan SPR, Mahfuz berkata sepatutnya suruhanjaya itu menggunakan saluran suruhanjaya diraja dan bukannya cuba membersih nama dengan menerbitkan buku.

"Tetapi kalau sendiri yang menulis untuk mendakwa diri sendiri mempunyai fakta sebenar, bercakap seorang-seorang tanpa mana-mana badan penilai dan penyiasat untuk mengesahkan kebenarannya, ia akan hanya menyebabkan SPR semakin dilihat benar-benar tidak benar," tegas Mahfuz.

Mahfuz berkata, tuntutan supaya ditubuhkan suruhanjaya tersebut juga turut disuarakan oleh parti komponen Barisan Nasional (BN).

Beliau merujuk kepada kenyataan Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Radin Malleh yang berpendapat satu-satunya cara untuk mengatasi kewujudan 22,000 nama meragukan dalam daftar pemilih ialah dengan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja.

"Jelaslah parti komponen BN pun meragui daftar pemilih yang ada sekarang," kata Mahfuz

Bersih 3.0 ujian penentu transformasi politik Najib

Lim Kit Siang, 25 Apr 2012
Perhimpunan aman Bersih 3.0 “Duduk Bantah” pada 28 April di Dataran Merdeka yang menuntut pilihanraya yang bersih, bebas dan adil merupakan ujian penentu bagi “transformasi politik” Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menjadikan Malaysia sebuah negara dengan “sistem demokrasi terbaik di dunia”
Dalam tempoh tujuh bulan ini, kerajaan Najib sedang cuba untuk memperbetulkan kerosakan disebabkan oleh pengendalian yang tidak cekap oleh kerajaannya dalam kes perhimpunan aman 709 Bersih 2.0 yang menuntut pilihanraya yang bebas dan adil yang jelas mempamerkan keangkuhan, penindasan dan kawalan ketat seperti pengharaman kerajaan terhadap Bersih, penahanan ahli PSM dibawah Ordinan Darurat (Emergency Ordinance) yang tiada justifikasi, penahanan sembarangan orang yang memakai baju-T Bersih 2.0 atau yang memakai pakaian yang berwarna kuning.

Dalam ucapan Hari Malaysia pada 16 September tahun lepas, Najib telah berjanji untuk suatu “transformasi politik” dengan pembaharuan dalam undang-undang drakonian dan yang tidak demokratik seperti pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri serta pembatalan 4 Proklamasi Darurat.

Pada masa itu, saya telah bertanya secara spesifik: “Adakah penggantian bagi pembatalan undang-undang yang menindas akan mengakibatkan kelahiran semula wajah drakonian dalam format baru, contohnya pemansuhan ISA tetapi enakmen undang-undang baru yang boleh diperikan sebagai ISA2?

Ini adalah apa yang telah berlaku dalam tempoh tujuh bulan yang lepas. Walaupun ada pembaharuan atau pemansuhan undang-undang drakonian ini, ia merupakan pelaksanaan ‘satu langkah kehadapan, dua langkah kebelakang”, samada pelaksanaan enakmen Akta Perhimpunan Awam, pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan penggantian Akta Kesalahan  Keselamatan (Langkah-langkah Khas) serta pindaan kepada Kanun Keseksaan, Kanun Acara Jenayah dan Akta Keterangan; dan pindaan kepada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan Akta Universiti dan Kolej Universiti.

Ini adalah sebab mengapa Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak boleh menyokong Akta Kesalahan (Langkah-langkah Khas) walaupun dipersetujui secara sebulat suara untuk pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan untuk mengakhiri kuasa mutlak penahanan tanpa bicara.

Sekiranya Perdana Menteri benar-benar ikhlas untuk menjadikan Malaysia sebagai negara dengan “sistem demokrasi yang terbaik di dunia”, biar beliau mulakan dengan membatalkan sebarang halangan dan bantahan terhadap perhimpunan aman “Duduk Bantah” ayang akan dihadiri rakyat Malaysia bagi menuntut pilihanraya yang bersih, bebas dan adil di Malaysia.

“709” merupakan tarikh yang bersejarah buat negara Malaysia sebagai hari yang memperkasakan erti sebenar slogan 1Malaysia-di mana rakyat jelata dari pelbagai kaum dan agama yang berkumpul bersama untuk menuntut “Malaysia Yang Bersih” bukan untuk pilihanraya yang bersih tetapi dalam sistem politik dan semau aspek pentadbiran kebangsaan.

Biar “428” mengukir sejarah di Malaysia, bukan sahaja sebagai demonstrasi tanda keberdayaan rakyat Malaysia yang patriotik untuk “Malaysia Yang Bersih”, tetapi pengakuan bahawa Perdana Menteri benar-benar ikhlas dalam menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai “sistem demokratik terbaik di dunia”.

Saya menyeru supaya kita bermula dengan pembatalan segera pengharaman kerajaan terhadap Bersih yang tidak munasabah dan tiada justifikasi – terutamanya berikutan penjelasan yang diminta oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Rohana Yusof daripada Menteri Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkenaan dengan deklarasi kerajaan bahawa Bersih sebuah organisasi haram selepas pendirian baru KDN bahawa Bersih 3.0 bukanlah ancaman keselamatan.

Saya akan menyertai perhimpunan aman “Duduk Bantah” Bersih 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada hari Sabtu ini. Biar semua rakyat Malaysia yang patriotik terhadap negara mereka tidak kira kaum, agama, jantina atau umur, untuk mara ke depan, sama ada di Dataran Merdeka atau di mana-mana di Malaysia atau di dunia untuk menghantar suatu mesej dalam aman dan harmoni yang berbunyi: Rakyat Malaysia mahukan pilihanraya “Bersih” sebagai prasyarat untuk “Malaysia Yang bersih”.

Rahman Hassan, Hail Amir di Dataran Stadium 28 April

Salmah Mat Husain, 25 Apr 2012
KOTA BHARU: Kepada peminat artis 60-an dan 70-an, jangan lepaskan peluang untuk bersama Datuk A.Rahman Hassan dan Hail Amir pada 28 April ini.

Program yang akan diadakan pukul 9.00 malam itu akan diadakan di Dataran Stadium sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK@12) menerusi slot Irama Klasik Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Kesenian negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata Sabri Yunus dan Halim Yazid juga akan membuat program hari akhir pada Isnin ini.

Selain itu, katanya Karnival Seni Budaya Kelantan bermula 26 hingga 30 April ini dengan pengisian beberapa program menarik seperti dikir barat bukan Kelantan.

Menurutnya ia diadakan antara negeri-negeri malah peserta dikir barat dari Kelantan tidak boleh menyertai pertandingan ini.

“Saya difahamkan setakat ini enam buah negeri telah bersetuju untuk menyertainya,” ujarnya.

Selain itu katanya, pertandingan dam aji juga akan diandakan antara Kelantan dan Terengganu, masing-masing dengan penyertaan 120 orang simbolik kepada TMK@12 pada 28 April ini bermula 9.00 pagi.

“Pada hari itu juga akan diadakan gerak pesilat seramai 2,012 orang peserta pada sebelah petangnya bersama pemimpin kerajaan negeri,” ujarnya.

Sambungnya lagi, pada 27 dan 28 April pula akan diadakan pameran kucing cantik anjuran bersama TIC dan Persatuan Kucing Malaysia di Gelanggang Seni.

Wacana PRU13, Sabah bukan fix deposit BN

Wan Nordin Wan Yaacob, 25 Apr 2012
TAWAU: Rakyat Sabah harus mendepani cabaran menjadikan Sabah bukan lagi fix deposit kepada Umno BN dalam pilihan raya umum ke-13.

Demikian kata Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman semasa berwacana di sini malam ini.

Wacana bertajuk Selamatkan Sabah, Selamatkan Malaysia itu dianjur PAS Tawau di hotel MB dekat sini bermula jam 9 malam tadi.

Dua panel dijemput menghangatkan wacana termasuk Ahmad Lutfi dan Penolong Ketua Penerangan PKR Sabah, Musli Oli.

Lutfi berkata, jika PRU12 lalu yang menyaksikan tsunami berlaku di Semenanjung, namun Sabah dan Sarawak masih menjadi simpanan tetap BN.

Namun, beliau merasakan bahawa keadaan itu akan berubah dalam PRU13 ini dengan kebangkitan tsunami merentasi Laut China Selatan.

Sementara itu, Musli yang baharu menyertai PKR lima bulan lalu berkata, beliau yakin 11 kerusi akan diperolehi Pakatan Rakyat di Sabah.

Telahan itu berdasarkan kepada mood rakyat Sabah yang semakin tidak boleh menerima BN menerajui negeri ini, jelas Musli.

Namun, beliau tetap bimbang dengan kempen berdasarkan sentimen perkauman oleh Umno BN akan ditelan pengundi khasnya Melayu untuk terus meyokong BN.

Beliau amat berharap, rakyat Sabah melakar perubahan ini dan menjadi penyumbang kepada usaha menenggelamkan BN di peringkat pusat.

Wacana ini dihadiri lebih 150 tetamu dengan dewan yang penuh.

Siapa menindas dan siapa yang ditindas?

25 Apr 2012
Tatkala PAS memerintah keseorangan di Kelantan, tiada pun kedengaran pun ada suara yang menyatakan bagaimana Umno menindas PAS berdekad lamanya.

Tatkala PAS memerintah Terengganu, tiada pun kedengaran suara yang menyatakan Umno zalim apabila menarik balik bayaran royalti minyak Terenganu.

Rakyat Terengganu yang menyokong Umno tiga dekad lamanya, oleh kerana memilih PAS pada 1999 terus ditarik hasil royalti mereka.

Apakah umat Islam di Terengganu yang menyokong PAS pada 1999 telah tetiba berubah menjadi "tidak Melayu" di hati Umno?

Apakah umat Islam di Kelantan bukan rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu di hati Umno?

Semasa PAS ditindas Umno sekian lama, tiada pun suara daripada para pejuang kini yang bersuara dan mempersoalkan mengapa Melayu Umno sanggup bekerja dengan MCA untuk menindas Melayu di Kelantan dan Terengganu.

Apabila semua parti yang ditindas Umno sekian lama mengambil keputusan bergabung atas prinsip tahaluf siyasi supaya tidak lagi mudah ditindas Umno dan Umno tetiba kehilangan lima negeri kesayangan; timbul suara sumbang yang berkata PAS sanggup bekerjasama dengan DAP dan PKR untuk menindas Umno.

Soalnya selama ini, siapa menindas dan siapa yang tertindas selama ini?

Yang selama ini membuli, tiba-tiba menjadi lemah kerana rakyat semakin menolak, tetiba menuduh, menangis depan rakyat bahawa pihak yang ditindasnya selama ini ialah pembuli sebenar.

Logikkah?

Yang lebih menyedihkan, ada juga manusia yang diberi akal untuk berfikir mempercayai perkara yang begitu terang-terang satu pembohongan.

PAS ditindas selama ini, adakah Umno kisah? Adakah sesiapa pejuang Melayu yang peduli?

Mereka tidak berteriak dulu semasa PAS ditindas, adil ke mereka berteriak sekarang, tatkala hanya kerana takut Umno kehilangan kuasa dan lebih-lebih lagi dalam keadaan Umno masih lagi dalam posisi menindas?

Disebabkan Umno semakin susah untuk menindas gabungan tahaluf siyasi PAS-DAP-PKR, pelbagai helah digunakan untuk meleraikan gabungan ini.

Umno inginkan PAS kembali ke zaman dulu, zaman di mana mereka boleh menindas segala macam pada PAS, dan tiada pejuang Melayu yang akan bersuara malah akan bertepuk tangan.

Lihatlah hipokrisi ini sendiri dengan mata yang jelas. Islam menuntut kita berlaku adil dalam semua keadaan.

Antara yang menindas dengan yang ditindas, siapakah yang anda wajib tolong?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan