Sabtu, 28 April 2012

BILA TAK SEDAR DIRI...RASA HEBAT...KADANG2 ADA PATUT BUAT BEGINI...AGAR DIA TAHU PERKARA TU SANGAT2 SALAH...SUSAH JUGA KALAU OTAK DILETAK DIKEPALA LUTUT...

“orang berakal, apabila diam ia berfikir, apabila berkata ia mengingatkan dan apabila melihat ia jadikan pengajaran.... fikirlah sendiri...”

Dataran: Mahkamah larang orang ramai kumpul
KHALILAH GUSTI HASSAN & Jamilah Hamzah
27 April 2012
Pemandangan di Dataran Merdeka yang telah ditutup kepada orang ramai sejak 6 pagi tadi.
Pemandangan di Dataran Merdeka yang telah ditutup kepada orang ramai sejak 6 pagi tadi.
[TERKINI 1.30 TENGAH HARI] KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipercayai telah memperoleh perintah mahkamah bagi menghalang penganjur Bersih 3.0 dan orang awam daripada memasuki dan berkumpul di Dataran Merdeka di ibu negara, yang ditutup mulai jam 6 pagi tadi.
Sinar Harian Online difahamkan perintah dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret semalam.
Sehubungan itu, PDRM dijangka akan mengadakan satu sidang media berhubung perkara tersebut kira-kira jam 3 petang ini.
Dalam pada itu tinjauan Sinar Harian Online sekitar 12 tengah hari tadi mendapati kawasan Dataran Merdeka kini ditutup sepenuhnya kepada orang awam bagi mengelak sebarang kejadian tidak diigini berlaku. Anggota polis dan penguat kuasa DBKL turut kelihatan di kawasan tersebut.
Pita kuning turut dipasang sekeliling kawasan yang dijadikan sebagai tapak perkhemahan oleh aktivis Occupy Dataran dan Solidariti Mahasiwa Malaysia (SMM), sejak 14 April lalu, menandakan kawasan tersebut adalah kawasan larangan untuk orang ramai.
Sementara itu, kira-kira 300 orang anggota penguat kuasa PDRM dan DBKL bersama beberapa buah trak berada di sekitar dataran bagi memantau dan mengawal keadaan.
Masih terdapat beberapa aktivis dan pengikut Occupy Dataran termasuk Fahmi Reza, yang ditahan baru-baru ini, berada di sekitar Dataran Merdeka.
Sebelum ini mereka bertekad mahu kekal berada di Dataran Merdeka sehingga esok iaitu hari perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 - yang diadakan bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.
Semalam, DBKL mengumumkan bahawa pihaknya akan menutup sementara Dataran Merdeka dan kesemua laluan ke kawasan itu berkuat kuasa 6 pagi tadi sehingga 6 pagi Ahad ini.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail dalam satu kenyataan berkata, penutupan sementara kawasan tersebut kepada orang awam adalah menurut Seksyen 65 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan dikawal di bawah Undang-undang Kecil Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka) (Wilayah Persekutuan  Kuala Lumpur) 1992.
DBKL sebelum ini menolak permohonan untuk mengadakan protes Duduk Bantah Bersih 3.0 di Dataran Merdeka esok kerana ia tidak bertaraf nasional dan membabitkan kepentingan masyarakat.
Ia telah menawarkan Stadium Titiwangsa, Stadium Badminton dan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras sebagai lokasi alternatif.
PKR mahu Aziz, Wan Ahmad segera letak jawatan
Wartawan Sinar Harian
27 April 2012
muka depan akhbar Sinar Harian edisi Sleangor Jumaat 27 April 2012
muka depan akhbar Sinar Harian edisi Sleangor Jumaat 27 April 2012
Datuk Saifuddin Nasution Ismail
Datuk Saifuddin Nasution Ismail
SHAH ALAM - PKR mahu kedua-dua Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar segera meletakkan jawatan ekoran pengakuan bahawa mereka adalah ahli Umno.
Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, Abdul Aziz dan Wan Ahmad perlu bertindak demikian bagi mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kewibawaan SPR.
"Kita berpendapat jalan terbaik untuk kedua-dua mereka membantu mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kewibawaan institusi SPR lebih-lebih lagi pada ketika Malaysia akan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang ialah segera meletak jawatan," kata beliau dalam satu kenyataan media dikeluarkan sebentar tadi.
Katanya, PKR memandang serius perkara keterlibatan Abdul Aziz dan Wan Ahmad yang sah menjadi ahli Umno sementara masih memegang jawatan dalam SPR.
"PKR berpegang kepada prinsip bahawa kepercayaan awam adalah syarat tonggak dalam kriteria perlantikan seseorang sebagai anggota dalam SPR.
"Seorang yang diamanahkan menduduki jawatan sebagai anggota SPR hendaklah diyakini bebas, tidak berpihak dan berkecuali," katanya lagi.
Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, ternyata Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR gagal dalam ujian asas ini kerana terbukti mereka berdua sah menjadi ahli Umno.
Dalam kenyataan itu, Saifuddin berkata, Abdul Aziz merupakan ahli Umno cawangan Sri Ampang Baru, Ampang manakala Wan Ahmad pula ahli cawangan Kubang Bunggor, Pasir Mas.


Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohamad Yusoff dan Timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengaku bahawa mereka adalah ahli Umno. Badan yang mengruskan Pilihanraya diketuai oleh ahli politik yang bertanding dalam pilihanraya. Anda yakin pilihanraya akan adil?

PENGERUSI SPR: Nama ABDUL AZIZ BIN MOHD YUSOF, No KP 500124105279,
No Keahlian UMNO 113804, Kod Cawangan 09920036=SRI AMPANG BARU.

TIMBALAN: Nama WAN AHMAD BIN WAN OMAR, No KP 490101035179, No Keahlian UMNO 2374564 Kod Cawangan 02213049=KUBANG BUNGGOR, PASIR MAS

PRU13: Naib Presiden Pas hadapi ‘ujian’ awal di Johor
AZLINA OTHMAN
27 April 2012
Sekumpulan penduduk mendengar penerangan dan ucapan dari Salahuddin (lima, kanan)
Sekumpulan penduduk mendengar penerangan dan ucapan dari Salahuddin (lima, kanan)
JOHOR BAHRU – Kehadiran Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, yang membuat persediaan untuk bertanding di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), di Kampung Skudai Kiri di sini semalam, mencetuskan rasa kurang senang di kalangan penduduk lantas berlaku sedikit kekecohan.
Kekecohan, yang dilihat sebagai ujian awal ke atas beliau, berlaku apabila sebahagian mereka berkeras tidak mahu pemimpin parti itu mencampuri urusan berkaitan pemilikan tanah di kawasan berkenaan.
Kedatangan Salahuddin yang ditemani Ketua Pemuda Pas negeri, Suhaizan Kaiat bersama lebih 20 penyokong pada jam 12.25 tengah hari menerima sambutan dingin penduduk, malah kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki diketuk dari luar sehingga memaksa pasukan polis datang untuk menenangkan keadaan.
Setelah keadaan beransur reda, Salahuddin yang kelihatan tenang kemudian menghampiri sekumpulan orang kampung yang sedang berkumpul setelah diberi tempoh sepuluh minit untuk bercakap oleh pihak polis.
Ahli Parlimen Kubang Kerian ini disahkan akan bertanding di Johor kali ini tetapi kerusinya belum disahkan lagi.
Dalam ucapan ringkas beliau berkata, Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed adalah rakan baiknya di Parlimen dan kehadirannya di kampung itu adalah untuk membantu menyelesaikan masalah penduduk.
“Umno dan Pas adalah parti sahaja. Kita semua orang Melayu dan tidak perlu bergaduh. Kalau saya bertanding di sini pun, belum tentu menang atau kalah, jadi biar kita sama-sama perjuangkan hak rizab Tanah Melayu ini.
“Kedatangan saya ke sini sekadar mahu memberi bantuan. Saya akan cuba memanjangkan isu ini ke peringkat Parlimen dan kementerian yang berkaitan bagi menuntut hak kepada mereka yang berhak,” katanya sebelum beredar menuju ke kenderaannya semula.
Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Skudai Kiri 2, Mohd Sultan Abdul Rahim berkata, kehadiran Salahuddin memang tidak dapat diterima, apatah lagi Pas tidak mempunyai cawangannya di kampung tersebut.
Malah dakwanya, dokumen memorandum penduduk yang dibawa Suhaizan juga adalah salinan kepada apa yang telah disuarakan mereka selama ini.
“Bagi saya kehadiran mereka (Salahuddin dan Suhaizan) hanya menyemak di sini. Isu yang cuba dibawa juga telah kami perjuangkan sejak tahun 2003 lagi.
“Kami yang membawa segala bentuk tuntutan penduduk Skudai Kiri kepada Ahli Parlimen, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman. Tiba-tiba orang Pas datang dan kata mahu perjuangkan nasib penduduk," katanya.
Menurut Mohd Sultan, terdapat 96 tanah bergeran, 11 lesen pendudukan sementara (TOL) dan 434 lagi permohonan TOL masih diproses, yang mana kesemuanya terkandung dalam memorandum yang telah dihantar lebih awal.
Sementara itu, bekas ketua kampung, Mohamed Ibrahim berkata, segelintir penduduk tidak faham dan tidak sabar dengan permohonan yang dibuat, lalu mewujudkan laluan kepada orang luar untuk mengambil kesempatan.
Katanya, segala permohonan yang dibuat itu perlu melalui prosedur dan protokol yang ditetapkan.
“Sebagai contoh, kawasan yang ditambak di bahagian belakang bukan sebahagian daripada kampung itu tetapi adalah milik Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).
"Namun, kontraktor datang memberi pampasan, malah laluan sungai untuk kegunaan nelayan juga telah diusahakan,” katanya.
Seorang penduduk yang ditemui Sinar Harian, Asiah Yusof, 50, berkata, dia bimbang dengan nasibnya sekeluarga apabila turut mendengar khabar mereka akan dipindahkan ke sebuah penempatan lain yang dikenakan kadar sewa yang belum diketahui lagi.
“Saya sudah tinggal di sini sejak tahun 1960 lagi. Macam mana nasib saya dan empat anak nanti untuk teruskan hidup. Duit pampasan yang bakal mereka berikan tidak mencukupi.
“Kami bukannya mahu bergaduh cuma mahu pembelaan. Kami berharap pihak berkenaan dapat membantu kami. Jangan biarkan kami tunggu dan membuat spekulasi sendiri. Beri penjelasan yang sewajarnya dan kata putus,” katanya kepada Sinar Harian.
Ahli Umno: 'Sudah terlalu lama, saya tidak ingat'
MOHD FAZLI ZAINUL ABIDIN dan HASLINA KAMALUDDIN
27 April 2012
Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
KUALA LUMPUR - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tidak pernah mendaftar atau memohon untuk menjadi ahli Umno, walaupun tidak menolak kemungkinan namanya tersenarai dalam parti tersebut.
“Saya tidak ingat langsung bila dan di mana saya pernah menjadi ahli Umno, boleh jadi ada mana-mana pihak memasukkan nama saya selepas tamat universiti, awal 70-an dulu.
“Itu pun saya tidak dapat pastikan di kawasan mana sebab lepas tamat belajar saya tinggal di beberapa tempat, antaranya Segambut, Selayang dan Ampang. Jadi kalau ada pun yang menamakan saya, memang saya tidak tahu di mana,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau menjelaskan tidak tahu nombor keahlian, tidak pernah membayar yuran tahunan dan tidak pernah menghadiri mana-mana mesyuarat parti, jauh sekali dari memegang apa-apa jawatan parti.
“Perkara sudah terlalu lama, saya tidak ingat, hinggalah hari ini (semalam) ada pihak yang membangkitkan perkara ini dalam akhbar,” katanya mengulas berita muka depan Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, tidak adil mana-mana pihak mengambil fakta yang sudah terlalu lama dan dilupakan semata-mata untuk dijadikan isu.
“Saya ingin menegaskan kalau pun betul ada orang mendaftarkan saya sebagai ahli parti, itu tidak sama sekali menjadikan saya berat sebelah atau bias dalam mengendalikan SPR. Saya tidak pernah berasa terikat sepanjang berkhidmat di sini,” tegas beliau mengulas laporan Sinar Harian dan Sinar Harian Online semalam.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, Abdul Aziz dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar perlu menafikan mereka bukan ahli Umno bagi membuktikan benar-benar berkecuali.
Pakatan Rakyat (PR) membangkitkan perkara ini ketika desas-desus menyebut Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam waktu terdekat sementara membangkitkan ketelusan SPR dalam mengendalikan pilihan raya.
Saifuddin menambah, pada dasarnya mana-mana ahli panel SPR sepatutnya tidak menganggotai parti politik supaya mereka kelihatan berkecuali dan dapat bertindak tanpa condong kepada mana-mana pihak.
Aziz Desa masuk ICU
SAPINAH AB GHANI
27 April 2012
Aziz menerima kunjungan daripada Eksekutif Jualan KTC, Roshatika Abu Bakar ketika menerima rawatan d
Aziz menerima kunjungan daripada Eksekutif Jualan KTC, Roshatika Abu Bakar ketika menerima rawatan di ICU Hospital Pakar Perdana
KOTA BHARU - Akibat mengambil ubat tanpa pemeriksaan doktor, Ketua Pegawai Operasi Kelantan Trade Center (KTC), Aziz Desa dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar Perdana di sini, kelmarin.
Beliau mulanya hanya mengalami kebas tangan dan kaki, sebelum mendapatkan ubat di farmasi.
“Namun, setelah dirujuk pada doktor, kesan daripada ubat itu menyebabkan saya sakit dada, muntah, pening dan jantung berdegup kencang.
“Saya kemudian ke hospital ini untuk pemeriksaan dan ditahan di ICU untuk rawatan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Aziz, yang turut mempunyai masalah kencing manis sejak beberapa tahun lalu juga mengakui ubat kebas diambil itu turut memberi kesan terhadap penyakit tersebut.
“Tak sangka saya akan seteruk ini, sehingga terpaksa bermalam di wad, dan dipantau doktor setiap masa,” katanya yang dinasihatkan untuk berada di wad itu selama seminggu.
Ditanya sama ada isu yang timbul sepanjang menerajui KTC turut mempengaruhi masalah kesihatannya, Aziz berkata, mungkin kerana terlalu banyak berfikir menyebabkan beliau terleka sehingga mengganggu kesihatan.
“Kerja saya tidak begitu banyak, tetapi mungkin saya terlalu banyak berfikir. Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz masuk wad sebab jaga kerajaan, saya masuk wad sebab jaga KTC,” katanya sambil ketawa.
Sementara itu, Aziz, yang juga pengacara Nasi Lemak Kopi O di TV9, mula menerajui KTC Februari lalu, dan sejak itu pelbagai program dilakukan dalam menaikkan nama pusat konvensyen itu.
Bagaimanapun, pelbagai polemik dan salah faham tercetus di sebalik keberanian dan ketegasan beliau ketika menjalankan tanggungjawab diamanahkan.
Padah ganggu isteri orang
Wartawan Sinar Harian
27 April 2012
Suspek cedera teruk dibelasah penduduk.
Suspek cedera teruk dibelasah penduduk.
PETALING JAYA – Gara-gara mengganggu isteri orang, seorang warga Afrika cedera teruk dibelasah penduduk yang berang dengan tindakannya itu.
Dalam kejadian 11 malam kelmarin, suspek bertindak mengetuk pintu rumah mangsa yang terletak di tingkat bawah blok P, Apartmen Harmoni, Damansara Damai dekat sini. 
Menurut sumber, suspek mengetuk beberapa kali rumah mangsa tanpa diketahui sebab dia berbuat demikian.
“Bila mangsa buka pintu, tiada orang di luar namun niat jahat warga Afrika itu mahu menerjah masuk ke dalam rumah tidak menjadi.
“Wanita itu membuka pintu secara tiba-tiba dan dapat melihat dengan jelas suspek yang hanya berseluar pendek serta tidak berbaju.
“Terperanjat dengan kehadiran suspek, wanita itu kemudiannya menjerit sekuat hati dan jeritannya didengari oleh jiran berhampiran,” katanya.
Jelasnya, panik melihat kehadiran jiran mangsa, suspek melarikan diri dan akhirnya dicekup serta dibelasah penduduk di hadapan Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2.
Sementara itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT ) Apartmen Harmoni, Zahabu Ramli berkata, sebaik mendapat laporan, anggota KRT turun ke lokasi dan melihat warga Afrika sudah tidak bermaya.
“Kami serahkan suspek kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan wanita itu kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Damansara Damai,” katanya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan