Sabtu, 28 April 2012

BILA ALLAH BUANG KETAKUTAN..KEMUDIAN ALLAH CAMPAKKAN KEBERANIAN....BEGITULAH SEBALIKNYA....INGAT...DOA ORANG DIZALIMI AMAT MAKBUL...

Polis tembak gas pemedih mata

Harakahdaily, 28 Apr 2012


(Wajah-wajah pedih selepas terkena gas pemedih mata di Jalan Raja Laut)

KUALA LUMPUR: Polis melepaskan gas pemedih mata ke arah peserta perhimpunan Bersih 3.0 kira-kira jam 3 petang menyebabkan mereka lari bertempiaran di persekitaran Dataran Merdeka.

Sebahagian mereka merempuh tembok yang dibina oleh DBKL bagi melindunginya dari dimasuki orang ramai.


(Berkongsi garam di dalam masjid India selepas terkena gas pemedih mata)


Tidak kurang juga yang terpaksa lari ke lorong-lorong belakang di sekitar Dataran Merdeka.


(Orang ramai memenuhi jalan belakang sebelah Jalan Raja Laut selepas kawasan itu ditembak dengan gas pemedih mata)

Di satu kawasan, polis telah menyekat orang ramai dari lari menembusi sekatan yang mereka buat.

Hanya wartawan dan jurugambar sahaja yang dibenarkan melalui sekatan mereka.

Polis mula membunyikan locing amaran kira-kira jam 3 petang diikuti dengan semburan water canon dan tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka.

Ada juga yang ditangkap termasuk ahli DAP dari Cheras, Mr Liu Yang, kata anggita Parlimen, Lim Lip Eng menerusi twitternya.

Menurut salah seorang peserta itu, Syed Marwan melaporkan, dia baru saja terkena gas pemedih mata.


(Kiri: Terpaksa berlindung selepas ditembak dengan gas pemedih mata. Kanan: Gas ditembak)

"Baru terkena gas pemedih mata,  Perit. Sakit. Ada yang pengsan. Moga Allah balas perbuatan zalim mereka," tulis beliau menerusi twitter.

Ada juga mangsa yang terkena gas terpaksa mencari perlindungan di kedai-kedai berhampiran dengan tempat kejadian.
Mereka yang pengsan akibat terhidu gas juga dibawa berlindung di situ.

Ribuan penyokong Bersih berhimpun di 30 kotaraya

Harakahdaily, 28 Apr 2012


(Lebih 100 berhimpun menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di Sydney, Australia)

KUALA LUMPUR: Ketika ratusan ribu rakan-rakan mereka berkumpul di Kuala Lumpur, beribu-ribu penyokong agenda Bersih juga berkumpul di tempat-tempat lain seluruh dunia.

Khamis lepas, berpuluh-puluh penyokong Bersih 3.0 melancarkan kempen mereka lebih awal iaitu di dua kota suci umat Islam, Makkah dan Madinah.

Hari ini perhimpunan itu dilaporkan berlangsung di 30 bandaraya.

Di Sydney, Australia, lebih 100 orang berkumpul bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di Malaysia.

(Perhimpunan di Masjid Nabawi, Madinah beberapa hari lalu)

Di Melbourne, Australia, peserta perhimpunan di Federal Square mencecah 750 orang, lapor tweet terkini Bersih Oz Twitter.

Perhimpunan itu bermula kira-kira jam 9 pagi waktu tempatan dengan kira-kira 30 orang membawa plakad menyokong pilihan raya bebas dan adil serta menyanyikan lagu ‘Negara Ku’.

Menjelang tengah hari, semakin ramai menyertai perhimpunan tersebut, dengan topeng Ambiga diedarkan untuk dipakai oleh para peserta.

“Topeng Ambiga kini diedarkan, kita semua Ambiga!” tulis satu tweet. Semasa di Perth, Australia,

(Himpunan Bersih 3.0 di Kota Kinabalu)

150 rakyat Malaysia dilaporkan berkumpul di hadapan menyanyi konsulat Malaysia, manakala 300 lagi berhimpun di Dewan Bandaran Sydney sekitar jam 2 petang.

Di Adelaide, kira-kira 150 orang menyertai perhimpunan menyokong BERSIH di bandar tersebut. Sementara itu di New Zealand, perhimpunan dilaporkan bermula di Christchurch, di Universiti Canterbury sekitar jam 10.30 pagi waktu tempatan.

Di Seoul, kira-kira 30 rakyat Malaysia mengadakan perhimpunan itu serentak dengan di Malaysia yang berdepan dengan tembakan gas pemedih mata dan meriam air.
“Kami menuntut pilihan raya yang bebas dan adil. Bebaskan semua tahanan,” laung peserta perhimpunan itu di persimpangan Gwanghwamun di tengah-tengah bandaraya Seoul (kiri)

(Perhimpunan Bersih 3.0 di Kucing)

Memakai baju-T kuning, mereka – kebanyakannya pelajar Malaysia dan pekerja yang tinggal di ibu negara Korea Selatan itu – membawa kain rentang dan bergilir-gilir menyampaikan ucapan menuntut pembaharuan pilihan raya di Malaysia.
Selain, penyokong Bersih juga berhimpun di Kota Kinabalu, Sabah. Begitu juga di Kucing, mereka juga berhimpun di sana.

Solat 'Jumaat' di Masjid Negara hari Sabtu

Harakahdaily, 28 Apr 2012


(Penuh Masjid Negara dengan baju kuning)

KUALA LUMPUR: Menjelang perhimpunan rasmi Bersih 3.0 jam 2 petang ini, Masjid Negara penuh dengan jamaah yang berbaju kuning.


(Orang ramai bergegas ke dalam Masjid Negara apabila azan berkumandang)

Mereka ke sana untuk menunaikan solat Zohor apabila azan dikumandangkan oleh muazzim Masjid Negara.

Ini menyebabkan masjid itu penuh sesak umpama solat Jumaat.

Sebelum itu, beberapa pemimpin telah membuat ucapan di perkarangan masjid itu.

(Mereka yang tidak dapat masuk ke masjid, solat di tepi jalan)

Polis beri amaran bersurai, tangkapan di KLCC

Harakahdaily, 28 Apr 2012

KUALA LUMPUR: Walaupun jam baru menunjukkan jam 1 tengahari, iaitu satu jam menjelang perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka,  polis sudah mengeluarkan amaran bersurai kepada orang ramai.

Mereka juga sudah bersiap sedia dengan water canon dan pasukan polis FRU untuk menyerang orang ramai jika arahan itu tidak diendahkan mereka.

Amaran polis ini bertentangan dengan janji kerajaan sebelum ini yang mengumumkan kerajaan tidak akan menghalang perhimpunan kali ini sebagaimana yang mereka laku ke atas Bersih 2.0.

Di perkarangan KLCC, polis mula menganas dengan menangkap 3 pemuda  peserta himpunan sebaik sahaja semua peserta himpunan dari KLCC bergerak menuju Dataran Merdeka.

Mereka ditangkap, ditendang dan diheret ke dalam van polis. Peserta lain yang melihat kejadian mengecam tindakan ganas polis.

Antara peserta yang lihat kejadian berkata, "Sekiranya mengapa-apakan peserta yang ditangkap, PRU 13 kita tolak Umno. Najib tak layak jadi PM."

Polis berkumpul


Lebih 500 anggota polis dilihat bergerak menuju ke persimpangan hadapan Bank Rakyat.

Mereka berkumpul di bawah jejantas berhampiran medan selera D' Tebing.

Pasukan LSF mula membuat sekatan di persimpangan jalan di hadapan medan selera D' Tebing.

Di sini dipercayai laluan kumpulan dari Masjid Negara untuk bergabung dengan kumpulan Dataran Merdeka

Dianggarkan hampir 1,000 anggota LSF dan polis berhimpun menutup jalan di sini.

Unit Amal beri kawalan terbaik

Harakahdaily, 28 Apr 2012


(Barisan pasukan Baju Meron membuat benteng di depan perhimpunan)

KUALA LUMPUR: Sebagaimana perhimpunan yang disertai PAS sebelum ini, Unit Amal sekali lagi memainkan peranan mereka bagi memastikan keselamatan peserta terkawal.

(Pemimpin kanan Unit Amal memberikan taklimat kepada Pengerusi Bersama Bersih 3.0 S Ambiga)

Kira-kira 4,000 anggota unit di bawah pantauan Pemuda PAS dari seluruh negara itu dikerahkan ke perhimpunan kali ini.

Malah mereka sudah mula bertugas sejak beberapa malam lalu di Dataran Merdeka bagi mengawal keselamatan mahasiswa yang berkhemah di situ.

Ia dibuat ekoran serangan samseng ke atas perkhemahan mahasiswa yang menuntut pemansuhan pendidikan percuma di situ.

Namun, ekoran peranan mereka, anggota Unit Amal kali ini menjadi sasaran polis.
Gambar sebelah menunjukkan risiko tugas mereka bagi mempasti peserta perhimpunan selamat sedang mereka sendiri terdedah kepada risiko ditangkap.
(Salah seorang anggota Unit Amal ditangkap polis dalam perhimpunan Bersih 3.0 kali ini)


(Anggota Unit Amal membuat benteng manusia menjadikan mereka barisan depan dengan polis)

Ratusan ribu sudah banjiri Kuala Lumpur

Harakahdaily, 28 Apr 2012


(Ratusan ribu sudah berkumpul menuju ke Dataran Merdeka)

KUALA LUMPUR: Hampir ratusan ribu manusia sudah memenuhi ibukota terutama di perkarangan Dataran Merdeka di samping enam lagi lokasi berkumpul sebelum bergerak ke sana.

Jumlah kali ini jauh lebih banyak berbanding Bersih 2.0 yang diadakan sebelum ini.

Mereka memulakan perhimpunan ini kira-kira dua jam sebelum perhimpunan yang sepatutnya bermula jam 2 - 4 petang ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar kanan) sudah berada di kawasan perhimpunan dan akan bergerak ke Dataran Merdeka.

Beliau berkumpul bersama-sama pimpinan PAS dan Pakatan yang lain di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Dengan memakai jubah berwarna kuning, lencana bersih 3.0 dan juga headband Bersih 3.0, beliau akan bersama perhimpunan Bersih kali ini.

Dalam perhimpunan  Bersih 2.0, beliau antara yang ditahan polis dan dibawa naik ke black maria polis.

Turut serta dari pejabat Agung PAS adalah Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Dr Hatta Ramli dan Dr Syed Azman Syed Ahmad.

Dengan memakai baju kuning Bersih 3.0, mereka mula bergerak beramai-ramai dengan berjalan kaki dari Pejabat Agung PAS ke Dataran Merdeka.(gambar kiri).

(Jalan Sultan)

(Masjid Negara)

(Sedang sampai di Stesen Komuter Kuala Lumpur)

(Dari Pudu Raya)

(Pasukan hijau yang bergerak dari KLCC)

Polis dikesan ramai sekitar ibukota

Harakahdaily, 28 Apr 2012


(Polis yang ramai di KL Sentral sedang menerima arahan akhir sebelum bertugas)


(Dataran Merdeka penuh dengan polis)

KUALA LUMPUR: Walaupun Menteri Dalam Negeri berkata, kerajaan tidak menyekat perhimpunan Bersih kali ini orang ramai mulai mempunyai pendapat berlainan apabila kehadiran polis yang ramai di beberapa lokasi.

Di KL Sentral, puluhan polis dilihat di situ dan ketika mereka sampai mereka sedang diberikan taklimat akhir oleh ketua mereka.

Anggota Parlimen DAP,  M Kula Segaran melaporkan melalui twitternya, polis sangta ramai di KL Sentral dan sedang mendengar taklimat akhir.


Kehadiran polis yang ramai juga dikesan di Jalan Bandar. Namun FRU tidak kelihatan di sini. (gambar atas)
Mesej juga mula disebarkan kononnya media tradisional yang dikawal Umno dan BN diarahkan agar tidak merekodkan tindakan ganas pihak polis.

Menurut Roket, orang ramai dinasihatkan agar menjaga tingkah laku mereka sepanjang perhimpunan ini kerana KDN telah mengarahkan petugasnya agar merakamkan tingkah laku para peserta perhimpunan kali ini.

Tingkah laku buruk mereka akan dijadikan bukti keburukan yang dibawa oleh peserta perhimpunan ini dan kemudiannya menyalahkan Pakatan Rakyat yang didakwa berada di belakang perhimpunan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan