Isnin, 16 April 2012

BERMORAL KAH...MENGUNAKAN KAEDAH TIPU...ADAKAH MENIPU ITU DIBENARKAN SYARAK...ADAKAH MENIPU MENUNJUK BERSIH DAN MENUNAIKAN JANJI DAN BUKAN KAKI PEMBOHONG...HUKUMAN ALLAH MENUNGGU UNTUK ORANG SUKA MENIPU DAN MENGANJURKAN PERKARA2 MAKSIAT...

Suami, isteri dan laman sosial

http://syahirul.com, 15 Apr 2012

Salam ustaz, saya seorang suami. Saya amat berbesar hati sekiranya ustaz dapat memberikan saya jawapan dan penjelasan atas soalan-soalan saya di bawah:

1. Sekiranya seorang isteri mempunyai akaun jaringan sosial seperti facebook, yahoo messenger, email peribadi dan seumpamanya, patutkah seorang isteri tersebut memberikan akses kepada akaun-akaun tersebut kepada suaminya agar dapat berkongsi sama melihat kandungan, rakan, gambar, nota dan segalanya yang terdapat di dalamnya?

Wajib suami menjaga ahli keluarga (isteri dan anak-anak) dari perkara yang boleh memabawa mereka kepada dosa yang akhirnya membawa ke neraka.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Wahai orang-orang beriman, selamatkanlah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka” (Surah at-Tahrim, ayat 6).

Di antara yang dipesan oleh Rasululllah s.a.w ialah berhati-hati dalam memilih kawan sebagaimana sabda baginda yang bermaksud : “Seseorang itu berada di atas agama kawannya, maka hendaklah setiap dari kamu memerhati dengan siapa dia berkawan” (Hadith Riwayat Imam Abu Daud dan at-Tirmidzi).

Facebook adalah jaringan kawan-kawan dan kenalan, maka suami mempunyai hak untuk memantau dengan siapa isteri dan anak-anaknya berhubungan demi membolehkannya melaksanakan kehendak ayat dan hadith tadi.

2. Haruskah seorang isteri berkongsi alamat email peribadi kepada lelaki lain yang bukan mahram walaupun atas dasar berkawan?

Suami tidak boleh terlalu menyekat isteri dari bergaul dengan orang sekeliling terutama berhubungan dengan keluarga dan rakan-rakan wanita yang solehah. Namun suami wajib menegah isteri dari terlibat dengan hubungan yang dilarang agama seperti hubungan dengan lelaki yang bukan mahram tanpa ada keperluan, bergaul dengan wanita-wanita fasik (yang tidak menjaga agama), bertandang ke tempat maksiat atau yang mendorong kepada maksiat. Suami mempunyai hak untuk menegah isteri dari terlibat dalam pergaulan sedemikian dan ia termasuk dalam kewajipan mencegah mungkar (atau menutup ruang kepada mungkar) dengan kuasa yang dimiliki.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesiapa dari kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, dengan lidah. Jika tidak mampu, dengan hati dan ia adalah selemah-lemah iman” (Hadith Riwayat Imam Muslim dari Abi Sa’id al-Khudri).

Menurut ulama, antara maksud mencegah dengan tangan ialah menggunakan kuasa yang ada untuk mengubah kemungkaran. Dinisbah kepada keluarga, bapa atau suami adalah orang yang berkuasa keatas ahli-ahli keluarga.

3. Haruskah seorang isteri menerima tawaran atau panggilan untuk menjadi kawan/sahabat dari lelaki yang bukan mahram melalui jaringan sosial atau email seperti diatas?

Syariat Islam amat mengambil berat hubungan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi (yakni yang tiada hubungan mahram atau hubungan suami-isteri) di mana ia menyempitkan hubungan dan pergaulan antara keduanya hanya kepada keperluan sahaja (bukan kebebasan). Ini kerana kebebasan akan mendorong kepada zina. Ini sebagaimana kata Nabi s.a.w ; “Tidak berduaan seorang lelaki dan seorang wanita melainkan syaitan yang akan menjadi orang ketiga” (Hadith Riwayat Imam at-Tirmizi dari Ibnu ‘Umar).

Jadi, apabila seorang lelaki dan wanita bebas berhubung dan bercating, syaitan akan membisikkan kepada setiap mereka dan menimbulkan ghairah dan seronok, lalu ingin bertemu dan akhirnya terjerumuslah ke dalam maksiat sekalipun telah bersuami. Kejadian ini tidaklah asing lagi hari ini.

4. Salahkah seorang suami meminta seorang isteri meberitahu suaminya sekiranya si isteri ada menerima panggilan atau tawaran dari lelaki lain untuk menjadi sahabat atau rakan dari jaringan sosial atau email?

Islam tidaklah menyekat kebebasan umatnya, namun Islam memberi peringatan; kebebasan yang terlalu luas akan menjahanamkan. Oleh itu suami perlu mengimbangi kehidupan keluarganya antara kebebasan dan sekatan. Jangan memberi kebebasan tanpa batasan dan jangan pula terlalu mengongkong. Terbaik ialah pertengahan. Suami boleh membenarkan, tetapi pada masa yang sama perlu bertegas dalam perkara tertentu. Sebagai contoh, bila isteri minta nak berlaman sosial, suami menjawab; “Boleh, tetapi saya hanya benarkan dengan wanita sahaja dan jika lelaki, saya hanya benarkan dengan keluarga sahaja”.

5. Adakah seorang suami itu bersikap terlalu cemburu kepada isterinya sekiranya si suami berpandangan sedemikian?

Sikap cemburu suami jika berasas, itu adalah tanda iman. Namun cemburu tanpa berasas, itu adalah tanda penyakit hati. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud ” “Cemburu ada dua, satunya disukai Allah dan satu lagi dibenci Allah. Cemburu jika berpunca dari keraguan/kegusaran, ia disukai Allah. Namun jika tidak datang dari sebarang keraguan, ia dibenci Allah” (Hadith Riwayat Imam Ahmad, at-Thabrani dan al-Hakim dari ‘Uqbah bin ‘Amir. Menurut as-Suyuti; hadith ini sahih. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadith no. 5783).

Menurut ulama, maksud cemburu tanpa keraguan ialah cemburu buta, yang timbul dalam hati tanpa sebarang sebab iaitu semata-mata buruk sangka dari suami terhadap isteri atau dari isteri terhadap suami (Faidhul-Qadier).

Di dalam hadith lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud ; “Tidak akan masuk syurga lelaki yang dayus” (Hadith Riwayat Imam at-Tayalisi dari ‘Ammar).

Maksud dayus ialah; lelaki yang hilang perasaan cemburu terhadap nilai dirinya di mana ia tidak kesah dengan siapa lelaki yang bersama dengan isteri atau anak perempuannya, dengan siapa mereka keluar dan ia tidak mengambil berat akhlak dan tingkah laku mereka (al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah).

Wallahu a’lam.

Rujukan:

1. Fatawa Dar al-Ifta’ al-Misriyyah, 10/172.
2. Faidhul-Qadier, Imam an-Minawi, Syarah hadith no. 5783.
3. Al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah, Syeikh Abd Rahman al-Jazairi, juz 5.

P/S: Isteri buat la persetujuan dengan suami jika dia nak password email atau lain-lain akaun laman sosial anda, suami pun kena bagi password dia juga, baru adil kan? Kalau tiada apa yang salah dan nak disembunyikan, buat apa dia nak takut? Tolak ansur tu sangat-sangat penting.

Puluhan ribu sertai ceramah Kadir Sheikh Fadzil

Harakahdaily, 15 Apr 2012
BALING, 16 April: Puluhan ribu telah menyertai majlis ceramah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil malam tadi di Kupang, dekat sini.

Turut serta di majlis itu adalah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak.


(Tan Sri Kadir buat pertama kali berucap di atas pentas PAS selepas keluar Umno)

Ini adalah majlis ceramah pertama yang dibuat oleh Tan Sri Kadir di atas pentas PAS selepas mengisytiharkan keluar dari Umno.

Kadir ketika bertemu dengan Presiden dan pimpinan PAS yang lain di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut baru-baru ini telah bersetuju untuk berceramah di atas pentas PAS.

Sebelum ini, Kadir telah mengumumkan keluar dari Umno ekoran tindakan pimpinan Umno mempertikaikan beberapa kenyataannya sebelum ini.

Namun sehingga kini beliau belum mengisytiharkan untuk menyertai mana-mana parti.


(Antara puluhan ribu yang menyertai ceramah Tan Sri Kadir malam tadi di Kupang)

Ceramah yang sertainya malam tadi adalah sempena dengan kunjungan pimpinan PAS yang diketuai Ustaz Abdul Hadi ke Kedah.

14 April lepas, Abdul Hadi berkunjung ke Perlis sebelum berlepas ke Kedah dalam dalam siri kunjungan pimpinan PAS ke negeri-negeri.

Sebelum ini, Abdul Hadi telah mengunjungi Johor, Terengganu dan Pahang.

Ia diatur oleh Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.

Satu lagi pasukan diketuai oleh Timbalan Presiden PAS, Haji MOhamad Sabu.

Semalam, kumpulan yang diketuai Mohamad Sabu melawat Perak dalam siri mempersiapkan jentera PAS sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya ke 13.

Gabenor Wilayah Qom kunjungi Kelantan

Salmah Mat Husain|Foto: Rizal Tahir, 16 Apr 2012
KOTA BHARU, 16 April: Gabenor Wilayah Qom, Mohammed Hussein, tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kira-kira jam 7.20 malam tadi sempena kunjungan hormat ke Kelantan selama dua hari.
Ketibaannya disambut  anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah dan timbalan exco Zulkifli Mamat, Timbalan Ketua Eksekutif PKINK, Zainal Abdul Rahim.

(Gambar: Mohammed Hussein menyampaikan cenderahati kepada Zulkifli.)

Turut menyambut deligasi dari Republik Iran seramai enam orang itu, Pengurus Tunjung Development Corporation, Nazri Deraman dan pegawai protokol, Nik Abdul Halim Nik Hassan.

Selain itu Said Redza, Mohsen Rouhi, Yones Aali Pour dan lain-lain juga turut berkesempatan mengunjungi Kelantan.

Sejurus ketibaan itu, mereka diraikan makan malam oleh kerajaan negeri di sebuah hotel.

Keesokannya akan bertemu Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Rombongan ini juga akan melawat Bandar Baru Tunjong, Perdana Resort dan seterusnya pembangunan di Tok Bali, Pasir Putih sebelum menghadiri majlis makan malam yang juga bakal disertai Duta Iran ke Malaysia Prof Dr Mohd Mehdi Zahedi.

‎10 GOLONGAN MANUSIA YANG DI USIR DARI PADANG MAHSYAR

1. Mereka diusir berupa kera. Mereka adalah manusia yang suka mengadu domba.

2. Mereka diusir berupa babi. Mereka adalah manusia yang suka memakan barang yang haram.

3. Mereka dihalau dalam keadana terbalik kaki di atas dan kepala di bawah. Mereka adalah dari golongan yang suka berdusta.

4. Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta tidak berakal. Mereka adalah dari golongan yang riak bangga diri dan sombong.

5. Mereka dihalau dalam keadaan menguyah lidah sendiri sedang lidahnya itu
menjulur ke bawah sampai ke dadanya dan dari mulutnya keluar nanah yang
menjijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainan dengan
perilakunya.

6. Mereka dihalau dalam keadaan tersalib di pohon kurma dari neraka. Mereka adalah manusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang tidak jujur.

7. Mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan kakinya. Mereka adalah
orang-orang yang mengganggu jiran-jiran.

8. mereka dihalau dalam keadaan buta. Mereka adalah dari golongan yang curang dalam menetapkan hukum.

9. Mereka dihalau dalam keadaan busuknya lebih busuk daripada bau bangkai.
Mereka adalah orang yang gemar melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara wajib seperti zakat, puasa, solat, ... tidak menjalankan kerja dakwah dan sebagainya.

10. Mereka dikumpulkan dalam keadaan memakai pakaian besi yang panas. Mereka ini adalah manusia yg syirik kepada Allah swt.

SILA KLIK "SHARE" PADA RAKAN-RAKAN YANG LAIN :)
MUDAHKAN,MENDAPAT PAHALA DENGAN CARA BERDAKWAH DLM FACEBOOK NI ♥ INSYAALLAH :)
By: SAYA CINTA ISLAM.

Mahasiswa terus berkhemah di Dataran Merdeka

Hazayani Zakaria, 15 Apr 2012
KUALA LUMPUR, 15 April: PAS akan mengemukakan usul tergempar mengenai pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendidikan percuma di Parlimen esok.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, PAS dan Pakatan Rakyat menyokong penuh tuntutan mahasiswa bagi mendapatkan pendidikan percuma.

"Pakatan Rakyat bersimpati dengan nasib mahasiswa yang belum mendapat hak pendidikan percuma.

"Saya mewakili Pakatan akan membawa isu ini ke Parlimen dan satu sidang media khas juga akan diadakan di Parlimen esok," kata beliau selepas melawat kira-kira 20 mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka sejak petang semalam. (Gambar)

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu turut menasihatkan mahasiswa tersebut agar bertenang dan menjaga keamanan sepanjang berkhemah di kawasan tersebut selain mematuhi semua arahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Saya harap mahasiswa dapat bertenang dan jaga keamanan di sini sementara kita bincang isu ini di Parlimen.

"Saya harap DBKL dapat menggunakan budi bicara untuk izinkan mereka berhimpun di sini. Kalau DBKL kenakan syarat perlu patuhi arahan, dan mahasiswa cuma nyatakan suara untuk mendapatkan hak pendidikan percuma," katanya.

Tidak akan berganjak


(20 mahasiswa terus berada dalam khemah mereka menuntut pemansuhan PTPTN dan digantikan pendidikan percuma)

Sementara itu, Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Zaini berkata, mahasiswa tetap dengan pendirian tidak akan berganjak dari Dataran Merdeka selagi kerajaan tidak mendengar tuntutan mereka.

Katanya, perkhemahan tersebut sebagai simbolik kepada kesusahan mahasiswa yang terpaksa menanggung beban hutang PTPTN.

"Apa yang kami lakukan ini sebagai simbolik kepada kesusahan mahasiswa yang menanggung hutang.

"Ini sebagai tanda protes untuk menyampaikan mesej kepada rakyat dan kerajaan. Kami akan tetap di sini sehingga 28 April, tarikh Bersih 3.0," katanya.

Mereka turut menerima sokongan daripada orang ramai yang menghantar makanan dan minuman serta tikar sejak malam tadi.

Terdahulu, belasan anggota DBKL bertindak merobohkan khemah mereka setelah arahan mengosongkan tempat tersebut tidak dipedulikan.

Tindakan itu menyebabkan dua daripada enam khemah mereka rosak.

Bagaimanapun, mahasiswa memasang kembali khemah mereka dengan memberi pandangan bahawa mereka berhimpun secara aman.

Salahuddin turut berunding dengan anggota DBKL agar memberikan kelonggaran kepada mahasiswa.

Di samping itu beliau turut memberikan sumbangan (gambar) kepada tabung yang disediakan oleh mereka untuk menyokong mahasiswa yang berkhemah itu.

Wujud task force, PRU13 ‘ibu segala penipuan’

Harakahdaily, 15 Apr 2012
KUALA LUMPUR, 15 April: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menuntut supaya siasatan dilakukan segera ke atas dakwaan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar bahwa wujud sebuah task force mengenai pemberi kad pengenalan kepada warga asing yang didalangi oleh pejabat Perdana Menteri.

“Pendedahan ini amat serius dan melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara,” kata Setiausaha Agung Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar).

Katanya, dakwaan Mahfuz yang sangat berat itu melibatkan pendedahan nama-nama orang tertentu yang dikatakan terbabit.


Beliau berkata, walaupun mereka telah mengumumkan penafian bahawa mereka tidak terlibat, namun isu utama yang dibangkitkan ialah wujudnya task force untuk tujuan memberi kad pengenalan kepada warga asing untuk tujuan pilhanraya.

“Isu inilah yang perlu mendapat reaksi jelas dari pihak kerajaan,” ujarnya dalam satu kenyataan.


Menurutnya, jika benar wujud task force tersebut sebagaimana yang didakwa oleh Mahfuz, maka Mapim menggesa sebuah Suruhanjaya Diraja diwujudkan untuk menyiasat secara terperinci aktor-aktor utama dalam operasi pemberiaan kerakyatan tersebut.


“Kami mendapati sejak pendedahan diumumkan oleh Mahfuz ternyata tidak ada reaksi  dari pihak PM mahupun Menteri Dalam Negeri,” ujarnya.


Jika demikian, ujarnya rakyat tidak ada pilihan lain selain menyangsi kejujuran pihak kerajaan yang telah menggadai kedaulatan negara ini kepada pihak asing hanya kerana mahu memenangi pilihan raya.

Justeru, katanya Mapim merumuskan operasi task force yang didakwa wujud itu boleh menyebabkan Pilihan raya Umum ke-13 yang bakal berlaku akan dicemari oleh pengundi yang didatangkan dari warga asing tetapi mempunyai kad pengenalan.

Tambahnya, jika mereka dilibatkan dalam pendaftaran pengundi, bermakna PRU13 nanti akan merupakan ‘ibu segala penipuan’ yang digunakan oleh pihak kerajaan untuk meraih kemenangan paling kotor dalam sejarah pilihan raya umum di negara ini.

“Mapim menyokong penuh tuntutan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat secara mendalam mengenai operasi di belakang tadbir ini supaya PRU13 yang akan datang tidak akan dipersoalkan oleh rakyat nanti.


Mohd Azmi menambah, adalah tidak mustahil jika isu pembersihan daftar pengundi tidak benar-benar ditangani dengan jujur secara tuntas oleh SPR, memboikot PRU13 mungkin menjadi pilihan rakyat.

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan