Khamis, 15 Mac 2012

NAK DILABUR...ASNAF2 PUN BANYAK TAK DAPAT...TAK DIKESAN...TAK DICARI...TAK AGIHKAN...JANGAN DAPAT KEMURKAAN ALLAH DIDUNIA DAN DIAKHIRAT NANTI..PASAL DAH BANYAK JANGAN TAMBAH DAN CARI PASAL LAGI

Adakah Najib arah 'singkir' Abidin ke JPM?

Harakahdaily, 15 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 15 Mac: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau mendapat maklumat 'penyingkiran' Timbalan Pengarah Besar Felda Abidin Abdul Rahman ke Jabatan Perdana Menteri dibuat 'atas arahan perdana menteri'.

Menurut beliau, apa yang dipersoal adalah mengapa Abidin yang juga Setiausaha Koperasi Permodalan Felda (KPF) ditukar ke JPM dan diberikan tugas sebagai 'budak cutting paper' di perpustakaan sedangkan dia bertaraf Jusa B.

"Saya diberitahu bahawa pihak pengurusan Felda telah dimaklumkan keputusan memindahkan Abidin ini dibuat atas arahan perdana menteri," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena kepada Harakahdaily.

Semalam pada sidang medianya di parlimen, Mahfuz mempersoal rasional Abidin dipindahkan ke perpustakaan Jabatan Perdana Menteri dan hanya diberikan tugas menggunting keratan akhbar sejak 1 Mac lalu.

Mahfuz juga mendakwa bahawa pada asalnya lembaga pengarah Felda mencadangkan supaya Abidin dipindahkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi tidak diterima JPA kerana Felda adalah sebuah badan berkanun.

Menyifatkan ianya satu penghinaan kepada pegawai kerajaan, Mahfuz juga mendakwa tindakan itu mungkin ada kaitan dengan pendirian Abidin sebelum ini yang membantah pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi koperasi itu.

Abidin dikatakan cuba menguatkuasakan peruntukan akta koperasi yang meletakkan syarat seorang pengerusi KPF perlulah ahli koperasi dan hanya peneroka atau kakitangan Felda sahaja boleh menjadi ahli koperasi, kata Mahfuz lagi.

Sedangkan Isa, katanya tidak memenuhi syarat-syarat tersebut.

"Najib harus bagi penjelasan, kenapa seorang timbalan pengarah berstatus Jusa B diletakkan di JPM untuk kumpul cutting paper berhubung isu Felda," katanya lagi.

Selain Abidin, Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab juga didakwa membantah pelantikan Isa.

Beliau bagaimanapuun diarah mengambil cuti belajar selama sembilan bulan.

Selepas SBPA, tarik balik gabung MAS dan AirAsia?

Harakahdaily, 15 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 15 Mac: Selepas menarik balik Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), apakah mungkin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa menarik balik pula pegangan silang saham MAS dan AirAsia?

Ini ekoran janji Najib mahu mengkaji balik pegangan silang yang disifatkan merugikan MAS ini.

Akhbar Umno, Utusan Malaysia hari ini menyiarkan di muka depan kegusaran kakitangan MAS ekoran pegangan silang yang dikatakan membentuk kuasa monopoli dalam industri penerbangan negara itu.

Walaupun MAS lebih besar, tindakan yang diumumkan Najib sebelum ini juga melahirkan suasana kelas dua kepada kakitangan MAS.

Ini kerana, kakitangan AirAsia menjadi pegawai kanan baru MAS ekoran pergabungan melalui pegangan silang saham kedua-dua syarikat pernerbangan itu.

Baru-baru ini, Najib telah menarik balik SBPA dan menggunakan semula Sistem Saraan Malaysia (SSM) ekoran bantahan kakitangan kerajaan.

Kini, kakitangan MAS melalui kesatuan mereka membuat bantahan itu akibat dari kesan langsung yang mereka terima ekoran pergabungan itu.

Di bawah perjanjian yang diumumkan Ogos tahun lalu itu, Tune Air Sdn Bhd, pemegang saham terbesar dalam AirAsia, akan mengambil-alih 20.5 peratus saham dalam MAS.

Kazanah Nasional Berhad pula akan memiliki pegangan 10 peratus saham AirAsia dan terus menjadi pemegang saham utama dan tunggal terbesar MAS.

Kesatuan Pekerja Sustem Penerbangan MAS (Maseu) semalam menggesa kerajaan agar mengkaji semula pertukaran saham antara MAS dan AirAsia.

Pengerusinya, Alias Aziz berkata, tindakan ini perlu kerana pergabungan secara tidak langsung itu menguntungkan sebelah pihak sahaja iaitu AirAsia.

Ia langsung tidak memberikan kelebihan kepada MAS, bahkan kakitangan pengurusan atasan MAS kini dikuasai oleh bekas kakitangan AiAsia.

Baru-baru ini, MAS dilaporkan mengalami kerugian besar dalam sejarahnya iaitu sebanyak sebanyak RM2.52 bilion untuk tahun 2011.

Bagi Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Seri Idris telah memulihkan MAS sebelum ini tetapi semua usahanya sudah sia-sia sekarang.

Kontraktor Melayu P Pinang sokong 4 projek negeri

Harakahdaily, 15 Mac 2012
GEORGETOWN, 15 Mac: Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Pulau Pinang (PKMMPP) menyatakan sokongan di atas hasrat kerajaan negeri untuk membina empat projek infrastruktur yang dicadangkan.

Projek-projek infrastruktur itu ialah terowong bawah laut 6.5 km dari Gurney Drive ke Bagan Ajam (berdekatan dengan Butterworth), jalan 15 km yang akan menghubungkan Tanjung Bungah dengan Teluk Bahang, jalan pintas 5 km dari Gurney Drive ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan jalan pintas 5 km dari Bandar Baru Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.

“Kami sangat mengalu-alukan projek-projek tersebut kerana ia bertujuan untuk mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang serta akan memacu pembangunan ekonomi negeri, terutamanya di SPU,” kata Timbalan Yang Dipertua PKMMPP, Datuk Izham Omar Merican.

Beliau berkata, projek-projek yang dicadangkan itu akan membawa faedah kepada semua rakyat SPU termasuk masyarakat Melayu yang merupakan majoriti di SPU.

Justeru, katanya terowong bawah laut yang menghubungkan Bagan Ajam dengan Gurney Drive akan menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi yang kritikal.

Tambahnya, terowong tersebut akan melengkapkan kesalinghubungan di antara Seberang Perai dan Pulau Pinang, kerana Jambatan Pertama berada di SPT manakala Jambatan Kedua akan berada di SPS.

“Hanya SPU masih tidak mempunyai hubungan dengan pulau,” katanya di dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, terowong bawah laut itu akan sekaligus memastikan bahawa orang Melayu di SPU akan dapat menikmati pembangunan yang setara dengan kawasan-kawasan lain di Pulau Pinang.

“Tambahan pula, kami yakin bahawa projek-projek ini, khususnya terowong bawah laut, tidak akan mendatangkan apa-apa kesan yang mudarat kepada penghuni-penghuni kawasan-kawasan yang terbabit. Malah, kami rasa ia akan membawa kemajuan kepada mereka,” ujarnya lagi.

Beliau menambah, pihaknya juga juga bersetuju dan yakin dengan janji kerajaan negeri bahawa semua prosedur dan peraturan yang berkenaan akan dituruti, seperti proses rundingan umum untuk rekabentuk, pemilihan laluan dan juga kajian kesan alam sekitar.

Beliau berkata, semua proses-proses ini hendaklah dipersetujui terdahulu sebelum kelangsungan projek-projek tersebut.

Menurutnya, sekiranya terdapat masalah yang tampil semasa proses-proses tersebut, dan jika projek-projek tersebut didapati kurang sesuai, maka ia tidak akan dilaksanakan.
“Sungguhpun begitu, kami yakin bahawa semua syarat-syarat dan keperluan yang ditetapkan akan dipatuhi dan diluluskan.

“Justeru, saya ingin menyatakan sekali lagi sokongan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Pulau Pinang ke atas projek-projek infrastruktur yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang,” katanya lagi.

Beri bukti Najib belanja sendiri majlis peribadi

Muhammad Faizal, 15 Mac 2012
SHAH ALAM, 15 Mac: Jingga 13 membuat dua laporan berhubung pembabitan Pejabat Perdana Menteri (PMO) terhadap dua program peribadi Datuk Seri Najib Razak iaitu pertunangan anakanya dan sambutan hari jadi.


Ketua Koordinatornya, Fariz Musa memberitahu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibuat apabila tiada bukti kukuh menunjukkan ia dibiayai sendiri Najib seperti mana yang dinyatakan oleh PMO mahupun pihak Hotel Shangri-La.

"Apa yang kami perolehi dan mengikut 'Banquet Event Order' (BEO) ia dialamatkan serta dibiayai oleh PMO, walaupun ada penafian dari kedua-dua pihak sama ada PMO mahupun hotel," jelasnya.

Tambahnya, kalau betul ia dibiayai oleh Najib sendiri kenapa pada BEO tersebut meletakkan nama Pejabat Perdana Menteri serta 'Majlis Pejabat Perdana Menteri' dan akaun serta bilnya adalah dihantar ke PMO bukannya atas nama Najib.

"Seperti mana majlis pertunangan anak perempuannya sebelum ini, PMO hanya membuat penafian tanpa disertakan bukti jelas.

"Kita mahu Najib tampil buat pengakuan sendiri terhadap kedua-dua program peribadinya itu bersama-sama dengan dokumen yang kukuh bahawa ia dibiayai sepenuhnya oleh beliau sendiri," katanya kepada media di perkarangan lobi SPRM di sini, hari ini.

Fariz berkata, integriti dan kreadibiliti Najib sebagai Perdana Menteri dipertikaikan oleh seluruh rakyat terhadap sikap yang ditonjolkan bukan sahaja berlaku unsur salahguna kuasa tetapi juga penyelewangan wang rakyat terhadap perbelanjaan mewah peribadi.

"Kalau betul Najib mengeluarkan duitnya sendiri kita ingin tahu dari mana beliau memperolehi wang tersebut yang mencecah setengah juta ringgit.

"Jika ada syarikat mahupun individu yang menaja mereka perlu tampil membuat pengakuan kerana kita tidak mahu dana awam digunakan sewenang-wenangnya oleh kerajaan," sambung beliau lagi.

Bertunang anak belanja besar, pertahan kuasa...

Abdul Aziz Mustafa, 15 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 15 Mac: Jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak boleh berbelanja besar untuk pertunangan anaknya, tentu dia sanggup berbelanja sebanyak mana pun untuk mempertahankan kuasanya, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"(Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri) Abdul Kadir (Sheikh Fadzir) yang mendedahkan Barisan Nasional (BN) membeli undi sejak 40 tahun lalu mendakwa amalan itu tidak akan dilakukan oleh kepimpinan Najib sekarang.

"Mengharapkan Najib tidak membeli undi dalam pilihan raya sama seperti mengharapkan keluarga (Tan Sri) Lim Goh Tong menutup dan meruntuhkan pusat perjudian milik mereka di Genting Highlands. Ia tidak akan berlaku," katanya.

Mohamad berkata, etika apa yang boleh diharapkan dari orang yang dilaporkan berbelanja sebesar RM409,767 hanya untuk pertunangan anaknya.

"Sekarang pejabat Perdana Menteri mendakwa kononnya jumlah mewah yang menyindir kesusahan dan penderitaan rakyat itu dibayar oleh Najib sendiri dan bukan oleh pejabat Perdana Menteri.

"Saya bersetuju bahawa sukar hendak dinafikan pandangan yang menyatakan semuanya boleh dipinda dan diubahsuai untuk menunjukkan kononnya Najib sendiri yang membayar jumlah itu, begitu juga dengan perbelanjaan kira-kira RM80,000 untuk menyambut hari jadinya.

"Saya bersetuju bahawa semuanya boleh dipinda untuk mendakwa bahawa bukan pejabat Perdana Menteri yang membayar semua itu dengan duit rakyat," kata beliau.

Bagaimanapun, jika Najib berbelanja sendiri sebanyak itu, kata Mohamad, ia menimbulkan persoalan yang lebih besar lagi.

"Najib khabarnya ada lima anak, jika seorang anak dia berbelanja kira-kira setengah juta untuk pertunangan seorang anak sahaja, lima anak bermakna hampir RM2.5 juta. Tentu anak lain mahu layanan yang sama di hari pertunangan mereka.

"Itu baru belanja majlis pertunangan, belum lagi lagi pelbagai persiapan lain dan belum diambilkira lagi belanja pernikahan. Tentu jauh lebih besar lagi," katanya.

Najib, kata Mohamad, benar-benar mengamalkan apa yang dia kempenkan, iaitu rakyat didahulukan.

"Najib pernah suruh rakyat ubah gaya hidup. Memang benar, rakyatlah yang terlebih dahulu mesti mengubah gaya hidup.

"Najib tak perlu dan dia boleh terus berboros dan bermewah. Maklumlah, rakyat didahulukan," sindir beliau.

Bagi Mohamad, apa yang berlaku itu membuktikan Najib adalah pemimpin yang pembohong.

"Dia tak habis-habis bercakap untuk menunjuk-nunjuk seolah-olah dia sangat bagus. Tetapi semuanya dia tak buat dan dia hanya mahu orang lain yang melakukan kebaikan.

"Dia bercakap tentang demokrasi terbaik tetapi dia memburukkan lagi demokrasi di Malaysia. Semuanya bohong," kata beliau.

Kilang Vale: Rakyat Perak bakal bangkit

Harakahdaily, 15 Mac 2012
LUMUT, 15 Mac: Pada waktu rakyat Malaysia masih berkempen kuat untuk menutup kilang rare earth milik Lynas Corp dari Australia, satu protes besar bakal berlaku di Perak terhadap sebuah kilang pemprosesan bijih besi milik Vale International dari Brazil.


Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, Gabungan Rakyat Perak Prihatin (CCCP) menuntut projek tersebut dihentikan sementara supaya analisa impak terhadap penduduk setempat, terutamanya di Lumut dapat dilakukan.

Pengerusinya, Zainal Abidin Osman berkata CCCP akan melancarkan kempen mengumpul tandatangan bermula 21 Mac ini untuk memaksa kerajaan negeri Perak untuk mengkaji semula projek berkenaan dan meletakkan langkah-langkah pengawasan yang sepatutnya bagi menjamin keselamatan alam sekitar, kehidupan penduduk setempat dan masa depan.

Oleh itu, beliau menggesa penduduk Perak, terutamanya Lumut dan Pangkor untuk menyertai kempen ini.

“Selain itu, kita turut menggesa kerajaan negeri untuk menghalang Valemax, kapal kontainer bijih besi terbesar untuk memasuki Lumut,” kata beliau, sambil menambah Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mesti mengambil langkah sewajarnya untuk meredakan kebimbangan penduduk.

Zainal berkata kemasukan kapal besar tersebut bakal membawa kesan kepada alam sekitar, dan negeri China juga telah bertindak menghalang kapal Vale untuk berlabuh di pelabuhannya atas faktor masalah teknikal kapal dan kesan kepada persekitaran.

Satu perhimpunan rakyat akan diadakan, dan butiran lanjutnya akan didedahkan kepada rakyat pada 29 Mac nanti, tambah Zainal.

“Rakyat Perak tidak boleh ditipu untuk menerima projek ini atas nama membawa keuntungan kepada mereka dan negeri. Kesan daripada projek ini adalah besar dan langkah-langkah segera perlu diambil sebelum projek ini dikaji semula sebelum mengakibatkan kemusnahan yang tidak boleh diselamatkan,” tambah Zainal.

Akhir tahun lepas, Harakahdaily telah melaporkan bantahan rakyat Perak terhadap jeti RM676.8 juta yang diletakkan di bawah syarikat asing.

Mereka menyoal sama ada Zambry berada di pihak mereka ataupun di pihak firma asing.

Menurut blog say no to Vale International, kerajaan Perak tidak seharusnya meletakkan jeti Lumut di bawah syarikat Brazil, Vale International yang bakal menggunakan jeti tersebut untuk menerima dan menghantar keluar jumlah hasil bijih besi yang banyak.

Menyifatkan tindakan tersebut sebagai cuai, blog tersebut mendakwa banyak perkara yang tidak diketahui impaknya sekiranya projek tersebut dilaksanakan.

“Sementara kesan terhadap alam sekitar masih menjadi persoalan, impak kerana jeti ini dipegang warga asing pula menimbul pelbagai persoalan lain. Dan berapa banyakkah spinoff downstream value (aliran tunai ke bawah) kepada rakyat Perak juga masih tidak terjawab.

“Kerajaan Perak di bawah Zambry sedang melakukan sesuatu yang tidak sihat yang tidak pernah dilaksanakan jika ia tetap membenarkan syarikat asing untuk memiliki jeti di satu lokasi yang begitu strategik seperti di Lumut,” blog tersebut memberikan amaran.

Kilang Vale yang terletak di Teluk Rubiah mempunyai kapasiti untuk memproses 60 juta ton bijih besi setiap tahun.

Kilang tersebut mula dibina Julai lepas, dan dijangka akan mula beroperasi pada Jun 2014.

Kerajaan Perak pernah berkata jumlah pelaburan yang bakal diterima daripada Vale adalah antara RM9 bilion ke RM14 bilion.

Sebab itulah, kata Mohamad lagi, angan-angan bahawa kepimpinan Najib tidak akan membeli undi dalam pilihan raya hakikatnya lebih buruk dari angan-angan Mat Jenin.

Walaupun cuba bermain kata-kata bahawa kepimpinan Najib tidak akan membeli undi, Abdul Kadir tetap mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang mendakwa BN menggunakan wang untuk meraih sokongan pengundi dalam pilihan raya.

Fatwa zakat boleh dilabur perlu dinilai semula

Harakahdaily, 15 Mac 2012
BANGI, 15 Mac: Pelaburan harta zakat di Malaysia perlu dinilai kembali, kata Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri.
Hal ini, katanya kerana zakat adalah hak mutlak lapan golongan yang digelar asnaf zakat iaitu orang faqir, miskin, amil zakat, golongan muallaf, hamba yang membebaskan dirinya daripada perhambaan, golongan yang berhutang, fi sabilillah dan ibn sabil sebagaimana disebut oleh Allah dalam surah Taubat ayat 60.

“Selagi mana lapan golongan ini wujud maka yang wajibnya ialah mengagihkan zakat kepada mereka,” jelasnya.

Menurutnya, melaburkan harta zakat akan mendedahkan harta zakat kepada tiga keadaan, iaitu sama ada menangguhkan agihan zakat kepada mereka, atau menghalang zakat sampai kepada mereka sepenuhnya, atau mendedahkan harta zakat kepada kerugian perniagaan menyebabkan hilangnya wang zakat yang sepatutnya menjadi milik mereka.

Kerana itu, jelasnya kebanyakan ulama semasa tidak membenarkan pelaburan wang zakat.

Malah, katanya ulama yang mengharuskan pelaburan wang zakat mensyaratkan bahawa pelaburan hanya boleh dibuat selepas keperluan asnaf zakat telah dilunaskan.

Katanya, keputusan Lembaga Fiqh menyebut “harus secara dasarnya menggunakan wang zakat dalam projek-projek pelaburan yang berakhir kepada memberikan pemilikan kepada asnaf zakat atau pelaburan oleh agensi agama yang dipertanggungjawabkan untuk mengumpul dan mengagihkan zakat dengan syarat ianya berlaku selepas dilunaskan keperluan yang mendesak lagi segera bagi golongan yang berhak dan juga dengan syarat adanya jaminan-jaminan sepenuhnya tidak berlaku kerugian".

Beliau berkata, ada dua persoalan yang perlu dirungkai di sini dalam konteks pengurusan zakat di Malaysia.

Pertamanya, kata beliau adakah segala keperluan asnaf zakat telah ditunaikan, sehingga segala orang faqir dan miskin sebagai contoh telah terbela.

Kedua, soalnya adakah di sana terdapat perniagaan dan pelaburan yang tidak terdedah kepada kerugian.

“Praktik semasa agensi zakat di Malaysia telah mendedahkan beberapa kegagalan pelaburan zakat seperti yang berlaku paa beberapa negeri,” katanya.

Oleh itu, jelasnya Lajnah Penyelidikan Dewan Ulama PAS Pusat yang bermesyuarat semalam, 14 Mac mencadangkan agar fatwa yang membolehkan zakat dilaburkan dinilai semula dalam konteks Malaysia.

Ini, katanya memastikan semua asnaf zakat telah mendapat hak mereka, menilai kembali pengurusan institusi zakat sedia ada untuk dilihat sejauh mana ia benar-benar telus dan amanah.

Di samping itu, ujarnya menilai kembali ketelusan agihan harta zakat di semua negeri-negeri di Malaysia.

Selain itu, katanya pengurusan zakat seluruh Malaysia diletakkan di bawah pemantauan sebuah Kementerian baru iaitu Kementerian Wakaf, Haji dan Zakat tanpa menafikan hak setiap negeri untuk memungut dan mengagihkan zakat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan