Selasa, 13 Mac 2012

JIKA BERI JUGA...TENTU ADA UDANG SEBALIK BATU...ADA MUSLIHAT...JANGAN DEMI KEUNTUNGAN KITA MASA DEPAN NEGARA AGAK BERCELARU...KITA TAK TAHU BENDA KEDEPAN...BAIK HATI2...

Khutbah larang sedekah, derma

Subky Latif, 12 Mac 2012
GARA-gara peminta sedekah yang disendiket memperdagang orang kurang upaya, kanak-kanak dan wanita tua terutama muslimat negara-negara Asia Selatan dan NGO yang kononnya membela orang malang dan tidak bernasib baik, maka JAWI mengeluarkan khutbah Jumaat khusus tentangnya.


Ia mengecam kepincanngan sosial itu dengan segala alasannya. Betapa kejadian yang memalukan itu antaranya adalah dorongan sifat pemurah rakyat jelata yang mudah belas terhadap orang-orang yang tidak bernasib baik seperti miskin, ibu tunggal, orang kurang upaya, anak yatim dan sebagainya.

Dengan rezeki yang lebih sekalian yang pemurah itu ringan tangan untuk menghulurkan sedekah  dan derma kepada orang-orang yang dirasakan memerlukannya.

Sikap dan sifat pemurah itu mulia, tetapi  memberi tanpa sebarang curiga boleh dan telah menyuburkan penyakit sosial yang memalukan dan seolah-olah menggalakkan kejadian hina di kalangan manusia.

Adalah keji bagi sendiket yang memperalatkan orang-orang susah dan malang itu untuk mengemiskan dan menyerahkan pungutan mereka kepada sendiket. Pengemis hanya diberi upah mengikut pungutannya tetapi yang mengaut keuntungannya ialah sendiket.

Meski pun ada pengemis bebas yang mendapat pungutan lumayan untuk  dirinya, meneruskan perbuatan hina itu disebabkan ia satu cara yang senang mendapat kehidupan mewah, tetapi ada juga orang-orang malang itu dijadikan hamba dengan upah yang ala kadar dan terus kekal sebagai hamba yang diperas selama-lamanya.

Semua tahu bahawa mengemis ada hila dan menipu atas nama golongan susah adalah perbuatan yang terkutuk.

Khutbah Jumaat yang dibaca oleh semua khatib  di Wilayah Persekutuan itu dibuat untuk memerangi penyakit sosial itu dengan harapan sekalian umat Islam menjadi pihak di depan dalam jihad membasmi amalan meminta-minta itu.

Kesimpulan dari roh khutbah itu mahu orang Islam berhenti memberi derma dan sedekah. Menanam rasa benci kepada semua bentuk pengemis tidak kira mereka benar-benar susah atau pura-pura susah. Tiada had masa untuk tidak bersedekah dan bersedekah seolah-oleh salah dalam keadaan apa pun.

Saya teringat pada pendirian Dr. Mahathir semasa masih Perdana Menteri terhadap tuding pentadbiran Bush kepada keganasan Islam. Mahathir tidak mahu sekadar menyalahkan keganasan Islam itu saja tetapi yang utama hendaklah  dikaji punca keganasan.

Jika teori Dr. Mahathir itu dapat  dipakai, perang terhadap punca pengemisan itu adalah lebih aula dari perng terhadap pengemis dan sendiketnya. Apa mulanya penyakit sosial itu?

Mengapa di bawah Khaifah Umar Abdul Aziz tiada orang mahu  menerima zakat? Zakat adalah hak untuk asnafnya. Asnaf itu seolah-olah sifar di zamannya. Ia adalah disebabkan keadilan sempurna pentabirannya, bukan saja kemiskinan terhapus, bahkan menolak menjadi orang yang meminta. Keadilan yanag wujud menyebabkan pemerintahan dan rakyatnya mendapat barakah. Itulah yang menjadikan ia sifar penerima zakat dan peminta sedekah.

Saidina Umar Abdul Aziz memadamkan lampu kerajaan apabila anaknya mahu bercakap masalah peribadi dengannya. Beliau tidak menggunakan langsung kemudahan kerajaan.

Adakah kerajaan sudah mengkaji punca penyakit sosial itu dan  kerajaan tidak langsung menyalah gunakan amanah yang diberi kepadanya? Adakah Raja-Raja, Perdana Menteri, menteri-menteri dan pegawai awam bebas dari menggunakan kedudukan masing-masing untuk diri?

Jika kerajaan belum jadi pihak yang paling minima kesilapannya, maka jangan jadi ayam jantan mengecam pengemisan.

Khutbah boleh mengingatkan supaya umat Islam waspada terhadap kejadian mengemis, tetapi orang Islam tidak boleh mengikis rasa mulia berderma dan bersedekah. Tanda syukur terhadap anugerah Allah ia menjadi bermurah hati kepada yang susah dan yang mememerlukan.

Saya takut semangat khutbah  anti sedekah dan derma itu, umat Islam akan lupa mulianya menjadi tangan yang memberi. Bagaimana yang datang minta sedekah itu malaikat?

Orang Islam  tdak boleh berhenti memberi kerana orang yang memerlukan itu sentiasa ada walau pun pengemis ada. Bukan tugas orang Islam bertanya pengemis itu jujur atau tidak. Tugas orang Islam yang berada adalah memberi.

Membasmi pengemis adalah tugas khalifah. Khalifah mesti mendidik rakyat jangan mengemis. Jika sesudah diberi pendidikan rakyat mengemis juga,  khalifah kena tanya apa lagi kelemahannya dasar memerangi pengemisan itu tidak berjaya.

Kalau Umar Abdul Aziz berjaya, mengapa khalifah di Malaysia tidak berjaya?

Dulu dan kini: Siapa PM Malaysia?

http://duniacacamarba.blogspot.com, 12 Mac 2012

Dahulu:


P/s: Kah kah kah!

Shahrizat sahajakah yang berhenti? Seorang lagi?

Aspan Alias, 12 Mac 2012
Shahrizat Jalil mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan hanya pada 8hb April nanti apabila penggal keahliannya di Dewan Senat tamat tempohnya. Perletakkan jawatan ini sepatutnya sudah diambilnya sebaik sahaja terbongkar salahlaku keluarganya menyalahgunakan wang pinjaman dari kerajaan untuk mengendalikan perniagaan NFC itu. Tetapi setidak-tidaknya beliau mengambil juga tindakan untuk melepaskan jawatan kabinet yang dipegangnya melalui pintu belakang itu.

Walaupun beliau pada mulanya berusaha untuk mengekalkan jawatan itu, tetapi etika politiknya yang nyata sangat menjengkelkan itu tidak berdaya beliau untuk mempertahankan jawatan yang amat beliau sayangi itu. Sesungguhnya itu sahaja jalan yang tinggal untuknya lakukan kerana kesalahan etikanya sangat menjelikkan kerana suaminya itu mendapat pinjaman semudah itu kerana kedudukan Shahrizat didalam kabinet negara.


Seperti yang saya nyatakan dahulu, jika Shahrizat itu hanya seorang bidan kampung, Salleh tidak mungkin mendapat pinjaman dengan menggunakan wang rakyat dengan semudah itu. Semua keistimewaan-keistimewaan yang didapati oleh ahli keluarga pemimpin ini telah banyak memerah wang dan harta rakyat. Tetapi Shahrizat ini malang sedikit kerana beliau tidak mempunyai kuasa dan pengaruh sepenuhnya.

Seandainya beliau seorang Perdana Menteri beliau tidak akan terpaksa meletakkan jawatan kerana ada kes-kes yang lebih besar dilakukan oleh pemimpin yang lebih besar dari Sharizat itu tidak diambil tindakan sehingga hari ini. Perbezaan diantara Shahrizat dan yang lain ialah Shahrizat tidak pandai menyorokkan perlakuan beliau dan keluarga beliau.

Jumlah yang melibatkan RM250 juta itu amat besar tetapi jumlah RM1.8 billion yang dipergunakan secara ‘direct’ dari wang rakyat untuk menyelamatkan perniagaan anak seorang pemimpin besar pada tahun 1998 dahulu tidak diambil tindakan sampai kehari ini. Sebab apa? Sebabnya ia dilakukan oleh seorang Perdana Menteri semasa itu. Banyak lagi perkara-perkara seperti ini dilakukan oleh pemimpin-pemimpin dalam BN selama ini dan ianya masih dilakukan mereka.


Masing-masing saling membantu diantara satu dengan lain untuk menutup ‘barang curi’ masing-masing kerana semuanya melakukan perkara-perkara yang sama. “Lu jaga gua, gua jaga lu’; itulah kaedahnya. Hanya kes Shahrizat ini diketahui oleh Ketua Audit Negara dan pihak pembangkang secara terperinci. Untuk memecahkan kegiatan ala ‘cartel’ dikalangan pimpinan BN inilah merupakan satu usaha yang amat susah kerana mereka mempunyai kuasa yang dipergunakan habis-habisan untuk mempertahankan salahlaku mereka ini.


Sekarang Shahrizat telah mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan dari kerajaan kerana kesilapan dan kesalahan beliau. Apa yang kita tunggu sekarang ialah untuk melihat samada ada-kah tidak sifat ‘accountability’ dari pimpinan atasan yang memberikan kelulusan kepada projek biayaan kerajaan NFC ini. Kita hendak juga melihat samada Menteri yang bertanggungjawab meluluskan projek yang menjijikkan ini dahulu.. Menteri Pertanian semasa itu saya sudah lupa siapa dia……ada orang kata dia dah jadi Timbalan Perdana Menteri…


Adakah Menteri ini akan turut meletakkan jawatan kerana kalau mengikut etika kepimpinan negara maju, Menteri yang bertanggungjawab meluluskannya juga wajar meletakkan jawatan. Ini merupakan asas kepada semangat demokrasi yang beretika dan Menteri yang meluluskan projek ini semasa itu mesti mengambil ‘accountability’ kepada skandal kewangan yang dilakukan oleh NFC ini.

Menteri ini boleh memilih untuk tidak mengambil ‘accountability’ terhadap isu ini tetapi nanti janganlah hendak beretorik untuk menjadikan negara ini sebagai negara maju pula. Ini adalah isu besar jika benar kita hendak mencapai ketaraf negara maju. Negara maju yang berkembang pesat mesti diikuti dengan etika kepimpinan yang tinggi. Kalau tidak persepsi ramai yang menganggap Malaysia sebagai ‘Zimbabwe in different name’ itu tidak akan berjaya kita hakiskan.

Pada tahun 2007 yang lalu seorang menteri Britain yang buta penglihatannya bernama Blankert (ejaan nama tak pasti) telah meletakkan jawatannya sebagai menteri dalam negeri kerana kesilapan kecil tetapi oleh kerana ia menjejaskan etika kepimpinannya maka beliau meletakkan jawatan dari menganggotai kabinet Britain.

Kesalahannya ialah kerana mempercepatkan proses permohonan teman wanitanya untuk mendapatkan permit kerja untuk orang gajinya. Itu sahaja kesalahannya. Tetapi itu jelas menjejaskan etika kepimpinan negara. Maka beliau mengambil masa hanya tiga empat hari sahaja untuk mengambil keputusan meletakkan jawatannya. Menteri Britain itu tidak mengambil masa berbulan-bulan utuk mengambil keputusan untuk berhenti seperti yang dilakukan oleh Shahrizat.

Dengan keputusan Shahrizat untuk berhenti itu ia bermakna Shahrizat mengakui kesalahannya. Jika Shahrizat mengaku kesilapan atau kesalahannya maka adalah ‘natural’ menteri yang bertanggungjawab meluluskan projek NFC ini juga mengambil langkah yang sama, iaitu berhenti sahaja dan mengikut langkah Shahrizat itu. Tetapi ini tidak mungkin berlaku kerana mereka tidak mahu menerima asas-asas perlu untuk menempah tempat untuk meletakkan negara kepada kategori negara maju kerana meletakkan jawatan kerana isu ini dianggap sebagai perkara yang tidak munasabah bagi mereka.

Begitulah tingginya etika kepimpinan negara maju dan jika kita mahu mengambil iktibar dari tindakan ahli jemaah kabinet Britain ini, itu merupakan permulaan untuk menjadikan negara ini sebagai negara maju dengan ketinggian etika kepimpinannya. Kalaulah apa yang dilakukan oleh pimpinan kita itu dilakukan di Britain kerajaan kita sudah lama dikuburkan oleh rakyat. Tetapi untungnya pimpinan rasuah kita ini ialah kerana rakyat telah dididik untuk menerima sahaja apa yang dilakukan oleh pimpinan yang tidak bertanggungjawab kepada rakyatnya.


Kerajaan negara-negara maju ini menjadikan etika kepimpinan sebagai elemen terpenting dalam pentadbiran kerajaan. Ini ialah kerana yang hendak dijaga mereka bukannya jawatan mereka tetapi untung nasib negara mereka pada masa-masa yang akan datang. Tetapi disini pimpinan kita lebih mementingkan kuasa sahaja, tidak kira samada mereka itu berguna kepada negara dalam jangka masa yang panjang.


Kalau tidak, tidaklah kita terdengar kata-kata seperti, “kita akan pertahankan Putrajaya dengan cara apa sekali pun” kata Najib pada suatu ketika dahulu. Kata-kata ini menonjolkan satu sikap yang amat negatif kepada sistem demokrasi negara. Sikap kuno ini lah yang menyebabkan negara kucar kacir, bukannya oleh sistem demokrasi itu sendiri.

Kepada BN demokrasi itu bermakna, kemenangan hanya hak mutlak BN, bukannya untuk mengikut selera rakyat yang mengundi. BN kini menggunakan kumpulan pengacau pula. Tugasnya hanyalah untuk mengganggu majlis-majlis pihak PR. Itu merupakan tanda-tanda ‘desperation’ yang ada didalam pemikiran pihak BN khususnya UMNO.


Dua malam yang lepas saya menjadi penceramah jemputan bersama dengan TS Khalid Ibrahim di Seri Menanti dimana sekumpulan 20 orang penyokong UMNO mengganggu ceramah dan majlis itu tanpa segan dan silu selama 15 minit.

Berkat kesabaran pihak kami, mereka telah dapat diusir dari majlis itu. Dalam hati saya, tidak dapat saya menghilangkan persepsi dan keyakinan saya yang tindakan itu merupakan tindakan pihak pemerintah yang begitu fakir nilai kepimpinan mereka. Apabila sokongan merosot mereka mengambil tindakan yang tidak beradab dan bersopan.

Dari kumpulan inilah yang bergegar-gegar hendak jadikan negara kita negara maju tetapi tindakan kumpulan ini membayangkan yang kemajuan yang dijanjikan itu tidak mungkin tercapai sampai bila-bila. Segala pelan transformasi Najib hanya tinggal pelan sahaja. Ia tidak akan kemana…seperti dulu juga. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

Henti beri warganegara hingga selesai PRU13

Salmiyah Harun, 12 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 12 Mac: PAS mendesak kerajaan menghentikan pemberian taraf kewarganegaraan kepada mana-mana warga asing yang datang ke negara ini sehingga Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) selesai.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, warga asing sering dimanipuasikan oleh pihak tertentu untuk diberikan kerakyatan bagi  membolehkan mereka menjadi pengundi selepas dimasukkan dalam daftar pemilih.

"Kita bimbang daripada maklumat yang kita perolehi ini, sudah tentu menjejaskan perjalanan pilihan raya yang bersih dalam negara, kita percaya pemberian taraf ini akan digunakan untuk mengundi," katanya.

Dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, Mahfuz meminta kerajaan memberi hak kepada rakyat negara ini untuk membuat keputusan memilih mana-mana parti yang akan memerintah kelak.

"Rakyat negara ini yang mesti diberikan hak mengundi bukannya warga asing. Biar rakyat sendiri yang memutuskan parti mana yang mereka suka," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Justeru katanya program Penyelesaian Menyeluruh Menangani Pekerja Asing Tanpa Izin (Program 6P) yang dijalankan kerajaan hari ini masih belum dilaksanakann dengan baik kerana melalui program ini kira-kira sejuta lebih warga asing berkemungkinan turut akan dimanipulasi.

"Kami minta hentikan sebarang bentuk pemberian traf kewarganegaraan sehingg selepas PRU, bukan bermakna kita setuju bagi kerakyatan tetapi kita hendak pemberian itu dihentikan," katanya.

Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) membenarkan 1.3 juta pekerja asing tanpa izin yang berdaftar di bawah Program 6P akan mengisi kekosongan dalam sektor perkilangan, perladangan, pertanian, pembinaan dan 15 jenis pekerjaan dalam sektor perkhidmatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan