Khamis, 29 Mac 2012

BILA PRESTASI MENURUN...SOKONGAN MENURUN...AIB TERBONGKAR...SEGALA UNGKAPAN MAKAN DIRI...BILA HUKUM ALLAH KITA NAFI...TUNGGULAH KEPUTUSAN DARI ALLAH...TAMBAH PULA BANYAKNYA KERJA2 MUSLIHAT@PENIPUAN2

Najib perlu jelaskan rizab tunai Felda merudum

Abdul Aziz Mustafa, 29 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 29 Mac: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mesti menjelaskan kepada rakyat mengapa rizab tunai Felda merudum sejak beliau mengambil alih penyeliaan badan itu, tegas Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar).

"Dalam tahun 2001, rizab tunai Felda berjumlah sehingga RM4.5 bilion dan tiada hutang.

"Tahun ini, berdasarkan jawapan di Parlimen, rizab tunai Felda hanya berjumlah RM1.35 bilion," kata beliau.

Lebih mendukacitakan, kata Salahuddin, Felda berhutang pula sehingga RM6.5 bilion dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Semua ini berlaku sejak Najib mengambil alih penyeliaan Felda pada tahun 2005," katanya.

Bagaimanapun, kata Salahuddin, tidak banyak yang boleh dilakukan untuk menyiasat kemerosotan drastik rizab tunai Felda yang penuh misteri itu selagi Barisan Nasional (BN) berkuasa.

"Rakyat khususnya para peneroka mesti menuntut satu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat Felda dan semua anak syarikatnya serta menuntut supaya dilakukan audit kewangan dan pengurusan yang menyeluruh ke atas Felda dan semua anak syarikatnya, tetapi beranikah kerajaan BN melakukan perkara itu?" kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Salahuddin yakin, jika Umno dan BN tidak lagi berkuasa, banyak yang boleh dilakukan untuk mengembalikan fungsi dan tujuan penubuhan Felda.

"Antaranya, kita boleh menubuhkan jawatankuasa terpilih Parlimen untuk mengkaji semula dan merangka hala tuju Felda dengan mengambilkira hasrat dan aspirasi setiap pihak yang berkepentingan seperti peneroka dan kakitangan Felda," kata beliau.

Beliau juga yakin, selagi Felda berada di dalam cengkaman kerajaan Umno dan BN, lebih banyak bencana akan menimpa lembaga kemajuan tanah itu.

"Sekarang nak senaraikan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV) dengan tujuan-tujuan yang didakwa dan dihebohkan akan memanfaatkan kepentingan Najib dan Umno.

"Sedangkan, begitu banyak anak syarikat FGV yang rugi," katanya.

Menurut Salahuddin, Felda Global Ventures India rugi RM7,864,000 pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010.

Felda Global Ventures Indonesia pula dikatakan rugi sehingga RM6.2 juta pada tahun 2009, katanya.

Felda Global Ventures Kalimantan juga dikatakan rugi RM 3.09 juta pada tahun 2010, katanya lagi.

Selain itu, kata Salahuddin, Felda Global Ventures Livestock pula mengalami kerugian terkumpul sebanyak RM7 juta setakat 31 Disember 2010.

Felda Global Ventures Middle East dikatakan rugi RM76.9 juta pada tahun 2009.

Felda Global Ventures North America rugi RM27 juta setakat 31 Disember 2010.

Felda Global Ventures Perlis pula rugi RM8 juta setakat 31 Disember 2010.

"Itu belum lagi diambil kira kesemua 43 anak syarikat Felda. Sejauh manakah laporan tahun syarikat-syarikat itu diumumkan?" Salahuddin mempersoalkan.

Mafrel bekerjasama OKU pantau PRU13

Salmiyah Harun, 29 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 29 Mac: Badan Pemantau Pilihan Raya Bersih dan Adil (Mafrel) akan mengadakan kerjasama dengan pihak persatuan orang kelainan upaya (OKU) untuk menjalankan pemantauan pada PRU13 akan datang.

Menurut Pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh (gambar), pihak OKU menyatakan kesediaan mereka untuk membantu Mafrel dalam kerja-kerja pemantauan pada hari berkempen dan membuang undi nanti.

"Kita alu-alukan kerjasama mereka dan mungkin tenaga mereka kita akan manfaatkan mereka  di kawasan terpilih seperti Lembah Klang yang akan luas ini," katanya kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, beliau turut memuji usaha Pakatan Rakyat dan PAS yang berterusan memberi penekanan berhubung pembersihan daftar pemilih.

"Sokong usaha membersihkan daftar pemilih sepertimana yang disyorkan oleh Bersih dan Bersih 2.0, ternyata SPR benar-benara tidak dapat selesaikan," katanya.

Bahkan beliau mensasarkan seramai 250 sekarelawan bersama Mafrel bagi menjalankan pemantauan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Syed Ibrahim turut menegaskan pihaknya tetap menjalankan pemantauan pada pilihan raya nanti walaupun pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mengiktiraf badan itu.

Apa yang penting bagi Syed Ibrahim, pemantauan harus diadakan pada hari berkempen dan membuang undi.

"Kita ada peranan lebih besar di dalam pusat mengundi dan pada hari penamaan calon, dan untuk memantau tidak semestinya kita masuk ke pusat itu, diluar pun boleh," tegasnya.

Selepas bertindak sebagai badan pemantau bebas dalam sembilan pilihan raya kecil sejak 2008, SPR memutuskan untuk tidak lagi mengiktiraf Mafrel selepas pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Mafrel merupakan satu-satunya badan pemantau tempatan yang telah diiktiraf SPR untuk memantau perjalanan pilihan raya khususnya sejak enam tahun lalu.

Menari 10 minit dapat RM250, denda cuma RM25

Harakahdaily, 29 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 29 Mac: Hukuman RM25 yang dikenakan kepada tiga pesalah wanita atas tuduhan melakukan tarian tiang di atas pentas dengan pakaian kurang sopan di tempat hiburan awam di bawah akta Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 adalah tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh mereka.

Sehubungan itu, Persatuan Belia Islam National (Pembina) berasa kesal dengan hukuman yang tidak setimpal dikenakan kepada si pesalah memandangkan nilai hanya RM25 adalah nilai yang sangat sedikit sedangkan mereka boleh menerima bayaran sehingga RM250 dalam masa 10 minit.

“Hukuman yang benar-benar setimpal harus dikenakan terhadap perbuatan yang sangat keji ini, ditambah dengan persembahan yang mengghairahkan bahkan berpakaian sangat seksi,” kata Naib Presiden II Pembina, Abdul Hakim Adzman.

Pembina juga, tegasnya mahu hukuman yang keras dan setimpal juga perlu dikenakan kepada pengusaha premis dan servis tarian, pengunjung yang beragama Islam yang mengunjungi premis tarian itu dan pihak-pihak yang mengeksploitasi wanita sebagai objek seks sama ada untuk mengaut keuntungan mahupun untuk memuaskan nafsu.

Beliau dalam satu kenyataan menegaskan, kesemua perbuatan itu dilarang keras oleh agama Islam.

“Dengan itu, diharapkan pihak berkuasa agar mengambil tindakan serius termasuk mengambil tindakan undang-undang kepada pengusaha premis seperti menarik balik lesen perniagaan dan hukuman yang setimpal dan hukuman yang lebih berat perlu dikenakan kepada penari-penari tiang agar selepas ini mereka yang beragama Islam tidak lagi berani melakukan aksi ini lagi.

“Diharapkan dengan hukuman tersebut, mereka benar-benar insaf dan kembali ke jalan yang lurus. Semoga Allah sentiasa memberikan hidayah kepada mereka yang benar-benar bertaubat,” ujarnya.

Akhir sekali, kata beliau Pembina juga menyeru kepada golongan beliawanis supaya mengukuhkan pegangan agama dan jati diri serta memelihara maruah diri.

Beliau menambah, masyarakat juga harus mempertingkatkan usaha memberi kesedaran kepada anak-anak gadis agar tidak terjebak dengan gejala-gejala yang merosakkan diri demi hidup mewah.

Apa jaminan FGVH untung di Bursa Malaysia

Hazayani Zakaria, 29 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 29 Mac: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub (gambar) terus mempersoal pencapaian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.

Salahuddin berkata, selepas melihat rekod pelaburan FGVH di luar negara di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), terdapat lebih dari tiga syarikatnya di luar negara mengalami kerugian.

"Apa KPI penyenaraian? Kalau mengikut apa yang saya lihat di SMM, FGVH di India rugi RM7 juta, FGVH di Indonesia rugi RM3.9 juta, Kalimantan rugi RM6.2 juta.

"Kemudian saya melihat syarikat FGVH di Timur Tengah juga rugi RM7.69 bilion. Amerika Utara rugi RM27 milion," katanya dalam pencelahan sewaktu penggulungan ucapan titah Yang  di-Pertuan Agong bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Naib Presiden PAS itu berkata, rekod tersebut menunjukkan tiada jaminan FGVH selamat untuk disenaraikan ke Bursa Malaysia.

"Kalau semua pelaburan di luar negara rugi, dengan mengharapkan kumpulan itu tidak rugi, apa KPInya?

"Kalau semua pelaburan luar negara ini rugi apa jaminan apabila disenaraikan di Bursa Malaysia akan mendapat keuntungan?" soalnya.

Timbalan di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan bagaimanapun mempertahankan pendiriannya bahawa pelaburan FGVH di luar negara memberikan keuntungan.

"Ada 42 syarikat FGVH yang untung. Yang Berhormat baru baca berapa tadi?" soalnya.

Kita memang cadang nak tukar Ketua Pembangkang - Mustafa

Harakahdaily, 29 Mac 2012
KUALA TERENGGANU, 29 Mac: Menjawab soalan sama ada Pakatan Rakyat (PR) bersedia menukar Ketua Pembangkang, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, ya.

“Selepas pilihan raya ke-13, kita memang nak Datuk Seri Anwar Ibrahim digantikan oleh Datuk Seri Najib atau Tan Sri Muhyiddin sebagai Ketua Pembangkang,” kata beliau kepada Harakahdaily.

Mustafa berkata petang tadi, beliau ditanya wartawan daripada media perdana mengenai tindakan seterusnya yang akan dilakukan Pakatan Rakyat sekiranya Anwar berjaya dilucutkan jawatan di parlimen oleh impeachment yang cuba dibawa Datuk S Nallakaruppan dan peguam Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah dalam permainan politik kuning Umno terbaru terhadap Anwar dalam isu biseksual.

Apabila wartawan tersebut bertanya samada PR bersedia menukar Ketua Pembangkang sekiranya berlaku, Mustafa yang lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Pa memilih untuk menjawab secara sinis soalan nakal beliau dengan menyatakan setuju bahawa Anwar digantikan dengan Najib dan Muhyiddin sebagai Ketua Pembangkang selepas PRU13.

Terdahulunya, Shafee berkata usul yang dikemukakan Nalla akan dibawa ke jawatankuasa disiplin parlimen bagi membolehkan Anwar digantung atau mengosongkan kerusi itu.


Membalas tindakan Nalla dan Shafee, Naib Presiden PKR, N Surendran berkata pengusulan pelucutan jawatan Anwar sebagai Ketua Pembangkang menandakan kedua-dua mereka jahil undang-undang.

“Tiada peruntukan atau rujukan kes untuk pelucutan jawatan di Dewan Rakyat. Di England, kali terakhir ia dipakai pada 200 tahun dahulu dan kini sudah lapuk. Rasional pelucutan jawatan adalah untuk menjamin kebertanggungjawaban menteri dan eksekutif dalam pentadbiran. Adanya usul undi tidak percaya, jawatankuasa terpilih dan soal jawab tertutup parlimen menjadikan prosedur ini bahan sejarah.

“Contoh Bill Clinton yang digunakan Shafee juga menunjukkan beliau jahil akan mekanisme pelucutan jawatan di Amerika, yang diguna untuk memecat anggota Kerajaan Persekutuan seperti Presiden,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini berkata tiada peruntukan untuk usul melucutkan jawatan Anwar atas persoalan peribadi dan bukan salah laku beliau di Dewan Rakyat samada dari segi pertuturan dan tindakan.

“Tiada mekanisme untuk itu. Dalam standing orders, pun tak ada,” kata beliau di lobi parlimen.

Antara hina Islam dengan dituduh hina mahkamah

Harakahdaily, 29 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 29 Mac: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa kesal dengan hukuman yang dikenakan terhadap tiga wanita atas tuduhan melakukan aksi tidak sopan dengan menari tiang dengan hanya denda sebanyak RM25 seorang.
“Bagi DPPM, hukuman yang dikenakan terhadap wanita bertiga ini amat ringan serta tidak berbaloi berbanding kesalahan yang mereka lakukan,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar).

Justeru, katanya DPPM merasa terkejut dengan hukuman itu kerana berpendapat kesalahan yang mereka lakukan amat serius dan berat.

Jelasnya, perbuatan yang mereka lakukan merupakan suatu dosa besar di sisi agama Islam kerana membuka aurat dan mendorong perbuatan zina kepada pengunjung yang hadir.

Sehubungan itu, ujarnya DPPM merasa khuatir kerana industri seks dan pelacuran yang dibuat di pusat-pusat hiburan,  rumah-rumah urut serta hotel bajet menjadi semakin berkembang dalam masyarakat.

“Apa yang dilakukan oleh tiga wanita Islam ini menunjukkan perbuatan lucah dan tidak sopan semakin berani dibuat dengan keadaan yang lebih terbuka.

“Yang dirisaukan adalah berapa ramai lagi gadis Melayu beragama Islam yang mungkin terjebak dengan kegiatan sama,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Lebih dari itu, kata beliau hukuman yang dikenakan itu tidak mampu mendidik dan memberi pengajaran berharga kepada mereka yang terlibat.

Beliau menambah, hukuman itu hanya menjadi bahan ketawa dan perlecehan masyarakat terutama mereka yang terlibat dengan aktiviti tersebut.

Menurutnya, mungkin selepas ini lebih ramai akan terlibat dengan perbuatan tidak bermoral seperti itu memandangkan hukumannya hanya denda dan peringatan sahaja.

“Kes ini membuktikan kerajaan BN tidak mampu membendung perbuatan maksiat di kalangan masyarakat, malah memandang ringan perbuatan tersebut,” katanya lagi.

Justeru, ujarnya apalah pembelaan yang boleh diharapkan dari sebuah kerajaan yang kononnya memperjuangkan Islam di negara ini  jika agama Islam terus diperlekehkan.

“Amat memelikkan jika mereka yang melakukan perbuatan ini dianggap menghina Islam hanya dijatuhkan hukuman denda RM25 seorang, sebaliknya seorang imam yang dituduh menghina mahkamah dipenjara setahun.

“Mungkin inilah definisi keadilan ‘Islam’ sebenar menurut perspektif mereka yang berkuasa pada hari ini,” ujarnya.

Bubar parlimen: Tak boleh guna kemudahan kerajaan

Muhammad Faizal, 29 Mac 2012
SHAH ALAM, 29 Mac: Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Shukri Abdull hari ini menyatakan adalah tidak dibenarkan sesebuah parti menggunakan kemudahan kerajaan selepas pembubaran Parlimen mahupun Dewan Negeri.

"Penggunaan kemudahan kerajaan termasuklah kenderaan selepas pembubaran adalah memang tidak boleh.

"Malah ia bukan sahaja melibatkan sebuah parti tetapi semua parti," jelasnya menjawab pertanyaan hadirin Wacana Sinar Harian (gambar) di Kompleks Karangkraf di sini, yang mempersoalkan tentang penggunaan kenderaan kerajaan oleh Umno Barisan Nasional selepas pembubaran Parlimen.

Menurutnya lagi, sepatutnya apabila selepas pembubaran akan ada sebuah kerajaan sementara yang akan mengambil alih kerajaan sedia ada membuat pemantauan tentang penggunaan kemudahan kerajaan.

21 Pemuda Umno Jelutong sertai PAS

Harakahdaily, 29 Mac 2012
JELUTONG, 29 Mac: Ketika riuh rendah Umno menyerang kerajaan negeri Pulau Pinang, seramai 21 orang dari Pemuda Umno Kampong Dodoi Pulau Pinang menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS.
(Mujahid menerima borang permohonan menjadi ahli PAS dari wakil 21 Pemuda Umno)

Mereka berbuat demikian dalam satu majlis yang diadakan di perkarangan Pasti cawangan Kampong Dodoi malam ini.

Berucap dalam majlis penyerahan borang ialah Ustaz Taqiyudin Hamzah YDP PAS Jelutong dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

AJK PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof menerima borang permohonan menjadi ahli PAS dari mereka.

Beliau turut memberi ucapan dan mengalu-alukan penyertaan Pemuda Umno yang membuat pilihan yang tepat dalam keputusan mereka.

"Ini satu kehebatan kerana di sebalik serangan bertubi-tubi Umno terhadap PR di Pulau Pinang dan PAS, mereka tetap bertegas untuk bersama PAS," kata Mujahid dalam ucapan itu.

Dr Mujahid juga menyatakan bahawa PAS adalah parti pilihan terbaik untuk orang Melayu Pulau Pinang memandangkan kerajaan yang memerinah hari ini adalah dari Pakatan Rakyat.

Dengan memberikan sokongan kepada PAS, suara orang Melayu akan dapat diperjuangkan dengan lebih berkesan, jikalau tidak Umno akan menjadikan orang Melayu sebagai umpan politik mereka dan akhirnya merugikan orang Melayu di Pulau Pinang.

Turut hadir ialah Ketua AMK Jelutong sdr Khairil Anuar Kamarudin.

Menurut Pemuda Umno yang berhijrah ke PAS, mereka sudah muak dengan sikap Umno yang hanya menggunakan mereka bila diperlukan tetapi dalam banyak keadaan meminggirkan sumbangan mereka
"Kita secara jelas mengatakan kemudahan kerajaan tidak boleh digunakan tetapi sehingga kini tidak ada garis panduan yang betul-betul langkah untuk kerajaan sementara dalam menghalang tindakan tersebut.

"Kita berharap perkara ini perlu disediakan agar wujud garis panduan yang jelas dalam soal penggunaan kemudahan kerajaan bila berlakunya pembubaran parlimen," sambungnya lagi.

Sebelum itu, Mohd Shukri yang merupakan panel pada Wacana Sinar Harian bertajuk "Rasuah Politik: Persepsi atau Realiti" bagi membincangkan peranan SPRM dalam usaha membanteras rasuah termasuk penglibatan mereka yang berprofil tinggi.

Turut menjadi ahli panel ialah Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahmad Dahlan, Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli serta penganalisis politik, Dr Chandra Muzaffar.

Manakala moderator adalah Pensyarah di Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusian Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan