Selasa, 14 Februari 2012

LAWAK..PELIK BIN@BINTI AJAIB..SANA KATA TIADA PENYELEWENGAN...SITU KATA TIADA KES...SINI KATA BOLEH BUAT APA SAJA...TIADA DALAM PERJANJIAN...BLA BLA BLA...TIBA KATA SURUH PULANG BALIK DUIT 250 JUTA...MACAM ADA KES...MACAM ADA YANG TAK KENA LAH TU...SYURGA DIDOA...PERBUATAN MACAM NAK NERAKA...

PAS: Yayasan Taqwa mohon RM1juta, dapat RM4 juta
Mengapa Yayasan Taqwa menerima wang zakat RM4 juta dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tahun lalu sedangkan ia hanya meminta RM1 juta?

NONESoalan itu dikemukakan hari ini oleh Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan kepada Menteri di Jabatan Perdana, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang berkata keadaan itu cukup mengelirukan.

“Pada 17 September 2011 Yayasan Taqwa pohon RM1 juta kepada MAIWP tetapi pada 12 November 2011 jawatankuasa Baitulmal MAIWP melulus RM4 juta.

“Jumlah itu bukan sahaja mencurigakan, apatah lagi Pengerusi MAIWP dan Pemegang Amanah Yayasan Taqwa itu adalah orang yang sama,” kata Nasrudin pada sidang akhbar di Kuala Lumpur pagi ini.

Katanya, Jamil Khir (bawah, kanan) bertanggungjawab terhadap kedua-dua badan itu.

“Erti kata lain macam Jamil Khir minta pada Jamil Khir, Jamil Khir lulus pada Jamil Khir,” katanya sambil menambah keadaan itu menimbulkan banyak tanda tanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzaman Mohamad, berkata peranan Yayasan Taqwa pada asasnya yang serupa dengan MAIWP.

NONE"Tugas Yayasan Taqwa adalah untuk mengagihkan zakat, tetapi MAIWP juga menjalankan tugas itu. Jadi mengapa perlu orang tengah?" soal beliau.

Rabu lalu, Pemuda PAS menuntut supaya satu badan bebas dilantik untuk mengaudit Yayasan Taqwa kerana mendakwa banyak perjalanan badan penyalur bantuan zakat itu yang diragui.
Antaranya, yang didakwa itu ialah perbelanjaan sehingga RM2 juta yang direkodkan yayasan itu, sepertimana dalam laporan tahunan 2010 MAIWP.

Laporan itu pula tidak menunjukkan siapakah penerima wang zakat tersebut tetapi hanya jumlah kutipan dan juga agihan wang zakat.
Alih fokus pada peranan k'jaan dalam skandal NFC
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) perlu membekalkan ahli-ahli parlimen dengan minit mesyuarat syarikat projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) sebelum sesi Parlimen baru bermula bulan depan.

NONENaib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang membuat gesaan itu hari ini, berkata pendedahan berkenaan akan membuktikan kegagalan kerajaan dalam skandal tersebut, yang setakat ini hanya  memberi tumpuan kepada dakwaan salah guna RM250 juta pinjaman mudah yang diberikan kepada NFC.
"Pertama sekali saya ingin meminta agar PAC menyerahkan laporan berhubung dengan skandal NFC kepada setiap ahli parlimen sebelum sesi 2012 ini bermula, yang mana kita tahu terlalu banyak kelemahan berlaku dalam projek tersebut.

pac meeting on rmaf engine missing 200110 azmi khalid"Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid perlu berani membuat pendedahan tersebut kerana melalui laporan awal beliau sebelum ini juga ada menyatakan bahawa perjanjian ditandatangani selepas peruntukan diberikan, ini hanyalah sebahagian dari kelemahan yang berlaku," katanya.
Menurut beliau, pendedahan laporan berkenaan  amat penting kerana rakyat juga ingin tahu apa sebenarnya berlaku dan setiap penyelewengan perlu diketahui lebih-lebih lagi membabitkan  seorang menteri.

Malah kata Mahfuz, penyelewengan projek NFC itu bukan sahaja berlaku di peringkat perlaksanaan melalui syarikat yang dilantik tetapi ia telah bermula pada peringkat jawatankuasa lagi.

Katanya, empat jawatankuasa ditubuhkan oleh kerajaan bagi memantau projek NFC itu.

"Jika jawatankuasa ini telah melakukan kerja mereka dan (menyelia) bagaimana pinjaman dibelanjakan apabila ia diberikan secara berperingkat-peringkat, mereka sepatutnya menghentikan pinjaman, namun mereka tidak berbuat demikian," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur.

NONEAntara jawatankuasa itu, kata Mahfuz adalah Jawatankuasa Pemandu Projek Pusat Fidlot Negara yang diketuai oleh menteri pertanian ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang sekarang ini timbalan perdana menteri.

"(Beliau mempengerusikan) jawatankuasa itu untuk memantau projek ... jika projek itu gagal, ia adalah kerana mereka gagal memantaunya," kata Mahfuz.
Pada sidang akhbarnya itu, Mahfuz juga mempertikaikan tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz yang menasihati keluarga Shahrizat supaya membayar balik RM250 juta yang dipinjamkan kepada syarikat milik keluarganya daripada peruntukan NFC.

NONE"Saya tidak nampak apa tujuan sebenar Nazri menasihat Shahrizat agar membayar balik peruntukan tersebut, ini bukannya cara untuk kita menutup skandal yang berlaku di dalam NFC.

"Sebagai seorang menteri yang menjaga undang-undang, beliau sepatutnya berfikir secara rasional dan merujuk kepada undang-undang, yang bersalah perlu dikenakan tindakan apatah lagi dalam isu penyelewengan wang rakyat," katanya lagi.

Menurut Mahfuz, pembayaran balik wang tersebut adalah perlu kerana ia adalah duit rakyat tetapi kalau alasan untuk menutup skandal tersebut ia bukan jalan penyelesaian.
Mahfuz: Kemelut NFC akan lambatkan PRU13
Kemelut projek ternakan lembu syarikat Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, mungkin melewatkan kerajaan daripada membubarkan Dewan Rakyat supaya pilihan raya umum dapat diadakan.

Ini, menurut naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, adalah antara beberapa sebab mengapa pilihan raya umum tidak akan diadakan pada tempoh dua bulan akan datang.

"Tidak mungkin kerajaan akan adakan pilihan raya umum apabila isu NFC ini menghantui kepimpinannya dan Umno," kata Mahfuz  pada sidang akhbar di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Selain itu, katanya satu lagi masalah yang membelenggu kerajaan, adalah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang masih dalam kajian.

Skim berkenaan dalam bentuk semasa, kata Mahfuz, telah menimbulkan kemarahan kakitangan awam yang merupakan penyokong utama bagi kerajaan, kerana kenaikan gaji yang besar hanya dinikmati pegawai tinggi tetapi peningkatan nominal untuk pekerja peringkat bawahan.
Nazri: Keluarga Shahrizat wajar bayar RM250j
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz menasihatkan ahli keluarga rakan kabinetnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya membayar balik RM250 juta yang dipinjamkan kepada syarikat milik keluarganya bagi menjalankan projek ternakan lembu itu.

NONEBercakap kepada wartawan di kawasan parlimennya di Padang Rengas, semalam, Mohamed Nazri berkata tindakan itu adalah penyelesaian terbaik bagi masalah berkenaan tanpa perlu Shahrizat meletak jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Beliau (Shahrizat) tak perlu letak jawatan. Apa yang paling utama, kembalikan semula wang itu kepada kerajaan,” katanya dipetik akhbarSinar Harian hari ini.

Menurut Nazri, dengan penyelesaian seperti itu, kerajaan masih boleh meneruskan projek NFC  tetapi mencadangkan tender terbuka dijalankan bagi mengelak masalah hal yang tidak diingini.

NFC dibidas pelbagai pihak termasuk dari Umno, apabila PKR membuat pendedahan demi pendedahan bahawa syarikat itu, di mana suami Shahrizat, Datuk Seri Mohd Salleh Ismail, adalah pengerusinya menyalah gunakan dana RM250 juta yang diperuntukkan sebagai pinjaman mudah oleh kerajaan.

NONEIni termasuk pembelian dua unit kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur, tiga lagi unit kondominium mewah di Singapura, dua bidang tanah di Putrajaya, pembelian kereta mewah serta pakej percutian untuk keluarganya.

NFC sepatutnya untuk membekalkan lembu bagi memenuhi permintaan daging temapatan untuk rakyat di negara ini.

Pada masa ini, syarikat itu sedang disiasat Unit Jenayah Komersial, Bukit Aman dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno juga dipanggil oleh SPRM pada hari Rabu lalu untuk membantu siasatan yang diklasifikasikan di bawah seksyen 23 Akta SPRM atas kemungkinan tuduhan salah guna kuasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan