Selasa, 14 Februari 2012

APA ADA HAIRAN BUANG DALAM TONG SAMPAH...HUKUM ALLAH PUN DIDALIH2..DIBELIT2 UNTUK DILAKSANAKAN...HUKUM ALLAH PUN BUANG..DIRAGUI...DINAFIKAN...NI KAN BUKU JINGGA...MASIH BERKUASA...MASIH HIDUP...BUAT APA KITA SUKA...AKHIRAT KITA SEMUA AKAN DIDAKWA...TUNGGGGGGUUUUUUUU

Ahmad Maslan 'bakul sampahkan' Buku Jingga
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan hari ini mencampak Buku Jingga ke dalam tong sampah tanda tidak puas hati terhadap dasar bersama Pakatan Rakyat dalam isu Felda yang dipertikaikannya.

Menurutnya, beliau bertindak demikian dalam majlis perjumpaan bersama kepimpinan tanah rancangan itu di Kuala Lumpur hari ini kerana beberapa perkara yang diketengahkan pembangkang didakwa tidak berdasarkan maklumat tepat.

Tindakan simbolik itu dibuat di pentas ketika sesi penerangan lebih dua jam kepada pemimpin Felda daripada keseluruhan 317 tanah rancangannya berlangsung hari ini.

Malaysiakini dan portal berita Merdeka Review bagaimanapun tidak dibenarkan membuat liputan pada acara itu dan hanya dibenarkan menghadiri sidang media selepas majlis berkenaan.

NONEBuku Jingga yangmemuatkan tawaran 100 hari sekiranya berjaya menawan Putrajaya antaranya berjanji akan membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketika Felda.

Bercakap dalam sidang media selepas itu, Ahmad yang juga ketua penerangan Umno berkata tindakannya memasukkan Buku Jingga ke dalam tong sampah memang dimaksudkan kerana hujah pembangkang didakwa "amat salah".
Bantu keluarga miskin

"Pertama, mereka sebut tanah itu milik Felda Plantations. Felda Plantations tak ada tanah. Itu pun dah salah, belum lagi ulasan yang saya sebut (dalam sesi penerangan)," katanya.

"Itu sebabnya saya masukkan dalam tong sampah di depan peneroka, sebab mereka tak sudah-sudah pergi bagi borang tanah. Macam mereka ini DO (pegawai daerah). Nak faraid tanah, kononnya tanah Felda Plantations."

NONESebaliknya, jelas Ahmad, Felda Plantations hanya mengurus dan pemilik sebenar tanah adalah "the bigFelda" selepas kerajaan tidak lagi memberikan tanah kepada peneroka pada 1990 supaya ia dapat berdikari dan mendapat keuntungan.

"Dan itu sepatutnya bantu keluarga miskin lain. Jadi tanah itu tidak boleh nak serahkan pada anak peneroka. Dan kalau kita beri tanah pada anak peneroka, orang kampung yang ayah dia tak dapat tanah, Cina tak dapat tanah, India tak dapat tanah...

"Tiba-tiba nak lagi pada orang yang ada tanah tanah. Adil ke tu? Sebab itu saya campak buku tadi dalam tong sampah," soalnya lagi dengan sinis.

FeldaAhmad juga berkata keuntungan Felda juga, antaranya melalui tindakan terbaru untuk menyenaraikannya di Bursa Malaysia pada Mei akan diserahkan kembali kepada rakyat.

"Itu jauh lebih baik daripada Buku Jingga dan 'Negara Berkebajikan' PAS yang juga sebut pasal Felda ini," katanya lagi.
Rosmah: Pengkritik mungkin kecewa dan cemburu
Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor percaya bahawa sesetengah pihak yang mengkritiknya mungkin "kecewa dan cemburu" dengan kejayaannya yang dianugerah ijazah Doktor Kehormat Persuratan daripada Universiti Curtin, Australia.

NONEBeliau berkata demikian ketika mengulas kritikan beberapa pihak berhubung anugerah yang diterimanya Sabtu lalu, ketika ditemui pada majlis Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Rosmah, Ijazah Doktor Kehormat itu telah diberikan sebagai mengiktiraf daya usahanya dalam pembangunan pendidikan terutama pendidikan kanak-kanak menerusi program Permata Negara.

Sambil menyifatkan bidasan yang dilemparkan itu remeh, katanya pihak berkenaan juga telah mencipta budaya yang tidak sihat yang tidak memberi manfaat kepada Malaysia.
Isu remeh

"Saya tidak mahu menangani isu-isu remeh-temeh peribadi. Ia adalah semua daripada kekecewaan. Ia adalah semua keluar ... Saya tidak tahu ... Mungkin cemburu," katanya yang , jelas kelihatan kecewa.

Rosmah turut ditanya mengenai kriteria yang digunakan oleh Universiti Curtin yang memilih dirinya bagi anugerah itu.

"Saya tidak tahu... apa kriterianya. Saya tidak tahu. Berita sya diberi anugerah itu sesuatu yang mengejutkan.

NONE"Tetapi saya diberitahu bahawa naib canselor (universiti itu) sedang mencari seorang wanita yang mempunyai citi-ciri kepimpinan, melakukan kebajikan dan kerja sosial dan juga program yang memberi manfaat kepada negara,” katanya.

Diminta mengulas pandangan beberapa pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Universiti Curtin memberikan anugerah itu, Rosmah berkata mereka perlu menyoal universiti Australia itu jika tidak berpuas hati.

"Saya tidak faham mengapa awak mempersoalkannya .... Adakah awak mempersoalkan Curtin University atau mempersoalkan saya? Curtin University yang memutuskan untuk memberi anugerah kepada saya. Awak soal (mereka), bukan saya,” katanya dengan nada kurang senang.
Terlampau banyak isu

Isteri perdana menteri itu juga meminta pengkritik supaya tidak menjadikan dirinya mangsa jika mereka tidak berpuas hati.

NONE“Pada saya, saya rasa orang luar negara luar tak ada isu dengan diri saya atau perdana menteri.

“Tetapi orang dalam (tempatan) ini terlampau banyak isu, dan saya rasa seharus beri fokus kepada perkembangan negara (seperti) macam mana kita boleh bangunkan negara... dari kita mengata antara satu sama lain.

“Kita buang masa mengata antara satu sama lain, bagi saya ini tidak sihat, kerana banyak lagi perlu kita lakukan untuk rakyat dan negara,” katanya.
Menteri arah tangkap kekasih pada hari Valentine
Nota editor
Bernama pada jam 6.32 petang ini menarik balik laporan ini yang memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebagai meminta semua jabatan agama Islam negeri menguatkuasakan tindakan terhadap pasangan Islam bukan mahram pada Hari Kekasih yang disambut malam ini atau esok.

Tiada sebarang penjelasan diberikan.

Malaysiakini pada masa ini tidak dapat mengesahkan kesahihan laporan Bernama ini. Dan sebagai pelanggan perkhidmatannya, pihak kami juga terpaksa mengeluarkan laporan ini.

Sebarang kesulitan amat dikesali.
Mufti kecewa larangan Valentine dipertikai
Mufti Perlis hari ini menyatakan kekecewaannya terhadap golongan bukan Islam yang terlibat mempertikai pandangan ulama Islam yang melarang penganutnya menyambut Hari Kekasih yang jatuh setiap 14 Februari.

NONE"Mereka (bukan Islam) sepatutnya hormat kepada Islam seperti mana orang Islam hormat kepada amalan agama mereka," kata Dr Juanda Jaya (kanan).

Pada 7 Februari lalu, Pemuda PAS menggesa kerajaan melancarkan kempen menentang Hari Kekasih, termasuk menyiarkan iklan anti sambutan itu.

Tindakan itu mengundang kritikan pelbagai pihak, termasuk pemimpin Pakatan Rakyat seperti Karpal Singh yang dilapor menggesa PAS menarik balik pendirian itu kerana bertentangan dengan hak asasi dan prinsip kebebasan.

Dalam kenyataannya kepadaMalaysiakini, Dr Juanda mempersoalkan tindakan yang disifatkan "campur tangan" terhadap urusan agama Islam sedangkan umat Islam bertindak sebaliknya.

Katanya, perkara itu mesti dielakkan supaya suasana Malaysia yang harmoni dapat dicapai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan