Khamis, 16 Februari 2012

KENA INGAT..KENA PERASAN..KENA SEDAR...ADA RAKYAT LEBIH CERDIK@PANDAI/LEBIH TINGGI KELULUSAN..LEBIH ALIM@BERILMU...LEBIH TAAT...LEBIH ZUHUD...LEBIH KUAT IBADAHNYA...LEBIH RAPAT HUBUNGANNYA DENGAN ALLAH...DLL...DARI PEMIMPIN2..JADI CAKAP JANGAN MAIN SEDAP MULUT AJE...

Najib diminta jangan temberang tentang defisit

Harakahdaily, 16 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 16 Feb: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta tidak temberang kepada rakyat dengan mengatakan defisit negara telah turun kerana inilah salah satu punca kenapa Greek bankrap.

Ini kerana,  pengumuman Najib bahawa defisit negara turun dari 5.6 tahun 2010 ke 5.0 % dalam tahun 2011 adalah tidak benar.

"Suka PAS dan Pakatan ingatkan Najib, negara Greek bankrap kerana berbelanja besar melalui cara off-budget atau off-balance sheet sebegini," kata Dr Dzulkefly Ahmad kepada Harakahdaily.

"Kerajaan BN berbelanja bukan sahaja menggunakan peruntukan dalam bajet tetapi juga sebagai perbalanjaan di luar bajet atau perbelanjaan off-balance sheet, dalam bentuk contingent liablities – hutang pihak GLCs (IMDB, SPNB, PTPTN dll) yang dijamin (underwrite) kerajaan Pusat.

"Ini tidak termasuk dalam perkiraan defisit tetapi tetap menjadi hutang awam atau hutang kerajaan Pusat ketika mereka gagal membayar dan sekaligus akan di'bailout’ oleh kerajaan Pusat," kata Dr Dzulkefly Ahmad (gambar atas) yang juga ahli Parlimen Kuala Selangor.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP) mengulas kenyataan yang dinyatakan Najib melalui Twitternya hari ini.

Beliau yakin, isu ini bakal menjadi laporan utama media BN esok.

"Setelah laporan pertumbuhan 5.2% dalam suku-4 tahun 2011 mengisi dada akhbar arus perdana, esok pengumuman PM Najib tentang penurunan defisit fiskal yang dalam Twitternya hari ini akan mengisi muka depan akhbar media-BN esok.

"Beliau gembira kerana defisit turun dari 5.6 tahun 2010 ke 5.0 % dalam tahun 2011," kata Dr Dzulkefly kepada Harakahdaily.

Dr Dzulkefly mengingatkan agar Najib jangan terlalu gembira kerana penurunan defisit itu ‘tidak defisit sebenar.

Angka defisit sebenar adalah jauh lebih besar sekaligus angka defisit fiskal juga berada pada peratus lebih tinggi nisbah KDNK, katanya.

Beliau merujuk laporan Kementerian Kewangan yang  melaporkan hutang ‘contingent liabillities’ sudah ke paras RM97 bilion.

"Pertama hutang awam sebenarnya bukan RM456 bilion atau 53.5 % KNDK tetapi sudah pun melepasi 63 % KDNK atau melepasi had hutang yang dizinkan oleh Akta Pinjaman Kerajaan (1983) yang menghadkan pinjaman kerajaan pusat (dalam negara, bukan hutang luar) terhad pada paras 55 % dari KDNK.

"Maka pada hakikatnya Kerajaan BN-Najib sudah melepasi had 55 % KDNK!

"Sebab itu, The Eddge FinancialDaily hari Isnin membawa laporan muka depannya dengan tajuk hutang awam sudah tidak lagi ‘sustainable’ atau tidak mapan (lestari)," katanya dalam kenyataan itu.

Bagi beliau,  Najib sekali lagi mahu ‘mengelabui’ mata rakyat dengan  defisit fiskal (kewangan).

Katanya, memang sudah 13 tahun kerajaan BN terus-terusan berbelanja besar lantas berhutang besar..samada masa mewah dengan tidak menabung dan  semasa ekonomi lembap dengan alasan mengepam ekonomi –pump-priming..wirid biasa mereka!

"Kini Najib jangan nak temberang rakyat lagi dan perlu segera menguruskan kewangan negara dengan berhemah dan mapan seperti yang ditegur dan dikritik oleh Laporan Ketua Audit Negara!" kata beliau.

Beliau meminta Najib menerima hakikat bahawa negara berdepan dengan dunia yang menguncup dan tidak menentu, maka adalah mustahak untuk menentukan  keutamaan dalam berbelanja dan meringankan keperitan dan beban rakyat..."dan tak payah nak mengelabui mata rakyat lagi!"

Palestin: PKR berkongsi hasrat dengan PAS

Anwar Ibrahim, 16 Feb 2012
Telah dihebahkan kenyataan saya dalam Asian Wall Street Journal, “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel) sedangkan kenyataan penuh selepas itu, “a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians." (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin) tidak pula disiarkan sepenuhnya.

Media, pimpinan UMNO dan Dato’ Seri Najib Razak berterusan menabur fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin

Kenyataan saya kepada Asian Wall Street Journal secara jelas meletakkan aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keadilan, keamanan dan maruahnya dihormati sebagai syarat kepada tuntutan Israel agar keselamatannya dijamin1.

Pendirian saya ternyata diterima pimpinan dunia Islam seumpama Kerajaan Arab Saudi seperti yang diungkapkan Menteri Luar nya, Putera Saud al Faisal2 bahawa:

“This [2002 Arab Peace Initiatve] is the way toward security.. Israel can’t keep the land and want security at the same time. It has to withdraw and give the Palestinians their rights. If Israel does that, the Arab states will put an end to the state of war. That will give Israel its security”.

Baru-baru ini Raja Abdullah dari Jordan juga mengulangi pendirian yang sama:

“The Palestinian right to statehood and their cry for justice and a homeland free of occupation remain the Arab people's foremost cause. In Jordan, the "final-status" issues—including borders, refugees, security and Jerusalem—are at the heart of our priorities. This means making real the promise of a viable, independent, sovereign Palestinian state, as part of a two-state agreement that resolves all final-status issues and guarantees security for Israel.”3

Makanya, persoalan tuntutan jaminan keselamatan Israel yang bersyaratkan kepada keadilan dan keamanan diberikan kepada rakyat Palestin bukanlah perkara baru. Sedangkan saya tuntas mendokong aspirasi rakyat Palestin sekian lama, bermula dari memimpin demonstrasi membantah keganasan Israel yang mendapat dokongan Amerika pada tahun 1973 di hadapan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur dan mewakili Malaysia pada tahun 1983 ke Persidangan PLO di Algiers setelah menerima undangan dari Yasser Arafat.

Pendirian saya tuntas menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keamanan, keadilan dan kehidupan yang bermaruah bertepatan dengan semangat yang disuarakan oleh Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Palestin4:

“If Israel withdraws to the ’67 borders, then we will establish a peace in stages.. Number one, we will establish a situation of stability and calm which will bring safety for our people – what (Hamas founder) Sheikh (Ahmed) Yassin called a long-term hudna (truce). If Israel declares that it will give the Palestinian people a state and give them back all their rights, then we are ready to recognise them”.

Saya hargai pandangan dan semangat sahabat-sahabat dari PAS, Majlis Syura PAS dan seluruh gerakan dakwah dan pertubuhan Islam yang berterusan membela nasib rakyat Palestin.

Ketetapan PAS yang menentang keras pencerobohan dan kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin turut dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia. Saya memahami perbezaan pendirian PAS dengan KEADILAN. Parti Islam SeMalaysia berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan mereka tidak berhasrat untuk mengadakan sebarang rundingan serta kerjasama dengan Israel.

Walaupun begitu Parti Keadilan Rakyat berkongsi hasrat dengan PAS untuk melihat tertegaknya sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur, yang juga merupakan hasrat seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan.

Ini berbeza dengan adu domba UMNO yang bermuka-muka dan mengambil kesempatan di atas sentimen kuat pro-Palestin di negara ini bagi matlamat politik sempit mereka. Tatkala media UMNO menyerang saya sebagai ejen Israel, Menteri Luar dari UMNO secara terbuka mengesahkan kewujudan Israel berdasarkan penyelesaian dua negara (two-state solution) di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu5.

Manakala saya dituding mengkhianati aspirasi rakyat Palestin, Menteri Pertahanan dari UMNO jugalah yang duduk berbincang dengan Menteri Pertahanan Israel pada tahun 20096, walaupun perkara ini cuba dipadamkan.

Namun rakyat tidak lupa bahawa pentadbiran Perdana Menteri bergegas melantik APCO yang turut diterajui Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral. Malah, mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus menerus memfitnah saya pernah bertemu Perdana Menteri Israel dan menteri luarnya, Shimon Peres di Paris pada tahun 1994.

Pada masa yang sama sesuatu yang tidak dapat dinafikan pimpinan UMNO bahawa Malaysia merupakan rakan dagang Israel ke 15 terbesar.7 Jumlah dagangan antara Malaysia dan Israel mencecah 667.6 juta Euro.

Sikap bermuka UMNO dalam isu Palestin bukanlah perkara baru, sebab itu saya jelas menyeru sahabat-sahabat dan rakyat Malaysia supaya menumpukan tenaga membantu meringankan penderitaan saudara-saudara di Palestin.

Derita ini ditanggung setiap hari tatkala rakyat Palestin menyabung nyawa menyelamatkan diri dari serangan dan pendudukan tentera Israel. Ini kenyataan kehidupan seharian seorang rakyat Palestin yang harus kita insafi.

Saban hari, keperluan asas seperti air minuman, makanan, ubat-ubatan, simen untuk pembinaan dan pelbagai keperluan lain tidak dibenarkan masuk ke Gaza akibat sekatan Israel. Sengsaranya rakyat Palestin bila mana 80% dari mereka memerlukan bantuan makanan, 90% hidup dalam kemiskinan, lebih separuh daripada isirumah hanya makan sekali sehari dan lebih 60% kanak-kanak menghidap anemia dan kekurangan zat makanan.

Sebab itu saya yakin bahawa aspirasi rakyat Palestin yang mengambil kira kepayahan seharian mereka seperti yang disuarakan oleh pimpinan-pimpinan mereka wajib dijunjung dan dihargai. Semangat setiakawan rakyat Malaysia yang selari dengan aspirasi itu bukanlah satu pengkhianatan kepada perjuangan mereka, sebaliknya menjadi dokongan utama kepada usaha mewujudkan keamanan dan memberikan keadilan kepada rakyat Palestin.

Oleh kerana itu wajar buat kita memahami, menghargai dan menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang disuarakan melalui dua pertubuhan utama tersebut. Sepertimana pertemuan saya baru-baru ini di Doha dengan Khalid Mashaal, sebelum termeterainya persetujuan bersama tersebut, saya ulangi dokongan saya buat perjuangan rakyat Palestin, Hamas dan Fatah. Manakala pengiktirafan negara Israel tertakluk selagi mana Israel menghormati kedaulatan wilayah dan keselamatan rakyat Palestin.

Justeru adalah mustahak untuk kita sedari suara rakyat Palestin mutakhir ini adalah melalui Hamas dan Fatah sebagaimana yang tertera dalam persetujuan bersama Hamas dan Fatah di Doha hari ini.

Persetujuan tersebut antaranya mengungkapkan dokongan terhadap aspirasi rakyat Palestin, pengunduran tentera Israel dari tanah Arab, menghentikan keganasan dan memperakui kewujudan Palestin.

Seandainya ini dihormati maka kewujudan Israel akan diiktiraf.

Inilah juga semangat yang terkandung dalam kenyataan saya, “a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.” (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin).


ANWAR IBRAHIM
KETUA UMUM
PARTI KEADILAN RAKYAT

Ladang Rakyat: RM52.4 juta dividen diagih sejak 2006

Rizal Tahir, 16 Feb 2012
KOTA BHARU, 16 Feb: Sebanyak RM52,365,600 dividen telah diagihkan kepada 4,834 orang peserta Ladang Rakyat seluruh Kelantan sejak ianya ditubuhkan pada tahun 2006.

Hari ini sahaja, Perbadanan Ladang Rakyat telah mengeluarkan dividen sejumlah RM3.86 juta bagi peringkat ke-18 sempena majlis Perhimpunan Perdana Peserta Ladang Rakyat Negeri Kelantan.

Ketua Eksekutif Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi pada sidang medianya berkata, jumlah RM3.86 juta itu hanya untuk tempoh empat bulan iaitu Oktober 2011 hingga Januari 2012.

Menurutnya, sudah terbukti bantuan melalui Ladang Rakyat sebanyak RM200 kepada penerima sebulan, membantu rakyat di negeri itu malah kehidupan mereka juga semakin berubah.

“Alhamdulillah kita bersyukur kerana bantuan ini telah banyak membantu masyarakat Kelantan yang berpendapatan rendah,”ujarnya.

Sambungnya, walaupun hanya lebih lima peratus bantuan berkenaan dapat membantu masyarakat keluar dari garis kemiskinan, namun sekurang-kurangnya mereka telah mempunyai beberapa keistimewaan sebagai ahli koperasi.

Sambungnya lagi, 11 syarikat telah dipilih untuk memajukan 77,000 ekar tanah di bawah Ladang Rakyat.

Sementara itu ketika berucap pada majlis itu Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menjelaskan isu pembangunan di Lembah Sireh sengaja dibangkitkan Umno negeri itu demi kepentingan politik.

Sedangkan ujarnya, pelbagai pembangunan sudah dibangunkan di tapak itu sehingga kini.

Beliau turut menjelaskan pembangunan projek tersebut bukan dibuat atas tanah milik peribadi rakyat seperti yang dicanang pihak tertentu.

“Pihak lawan ni biasalah, sengaja nak buat bising dia ambil kesempatan. Walhal di lembah tu macam-macam ada pembangunan sekarang, Tesco, Masterskill dan macam-macam lagi.

“Dia persoalkan projek di situ... buat buta tak nampak, buta betul mata tu baru tahu,” ujarnya.

PRU13: PAS tunggu senarai calon DHPP negeri

Aziz Muda, 16 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 16 Feb: Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat kini sedang menunggu senarai calon dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) negeri-negeri untuk pencalonan ahli-ahli dewan itu, bagi mewakili PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Pengerusinya, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) menjelaskan, sehingga kini pihaknya masih lagi menunggu senarai tersebut dari DHPP negeri-negeri yang masih lagi belum diserahkan kepadanya.

Menurutnya, sepatutnya senarai tersebut telah diserahkan oleh dewan-dewan penyokong PAS di seluruh negara sehingga akhir bulan lalu.

Katanya, namun sehingga akhir bulan lalu, dewan-dewan berkenaan masih juga belum berbuat demikian sehingga menyebabkan pihaknya masih lagi menunggu sehingga sekarang.

"Mengikut prosedur, senarai pencalonan itu hendaklah diserahkan oleh dewan-dewan penyokong PAS kepada Jabatan Pilihanraya PAS Pusat (JPP) yang dipengerusikan oleh Dr Mohd Hatta Ramli yang kemudiannya akan dimaklumkan kepada saya.

"Tetapi sehingga sekarang, saya masih belum dimaklumkan lagi tentang senarai itu. Ini menunjukkan senarai itu masih belum diserahkan lagi oleh dewan-dewan penyokong PAS kepada JPP," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, menurutnya, satu kerusi dari DPP kini telah ditetapkan oleh PAS khususnya di Dun Tiram yang terletak dalam Parlimen Johor Bahru, Johor yang akan diwakili oleh Kumutha Rahman.

"Dalam PRU Ke-12 pada tahun 2008 lalu, Kumutha yang mewakili Kelab Penyokong PAS bagi kaum India telah bertanding atas tiket PKR, tetapi pada PRU Ke-13 nanti, beliau akan bertanding atas tiket PAS," jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berharap agar dewan-dewan penyokong PAS di seluruh negara segera menyerahkan senarai pencalonan masing-masing kepada JPP bagi memudahkan urusan selanjutnya.

"Sebagai Pengerusi Lajnah Perpaduan PAS Pusat, saya sememangnya bertanggungjawab atas DHPP. Jadi saya berharap agar ahli-ahli DHPP akan diberikan peluang oleh PAS untuk menjadi calon yang akan bertanding mewakili PAS dalam PRU Ke-13 akan datang," katanya.

Sungguhpun begitu, tambah beliau, ia tidaklah pula semestinya semua negeri mesti mempunyai calon dari DPP untuk bertanding dalam pilihanraya umum.

Katanya, perkara paling asas berhubung pencalonan DPP, kebenaran untuk ahli-ahli DPP bertanding atas tiket PAS telah diputuskan oleh Majlis Syura, manakala penubuhan dewan itu pula telah dilancarkan secara rasmi oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada tahun 2010 lalu di Klang, Selangor.

Sekiranya terdapat senarai calon dari DPP negeri-negeri, jelasnya, PAS akan meneliti kawasan-kawasan yang sesuai untuk ditandingi oleh ahli DPP terbabit yang kemudiannya akan dibawa oleh pihak PAS kepada perbincangan dengan Majlis Pakatan Rakyat agar tidak berlaku pertindihan kerusi yang ditandingi oleh Pakatan Rakyat.

"Itu dari segi konsepnya dalam Pakatan Rakyat, manakala dari segi persetujuan politik dengan PAS pula, kebenaran yang diberikan oleh PAS kepada DPP itu setelah disepakati oleh pemimpin-pemimpin PAS dan pemimpin-pemimpin DPP sendiri," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan